BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan...

28
1 BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan 1.1 Buku panduan ini adalah bertujuan untuk membolehkan Ejen Mengira Undi menjalankan tugas dengan baik dan berkesan bagi pihak Calon semasa Hari Mengundi. 1.2 Dengan cara ini Ejen Mengira Undi (EMU) dapat menjaga kepentingan Calon dalam pengurusan pilihan raya dan seterusnya memastikan urusan pilihan raya berjalan secara saksama mengikut undang-undang. 2. Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 2.1 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah sebuah badan bebas yang terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lima orang Ahli yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dengan bebas dan saksama. 2.2 Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha selaku Ketua Pentadbir yang bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya yang ditetapkan dalam Perlembagaan. (Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan) 3. Fungsi-fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya 3.1 Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai 3 fungsi utama seperti berikut: 3.1.1 Menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya kecil. 3.1.2 Menyediakan daftar pemilih dan menjalankan urusan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih. 3.1.3 Mewujudkan Bahagian-bahagian Pilihan Raya dan menjalankan kajian semula persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya. (Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan).

Transcript of BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan...

Page 1: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

1

BAHAGIAN I

PENGENALAN

1. Tujuan

1.1 Buku panduan ini adalah bertujuan untuk membolehkan Ejen Mengira

Undi menjalankan tugas dengan baik dan berkesan bagi pihak Calon

semasa Hari Mengundi.

1.2 Dengan cara ini Ejen Mengira Undi (EMU) dapat menjaga kepentingan

Calon dalam pengurusan pilihan raya dan seterusnya memastikan

urusan pilihan raya berjalan secara saksama mengikut undang-undang.

2. Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

2.1 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan mengikut peruntukan

Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah sebuah badan

bebas yang terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi

dan lima orang Ahli yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya

bertanggungjawab menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat

dan Dewan Undangan Negeri dengan bebas dan saksama.

2.2 Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Urus Setia yang diketuai oleh

seorang Setiausaha selaku Ketua Pentadbir yang bertanggungjawab

dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya yang

ditetapkan dalam Perlembagaan.

(Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan)

3. Fungsi-fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya

3.1 Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai 3

fungsi utama seperti berikut:

3.1.1 Menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat, Dewan

Undangan Negeri dan pilihan raya kecil.

3.1.2 Menyediakan daftar pemilih dan menjalankan urusan

pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih.

3.1.3 Mewujudkan Bahagian-bahagian Pilihan Raya dan menjalankan

kajian semula persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya.

(Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan).

Page 2: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

2

4. Pelantikan Ejen Mengira Undi

4.1 Pelantikan Ejen Mengira Undi

4.1.1 Pelantikan Ejen Mengira Undi adalah berdasarkan kepada

subseksyen 14(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

4.1.2 Pihak yang bertanggungjawab melantik ejen Mengira Undi

adalah Calon atau Ejen Pilihan Raya (EPR). Tugas dan

tangungjawab Ejen Pilihan Raya adalah untuk membantu

Calon bagi membuat pemerhatian pelaksanaan proses mengira

undi supaya ianya berjalan mengikut undang-undang yang

ditetapkan.

4.1.3 Bagi memudahkan Calon atau Ejen Pilihan Raya melantik Ejen

Mengira Undi, format Borang Pelantikan Ejen Mengira Undi

seperti di LAMPIRAN 1 boleh diguna pakai. Borang

Pelantikan Ejen Mengira Undi ini perlu mengandungi maklumat

Calon atau Ejen Pilihan Raya, nama Pusat Mengundi, nama

penuh Ejen Mengira Undi yang dicadangkan untuk dilantik

serta nombor Kad Pengenalan, alamat surat-menyurat dan

nombor telefon.

4.2 Syarat-syarat Sebelum Ejen Mengira Undi Menjalankan Tugas

4.2.1 Sebelum memulakan tugas, Ejen Mengira Undi hendaklah

menyerahkan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) dokumen

seperti berikut:

(a) Surat pelantikan sebagai Ejen Tempat Mengundi yang

ditandatangani oleh Ejen Pilihan Raya.

(b) Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah

ditandatangani seperti di LAMPIRAN 2

(c) Dokumen pengenalan diri.

(d) Pas pengenalan diri yang dikeluarkan oleh SPR

4.2.2 Seseorang Ejen Mengira Undi yang dilantik boleh menjalankan

tugas sepanjang proses pengiraan undi selesai.

Page 3: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

3

5. Syarat-Syarat Kelayakan Ejen Mengira Undi

5.1 Kelayakan Ejen Mengira Undi adalah seperti berikut:

5.1.1 Warganegara Malaysia

5.1.2 Umur tidak kurang daripada 21 tahun

5.1.3 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia

tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan

keganasan atau kecurangan oleh mahkamah

5.1.4 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia

tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan atau telah dilepaskan

dari penjara setelah menjalani hukuman pemenjaraan

5.1.5 Bukan seorang yang didaftarkan dibawah Akta Pencegahan

Jenayah 1959

5.1.6 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia

tidak disabitkan di atas suatu kesalahan dibawah subseksyen

52(3) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan persamaan dalam

mana-mana undang-undang yang lain

5.1.7 Bukan seorang yang mengenainya suatu perintah telah dibuat

dibawah subseksyen 66(4) Akta Pertubuhan 1966 atau

peruntukan persamaan dalam mana-mana undang-undang yang

lain

5.1.8 Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan

(Subseksyen 13 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

Page 4: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

4

6. Pelanggaran Syarat-Syarat Kelayakan Pelantikan Ejen Mengira Undi

6.1 Apa-apa pelanggaran syarat-syarat pelantikan oleh Calon ataupun Ejen

Pilihan Raya di bawah subseksyen 13(1) atau subseksyen 21 (1)–(2)

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didenda sebanyak lima ribu

ringgit bila disabit kesalahan mengikut subseksyen 27 (1)–(2) Akta

yang sama.

