bahan esemen.docx

8
http://bmspm.net/fokusbmspm2010puisiselokapakkaduk.htm Oleh Cikgu Razak menerusi Cikgu Ghalib di Facebook.com 16 Oktober 2010, 9:28 mlm Latihan Seloka SPM 1 (Anak Laut) Seloka Pak Kaduk Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang; Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk. Maksud : Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk

description

bbbmmmm

Transcript of bahan esemen.docx

Page 1: bahan esemen.docx

http://bmspm.net/fokusbmspm2010puisiselokapakkaduk.htm

Oleh Cikgu Razak menerusi Cikgu Ghalib di Facebook.com 16 Oktober 2010, 9:28 mlm

 

  

Latihan Seloka SPM 1

(Anak Laut)

 

Seloka Pak Kaduk

 

Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.

 

Maksud :

Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun

ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang

dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia

menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan

arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada

makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk

melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah

orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.

 

Baca seloka di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan

menggunakan perkataan anda sendiri.

 

Page 2: bahan esemen.docx

(i)            Nyatakan sikap Pak Kaduk dalam seloka di atas.

        [ 2 markah ]

seorang yang bodoh / dungu

suka mendengar kata orang

berangan-angan terhadap sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya

seorang yang suka berjudi / bersabung ayam

 

 

(ii)           Jelaskan perlakuan-perlakuan negatif yang dilakukan oleh Pak Kaduk.

        [3 markah]

 

suka berjudi / mempertaruhkan kampung halamannya menyebabkan kampungnya

tergadai

membunuh isterinya

suka bertandang ke rumah orang

berlayar semasa angin tidak bertiup dan melabuhkan sauh ketika bayu berpuput

membuang nasi sedangkan Pak Kaduk kebuluran

 

 

(iii)          Pada pendapat anda, apakah persoalan yang diperkatakan dalam seloka di atas?

        [ 4 markah]

persoalan menggunakan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu tindakan

persoalan jangan bertindak zalim sesama manusia

persoalan jangan terlalu tamak / gelojoh

persoalan jangan bertindak terburu-buru

persoalan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan lumrah akan mendatan

persoalan jangan terlalu mudah mempercayai orang lain

 

 

 

Latihan Seloka SPM 2

(Anak Laut)

 

Seloka Pak Kaduk

Page 3: bahan esemen.docx

 

Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.

 

Maksud :

Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun

ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang

dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia

menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan

arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada

makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk

melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah

orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.

 

Baca seloka di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan

menggunakan perkataan anda sendiri.

 

 

(i) Nyatakan maksud rangkai kata bayu berpuput?

        [2 markah]

 

Maksud rangkai kata bayu berpuput ialah angin bertiup

 

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah dikatakan Pak Kaduk tidak dapat belayar apabila

kematian angin?

Page 4: bahan esemen.docx

        [3 markah]

 

dia seorang yang pemalas lalu tidak mahu atau tidak pandai mendayung sampan dan

hanya berharap kepada angin sahaja

dia tidak larat mendayung sampannya kerana kekurangan tenaga akibat kelaparan yang

dialaminya

balasan Tuhan atas perbuatannya yang menzalimi diri, isteri dan orang lain

 

(ii)           Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka ini.

       [ 4 markah ]

 

kita hendaklah mengamalkan ajaran agama iaitu mematuhi larangan berjudi. Pak Kaduk

yang suka berjudi telah kehilangan segala-galanya termasuk kampung halaman, rumah

dan isteri

kita hendaklah rasional dalam sebarang tindakan yang diambil. Tindakan Pak Kaduk

yang marah akan isteri lalu membunuhnya amatlah tidak dapat diterima akal

kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. Tindakan Pak Kaduk yang

membuang nasi merupakan suatu pembaziran dan kufur akan nikmat Tuhan.

Kita hendaklah mempelajari ilmu dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Pak Kaduk

yang jahil dalam bidang pelayaran telah menyusahkan diri sendiri

 

 

Latihan Seloka SPM 3

(Anak Laut)

 

Seloka Pak Kaduk

 

Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Page 5: bahan esemen.docx

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.

 

Maksud :

Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun

ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang

dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia

menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan

arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada

makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk

melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah

orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.

 

 

Baca seloka di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan

menggunakan perkataan anda sendiri.

 

(i)        Pada pendapat anda, mengapakah perancangan amat penting sebelum kita mengambil

sesuatu tindakan?

        [3 markah]

 

kita tidak akan mengalami kesusahan / kesulitan

bersedia dengan segala keperluan

pekerjaan kita berjalan lancar / teratur / sistematik

 

(i)            Pada pendapat anda, apakah nasihat-nasihat yang dapat anda berikan supaya Pak

Kaduk boleh berubah laku?

        [ 3 markah ]

 

berfikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan

berhenti daripada berjudi

mensyukuri rezeki yang diberi oleh Tuhan

Page 6: bahan esemen.docx

mempelajari ilmu pelayaran / ilmu alam / geografi

menghargai isteri

duduk di rumah dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah

banyak beramal kepada Tuhan

mendalami ilmu dunia dan akhirat

 

 

(iii) Jelaskan unsur sindiran yang ingin disampaikan dalam seloka di atas.

        [4 markah]

 

menyindir orang yang suka bertaruh dan berjudi. Pertaruhan melibatkan benda atau

wang

terhadap ayam laga akan mengakibatkan diri, keluarga dan masyarakat mendapat susah

menyindir orang yang suka menolak rezeki yang ada. Perbuatan mengharapkan sesuatu hasil

yang belum tentu dapat diperoleh akhirnya merugikan diri sendiri         

 

Terima kasih atas sumbangan bahan ini.

SELOKA SI LUNCAI

Sikap si luncai,biarkan,biarkan....

ada rumah tidak dijaga

ada anak tidak dilatih

ada ternakan tidak dibela

ada kebun tidak ditanam

ada cerdik tidak selidik

ada belajar kepalang ajar

ada mengaji tiada mengkaji

ada mata tiada kuasa

ada kuat tiada buat

biarkan,biarkan.....

si luncai pun terjun