Bahagian C

5
Bahagian C: Tokoh Tempatan dan Antarabangsa (Tugasan Kumpulan) Abdullah Munsyi (a) Sejarah dan latar belakang tokoh Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir M Beliau dilahirkan pada 1796 di kampung masjid, Melaka yang juga dikenali sebag kampung Pali pada waktu tersebut. Beliau beasal dari keturunan Arab dari aman Beliau mula berkerja dengan bapanya yang bernama Abdul Kadir iaitu men!l!ng bapanya menyalin d!kumen"d!kumen penting. Abdul Kadir sangat tegas terhadap Abdullah walaupun beliau merupakan anak tunggalnya. #ia langsung tida memuji Abdullah walaupun kerap berbangga dengan pen$apaiannya kerana beranggapan pujian akan mer!sakkan prestasi anaknya. %leh yang demikian, hasil didikan itu menyebabkan abdullah menjadi pintar dan kreati&. Beliau $epat mata dan memiliki sikap berdikari pada usia kanak" kanak lagi. 'elain itu, beliau juga turut mengajar bahasa ibunda kepada askar"askar ( dan British. Beliau bekerja sebagai se!rang penta&sir dan jurutulis k 'tam&!rd )a&&les. Ke$ekapan beliau bertutur dan reputasi sebagai se!rang guru telah melayakan beliau untuk mendapati nama *Munsyi+ yang diberi !leh )a&&les. Panggilan -munsyi digunakan !leh Abdullah di hujung nama beliau dan gelaran tersebut menjadi sebahagiaan daripada nama penuh beliau sehingga kini. Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan se!rang wanita (ndia ketika berusia /0 tahun. Beliau telah dikurniakan se!rang anak perempuan bernama 'iti ela. Abdullahtelah meninggalkan keluarganyadi Melaka untuk meneruskan pekerjaannya di 'ingapura. 'elepas kematian isterinya, beliau terus me 'ingapura. Abdullah meninggal dunia pada tahun 1230 berusia 32 tahun ketika dalam perjalanan ke Mekkah. Ketika itu, beliau ingin menunaikan &ardhu haji pa 19 4anuari 1230. (b)Peranan dan sumbangan beliau kepada masyarakat dan negara atau global Abdullah Munsyi ialah se!rang yang mempunyai pengalaman yang lua dalam banyak bidang, terutamanya dalam bidang penulisan. 'ebagai $!nt!hnya, beliau pernah menjadi sebagai guru bahasa, sejarahwan, wartawan, penterjemah

description

PENDIDIKAN MORAL

Transcript of Bahagian C

Bahagian C: Tokoh Tempatan dan Antarabangsa (Tugasan Kumpulan)Abdullah Munsyi

(a) Sejarah dan latar belakang tokohAbdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau dilahirkan pada 1796 di kampung masjid, Melaka yang juga dikenali sebagai kampung Pali pada waktu tersebut. Beliau beasal dari keturunan Arab dari Yaman.

Beliau mula berkerja dengan bapanya yang bernama Abdul Kadir iaitu menolong bapanya menyalin dokumen-dokumen penting. Abdul Kadir sangat tegas terhadap Abdullah walaupun beliau merupakan anak tunggalnya. Dia langsung tidak memuji Abdullah walaupun kerap berbangga dengan pencapaiannya kerana beranggapan pujian akan merosakkan prestasi anaknya. Oleh yang demikian, hasil didikan itu menyebabkan abdullah menjadi pintar dan kreatif. Beliau cepat matang dan memiliki sikap berdikari pada usia kanak- kanak lagi.

Selain itu, beliau juga turut mengajar bahasa ibunda kepada askar-askar India dan British. Beliau bekerja sebagai seorang pentafsir dan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles. Kecekapan beliau bertutur dan reputasi sebagai seorang guru telah melayakan beliau untuk mendapati nama Munsyi yang diberi oleh Tuan Raffles. Panggilan munsyi digunakan oleh Abdullah di hujung nama beliau dan gelaran tersebut menjadi sebahagiaan daripada nama penuh beliau sehingga kini.

Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita India ketika berusia 34 tahun. Beliau telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Siti Lela. Abdullah telah meninggalkan keluarganya di Melaka untuk meneruskan pekerjaannya di Singapura. Selepas kematian isterinya, beliau terus menetap di Singapura. Abdullah meninggal dunia pada tahun 1854 berusia 58 tahun ketika dalam perjalanan ke Mekkah. Ketika itu, beliau ingin menunaikan fardhu haji pada 19 Januari 1854.

(b)Peranan dan sumbangan beliau kepada masyarakat dan negara atau globalAbdullah Munsyi ialah seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam banyak bidang, terutamanya dalam bidang penulisan. Sebagai contohnya, beliau pernah menjadi sebagai guru bahasa, sejarahwan, wartawan, penterjemah dan lain-lain. Selain itu, pengkaji sejarah menberikan pendapatnya bahawa pemisahan antara Sastera Melayu Lama dengan Sastera Melayu Baru berlaku selepas tahun 1800, pada abad ke-19 iaitu setelah munculnya karya-karya Abdullah Munsyi yang membawa unsur-unsur baru dalam Sastera Melayu.