6.2 Pelantikan Ejen Mengira Undi yang tidak mengikut syarat-syarat yang

ditetapkan boleh menyebabkan satu Petisyen Pilihan Raya di buat

sepertimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 32 (c) dan (d)

Akta Kesalahan Pilihan Raya.

7. Istilah-Istilah Penting

7.1 Pegawai Pengurus (PP)

Adalah seseorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi mengendalikan

pilihan raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan.

(Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958)

7.2 Penolong Pegawai Pengurus (PPP)

Adalah seseorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi membantu

Pegawai Pengurus mengendalikan Pilihan Raya dalam sesuatu

Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan.

(Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958)

7.3 Pembantu Pilihan Raya (PPR)

Adalah seseorang pegawai yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi

tujuan membantu beliau dalam urusan pentadbiran yang berkaitan

dengan Pilihan Raya.

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan

Pilihan Raya) 1981)

7.4 Ketua Tempat Mengundi (KTM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi mengetuai

sesuatu Tempat Mengundi (Saluran) dan mengendali proses

pengundian. (Subperaturan 12 (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Page 5: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

5

7.5 Kerani Pengundian (KP)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu

Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengundian di Tempat

Mengundi (Saluran). (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan

Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)

7.6 Kerani Mengira Undi (KMU)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu

Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengiraan undi di tempat

mengira undi.

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan

Pilihan Raya) 1981)

7.7 Penyelia Pusat Mengundi (PPM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan

menyelia sesuatu Pusat Mengundi semasa Pilihan Raya dijalankan.

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan

Pilihan Raya) 1981)

7.8 Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu

menyemak nama pengundi dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)

untuk menentukan Tempat Mengundi (Saluran) semasa pilihan raya

diadakan.

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan

Pilihan Raya ) 1981)

7.9 Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan

membantu menunjuk arah kepada pengundi, membantu pengundi di

kalangan orang kelainan upaya (OKU) dan lain-lain tugas yang

diarahkan oleh Penyelia Pusat Mengundi (PPM).

(Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan

Pilihan Raya) 1981.

Page 6: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

6

7.10 Calon

Adalah seseorang yang kertas penCalonannya yang sah diterima oleh

Pegawai Pengurus untuk bertanding dalam sesuatu Bahagian Pilihan

Raya.

(Seksyen 2, Akta Pilihan Raya 1958)

7.11 Ejen Pilihan Raya (EPR)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon bagi mewakili dirinya untuk

menjalankan semua urusan berhubung dengan pilihan raya di mana

Calon itu bertanding.

(Subseksyen 12 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.12 Ejen Tempat Mengundi (ETM)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi

mewakili Calon untuk menyaksikan proses pengundian di dalam

Tempat Mengundi (Saluran) berjalan mengikut undang-undang dan

peraturan-peraturan yang ditetapkan.

(Subseksyen 14(1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.13 Ejen Mengira Undi (EMU)

Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi

mewakili Calon untuk memerhatikan Proses Pengiraan Undi di dalam

Tempat Mengira Undi berjalan mengikut undang-undang dan

peraturan-peraturan yang ditetapkan.

(Subseksyen 14(1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.14 Pemerhati Pilihan Raya

Adalah seseorang ataupun sebuah badan yang diluluskan oleh SPR

untuk memerhati proses pilihan raya di tempat- tempat urusan pilihan

raya yang ditetapkan oleh SPR dan tertakluk kepada syarat-syarat

yang ditetapkan oleh SPR.

Page 7: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

7

7.15 Barung SPR

Adalah sesuatu tempat di Pusat Mengundi yang digunakan bagi

membantu pemilih untuk menyemak nama-nama pemilih bagi tujuan

menentukan Tempat Mengundi (Saluran).

(Subseksyen 26A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.16 Hari Mengundi

Adalah suatu tarikh yang ditetapkan dalam notis yang disiarkan dalam

warta mengikut Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Penjalanan Pilihan Raya ) 1981, bermula dari permulaan hari

pembuangan undi sehingga masa pengisytiharan pilihan raya oleh

pegawai pengurus disebut sebagai hari mengundi.

(Subseksyen 2 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.17 Masa Mengundi

Adalah sesuatu tempoh yang ditetapkan oleh SPR bagi tujuan

membolehkan pengundi mengundi di dalam sesuatu pilihan raya.

(Subperaturan 11 (5)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan

Pilihan Raya) 1981)

7.18 Pusat Mengundi

Adalah sesuatu tempat yang diwartakan oleh SPR bagi menjalankan

urusan pengundian.

(Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958)

7.19 Tempat Mengundi

Adalah sesuatu tempat di dalam Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh

SPR sebagai Tempat Mengundi (saluran).

(Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958)

7.20 Pusat Penamaan Calon

Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan

mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk tujuan pertandingan

dalam sesuatu pilihan raya.

