Bahan Program Cuma Lima Minit

47
Qyu TAJUK 1 APAKAH ITU DADAH ? Dadah ialah bahan psikoatif yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan "Penyalagunaan" yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan penyalahgunaan adalah berlebihan ('redundant") apabila digunakan bersama istilah "DADAH". Dalam hali ini, perkataan "Penggunaan" atau "Penagihan" adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah. Dadah dan Ciri-cirinya "Dadah" mempunyai ciri-ciri seperti berikut : a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang); b. digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah dilarang; 1

Transcript of Bahan Program Cuma Lima Minit

TAJUK 1

QyuTAJUK 1

APAKAH ITU DADAH ?

Dadah ialah bahan psikoatif yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan "Penyalagunaan" yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan penyalahgunaan adalah berlebihan ('redundant") apabila digunakan bersama istilah "DADAH". Dalam hali ini, perkataan "Penggunaan" atau "Penagihan" adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah.

Dadah dan Ciri-cirinya

"Dadah" mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);

b. digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah dilarang;

c. diperolehi secara haram;

d. membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;

e. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

TAJUK 2

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

a.OPIAT- Heroin, Morfin, Candu dan Kodein

b.KANABIS- Ganja, Hashish

c. DEPRESEN- Sedatif-Hipnotik, Jenis Barbiturat dan bukan Barbiturat serta Transquilizer ;

d.STIMULAN- Jenis Amfetamin dan Kokain;

e.HALUSINOGEN- Lysergic Acid Diethylamine (LSD), Meskalin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol); alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

TAJUK 3

PERBEZAAN DI ANTARA UBAT DAN DADAH

Ubat dan Dadah mempunyai perbezaan yang amat ketara di antara satu sama lain. Perbezaannya adalah seperti berikut :-

BILUBATDADAH

1.

2.

3.

Ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit

Ubat tidak memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minima seperti pening kepala, panas badan dan mengantuk. Kesan ini akan hilang apabila pengambilan ubat tersebut dihentikan.

Ubat tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda seseorang yang menggunakannya.

Dadah tidak bersifat sedemikian

Dadah akan memberi kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat yang berkekalan walaupun pengambilan dan penggunaanya dihentikan.

Semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda seseorang. Oleh itu, Dadah dikenali sebagai bahan psikoatif dan penggunaannya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982.

TAJUK 4

KAWASAN PENGELUARAN DADAH

Dadah telah dikeluarkan oleh beberapa buah negara di dunia ini. Negara-negara yang mengeluarkan dadah adalah seperti berikut :

BILNAMA NEGARAJENIS DADAH

1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.PeruBoliviaColombiaEquardoBurmaLoasThailangPakistanIranLebanonAfghanistanMexicoJamaicaMoroccaBelizeAmerika SyarikatNegara Timur TengahGuatemala

KokaKoka, MarijuanaKoka, MarijuanaKokaCanduCanduCanduCanduCanduCanduCanduMarijuanaMarijuanaMarijuanaMarijuanaMarijuanaHashishCandu

Kawasan pengeluaran dadah narkotik yang terkenal di dunia ini ialah Kawasan Tiga Segi Emas dan Kawasan Bulan Sabit Emas. Kawasan Segi Tiga Emas (The Golden Triangle) ini meliputi kawasan pergunungan Chin di Burma di sebelah Barat ke Utara ke dalam Wilayah Yunan, di Chua, Ke Timur di Loas dan Wilayah Barat Laut Thailand dan ke Selatan Ke dalam Negeri-negeri Kaya di Burma.

TAJUK 5

FAKTOR-FAKTOR KEMASUKAN DADAH KE MALAYSIA

Malaysia bukan negara pengeluar dadah, bagaimanapun dalam senarai pengedaran dadah antarabangsa, Malaysia telah lama digunakan oleh sindiket-sindiket pengedaran dadah sebagai negara transit kerana :

1.Kedudukannya dilaluan antarabangsa dari kawasan pengeluaran candu "The Golden Triangle" ke Australia, Eropah dan Amerika Syarikat;

2.Sempadan daratnya dengan Thailand yang telah menjadi saluran utama pengedaran candu dan bahan-bahan yang dihasilkan dari kawasan " The Golden Traingle" yang kini mengeluarkan antara 2,000 ke 2,400 tan metrik candu mentah setahun;

3.Bersempadan dengan semua negara ASEAN yang setengah-setengahnya juga merupakan negara pengeluar dadah yang besar;

4.Mempunyai garisan pantai yang panjang dan terdedah; dan

5.mempunyai sistem komunikasi yang baik.

