..bahan 2

29
Stres dalam Kalangan Guru Sekolah Pendahuluan Di zaman yang serba mencabar ini, pelbagai tekanan yang dihadapi oleh setiap manusia dan tidak terkecuali profesion keguruan. Tekanan ini wujud sama ada dalam bentuk fizikal, sosial atau psikologikal. Kesan tekanan ke atas individu bergantung kepada ciri-ciri atau sikap bagaimana seseorang individu itu menanganinya. Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai kriteria dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan multi-bidang. Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita terpaksa membayar harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi permasalahan sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut.

description

h

Transcript of ..bahan 2

Page 1: ..bahan 2

Stres dalam Kalangan Guru Sekolah PendahuluanDi zaman yang serba mencabar ini, pelbagai tekanan yang dihadapi oleh setiap

manusia dan tidak terkecuali profesion keguruan. Tekanan ini wujud sama ada dalam

bentuk fizikal, sosial atau psikologikal. Kesan tekanan ke atas individu bergantung

kepada ciri-ciri atau sikap bagaimana seseorang individu itu menanganinya.

Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai

kriteria dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan

semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang

pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan

multi-bidang. Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita terpaksa membayar

harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi

permasalahan sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para

profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan

tinggi pendidikan tersebut. 

Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau

sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan permintaan tinggi bebanan kerjaya

pendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang

dianggap sebagai suatu keuzuran berpotensi mengganggu kelancaran operasi

pendidikan. Justeru, simptom ketegangan atau tekanan di kalangan guru ini adalah

suatu fitrah semulajadi kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang

rasa. Adalah suatu tindakan yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi

penyelesaian bagi masalah-masalah guru di samping melaksanakan pelbagai pelan

peningkatan terhadap pendidikan. 

Page 2: ..bahan 2

Kini profesion perguruan mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan.

Pelbagai dasar dan sistem pendidikan digubal atau diubahsuai sejajar dengan ledakan

pengetahuan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Ini menyebabkan

bidang tugas seorang guru semakin bertambah dan membebankan. Ini kerana guru

merupakan “amanah” yang diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada

anak didiknya. Sama ada rela atau tidak, mereka dituntut untuk menyesuaikan diri

dengan sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan dalam bidang pendidikan yang

berlaku dari semasa ke semasa. Situasi ini secara umumnya mengakibatkan guru-guru

terpaksa berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang lebih mencabar dan

semakin kompleks.

Pendapat ini disokong oleh Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998) yang mengatakan

selain daripada  mengajar dan berdepan dengan  pelbagai karenah  pelajarnya,

seseorang guru  juga dituntut  untuk melaksanakan pelbagai  tugasan lain yang menjadi

rutin pekerjaan  mereka  seperti mengutip yuran, mengemaskini kedatangan pelajar,

menyediakan soalan ujian dan peperiksaan dan lain-lain lagi.

Adakalanya, tugas guru bukan sekadar pengurus di sekolah sahaja, malah mereka juga

menjalankan tugas di peringkat daerah dan negeri. Jelaslah kepada kita bahawa guru

mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion

perguruan ini sebenarnya sukar, meletihkan dan membosankan (Faridah Karim dan

Zubaidah Aman, 1998).

Peranan guru sebagai pendidik disanjung tinggi oleh masyarakat dan mereka

meletakkan harapan yang tinggi agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik

Page 3: ..bahan 2

dalam mendidik anak bangsa. Dalam usaha ini, mereka terdedah kepada pelbagai

cabaran, risiko dan kerumitan. Oleh itu stres yang dialami  oleh guru  merupakan  satu

isu  yang patut diberi perhatian  yang wajar kerana pengelakan (burnout) mereka dalam

memberi sumbangan  kepada  proses pendidikan  akan meninggalkan kesan  negatif 

terhadap  pembangunan akademik  dan kesejahteraan diri generasi muda secara

amnya. (Tang dan Yeung, 1999)