(Subperaturan 6 (1) dan (2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya

(Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

Page 8: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

8

7.21 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi

Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan

menjumlahkan semua keputusan yang diterima sama ada daripada

semua Ketua Tempat Mengundi atau keputusan-keputusan pengundian

pos.

(Subperaturan 25D (2) Peraturan-peraturan pilihan raya (penjalanan

pilihan raya) 1981)

7.22 Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)

Adalah senarai nama pemilih yang terkini dan telah disahkan oleh SPR

bagi tujuan pilihan raya.

(Subperaturan 14A Peraturan-peraturan pilihan raya (penjalanan

pilihan raya) 1981)

7.23 Zon Larangan 50 Meter

Adalah suatu kawasan yang ditetapkan kawasan larangan dalam jarak

50 meter atau mana-mana jarak yang difikirkan sesuai dari Pusat

Penamaan Calon, Pusat Mengundi atau dari Pusat Mengundi.

(Subseksyen 24A (2) dan 26 (1) (e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

7.24 Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran)

Adalah suatu helaian nombor yang bercetak yang akan diberikan oleh

Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) kepada pengundi bagi tujuan

memudahkan pengundi mengenal pasti Tempat Mengundi (Saluran).

7.25 Pengundi OKU dan Pengundi Uzur

Adalah Pengundi OKU dan pengundi uzur, yang layak untuk diberi

keistimewaan mengundi di Tempat Mengundi (Saluran) 1 di tingkat

bawah bangunan pusat mengundi jika nombor salurannya berada di

tingkat atas, adalah dimaksudkan kepada pengundi yang cacat

anggota kaki dan tidak mampu berjalan tanpa bantuan orang lain atau

pengundi uzur yang dalam keadaan tidak sihat dan tidak mampu

bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. Pengundi berkenaan perlu

menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke Tempat Mengundi

(Saluran).

Page 9: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

9

7.26 Dakwat Kekal

Dakwat khas yang dibekalkan oleh SPR bagi kegunaan Kerani

Pengundian untuk menanda atau mencalit di jari telunjuk kiri pengundi

atau mana-mana bahagian jari pengundi sebagaimana tatacara yang

ditetapkan sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi tersebut.

7.27 Menanda/Mencalit Dakwat Kekal

Melakukan satu tanda dengan cara mencalitkan Dakwat Kekal di jari

telunjuk kiri pengundi atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk

kiri atau di jari telunjuk kanan (jika tiada jari kiri) atau mana-mana jari

dari ruas pertama hingga ke hujung jari mengikut tatacara yang

ditetapkan oleh SPR sebelum seseorang pengundi boleh dikeluarkan

kertas undi.

8. Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengira Undi

Mereka yang dibenarkan masuk ke tempat mengira undi adalah seperti

berikut:

8.1 Calon

8.2 Ejen Pilihan Raya

8.3 Ejen Mengira Undi yang dilantik dan memenuhi syarat-syarat yang

ditetapkan

8.4 Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus

8.5 Ahli-Ahli Panel SPR dan pegawai-pegawai SPR

8.6 Petugas-petugas pilihan raya dan orang-orang lain yang bertugas

secara rasmi di Tempat Mengira Undi

8.7 Orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh SPR

(Peraturan 25 (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)

1981)

Page 10: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

10

BAHAGIAN II

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EJEN MENGIRA UNDI

1. Tugas Ejen Mengira Undi Sebelum Pengiraan Undi

1.1 Ejen Mengira Undi hendaklah memerhati peti undi yang mengandungi

kertas undi yang digunakan semasa pengundian adalah termeterai

dengan sempurna sebelum ianya dibuka oleh Ketua Tempat Mengundi.

Contoh memeterai peti undi di LAMPIRAN 3.

2. Tugas Ejen Mengira Undi Semasa Pengiraan Undi

2.1 Memerhati persediaan awal oleh KTM sebelum pengiraan bermula di

Tempat Mengundi (Saluran)

2.1.1 Kerusi meja untuk mengira undi disusun sebagaimana susun

atur di LAMPIRAN 4.

2.1.2 Peralatan, Dulang, dokumen dan sampul-sampul berikut

disediakan:

- Simbol Calon yang bertanding yang akan ditampal pada

dulang disediakan secukupnya.

2.1.3 Dulang-dulang Calon ditampal dengan –

- Simbol Calon yang bertanding setiap satu

- „UNDI BELUM DIKIRA‟

- „RAGU‟

- „DITOLAK‟

2.1.4 Borang SPR 757 – (Catatan Bilangan Pengesahan Kertas Undi)

disediakan secukupnya.

2.1.5 Borang SPR 764 – (Penyata Awal Pengiraan Undi) disediakan

secukupnya.

2.1.6 Borang 14 – (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi)

disediakan secukupnya.

Page 11: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

11

2.1.7 Pensel

2.1.8 Getah Gelang

2.1.9 Cap „DITOLAK‟

2.1.10 Cap „ DITERIMA‟

2.1.11 Buku „Panduan Untuk Memutuskan Undi Ragu‟

2.1.12 Sampul-sampul No. 4, 5, 6, 7 dan 9

2.1.13 „Stamp Pad‟

2.2 Pembahagian Kumpulan Petugas Kerani Mengira Undi

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

2.2.1 Bagi tujuan pengiraan undi secara serentak (Parlimen dan

DUN), KTM akan membahagikan KMU kepada dua kumpulan.

