BAHAN BM STPM: PEMERDAGANGAN...

download BAHAN BM STPM: PEMERDAGANGAN MANUSIAbm-stpm.blogspot.com/2011/05/perdagangan-manusia.html2011-05-052011-05-05 · Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia tentang

If you can't read please download the document

Transcript of BAHAN BM STPM: PEMERDAGANGAN...

BAHAN BM STPM: PEMERDAGANGAN MANUSIA

skip to main | skip to sidebar

BAHAN BM STPM

Laman perkongsian bahan P&P Bahasa Melayu STPM

SELAMAT DATANG. ANDA PENGUNJUNG KE-

HTML Counter

STATISTIK PENGUNJUNG

[ Testi Ucapan4u ] [ Malaysia Tv Series ]

IMPORTANT: DISCLAIMER

Certain images and texts in this blog were used without prior consent of the copyright owners. I made no connection or signed any agreement with the copyright owners. Plus, I'm creating this blog as a hobby. I have no intention of violating anyone's copyrighted materials. Anyone who owns the materials used by me, may ask for the removal of their original materials from my blog; and I will gladly do it. Thanks

LAMAN UTAMA

halaman pertama

MAKLUMAT YANG DICARI

KEBERKESANAN LAMAN WEB INI ?

KEKERAPAN ANDA KE LAMAN BLOG INI ?

"PERJUANGAN" SEMAKIN HAMPIR

Myspace Countdown Clock

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM

STPM

Ujian Bertulis

(21 November 2011 - 15 Disember 2011)

PMR

Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,

10 - 11 Oktober 2011 /5 hari)

SPM

Ujian Bertulis

(14 November - 14 Disember 2011 /16 hari)

PROFIL CIKGU MIN

Asal : Kuching, Sarawak.

Umur: 33 tahun

Pendidikan : Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim

Kelulusan Ikhtisas: Ijazah Pertama Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu

Jawatan :Guru Akademik Tingkatan 6

Pengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu: 11 tahun.

e-mail : [email protected]

"Sesungguhnya perkongsian ilmu merupakan amalan mulia dan dituntut oleh agama . Laman blog ini dibangunkan atas dasar membantu pelajar-pelajar STPM agar capaian ilmu menjadi lebih mudah dan pantas."

TAJUK POPULAR

PUNCA-PUNCA KEMALANGAN MAUT DI JALAN RAYA

Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia tentang isu kemalangan maut yang semakin banyak berlaku di negara kita ibar...

KARANGAN: PUNCA-PUNCA PEMANSAN GLOBAL

Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari segenap empat penjuru dunia tentang fenomena pemanasa...

PEMERDAGANGAN MANUSIA

NOTA : ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA Oleh MOHD. NA'EIM AJIS Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Antarabangsa, UUM Utusan Mala...

GEJALA PEMBUANGAN BAYI

Karangan berikut dihasilkan oleh pelajar saya,ketika menduduki Peperiksaan Percubaan ke-2. Dalam dunia yang dilingk...

KEHILANGAN KANAK-KANAK

Anekdot: Karangan ini ditulis oleh pelajar saya, asli dan tidak diedit oleh guru. Beliau amat berminat dalam bidang penulisan dan karangan i...

Terdapat ralat dalam alat ini

Follow by Email

KATEGORI

ISU -ISU UTK KARANGAN

BERBAHASA DENGAN BETUL

BERITA TINGKATAN 6

KOSA KATA UNTUK KARANGAN

PENANDA WACANA

KARANGAN PELAJAR CEMERLANG

AYAT

ISU BAHASA

KAJIAN TINGKATAN 6

KERATAN AKHBAR

MUTIARA KATA

PENULISAN KARANGAN

RUMUSAN

DUNIA PUISI

RAHSIA KARANGAN BM 910/2

UNSUR LEWAH

koleksi soalan

ALIH BENTUK TEKS

BAHAGIAN D

BETULKAN BAHASA

KATA/FRASA MENARIK UNTUK KARANGAN

PESAN

SISTEM EJAAN

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

BM BAHARU

CORETAN

KATA / AYAT MAJMUK

KATA KERJA TRANSITIF

LATIHAN

MOTIVASI

MUTIARA KATA

REHATKAN DIRIMU

SANTAI

SOALAN KARANGAN 2001-2009

SOALAN PERCUBAAN 2009-NEGERI

intro

ARKIB

2012

(10)

