Bahagian E Contoh Soalan Dan Skema Jawapan

4
Bahagian E ( Jadual ) Secara umum, setiap tahun mesti ada sekurang-kurangnya satu soalan tentang jadual/ grafik dalam soalan STPM. Terdapat cara tertentu semasa menjawab soalan jadual. Rujuk soalan jadual berikut, fahamkan arahan dan sediakan rangka isi sebelum merujuk kepada cara untuk mendapatkan jawapan. Soalan Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola pinjaman yang dibiayai oleh institusi kewangan kepada beberapa sektor tertentu dari tahun 1996 hingga 1999. Pola Pinjaman Oleh Institusi Kewangan dari Tahun 1996-1999 RM Juta Sektor/tahun 1996 1997 1998 1999 Perkilangan 2900 3000 3100 3200 Perlombongan 950 950 950 950 Perniagaan 5000 6000 8000 6500 Pengangkutan 980 970 990 1500 Jumlah 9830 10920 13040 12150 ( sumber : data rekaan) Jawapan untuk soalan ini mesti mengandungi 2 bentuk jawapan seperti berikut; a.. Pola perubahan data ( 2 isi)

Transcript of Bahagian E Contoh Soalan Dan Skema Jawapan

Bahagian E ( Jadual )

Secara umum, setiap tahun mesti ada sekurang-kurangnya satu soalan tentang jadual/ grafik dalam soalan STPM. Terdapat cara tertentu semasa menjawab soalan jadual. Rujuk soalan jadual berikut, fahamkan arahan dan sediakan rangka isi sebelum merujuk kepada cara untuk mendapatkan jawapan.SoalanBerdasarkan jadual di bawah, huraikan pola pinjaman yang dibiayai oleh institusi kewangan kepada beberapa sektor tertentu dari tahun 1996 hingga 1999.Pola Pinjaman Oleh Institusi Kewangan dari Tahun 1996-1999RM Juta

Sektor/tahun1996199719981999

Perkilangan2900300031003200

Perlombongan950950950950

Perniagaan5000600080006500

Pengangkutan9809709901500

Jumlah9830109201304012150

( sumber : data rekaan)Jawapan untuk soalan ini mesti mengandungi 2 bentuk jawapan seperti berikut;a.. Pola perubahan data ( 2 isi)b. Isi bandingan dalam tahun ( 2 isi)Huraian setiap isi yang lengka mesti mengandungi perkara beriktu ; i. Pola data / Isi ii. Data asas iii. Analisis data iv. Alasan / sebabA. Isi Pola PerubahanIsi pola meningkat Jumlah pinjaman bagi sektor perkilangan mengalami pola meningkat berterusan dari 1996-1999.( isi)Pada tahun 1996, jumlah pinjaman sebanyak RM2900juta dan telah meningkat sebanyak RM 300 juta atau 10.24 % menjadi RM3200 juta pada tahun 1999.( data asas+ analsis data) Keadaan ini disebabkan kegawatn ekonomi berlaku pada hujung 90-an( alasan)Isi pola Malar/Tidak berubah Pinjaman kepada sektor perlombongan adalah malar dari tahun 1996 hingga 1999 .(Isi)Pinjaman untuk sektor kekal pada RM 950 juta dalam tempoh 1996 hingga 1999, (data asas)kerana sektor ini memang tidak berkembang akibat ketandasan galian dan harga galian yang rendah.(alasan)Isi Pola tidak Stabil Jumlah pinjaman untuk sektor pengangkutan mengalami pola tidak stabil dari tahun 1996 hingga 1999.(isi) Pada tahun 1996, pinjaman adalah RM 980 juta , telah menurun sebanyak RM 10 juta ( 1.02 %) menjadi RM970 juta pada tahun 1997. Pinjaman telah meningkat dari tahun 1997 ( RM 970 juta ) kepada 1999 ( RM 1500 juta) dengan peningkatan sebanyak RM 530 juta ( 54.64%) .( data asas + analsis data ) Keadaan ini disebabkan sektor berkembang dari tahun 1996 hingga 1997, dan mengalami kerugian teruk akibat syarikat lain bankrup dan tidak menggunakan kemudahan perkhidmatan pengangkutan.( alasan)B .Isi Bandingan Dalam Tahun.Pada tahun 1996, pinjaman yang tertinggi ialah sektor perniagaan iaitu RM5000 juta daripada jumlah RM9830juta, manakala pinjaman terendah ialah sektor perlombongan , sebanyak RM950 juta daripada jumlah RM9830juta.( isi + data asas)Pinjaman sektor perniagaan lebih besar dariapda sektor perlombongan sebanyak RM6 050juta. ( analsis data )Hal ini disebabkan oleh banyak syarikat mengalami kerugian akibat kemelesetan ekonomi. (alasan)

Bahagian E ( Carta Aliran)Pengajaran dalam bahagian ini agak sukar kerana tidak ada satu panduan yang berkesan dalam pengajaran carta aliran. Soalan yang ditanya dalam soalan STPM berlainan dan tidak ada hubung kait setiap tahun. Terdapat 2 cara mendekati soalan carta aliran, iaitu menggunakan pendekatan proses dan bukan proses. Soalan-soalan tahun lepas digunakan sebagai bahan pengajaran dan soalan latihan. Cadangan jawapan disediakan, pelajar dikehendaki mendapatkan soalan-soalan yang tercatat.a. Teknik mendekati soalan berbentuk Proses terikat dgn pergerakan anak panah # 1999 : bagaimana kemiskinan di desa dikurangkan # 2004 : Fasa yang perlu dilalui oleh sebuah firma dlm prose mengurus secara strategik #2003 : Peringkat peringkat yg dilalui oleh Projek X utk menghasilkan sesebuah projek pembangunan yang berkesan.b. Teknik mendekati soalan tidak berbentuk proses- tidak terikat dgn anak panah # 1994 : Pelbagai kegunaan air # 1998 : Faktor langsung dan tidak langsung mempengaruh amalan pemakanan # 2002 : Pelbagai pihak terlibat dlm pembangunan alam