Kegiatan pengedaran dadah melalui Malaysia telah mewujudkan serta memenuhi permintaan dadah tempatan.

TAJUK 6

CIRI-CIRI PENAGIHAN DADAH

Dadah mewujudkan satu keprihatinan dengan keinginan, keperluan dan nilai-nilai tersendiri yang berbeza sama sekali berbanding dengan keadaan sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial, psikologikal dan fizikal) bergantung kepada dadah secara total. Tumpuan utama dalam hidup ini ialah kepada dadah dan wang serta hendak mendapatkan bekalan. Ciri-ciri lain penagihan dadah termasuklah ;

1.toleran meningkat;

2.gejala tarikan

3. merasa terdesak (gian) untuk mengambil dadah, lebih-lebih lagi apabila cuba berhenti daripada mengambilnya;

4.tidak dapat mengawal kekerapan menggunakan dadah;

5.cenderung untuk menagih semula setelah berhenti.

Apabila seseorang terjebak dalam dunia dadah, amat sukar sekali untuk keluar dari jaringan dadah ini.

TAJUK 7

KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH KE ATAS MANUSIA

Kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk sekali, sama ada pengambilan dadah secara suntikan ataupun pengambilan dadah melalui mulut. Kesan-kesan buruknya adalah seperti berikut:

KESAN PENGAMBILAN DADAH SECARA SUNTIKAN

1.Meningtis (penyakit jangkitan otak)2.Tetanus ( penyakit kancing gigi)3.Endokarditis (penyakit jangkitan jantung)4.AIDS, Hepatitis B,C dan D5.Bisul, Kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain.

KESAN PENGAMBILAN DADAH MELALUI MULUT

1.Kerosakan paru-paru dan hati2.Kerosakan sistem penghadzaman (zat makanan tidak mencukupi)3.Kerosakan buah pinggang4.Otot-otot badan mengecut menyebabkab badan lesu dan tidak bermaya.5.berat badan menurun.6.Kemungkinan akan lumpuh.

TAJUK 8

KANABIS (GANJA)

APA ITU GANJA?

Kanabis (ganja) adalah sejenis dadah yang didapati dari bunga dan daun-daun pokok India Hemp, canabis Satiral. Pokok Kanabis (Ganja) tumbuh subur di negara-negara yang beriklim tropikal seperti Malaysia, Indonesia, Amerika Selatan, Timur Tengah, Thailand dan lain- lain lagi. Pokok kanabis (Ganja) tingginya di atara 7 hinga 12 kaki. Daun Kanabis (Ganja) yang telah dikeringkan dan dihancurkan menyerupai daun tembakau dan berwarna hijau pucat. Apabila dibakar, bau asapnya seperti bau rumput atau tali tebakar dan hangit. Kanabis (Ganja) di pasaran haram adalah dalam bentuk campuran, dibungkus dalam kertas coklat dan biasanya berbentuk selinder.

Kanabis (Ganja) mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia. Bahan kimia yang mengkhayalkan dalam kanabis (ganja) dikenali sebagai delta 9-Tetra Hydro-Cannabinol atau singkatannya THC.

Jenis Kanabis :

- kanabis herba (dikenali sebagai ganja, grass,pot,weed, bhang, kif dan sebagainya);

- Resin getah kanabis (Hashish)

- Minyak Hashish

TAJUK 9

KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN GANJA

Menghisap Ganja mengubah persepsi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek dan koordinasi. THC dalam dos tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi.

Satu reaksi daripada menghisap Ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok Ganja. Penghisap menjadi cemas, bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak terkawal lagi.

Bahan kimia yang terdapat pada Ganja terkumpul dalam tubuh manusia. 30% -50% THC tertinggal dalam tubuh manusai seminggu selepas menghisap sebatang rokok Ganja dan dianggarkan bahawa 4-6 minggu berlalu sebelum kesemua THC dikeluarkan dari tubuh mengikut proses fisilogi normal. Jika seseorang menghisap ganja terus-menerus dalam satu minggu atau satu bulan, THC sentiasa terkumpul dalam semua sel tubuh, terutama sekali dibahagian otak, paru-paru dan organ pembiakan yang mana akan mengubah peribadi dan kelakuan orang itu.

