bahagian c bm.docx

15
A.SENARAI NILAI MURNI RAJIN BERTANGGUNGJAWAB TOLONG-MENOLONG BERDIKARI BEKERJASAMA KEBEBASAN BAIK HATI BERSIKAP SEDERHANA PEMURAH/MURAH HATI BIJAKSANA / BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN JUJUR BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI AMANAH DEDIKASI RELA/SANGGUP BERKORBAN BERDIKARI MENGHARGAI MASA BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR MENGHARGAI / MEMBALAS JASA MEMPUNYAI JATI DIRI PRIHATIN BERANI BERDISIPLIN HORMAT / MENGHORMATI MENJAGA KEBERSIHAN PERAMAH/MUDAH MESRA MENJAGA KESIHATAN IKHLAS MENJAGA KESELAMATAN KASIH SAYANG/ SIMPATI SEMANGAT PATRIOTIK RASIONAL TABAH/SABAR/CEKAL TAAT / PATUH BERADAB SOPAN SEMANGAT BERMASYARAKAT/ KEJIRANAN

description

baha

Transcript of bahagian c bm.docx

Page 1: bahagian c bm.docx

A.SENARAI NILAI MURNI

RAJIN BERTANGGUNGJAWAB

TOLONG-MENOLONG BERDIKARI

BEKERJASAMA KEBEBASAN

BAIK HATI BERSIKAP SEDERHANA

PEMURAH/MURAH HATI BIJAKSANA / BIJAK  MEMBUAT KEPUTUSAN

JUJUR BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI

AMANAH DEDIKASI

RELA/SANGGUP BERKORBAN BERDIKARI

MENGHARGAI MASA BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA MEMPUNYAI JATI DIRI