Julai

(3)

Jun

(1)

April

(2)

Mac

(4)

2011

(43)

November

(4)

Oktober

(2)

Jun

(6)

Mei

(16)OLEH HAL DEMIKIAN @ OLEH HAL YANG DEMIKIAN?HARGA MINYAK DAN DAYA SAINGKPM SENTIASA MEMPERTINGKAT PROGRAM PRA-UNIVERSITIMANFAATKAN CUTI ANDAKEHILANGAN KANAK-KANAKKARANGAN PELAJAR BITARA : ISU PEMBUANGAN BAYIPANDUAN MENULIS KARANGAN ( siri 1)UNODC Tampil Manual Anti Pemerdagangan Manusia Bar...PEMERDAGANGAN MANUSIAAYAT (SIRI 3)BANDAR HILANG -FAKTA MENARIK BERKENAAN KESAN PEMAN...AYAT AKTIF DAN AYAT PASIFAYAT (siri 2)AYAT (siri1)Pengurusan tak efisien punca kemusnahan alam sekit...mengitari

April

(1)

Februari

(14)

2010

(53)

Oktober

(3)

Julai

(4)

Jun

(5)

April

(14)

Mac

(4)

Februari

(23)

2009

(32)

Disember

(1)

November

(31)

PENGUNJUNG TEGAR

APA KATA ANDA ?

View shoutbox

ShoutMix chat widget

UTUSAN MALAYSIA

Get the Utusan Malaysia Online widget and many other great free widgets at Widgetbox! Not seeing a widget? (More info)

LINTAS LANGSUNG DARI WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Get the Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia widget and many other great free widgets at Widgetbox! Not seeing a widget? (More info)

Terdapat ralat dalam alat ini

Feedjit

Feedjit Live Blog Stats

JABATAN/AGENSI/PERSATUAN

DBPIPG Kampus Bahasa Melayu, KLJABATAN PERKHIDMATAN AWAMJABATAN PERKHIDMATAN AWAMKEMENTERIAN SUMBER ASLI&ALAM SEKITARKESATUAN GURU (NUTP)KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAKLEMBAGA PEPERIKSAANMAJLIS PEPERIKSAAN M'SIAPERSATUAN PENGGUNAPORTAL RASMI HARI GURU

INFO PENDIDIKAN

STANDARD GURU MALAYSIA

MEDIA

KOSMO

ANJUNG TOKOH

DR.MAHATHIRFAISAL TEHRANIKASSIM AHMADAWANG SARIYAN

BLOG PENDIDIKAN PILIHAN

CIKGU NURSIDAHCIKGU SUE (PA)CIKGU TAUFIQCIKGU ZULKOLEKSI KERTAS SOALANKOLEKSI SOALAN NEGERI-NEGERIMAJLIS PERHUBUNGAN PENGETUA PRA-UMISS. DiaryPANDUAN PENGAJARANPERKHIDMATAN PELAJARAN-TINGKATAN 6SOALAN & LATIHAN VARIASI SUBJEK

~ CARI ~

PEMERDAGANGAN MANUSIA

Khamis, 19 Mei 2011

Label:ISU -ISU UTK KARANGAN

NOTA : ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA

Oleh MOHD. NA'EIM AJIS

Pensyarah Kolej Undang-Undang,

Kerajaan dan Antarabangsa, UUM

Utusan Malaysia

01.10.2009

AKTIVITI perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Sementara itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun.

Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam banyak negara. AS telah menggubal undang-undang perdagangan manusia iaitu Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000. Akta itu telah memperluaskan konsep perdagangan manusia dan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat. Malaysia juga telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP) bagi menangani isu tersebut. Kewujudan akta ini telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM500,000. Sejajar dengan pengenalan akta tersebut, kerajaan turut menubuhkan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAO) yang berfungsi untuk menyelaraskan dasar dan melaksanakan ATIP.

Walaupun Laporan Antipemerdagangan Orang 2007 (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan Malaysia sebagai antara 16 negara berprestasi buruk dalam menangani isu ini, kewujudan ATIP dan MAO akan membuktikan komitmen negara dalam usaha membanteras fenomena ini. Persidangan Serantau Mengenai Penyeludupan, Perdagangan Manusia dan Jenayah Antara Negara di Bali pada Februari 2002 telah menunjukkan komitmen bersepadu antara negara-negara Asia Pasifik. Persidangan itu sepakat untuk membentuk kerjasama terutama dalam aspek perkongsian maklumat, kepakaran dan undang-undang yang seragam bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dibendung di peringkat akar umbi. Mereka juga menganggap penyeludupan dan perdagangan manusia bukan sahaja melanggar hak sesebuah negara malah ia menimbulkan pelbagai masalah selain menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.

