BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... ·...
Transcript of BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... ·...
Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 303
BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI
LAIN
1. SISTEM PENILAIAN PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN (S3PK)
S3PK adalah satu sistem self-auditing bagi membolehkan PTJ mengenal pasti tahap
pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan kewangan Kerajaan yang
sedang berkuatkuasa. S3PK juga dapat membantu pihak pengurusan memantau dan
menilai prestasi kewangan PTJ, KKM berdasarkan Indeks Akauntabiliti. Semua PTJ
diwajibkan untuk menjawab soalan penilaian yang disediakan sebanyak dua (2) kali
setahun iaitu penilaian Setengah Tahun Pertama Januari sehingga Jun pada 1-31 Julai
tahun semasa dan juga penilaian Setengah Tahun Kedua Julai sehingga Disember pada
1-31 Januari tahun berikutnya.
Bermula pada tahun 2016 tahap penarafan pengurusan kewangan telah diubah daripada
empat (4) ke lima (5) tahap dengan lingkungan markah seperti di Jadual 1. Daripada
analisis keputusan penilaian setengah tahun kedua, KKM memperoleh markah
keseluruhan cemerlang sebanyak 96.03% bagi 439 PTJ, meningkat sebanyak 0.98%
berbanding penilaian setengah tahun pertama iaitu 95.05% bagi 434 PTJ. Maklumat
terperinci seperti di Jadual 1 menunjukkan tahap pencapaian sistem S3PK bagi tahun
2016. Markah purata setengah tahun pertama dan kedua 2016 bagi PTJ 1 seperti di Carta
1. Pencapaian keseluruhan PTJ seperti di Lampiran B.
Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 304
Jadual 1
Tahap Pencapaian Sistem 3PK Tahun 2016
Tahap / Markah Setengah Tahun Pertama Setengah Tahun
Kedua
Bil. PTJ (%) Bil. PTJ (%)
Cemerlang
(90 - 100%)
414 95.4 417 94.99
Baik
(80 – 89.9%)
18 4.1 19 4.33
Memuaskan
(70 – 79.9%)
2 0.5 3 0.68
Kurang Memuaskan
(60 – 69.9%)
0 0 0 0
Tidak Memuaskan
(0 – 59.9%)
0 0 0 0
Jumlah * 434 100 439 100
NOTA:
• Jumlah ini tidak termasuk 24 PTJ 1.
• Tambahan 5 PTJ bagi Setengah Tahun Kedua
* Kategori markah berdasarkan S3PK Tahun 2016.
Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 305
96
.12
96
.35
97
.02
97
.17
94
.51
96
.1
96
.36
96
.91
95
.7
96
.22
95
.83
95
.45
94
.87
96
.45
97
.43
99
.73
96
.02
93
.94
97
.7
95
.26
96
.76
93
.28
97
.13
97
.96
96
.37
96
.68
96
.99
97
.55
95
.09
97
.19
96
.19
96
.34
96
.12
96
.82
95
.12
95
.71
94
.44
97
.34
98
.77
99
.02
94
.3
97
.08
98
.8
95
.61
93
.01
95
.7
94
.63
98
.82
88
90
92
94
96
98
100
102
Carta 1 - Perbandingan Markah S3PK 2016
Penilaian Setengah Tahun Pertama Penilaian Setengah Tahun Kedua
Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 306
2. SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PENGAUDITAN (SPMP)
SPMP dibangunkan pada tahun 2010 adalah bertujuan bagi memudahkan juruaudit
dalaman merekod dan menyimpan maklumat hasil daripada pengauditan pengurusan
kewangan dan prestasi yang telah dijalankan sepanjang tahun.