TAJUK 10

BAHAYA GANJA KEPADA PARU-PARU DAN JANTUNG

KESAN DAN BAHAYA GANJA KEPADA PARU- PARU

Ganja mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa yang singkat (18-24 bulan). Penghisap ganja sering batuk apabila menyedut asap Ganja. Asap Ganja mengandungi THC, bahan kimia lain (yang menyakiti paru-paru) serta racun-racun seperti karbon monoksid dan ammonia. Kesan asap ini begitu teruk sekali sehingga para saintis menyatakan bahawa kesan 5 batang rokok ganja adalah sama seperti 112 batang rokok tembakau

Asap Ganja juga merosakkan sistem ketahanan paru-paru yang secara normal berfungsi untuk membinasakan bahan asing dan bakteria. Penyakit bronchitis dan sakit dada sering berlaku di kalangan penghisap Ganja. Selain dari itu penyakit laryngitis, lelah (asthma) dan tanda-tanda awal penyakit kanser paru-paru juga telah dilaporkan.

KESAN GANJA KEPADA JANTUNG

Ganja mengubah fungsi jantung. Ia meningkatkan kadar debaran jantung dan menjejaskan pengaliran darah yang mungkin menyebabkan sakit dada pada mereka yang mengidap penyakit jantung.

TAJUK 11

BAHAYA GANJA KEPADA SISTEM PEMBIAKAN

KESAN GANJA KE ATAS SISTEM PEMBIAKAN LELAKI;

Penghisapan ganja menyebabkab pengeluaran hormon lelaki tertosterone merosot. Ini menyebabkab ketidakseimbangan horrmon memandangkan tubuh lelaki juga mengeluarkan hormon perempuan. Akibatnya terdapat setengah lelaki remaja yang menghisap Ganja mempunyai buah dada.Ganja juga mengurangkan bilangan sperma atau menambah sperma yang cacat atau tidak normal. Bukti juga menunjukkan bahawa ganja juga menyebabkan pembentukan janin cacat. Lelaki yang menggunakan Ganja dengan banyaknya juga telah didapati mati pucuk.

KESAN GANJA KEPADA SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN

Ganja meninggalkan berbagai kesan ke atas sistem pembiakan perempuan. Di antara kesannya ialah seperti berikut :

1. Kedatangan haid yang tidak menentu.

2. Kemungkinan kurangnya bilangan telur di dalam ovari.

3. Melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir.

4. Pemindahan kanabinoid dari ibu kepada bayi.

Satu kajian di Boston pada tahun 1982 menunjukkan bahawa ibu-ibu yang menghisap ganja ketika mengandung ini mempunyai kemungkinan 5 kali lebi besar untuk melahirkan bayi-bayi yang cacat. Bayi-bayi ini mengalami kecacatan fizikal

sama seperti bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang meminum arak ketika mengandung. Kecacatan akal tidak dapat dinilai ketika bayi baru lahir. Walau bagaimanapun, kemungkinan ia berlaku tidak dapat dinafikan.Bayi-bayi ini mengalami berbagai masalah ketika dilahirkan seperti kekurangan oksigen, mengalami stress atau berada dibawah pengaruh THC yang terdapat di dalam darahnya.

TAJUK 12OPIAT

APA ITU OPIAT ?

Opiat juga dikenali sebagai narkotik, adalah bahan yang digunakan dalam perubatan untuk menidurkan atau untuk melegakan kesakitan, tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan. Sebahagian dari opiat seperti candu, Morfin, Heroin dan kodein diperolehi dari getah buah Popi. Pokok Popi ditanam di negara-negara Timur Tengah dan Asia. Jenis Opiat yang lain adalah jenis Opiat sintetik.

Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone dan petidin. Bahan ini mempunyia sifat-sifat yang serupa dengan bahan-bahan Opiat .

Dadah dalam golongan ini adalah seperti berikut :-

1.ASLI:CanduMorfinHeroinKokain

2.TIRUAN;PetidinMethadon

TAJUK 13

BAHAYA PENGGUNAAN MORFIN

Pengguna menjadi gelisah, berasa loya dan muntah-muntah. Pengguna juga rasa mengantuk. Dengan dos besar, pengguna tidak dapat dikejutkan dari tidur, anak mata mereka menjadi kecil, kulit mereka menjadi sejuk, lembab dan berwarna kebiru-biruan. Pernafasan mereka menurun atau menjadi sesak yang boleh menyebabkan kematian.

Penagihan berlaku apabila pengguna menggunkan Morfin sedikit demi sedikit dalam tempoh masa yang lama.