Setiap kumpulan akan mengandungi dua orang Kerani Mengira

Undi. Satu kumpulan mengira undi Parlimen sementara satu

kumpulan lagi mengira undi bagi Dewan Undangan Negeri

(DUN). Susun atur tempat mengira undi seperti LAMPIRAN 4.

2.3 Tatacara Mengesahkan Bilangan Kertas Undi Yang Terdapat

Dalam Satu Peti Undi

2.3.1 Ejen Mengira Undi perlu memerhati prosedur yang diambil oleh

KTM bagi mengesahkan bilangan kertas undi di dalam peti undi

iaitu untuk menentukan jumlah kertas undi yang terdapat di

dalam peti undi adalah sama atau kurang bilangannya seperti

yang tercatat dalam BORANG 13 (Penyata Kertas Undi) seperti

di LAMPIRAN 5. Proses mengesahkan isi peti undi adalah

seperti berikut:

(a) Peti undi Parimen dan Negeri dibuka dan dikeluarkan semua

kertas-kertas undi yang terdapat di dalamnya.

(b) Mengasingkan lain-lain dokumen yang mungkin tersalah masuk

ke dalam peti undi itu. Contohnya seperti Kad Pengenalan atau

slip-slip parti.

Page 12: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

12

(c) Memasukkan kertas undi Parlimen ke dalam dulang Parlimen

atau kertas undi Dewan Undangan Negeri ke dalam dulang

Dewan Undangan Negeri (jika ada pengundi tersilap

memasukkan ketas undi ke dalam peti undi berlainan).

(d) Kertas undi dikira oleh Kerani Mengira Undi dan diikat sepuluh-

sepuluh bagi setiap satu ikat dan digabungkan sepuluh ikat

kertas undi untuk dijadikan jumlahnya seratus.

(e) Bilangan kertas undi ditanda di dalam Borang SPR 757 (Catatan

Bilangan Pengesahan Kertas Undi) yang disediakan seperti

contoh di Lampiran 6. Semua kertas undi akan dimasukkan ke

dalam dulang bertanda „UNDI BELUM DIKIRA‟.

(f) Jumlah kertas undi yang dikira dibandingkan dengan bilangan

kertas undi yang dicatatkan dalam ruangan di perenggan E,

BORANG 13 (Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam

peti undi).

(g) Jika bilangan kertas undi yang terdapat di dalam peti undi

adalah sama atau kurang seperti yang dicatatkan dalam

BORANG 13, KTM bolehlah mengesahkan isi peti undi tersebut.

(h) Jika jumlah kertas undi didapati melebihi daripada jumlah yang

tercatat di perenggan E (Jumlah Kertas Undi Yang Patut Berada

di dalam peti undi) BORANG 13, KTM akan melaksanakan

prosedur seperti mana yang diterangkan di dalam Jadual Ketiga

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)

1981. Jadual Ketiga adalah seperti di LAMPIRAN 7.

Peringatan:

Jika bilangan kertas undi dalam peti undi melebihi

bilangan yang tercatat dalam BORANG 13, ia mungkin

berlaku disebabkan kertas undi dari Tempat Mengundi

(Saluran) lain telah dimasukkan ke dalam peti undi

tersebut.

Page 13: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

13

3. Kerani Mengira Undi Menyisihkan Kertas Undi Mengikut Calon

3.1 Ejen Mengira Undi perlu memerhati proses menyisih kertas undi

mengikut Calon seperti berikut:

3.1.1 Salah seorang Kerani Mengira Undi akan mengambil kertas undi

dari dulang yang bertanda “UNDI BELUM DIKIRA” dan kertas

undi itu dipaparkan untuk perhatian Ejen Mengira Undi. Kerani

Mengira Undi akan serta meneriakkan simbol parti atau nama

parti yang telah ditanda oleh pengundi. Kertas undi yang telah

dipaparkan itu akan dimasukkan ke dalam dulang mengikut

Calon seperti ditanda oleh pengundi.

3.1.2 Ketika proses itu dijalankan, KTM bertanggungjawab

memastikan Kerani Mengira Undi tidak melakukan kesilapan

ketika meneriak simbol atau nama parti yang ditanda oleh

pengundi dan seterusnya memasukkan kertas undi itu ke dalam

dulang yang betul.

3.1.3 Kertas undi yang dianggap ragu akan dimasukkan ke dalam

dulang yang bertanda “RAGU”. Hanya KTM bertanggungjawab

memutuskan kertas undi ragu.

3.1.4 Proses memaparkan kertas undi ini dilakukan oleh Kerani

Mengira Undi satu persatu sehingga selesai.

4. Undi Ragu

4.1 Undi ragu ialah kertas undi yang tidak jelas cara ianya ditandakan dan

meragukan atau kertas undi itu rosak seperti telah terkoyak atau

sebagainya. Sekiranya terdapat kertas undi yang didapati ragu semasa

pengiraan undi berjalan, kertas undi itu hendaklah terus dimasukkan

ke dalam dulang yang bertanda “RAGU”.

4.2 Keputusan terdapat kertas undi ragu ini sama ada ianya boleh diterima

atau ditolak hanya dibuat oleh KTM sebaik sahaja proses memaparkan

semua kertas undi selesai dijalankan.