Tambahan pula, Abdullah Munsyi telah menghasilkan banyak karya yang berkualiti seperti Dawaiy-Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1938), Syair Singapura Terbakar (1830), dan Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu dalam Segala Negeri (1838). Karya-karya tersebut membawa unsur-unsur yang berlainan dalam lapangan sastera Melayu. Sebagai contohnya, Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantanmerupakan dua buah karya agungnya. Kedua-dua karya tersebut merupakan cerminan kepada situasi yang berlaku dalam masyarakat. Selain daripada itu, Abdullah juga melaporkan perkara yang benar-benar terjadi dan tidak memasukkan unsur khayalan.

i. Hikayat Abdullah: Dalam karya ini,beliau telah memuatkan pengalaman hidupnya bersama dengan orang-orang Inggeris dan mengandungi kritikan terhadap orang Melayu, raja-raja Melayu dan undang-undang Timur yang sebelumnya tidak pernah disentuh oleh golongan penulis.

ii. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan: Dalam karya ini,beliau telah mengupas aspek politik, ekonomi, sosial dan juga kebudayaan masyarakat Melayu di Pahang, Terengganudan Kelantan dari segi kemunduran orang-orang Melayu, soal pelacuran di Kelantan, kezalimanraja dan lain-lain. Hal ini sedemikian disebabkan beliau berpendapat bahawa kemunduran orang-orang Melayu di masyarakat pada masa dulu adalah berpunca daripada sikap raja dan golongan bangsawan yang suka mengambil kesempatan terhadap ketaatan rakyat kepada mereka. Oleh itu, karya ini boleh dianggap sebagai dokumentasi sejarah yang ditulis berdasarkan pemerhatian semasa.Selain itu, beliau lantang mengkritik rakyat-rakyat di Pahang yang malas bekerja sehingga keluasan kawasan yang dimiliki tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Beliau juga berasa hairan kerana tiada guru yang dapat memahami maksud ayat yang diujarkan oleh mereka. Sikap orang Melayu yang ganjil pada pandangannya juga turut dikritik. Tambahan pula, beliau juga mengecam orang-orang Melayu yang malas berusaha, meletakkan tanggungjawab untuk mencari nafkah di bahu perempuan, suka bersabung ayam, dan suka memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti tempoyak, ikan asin, pekasam, jering, petai dan sebagainya.

Di samping itu, Abdullah Munsyi adalah seorang individu yang sangat memberi penekanan kepada ilmu dan hidup. Menurut Abdullah, segala kemuliaan atau kejayaan dapat dicapai jika adanya ilmu kerana ilmu bukan sahaja dapat dimanfaatkan masa kini malah akan membawa keuntungan yang besar kepada kita pada masa yang akan datang. Dalam mencari ilmu, sikap kerajinan atau ketekunan dan sikap sabar perlu diwujudkan juga. Tanpa sikap-sikap tersebut, sukar untuk mencapai sesuatu sesuatu cita-cita. Sebagai contohnya, Abdullah mencari ilmu bukan sahaja mempelajari tentang Melayu namun dia juga turut menpelajari bahasa lain seperti kitab Injil bahasa Inggeris dan Sanskrit. Tambahan pula, semasa beliau dibuli dan dihina oleh orang-orang melaka atas sebab beliau bergaul dengan orang Inggeris, beliau tetap sabar kerana dia sedar betapa pentingnya ilmu itu kepada seseorang. Oleh itu, sumbangan beliau terhadap masyarakat dan negara adalah besar.

(c) Kejayaan-kejayaan Abdullah Munsyi

BilanganKejayaan-kejayaan Abdullah Munsyi

1Memperkenalkan bentuk autobiografi yang terbentuk biografi yang berkisarkan tentan diri dan pengalaman beliau sendiri.

2Penggunaan sudut pandangan penulis iaitu sudut pandangan orang pertama dengan menggunakan kata ganti diri aku dalam menceritakan sesuatu peristiwa.

3Hikayat

Kisah pelayaran Abdullah (1838)

Hikayat Abdullah (1849)

Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1854)

4Syair

Syair singapura terbakar (1830)

Syair Kampung Gelam Terbakar (1847)

Malay Poem On New Years Day (1848)

5Ceretera

Ceretera Kapal Asap (1843)

Ceretera Haji Saba Ali (1851)

Dewa Al-Kulub (1883)

Rujukan

https://arjuna1182.wordpress.com/2008/07/09/abdullah-munsyi-penilaian-negatif-dan-positif/Ibrahim bin Ismail. 1986. The Printing of Munshi Abdullahs Edition of the Sejarah Melayu In Singapore. 5(3), 13-21.

Lampiran

Gambar 2: Takoh Abdullah Musyi

Gambar 3: Contoh karya Abdullah Munsyi