Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
description
Transcript of Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
B. Mereka bentuk bahan P & P Sains
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 5
Tema : Menyiasat Fizikal
Tajuk : Cahaya
Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya
yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan.
Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi
makanan kepada haiwan lain pula.
Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah
kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah
16
Rajah 1: KBSR Tahun 5
bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang
bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan.
Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.Kebanyakan objek seperti buku, gambar
dan landskap adalah objek yang tidak berkilau serta tidak dapat memancarkan
cahayanya sendiri untuk dilihat secara langsung. Ianya hanya dapat dilihat apabila ia
memantulkan cahaya daripada matahari atau sumber-sumber cahaya yang lain seperti
lampu.
Pantulan cahaya bergantung kepada jenis permukaan. Pantulan cahaya lebih
baik dan teratur pada permukaan yang rata. Pantulan cahaya berselerak pada
permukaan yang tidak rata. Dengan itu, cermin dan permukaan air yang jernih serta
tenang adalah pemantul cahaya yang baik. Ini membolehkan kita dapat melihat wajah
dan badan kita di dalam cermin.
Konsep Periskop.
Periskop ialah alat optik untuk melihat dari kedudukan yang tersembunyi.
Periskop sederhana dapat dibina dengan menggunakan tabung yang diletakkan cermin
selari yang saling berhadapan dengan sudut 45 darjah pada setiap sisinya.
17
Rajah 2: Pantulan cahaya di permukaan
Periskop sederhana selalunya digunakan sebagai alat untuk melihat ketika
terhalang oleh orang ramai. Periskop yang canggih biasanya terdapat pada kereta
kebal dan kapal selam.
Sejarah
Thomas Grubb (1800-1878) mengasaskan sebuah teleskop di Dublin. Bapa Sir
Howard Grubb telah mencipta dan membina jentera untuk mencetak. Di awal tahun
1830, dia membuat sebuah balai cerap yang lengkap untuk kegunaan sendiri satu
teleskop 9 inci. Putera bongsu Thomas Grubb Howard menyertai firma pada 1865,
ditandatangani sendiri syarikat memperoleh satu reputasi untuk teleskop-teleskop
Grubb kelas pertama. Semasa Perang Dunia Pertama, permintaan di kilang Grubb
membuat periscopes untuk usaha peperangan dan ia semasa tahun-tahun itu yang
Grubb menyempurnakan reka bentuk periskop.
Kegunaan
Periskop biasanya digunakan pada kapal selam untuk melihat ke permukaan
laut. Periskop dapat digunakan untuk melihat objek yang berada di atas batasan
pandangan kita.
Periskop ialah satu alat saintifik yang digunakan untuk memerhatikan imej dari
satu kedudukan yang kabur. Ia mengandungi satu tiub dengan cermin di kedua-dua
hujung yang selari antara satu sama lain pada 45 darjah. Ia digunakan untuk tujuan
pengawasan di alur semasa Perang Dunia I.
Selain itu, periskop digunakan untuk melihat perkara yang mana melebihi satu
garis penglihatan orang. Digunakan dengan meluas di kapal selam, di tentera, tetapi
juga dalam bidang lain, seperti pemburuan dan ubat. Orang boleh menggunakan
sebuah periskop melihat di atas atau di bawah lokasi sekarang mereka, membenarkan
mereka tinggal tersembunyi dan dilindungi di belakang satu dinding.
18
Periskop “Kapten Barbossa”
Periskop “Kapten Barbossa”
Cara Penggunaan
1. Paraskan kedudukan mata anda selari dengan tetingkap periskop.
2. Laraskan periskop mengikut mengikut ketinggian yang sesuai.
3. Cuba lihat imej yang terhasil.
4. Ceritakan imej yang anda lihat di dalam periskop tersebut.
5. Laraskan semula periskop di kedudukan asal semula.
19
Bahagian Atas Peroskop
Pemegang
Cermin
Penyediaan dan pemilihan Sumber
Bahan Tujuan
Kotak dan kadbod Bahan yang ringan dan kukuh digunakan
sebagai badan periskop. Bahan ini mudah
dibawa dan tahan lasak apabila periskop
ini dilaraskan berdasarkan ketinggian yang
diinginkan.
Cermin Dua buah cermin digunakan sebagai alat
pemantul cahaya dan di letakkan di sudut
45 darjah.
Kertas Warna Kertas Warna digunakan sebagai hiasan
dan dapat melindungi permukaan periskop
daripada kotor.
Gam Gam yang berkualiti tinggi digunakan
untuk menggabungkan bahagian badan
periskop supaya tahan lebih lama dan
kukuh.
20