Page 14: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

14

5. Panduan Memutuskan Undi Ragu

5.1 Ejen Mengira Undi memberi perhatian mengenai tindakan KTM

memutuskan undi ragu semasa memutuskan kertas undi ragu. KTM

akan mengambil kira beberapa perkara-perkara seperti berikut:-

5.1.1 Niat yang ditunjukkan oleh pemilih.

5.1.2 Memutuskan undi ragu berdasarkan kepada buku “Panduan

Untuk Memutuskan Undi Ragu”.

5.1.3 Ejen Mengira Undi boleh memberi pandangan berhubung

dengan kertas undi ragu. Walau bagaimanapun KTM

mempunyai kuasa membuat keputusan dan keputusannya

adalah muktamad.

Peringatan:

Keputusan terhadap kertas undi ragu ini hanya boleh dibuat oleh

KTM dan tidak boleh dibuat oleh mana-mana Kerani Mengira Undi.

6. Keputusan Ke Atas Kertas-Kertas Undi Ragu

6.1 KTM bertindak memutuskan undi ragu di hadapan Ejen Mengira Undi

sama ada kertas undi tersebut diterima atau ditolak.

6.2 Jika kertas undi ragu itu diterima, kertas undi hendaklah dicapkan

“DITERIMA” di bahagian belakang kertas undi dan ditandatangani oleh

KTM. Kertas undi yang diterima hendaklah dimasukkan ke dalam

dulang mengikut Calon atau parti berkenaan.

6.3 Jika kertas undi ragu diputuskan ditolak, kertas undi itu hendaklah

dicap “DITOLAK” di bahagian belakang kertas undi tersebut dan

ditandatangani oleh KTM. Kertas undi itu hendaklah dimasukkan ke

dalam dulang yang bertanda “DITOLAK”.

Peringatan:

KTM tidak dibenarkan menolak mana-mana kertas undi ragu

apabila beliau yakin keraguan itu disebabkan oleh kecuaian

kakitangan pengundian.

Page 15: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

15

7. Pengiraan Kertas Undi

7.1 Ejen Mengira Undi perlu memerhati Kerani Mengira Undi mengira

kertas undi yang terdapat di dalam dulang mengikut Calon atau parti

dan seterusnya dicatatkan di dalam Borang SPR 764 (Penyata Awal

Pengiraan Undi) seperti di LAMPIRAN 8.

7.2 Ejen Mengira Undi yang hadir boleh juga membuat catatan yang sama

di dalam Borang SPR 764 (Penyata Awal Pengiraan Undi) yang telah

dibekalkan kepadanya.

8. Ulang Kira

8.1 Ejen Mengira Undi boleh memohon diadakan ulang kira di Tempat

Mengundi (Saluran) sekiranya berlaku keadaan seperti berikut:

8.1.1 Jika perbezaan di antara bilangan undi yang diberi kepada Calon

yang mendapat undi terbanyak dengan Calon yang mendapat

undi kedua terbanyak berbeza sebanyak empat peratus (4%)

atau kurang dari jumlah bilangan undi yang diberi kepada calon-

calon (tidak termasuk undi yang ditolak).

Contoh:

- Jumlah Kertas undi dalam peti undi 700

- Calon A mendapat 95

- Calon B mendapat 295

- Calon C mendapat 301

- Jumlah undi diberi 691

- Undi Tolak 9

Perbezaan antara Calon mendapat undi terbanyak C dan kedua

terbanyak B ialah 6 undi:-

6 X 100 = 0.86%

691

8.1.2 Pengiraan semula undi yang dilakukan atas permohonan Calon

atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Mengira Undi

Page 16: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

16

8.2 Pengiraan semula undi hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

8.3 KTM juga boleh membuat pengiraan semula jika pengiraan tidak

memuaskan hatinya.

9. Peraturan Ulang Kira

9.1 Sekiranya KTM memutuskan bahawa perlunya ulang kira kertas undi

dijalankan, hanya kertas-kertas undi yang terdapat di dalam dulang-

dulang Calon sahaja dimasukkan ke dalam dulang UNDI BELUM

DIKIRA.

9.2 Kertas-kertas undi yang telah disahkan ditolak tidak boleh dimasukkan

ke dalam kiraan semula.

9.3 Ulang kira hendaklah bermula dari peringkat memaparkan tiap-tiap

kertas undi dan seterusnya memasukkan kertas undi ke dalam dulang

mengikut Calon atau parti.

10. Penyediaan BORANG 14 (Borang Penyata Pengundian Selepas

Pengiraan Undi)

10.1 Ejen Mengira Undi memerhati tindakan KTM menyalin semula bilangan

undi yang diterima oleh setiap Calon dan bilangan undi yang ditolak

seperti yang tercatat di dalam Borang SPR 764 (Borang Penyata Awal

Pengiraan Undi) ke dalam BORANG 14.

10.2 KTM akan menulis nama-nama Calon dan parti di dalam BORANG 14

mengikut susunan seperti di kertas undi dan seterusnya melengkapkan

BORANG 14 (seperti LAMPIRAN 9).

10.3 KTM akan menyerahkan BORANG 14 dan meminta Ejen Mengira Undi

menandatangani dalam ruangan yang disediakan jika Ejen Mengira

Undi mahu berbuat demikian.

10.4 KTM akan mengarahkan satu salinan BORANG 14 (Borang Penyata

Pengundian Selepas Pengiraan Undi) kepada EMU yang hadir.

[Subperaturan 25(21)(b)(ii) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Penjalanan Pilihan Raya) 1981].