Pernyataan Masalah

Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru memainkan

peranan yang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah menuju ke arah

pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya guru

memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan

Malaysia demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya

membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Walau bagaimanapun tugas dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan

sempurna sekiranya para guru menghadapi tekanan kerja. Menurut Kyriacou (1987),

jumlah kajian yang semakin meningkat tentang tekanan guru di seluruh dunia

menunjukkan keseriusan masalah ini. Gold dan Roth (1993) berpendapat salah satu

punca yang menyebabkan guru mengalami tekanan adalah disebabkan oleh perubahan

dalam sesuatu dasar. Pada tahun 2003, guru dikejutkan dengan dasar kerajaan

Malaysia yang telah memperkenalkan pengajaran dalam Bahasa Inggeris untuk mata

pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI). Ini memberi impak yang besar kepada guru

pada masa itu kerana mereka perlu bersedia dari segi mental dan emosi untuk mengajar

dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun dasar tersebut akan digantikan  dengan

Page 4: ..bahan 2

dasar baru yang dikenali sebagai dasar memartabatkan Bahasa Melayu  dan

memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Fenomena ini menyebabkan guru mengalami tekanan kerana terpaksa mengubah corak

pengajaran mereka daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Mereka juga

dituntut untuk mempersiapkan diri bagi melaksanakan dasar ini mulai tahun depan.

Keadaan ini akan mengundang stres apatah lagi mereka belum bersedia untuk

menghadapi perubahan yang drastik ini.

Memandangkan isu stres kerja boleh mengancam tahap profesionalisme guru-guru,

maka pengkaji ingin mengambil kesempatan ini dengan membuat kajian yang lebih

lanjut mengenai masalah ini dan juga faktor-faktor penyebab yang boleh mengganggu

proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan akan melepaskan

tekanan kepada pihak yang lain, umpamanya pelajar. Sementara dalam diri guru

tersebut, dia kehilangan dirinya, sukar menghadapi kenyataan, bimbang yang

berlebihan dan bertindak luar kawalan tanpa disedari. Sebagai seorang pendidik yang

berdedikasi, akauntabiliti guru yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah

laku kendiri, murid dan profesion telah memberi tekanan yang berat kepada guru.

Definisi

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap

manusia tidak dapat lari daripada tekanan tang boleh berpunca daripada peristiwa-

peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan

Page 5: ..bahan 2

tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap

individu itu bagaimana untuk mengatasinya.

Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas

permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai

kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan

terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan

yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan

sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu

akan mendatangkan kesan yang positif. 

Stres diambil daripada perkataan Greek iaitu ‘Stringere’ yang bermaksud ketat atau

tegang (Cox, 2000). Selye, seorang ahli perubatan merupakan perintis dalam

menjalankan kajian tentang stres ini.  Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),

stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan

kerap menyerang masyarakat pada hari ini (Azizi, Jamaludin dan Mazeni, 2010). Kajian 

yang  dilakukan oleh Institute Of Stress di New York, mendapati pada tahun 2002

terdapat 90% daripada lelaki dewasa  mengalami stres yang kuat sekurang-kurangnya

dua kali seminggu, manakala 25% lagi mengalami stres setiap hari.

Stres boleh didefinisikan sebagai satu keadaan  emosi yang kompleks dan satu reaksi 

fisiologi dan psikologi  yang berlaku  pada seseorang  apabila ia bertindak balas  kepada

faktor-faktor luaran  di persekitaran seperti keadaan tempat kerja, sikap rakan,

hubungan  dengan subordinat dan tekanan kerja.

Page 6: ..bahan 2

Menurut   Cox  dan  Brockley (1984), stress merupakan  satu  persepsi  yang  wujud 

dari satu  perbandingan di antara arahan yang diberikan oleh seseorang dengan

kebolehan untuk melakukan arahan tersebut  dengan jayanya. Schafer (1992) pula

mentafsirkan stres sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam

bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Sekiranya seseorang itu dapat

menyesuaikan mindanya dengan menangani permintaan itu, maka tekanan tersebut

akan mendatangkan kesan yang positif.

Manakala stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi

negatif, tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka.

(Kyriacau & Sutcliffe, 1978). Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap

perubahan budaya pendididikan akan mengalami stres. Kebanyakkan guru pada masa

kini terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian, menyedia alat bantu mengajar,

menghadiri kursus sepanjang minggu dan terpaksa melakukan penyesuaian terhadap

tugasan dan ini sedikit sebanyak telah menganggu emosi dan minda mereka. Stres

kerja pada tahap yang tinggi akan membawa kepada rasa ketidakpuasan kerja, sering

mengelakkan diri dan mengabaikan kerja.  

