Bahan rujukan

68
Disediakan oleh: Nur Zalikha Bt Muhammad Zahidi JENIS-JENIS BAHAN RUJUKAN Disediakan oleh: Nur Zalikha Bt. Muhammad Zahidi

description

Modul literasi maklumat.

Transcript of Bahan rujukan

Page 1: Bahan rujukan

Disediakan oleh:

Nur Zalikha Bt Muhammad Zahidi

JENIS-JENIS BAHAN RUJUKAN

Disediakan oleh:Nur Zalikha Bt. Muhammad Zahidi

Page 2: Bahan rujukan

ISI KANDUNGAN

Maksud Bahan Rujukan

Faedah Bahan Rujukan

Ciri-ciri Bahan Rujukan

Sumber-sumber Bahan Rujukan beserta contoh-contoh

Page 3: Bahan rujukan

.

Bahan rujukan adalah koleksi yang dimiliki oleh perpustakaan atau yang berada di luar perpustakaan, yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan digunakan untuk memperoleh maklumat tertentu, dibaca satu persatu, tidak dibaca keseluruhan, sehingga penggunaannya terhad di dalam perpustakaan atau tidak boleh dipinjami.

Maksud Bahan Rujukan

Page 4: Bahan rujukan

Bahan-bahan koleksi rujukan tidak terdapat di bahagian pinjaman kerana ia lebih berbentuk akademik dan sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan manakala buku/bahan di bahagian pinjaman adalah lebih berbentuk bahan bacaan ringan.

Mengapakah bahan-bahan koleksi rujukan tidak boleh dipinjam?

Page 5: Bahan rujukan

Ciri-ciri Bahan Rujukan

Tidak boleh dipinjam: Buku rujukan tidak boleh dipinjam keluar dari perpustakaan

Fakta Ringkas: Buku rujukan diperlukan apabila pengguna memerlukan maklumat asas

Gambaran keseluruhan: Buku rujukan memberikan pengenalan yang cepat dan gambaran ringkas untuk sesuatu topik. Gambaran keseluruhan sangat membantu apabila anda mula menyelidik topik yang anda tidak tahu banyak mengenainya.

Aturan Khusus: Buku-buku rujukan yang dianjurkan dalam cara yang tertentu, bergantung kepada jenis buku. Sebagai contoh, kronologi disusun mengikut tarikh, kamus disusun mengikut abjad oleh perkataan dan ensiklopedia disusun mengikut abjad mengikut subjek.

Page 6: Bahan rujukan

SUMBER RUJUKAN DI

PERPUSTAKAAN

Sumber primer Sumber tertiariSumber sekunder

Page 7: Bahan rujukan

Sumber primer adalah hasil kerja asal, sama ada diterbitkan atau tidak, yang memberikan pengetahuan baru atau kemajuan kepada pengetahuan yang sedia ada mengenai sesuatu perkara. Ia menjadi asas kepada sumber sekunder.

Sumber Primer

Page 8: Bahan rujukan

Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru.

Melaporkan penyelidikan yang asli.

Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang baru.

Biasanya sumber primer tidak tersusun atau disenarai dengan sempurna atau berada di merata tempat.

Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak diterbitkan.

CIRI-CIRI SUMBER PRIMER

Page 9: Bahan rujukan

i. Kertas kerja (dari seminar, konvensyen, persidangan,

simposium,bengkel, kolokium, perbincangan,kongres dll)

ii. Fail syarikat.

iii. Fail peribadi

iv. Surat menyurat

v. Diari, memo

vi. Buku nota

vii. Lukisan

viii. Foto

ix. Prosiding/konferens

x. Disertasi/tesis

xi. Laporan penyelidikan/Jurnal

CONTOH-CONTOH SUMBER PRIMER

Page 10: Bahan rujukan

Kertas kerja

Makalah yg dibentangkan dlm sesuatu sidang (bengkel, seminar dsb) utk membahaskan sesuatu masalah.

Sumber imej: Google.com

Page 11: Bahan rujukan

Fail syarikat/peribadi

Tempat menyimpan surat-surat dan lain-lain secara tersusun.

Sumber imej: Google.com

Page 12: Bahan rujukan

Surat menyurat

Kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll). Kiriman kertas yg ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim kpd orang lain.

Sumber imej: Google.com

Page 13: Bahan rujukan

Diari

Buku yg mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian.

Sumber imej: Google.com Sumber imej: PPANPk

Page 14: Bahan rujukan

Buku nota

Tulisan atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan.

Sumber imej: Google.com

Page 15: Bahan rujukan

Lukisan

Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.

Sumber imej: Google.com

Page 16: Bahan rujukan

Foto

Gambar yg diambil dgn kamera.

Sumber imej: PPANPK

Page 17: Bahan rujukan

Prosiding/konferens

Rakaman maklumat (biasanya dicetak) tentang perbincangan dan keputusan sesuatu mesyuarat, persidangan dan sebagainya.

