bahan pt3 sejarah.doc

14
(b) Kepentingan perpaduan kaum Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya. Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir

Transcript of bahan pt3 sejarah.doc

Page 1: bahan pt3 sejarah.doc

(b) Kepentingan perpaduan kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan

untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini

berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini

seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada

rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam

peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan

berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika

kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang

memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan

cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan

etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada

ancaman luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme

akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan

kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan

negara ini seterusnya.

Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling

menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang

lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur

begitu sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang

dipupuk sejak kita kecil lagi.

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Peristiwa 13 Meitelah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini

demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi

rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan

dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum

boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan

terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih

sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk

menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi

Page 2: bahan pt3 sejarah.doc

satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang

Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi

Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969

yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu

pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan

antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara

selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan

Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan

Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan

membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai

1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan

mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun

kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi

Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti

bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum

Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila

kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di

negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk

membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan

sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil

gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu,

Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah

mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat

dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin

keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara

satu sama lain.

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan

mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran

yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan

Page 3: bahan pt3 sejarah.doc

Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan

antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan

Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam

jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu,

berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat

Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa

pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan

Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan

sebagainya.

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh

menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika

sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu

perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika

dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah

masyarakat yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang

mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata

dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang

kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum

negara ini mencapai kemerdekaan.

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa

penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan

perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah

yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang

dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan

luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-

lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan

yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang

getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan

hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomiyang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di

Page 4: bahan pt3 sejarah.doc

mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah

sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan

telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar

yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di

mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang

India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan

interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan

sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan

komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja.

Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat

dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Sistem persekolahanyang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem

Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah

memberi kesedaran kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya

menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China,

buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.

Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai

oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum

merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul.

Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah

Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan

pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan

yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka

memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di

samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran

vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak

Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada

satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi

mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan

sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Page 5: bahan pt3 sejarah.doc

Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial

seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum

kerana banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah

memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta

berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa

kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang.

Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas

dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi.

Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan

terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang

diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya menyebabkan berlaku pertentangan

pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa

benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara.

Campurtangan kuasa luarjuga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa

individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika

Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap

permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh

dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan

sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir

anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara

ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan

sebahagian daripada anggota masyarakat.

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia

( pilih 3 sahaja )

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu

mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan &

Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha

untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini

mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi

Page 6: bahan pt3 sejarah.doc

politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan,

Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia,

Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela,

Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik,

Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat

Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan

dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang

dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan

memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan

program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986.

Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini

diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM

memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai

kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan

adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-

menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang

lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra

secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat

tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah

merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan

harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi,

kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang

berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul

kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam

sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.

Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk

bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui

aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat

Page 7: bahan pt3 sejarah.doc

disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk

perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang

memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara

ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain

dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat

kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar

yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha

memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan

kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan

setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum

dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik

bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring

dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun

berlainan bangsa mahupun agama.

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa

serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan

kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa

dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan.

Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang

sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali,

Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,

Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang

diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada

2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-

etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.

Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta

formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi

cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat

dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi

Page 8: bahan pt3 sejarah.doc

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara

satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'.

Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari

1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang

demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di

negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia

ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan

persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa

menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni

antara kaum di negara ini.

(f) Rumusan

Pengetahuan

Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi

sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh

dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau

tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.

Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di

negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni

di negara yang kita cintai ini.

Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah

negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi

menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

Iktibar

Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai

jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama

angota masyarakat

Harapan

Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-

undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang

telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini

Page 9: bahan pt3 sejarah.doc

agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

(g) sumber rujukan http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttps://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=RIMUP