Namun begitu, dalam memperkatakan mengenai isu ini, ramai yang masih keliru di antara konsep penyeludupan dan perdagangan orang. Menurut UN Convention Transnational Organised Crime (2000), penyeludupan ialah apabila seseorang memasuki sesebuah negara secara haram dengan melakukan pembayaran dalam bentuk wang atau faedah lain kepada pihak-pihak tertentu. Sementara itu, Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 pula mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi.

Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. Daripada definisi di atas, terdapat beberapa perbezaan ketara antara perdagangan dan penyeludupan manusia. Hubungan antara penyeludup dan orang yang diseludup akan berakhir apabila seseorang itu dihantar ke destinasi yang dikehendaki oleh mangsa dan unsur pengeksploitasian tidak perlu dibuktikan sebagai sabitan kepada kesalahan tersebut. Apa yang pasti penyeludupan orang akan melibatkan rentas sempadan sesebuah negara secara haram. Kesanggupan mangsa untuk membayar sejumlah wang menunjukkan bahawa migrasi mereka adalah benar-benar terdesak dan mereka menjangka mendapat keuntungan berlipat kali ganda di negara destinasi.

Pada 1993, seramai 300 imigran dari China telah diseludup ke New York dengan menggunakan kapal Golden Venture. Setiap mereka membayar sebanyak AS$30,000 hingga AS$40,000 kepada ejen penyeludupan. Kebanyakan mereka telah berjaya mengaut keuntungan sehingga mampu membina rumah besar dan mewah di negara asal. Perdagangan orang pula tidak semestinya mereka yang terlibat perlu merentas sempadan sesebuah negara tetapi ia juga boleh berlaku secara domestik. Contohnya dalam isu kerja paksa. Ia tidak semestinya melibatkan pekerja asing sahaja tetapi boleh diambil kira nasib pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan. Status kemasukan mangsa perdagangan orang boleh berlaku sama ada secara sah atau tidak. Tetapi bagi aktiviti penyeludupan statusnya sudah tentu tidak sah. Apa yang penting dalam isu perdagangan orang ialah wujudnya unsur-unsur eksploitasi dan paksaan terhadap mangsa.

Oleh itu, jika dilihat dalam kes Siti Hajar Sadli, pembantu rumah Indonesia yang dikatakan telah didera oleh majikan bukan sahaja boleh menggunakan peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah (KAJ) tetapi juga peruntukan dalam Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP). Kesalahan perdagangan orang tidak melibatkan unsur-unsur sukarela antara mangsa dengan orang yang memperdagangkan. Ia juga tidak melibatkan sebarang bentuk ganjaran atau caj perkhidmatan seperti aktiviti penyeludupan. Untuk tujuan pendakwaan dan sabitan, mangsa perlu dibuktikan telah dipaksa dan dieksploitasi. Unsur-unsur paksaan dan pengeksploitasian boleh wujud sama ada sebelum, semasa atau selepas proses perdagangan orang itu berlaku. Dengan itu, adalah sukar pihak berkuasa untuk bertindak pada peringkat awal kerana ia perlu menentukan mangsa telah dieksploitasi atau sebaliknya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan aktiviti penyeludupan boleh menjadi proses awalan kepada aktiviti perdagangan manusia. Ini kerana selalunya kesalahan penyeludupan orang mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian aktiviti perdagangan manusia. Justeru itu, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu ini ialah komitmen jitu dan pelaksanaan strategik supaya ia tidak menjadi "tin kosong" dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan. Pelaksanaan perlu dilengkapi dan disokong dengan aspek perundangan yang tersusun, kakitangan yang komited dan kewangan yang mantap. Ini kerana tanpa elemen-elemen tersebut adalah sukar untuk kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam pelan induk mengenai antiperdagangan orang. Apa yang pasti mangsa-mangsa perlu diberikan perlindungan sebaik mungkin tanpa mengira agama, gender, bangsa dan negara asal.

