bahagiancarial-120911192546-phpapp02

download bahagiancarial-120911192546-phpapp02

of 21

description

BM

Transcript of bahagiancarial-120911192546-phpapp02

Disediakan oleh Juliana bt MahbabBahagian C : Latihan 21Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan nilai murni atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.

Cuti sekolah sudah bermula. Azlan mengisi masa cutinya dengan aktiviti yang berfaedah. Dia sering ke perpustakaan untuk meminjam buku dan mengulang kaji pelajaran.

Azlan juga selalu membantu ibunya membuat kerja rumah. Selain itu, Azlan juga turut membantu adiknya membuat kerja sekolah. Azlan juga menonton televisyen tetapi dia hanya menonton rancangan yang berfaedah.

Pada setiap petang, Azlan beriadah bersama-sama keluarganya di padang berhampiran rumah mereka. Ini dapat menjamin kesihatan badan. Azlan amat berminat mengumpul setem. Azlan memperoleh banyak maklumat daripada koleksi setemnya.

Normah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba, Normah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid membuang sampah melalui tingkap bas. Normah telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan.

Nordin ialah seorang pegawai kesihatan. Beliau sudah berkeluarga, mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau juga turut memelihara ibunya yang sudah tua. Sejak ibunya diserang sakit, kehidupan sehariannya menjadi lebih sibuk. Setiap hari, awal-awal pagi lagi Nordin sudah pun menghidupkan enjin keretanya untuk menghantar dua orang anaknya ke sekolah.

Pulang daripada menghantar anaknya, Nordin akan memandikan ibunya yang sakit. Isterinya pula membantu Nordin menyediakan makanan dan minuman untuk ibu mentuanya itu. Selepas itu, Nordin segera ke tempat kerja. Beliau sentiasa awal sampai di tempat kerja dan terus memulakan kerja dengan mengumpulkan tabung uji yang berisi darah para pesakit. Beliau akan menguji darah-darah tersebut mengikut label yang telah ditentukan oleh doktor. Di pejabatnya pula, Nordin sangat menghormati ketua dan rakan sekerjanya. Bulan lepas genaplah sepuluh tahun beliau berkhidmat. Beliau juga telah dicalonkan untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Zulkifli bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia sukar untuk bangun pagi walaupun telah berkali-kali dikejutkan oleh emaknya. Dia tidak sempat bersarapan. Dia juga tidak sempat bersalam dengan kedua-dua orang tuanya.

Dia mengayuh basikalnya dengan pantas supaya dapat sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. Nasibnya agak malang, sesampainya dia di persimpangan jalan, basikalnya tidak dapat dikawal dan terhumban ke tepi jalan. Lutut dan tapak tangannya berdarah. Dia tetap meneruskan perjalanannya ke sekolah. Dia sampai lewat lima minit. Dia menjelaskan keadaan sebenar kelewatannya sampai di sekolah. Dia memohon maaf atas kelewatannya itu. Dia juga meminta bantuan daripada guru bertugas untuk merawat dan mencuci luka di kaki dan di tapak tangannya.

Setelah lukanya dicuci oleh Cikgu Ismail, Zukifli diajak oleh Cikgu Ismail ke kantin sekolah untuk bersarapan pagi. Zulkifli menerima pelawaan itu. Sebelum masuk ke kelas, Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ismail kerana merawat lukanya dan sudi pula belanja dia sarapan pagi pada hari itu.

Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia ini. Ibu juga sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah itu, ibu akan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan bahawa kita dalam keadaan sihat, riang,dan gembira serta selamat sepanjang masa.Sejak kecil, ibu memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat pendidikan yang sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup menderita.Barangkali, tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat mengecap nikmat kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak mungkin dapat kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu, kita mestilah menghormati ibu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaannya.

Negeri melaka tempat Cik NyonyaCik Nyonya berasal keluarga berada;Kecemerlangan akademik banyak gunanya,Meletak bangsaku tinggi Negeri Mdi pesada.

Manis tersenyum tiada terkata,Tarikan Si Dara dahulu kala;Motivasi diri mula diwarta,Kecemerlangan minda turut terbela.

Nasib murid tidak dilupakan,Majlis disambut penuh gemilang;Hari anugerah perlu diadakan,Penghargaan buat murid cemerlang.