PRIHATIN BERANI

BERDISIPLIN HORMAT / MENGHORMATI

MENJAGA KEBERSIHAN PERAMAH/MUDAH MESRA

MENJAGA KESIHATAN IKHLAS

MENJAGA KESELAMATAN KASIH SAYANG/ SIMPATI

SEMANGAT PATRIOTIK RASIONAL

TABAH/SABAR/CEKAL TAAT / PATUH

BERADAB SOPAN SEMANGAT BERMASYARAKAT/ KEJIRANAN

Page 2: bahagian c bm.docx

BIL PENYATAAN NILAI

1 Membawa bekal / menabung

2 Berjalan kaki ke sekolah

3 Bangun awal

4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas

5 Menyapu sampah

6 Bersalam / mencium tangan ibu

7 Membaca buku / mengulang kaji

8 Melaksanakan tugas yang diberi

9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas

10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih

11 Bersarapan  bersama keluarga

12 Sembahyang / solat

13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku

14 Sayang akan negara

15 Belajar bersungguh-sungguh

16 Memberi  salam

17 Pergi ke perpustakaan

18 Menyediakan jadual harian

19 Menziarahi kawan sakit / di hospital

20 Bertegur sapa sesama jiran

21 Makan / berbual-bual / bercuti  bersama keluarga

Page 3: bahagian c bm.docx

22 Bergotong- royong

23 Menziarahi  / berkunjung ke rumah jiran /rakan

24 Menelefon bomba / ambulans apabila berlaku kecemasan

25 Menderma / bersedekah /memberi bantuan

26 Memaafkan kesalahan orang lain

27 Menolong haiwan

28 Mengendalikan perlawanan dengan adil

29 Menyelamatkan kawan lemas 

30 Memulangkan barang yang dijumpa

31 Menjaga adik semasa ketiadaaan ibu bapa

32 Berterima kasih

33 Masak makanaan untuk keluarga  / anak

34 Mengakui kesilapan / menyedari kesilapan

35 Makan dengan sopan

36 Bercakap dengan lemah- lembut

37 Memakai pakaian sekolah / lencana 

38 Mendengar nasihat

39 Meminta izin  guru / ibu bapa

40 Membantu rakan yang bermasalah

41 Menumpukan perhatian semasa guru mengajar endah / tekun

42 Membeli / memberi  cenderahati  / hadiah / buah tangan

baik hati / menghargai / kasih sayang

43 Berdoa  kepada tuhan untuk  keluarga, rakan kasih sayang / prihatin

44 Tidak menconteng  dinding sekolah berdisiplin

Page 4: bahagian c bm.docx

45 Mempunyai hobi menghargai masa

46 Memuji keindahan bersyukur,  menghargai

47 Tidak terpengaruh  hasutan rakan rasional /

48 Menerima pendapat orang lain toleransi / rasional

49 Terselamat daripada bencana / kemalangan bersyukur

50 Menyimpan alatan di tempat asalnya berdisiplin / tanggungjawab

51 Menyusun buku mengikut jadual waktu sekolah berdikari / rajin / tanggungjawab

52 Bercita-cita tinggi berwawasan tinggi

53 Menerima pendapat/cadangan rasional  / toleransi

54 Beratur menunggu giliran  berdisiplin / bertimbang rasa

55 Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan berwawasan tinggi

56 Menyanjungi guru mengenang jasa / menghormati

57 Tidak pernah berputus asa tabah / cekal

58 Melayanan tetamu dengan mesra kasih sayang / hemah tinggi

59 Bersimpati akan bebanan ayah ibu prihatin / kasih sayang

60 Membuang sampah ke dalam tong sampah berdisiplin / mementingkan kebersihan

61 Mengotakan janji amanah

62 Bersikap tidak keterlaluan / tidak menujuk-nunjuk

bersedarhana / rendah diri / hemah tinggi

63 Berfikir sebelum melaksanakan sesuatu rasional

63 Melakukan sesuatu yang tidak melanggar peraturan

patuh

64 Berkongsi masalah sesama rakan kasih sayang / setia kawan

65 Tidak sombong / meninggi diri rendah diri /

66 Rela berkorban nyawa Ikhlas / pqtriotisme

Page 5: bahagian c bm.docx

67 Melaksanakan tugas tanpa merungut dedikasi  / ikhlas

68 Membalas budi ibu bapa/ guru/ rakan/jiran mengenang jasa / menghargai

69 Berucap di hadapan kelas/perhimpunan/majlis berani

70 Bersedia menghadapi cabaran berani / yakin

71 Rela mengorbankan masa dan tenaga dedikasi

72 Melakukan tanpa mengharapkan balasan ikhlas

73  Bersatu padu dalam hidup bermasyarakat kerjasama / bermuafakat

74 Percaya akan kebolehan diri sendiri  yakin

75 Menjaga perlakuan / pertuturan hemah tinggi

76 Bersepakat dalam menjalankan sesuatu pekerjaan

bermuafakat

77 Mengambil berat keperluan dan perasaan orang lain

bertimbang rasa / bertolak ansur

78 Mencipta sesuatu dengan bahan terbuang kreatif  / yakin / berani mencuba

79 Mengutamakan golongan orang tua /  kanak-kanak

kasih sayang / baik hati / hemah tinggi

80 Tidak meninggikan suara  apabila bercakap hemah tinggi / sopan

81 Menghadiri kenduri di kawasan tempat tinggal semangat kejiranan / peka

82 Menolong ibu menghidangkan makanan rajin / baik hati

83 Membeli barang yang perlu sahaja berjimat cermat

84 Belajar mengikut jadual yang dibuat sendiri berdisiplin / menepati masa

85 Datang awal ke sekolah menepati masa

86 Merawat binatang yang cedera prihatin / baik hati / cepat bertindak

87 Menolong kawan yang pernah menolong kita setia kawan

