Bahan inovasi 2011

7
1. Tajuk: Modul SAM-Q untuk P&P Sains Tingkatan 3 2. Kumpulan sasaran: Semua pelajar tingkatan 3 SMK Dato Haji Hassan Yunos 3. Latar belakang Menyedari hakikat bahawa setiap individu mempunyai potensi sendiri yang boleh digembeling ke arah pencapaian akademik, sesuatu kaedah perlu difikirkan untuk menjayakannya. Justeru itu, modul SAM-Q diperkenalkan untuk membantu para pelajar menguasai konsep sains dengan mantap dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Modul ini yang menekankan pengajaran penguasaan untuk mematikan setiap individu menguasai tiap-tiap konsep yang dipelajari seperti mana yang terkandung dalam objektif yang tersurat dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Para pelajar didedahkan terus dengan perkembangan isi pelajaran yang seiring dengan objektif pembelajaran dengan mengikuti bahagian Summary,Activity, Maine map dan Question (SAM-Q). Berikut ialah perincian komponen-komponen dalam model tersebut. 1. Objektif Pengajaran dan pembelajaran Objektif pembelajaran dinyatakan dalam bentuk tingkah laku secara khusus tentang apa-apa yang harus dikuasai oleh pelajar selepas selesai 1

description

inovasi

Transcript of Bahan inovasi 2011

Page 1: Bahan inovasi 2011

1. Tajuk: Modul SAM-Q untuk P&P Sains Tingkatan 3

2. Kumpulan sasaran: Semua pelajar tingkatan 3 SMK Dato Haji Hassan Yunos

3. Latar belakang

Menyedari hakikat bahawa setiap individu mempunyai potensi sendiri

yang boleh digembeling ke arah pencapaian akademik, sesuatu kaedah perlu

difikirkan untuk menjayakannya. Justeru itu, modul SAM-Q diperkenalkan untuk

membantu para pelajar menguasai konsep sains dengan mantap dan seterusnya

mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Modul ini yang menekankan

pengajaran penguasaan untuk mematikan setiap individu menguasai tiap-tiap

konsep yang dipelajari seperti mana yang terkandung dalam objektif yang

tersurat dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Para pelajar didedahkan terus

dengan perkembangan isi pelajaran yang seiring dengan objektif pembelajaran

dengan mengikuti bahagian Summary,Activity, Maine map dan Question (SAM-

Q).

Berikut ialah perincian komponen-komponen dalam model tersebut.

1. Objektif Pengajaran dan pembelajaran

Objektif pembelajaran dinyatakan dalam bentuk tingkah laku secara khusus

tentang apa-apa yang harus dikuasai oleh pelajar selepas selesai

mempelajari modul berkenaan. Pemilihan objektif P&P adalah berpandukan

Huraian Sukatan Pelajaran Sains (HSP) Tingkatan 3. Antara komponen yang

perlu dipertimbangkan ialah cakupan bagi pengetahuan dan kemahiran dan

objektif ditulis berdasarkan Model Mager (1962). Menurut Mager (1992:53),

objektif pembelajaran mempunyai cirri-ciri berikut:

“a) Identify and name the over-all behavior act.b) Define the important conditions under which the behavior is to

occur (givens or restrictions, or both. c) Define the criterion of acceptable performance.”

1

Page 2: Bahan inovasi 2011

2. Summary

Ringkasan isi pelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk mencapai

objektif. Ringkasan pelajaran diolah dalam bentuk diagramatik, neumonik,

jadual dan carta alir yang menjurus terus kepada objektif pembelajaran.

Sebagai panduan pelajar dan guru ,objektif pembelajaran dilabelkaan sebagai

LO1, LO2 dan seterusnya dituliskan pada permulaan ringkasan sesuatu

konsep.

3. Activity

Bahagian ini menyediakan aktiviti pengukuhan kepada isi pembelajaran yang

telah dikuasai. Aktiviti dirancang supaya selari dengan objektif dan nota

pembelajaran. Kepelbagaian bentuk aktiviti membantu pelajar menguasai

konsep dan kemahiran yang dipelajari.

4 Mine Map

Bahagian ini adalah bahagian isi pelajaran yang dirumuskan dalam bentuk

peta minda supaya pelajar dapat menguasi konsep secara keseluruhan serta

memantapkan penguasaan konsep mereka.

secara keseluruhan.