Kyricaou (1987) kemudiannya mentakrifkan tekanan guru sebagai pengalaman yang

dialami oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti

ketegangan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan

oleh aspek-aspek pekerjaan sebagai seorang guru.

Tekanan guru juga boleh didefinisikan sebagai kesan tindak balas negatif seperti

kemarahan dan tekanan oleh seseorang guru. Ia kebiasaannya merangsang potensi

perubahan fisiologi seseorang guru seperti peningkatan kadar degupan jantung dan

Page 7: ..bahan 2

perembesan hormon tertentu ke dalam salur darah. Seterusnya ia memberi kesan

terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan menjalankan tugas,

keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.

Dunham (1976) melaporkan hasil kajiannya mengenai tekanan guru berdasarkan

analisis data yang mengandungi 658 orang guru di sekolah rendah dan sekolah

menengah di United Kingdom. Para responden, iaitu guru diminta untuk menerangkan

situasi tekanan yang dihadapi dan bagaimana mereka mengatasi masalah tersebut. 

Daripada kajian tersebut, kesimpulan yang boleh dibuat ialah ‘lebih banyak guru yang

mengalami tekanan guru’, ‘hanya angka sedikit sahaja dalam kalangan guru yang tidak

mengalami tekanan guru’. Tekanan dihadapi terutamanya dalam organisasi, konflik yang

dialami dalam pembahagian tugas, dan keadaan tempat kerja. Untuk itu, antara

tindakan guru yang menghadapi tekanan guru yang berlebihan telah memillih langkah

untuk meletakkan jawatan dalam sesuatu organisasi; guru memilih untuk mengajar

pelajar yang kurang kemampuan belajar atau kelas yang kurang cerdik. Komunikasi

dalam kalangan guru semakin kurang berkesan dan guru memilih untuk mendiamkan

diri. Guru yang memiliki karakter atau personaliti yang baik berubah sama sekali kepada

seseorang yang langsung tidak dikenali dan kepuasan kerja yang rendah. 

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa tekanan guru telah dikaitkan dengan

penyakit sakit mental. (Fletcher dan Payne, 1982). Menurut Blase’s (1982) berdasarkan

jurnal yang ditulis oleh Kyriacou (1987), sebilangan besar guru menunjukkan tahap

penglibatan kerja yang rendah akibat tekanan yang berlebihan. Tenaga tidak digunakan

untuk meneruskan kerja berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya melepaskan tenaga

secara tindakan fizikal atau melepaskan geram terhadap pelajarnya. Sesetengah guru

Page 8: ..bahan 2

yang tidak melepaskan geram pula memilih jalan dengan tidak hadir ke sekolah akibat

tekanan guru yang berlebihan. Tekanan dalam kalangan guru menyebabkan  potensi

berlakunya masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang

berlaku dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. 

Konsep tekanan telah digunakan secara meluas untuk menerangkan peningkatan

motivasi pekerjaan dan penurunan kepuasan kerja. Tekanan boleh memberikan kesan

sama ada positif atau negatif. Fisher (1994), percaya bahawa mereka yang mengalami

masalah tekanan pekerjaan adalah kurang efisyen. Mengalami sikap kemurungan,

kerisauan atau kegelisahan, kemarahan dan fobia merupakan tanda-tanda tertekan

yang mungkin berpunca daripada persekitaran luar atau faktor-faktor kognitif individu.

Kepentingan Kajian

Kajian ini amat berguna kepada guru dan pentadbir sama ada di peringkat sekolah,

daerah, zon mahupun di peringkat Jabatan pelajaran. Bagi guru, ia diharap dapat

menjadi panduan untuk mengatasi masalah ketegangan ini agar dapat menjalani

suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa dan harmoni.

Bagi pihak pentadbir di peringkat sekolah, daerah dan zon, hasil kajian ini diharap dapat

dijadikan panduan untuk membuat perancangan yang lebih khusus dalam perancangan

aktiviti-aktiviti staf di sekolah.

