Bahagian D Graf Contoh Soalan Dan Teknik Menentukan Media

5
Bahagian D Arahan : Sila kena pasti kata kunci ( arahan soalan), kemudian tentukan bentuk graf yang sesuai bagi setiap soalan sebelum merujuk kepada jawapan yang disertakan. Jawapan setiap soalan akan diberi komen / kata kunci tertenu. Selamat mencuba. 1. Berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah, sediakan graf yg sesuai utk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yg dipilih dlm Pasaran Saham Kuala Lumpur.( 2000) 2. Berdasarkan maklumat yg diberikan di bawah, sediakan graf yg menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa Saham KL bagi tempoh tahun 1990 dan tahun 1995. (1998) 3 .Dengan berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah ini, sediakan graf bar yg sesuai utk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pd tahun 1990 dan tahun 1995. ( 1996) 4. Dengan menggunakan maklumat yg disediakan dlm petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yg sesuai utk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1990. ( 1995) 5 Berdasarkan maklumat yg diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai utk menunjukkan peratusan perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.(2004) 6.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan

Transcript of Bahagian D Graf Contoh Soalan Dan Teknik Menentukan Media

Bahagian DArahan :Sila kena pasti kata kunci ( arahan soalan), kemudian tentukan bentuk graf yang sesuai bagi setiap soalan sebelum merujuk kepada jawapan yang disertakan. Jawapan setiap soalan akan diberi komen / kata kunci tertenu. Selamat mencuba. 1. Berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah, sediakan graf yg sesuai utk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yg dipilih dlm Pasaran Saham Kuala Lumpur.( 2000)2. Berdasarkan maklumat yg diberikan di bawah, sediakan graf yg menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa Saham KL bagi tempoh tahun 1990 dan tahun 1995.(1998)3 .Dengan berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah ini, sediakan graf bar yg sesuai utk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pd tahun 1990 dan tahun 1995. ( 1996)4. Dengan menggunakan maklumat yg disediakan dlm petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yg sesuai utk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1990. ( 1995) 5 Berdasarkan maklumat yg diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai utk menunjukkan peratusan perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.(2004)

6.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan bilangan kes kebakaran mengikut punca dari tahun 1996 hingga 2000.(2003)

7. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yang sesuai utk menunjukkan kuantiti eksport tiga komoditi utama antara tahun 1989 hingga tahun 1992. Pada gambar rajah yang sama, tunjukkan juga jumlah pendapatan eksport tiga komoditi utama itu bagi tempoh yang dinyatakan, dengan menggunakan graf garis. (1994 ) 8 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat ijazah di institut pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut. (1993)9 Dengan menggunkan maklumat yg diberikan di dalam petikan bawah, sediakan graf bar yang menunjukkan bilangan kes jenayah perdagangan yang dilaporkan kpd pihak polis, bilangan orang yg ditangkap dan bilangan mereka yang didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah tersebut di antara tahun 1985 hingga 1989. ( 1991)10. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad ( CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yangditawarkan pada tahun 2004. ( 2008)11 Berdasarkan maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan carta yg sesuai utk menunjukkan perbezaan peruntukan perbelanjaan sektor ekonomi kerjaan Persekutuan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malayisa ketujuh. ( 2000)12. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan import dan eksport Malaysia bagi tahun 1998.13. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.( 2008)

Jawapan Bahagian D

(Berdasarkan soalan bahagian D - Teknik Menjawab Soalan Pengajian AM 2 )

Catatan : Pelajar perlu meneliti kata kunci dalam arahan soalan dalam menentukan bentuk jawapan yang tepat. Soalan 1 : Graf garis biasa . Alasan ; kata pola-pola perubahan dan berkaitan dengan saham.Soalan 2 ; Graf garis biasa. Alasan : Keadaan turun-naik, dan berkaitan dengan saham.Soalan 3 : Bar piramid komponen. Alasan : Ada perkataan Jumlah dan 3 dimensi/perkara ( pekerjaan, etnik dan tahun )Soalan 4 : Bar piramid kompaun. Alasan : Ada 3 dimensi/perkara ( berat kelahiran, etnik dan jantina )Soalan 5 ; Bar memesong. Alasan ; Peratusan perubahan, ada data 2 tahun / tempohSoalan 6 ; Graf garis biasa :Alasan: kadar perubahan , ada 5 tahun paksi mendatar.Soalan 7 : Gabungan graf bar dan bar garis : Alasan : ada 2 ukuran berlainan . Bar kompaun sebab tidak perkataan jumlah. Satu garisan sahaja kerana perkataan jumlah pendapatan eksport 3 komoditiSoalan 8 : Graf garis komponen . Alasan : Ada perkataan jumlah dan sebagai komponen jumlah pengambilanSoalan 9 : Graf kompaun . Alasan : tidak ada perkataan jumlah dan ada 4 dimensi/perkara ( dilapor, ditangkap, didakwa dan tahun.)Soalan 10 : Pai Bertingkat : Alasan : tidak ada perkataan bandingkan/bezakan, hanya ada satu jumlah besar sahaja.Soalan 11 : Carta pai banding. Alasan : perkataan perbezaaan, ada 2 jumlah data besar ( RMK-6 dan RMK-7)Soalan 12 : Carta pai banding : perkatan menunjukkan dan jumlah import dan eksportSoalan 13 : Gabungan graf bar dan garis . Alasan : ada 2 ukuran berlainan ( pengeluaran = tan matrik, perolehan = RM juta )