Page 17: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

17

11. Pengiraan Undi Yang Diberhenti Atau Ditangguhkan

11.1 Ejen Mengira Undi mengambil maklum keputusan atau tindakan yang

akan dibuat oleh KTM, sekiranya berlaku bencana alam, rusuhan atau

lain-lain sebab seperti KTM memberhentikan atau menangguhkan

pengiraan tersebut dan dengan serta merta.

[Subperaturan 25B(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan

Pilihan Raya) 1981].

11.2 Jika peti undi itu belum dibuka:

(a) KTM akan memasukkan semula kertas undi ke dalam peti undi

dan dimeteraikan. Ejen Mengira Undi boleh menandatangani pada

perekat keselamatan yang dimeteraikan jika ingin berbuat

demikian.

(b) Jika Sampul No.4 telah dibuka dan BORANG 13 (Penyata Kertas

Undi) telah dikeluarkan, ia hendaklah dimasukkan kembali ke

dalam Sampul No. 4 dan dimeteraikan. Ejen Mengira Undi boleh

menandatangani pada perekat keselamatan jika ingin berbuat

demikian.

(c) KTM akan membawa peti undi dan lain-lain peralatan ke tempat

yang ditetapkan oleh PP. Ejen Mengira Undi boleh mengiringi peti

undi dengan syarat mereka menaiki kenderaan yang berasingan.

[Subperaturan 25B (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Penjalanan Pilihan Raya) 1981].

11.3 Jika peti undi itu belum dibuka:

(a) KTM akan membawa peti undi dan lain-lain peralatan pilihan raya

ke tempat yang ditetapkan oleh PP. Ejen Mengira Undi boleh

mengiringi peti undi dengan syarat mereka hendaklah menaiki

kenderaan yang berasingan.

[Subperaturan 25B (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Penjalanan Pilihan Raya) 1981].

11.4 Sebaik sahaja sampai di tempat yang ditetapkan oleh PP, KTM perlu

mendapat arahan daripada PP mengenai proses pengiraan selanjutnya.

KTM akan memberitahu kepada Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen

Mengira Undi mengenai perkara tersebut.

Page 18: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

18

11.5 KTM akan memastikan proses pengiraan undi bagi tempat yang

ditangguhkan atau diberhentikan adalah sama seperti pengiraan undi

di tempat mengundi. Dalam keadaan di mana peti undi telah dibuka

dan pengiraan telah bermula sebelum ditangguhkan, pengiraan akan

dimulakan dari peringkat awal iaitu mengesahkan bilangan kertas undi

yang terdapat di dalam peti undi.

12. Pengiraan Undi Berkelompok

12.1 Ejen Mengira Undi memerhati proses pengiraan undi secara

berkelompok di Pusat Pengiraan Undi Berkelompok bagi kertas-kertas

undi Pengundian Awal pada Hari Mengundi Biasa atau mana-mana

Tempat Mengundi yang tidak boleh dikira di Tempat Mengundi seperti

yang dinyatakan dalam notis BORANG 12A (Notis Pengiraan Undi Di

Tempat Mengira) seperti di LAMPIRAN 10. Cara pengiraan undi

adalah sama seperti pengiraan undi di Tempat Mengundi yang diketuai

oleh Ketua Tempat Mengundi masing-masing.

BAHAGIAN III

PENUTUP

1. Bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan dengan licin dan lancar, Ejen

dan Ejen Mengira Undi hendaklah mematuhi segala arahan dan nasihat yang

diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam buku panduan ini. Tanpa

kerjasama Ejen-ejen, pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya tidak akan

dapat menjalankan tugasnya dengan licin dan lancar.

SELAMAT BERTUGAS

Page 19: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

19

Roslan bin Ahmad 500727-04-2003

N.27 Merlimau

S.K.Merlimau 2

27 Februari 2011

LAMPIRAN 1

BORANG PELANTIKAN

EJEN MENGIRA UNDI

Saya………………………………………………No.Kad Pengenalan .............................

adalah Calon/Ejen Pilihan Raya yang bertanding bagi bahagian pilihan raya;

………………..…………..................…………

(Nama Bahagian Pilihan Raya)

Dengan ini melantik nama yang tersebut di bawah sebagai ejen saya sebagai;

* EJEN MENGIRA UNDI

yang bertugas bagi pihak saya di Pusat Mengundi………………………………….

Tandatangan Calon/Ejen Pilihan Raya …………tt………………………

Tarikh:…………………........

* Potong yang tidak berkenaan

Nama: Ahmad Nordin Mustapha No.Kad Pengenalan: 490125-07-5133 Alamat Surat Menyurat: 43, Jalan Kelawei Taman Indah Melaka No.Telefon: 012-2212211

Page 20: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

20

Ahmad Nordin Mustapha

490125-07-5133

43, Jalan Kelawei

Taman Indah, Melaka

27 Februari

N.27 Merlimau

LAMPIRAN 2

AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 Borang A

[Subseksyen 5(1)]

BORANG SUMPAH KERAHSIAAN

Saya,……………………………………………………………………………...…………….……..…

No. Kad Pengenalan …………………………… beralamat ……………………………….....

……………………………………………………………………………….......……………………….

bersumpah bahawa saya tidak akan melakukan dalam pilihan raya bagi bahagian

pilihan raya/kawasan pilihan raya ……………………………………………....

apa-apa perkara yang ditegah oleh seksyen 5* Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

[Akta 5], yang telah dibacakan kepada saya.