Sumber imej: Google.com Sumber imej: PPANPk

Page 18: Bahan rujukan

Disertasi/Tesis

Pengolahan bertulis yg panjang dan terperinci tentang sesuatu perkara yg diserahkan utk mendapatkan ijazah tinggi.

Sumber imej: PPANPk

Page 19: Bahan rujukan

Jurnal

Terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu

Sumber imej: PPANPk

Page 20: Bahan rujukan

Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan abstrak atau indeks. Rujukan kepada artikel asal adalah dalam format bibliografi atau abstrak yang diterbitkan.

Sumber Sekunder

Page 21: Bahan rujukan

Ia bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru.

Ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses.

Ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan atau pemeriksaan ke atas karya atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya.

Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah berhati-hati dalam menilai sumber ini sama ada ianya berwibawa atau berat sebelah atau condong ke arah tertentu (bias).

CIRI-CIRI SUMBER SEKUNDER

Page 22: Bahan rujukan

CONTOH-CONTOH SUMBER SEKUNDER

Page 23: Bahan rujukan

Kamus

Kamus merupakan salah satu buku rujukan yang paling kerap digunakan orang. Kamus atau Dictionary dalam bahasa Inggris berasal dari bahasa Latin Dictionarium yang ertinya adalah pengulangan kata. Kamus memuatkan kata-kata, istilah-istilah suatu bahasa yang digunakan oleh sesuatu subjek, bidang, atau profesion.  Kata-kata tersebut disusun mengikut susunan tertentu, biasanya mengikut susunan abjad dan disertai dengan keterangan tentang makna, ejaan, pemakaian, dan sejenisnya.

Page 24: Bahan rujukan

Jenis kamus

Kamus Bahasa• Kamus bahasa iaitu mengandungi perkataan yang terdiri

daripada suatu bahasa atau bahasa-bahasa tertentu. Kamus bahasa dapat digolongkan pula kepada 3 jenis:

Monolingual

Kamus bahasa yang terdiri dari satu bahasa. Bilingual

Kamus bahasa yang terdiri dari dua bahasa. Poliglot

Kamus bahasa yang terdiri dari tiga bahasa atau lebih

Page 25: Bahan rujukan

Kamus Bahasa (monolingual)

Sumber imej: Google.com

Page 26: Bahan rujukan

Kamus Bahasa (bilingual)

.

Sumber imej: PPANPk

Sumber imej: PPANPk

Page 27: Bahan rujukan

Kamus Bahasa (poliglot)

Sumber imej: Google.com

Page 28: Bahan rujukan

• Kamus subjek

Merupakan   kamus   yang   hanya menggunakan istilah yang lazim digunakan khusus dalam sesuatu bidang pengetahuan.

Sumber imej: PPANPk

Page 29: Bahan rujukan

Perbezaan Kamus Bahasa dengan Kamus Subjek

Kamus dewan bahasa Kamus Fizik

Terjemahan perkataan adalah

lebih bersifat am atau umum Terjemahan perkataan adalah lebih ke arah spesifik atau mendalam

Page 30: Bahan rujukan

Ensiklopedia

Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Ia menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definasi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi. Ia juga mengandungi artikel-artikel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa.

Page 31: Bahan rujukan

Jenis ensiklopedia

Ensiklopedia umum

Mencakupi semua bidang ilmu pengetahuan yang bersifat dasar atau fakta.

Sumber imej: PPANPk

Page 32: Bahan rujukan

Isi kandungan ensiklopedia

Page 33: Bahan rujukan

Biasanya ensiklopedia jenis umum diterbitkan dalam beberapa buah jilid. Jilid ialah satu cara untuk membahagikan sebuah badan besar maklumat ke unit-unit.

Sumber imej: PPANPk

Page 34: Bahan rujukan

Ensiklopedia khususEnsiklopedia  khusus  mencakupi  satu  bidang ilmu  pengetahuan. Biasanya hanya mempunya satu jilid.

Sumber imej: PPANPk

Page 35: Bahan rujukan

Buku panduan (Handbook)

Buku rujukan yang mengandungi maklumat dalam sesuatu subjek, disusun secara sistematik untuk rujukan cepat. Boleh juga dipanggil manual.

Page 36: Bahan rujukan

Sumber imej: PPANPk

Page 37: Bahan rujukan

Buku panduan (handbook) juga ada yang diterbitkan kepada beberapa buah jilid.

Page 38: Bahan rujukan

Almanak

Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali.

Sumber imej: PPANPk

Page 39: Bahan rujukan

Isi kandungan almanak

Nama

Wargenegara, pekerjaan

Sumber maklumat

Page 40: Bahan rujukan

Terdapat juga almanak yang terdiri daripada beberapa buah jilid.

Page 41: Bahan rujukan

Buku Tahunan

Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan bagi negara atau bidang-bidang tertentu untuk menunjukkan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat.

