Bahan 1 Kerja Khusus Tarikh Islam

25
Bahan 1 kerja khusus tarikh islam Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Khalifah Umar al Khattab pernah mengibaratkan taqwa seperti seseorang yang berjalan di atas jalan yang berduri. Seseorang itu akan berhati-hati untuk mengatur setiap langkah agar tidak terpijak duri. Begitulah juga kita sepatutnya berhati-hati dalam mengatur aktiviti seharian hidup kita agar kita sentiasa mengerjakan amal soleh dan tidak melakukan perkara-perkara maksiat. Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau menurun. Sayidina Umar al Khattab sentiasa berpesan kepada tenteranya yang keluar berjihad “ aku mengingatkan kamu dan orang-orang bersama kamu supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah dalam setiap keadaan. Takut kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan dalam menghadapi musuh dan strategi terhebat dalam peperangan.” Sidang jumat yang di rahmati Allah swt Sekiranya kita menyusuri sejarah kegemilangan Islam kita akan dapati ramai raja-raja yang soleh dan berjiwa rakyat seperti al Najashi di Ethopia, Khalifah Umar Abdul Aziz, Salahuddin al Ayyubi, Sultan Murad II di Turki, Aurangzeb di India dan juga beberapa sultan di alam Nusantara. Namun, sejarah juga memaparkan golongan bangsawan yang bersultan di mata, bertuhan di hati seperti Firaun, Namrud dan raja-raja pada abad ke-20 seperti Raja Farouk di Mesir dan Shah Iran di Iran. Pada zaman kegemilangan Islam, raja-raja sering di dampingi oleh ulama-ulama yang ikhlas. Ulama-ulama sering memberi peringatan, nasihat dan amaran kepada raja-raja untuk melaksanakan suruhan Allah

Transcript of Bahan 1 Kerja Khusus Tarikh Islam

Bahan 1 kerja khusus tarikh islam

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Khalifah Umar al Khattab pernah mengibaratkan taqwa seperti seseorang yang berjalan di atas jalan yang berduri. Seseorang itu akan berhati-hati untuk mengatur setiap langkah agar tidak terpijak duri. Begitulah juga kita sepatutnya berhati-hati dalam mengatur aktiviti seharian hidup kita agar kita sentiasa mengerjakan amal soleh dan tidak melakukan perkara-perkara maksiat. Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau menurun. Sayidina Umar al Khattab sentiasa berpesan kepada tenteranya yang keluar berjihad aku mengingatkan kamu dan orang-orang bersama kamu supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah dalam setiap keadaan. Takut kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan dalam menghadapi musuh dan strategi terhebat dalam peperangan.

Sidang jumat yang di rahmati Allah swt Sekiranya kita menyusuri sejarah kegemilangan Islam kita akan dapati ramai raja-raja yang soleh dan berjiwa rakyat seperti al Najashi di Ethopia, Khalifah Umar Abdul Aziz, Salahuddin al Ayyubi, Sultan Murad II di Turki, Aurangzeb di India dan juga beberapa sultan di alam Nusantara. Namun, sejarah juga memaparkan golongan bangsawan yang bersultan di mata, bertuhan di hati seperti Firaun, Namrud dan raja-raja pada abad ke-20 seperti Raja Farouk di Mesir dan Shah Iran di Iran.

Pada zaman kegemilangan Islam, raja-raja sering di dampingi oleh ulama-ulama yang ikhlas. Ulama-ulama sering memberi peringatan, nasihat dan amaran kepada raja-raja untuk melaksanakan suruhan Allah swt. Salah seorang raja yang sentiasa mendampingi ulama dan sering mendapatkan pandangan ulama ialah Sultan Muhammmad al Fatih, sultan yang ke-7 dalam pemerintahan khalifah Uthmaniyyah. Sultan Muhammad al Fatih juga adalah pembuka kota Constantinople atau pun Istanbul. Pembukaan kota Constantinople membenarkan sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud: Constantinople pasti akan ditawa. Sebaik-baik pemerintah adalah pemerintah penaklukan tersebut dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut. (Riwayat Ahmad)Hadis yang di ucapkan oleh Rasulullah saw ketika sedang menggali parit dalam peperangan Khandak ini telah menimbulkan keinginan dan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam sebelum Muhammad al Fatih lagi. Mereka telah berusaha dan berjuang untuk menawan kota Constantinople. Usaha pertama telah di lancarkan pada 44Hijrah iaitu di zaman Muawiyah. Tetapi usaha tersebut di bawah pimpinan Yazid bin Muawiyah menemui kegagalan. Seorang sahabat nabi yang bernama Abu Ayub al Ansari telah menyertai pasukan Yazid, walaupun usianya sudah menjangkau 80 tahun kerana ingin berada di dalam pasukan tentera yang terbaik. Beliau syahid di dalam peperangan dan berwasiat agar jasadnya di kuburkan di bawah kubu-kubu Constantinople. Apabila ditanya kenapa beliau ingin di kuburkan di situ maka beliau menjawab kerana aku ingin mendengar hentakan tapak-tapak kaki kuda dari pasukan tentera yang terbaik semasa mereka membebaskan Constantinople. Beberapa kempen lagi untuk menawan Constantinople di zaman Umayyah menemui kegagalan. Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah, beberapa usaha di teruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun ar Rashid. Ramai lagi raja-raja dan pemimpin Islam berlumba-lumba untuk menawan kota Constantinople untuk menjadi sebahagian daripada tentera terbaik. Tetapi kira-kira 800 tahun kemudian pada 1453M, Muhammad al Fatih telah membenarkan dan merealisasikan hadis Rasulullah tersebut.