Anak-anakkuAyunlah langkahmu segeraMendaki gunung cita-citaBiar lelah, biar meranaBiar luka, biar cederaBiar seribu ranjau menimpaNamun jangan sekali-kali mengaku kalahJika engkau terjatuhAyuh, segera bangkit semula!Ayunkan langkah perkasamu semulaKerana perjalananmu masih jauhAnak-anakuPerjalanan ini memang pahitTelanlah agar menjadi penawarKelak nanti ...Pasti kau akan merasa manisnya.

Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia ini. Ibu juga sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah itu, ibu akan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan bahawa kita dalam keadaan sihat, riang,dan gembira serta selamat sepanjang masa.Sejak kecil, ibu memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat pendidikan yang sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup menderita.Barangkali, tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat mengecap nikmat kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak mungkin dapat kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu, kita mestilah menghormati ibu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaannya.

Nurul dan rakan-rakannya pergi ke kantin untuk membeli makanan dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk membeli makanan. Ketika Nurul dan rakan-rakannya sedang makan, Nurul ternampak seorang murid lelaki menangis teresak-esak. Nurul terus berhenti makan. Nurul menghampiri murid tersebut untuk mendapatkan kepastian. Nurul menyatakan hasratnya untuk membantu budak itu. Budak tersebut memberitahu Nurul bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, budak itu tidak mempunyai wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu. Perasaan sedih itulah yang menyebabkan budak itu mengalirkan air mata. Kebetulan pada ketika itu, Nurul masih mempunyai wang belanja, Nurul meminta seorang rakannya untuk membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Nurul memujuk budak itu supaya bersabar dan tidak menangis lagi. Budak itu mengucapkan terima kasih kepada Nurul kerana sudi membelikannya sebungkus nasi lemak.

Tanggungjawab menuntut ilmu pengetahuan perlu ketekunan, kesungguhan, kesabaran, ketabahan, dan pengorbanan. Setiap orang murid perlu memberi perhatian semasa guru-guru mengajar. Dengan itu, kita akan mudah memahami dan mengingati pelajaran yang diajar. Semua latihan yang diberi oleh guru perlulah diselesaikan dengan segera. Jangan suka melewat-lewatkan kerja atau menangguhkan kerja sekolah yang diberi oleh para guru. Selesaikan amanah tersebut dengan segera. Proses menyelesaikan latihan ini merupakan satu ulang kaji yang berkesan.Kita juga perlu membuat latihan tambahan bagi mengukuhkan kefahaman kita terhadap sesuatu pelajaran. Sekiranya menghadapi sebarang masalah, rujuklah guru atau rakan-rakan yang lebih mahir daripada kita. Di samping itu, kita perlu mendisiplinkan diri dengan belajar mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Kita mesti bijak merancang masa dan mengurus masa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Kejayaan banyak bergantung kepada usaha dan kecekalan seseorang. Usaha tangga kejayaan.

Tidur dan riadah yang secukupnya sangat penting untuk kesihatan kita. Semasa tidur, tubuh kita mendapat rehat bagi menghilangkan keletihan dan ketegangan persaaan. Sekiranya tidak cukup tidur, keletihan dan ketegangan akan bertambah. Keadaan ini akan menyebabkan sistem imunisasi badan kita menjadi lemah. Lantaran itu, kita berasa tidak bermaya, letih serta mudah dijangkiti penyakit. Kemampuan kita untuk melakukan sesuatu kerja juga terbatas. Melakukan kerja dalam keadaan mengantuk boleh mengakibatkan kemalangan. Mengantuk semasa memandu kenderaan boleh mengundang padah atau bahaya. Bukan itu sahaja, perbuatan tersebut juga boleh membahayakan orang lain. Walau bagaimanapun, keperluan tidur manusia tidak sama antara satu sama lain. Ada yang berasa segar dan selesa walaupun tidur selama enam jam sahaja. Ada pula yang perlukan tujuh jam tidur dalam sehari. Namun demikian, bagi murid-murid sekolah rendah, mereka perlu tidur lebih kurang lapan jam sehari.