88 Berhenti apabila lampu isyarat merah menyala patuh

Page 6: bahagian c bm.docx

89 Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading berwawasan tinggi

90 Minum air lapan gelas sehari mementingkan kesihatan

91 Memeriksa keadaan kereta sebelum memandu cermat / teliti / tanggungjawab

92 Membalut buku-buku teks sendiri berdikari

93 Melakukan kerja tanpa mengharap balasan ikhlas

94 Memberi baki wang yang terlebih dipulangkan jujur

95 Menerima kekalahan pasukan semangat kesukanan

96 Tidak merungut menghadapi dugaan hidup tabah / cekal

97 Menyesali kesalahan yang pernah dibuat insaf

98 Menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah aktif

99 Mengadakan sambutan Hari Guru / Hari Ibu / Hari Bapa

menghargai / mengenang jasa

100 Menanam pokok bunga pada waktu lapang menghargai masa

101 Menbelek-belek baju yang hendak dibeli teliti

102 Mengemas tempat tidur apabila bangun berdikari

103 Merindui keluarga yang jauh di kampung kasih sayang

104 Mendengar dan mengikuti arahan guru / ibu bapa

patuh / akur

105 Menjalankan tugas mengikut jadual tugasan amanah / tanggungjawab

106 Hampir terjatuh keran hendak cepat berhati-hati

107 Memberi perangsang kepada murid-murid tanggungjawab

108 Segera meminta maaf hemah tinggi

109 Segera berlari untuk mendapatkan pertolongan cepat bertindak

110 Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lagi insaf

111 Bersalaman dengan datuk dan nenek menghormati

Page 7: bahagian c bm.docx

112 Makan makanan yang tidak berkhasiat mementingkan kesihatan

113 Berazam untuk mengubah kehidupan keluarga berwawasan tinggi

114 Sanggup mengajar dengan percuma ikhlas

115 Menegur rakan yang berbuat salah berani

116 Berjumpa guru jika ada masalah dalam pelajaran berani

117 Berdoa agar rakan cepat sembuh setia kawan / kasih sayang / prihatin

118 Memberi cenderamata kepada penceramah menghargai

119 Kagum akan keindahan alam cinta akan alam sekitar / bersyukur

120 Memberi tempat duduk kepada wanita mengandung

baik hati / bertimbang rasa

121 Merayau-rayau di pusat membeli-belah menghargai masa

122 Memandu tanpa lesen patuh

123 Membuang sampah ke dalam sungai tanggungjawab

124 Membaca novel sementara menunggu ibu bapa rajin / menghargai masa

125 Menolong ayah berkebun pada hujung minggu rajin / kasih sayang

126 Menyusun buku-buku di rak yang telah disediakan

berdisiplin

127 Membeli buku di pameran buku mencintai ilmu

128 Berhati-hati semasa menggunting kertas teliti

129 Membeli barang dengan wang simpanan sendiri berdikari

130 Menyertai perarakan Hari Kebangsaan patriotisme

131 Tidak melayari laman web yang tidak beretika rasional

132 Bersama-sama melakukan kerja kerjasama

133 Jangan cepat memberi hukuman adil / rasional

134 Hidup sepakat membawa berkat bermuafakat / toleransi

Page 8: bahagian c bm.docx

135 Tidak memilih rupa atau pangkat rasional / adil

136 Bersaing-saing ketika berbasikal di jalan raya berhati-hati / patuh

137 Berderma kepada mereka yang memerlukan baik hati

138 Menutup suis lampu bilik ketika keluar berjimat cermat

139 Ketua kampung juga turut membantu kami tanggungjawab

140 Berebut-rebut menaiki bas berdisiplin

141 Menghisap rokok hingga menyebabkan rakan terbatuk

bertimbang rasa / peka

142 Leka menonton televisyen dan tidak menyiapkan kerja sekolah

menghargai masa

143 Bangun lewat kerana mononton televisyen hingga larut malam

menghargai masa / menepati masa

144 Terima kasih cikgu, kerana membimbing saya selama ini

bersyukur / mengenang jasa

145 Berlatih bersungguh-sungguh sebelum menyertai acara larian

tekun / tanggungjawab

146 Memberi kata-kata semangat kepada rakan yang menyertai pertandingan

setia kawan

147 Bergotong-royong membersihkan kawasan rekreasi

kerjasama / mementingkan kebersihan

148 Memastikan pintu dan tingkap sudah dikunci sebelum meninggalkan rumah

berhati-hati

149 Sekolah kami telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan

semangat patriotisme

150 Kami bertafakur untuk mengingati para pejuang negara yang telah terkorban

mengenang jasa

Page 9: bahagian c bm.docx

C.   CONTOH PETIKAN BAHAGIAN C

PETIKAN 1

Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di

sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia

selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan

kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum

ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun

begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak

makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu

hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan

Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar

nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.

