Bahagian F

download Bahagian F

of 2

description

soalan moral

Transcript of Bahagian F

Siti Aisyah, seorang murid yang berusia 12 tahun, terpaksa melalui kehidupan yang sukar semenjak ayah kandungnya meninggal dunia. Dia kini dibesarkan oleh ibunya yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit di kampungnya. Dalam masa yang sama, ibunya turut membesarkan lima orang adik beradik Siti Aisyah. Keadaan menjadi lebih meruncing apabila Siti Aisyah disahkan menghidap penyakit jantung pada tahap yang kritikal sehingga menyukarkannya untuk menjalani sesi persekolahan. Atas ihsan orang ramai, selama setahun Siti Aisyah berjaya meneruskan kehidupannya dengan bantuan jantung mekanikal. Namun bantuan jantung mekanikal tersebut tidak akan bertahan lama. Oleh itu, Siti Aisyah memerlukan sumbangan ihsan orang ramai untuk mendermakan organ jantung baharu kepadanya serta mendapatkan dana bagi menjalani pembedahan jantung. Penderitaan hidup Siti Aisyah dan keluarganya mendapat perhatian dan liputan yang meluas oleh media sosial seterusnya ke pengetahuan rakyat Malaysia. Pada tanggal 24 Jun 2014 merupakan hari yang bermakna buat Siti Aisyah dan keluarganya kerana dia telah mendapat organ jantung yang baharu daripada seorang penderma sekaligus mendapat dana bagi menjalankan pembedahan daripada seorang ahli kenamaan yang ingin identitinya dirahsiakan.Kini, dia mampu menjalani kehidupan sepertimana remaja yang lain tanpa perlu bergantung kepada bantuan jantung mekanikal itu lagi. Sikap yang ada pada penderma organ jantung dan wang itu perlu dicontohi dan dipuji.F. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberi.

1. Siapakah nama murid yang menghidapi penyakit jantung itu? (Pengetahuan)____________________________________________________________________________ (2m)2. Berapa lamakah pesakit jantung itu bergantung nyawa dengan jantung mekanikal? (Pengetahuan)____________________________________________________________________________ (2m)3. Apakah mata pencarian ibu pesakit jantung itu? (Pengetahuan)____________________________________________________________________________ (2m)4. Bagaimanakah pesakit jantung itu mendapat organ jantung yang baharu? (Pengetahuan)____________________________________________________________________________ (2m)5. Apakah sikap yang ada pada penderma organ jantung dan wang itu? (Analisis)____________________________________________________________________________ (2m)6. Sekiranya rakan anda menghadapi masalah yang sama seperti Siti Aisyah, apakah yang akan anda lakukan untuk membantu rakan anda? (Sintesis)_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ (2m)

Skema jawapan :

1. Siti Aisyah2. Setahun3. Pembantu kedai runcit4. Seorang ahli kenamaan 4. Baik hati // ikhlas // empati // (jawapan yang logik akal adalah diterima)5. Menderma wang bagi meringankan beban // Memberikan sokongan moral dan nasihat // (jawapan yang logik akal adalah diterima)