AKIBAT-AKIBAT PENGGUNAAN MORFIN:

Morfin menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan seperti berikut :

1. Mata hitam mengecil2. Pertuturan tidak nyata3. Tekanan darah turun4. Mengantuk serta menunjukkan kecacatan perseimbangan dan tindakbalasnya.5. Peredaran darah menjadi lambat6. Kurang selera makan7. Khayal dan sentiasa mengelamun8. Tidur dalam keadaan tidak sedar juga semula

BAHAYA-BAHAYA MORFIN :

Bahaya-bahaya Morfin adalah seperti berikut :

1. Hilang selera makan2. Sembelit3. Turun berat badan4. Pergantungan fizikal5. Pertimbangan kawalan-kawalan tumpuan dan perhatian merosot dengan cepatnya.6. Pergantungan psikologi7. Daya tahan juga cepat8. Ketagihan membawa kepada pergantungan.

TAJUK 14

BAHAYA PENGGUNAAN MORFIN

(Bahagian 1)

A.RISIKO DOS BERLEBIHAN:

Penagih tidak tahu kandungan sebenar heroin dalam tiub atau straw yang digunakan. Kandungan yng lebih tinggi dari biasa boleh menyebabkan dos berlebihan. Ini lebih bahaya untuk pengguna yang ingin mencuba-cuba kerana dos sebenar tidak diketahui.

Penagih yang terputus bekalan dadahnya buat beberpa waktu dan mengambil semula dos dadah seperti biasa.

Dalam keadaan ketagihan, penagih hilang pertimbangan serta tidak dapat mengawasi kekerapan mengambil dadah.

B. RISIKO AKIBAT MENGAMBIL HEROIN YANG DICAMPUR DENGAN DADAH LAIN

Dadah yang dijual di kaki lima dicampur dengan berbagai jenis bahan campuran yang mana kandungan sebenar tidak diketahui oleh penagih. Kematian boleh berlaku apabila dadah campuran ini disuntik dan tersumbat dalam pembuluh dadah. Heroin yang dicampur dengan barbiturat akan juga mengakibatkan pergantungan terhadap dadah tersebut.

C. RISIKO KEMALANGAN

Dalam keadaan mabuk/khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan, lambat bertindak untuk mengelak sesuatu serta tidak berupaya untuk menumpukan perhatian ke atas apa-apa yang sedang dikerjakan. Risiko menghadapi kemalangan amat tinggi ketika memandu. Menjalankan jentera atau melintas jalan.

TAJUK 15

APAKAH ITU PERGANTUNGAN TERHADAP DADAH ?

1. Seseorang bergantung kepada dadah apabila penggunaan dadah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan sehariannya. Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup seperti makan, minum, keluarga dan sebagainya, mengalami gejala tarikan sekiranya tidak ambil dadah untuk mengelakkan diri dari mengalami keadaan ini dan daya tahan(Tolerance) meningkat di mana semakin banyak dadah perlu digunakan untuk mengalami atau mendapatkan kesan yang diharapkan serta ia merasa terdesak/gian untuk mengguna dadah, lebih-lebih bila cuba hendak mengurangkan atau berhenti kecenderungan untuk menagih semula setelah berhenti menggunakan dadah untuk beberapa waktu.

2. Terdapat dua jenis pergantungan, iaitu :

(a) Pergantungan Fisikal/Badan:Keadaan badan yang memerlukan dadah untuk proses fisiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah diberhentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.

(b) Pergantungan Psikik/Jiwa/Mental:Kegianan atau desakan menggunkan dadah secara berterusan bagi mengelakkan gejala tarikan.

3. Akibat Putus Bekalan dadahApabila terputus bekalan dadah, penagih mengalami gejala tarikan dalam jangka masa 4-6 jam selepas dos terakhir. Gejala-gejala ini termasuk rasa rendah, ceret-beret, sakit perut, rasa sejuk berpeluh loya dan mata serta hidung berair. Kehebatan gejala ini bergantung kepada jumlah dos yang biasa diambil, kekerapan dos serta jangka masa menagih. Gejala

ini memuncak selepas kira-kira 24-72 jam dan berkurangan dalam masa 7-10 hari. Adakalanya gejala seperti tidak tidur dan rasa gian berpanjangan hingga berbulan-bulan.

Gejala tarikan menjadi bahaya jika penagih mengidap penyakit seperti kencing manis, gila babi, lemah jantung atau darah tinggi. Ia juga bahaya kepada penagih yang ketagih kepada beberapa jenis dadah pada satu masa umpamanya heroin dan barbiturat. Gejala tarikan yang berlaku kepada penagih-penagih ini boleh membawa maut.

TAJUK 16

TANDA-TANDA UMUM PENAGIHAN DADAH

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti perubahan rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku.

Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, kerja, disiplin dan hasil kerja menurun.

Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

Mengelakkan diri dari tanggungjawab.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki.

Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.

Perut dan bekas suntikan di lengan dan dihujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.

Berdampingan dengan mereka yang ketahui menagih dadah.

Meminta wang secara berlebihan dari keluarga.

Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kaum keluarga.

Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya berterus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun menunjukkannya kepada pakar-pakar perubatan.

TAJUK 17

RAWATAN DETOKSIFIKASI

Rawatan Detofikasi ialah sejenis rawatan yang digunakan untuk membersihkan dadah dari tubuh penagih di mana ia ditahan dari mendapatkan dadah yang digunakan olehnya. Ini dijalankan di bawah pengawasan pegawai perubatan dan penagih ini diberikan ubat-ubatan untuk mengatasi gejala-gejala tarikan yang diakibatkan dari rawatan Detoksifikasi ini. Rawatan Detofokasi yang diamalkan di pusat-pusat pemulihan dan hospital adalah rawatan Cold Turkey. Rawatan-rawatan Detofikasi dijalankan di semua Hospital Besar, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Hospital Permai, Tampoi dan beberapa buah Hospital Daerah.

TAJUK 18

UNDANG-UNDANG DADAH DI MALAYSIA

Undang-undang dadah di Malaysia merupakan undang-undang yang paling keras di dunia. Pada masa ini terdapat beberapa undang-undang yang berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. Terdapat juga beberapa peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah Akta dan Ordinan tersebut.

Lima undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah ialah :

1. Akta Dadah Berbahaya 1952

2. Akta Racun 1952

3. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan)1983

4. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985; dan

5. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.

TAJUK 19

AKTA DADAH BERBAHAYA

Di bawah Akta Dadah Berbahaya(Pindaan 1983) seorang akan dihukum mati mandatori (Seksyen 39B) jika didapati mengedar dadah yang beratnya seperti berikut :-

HEROIN-15 gram atau lebih

MORFIN-15 gram atau lebih

CANDU-1000 gram atau lebih

GANJA-200 gram atau lebih

KOKAIN-40 gram atau lebih

Akta Dadah Berbahaya 1952 merupakan undang-undang utama berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. Akta ini agak menyeluruh di mana ia mengandungi aspek berkaitan dengan kesalahan, prosedur dan keterangan. Antara lain ia memperuntukkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah.

Undang-undang ini telah melalui proses pindaan bagi menghadapi peningkatan masalah pengedaran dan penagihan dadah yang semakin berat.

Akta Dadah Berbahaya 1952, mula berkuatkuasa di semenanjung pada 1 november 1952. Pemakaian Akta ini telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak (termasuk Labuan) pada 1 jun 1978 melalui Perintah Pengubahsuaian Undang-undang( Racun dan Dadah Berbahaya) (Perluasan dan Pengubahsuaian).

TAJUK 20

AKTA RACUN BERBAHAYA 1952

Akta Racun 1952 bertujuan untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. Racun bermaksud bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam senarai Racun dan termasuklah juga campuran, sediaan, larutan atau bentuk asli yang mengandungi bahan tersebut kecuali apa-apa sediaan atau bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini. Pengawalah dadah yang tidak dinyatakan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 akan dikawal di bawah Akta ini. Akta ini mulai berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada September 1952 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak mulai 1 jun 1978.

Jenis racun yang berada di bawah kawalan Akta ini termasuk bahan yang digunakan untuk tujuan perindustrian, perubatan dan pertanian. Sebahagian racun telah dikelaskan sebagai bahan psikotropik dan hanya boleh dibekalkan melalui preskripsi oleh pengamal perubatan, doktor haiwan dan doktor pergigian. Ahli Farmasi atau doktor yang diberi kuasa sahaja dibenarkan menjual bahan ini.

TAJUK 21

AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN & PEMULIHAN) 1983

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 adalah satu akta yang memperuntukan dengan secara menyeluruh aspek rawatan dan pemulihan. Akta ini mula berkuatkuasa pada 15 April 1983. Segala kelemahan yang terdapat di Bahagian VA Akta Dadah Berbahaya 1952 telah diperbaiki dan disemak dengan pengubahan Akta baru ini.

Peruntukan di bawah Akta ini mewajibkan mana-mana orang yang disahkan sebagai penagih dadah termasuk mereka yang tampil secara sukarela, untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, atau secara pengawasan. Tempoh program rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan ialah selama dua tahun. Ini diikuti dengan jagaan lanjutan selama dua tahun lagi.