Sidang jumaat yang di rahmati AllahApakah kehebatan Sultan Muhammad al Fatih dan tentera-tenteranya sehingga dirujuk sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera oleh Rasulullah saw? Apakah ciri-ciri dan sifat-sifat istimewa yang ada pada Muhammad al Fatih? Mengapa kejayaan ditakdirkan berlaku di tangan Muhammad al Fatih walaupun sudah ada percubaan yang pernah dilakukan oleh para sahabat, tabiin dan tabi tabiin? Kemunculan Muhammad al Fatih dan kejayaan menawan kota Constantinople bukan satu kebetulan. Ia di rancang dan di programkan oleh pemimpin sebelumnya lagi.

Sultan Murad II, iaitu ayah kepada Muhammad al Fatih sangat menitikberatkan didikan agama terhadap anaknya. Ayahnya telah memanggil beberapa ulama terkenal di zamannya seperti Sheikh Shamsuddin al Wali dan Sheikh Ahmad Ismail al Kurani untuk mentarbiyyah anaknya. Muhammad al Fatih telah ditarbiyyah dengan jiwa jihad dan sifat tawaduk sejak kecil lagi. Ayahnya begitu perihatin dalam pembentukan keperibadian Muhammad al Fatih sehinggakan beliau memilih sendiri gadis yang hendak dijodohkan dengan anaknya. Beliau sedar bahawa seorang pemimpin yang baik mesti mempunyai isteri yang baik juga.

Di samping ilmu agama, Muhammad al Fatih juga di ajar ilmu peperangan, pentadbiran dan pemerintahan. Beberapa kali beliau diberi latihan praktikal dengan memangku jawatan ayahnya walaupun di usia yang masih muda. Muhammad al Fatih juga mampu menguasai tujuh bahasa iaitu Turki, Arab, Greek, Latin, Serbia, Parsi dan Hebrew. Dengan menguasai tujuh bahasa, Muhammad al Fatih mampu mengkaji dengan lebih teliti kelemahan-kelemahan musuh-musuhnya dan dapat berkomunikasi dengan baik dengan bangsa-bangsa tersebut.

Muhammad al Fatih sangat menjaga diri dan pegawai-pegawainya daripada melanggar hukum Allah. Oleh sebab itu, pegawai-pegawai, pentadbir dan panglima-panglima tentera beliau terdiri daripada orang-orang-orang yang mematuhi syariat. Sultan Muhammad al Fatih pernah berpesan bahawa ulama adalah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya Muhammad al Fatih di kelilingi oleh para ulama yang sentiasa menasihati beliau tentang permasalahan negara.

Sultan Muhammad al Fatih bukan sahaja menjaga amalan-amalan yang wajib, tetapi konsisten dalam melakukan amalan-amalan yang sunat. Peristiwa pemilihan imam solat jumaat pada hari jumaat pertama selepas kota Constantinople ditawan mendedahkan sesuatu yang menarik. Muhammad al Fatih dan tenteranya masuk ke Hagia Sophia, sebuah gereja yang ditukar menjadi masjid untuk mendirikan solat jumaat. Pada mulanya, Sultan Muhammad al Fatih mencadangkan gurunya; Sheikh Shamsuddin sebagai imam. Namun, gurunya menolak cadangan tersebut. Untuk mencari siapa yang layak, baginda telah memerintahkan seluruh pegawai dan tenteranya berdiri.

Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh walaupun sekali, sila duduk kata Sultan Muhammad al Fatih. Tiada seorang pun yang duduk.

Siapa antara kita yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh walaupun sekali, sila duduk Ada sebahagian daripada tentera yang duduk.

Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat sunnat tahajud sejak baligh walaupun satu malam, sila duduk Kini, semua tentera duduk kecuali Sultan Muhammad al Fatih. Inilah peristiwa yang berlaku ketika pemilihan imam untuk solat jumaat yang pertama di masjid Hagia Sophia. Peristiwa ini menunjukkan betapa istiqamahnya Sultan Muhammad al Fatih dalam beribadat kepada Allah swt dan terserlah bahawa baginda sendiri adalah orang yang paling layak menjadi imam.

Sidang jumaat yang di rahmati AllahSultan Muhammad al Fatih dan tenteranya menjadi raja dan tentera yang baik bukan kerana ketaqwaan mereka sahaja. Mereka juga mempunyai kekuatan, kebijaksanaan dan keberanian. Untuk menembusi pertahanan kota Constantinople yang kebal di segenap penjuru perancangan yang rapi dan strategi serangan yang kreatif sangat diperlukan sesuai dengan firman Allah swt. Dan bersiap sedialah kamu dengan kekuatan dari tentera berkuda untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. ( al Anfal:60)

Selepas menaiki takhta, Muhammad al Fatih mengkaji pelan kota Constantinople untuk mengenal pasti kelemahannya. Bentuk muka bumi, keadaan topografi, musim dan cuaca diambil kira dalam menentukan permulaan serangan dan kepungan. Beliau juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk diguna pakai. Beliau melantik jurutera yang terbaik untuk membina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak peluru seberat 300kg melebihi 1km. Sayidina Ali pernah berpesan bahawa kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun. Mengambil iktibar dari pesanan ini, Muhammad al Fatih melakukan beberapa langkah strategik lagi dalam persediaan untuk menawan Constantinople.

Sultan Muhammad al Fatih mengambil langkah memencilkan kerajaan Rom Byzantin dengan mengikat perjanjian-perjanjian damai dengan kerajaan-kerajaan di sekitar wilayahnya seperti Serbia dan Hungary. Benteng-benteng pertahanan di bina di tempat-tempat yang strategik untuk mengawal laluan kapal di Selat Bosphorus sekaligus mengawal bantuan dari luar untuk kerajaan Byzantin. Langkah ini memberi kesan yang lebih ke atas kepungan yang akan dilancarkan kemudian.

Pada 6 April 1453 Sultan Muhammad al Fatih mengetuai pasukan tentera yang terlatih seramai 250,000 orang untuk mengepung kota Constantinople. Tentera ini terdiri dari orang-orang yang soleh, sangat menjaga solat mereka, berani dan bersedia untuk syahid. Muhammad al Fatih juga membawa bersama tenteranya para ulama untuk memotivasikan barisan tenteranya dengan ayat-ayat al Quran dan hadith-hadith Rasulullah yang menceritakan tentang kemuliaan orang-orang yang gugur di jalan Allah. Setelah segala persiapan siap diatur, Sultan Muhammad al Fatih menghantar utusan kepada Raja Rom Byzantin meminta beliau menyerah kalah. Keengganan Raja Rom mengakibatkan kota Constantinople dikepung dan serangan dimulakan.Pope di Rom menghantar bantuan lima buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi oleh tentera Rom untuk menghalang kemaraan kapal-kapal tentera Muhammad al Fatih. Kapal-kapal Muhammad al Fatih tidak dapat meneruskan perjalanan menuju ke bahagian belakang benteng pertahanan kota Constantinople. Mereka di serang dengan hebat dan terpaksa berpatah balik.

Sultan Muhammad al Fatih diberikan ilham yang luar biasa oleh Allah swt untuk mengatasi halangan rantai besi ini. Muhammad al Fatih mendapat idea untuk memindahkan kapal-kapal perangnya melalui jalan darat. Beliau telah memanggil tenteranya dan mengarahkan mereka membawa kapal-kapal merentasi bukit pada waktu malam dan dilucurkan ke perairan di belakang kubu pertahanan kota Constantinople. Pada malam tersebut penduduk Constantinople dikejutkan dengan gema takbir dan nasyid serta lagu-lagu iman yang bersahutan dari tentera Muhammad al Fatih. Dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa tentera Muhammad al Fatih berjaya mengangkut 70 buah kapal merentasi bukit sejauh 5km dalam satu malam sahaja. Apa yang berlaku ini menunjukkan kebijaksanaan sultan, kesungguhan dan kegigihan tentera-tenteranya, dan juga kehebatan mutu kejuruteraan kerajaan Uthmani. Kejayaan ini adalah kejayaan yang hebat dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. Semuanya ini adalah anugerah daripada Allah swt kepada hambanya yang bertakwa, yang mengharapkan pertolongan Allah semata-mata setelah segala perancangan, usaha dan tenaga di gembeling dan di curahkan.

