Bahan Pengeditan Teks Morfologi Sem 2 2014_2015 (2)

9
1 BAHAN PENGEDITAN TEKS Tradisi makan bersama-sama keluarga di luar banyak manfaatnya. Amalan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan boleh terjalin jika sekiranya kita dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama keluarga. Di waktu inilah ahli keluarga boleh menggunakan masa untuk beramah mesra demi untuk mengeratkan hubungan. Mereka boleh bertanyakan tentang khabar serta situasi di tempat kerja atau di sekolah. Mereka juga boleh berbincang mengenai dengan masalah yang dihadapi mereka ketika makan. Situasi sebegini dapat mengekalkan institusi keluarga dari runtuh. Tabiat makan yang sihat dapat diwujudkan daripada amalan ini. Bagi mempastikan corak pemakanan yang sihat, ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak-anak mereka. Ibu bapa boleh memesan makanan yang seimbang sewaktu makan di luar. Selain daripada itu, cara memasak makanan juga boleh ditentukan jika makan di luar, seperti masakkan yang berkukus, berpanggang atau direbus. Amalan makan di luar dapat juga mengurangkan stres. Percaya atau tidak, sekali pun jika anda mempunyai pekerjaan yang berat, maka makan malam bersama-sama keluarga boleh mengurangkan stres. Aktiviti makan bersama-sama keluarga memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk meluahkan bebanan yang dialami mereka di tempat kerja. Walaupun memerlukan pengorbanan wang dan masa, kebaikkan makan bersama-sama keluarga di luar tidak ternilai harganya. Oleh itu, tiap keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama-salam ahli keluarga mereka. 202 patah perkataan (Disesuaikan daripada Portal Kesihatan Doktor Sihat: Manfaat Makan Bersama Keluarga, 2012). Tugasan 1. Petikan ini mengandungi kesalahan bahasa. Senaraikan kesalahan itu, nyatakan sebab kesalahan, dan buat pembetulannya.

Transcript of Bahan Pengeditan Teks Morfologi Sem 2 2014_2015 (2)

8

BAHAN PENGEDITAN TEKS Tradisi makan bersama-sama keluarga di luar banyak manfaatnya. Amalan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan boleh terjalin jika sekiranya kita dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama keluarga. Di waktu inilah ahli keluarga boleh menggunakan masa untuk beramah mesra demi untuk mengeratkan hubungan. Mereka boleh bertanyakan tentang khabar serta situasi di tempat kerja atau di sekolah. Mereka juga boleh berbincang mengenai dengan masalah yang dihadapi mereka ketika makan. Situasi sebegini dapat mengekalkan institusi keluarga dari runtuh.

Tabiat makan yang sihat dapat diwujudkan daripada amalan ini. Bagi mempastikan corak pemakanan yang sihat, ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak-anak mereka. Ibu bapa boleh memesan makanan yang seimbang sewaktu makan di luar. Selain daripada itu, cara memasak makanan juga boleh ditentukan jika makan di luar, seperti masakkan yang berkukus, berpanggang atau direbus.

Amalan makan di luar dapat juga mengurangkan stres. Percaya atau tidak, sekali pun jika anda mempunyai pekerjaan yang berat, maka makan malam bersama-sama keluarga boleh mengurangkan stres. Aktiviti makan bersama-sama keluarga memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk meluahkan bebanan yang dialami mereka di tempat kerja. Walaupun memerlukan pengorbanan wang dan masa, kebaikkan makan bersama-sama keluarga di luar tidak ternilai harganya. Oleh itu, tiap keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama-salam ahli keluarga mereka.202 patah perkataan(Disesuaikan daripada Portal Kesihatan Doktor Sihat: Manfaat Makan Bersama Keluarga, 2012).

Tugasan1. Petikan ini mengandungi kesalahan bahasa. Senaraikan kesalahan itu, nyatakan sebab kesalahan, dan buat pembetulannya. 2. Apakah tajuk tatabahasa yang boleh kita ajar dengan menggunakan petikan ini? Cuba telit, apakah aspek morfologi yang begitu ketara yang boleh digunakan untuk mengajar?