TAJUK 22

AIDS

AIDS adalah Acquired Immune Deficiency Syndrome (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit).

Ia adalah penyakit penularan seksual yang disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Virus ini menyerang dan merosakan sistem pertahanan badan. Dengan ini seseorang itu senang dijangkiti oleh pelbagai jenis kuman dan juga mengalami beberapa jenis barah yang jarang dijumpai.

AIDS adalah amat merbahaya kerana tiada rawatan atau Vaksin untuk AIDS setakat ini. Semua pesakit-pesakit AIDS akhirnya akan mati disebabkan penyakit ini.

Bukannya mudah untuk dijangkiti virus HIV. Virus ini senang musnah dan tidak dapat bertahan lama diluar daripada badan manusia.

Virus HIV hanya dapat memasuki badan melalui 3 cara sahaja :-

1. Melalui hubungan seksual dengan pasangan yang telah dijangkiti.2. Melalui darah yang tercemar dengan HIV yang memasuki ke dalam tubuh (contohnya melalui jarum dan picagari)3. Melalui ibu-ibu yang telah dijangkiti kepada bayi mereka semasa dalam kandungan, semasa kelahiran dan melalui penyusuan ibu.

TAJUK 23

BAHAYA MENGHIDU INHALAN

Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda seperti berikut :1. DERIA (Sensory System) Sensitif kepada cahaya gatal mata penglihatan berkembar telinga berdesing

2. SISTEM-SISTEM PERNAFASAN (respiratory dan cerdial system) sesak nafas sakit dada dan rasa tidak selesa degupan jantung yang tidak normal

3. LAIN-LAIN - sakit-sakit otot dan sengal sendi

Kesannya adalah serta-merta daripada amnya berterusan selama 5 hingga 45 minit berhenti menghidu. Kesan-kesan ini timbul dengan cepat jika disedut dan hilang beberapa jam atau hari.

Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam masa yang singkat mungkin menyebabkan :

1. ketidakserasian (disorientation)2. kehilangan kawalan diri3. tidak sedarkan diri4. sawan (serangan otak dengan tiba-tiba)5. kurang penyelarasan pergerakan otot6. refleksi/gerakan yang berkurangan ( depressed reflexes)7. hidung berdarah, mata merah dan nafsu berbau8. bengang dan pening kepala selama beberapa hari.

TAJUK 24

KESAN JANGKA PANJANG MENGHIDU INHALAN

Penggunaan inhalan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan perkara-perkara berikut :

1. Letih Lesu2. Pucat3. Kehilangan daya ingatan4. Kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras5. kedahagaan6. Kesusutan badan7. Kesugulan8. Bengkeng9. Kebengisan10. Perasaan teraniaya11. Pengurangan pembentukan sel darah dalam sum-sum tulang.

Kebanyakan kesan jangka panjang ini boleh dipulihkan kembali (reversible) jika pengunaan inhalan dihentikan.

Penghiduan wap pekat yang dilakukan berulang kali dalam tempoh masa yang berlanjutan boleh menyebabkan :

1. kerosakan sistem saraf pusat yang berkekalan yang mungkin tidak dapat dipulihkan kembali;2. pengurangan besar keupayaan jasmani dan mental;3. kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang;4. kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang tidak tetap, kesukaran bernafas, kemalangan dan kesesakan nafas.

KESAN KEPADA TUBUH BADANWap yang disedut dari bahan pelarut atau aerosol akan masuk dengan cepat ke dalam aliran darah melalui paru-paru, kemudian ianya teredar dengan cepat sekali ke dalam organ yang mempunyai edaran darah yang besar seperti otak dan hati. Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke dalam system saraf pusat (central nervous system) menyebabkan banyak kelemahan kepada fungsi badan termasuk tarikan pernafasan dan degupan jantung. Dengan perlahan-lahan wap terkumpul dalam tisu lemak.

Sementara beberapa hidrokarbon ruapan terungkaibina(metabolised) dan kemudiannya keluar melalui buah pinggang atau ginjal, banyak yang terhapus tanpa perubahan, dan memakan masa kerana edarannya dari tisu lemak balik ke dalam darah agak perlahan.

`TAJUK 25

ROKOK KANDUNGAN ASAP ROKOK

Setiap kali anda sedut asap rokok anda mengisikan paru-paru anda dengan 3 jenis bahan :

1. NIKOTIN

Ialah sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem saraf. Ia boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan saluran-saluran darah dan menaikan tekanan darah. Nikotin menyebabkan ketagihan perokok kepada rokok.

