Bahagian C

download Bahagian C

of 3

description

bm

Transcript of Bahagian C

Bahagian C: Membina Ulasan ( Nilai-nilai murni)1. Baca petikan dengan teliti.2. Gariskan dan nomborkan ayat-ayat yang mengandungi nilai-nilai murni.(contoh: belas kasihan, rajin)3. Senaraikan sekurang-kurangnya 4-5 nilai murni daripada petikan.4. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan sahaja. Bina ayat sendiri + huraian petikan Ulasan anda sekurang-kurangnya dalam 40-50 patah perkataan. Pastikan ulasan yang diberi tidak mengandungi kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca .

Cara menjawab ulasan:Kita mestilah__________________________________. Selain itu,kita hendaklah _____________________________. Di samping itu, kita haruslah ____________________________. Akhir sekali, kita perlulah _____________________________.

Petikan:Setiap pagi, Murni bangun awal pada pukul 6.15 pagi untuk pergi ke sekolah. Sebelum mandi, dia akan mengemaskan bilik tidurnya sendiri. Murni akan mandi dan menggosok gigi. Sebelum ke sekolah, Murni akan bersarapan bersama-sama keluarganya. Selepas itu, dia akan bersalaman dengan ibu dan bapanya. Murni tidak lupa membawa bekalan yang disediakan oleh ibunya. Murni berjalan sahaja ke sekolah yang berdekatan dengan rumahnya. Jika dia sampai awal ke sekolah, dia akan membaca buku bersama-sama kawannya atau pun membantu kawan-kawannya membersihkan bilik darjah.

Jawapan dalam satu perenggan:Kita mestilah berdisiplin seperti Murni bangun awal pagi. Selain itu, kita haruslah berdikari misalnya, Murni mengemaskan bilik tidur. Di samping itu, kita hendaklah menjaga kebersihan diri seperti Murni mandi dan menggosok gigi. Akhir sekali, kita perlulah menghormati ibu bapa seperti Murni bersalaman sebelum pergi ke sekolah.

Jadual:SiapaKata BantuNilai murniHuraian

Kitamestilahberdisiplindengan bangun awal.

Kitaharuslahberdikariseperti mengemas bilik tidur.

Kitahendaklahmenjaga kebersihan diridengan mandi dan menggosok gigi.

Kitaperlulahmenghormatiibu dan bapa.

Kitasewajarnyaberjimat-cermatdengan membawa bekalan ke sekolah.

Latihan: 1) Farhan sentiasa mematuhi nasihat ibu bapa dan guru-guru.Nilai murni: ______________________2) Kita hendaklah menutup pili selepas menggunakan air.Nilai murni: _______________________3) Jika jiran memerlukan pertolongan, kita mesti menolongnya.Nilai murni: _________________________4) Semasa ibu Suzy tiada di rumah, dialah yang menjaga adik-adiknya dan membersihkan rumah.Nilai murni:_________________________5) Aiman membuat jadual waktu belajar sendiri kerana dia berazam ingin berjaya.Nilai murni:__________________________6) Cikgu Fatin mengajar murid-muridnya dengan bersungguh-sungguh sehingga faham.Nilai murni:___________________________

3