PETIKAN 2

Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk

tidur kerana hari sudah lewat malam.  Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah.  Azim

segera mematikan suis televisyen.  Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik,

Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen.  Azim tidak mahu terlepas

peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi

kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun. Sudah dua kali ibu

Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut.  Azim tersentak apabila

matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Azim bingkas

bangun lalu tergesa-gesa bersiap.  Dia hampir-hampir  tersungkur apabila kakinya

terlanggar bucu katil.Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi.  Azim ternampak

seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan mukanya

apabila pengawas mencatat namanya.  Kali ini tentu dia akan didenda lagi.

PETIKAN 3

Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua

orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan,

Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya

melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari,

selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung

tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja,

Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang

dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima

pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai

perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru

Page 10: bahagian c bm.docx

kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa

memberikan  bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful  mahu memastikan

adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.

PETIKAN 4

Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika

hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu

termasuk rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan

ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pula membuat laporan

polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia

terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid

menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya

menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas

kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia

tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.

PETIKAN 5

Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia,

beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin

Jadi dalam bidang olahraga. Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah

rendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan

Paya Mas, Tangkak.Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun

Mamat, Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai

keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan. Kegigihan

beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah dipilih mewakili

negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga

telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh tidak

menjadikan Nordin          jadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan

sentiasa       mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara

PETIKAN 6

Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan

mereka. Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di

pondok itu telah rosak. Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan

contengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak

nakal yang tidak bertanggungjawab.

            Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main

di situ ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua bercadang untuk melaporkan

perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak

berkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak

bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan

sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua penduduk

Page 11: bahagian c bm.docx

PETIKAN 7

Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini.  Taman ini terkenal

kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun penduduknya terdiri

daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu.  Mereka hidup dengan

harmoni.

Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan

taman itu.  Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak

tersekat.  Air yang tersekat boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.  Aktiviti yang

mereka lakukan dapat mengatasi  masalah kekotoran taman, mereka juga dapat

mengenali jiran setaman.

Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad.  Dengan senaman ini kesihatan

penduduk terjamin.  Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh

dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan

satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat

PETIKAN 8

Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak.  Dia pulang

dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir

memeriksa keadaan keretanya. Setelah pasti semuanya berada dalam keadaan selamat,

mereka pun memulakan perjalanan.

            Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir

terpukau melihat  keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari

pemandangan.  Selepas lebih tiga jam di perjalanan, merekapun sampai di kampung

mereka.  Izmir bersalaman dengan neneknya sambil menghulurkan buah tangan

yang dibawanya

PETIKAN 9

“Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah

semakin hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu,”

rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.“Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca

buku.” Saban hari begitulah sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-

rayau bersama kawan-kawannya. Senja  baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak

dihiraukannya.

       Suatu petang,  Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan

kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya. Malang tidak berbau. Ah Long

hilang kawalan apabila terlanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba.

“Makkkk ........!”

            ”Anak encik perlu  menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit

gegaran akibat terhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar

sedikit hari lagi. Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor muda itu kepada Puan

Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi mengalir laju.

Page 12: bahagian c bm.docx

    

 PETIKAN 10

Pergi ke  pasar bersama Cik Zaitun,

Hendak membeli  si ikan parang;

Hidup mesti bersopan santun,

Supaya kita tidak dibenci orang.

                 Dayung sampan ke Tasik Cini ,

                 Peluh mengalir nampak di dahi;

                  Perkara baik kita teladani,

                 Yang buruk kita jauhi.

Nanas ditanam di tepi paya,

Lalu  dijual di pinggir  kota;

Rajin berusaha pasti berjaya,

Malas bekerja membawa derita.

                Bunga kiambang sungguh menawan,

                 Kembang mekar  di pagi hari;

                 Kalau dapat mengapai  awan,

                 Jangan pula meninggi diri.

 Buah labu si buah kundur,

 Banyak tumbuh di Pulau;

Perahu terlajak boleh diundur

Terlajak kata membawa padah.