KESALAHAN BAHASA YANG TERDAPAT DALAM PETIKANTradisi makan bersama-sama keluarga di luar banyak manfaatnya. Amalan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan boleh terjalin jika sekiranya kita dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama keluarga. Di waktu inilah ahli keluarga boleh menggunakan masa untuk beramah mesra demi untuk mengeratkan hubungan. Mereka boleh bertanyakan tentang khabar serta situasi di tempat kerja atau di sekolah. Mereka juga boleh berbincang mengenai dengan masalah yang dihadapi mereka ketika makan. Situasi sebegini dapat mengekalkan institusi keluarga dari runtuh. Tabiat makan yang sihat dapat diwujudkan daripada amalan ini. Bagi mempastikan corak pemakanan yang sihat, ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak-anak mereka. Ibu bapa boleh juga memesan makanan yang seimbang. Selain daripada itu, cara memasak makanan juga boleh ditentukan jika makan di luar. Amalan makan di luar dapat juga mengurangkan stres. Percaya atau tidak, sekali pun jika anda mempunyai pekerjaan yang berat, maka makan malam bersama-sama keluarga boleh mengurangkan stres. Aktiviti makan bersama-sama keluarga memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk meluahkan bebanan yang dialami mereka di tempat kerja. Walaupun memerlukan pengorbanan wang dan masa, kebaikkan makan bersama-sama keluarga di luar tidak ternilai harganya. Oleh itu, tiap keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama-salam ahli keluarga mereka.202 patah perkataan(Disesuaikan daripada Portal Kesihatan Doktor Sihat: Manfaat Makan Bersama Keluarga, 2012).

Tugasan1. Petikan ini mengandungi kesalahan bahasa. Senaraikan kesalahan itu, nyatakan sebab kesalahan, dan buat pembetulannya. 2. Apakah tajuk tatabahasa yang boleh kita ajar dengan menggunakan petikan ini? Cuba telit, apakah aspek morfologi yang begitu ketara yang boleh digunakan untuk mengajar?

PEMBENTULAN KESALAHAN BAHASA

KesalahanSebab KesalahanPembetulan

1mengeratkan lagi hubunganmengeratkan ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek, bukan kata penegas.mengeratkan hubungan lagi

2jika sekiranyaPenggunaan dua kata hubung yang sama. Atau,Lewah kerana jika dan sekiranya merupakan kata hubung yang sama makna.jika...atau,sekirangnya...

3Di ...Kata sendi nama di menunjukkan tempat, bukan masa.Pada ....

4..demi untuk...Penggunaan dua kata hubung yang sama. Atau,Lewah kerana demi dan untuk merupakan kata hubung yang sama makna....demi...Atau,...untuk...

5bertanyakan tentang khabarbertanyakan ialah kata kerja tak transitif berpelengkap yang perlu diikuti oleh pelengkap kata nama selepasnya.bertanyakan khabar ...

6mengenai denganmengenai ialah kata sendi nama yang perlu diikuti oleh kata nama selepasnya, bukan kata sendi nama.Atau,Lewah kerana penggunaan dua kata sendi nama berurutan.mengenai...

7...dari...Kata sendi nama dari menunjukkan masa atau tempat.

...daripada...

8Selain daripada, ...Kata sendi nama selain perlu diikuti oleh kata nama, bukannya kata sendi nama.Penggunaan dua kata sendi nama serentak atau berurutan.Selain itu, ...

9MempastikanKesalahan ejaan kata mempastikan. Mengikut proses morfofonem, apabila awalan meN- bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf /p/, huruf /p/ menjadi /m/.memastikan

10sekali punsekali pun ialah kata hubung yang perlu ditulis bercantum.sekalipun

11KebaikkanKesalahan apitan kerana tidak ada apitan ke-...-kan bagi apitan kata nama.kebaikan

12Tiaptiap ialah kata bilangan pisahan yang perlu digandakan.tiap-tiap...atau, setiap ...

PEMBETULAN PETIKAN

Tradisi makan bersama-sama keluarga di luar banyak manfaatnya. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan (mengeratkan hubungan kekeluargaan lagi). Hubungan kekeluargaan boleh terjalin jika (sekiranya) kita dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama keluarga. Pada waktu inilah ahli keluarga boleh menggunakan masa untuk beramah mesra demi (untuk) mengeratkan hubungan. Mereka boleh bertanya tentang khabar/bertanyakan khabar serta situasi di tempat kerja atau di sekolah. Mereka juga boleh berbincang mengenai masalah yang dihadapi mereka ketika makan. Situasi sebegini dapat mengekalkan institusi keluarga daripada runtuh. Tabiat makan yang sihat dapat diwujudkan daripada amalan ini. Bagi memastikan corak pemakanan yang sihat, ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak-anak mereka. Ibu bapa boleh juga memesan makanan yang seimbang. Selain itu, cara memasak makanan juga boleh ditentukan jika makan di luar. Amalan makan di luar dapat juga mengurangkan stres. Percaya atau tidak, sekalipun jika anda mempunyai pekerjaan yang berat, maka makan malam bersama-sama keluarga boleh mengurangkan stres. Aktiviti makan bersama-sama keluarga memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk meluahkan bebanan yang dialami mereka di tempat kerja. Walaupun memerlukan pengorbanan wang dan masa, kebaikan makan bersama-sama keluarga di luar tidak ternilai harganya. Oleh itu, tiap-tiap (setiap) keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama-salam ahli keluarga mereka.