Setelah pertempuran berlarutan selama 53hari, pada 29Mei 1453M kota Constantinople jatuh ke tangan orang Islam. Di atas kemenangan dan kejayaan menawan kota Constantinople inilah Sultan Muhammad di beri gelaran al Fatih yang membawa maksud pemenang atau pembuka yang berjaya membebaskan Constantinople dari pemerintahan Rom. Constantinople dijadikan ibukota yang baru Empayar Uthmani. Beliau telah menukar nama Constantinople kepada Islam Bol (atau Istanbul sekarang ini) yang bermaksud kota Islam.

Sultan Muhammad al Fatih mencapai kemenangan bukan kerana kepandaian dan kepintaran sahaja. Beliau dikurniakan kemenangan apabila tenteranya berjaya meninggalkan dosa-dosa. Beliau dan tenteranya berjaya memenuhi syarat-syarat untuk mendapat pertolongan dari Allah swt. Allah swt berjanji akan memberi pertolongan kepada manusia yang bersungguh-sungguh dan beristiqamah menegakkan syariat Allah. Allah berfirman di dalam surah al Haj ayat 40: Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat ibadat dan juga masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa.Sidang jumaat yang di rahmati Allah swt

Inilah dia tokoh yang seharusnya menjadi idola kepada anak muda zaman sekarang kerana Muhammad al Fatih baru berusia 25tahun ketika beliau mengetuai tentera untuk menawan Constantinople. Inilah dia tokoh yang sepatutnya berada di dalam silibus pendidikan sejarah di sekolah-sekolah di negara kita.

Sejarah telah memberitahu kita bahawa Salahuddin al Ayyubi telah membebaskan Baitul Maqdis dari tentera Kristian Rom pada 27 Rejab 1187M dan beliau berbangsa Kurdis. Muhammad al Fatih telah membebaskan kota Constantinople dari tentera Kristian Rom pada 29 Mei 1453M dan beliau berbangsa Turki.Tidak mustahil pada suatu hari nanti seorang pemimpin dari kalangan bangsa Melayu Islam yang akan membebaskan Palestin untuk kali ketiga. Peristiwa ini akan menjadi kenyataan sekiranya bangsa Melayu Islam mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang sama dengan tentera Muhammad al Fatih ataupun tentera Salahuddin. Tentera Melayu Islam yang beriman dan bertaqwa yang mendaulatkan al Quran dan sunnah di dalam kehidupan dan perjuangan mereka semata-mata untuk mencari keredhaan Allah swt. Salahuddin al Ayyubi menyatukan bangsa-bangsa dan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari Mesir, Iraq hingga ke negeri-negeri di Syam di bawah payung Islam sebelum memulakan langkah untuk pembebasan Baitul Maqdis. Muhammad al Fatih mengemaskini pentadbiran dalam negeri, menyelesaikan masalah dalaman, memeterai perjanjian dengan negara-negara sekitar sebelum melancarkan serangan ke atas Constantinople. Untuk mengikuti jejak langkah mereka, bangsa Melayu Islam harus bersatu dan menyelesaikan masalah dalaman di negeri-negeri di Nusantara serta menjadi bangsa yang di segani sebelum bercita-cita melangkah ke peringkat antarabangsa. Kita mesti kembalikan izzah dan jatidiri bangsa Melayu dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Kita perlu ingat bahawa satu masa dahulu iaitu di waktu pemerintahan kesultanan Melayu Melaka bangsa Melayu adalah satu bangsa yang di segani dan dihormati oleh bangsa Eropah di Barat dan Cina di Timor. Dan tidak menjadi mustahil sejarah akan berulang kembali. Arabic

! . . ditegahNya. . . . . . " . ".

II . 20 .

. . 7 . . :" ditawa. . ( ) . . 44Hijrah. . 80 . . : " ." . . . 800 1453M .

' . .

. mentarbiyyah. ditarbiyyah . . .

. . . .

. . . .