Bertarikh pada …………………………………….2011

………………………tt…………………………….

Tandatangan orang yang

mengangkat sumpah

Di hadapan saya,

……………………………tt…………………………

Tandatangan

Pengerusi atau Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya

Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah/

Pengarah Pilihan Raya Negeri/Pegawai Pengurus

Pegawai Yang Hak

Seksyen ini mestilah dibacakan kepada pembuat akuan oleh orang yang

mengambil akuan ini.

Page 21: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

21

LAMPIRAN 3

Contoh Peti Undi Yang Dimeterai Sebelum Pengundian

Contoh Peti Undi Yang Dimeterai Selepas Pengundian

LAMPIRAN 3

Page 22: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

22

LAMPIRAN 4

Page 23: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

23

Sek. Keb. Merlimau 2

139/27/04

N.27 Merlimau

600

450

-

150

450

tt

6 Mac 2011

tt

Ahmad bin Abdullah

150

LAMPIRAN 5 PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA

(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

Borang 13

[Subperaturan 24(1)]

PENYATA KERTAS UNDI

Nama Pusat Mengundi………………....................…… No. Tempat Mengundi (Saluran)…………....................

No. Kod Daerah Mengundi………..………………………………………........................................….....................

Bahagian Pilihan Raya ..………………………………………………................................................…………….......

A - Bilangan kertas undi yang diterima daripada Pegawai Pengurus

Jumlah keseluruhan kertas undi yang diterima daripada Pegawai Pengurus ((a)+(b)) =

B - Bilangan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi Jumlah

keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi ((c)+(d)) =

C - Bilangan “kertas undi rosak” (Kertas undi yang dipulangkan kepada ketua tempat mengundi yang telah dibatalkan dan ditanda “ROSAK” oleh ketua tempat mengundi dan tidak dimasukkan ke dalam peti undi) D - Bilangan kertas undi yang tidak digunakan (A-B) E - Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam peti undi (A-C-D) Saya memperakui bahawa penyata di atas adalah betul.

.........................................................

Tandatangan Bertarikh …………………. ....................................................... Nama Ketua Tempat Mengundi

No. Siri Kertas Undi Bil. Kertas Undi

No. Siri Kertas Undi Bil. Kertas Undi

Dari Hingga Dari Hingga

010001 010150 150

010201 10300 100

010301 010600 350

Jumlah (a) 600 Jumlah (b)

No. Siri Kertas Undi Bil. Kertas

Undi

No. Siri Kertas Undi Bil. Kertas

Undi Dari Hingga Dari Hingga

010001 010150 150

010201 010300 100

010301 010600 200

Jumlah (c) 450 Jumlah (d)

Nama Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Tempat Mengundi

No. K/P Parti/Bebas Tandatangan

Karim bin Bujang 650411-05-6887 BN t.t

Abu bin Kassim 850102-05-6105 PKR t.t

Page 24: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

24

450

LAMPIRAN 6

(Borang SPR. 757)

CATATAN BILANGAN PENGESAHAN KERTAS UNDI

RATUSAN

TANDA

100

100

100

100

100 (50)

100

100

100

JUMLAH BILANGAN KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:

……………………………………

Tandakan (√) bagi setiap seratus kertas undi yang dikira

Page 25: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

25

LAMPIRAN 7

JADUAL KETIGA

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA

(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

[Subperaturan 25(5)]

TATACARA YANG KENA DIIKUTI JIKA BILANGAN KERTAS UNDI

YANG DIDAPATI DALAM SUATU PETI UNDI MELEBIHI BILANGAN YANG DINYATAKAN SEBAGAI BERADA DI DALAMNYA

MENGIKUT BORANG 13

1. Ketua Tempat Mengundi hendaklah, di hadapan setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya, menyebabkan bungkusan yang dilekatkan dengan perekat keselamatan yang disebut dalam peraturan 24(1)(d) dibuka, dan, dengan membandingkan bilangan kertas undi yang tidak digunakan dan yang rosak dengan bilangan kertas undi yang asalnya dikeluarkan kepada tempat mengundi itu, hendaklah mengesahkan pernyataan dalam Borang 13. Jika ternyata suatu kesilapan telah dibuat dalam mengisi Borang 13, dan jika ketua tempat mengundi berpuas hati bahawa bilangan kertas undi dalam peti undi itu tidak Melebihi bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan dengan sewajarnya di tempat mengundi itu, dia hendaklah memerintahkan supaya pengiraan undi dijalankan dan hendaklah melekatkan semula perekat keselamatan pada bungkusan itu. 2. Jika selepas selesai proses yang diperihalkan dalam perenggan 1 Jadual ini,ternyata pada ketua tempat mengundi bahawa bilangan kertas undi yang ada dalam peti undi terlebih banyak daripada bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan di tempat mengundi itu, ketua tempat mengundi atau orang-orang yang diberi kuasa olehnya hendaklah, di hadapan setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya memeriksa tindikan, tandatangan ringkas atau tanda rasmi ketua tempat mengundi yang berkenaan pada kertas undi itu satu persatu dan hendaklah mengeluarkan mana-mana kertas undi yang tidak ditindik, ditandatangan ringkas atau tidak mengandungi tanda rasmi ketua tempat mengundi berkenaan atau yang ditindikan, ditandatangan ringkas atau ditanda selainnya.