ASPEK MORFOLOGI YANG BOLEH DIAJAR

Aspek : Kata kerjaJenis : Kata kerja transitif kerana banyak kata kerja tersebut

Kata kerja tak transitifKata kerja transitifKata kerja pasif

Mereka boleh bertanyakan khabar serta situasi di tempat kerja atau di sekolah. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tabiat makan yang sihat dapat diwujudkan daripada amalan ini.

Pada waktu inilah ahli keluarga boleh menggunakan masa untuk beramah mesra demi mengeratkan hubungan.Tak sesuai kerana: (1) ayat panjang (2) tiga kata kerja dalam ayat.Pembaikan: Jadikan dua ayat jika boleh. Jika tak boleh, satu ayat tetapi ada dua klausa saja. KK eloklah berlainan jenis.

Pada waktu inilah ahli keluarga boleh menggunakan masa untuk beramah mesra demi ahli keluarga. KKT: menggunakanKKTT: beramahHubungan kekeluargaan boleh terjalin jika kita dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama keluarga.Tak sesuai kerana: (1) ayat panjang (2) dua kata kerja dalam ayat

Pembaikan: Jadikan dua ayat jika boleh. Jika tak boleh, satu ayat tetapi ada dua klausa saja. KK eloklah berlainan jenis.

Hubungan kekeluargaan boleh terjalin. Kita dapat meluangkan masa kita dengan keluarga.KKPasif : terjalinKKT : meluangkan

Mereka juga boleh berbincang tentang masalah yang dihadapi mereka ketika makan.Tak begitu baik kerana dua kata kerja berlainan dalam ayat.

Pembaikan:Jadikan dua ayat.(1) Mereka juga boleh berbincang tentang masalah itu.

(2) Masalah itu dihadapi mereka.(ayat ini masukkan dalam ayat yang ada kata kerja pasif)

Situasi sebegini dapat mengekalkan institusi keluarga daripada runtuh.

Selain itu, cara memasak makanan juga boleh ditentukan jika makan di luar.

(Elok penanda wacana selain itu tidak digunakan jika ayat itu menjadi ayat contoh.)

Bagi mempastikan corak pemakanan yang sihat, ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak-anak mereka.Tak begitu baik kerana dua kata kerja dalam ayat walaupun sama jenis.

Pembaikan:Jadikan dua ayat.Ibu bapa perlu mempastikan corak pemakanan yang sihat.Ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak-anak mereka.

Ibu bapa boleh juga memesan makanan yang seimbang.

Percaya atau tidak, sekali pun jika anda mempunyai pekerjaan yang berat, maka makan malam bersama-sama keluarga boleh mengurangkan stres.Ayat tidak begitu baik kerana1. ayatnya terlalu panjang2. sukar bagi guru hendak menjadikan ayat itu ayat mudah/ayat pendek.

Aktiviti makan bersama-sama keluarga memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk meluahkan bebanan yang dialami mereka di tempat kerja.Ayat tidak begitu baik kerana1. ayatnya terlalu panjang2. ada tiga kata kerja dalam satu ayat3. ada 2 KKT dan 1 KKPasif.

Pembaikan: kena pendekkan aat dan jadikan dua ayat.1. Aktiviti makan bersama-sama keluarga memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk meluahkan bebanan mereka.2. Bebanan dialami oleh mereka di tempat kerja.

FIKIRKAN ASPEK TATABAHASA LAIN (MORFOLOGI) YANG BOLEH DIAJAR.

ASPEK TATABAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN DARIPADA PETIKAN INI.Tradisi makan bersama-sama anggota keluarga di luar kini kurang dilakukan. Hal ini demikian kerana masa yang terbatas untuk ahli keluarga berkumpul. Banyak manfaat dapat kita peroleh daripada amalan tersebut.Amalan makan di luar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kita dapat meluangkan masa dengan keluarga. Ketika inilah ahli keluarga boleh menggunakan masa untuk beramah mesra. Mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Mereka boleh bertanyakan khabar masing-masing. Mereka juga boleh berbincang tentang masalah mereka secara terbuka ketika makan. Situasi sebegini dapat mengekalkan institusi keluarga daripada runtuh. Amalan pemakanan yang sihat dapat diwujudkan melalui makan bersama-sama keluarga. Ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak-anak mereka. Ibu bapa boleh memesan makanan yang seimbang sewaktu makan di luar. Selain itu, cara memasak makanan juga boleh ditentukan jika makan di luar. Bagi memastikan corak pemakanan yang sihat, ibu bapa juga dapat mencerap pemakanan anak-anak mereka.Amalan makan di luar dapat juga mengurangkan stres. Aktiviti makan bersama-sama keluarga memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk meluahkan tekanan yang dialami mereka. Walaupun memerlukan pengorbanan wang dan masa, kebaikan makan bersama-sama keluarga di luar tidak ternilai harganya. Oleh itu, tiap-tiap keluarga eloklah mengamalkan tabiat makan bersama-salam ahli keluarga mereka.191 patah perkataan