BAHAN BACAAN RINGKAS

9
Rizal seorang peniaga. Rizal berniaga di pasar malam. Dia menjual pakaian harian. Rizal menjual baju kurung, baju melayu, dan seluar panjang. Rizal juga ada menjual tali pinggang dan sapu tangan. Rizal bawa pakaian dengan lori panjang. Rizal pandu lori di jalan raya. Di tepi jalan raya ada tong sampah. Waktu tengah hari,

description

BOLEH DITAMPAL DIDALAM KELAS UNTUK BACAAN MURID TAHAP SATU

Transcript of BAHAN BACAAN RINGKAS

Page 1: BAHAN BACAAN RINGKAS

Rizal seorang peniaga. Rizal berniaga di pasar malam. Dia menjual pakaian harian. Rizal menjual baju kurung, baju melayu, dan seluar panjang. Rizal juga ada menjual tali pinggang dan sapu tangan. Rizal bawa pakaian dengan lori panjang. Rizal pandu lori di jalan raya. Di tepi jalan raya ada tong sampah. Waktu tengah hari, Rizal pakai cermin mata. Rizal senyum Nampak lesung pipit.

Page 2: BAHAN BACAAN RINGKAS

Ini pondok bas. Pondok bas ini warna biru. Pondok bas ini di tepi jalan raya. Pondok bas ini ada atap dan tempat duduk. Di sini juga ada tong sampah dan telefon awam. Orang ramai menunggu bas. Ada yang duduk dan ada yang berdiri. Ada juga yang sedang membaca buku dan surat khabar. Apabila bas sampai, mereka beratur menaiki bas.

Page 3: BAHAN BACAAN RINGKAS

Pak Bidin dan Mak Bedah tinggal di tepi sungai. Pak Bidin seorang nelayan. Dia selalu dapat banyak ikan. Ada ikan sepat, tilapia, dan ikan baung. Ikan bernafas dengan ingsang. Pak Bidin tangkap ikan dengan bubu. Dia ke pekan naik sampan. Pak Bidin jual ikan di pasar. Selepas itu, Pak Bidin membeli barang di kedai Lim.

Page 4: BAHAN BACAAN RINGKAS

Seekor singa sedang tidur. Tiba-tiba seekor tikus lalu di hadapannya. Singa terjaga. Singa menangkap tikus itu. Tikus itu merayu supaya dilepaskan. Singa berasa kasihan dan melepaskan tikus. Tikus ucapkan terima kasih. Pada suatu hari, singa terjerat dalam jaring. Tikus nampak dan datang menggigit jaring itu. Singa dapat keluar. Tikus telah membalas budi singa.

Page 5: BAHAN BACAAN RINGKAS

Pada hari Ahad yang lalu, kami pergi berkelah. Kami berkelah di air terjun. Kami membawa makanan dari rumah. Tiba di sana, kami terus mandi di tempat yang cetek. Di sana ada batu-batu besar. Airnya juga jernih dan sejuk. Di tepi air terjun ada pokok-pokok. Kami berjumpa dengan keluarga Pak Cik Mohan. Keluarga Pak Cik Mohan juga berkelah di sana. Kami berasa sungguh gembira.

Page 6: BAHAN BACAAN RINGKAS

Cuaca hari ini panas terik. Seekor gagak sedang mencari air. Tiba-tiba ia ternampak sebuah takar yang berisi sedikit air. Gagak tidak dapat minum. Gagak cuba mencari akal. Ia memasukkan batu-batu kecil ke dalam takar. Perlahan-lahan air di dalam takar mula naik. Gagak terus berusaha. Akhirnya gagak dapat minum air itu.

Page 7: BAHAN BACAAN RINGKAS

Hari raya puasa tiba lagi. Rini berasa sungguh gembira. Rini memakai baju kurung baru berwarna merah muda. Ibu dan ayah Rini juga berbaju baru. Rini bersalam dengan ibu dan ayah. Selepas itu mereka makan bersama-sama. Mereka makan ketupat, lemang, dan rending.

Raju, Ai Ling dan Susan juga datang ke rumah Rini. Mereka merayakan hari raya bersama-sama.

Page 8: BAHAN BACAAN RINGKAS