Manakala bagi pihak Jabatan Pelajaran, kajian ini diharap dapat memberi maklumat

bagi merangka program yang lebih jitu dan tersusun kepada guru dalam menangani

masalah stres supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan yang lebih tenang dan

selesa.

Page 9: ..bahan 2

Batasan Kajian

Oleh kerana pengkaji mempunyai masalah dari segi kekangan masa, maka kajian hanya

dapat dijalankan di dua buah negeri sahaja iaitu Perak dan Selangor. Responden yang

terpilih  adalah seramai 10 orang guru yang terdiri daripada guru siswazah dan bukan

siswazah. Tumpuan utama kajian adalah untuk melihat tahap stres yang dialami oleh

guru-guru tersebut  dalam urusan seharian mereka.

Metodologi

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Azizi et al. (2007),

penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan

sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan.

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap stres dalam kalangan guru-guru di dua 

negeri iaitu Perak dan Selangor. Data yang diperoleh dengan menggunakan soal selidik

telah diedarkan kepada responden yang terpilih untuk mewakili populasi, iaitu guru-guru

di dua buah negeri iaitu Perak dan Selangor.

Responden kajian ini terdiri daripada 10 orang guru dari Sekolah Menengah Doktor

Megat Khas (Sekolah Gred A) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang

(Sekolah Gred A). Sekolah-sekolah tersebut terletak di Kinta Utara, Perak dan Selangor.

Pemilihan sampel ini dibuat secara sampel rawak.

Instrumen penyelidikan

Dalam kajian berkaitan dengan ketegangan guru sama ada di sekolah menengah

ataupun sekolah rendah, kami menggunakan kaedah soal selidik yang lebih kepada

jawapan yang memerlukan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kaedah soal selidik ini mengandungi satu

Page 10: ..bahan 2

set soalan sebanyak 13 item. Kaedah ini membolehkan kumpulan kami untuk

mengumpulkan maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. 

Biasanya, bidang pendidikan menggunakan kaedah soal selidik. Kumpulan kami

memilih kaedah ini disebabkan soal selidik ini dapat dibina pada kos yang rendah dan

masa yang diperlukan adalah singkat bagi menjawabnya. Tambahan pula, kami dapat

memperolehi data-data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan

cepat.  Justeru, kaedah soal selidik ini dilakukan di dua buah sekolah iaitu Sekolah

Menengah Kebangsaan Doktor Megat Khas, Ipoh dan Sekolah Jenis Kebangsaan

Tamil, Rawang. Disebabkan kekangan masa, sampel kajian kami hanya melingkungi

seramai 10 responden daripada sekolah-sekolah tersebut.  Di dalam kajian ini, kami

hanya membuat analisa data bertumpukan peratusan.

Prosedur Kajian

Soalan soal selidik yang diberikan kepada responden akan disertai dengan arahan yang

jelas pada bahagian soalan tersebut. Semua responden akan menjawab soalan soal

selidik dengan bantuan penyelidik di dalam keadaan yang selesa dan tidak tertekan.

Soal selidik akan dikutip sebaik sahaja responden selesai menjawab soalan.

Analisa Data

Kajian ini menggunakan Self Report Teacher Stress oleh Dunham (1992) pula

digunakan untuk mengenal pasti kedudukan faktor-faktor utama seperti teguran pihak

pentadbir, beban tugas, kekangan masa dan sumber, dan hubungan interpersonal yang

mempengaruhi tekanan kerja guru. Responden diminta menandakan darjah persetujuan

terhadap faktor yang menyebabkan tekanan kerja berdasarkan kaedah soal selidik yang

berpandukan `Ya' atau `Tidak’.  

Page 11: ..bahan 2

                                              Jadual 1 :  Tahap Tekanan Guru

Tahap Tekanan Bilangan Guru Peratus Tekanan

Tahap Tekanan Tinggi 3 30%

Tahap Tekanan Sederhana 5 50%

Tahap Tekanan Rendah 2 20%

                          Jadual 2  :  Tahap Ketegangan guru Berdasarkan persoalan.