3. Apabila Ketua Tempat Mengundi telah mengeluarkan kertas undi mengikut perenggan 2 dalam Jadual ini, dia hendaklah memerintahkan supaya pengiraan undi itu dijalankan. 4. Kertas undi yang dikeluarkan oleh ketua tempat mengundi hendaklah dimasukkan ke dalam suatu bungkusan yang hendaklah kemudiannya dilekatkan dengan perekat keselamatan dan perekat keselamatan itu hendaklah ditandatangani oleh ketua tempat mengundi itu dan oleh setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya yang hadir dan yang berhasrat untuk menandatangani perekat keselamatan itu dan dihantar secepat yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya boleh membuka bungkusan itu dan boleh menyebabkan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya patut dijalankan. Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menyimpan kertas undi yang dikeluarkan itu selama tempoh enam bulan dan kemudiannya hendaklah menyebabkan kertas undi itu dimusnahkan melainkan jika diarahkan selainnya oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi.

Bertarikh …………………………..20……............

[SPR (S) 72/Jld. XIV; PN. (PU2) 178c Pt. XXXI]

Dengan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya,

DATO’ NGAH SENIK

Setiausaha, Suruhanjaya Pilihan Raya

Malaysia [Dibentangkan dalam Dewan Rakyat menurut seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958]

Page 26: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

26

LAMPIRAN 8

(Borang SPR. 764)

PENYATA AWAL PENGIRAAN UNDI

Kedudukan Pusat Mengundi : Sek. Keb. Merlimau

Nombor Kod Daerah Mengundi : 139/27/04

Bahagian Pilihan Raya : N.27 Merlimau

Tempat Mengundi No. (Saluran) : 2

A – Jumlah Undi Di dalam Peti Undi : 450

B - Jumlah Undi Yang Diperolehi oleh Calon :

Nama Calon Nama Parti Jumlah Undi

1. ……………………………………… ………………………. ………………………

2. ….………………………………….. ………………………. ………………………

3. ……………………………………… ………………………. ………………………

4. ……………………………........… ………………………. ………………………

5. …………………………………...... ………………………. ………………………

C - Jumlah undi ditolak : 3

Roslan bin Ahmad

Haji Yuhaizad bin Abdullah

BN

PAS

352

95

Page 27: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

27

Melaka

Sek Keb Merlimau 2

139/27/04

N.27 Merlimau

450

Roslan bin Ahmad

Haji Yuhaizad bin Ali

BN

PAS

352

95

447

3

0

6 Mac 2011

tt

Ahmad bin Abdullah

LAMPIRAN 9

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

BORANG 14

[Subperaturan 25(12)]

NEGERI …………………………………………………….

PENYATA PENGUNDIAN SELEPAS PENGIRAAN UNDI

Nama Pusat Mengundi …………..........................…… No. Tempat Mengundi (Saluran) ………………...…….. No. Kod Daerah Mengundi ………….......…………………………………………………………………...…...…… Bahagian Pilihan Raya ………………...…………………………………………………………….............…...……. A - Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam peti undi (seperti di E dalam Borang 13) .............……..….. B - Bilangan undian oleh pemilih bagi setiap orang calon yang bertanding: Nama Calon Nama Parti Politik/ Bilangan (Ejaan dan susunan nama calon Bebas HENDAKLAH SAMA seperti yang dicetak pada kertas undi) ………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

………………………………………….....….....… ………….....……………... …………………...........…

Jumlah undian oleh pemilih

C - Bilangan kertas undi yang ditolak (selepas undi ragu diputuskan menurut subperaturan 25(6) dan (7)) D - Jumlah kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi tetapi tidak dimasukkan ke dalam peti undi (A-B-C) Saya memperakui bahawa penyata di atas adalah betul.

.…………….………………… Tandatangan Bertarikh ………………….…………… …………………………......…..... Nama Ketua Tempat Mengundi

Nama Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Mengira

No. K/P Parti/Bebas Tandatangan

Karim bin Bujang 650411-05-6887 BN t.t

Abu bin Kasim 850102-05-6105 PKR t.t

Page 28: BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan - …€¦ · serta nombor Kad Pengenalan, ... tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan ... Calon itu bertanding.

28

LAMPIRAN 10

PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

BORANG 12A

[Peraturan 23A]

NOTIS PENGIRAAN UNDI DI TEMPAT MENGIRA

Bahagian pilihan Raya ………………………………………………………….

SILA AMBIL PERHATIAN bahawa, menurut kuasa yang diberikan oleh peraturan 23A Peraturan–

Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Suruhanjaya Pilihan Raya dengan ini mengarahkan supaya semua undi yang dibuang oleh pemilih di tempat/tempat-tempat mengundi

yang diperihalkan dalam Jadual bersama-sama ini yang ditubuhkan bagi Bahagian Pilihan Raya yang

tersebut di atas dikira oleh ketua/ketua-ketua tempat mengundi bagi tempat/tempat-tempat mengundi itu, di ..............................................................

(kedudukan tempat mengira) pada ............................................................. 20 .............. jam ....................................................

JADUAL

PERIHALAN TEMPAT MENGUNDI

Daerah Mengundi Kedudukan Tempat

Mengundi

Nombor Tempat

Mengundi

.....................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................

Bertarikh ................................. 20 ................

Dengan perintah Suruhanjaya Pilihan Raya

................................................... Setiausaha

Suruhanjaya Pilihan Raya, Malaysia