Melalui SPMP, markah di antara self-auditing S3PK dan lawatan fizikal Audit Dalam dapat
dibuat analisis dan keputusan digunakan sebagai rujukan bagi pengauditan pada masa
tahun hadapan. Perbezaan markah bagi 66 PTJ yang telah dilawati sepanjang tahun 2016
adalah seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2
Perbandingan Markah Antara Penilaian Sistem 3PK
Dengan Pemerhatian Audit Tahun 2016
Perbezaan Markah Bilangan PTJ
Tiada perbezaan/Lebih Baik 15
Perbezaan kurang dari 5 27
Perbezaan lebih dari 5 dan kurang dari 10 14
Perbezaan lebih dari 10 dan kurang dari 20 8
Perbezaan melebihi 20 2
Jumlah PTJ 66
3. PEMANTAUAN ISU-ISU YANG DIPAPARKAN DALAM AG’S DASHBOARD
Dengan pelancaran Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara (AG’s Dashboard)
Versi 2.0 pada 26 Mac 2015 yang memerlukan maklum balas terkini isu-isu yang
dipaparkan dikemas kini secara dalam talian, Ketua Setiausaha melalui Surat Pekeliling
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 5/2015 telah melantik CAD
sebagai Penyelaras bagi AG’s Dashboard Versi 2.0 di KKM. Selaras dengan pekeliling
tersebut, CAD telah bertindak sebagai pemilik Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri
Kesihatan bagi Isu-Isu Yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)
berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 307
Sebagai Penyelaras AG’s Dashboard di KKM, CAD telah memainkan peranan yang aktif
dalam membantu pihak Kementerian menyelesaikan isu-isu yang dipaparkan dalam
tempoh yang ditetapkan. Jadual 3 dan 4 menunjukkan kedudukan terkini isu-isu LKAN
Tahun 2015 Siri 1 dan 2 setakat 31 Disember 2016 yang dipaparkan dalam AG’s
Dashboard:
Jadual 3
Status Isu LKAN Tahun 2015 Siri 1 Yang Dipaparkan Dalam AG’s Dashboard
Bil. Tajuk Kajian Jumlah Isu Yang Dipapar
Status Laporan Setakat 31.12.2016
Peratus Pencapaian
Selesai Dalam Tindakan
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
Pengurusan Aktiviti Rawatan Ortopedik
18 18 0 100%
2. Kementerian Kesihatan Malaysia
Pengurusan Perkhidmatan Syarikat Kawalan Keselamatan Swasta (SKKS) Di Hospital
10 10 0 100%
3. Kementerian Kesihatan Malaysia / Kementerian Kerja Raya
Projek Pembinaan Hospital Tampin Baharu, Negeri Sembilan
7 7 0 100%
JUMLAH 35 35 0 100%
Nota : Dibentangkan di Parlimen pada 18 Mei 2016
Jadual 4
Status Isu LKAN Tahun 2015 Siri 2 Yang Dipaparkan Dalam AG’s Dashboard
Bil. Tajuk Kajian Jumlah Isu
Yang Dipapar
Status Laporan Setakat 31.12.2016
Peratus Pencapaian
Selesai Dalam Tindakan
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
Pengurusan Bekalan Ubat Di Klinik Kesihatan
12 9 3 75%
2. Kementerian Kesihatan Malaysia
Pengurusan Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS)
10 7 3 70%
JUMLAH 22 16 6 73%
Nota : Dibentangkan di Parlimen pada 21 November 2016
Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 308
4. EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
Bagi memantapkan budaya kecemerlangan organisasi di KKM, pihak pengurusan telah
mengamalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di mana EKSA dapat membantu
warga KKM menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif; serta bekerja dalam persekitaran
tempat kerja yang lebih kondusif, selesa dan selamat diduduki.
4.1 Zon Audit Dalam
Aktiviti EKSA yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
latihan dan promosi dilaksanakan secara berterusan menerusi e-mel,
menghadiri kursus dan latihan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk
EKSA IPKKM
pengiktirafan bagi ruang workstation, laci, ruang bilik pegawai, ruang
gunasama terbaik
pemeriksaan audit EKSA bagi Zon Audit Dalam diadakan dua (2) kali setahun
dan diikuti dengan susulan dan pemantauan tiga (3) kali setahun
menyertai pertandingan video kreatif amalan EKSA anjuran Jawatankuasa
Promosi Induk EKSA IPKKM
4.2 Jawatankuasa Audit EKSA Peringkat Ibu Pejabat KKM (IPKKM)
Ketua Audit Dalam telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit EKSA
IPKKM dan selaras dengan pelantikan tersebut, CAD telah bertindak sebagai
urusetia kepada Jawatankuasa tersebut. Pada tahun 2016, Jawatankuasa ini telah
bersidang dua (2) kali manakala pengauditan di 29 zon dan satu Jawatankuasa
Induk EKSA IPKKM telah dilaksanakan pada bulan Mac 2016. Pencapaian markah
bagi semua zon yang terlibat telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa
Pemandu EKSA IPKKM.
Sehubuungan itu, IPKKM telah diaudit oleh pihak MAMPU pada bulan September
2016 dan dianugerah Sijil Pengiktirafan EKSA dengan kategori ‘Cemerlang’ bagi
tempoh sah laku mulai 15 Oktober 2016 hingga 14 Oktober 2018.
Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 309
4.3 Aktiviti EKSA Zon Audit Dalam
Pengiktirafan Amalan Eksa Cemerlang Bagi tahun 2016 Kategori Ruang Pejabat Terbaik
Pengiktirafan Amalan Eksa Cemerlang Bagi tahun 2016 Kategori Laci Terbaik
Pengiktirafan Amalan Eksa Cemerlang Bagi tahun 2016 Kategori Ruang Guna Sama
Terbaik
Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 310
Pengiktirafan Amalan Eksa Cemerlang Bagi tahun 2016 Kategori Ruang Kerja Terbaik
Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 311