Bahagian Hal Ehwal Pelajar - BIASISWA PINJAMAN...
Transcript of Bahagian Hal Ehwal Pelajar - BIASISWA PINJAMAN...
-
BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK SESI 2019/2020
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak akan membuka tawaran Biasiswa Pinjaman
Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) untuk penuntut dari Negeri Sarawak dan mengikuti pengajian di
peringkat DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA bagi sesi 2019/2020.
SYARAT-SYARAT BIDANG TAJAAN
Terbuka kepada pelajar baru dan yang sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) selaku urus setia akan
mempertimbangkan permohonan bagi pemberian biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak.
b. Terbuka kepada pelajar yang mengikuti program pengajian IPTA sepenuh masa sahaja.
c. Terbuka kepada pelajar di peringkat Diploma dan Sarjana
Muda sahaja. d. Telah mendapat surat tawaran daripada IPTA.
1- Kejuruteraan 2- Sains dan
Sains Gunaan
3- Pengurusan 4- Ekonomi dan
Perniagaan 5- Sains Sosial
6- Teknologi Maklumat
PROSEDUR
1. Sila layari laman web e-scholarship di http://escholarship.sarawak.gov.my menggunakan pelayar web (Web Browser) Mozilla Firefox, Internet Explorer.
2. Jika anda merupakan pemohon baru, sila klik pada Daftar Akaun Baru Di Sini untuk mendaftar.
Sekiranya anda pernah memohon e-scholarship, sila Log Masuk nombor Kad Pengenalan serta Kata Laluan (Log Masuk Bukan Sarawak ID) untuk log masuk (log-in). Sekiranya anda mempunyai Sarawak ID, sila klik Log Masuk Sarawak ID untuk log masuk
(log-in). 3. Sila lengkapkan Maklumat Peribadi Pemohon serta Maklumat Tambahan Pemohon.
Kemudian, sila klik pada Permohonan dan seterusnya klik pada Permohonan Baru.
4. Sila lengkapkan Maklumat Permohonan Biasiswa. Para pemohon dikehendaki untuk menyemak butiran pemohon dengan teliti. Maklumat permohonan yang telah dihantar
tidak dapat diubah oleh pemohon. Sebarang perubahan hendaklah dikemukakan secara bertulis ke pejabat SPANS.
5. Pastikan anda menyemak Semak Status Permohonan sebelum log keluar (log-out). 6. SPANS berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap.
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI TEMPOH
1- Catherina ak Jackson Blanda (014-6866089)
2- Dyg Normasni bte Abd Juhaihi (011-25335132)
3- Corina ak Bernard (014-5901677)
ALAMAT:
Tingkat 9 & 10, Wisma Satok, 93400 Kuching,
Sarawak.
Tel : 082-236325/554
E-mel : [email protected]
10 hingga 23 OGOS 2019
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan
dipanggil temuduga. Sekiranya anda tidak
dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan selepas
tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah
dianggap TIDAK BERJAYA.
http://escholarship.sarawak.gov.my/mailto:[email protected]