Pada petang itu, Syahmi dalam perjalanan pulang dari aktiviti kokurikulum. Tiba-tiba dia ternampak seekor kucing. Badan kucing itu basah kuyup dan penuh dengan lumpur. Syahmi menghampiri kucing itu, dia berasa amat kasihan melihat keadaan kucing yang kesejukan itu. Dia membawa kucing itu balik ke rumahnya. Sampai di rumahnya, Syahmi mencuci dan memandikan kucing itu. Bulu kucing itu dlapnya sehingga kering. Syahmi memberi kucing itu minum air susu yang dibancuhnya sendiri. Selepas itu, Syahmi memberi kucing itu makan nasi yang dicampur dengan sedikit ikan goreng. Setelah selesai makan nasi, barulah kucing itu nampak cergas dan bermaya. Syahmi berhasrat untuk membela kucing itu. Ayah dan emak Syahmi juga bersetuju dengan keputusan anaknya itu. Mereka bercadang untuk membelikan sebuah sangkar sebagai tempat tidur kucing itu pada waktu malam. Syahmi sangat sayang akan kucing.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri kelas bimbingan, saya dan kawan-kawan saya terperangkap dalam hujan lebat. Kami singgah di sebuah rumah untuk tumpang berteduh. Tuan rumah itu sungguh baik hati. Dia mempelawa kami masuk ke rumahnya. Dia berbual-bual mesra dengan kami. Dia memuji sikap kami yang tidak meneruskan perjalanan pulang ke rumah kerana hujan yang amat lebat dan diikuti dengan guruh yang sabungmenyabung.Keadaan sebegini boleh menyebabkan kemalangan, katanya lagi. Pak Abu dengan murah hati menjamu kami minum petang dan hidangan pisang goreng.

Setelah hujan reda, kami minta diri daripada Pak Abu. Kami juga mengucapkan terima kasih atas budi baik Pak Abu. Pak Abu melayan kami dengan begitu mesra walaupun kami bersua dengannya lebih kurang empat puluh lima minit sahaja. Kami dapat rasakan kemesraan yang ditujukkkan oleh Pak Abu seolah-olah beliau mengenali kami sudah begitu lama. Inilah agaknya yang dikatakan orang hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati..

Norhan banyak mempelajari tentang masyarakat di negeri Terengganu. Masyarakatnya peramah dan suka tolong-menolong. Mereka juga sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang membuatkan hati Norhan tertambat di daerah kecil Marang. Rakanrakannya pula banyak membantunya dalam pelajaran dan bidang keagamaan. Begitu juga dengan cikgu-cikgunya yang baik hati dan pemurah. Jasa cikgu dan rakan-rakan akan tetap terpahat di hati Norhan.Norhan dan keluarganya akan berpindah ke negeri Johor pada bulan hadapan. Dia berkemungkinan tidak akan berjumpa dengan teman-temannya di Marang ini lagi. Namun demikian, dia berharap hubungan mereka akan tetap terjalin. Dia juga mengharapkan semoga teman-teman yang sekelas dengannya tidak akan melupakannya walaupun dia berada jauh di mata. Norhan berjanji akan menulis surat setibanya di Pontian nanti. Norhan sungguh menghargai persahabatan yang telah mereka jalin selama hampir enam tahun. Dia menganggap kawankawanya adalah sebahagian daripada resepi istimewa kehidupannya.

Semasa pulang daripada menjalani latihan sukan, Hasnul terjumpa sebuah telefon bimbit di tepi jalan. Telefon bimbit itu masih baik dan masih boleh berfungsi. Dia membawa telefon bimbit itu pulang ke rumahnya. Setelah sampai di rumahnya, dia menceritakan tentang telefon bimbit yang dijumpainya kepada ayahnya. Setelah melihat telefon bimbit tersebut, ayah Hasnul mencadangkan agar telefon bimbit tersebut diserahkan kepada pihak polis. Mereka menghantar telefon bimbit tersebut ke balai polis yang berhampiran. Pihak polis yang menerima telefon bimbit itu mengucapkan terima kasih atas kejujuran Hasnul. Pegawai polis itu meminta maklumat Hasnul bagi memudahkan urusan komunikasi.Keesokan harinya, Hasnul dipanggil oleh Guru Besar. Seorang lelaki ingin berjumpa dengannya. Lelaki itu adalah pemilik telefon bimbit yang dijumpai Hasnul. Lelaki itu memberi hadiah dan mengucapkan terima kasih atas kejujuran Hasnul. Guru Besar juga sangat berbangga dengan sikap jujur Hasnul. Sikap jujur Hasnul itu telah mengharumkan nama sekolahnya.