Persoalan Tahap Ketegangan Guru

Hilang ‘mood’ bekerja apabila ditegur oleh

pengetua

40%

Suka pergi ke sekolah  &

Suka bekerja di sekolah

60%

      Rela buat kerja tambahan apabila

      diarahkan oleh pihak pentadbir

60%

      Bebanan kerja agak meletihkan 40%

      Masih ada masa untuk mengeratkan

      silaturahim di kalangan guru

80%

      Agihan tugas bagi guru  dilakukan     

      secara adil

90%

Namun kesemua kajian di atas, pada Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan terdapatnya

peratusan yang signifikan antara faktor-faktor organisasi dengan kepuasan kerja dan

ketegangan guru, secara perbandingan persepsi terhadap beban tugas, polisi organisasi

dan kemudahan di tempat kerja yang hanya pada tahap memuaskan sahaja. Oleh hal

yang demikian, faktor-faktor yang disebutkan di atas wajar sekali diberikan

Page 12: ..bahan 2

pertimbangan yang serius dalam merancang, merangka dan melaksanakan program

bagi mempertingkat tahap kepuasan kerja dan seterusnya mengurangkan ketegangan

guru dalam sesebuah organisasi sekolah.

Secara keseluruhannya, peratusan bagi objektif kajian iaitu mengkaji tahap ketegangan

guru sederhana adalah sebanyak 50%. Dengan ini para guru tidak mungkin akan

menghadapi masalah untuk meningkatkan prestasi kerjaya diri mereka untuk terus

berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang agar kualiti

pendidikan dan kecemerlangan dapat dimajukan dalam sektor pendidikan negara ini.

Selain itu, terdapat sebahagian besar iaitu 60% responden bersetuju bahawa mereka

berasa suka bekerja di sekolah mereka. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat

oleh Mallilo (2007) di mana pekerja-pekerja mengakui secara umumnya kerja mereka

menyeronokkan. Ini menunjukkan mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan

mereka seronok bekerja. Sebagai pendidik, mereka harus sentiasa mempunyai

perasaan seronok bekerja ini agar para pelajar juga tidak bosan untuk menerima

pelajaran mereka.

Responden juga  mengaku bahawa mereka merasa selesa dengan kerja mereka.

Sebanyak 60% responden yang menyokong penyataan ini. Ia menggambarkan para

guru ini sebenarnya memahami tugas mereka dengan baik. Maka mereka juga akan

merasakan yang kerja mereka ini adalah satu kerja yang baik dan seterusnya akan

menghasilkan kepuasan atas kerjaya yang mereka lakukan dan ketegangan dalam

kalangan guru akan berkurangan.

Page 13: ..bahan 2

Namun hanya 40% sahaja yang menyokong pernyataan yang mungkin menyebabkan

sebahagian guru rasa letih dengan kerja mereka disebabkan bebanan tugas. Selebihnya

menyatakan mereka tidak berasa tertekan. Mungkin disebabkan kerana mereka

berasakan sudah menjadi tanggungjawab mereka memikul beban sebagai seorang guru

dan sentiasa berfikiran terbuka untuk mengatasi semua permasalahan. Kenyataan ini

disokong oleh kajian Marriot dan Sexton dalam Saleha (2001) guru-guru ini

berorientasikan tanggungjawab yang konsisten.

Majoriti responden iaitu 80% setuju bahawa walaupun sentiasa ada kerja untuk

dilakukan tetapi mereka masih mempunyai masa terluang untuk merehatkan minda

sekurang-kurangnya sebelum memulakan kelas yang baru dan mengeratkan

silaturrahim dalam kalangan guru dengan mengadakan jamuan makan.

Responden sebanyak 90% menyatakan pentadbir sentiasa menegur tentang kerja

mereka, sentiasa ada bila diperlukan dan memberikan arahan tambahan melalui

`contact-time’. Ini menunjukkan para pentadbir ini menjalankan tugas mereka dengan

teliti dan penuh konsisten. Ini juga memberi gambaran kepada responden bahawa

pentadbir mereka mengetahui tugasnya dengan baik. Kenyataan ini disokong dengan

kajian yang dibuat oleh Jaafar (1995) di mana keputusan kajian beliau menunjukkan

bahawa aspek penyelia menjadi punca utama kepuasan kerja yang dapat

mengurangkan ketegangan guru. 

