Bahasa Bersifat Sejagat

5
CIRI-CIRI BAHASA: BAHASA BERSIFAT SEJAGAT

description

Bahasa Bersifat Sejagat

Transcript of Bahasa Bersifat Sejagat

Slide 1

CIRI-CIRI BAHASA:BAHASA BERSIFAT SEJAGAT

BAHASA BERSIFAT SEJAGATSetiap bahasa itu mempunyai sifat sejagat atau universal(umum),iaitu sesuatu bahasa itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini.Bahasa bersifat sejagat bukan bermakna hanya terdapat satu bentuk bahasa yang dituturkan oleh semua orang.Hal ini kerana bahasa secara alamiah berpotensi untuk berbeza dan beraneka.Namun demikian,terdapat keuniversalan sifat bahasa yang terdapat di dunia ini.

Bunyi bahasaBunyi bahasa ialah sifat bahasa yang paling asas.Bunyi bahasa ini dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia,iaitu yang terdiri daripada rongga mulut, hidung, paru-paru,lidah, lelangit dan alat-alat artikulasi yang lain.Manusia belajar untuk menggabungkan bunyi bahasa menjadi perkataan untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna kepada pendengar.Manusia dapat menghasilkan pelbagai bentuk bunyi bahasa yang tidak terhad banyaknya.Bagi seorang penutur dan pendengar natif sesuatu bahasa, mereka dengan mudah dapat mengenali sama ada bunyi bahasa itu daripada bahasanya sendiri ataupun bahasa yang lain.

MaknaBahasa amat berguna bagi manusia untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu kepada orang lain.Makna ini pula ada kaitan rapat dengan budaya masyarakat penutur bahasa tersebut.Bunyi bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat menghasilkan makna.Ayat-ayat pula mempunyai makna leksikal dan structural yang dapat difahami berdasarkan konteks.Asas makna inilah yang menyebabkan manusia boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi antara seorang dengan seorang yang lain.

TERIMA KASIH