2.KARBON MONOKSIDA

ialah sejenis gas merbahaya jika disedut terlalu banyak. Ia mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan kurang nafas dan cepat letih. Ia merupakan faktor utama menyebabkan penyakit jantung.

3.TARialah sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser. Perokok mempunyai risiko barah paru-paru, perut dan mulut yang jauh lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok.

TAJUK 26

BAHAYA- BAHAYA MEROKOK

Diantara bahaya-bahaya merokok adalah seperti berikut :-

1.KERONGKONG

Asap menyebabkan terlalu banyak hingus yang menyumbatkan tenggorak, menyebabkan batuk dan kesukaran bernafas.

2.CILIA

Ia adalah bulu-bulu halus (microscopic hair) yang menyapu keluar kuman-kuman dan kekotoran dari saluran pernafasan. Asap rokok memusnahkan Cilia dan ini menyebabkan pemendapan bahan-bahan yang menyebabkan barah.

3.PARU-PARU

a. Sesak nafasb. Kurang tenaga

4. JANTUNG

a. Menjerut saluran darahb. Mengurang pengaliran darah dan oksigen

5.SISTEM PENGHADAMAN

Menambahkan risiko seperti bisul dalam perut

6.MENYEBABKAN PENYAKIT

a. Enfisemab. Bronkitisc. Membahayakan bayi dalam kandungan

7. MENYEBABKAN KANSER

a.kanser ruang mulute.Kanser kerongkongb.Kanser peti suaraf.Kanser pundi-pundi kencingc.Kanser buah pinggangg.Kanser paru-parud. Kanser pancreas

TAJUK 26

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI MEROKOK

Langkah-langkah untuk berhenti merokok adalah seperti berikut :

1. Merasa bangga kerana tidak merokok.2. Elakkan godaan simpan mancis atau pemetik api.3. Menentang gian dengan kesibukan4. Jauhkan diri daripada mereka yang merokok5. Berwaspada selepas waktu makan dan minum.

6. Simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok di satu tempat khas.7. Sediakan bahan gantian.8. Pelajari cara-cara yang boleh menenangkan diri.9. Ingatkan sebab-sebab yang anda tidak boleh merokok.10. Jangan menerima sebaran tawaran merokok.

Saya percaya ANDA BOLEH lakukannya!

TAJUK 28

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH ADALAH MELALUI :

1. Program-program di sekolah2. Proggram-program di sekolah melibatkan masyarakat

1.Program-program di sekolah adalah seperti berikut :a. Kem Waja Diri/Kolokium Membina Ketahan DiriKem ini khas untuk pelajar bermasalah/berisiko tinggi. Penekanan diberikan terhadap nilai-nilai murni keagamaan dan moral, displin diri, memahami potensi diri dan kemahiran meyelelsaikan masalah.

b. Skim Lencana Anti DadahSkim ini diikuti oleh pelajar yang menyertai pasukan beruniform supaya membolehkan mereka menyebarkan mesej anti dadah, menolong rakan yang mungkin terlibat dan seterusnya aktif dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah.

c. Ujian Urin untuk mengesan pelajar terlibat dengan dadah.

d. Pertandingan Kegiatan Seni Jauhi Dadah termasuk Pertandingan Mengarang Esei, Sajak, Melukis Poster, Deklamasi Sajak Anti Dadah, Dikir Barat Anti Dadah, Pidato dan Nasyid Anti dadah.

e. Pertandingan Kuiz Pendidikan Pencegahan Dadah

f. Cuma Lima minit Anti Dadah.

g. Penyisipan Pendidikan Pencegahan Dadah melalui matapelajaran seperti Bahasa, Sains, Agama/ Moral, Kesihatan dan jasmani

h. Ceramah Anti Dadah.

i. Pameran Anti Dadah

j. Program Kecergasan Jauhi Dadah

2. Program-program di sekolah melibatkan masyarakat:a. Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah Untuk Ibubapa/PIBGb. Program Gaya Hidup Sihat & Cergasc. Sukaneka di kawasan Berisiko Tinggi

TAJUK 30

PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP DADAH

Terhadap penggunaan dadah, tidak terdapat hukum atau larangan khusus dari Al-Quran atau Hadis Rasullullah(S.A.W). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kehidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak didalam kebinasaan.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menjadi dalil haramnya benda-benda yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, didalam penetapan hukum selain dari Al-Quran dan Hadis, Jamhur Ulamak telah berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempat bagi menentukkan sesuatu hukum. Oleh kerana itu hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan dari sumber yang keempat iaitu Al Qias. Imam-imam yang empat (Syafie, Hanafi, Maliki, Hmabali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum lagi wujud di zamannya. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan kerajaan Tartar.