Perbincangan

Tahap Ketegangan Guru

Dapatan kajian terhadap 10 orang responden mengenai tahap ketegangan guru

menunjuk bahawa sebahagian kecil responden berada di tahap ketegangan tinggi (tiga

Page 14: ..bahan 2

orang) dan sebahagian besar responden berada di tahap ketegangan sederhana (lima

orang) manakala dua orang sahaja berada di tahap ketegangan rendah. Di dalam kajian

Tan (1996) yang mendapati bahawa sebahagian besar daripada guru sekolah rendah

dan menengah yang dikajinya mengalami tekanan kerja sederhana dan sebilangan kecil

sahaja yang mengalami tahap tekanan kerja yang serius. Kajian di luar negara oleh

Abouserie (1996) dan Capel (1991) menyokong dapatan kajian ini di mana majoriti

daripada responden yang dikaji mengalami tekanan yang sederhana dan sebilangan

kecil mengalami tekanan kerja yang tinggi.

Faktor-Faktor Lain yang Menghasilkan Ketegangan Guru

Faktor Salah Laku Pelajar

Faktor ini merupakan faktor utama yang menyebabkan guru menghadapi tekanan di

sekolah. Sikap biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru ketika guru sedang

mengajar seperti membuat bising, berbual-bual, tidak membuat latihan yang diberikan

selain keluar kelas tanpa kebenaran guru yang sedang mengajar. Bagi pelajar-pelajar

yang suka ponteng kelas bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru itu juga telah

menyebabkan tekanan emosi kepada guru tersebut. Ini adalah kerana tindakan pelajar

yang sebeginilah telah menyebabkan prestasi sesuatu mata pelajaran itu merosot dan

ini juga memberi suatu tekanan kepada guru-guru di sekolah.

Faktor Beban Tugas

Kebanyakan guru berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain yang

banyak selain daripada mengajar. Selain itu, pengagihan tugas yang tidak saksama dan

seimbang dalam kalangan guru juga telah menimbulkan rasa kurang puas hati dalam

Page 15: ..bahan 2

kalangan guru. Guru yang memegang jawatan penting seharusnya tidak diberikan jadual

waktu yang padat, sama seperti guru-guru lain. Sebagai cadangan guru disiplin tidak

seharusnya diberikan waktu mengajar yang padat kerana guru ini berperanan

membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin murid sepanjang masa

persekolahan. Jika perkara ini dibiarkan tentunya guru ini akan berasa tertekan

disebabkan beban tugas mengajar dan tugas mengawal disiplin murid di sekolah.

Faktor Kekangan Masa dan Sumber

Faktor kekangan masa dan sumber seperti mengadakan ujian bulanan yang terlalu

kerap telah menyebabkan guru-guru tidak berkesempatan untuk menghabiskan sukatan

pelajaran kerana masa yang terlalu singkat. Guru itu juga harus memeriksa kertas

jawapan pelajar dan membuat analisis keputusan ujian tersebut. Namun begitu, apabila

terlalu rapat masa ujian tersebut, maka guru itu akan berasa tertekan kerana tugas

menyemak kertas baru sahaja selesai dilakukan.

Faktor Kekurangan Sumber

Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer,

komputer dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang

memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran yang

diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya kekurangan

sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat

dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.

Faktor Hubungan Interpersonel

Faktor hubungan interpersonel ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan pihak

pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua bidang mata

pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong

Page 16: ..bahan 2

Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua sekolah. Hubungan yang kurang baik di

antara guru biasa juga berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama

dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat menghormati dalam kalangan guru ketika

menjalankan tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan

urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan dalam

kalangan guru-guru.

Pendedahan Menangani dan Mengawal Tekanan

Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi

pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya

sendiri. Selye (1978) menyatakan bahawa tekanan hidup adalah tidak harus dielak

kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat menyiapkan manusia

untuk menghadapi kecemasan atau bahaya dengan cara berada dalam tahap berjaga-

jaga. 

Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti

dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson (1986) dan

Janis (1982) menyarankan kaedah inokulasi tekanan. Kaedah ini bertujuan

meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh seseorang. Teori

ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi

tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh

perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka

yang tidak bersedia untuk menghadapinya. Dengan itu, para guru perlu diberi

pendedahan mengenai risiko-risiko yang bakal dihadapinya dalam profesion perguruan. 

Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini adalah

baik untuk mengurangkan tekanan harian.

Page 17: ..bahan 2

Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara

Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga 

beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan

ibadat umum.  Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya

bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan

inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek

tersebut. 

Cadangan

Kajian ini boleh dilaksanakan dengan lebih lanjut dengan membuat kajian tentang

perbandingan umur guru, jantina, lokasi sekolah dan kelayakan guru terhadap

ketegangan guru. Kajian ini juga perlu dilihat daripada aspek min dan sisihan piawai.

Selanjutnya pengkaji perlu membuat Ujian T yang menunjukkan skor min terhadap

tekanan kerja dengan gred sekolah.  Didapati juga sampel yang dipilih bagi kajian ini

adalah terlalu sedikit maka perlu ditambahkan bilangan sampel kajian.  Akhirnya, perlu

juga membuat kajian berdasarkan kaedah soal selidik yang menggunakan lima mata 

Skala Likert.  Dengan itu, kejituan kajian ini memberi makna yang lebih mendalam

tentang ketegangan guru.

Rumusan

Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha

pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang

mampu menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan

Page 18: ..bahan 2

pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan  pada operasi pendidikan itu perlu

dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian

sekurangkurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara

berperingkat.

Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah tekanan

dalam kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan

guru yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan

negara. Tekanan yang tidak terkawal antara lainnya akan memberi kesan kepada

kepuasan kerja, strategi berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri guru. 

Memandangkan tugas guru adalah mencabar, ‘anggapan’ bahawa menjadi seorang

guru adalah mudah perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak. Begitu juga dengan

anggapan bahawa tugas mendidik adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu

memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Demikian adalah fakta atau alasan yang tidak

relevan untuk digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat diabaikan.  Di antara

cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan tekanan dalam kalangan

guru adalah seperti  mengkaji semula beban tugas guru.

Keinginan juga turut berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Kepuasan kerja

merupakan perasaan dalaman seseorang pekerja terhadap pekerjaan yang

dilakukannya hasil interaksi dengan persekitaran. Perasaan puas ini akan mendorong

seseorang itu rela datang ke tempat kerja dengan rasa tanggungjawab.  Justeru, dapat

mengurangkan ketegangan dalam kalangan guru.

Page 19: ..bahan 2

Masalah ketegangan dalam kalangan guru dapat dikurangkan jika pihak pentadbir dapat

meningkatkan motivasi pekerja. Hal ini dapat dilaksanakan dengan memastikan sistem

dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami. Sebagai contoh, semua pekerja

termasuk pekerja baru perlu diberitahu sejelas-jelasnya mengenai tugas-tugas yang

harus dibuat dan prosedur untuk melakukannya. Seterusnya, sistem insentif perlu

dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja. Selanjutnya, perlu memastikan keberkesanan

saluran komunikasi (perhubungan). Setiap pentadbir dan penyelia perlu dilatih

menggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan pekerja bawahan agar dapat

membantu mewujudkan suasana harmoni di dalam pekerjaan.

Ketegangan guru juga boleh dikurangkan apabila membuat perancangan program

latihan dan pembangunan guru yang tepat, mencukupi dan secara menyeluruh. Pada

masa yang sama perlu mengenal pasti objektif-objektif  latihan dan pembangunan yang

perlu dicapai. Dengan itu, guru-guru yang mahir dalam menjalankan tugasnya akan

menjadi lebih bermotivasi. Tambahan pula, perlu mengadakan gaya dan cara

kepimpinan di dalam organisasi sekolah yang dapat membantu meningkatkan motivasi

pekerja. 

Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui dan

dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua

pihak yang terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan bermakna perlu

mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak. Tetapi perlu dengan usaha

serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan setiap pihak yang terlibat. 

Penyelesaian yang ditekankan perlu merangkumi penglibatan semua pihak termasuk

kementerian, sekolah dan individu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi

mempertingkat dan memartabatkan status pendidikan Malaysia.

Page 20: ..bahan 2