5 Question

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan berformatkan Peperiksaan PMR.

Mengandungi soalan objektif dan soalan struktur .

1. Akur dengan format peperiksaan.

2. Teliti kehendak jawapan berdasarkan skema jawapan LPM.

2

Page 3: Bahan inovasi 2011

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Modul

Tidak

Ya

PETUNJUK: G : GURU

3

SUMMARY

SOALAN-SOALAN BERFORMAT PMR

ACTIVITY

P

MAINE MAP

OBJEKTIF P&P

P MODUL SETERUSNYA

MPKn+1

PG

P

Page 4: Bahan inovasi 2011

P : PELAJAR Sebelum program ini dilaksanakan, para pelajar GARUS hanya memperolehi

markah sekitar 15 hingga 20 peratus dan peratus ini banyak disumbangkan

daripada Kertas 1. Manakala markah dari kertas 2 hanya menyumbang 1 hingga

5 peratus sahaja. Fenomen ini menyebabkan mereka sememangnya tidak

pernah lulus dalam semua Pentaksiran Kurikulum dan peperiksaan. Antara

masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar GARUS ialah

Sukar untuk memahami fakta sains

Menjawab soalah objektif dengan hanya menembak sahaja

Tidak cuba menjawab soalan Kertas 2 (struktur & essei) kerana tiada

pengetahuan dan idea.

Tidak dapat menggunakan fakta dalam soalan untuk dijadikan jawapan

terutama soalan-soalan yang melibatkan Kemahiran Proses Sains dan

KBKK.

Putus asa dengan soalan struktur

Duduk dalam bilik peperiksaan sekadar memenuhkan masa sahaja.

Fakta sains yang difahami tidak kekal lama dalam ingatan.

Manakala peratus kelulusan mata pelajaran sains dalam Peperiksaan PMR

sekitar 60 hingga 70 peratus. Setelah Modul SAM-Q diperkenalkan semenjak

tiga tahun ke belakangan ini, peratus kelulusan mata pelajaran sains telah

menunjukkan keputusan yang memberangsangkan iaitu sehingga melebihi 90

peratus.

5. Objektif

Dengan menggunakan Modul SAM-Q diharap pelajar dapat:

5.1 Menulis hipotesis dengan betul menggunakan formula MV-RV

5.2 Mengenalpasti nilai parameter pembolehubah yang dimanipulasi

dan pembolehubah bergerakbalas berdasarkan situasi

5.3 Menulis inference menggunakan formula MV mempengaruhi RV

4

Page 5: Bahan inovasi 2011

5.4 Menulis hubungan antara MV an RV menggunakan kata hubung

bertambah atau berkurang.

5.5 Menulis difinasi menggunakan formula + RV.

Menyatakan pemboleh ubah berdasarkan formula Objek +

Parameter.

5.6 Membina graf berdasarkan data daripada jadual.

5.7 Membaca alat pengukuran berdasarkan bacaan yang diberikan.

5.8Menuliskan pemerhatian berdasarkan apa yang mereka nampak

sahaja.

5.9Membuat ramalan berdasarkan pola data yang diberi.

5.10 Menguasai konsep-konsep sains dengan mantap dan berkekalan

dalam ingatan.

5.11 Meningkatkan peratusan kelulusan dalam Peperiksaan PMR

6. Tarikh mula dilaksanakan:

2009 hingga kini

7. Inovasi yang dilaksanakan

Walaupun terdapat banyak model-model dalam pembinaan modul

antaranya ialah Model Meyer (1988), Model Cece-Djadja-Tabrani (1992) dan

Model Shaharom (1994). Namun modul SAM-Q mempunyai kekuatan tersendiri

kerana model ini menekankan kepada pembelajaran penguasaan dan mantap

dalam ingatan pelajar. Bahagian Aktiviti dirancang supaya ianya selari dengan

objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Bahagian Peta Konsep menguatkan

penguasaan konsep supaya kekal dalam ingatan. Manakala soalan-soalan yang

berformat peperiksaan dan selari dengan skema peperiksaan.

5

Page 6: Bahan inovasi 2011

6