Kerjaya Puan Noridah sebagai pemandu pelancong membawanya ke serata dunia. Baru-baru ini, dia membawa sekumpulan pelancong dari Jepun untuk mengelilingi Bandar Raya Kuala Lumpur. Seperti biasa, senyuman manis sentiasa terukir pada bibirnya. Baginya, setiap pelancong mesti dilayan dengan sebaik mungkin kerana dia membawa imej Malaysia.Tanpa diduga, salah seorang peserta rombongan mengalami keracunan makanan. Dengan tidak membuang masa, Puan Noridah segera membawa pelancong itu ke hospital yang berdekatan. Layanan mesra yang ditunjukkan oleh kakitangan hospital itu meninggalkan kenangan manis buat pelancong itu. Berkali-kali dia mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan yang diberikan.Rupa-rupanya, pelancong Jepun itu berasa terhutang budi atas pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Noridah. Sebagai membalas jasa, dia menghadiahkan sejambak bunga untuk Puan Noridah. Malahan, pelancong itu berjanji akan datang ke Malaysia lagi pada masa yang akan datang.

Pagi hari ke Padang Kota,Ubi dan pisang jadi bekalan,Saling bermaafan sesama kita,Agar persahabatan jadi berkekalan.Dari Pahang ke negeri Melaka,Berehat sebentar di tepi taman,Manis muka berbudi bahasa,Tetamu disambut dengan senyuman.Bila dipuji hati gembira,Diberi hadiah kancing suasa,Ringan tulang usah berkira,Membantu orang setiap masa.Anak Pak Mail belajar berjalan,Makanan disuap dengan sudu,Bergotong-royong jadikan amalan,Hidup uafakat bersatu-padu.Pergi ke hutan memburu rusa,Terserempak gajah di tengah jalan,Rakyat Malaysia pelbagai bangsa, Tolong-menolong sesama jiran.Di pasar malam membeli mangga,Mangga dibeli terasa berat,Kunjung-mengunjung jiran tetangga,Hubungan mesra bertambah erat.

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan. Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas. Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk. Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera menggigit kaki pemburu itu. Pemburu itu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut. Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

Adli dan adiknya melompat kegembiraan apabila melihat hujan mula membasahi bumi. Apatah lagi sudah seminggu cuaca panas terik. Tanpa berlengah, Adli keluar rumah dengan berkaki ayam. Dia berlari riang seolah-olah berada di bawah pancuran air terjun. Ibu Adli yang ketika itu berada di beranda rumah menyuruh Adli mengajak adiknya masuk ke dalam rumah. Tetapi, Adli tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Dia tetap berdegil. Tiba-tiba, Adli menjerit kesakitan. Tapak kaki Adli terpijak serpihan kaca. Ibunya terus meluru ke arah Adli dan mencabut serpihan kaca tersebut. Beliau memapah Adli masuk ke dalam rumah. Beliau menyapukan ubat dan membalut kaki Adli dengan kain pembalut. Pada malam itu pula, Adli menggigil kesejukan. Bapa Adli segera membawanya ke klinik. Doktor mengesyaki Adli demam panas. Adli disuntik untuk mengelakkan demam panasnya semakin melarat. Adli menyesal kerana tidak mendengar larangan ibunya petang tadi dan hanya mementingkan diri sendiri.

Berulang kali Asma menasihati adiknya supaya jangan balik lewat malam, namun Alif tetap dengan kedegilannya. Semalam, Alif balik ketika jam menunjukkan pukul satu pagi. Hari ini kesabaran Asma benar-benar tercabar. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi namun batang hidung Alif belum kelihatan.Asma tidak dapat melelapkan mata. Dia hanya mampu berdoa kepada Tuhan sebagai tanda kasih kepada adiknya. Semenjak kematian ibu dan bapa mereka, Asma yang menjaga kebajikan adiknya. Dia sering menasihati adiknya supaya berubah menjadi insan yang berakhlak mulia.Tepat pukul empat pagi, Alif muncul di muka pintu. Mukanya bengkak akibat dibelasah oleh samseng jalanan. Rupa-rupanya, dia menyertai perlumbaan motor haram. Alif menyatakan kekesalan atas perbuatannya selama ini. Dia berjanji akan berubah untuk menjadi insan berguna. Asma bersyukur kepada Tuhan kerana doanya selama ini dimakbulkan.