. . . . . .

" ". .

" rawatib "

" sunnat " . . istiqamahnya .

. . . ) 60 (" . "(: 60).

. . . 300KG 1Km. " ." .

. . .

6 1453 250000 . . . . . . . . .

. . dilucurkan . . 70 5KM . . . gembeling .

53hari 29Mei 1453M . . . ( ) .

. . . . 40: ) 40 ( " " . . .

25tahun . .

27 1187M . 29 1453M Turki.Tidak . . . . . segani . . segani . .

Bahan 2 Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?

Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai Grand Seigneur yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.mad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.

arabic

22 1452 852 . . . . 4 25 160

! . 70 . . . !

. . 26 . 54 . . : : " . ".

. . 10 . " " .

26 833 20 1429 Adirnah. . .

Magnisa. 1451. . 22 .

. . . . ( ) . .

. . 855H/1451M . RA . 44 . .

. . .

. . . . . . .

. . . .

ternafilah . . . . . . . . . .

. . . . . . .

. . . .

. . . 1481 .

Bahan 3Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan...(H.R Ahmad b. Hanbal Al-Musnad)

Penaklukan kota Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34Hijrah,Muawiyah bin Abu Sufian(84Hijrah),Sultan Sulaiman(91Hijrah),Khalifah Harun al-Rasyid(165Hijrah).Sultan Beyazid pada tahun 1391,1397 dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan.Akhirnya pada 20 Jamadil Awal tahun 857 Hijrah bersamaan 29hb Mei 1435 Masihi barulah kota Konstantinopel berjaya di tawan oleh Sultan Ahmad Al-Fateh.

Selepas lebih 800 tahun hadis ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w barulah menjadi ia kenyataan.Sultan Muhammad Al-Fateh bukan sahaja merupakan dipilih oleh Allah s.w.t menjadi seorang pemimpin yang baik tetapi memiliki tentera yang baik serta rakyat yang baik.Disebalik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi seorang pemimpin yang baik,dari kecil lagi beliau telah dilatih hidup sederhana walaupun beliau merupakan kerabat di raja,Al-Fateh juga dididik dengan ilmu agama dan peperangan.

Berkat dari usaha ayah Al-Fateh iaitu Sultan Murad 11 mendidik puteranya dengan kehidupan yang sederhana serta dididik dengan ilmu agama dan peperangan yang cukup mendalam akhirnya Sultan Murad mampu melahirkan seorang pemimpin muda berusia 19tahun menaiki takhta yang memiliki sifat seorang pemimpin yang berwibawa serta baik.Sultan Muhammad Al-Fateh memiliki sifat pemimpin yang berakhlak mulia serta berpengaruh sehingga seluruh tentera baginda dan rakyat mempu mematuhi baginda walaupun baginda masih muda usianya.

Qiamullai dan solat Tahajjud menjadi amalan wajib yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh menjadikan baginda seorang pemimpin yang beriman serta taat kepada Allah dan Rasul.Mengambil berat hal yang berkaitan tentera dan rakyatnya menjadi satu kemestian dan kewajipan bagi Sultan Al-Fateh bagi membentuk tentera dan rakyat yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t.Sebelum melakukan sesuatu keputusan atau tindakan Sultan Al-Fateh tidak pernah melaksanakannya sebelum terlebih dahulu berbincang dengan Ulama dan juga pembantu-pembantu baginda agar keputusan dan tindakan yang dibuat bertetapan dengan Al-Quran dan As-Sunnah menjadikan baginda seorang pemimpin yang sangat dihormati.

Memimpin dan berperang kerana Allah s.w.t semata-mata menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh meletakkan Allah s.w.t sebagai tempat pergantungan utama serta baginda terlepas dari sifat cintakan dunia dan keinginan untuk dipuja oleh makhluk.Sifat kepimpinan beginilah yang menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk merealisasikan hadis Rasulullah s.a.w untuk menawan kota keagungan dunia iaitu kota Konstantinopel.

Arabic " menaklukinya Islam.Pemimpin ." .. ( . )

34Hijrah Saidina (84Hijrah) (91Hijrah) (165Hijrah). 13911397 1400 kegagalan.Akhirnya 20 857 Jamadil 29hb 1435 Masihi .

800 kenyataan.Sultan Tentera baik.Disebalik .

11 19tahun baik.Sultan Tentera mempu .

Qiamullai Rasul.Mengambil Tentera kewajipan Tentera swtSebelum ' bertetapan .

kerana pergantungan cintakan makhluk.Sifat .