Di samping itu, setiap negara juga perlu menandatangani memorandum perjanjian di bawah PBB supaya kos pemulihan dan penguatkuasaan boleh ditanggung bersama jika salah seorang - mangsa atau penjenayah - melibatkan rakyat mereka. Perjanjian itu akan membuatkan semua negara lebih serius untuk menangani isu ini. Oleh itu, aktiviti ini boleh disekat sejak dari negara sumber lagi dan mengurangkan beban kepada negara destinasi serta menggalakkan migrasi secara sah.

Sumber : http://www.scribd.com/doc/35535473/DILEMA-PERDAGANGAN-MANUSIA

Dicatat olehPENGULAS BEBAS & BERKECUALI

di5:41 PTG

30ulasan:

Farisya Linaberkata...

karangan ni bagus... terima kasih krn membantu

19/7/11 7:57 PG

Tanpa Namaberkata...

sangat membantu

7/9/11 6:48 PG

Tanpa Namaberkata...

ulasan ini memberi banyak maklumat kepada saya untuk di guna pakai dalam karangan bahasa melayu

22/11/11 6:03 PG

Tiyazzberkata...

amat berinformatif..terima kasih

6/1/12 7:00 PTG

Tanpa Namaberkata...

smk sandakan 2..

tankiu ..:)

26/3/12 5:42 PTG

Tanpa Namaberkata...

smk dso

27/5/12 7:18 PG

Tanpa Namaberkata...

cntik karangan nie.. thanx =D

7/6/12 6:48 PG

Tanpa Namaberkata...

tajok y berfokus ...pada isu tersebut...suka cgt

6/7/12 7:15 PTG

Tanpa Namaberkata...

pelbagai informasi sy dpt . rujukan yg baik . tq

8/7/12 7:08 PG

shaline sargunamberkata...

very informative

16/7/12 5:45 PG

Unknownberkata...

terbaik la.dpt membantu serta informasi yg berguna...

19/7/12 8:21 PG

Tanpa Namaberkata...

baik sungguh informasi bg mmbantu saya untuk buat tugasan ..

27/7/12 11:02 PTG

Tanpa Namaberkata...

STPM ? macam bentuk karangan Form 4 jehhh.bytheway thanks :)

20/9/12 8:55 PG

cikgu Minberkata...

Harap Maklum: Yang ini merupakan nota BUKAN KARANGAN

10/10/12 8:54 PTG

Tanpa Namaberkata...

karangan ini m'bantu saya utk m'dpt markah dlm pa stpm,bhgn esei....terima kasih

18/10/12 6:25 PG

Tanpa Namaberkata...

absolutely !!

2/11/12 8:16 PTG

shan 43berkata...

thanx for u essay.reali useful 4 me.yhanx a lot

16/11/12 9:31 PTG

Tanpa Namaberkata...

shit!!!

18/11/12 8:54 PTG

Hyqal Syafiqberkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

26/12/12 1:02 PG

Tanpa Namaberkata...

sangat bagus.. tapi kalau buat karangan macam ni dalam stpm??? emm... mcm nota jer.terima kasih

17/1/13 11:18 PTG

Tanpa Namaberkata...

Membantu..terima kasih..

3/2/13 12:06 PG

Tanpa Namaberkata...

syamil rahim busuk

15/7/13 10:58 PTG

nadhirah kamaruddinberkata...

sangat membantu...:) terima kasih

31/10/13 5:31 PG

nadhirah kamaruddinberkata...

sangat membantu...:) terima kasih

31/10/13 5:31 PG

Tanpa Namaberkata...

erm not bad tpi tk leh nk ingat sngt

20/11/13 6:04 PTG

Tanpa Namaberkata...

krangan ini sangat bagus untuk dijadiakn panduan para pelajar

SMK BINGKOR KENINGAU SABAH

21/1/14 5:18 PG

Tanpa Namaberkata...

sangat membantu saya,,,

sabinus soobili papar baru...

21/1/14 5:20 PG

Tanpa Namaberkata...

nyau kebukai ari kita to...............

16/7/14 1:57 PG

Tanpa Namaberkata...

nama ngawa aaaa...

16/7/14 1:59 PG

Tanpa Namaberkata...

wow....

25/7/14 1:52 PG

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

2008 BAHAN BM STPM | DezembroI by TNB

Terdapat ralat dalam alat ini