Mungkin fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Masriah Al Sabiq (Bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dan kitabnya Fatwa Al-Syariiyah (muka surat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan: pemberian dan membuat jualan perniagan mengikut Mazhab Syafei dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.

Ali Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek antaranya , dadah boleh memabukkan dan merbahaya kepada manusia dan masyarakat seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis sebagaimana berikut:

Ertinya,Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram (Hadis Bukhari dan Muslim)

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata :Sesungguhnya adalah hasyisy (Ganja) itu haram dan hukum dengan had ke atas orang yang menggunakan sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal ddan tabiat badan kepada Allah (S.W.T) dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu yang diharamkan oleh Allah (S.W.T) dan Rasulnya (S.A.W) daripada arak pada lafaz dan maknanya.

Pengharaman dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya.

Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencanaya yang disiarkan oleh Majalah Al-Wayul Islam keluaran disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:

1. Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi juga membawa kepada hilangnya akal, dari itu ia adalah haram.

2. Dadah membawa kebinasaan hartabenda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya dan juga perbelanjaannya lebih besar darip[ada arak, maka dengan itu ia adalah haram; dan

3. Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan itu adalah haram.

Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah(ayat 195) Bermaksud:Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan

Firman Allah S.W.T di dalam surah An Nisa (Ayat 29), Allah S.W.T berfirman :Jangan kamu membunuh diri kamu kerana sesungguhnya Allah S.W.T. maha belas kasih kepada kamu

Menghisap dadah amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawa kepada kemurkaan Allah (S.W.T) sabda Nabi (S.A.W) dari riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:

Tidak boleh membuat bahaya membalas bahaya

Majlis Raja-raja dalam mesyuarat yang ke 128 yang diadakan pada 24.2.1983, setelah menimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:

Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak adalah haram dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak.

Dari dalili-dalil diatas, jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya dari arak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram, malahan lebih haramnya daripada arak. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah(S.W.T) dan dosanya amatlah besar.

TAJUK 32

AKIBAT DADAH KEPADA MASYARAKAT & NEGARA

Akibat penagihan terhadap masyarakat adalah seperti berikut:1. Kejadian jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan membunuh.2. Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu keluarga dengan satu keluarga yang lain.3. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.4. Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak-anak mereka5. Melibatkan perselisihan faham antara kaum.6. Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama mereka.7. Menjejaskan kesopanan dan Kesusilaan.8. Membebankan dari segi kos permulihan, pencegahan dan penguatkuasaan.

Akibat dadah kepada negara adalah seperti berikut:

1. Melemahkan tenaga rakyat dan ini memberi peluang kepada musuh-musuh negara mencapai tujuan mereka2. Musuh-musuh negara juga dengan keuntungan yang lumayan hasil dari penjualan dadah untuk dapat membeli senjata-senjata bagi memperkuatkan keanggotaan mereka.3. Melemahkan jentera kerajaan dan juga kekuatan pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara.4. Menggalakkan perbuatan rasuah yang boleh menjejaskan keselamatan negara.5. Menggalakkan kegiatan anasir subversif.6. Menimbulkan perasaan curiga dan takut di kalangan rakyat.7. Menyebabkann keluarga menjadi miskin.8. Merosotkan ekonomi di bidang perniagaan dan perusahaan.9. Melemahkan jentera-jentera pentadbiran kerajaan.10. Mengakibatkan pengkhianatan kepada jentera-jentera perusahaan.

11. Mengurangkan pengeluaran hasil bumi, hasil pertanian dan hasil perusahaan.12. Menyebabkan pengaliran wang keluar negeri.13. Keseluruhan ekonomi negera akan terjejas.

TAJUK 33

BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DADAH?

Dengan cara-cara seperti berikut :

1. Memahami dan mengetahui bahaya dan akibat penggunaan dadah pengetahuan yang mendalam akan menghasilkan sikap negatif terhadap dadah dan seterusnya menjauhinya.

2. Menggunakan masa lapang dengan cara yang berfaedah seperti menceburkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum, memperkembangkan minat dan hobi.

3. Bersikap positif terhadap masalah

4. Mengujudkan komunikasi yang sihat

5. Berhati-hati dalam pergaulan elak bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.

6. Bersikap tegas dan mengatasi tidak terhadap sesuatu permintaan/tawaran yang membahayakan.

7. Mendapatkan bantuan/kaunseling untuk menyelesaikan masalah rumit.

1

36