Page 42: Bahan rujukan

Sumber imej: PPANPk

Page 43: Bahan rujukan

Sumber imej: PPANPk

Page 44: Bahan rujukan

Sumber imej: PPANPk

Page 45: Bahan rujukan

Direktori

Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik, mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi (afiliations) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain data mengenai organisasi.

Page 46: Bahan rujukan

Sumber imej: PPANPK

Page 47: Bahan rujukan

Bibliografi

Nama yang diberikan untuk suatu senarai buku-buku, manuskrip dan lain-lain penerbitan, diterang dan disusun secara sistematik.

Sumber imej: PPANPk

Page 48: Bahan rujukan

Penulis/Pengarang

Judul buku

Penerbit

Tempat terbitan

Muka surat

Nombor ISBN

Abstrak

Contoh isi kandungan bibliografi

Page 49: Bahan rujukan

Sumber imej: PPANPK

Page 50: Bahan rujukan

Tajuk artikel

Nama pengarang/penulis

Tarikh artikel diterbitkan

Jilid majalah

Nombor isu

Contoh isi kandungan bibliografi

Page 51: Bahan rujukan

Indeks

Senarai berabjad nama orang, tempat, perkara yang terkandung di dalam sesebuah karya/bahan yang diterbitkan. Senarai ini memberi rujukan/penunjuk seperti nombor muka surat bagi setiap item di mana ia boleh dijumpai. Fungsi indeks dan abstrak sebenarnya sama. Namun abstrak mempunyai kelebihan kerana abstrak dapat membantu pengguna dalam menentukan apakah isi kandungan artikel atau bahan tersebut.

Page 52: Bahan rujukan

Sumber imej: PPANPk

Page 53: Bahan rujukan

Indeks Suratkhabar Malaysia

Contoh isi kandungan indeks

Page 54: Bahan rujukan

Indeks Majalah Malaysia

Nama majalah

Alamat penerbit majlah

Nombor ISSN

Page 55: Bahan rujukan

Abstrak

Abstrak merupakan suatu ringkasan atau sari karangan dari suatu penerbitan atau artikel.

Sumber imej: Google.com Sumber imej: PPANPk

Page 56: Bahan rujukan
Page 57: Bahan rujukan

Biografi

Biografi adalah bahan rujukan yang mengandungi maklumat riwayat hidup seseorang yang ditulis oleh individu lain. Manakala jika riwayat hidup itu ditulis diri sendiri oleh orang yang bersangkutan dinamakan autobiografi.

Sumber imej: PPANPk

Page 58: Bahan rujukan

Sumber imej: PPANPk

Page 59: Bahan rujukan

NOTA:

Walaupun tulisan buku tersebut mengisahkan riwayat tokoh yang sudah meninggal dunia, ia tetap dinamakan biografi.

Page 60: Bahan rujukan

Gazetir

Sejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat-maklumat tentang sejarah, statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai tempat-tempat. Ia juga memberikan sebutan nama-nama. Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat berasingan. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat mengenai tempat-tempat.

Page 61: Bahan rujukan

Sumber imej: PPANPk

Page 62: Bahan rujukan

Peta/Atlas

Peta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang mudah dikaji melaui penggunaan grafik. Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah dijilid dalam bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang menggunakan simbol-simbol dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea, kedudukan bandar, sungai, jenis tumbuh-tumbuhan, taburan penduduk dan sebaginya. Ada berbagai-bagai jenis peta yang boleh didapati dari perbagai sumber. Peta boleh didapati dalam ensaiklopedia, laporan, buku panduan dan sebaginya.

Page 63: Bahan rujukan

Sumber imej: PPANPk

Page 64: Bahan rujukan

Ia juga dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Sumber tertiar boleh didapati dalam bentuk buku teks, pangkalan data, ulasan artikel, kompendia dan panduan praktis. Laman web juga menyediakan banyak sumber dari kategori ini.

Sumber Tertiari

Page 65: Bahan rujukan

Sumber tertiari dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder.

CIRI-CIRI SUMBER TERTIARI

Page 66: Bahan rujukan

Contoh Sumber Tertiari

• Bibliografi kepada bibliografi• Direktori kepada direktori• Panduan kepada penerbitan (Guides to the literatures).

Sumber imej: Google.com

Page 67: Bahan rujukan

Faedah Bahan Rujukan

Memberikan keterangan atau penjelasan langsung tentang suatu maklumat yang ingin diketahui

Boleh mengetahui selok-belok serta keadaan suatu negara daripada Buku Tahunan, Ensiklopedia, Buku Panduan (Handbook), Gazetir

dan atlas.

Boleh mengetahui riwayat hidup tokoh. Sebagai contoh maklumat tersebut boleh didapati daripada Biografi dan Autobiografi

 Pulau atau lokasi terpencil boleh diketahui dengan mudah. Sebagai contoh maklumatnya boleh didapati daripada Atlas dan Gazetir

Page 68: Bahan rujukan

TERIMA KASIH