Bahasa Isyarat
description
Transcript of Bahasa Isyarat
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
1.0 Pengenalan
1.1 Bahasa isyarat
Secara umumnya, manusia akan lebih senang apabila berkomunikasi menggunakan
pertuturan. Bagi golongan tertentu pula, mereka mempunyai cara lain untuk berkomunikasi.
Sebagai contoh , orang yang mempunyai masalah pendengaran menggunakan beberapa cara
untuk menyampaikan maklumat. Komunikasi bagi orang yang mempunyai masalah
pendengaran adalah dengan menggunakan bahasa isyarat. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah pendengaran ini akan menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa terutamanya
apabila mereka diajar tentang tatabahasa.
Menurut Luckner, Sebald,Cooney, Young, & Muir (2005) menyatakan secara
keseluruhannya, standard literasi kanak-kanak pekak adalah lemah dan ia berada di aras bawah
di mana mereka seringkali gagal mencapai tahap kecemerlangan. Maka, peranan guru dan
ibubapa sangat penting dan pada masa yang sama mencabar dalam mengajar bahasa kepada
kanak-kanak pekak. Boleh dikatakan golongan pelajar yang pekak boleh mempelajari bahasa
melalui teknik pengajaran yang kreatif dan menarik. Scarborough (2001) dalam kajian beliau
mencadangkan bahawa terdapat lapan ciri-ciri penting yang perlu ada dalam diri seorang
pembaca yang berkemahiran:, pengetahuan sedia ada, kosa kata, struktur bahasa, verbal
reasoning, pengetahuan literasi, kesedaran fonik, pentaksifan kod dan kesedaran penglihatan.
Berdasarkan cadangan ini, dengan menyelitkan kesemua lapan unsur ini dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kita dapat memastikan pengajaran bahasa yang efektif kepada
murid bermasalah pendengaran.
Oleh itu, guru perlu merancang rancangan pengajaran harian yang sesuai untuk
pengajaran yang bersesuaian dengan murid ini supaya objektif pengajaran guru tercapai.
Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelasbergantung sepenuhnya
1
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi
pengajaran.
1.2 Definisi Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
Sejarah bermulanya Kod tangan iaitu pada tahun 1973 dan Bahasa Malaysia Kod Tangan
(BMKT) digubal dan siap pada tahun 1978. Pada tahun 1982, kursus BMKT yang pertama
diadakan untuk guru-guru pendidikan khas Pulau Pinang di Maktab Perguruan Persekutuan
Pulau Pinang. Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Kuala
Lumpur, Persatuan Pekak Negeri-negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka
serta guru-guru telah mengambil satu langkah positif menerbitkan buku kod tangan bahasa
melayu (KTBM) edisi 1979 yang diguna pakai sehingga hari ini. Sebenarnya, KTBM banyak
memberikan kebaikan kepada golongan pekak. Hal ini disebabkan kerana, KTBM boleh melatih
mereka membaca, memahami struktur ayat, membetulkan bahasa dan sebagainya.
Bahasa Isyarat merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi
pergerakan tangan, badan dan bibir untuk meyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran
seorang penutur. Bahasa Isyarat merupakan bahasa yang tidak menggunakan pola bunyi,
sebaliknya menggunakan pola isyarat dihantar (komunikasi) manual, bahasa badan) untuk
memberi makna serentak dengan gabungan bentuk tangan, orentasi dan pergerakan tangan,
lengan, atau badan, raut muka untuk menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.
2
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
Bahasa Isyarat Malaysia(BMI)
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ialah bahasa yang tulen bagi orang kehilangan pendengaran di
Malaysia. Ia merupakan bahasa ibunda dan bahasa isyarat istimewa bagi Orang Pekak Malaysia.
Pada awalnya mereka menggunakan ASL(American Sign Language), kemudian telah diadaptasi
agar sesuai digunakan di Malaysia.
Bahasa Isyarat Malaysia mempunyai tatabahasa yang tersendiri yang mana ianya lebih menjurus
kepada apa yang boleh dilihat oleh orang pekak itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa BIM ini
tidak sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa samada bahasa inggeris mahupun
bahasa melayu. Walaubagaimanpun, penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia amat berguna untuk
memudahkan pemahan orang pekak.
Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
Kod Tangan Bahasa Melayu merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa
Melayu yang baku. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila berlakunya terjemahaan
daripada lisan(suara) kepada visual(tangan) dalam tatabahasa Bahasa Melayu. KTBM ini tidak
memberi kesan yang baik dan melambatkan lagi komunikasi antara orang pekak. Mereka juga
tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik bahkan tidak dapat memberi gambaran dan
maksud orang pekak.Apabila KTBM digunakan, kebanyakan Orang Pekak mengalami
kekeliruan apabila berkomunikasi dalam KTBM.
3
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
Antara berikut merupakan kelebihan berkomunikasi menggunakan Bahasa Isyarat iaitu
dapat mengelakkan risiko kelambatan perkembangan bahasa bagi kanak-kanak pekak dan bisu
kerana masalah utama kanak-kanak masalah pendengaran ialah perkembangan proses menguasai
bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Selain itu, Kod Tangan dapat mengembangkan
keupayaan mental. Ini disebabkan beberapa kajian membuktikan bahawa penggunaan bahasa
isyarat dan orang yang mengalami masalah kehilangan pendengaran adalah lebih hebat
perkembangan dan memanipulasi mental. Bahasa Isyarat juga banyak memberi sumbangan
kepada perkembangan bayi kerana mereka kurang mengalami tekanan dan dapat
mengekspresikan perasaan dan kehendak mereka dengan menggunakan bahasa isyarat ketika
mereka tidak tahu bercakap. Melalui bahasa isyarat ini juga dapat menguasai kebolehan
membaca dengan cepat terutamanya bagi bayi yang diajar beberapa simbol bahasa isyarat yang
mudah, bukan sahaja cepat bercakap tetapi juga dapat menguasai kebolehan membaca dengan
cepat.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa kelemahan berkomunikasi menggunakan Bahasa
Isyarat ini terutamanya pada individu itu sendiri isyarat yang digunakan individu bermasalah
pendengaran. Kepelbagaiaan ini disebabkan oleh latar belakang individu dan budaya
persekitaran kehidupan mereka. Disebabkan keadaan sediemikian, isyarat-isyarat yang
dihasilkanberbeza antara seseorang penutur dengan penutur yang lain. Oleh itu, untuk
mempelajari bahasa isyarat ianya memerlukan tenaga pengajar yang mahir supaya mereka dapat
menguasai bahasa isyarat yang telah distandardkan. Penggunaan bahasa isyarat juga mempunyai
kelancaran berkomunikasi yang terbatas.
Komunikasi menggunakan percakapan normal iaitu dengan menggunakan suara berbanding
dengan bahasa isyarat mempunyai batasan kelancaran untuk berkomunikasi dari segi kepantasan
dan penerimaan maksud yang ingin disampaikan. Halangan utama murid masalah pendengaran
ialah untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam masyarakat kerana mereka menggunakan
isyarat tangan. Tidak ramai yang dapat memahami simbol-simbol yang digunakan dan
komunikasi yang terhad ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa.
4
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
Seterusnya memberi kesan terhadap pencapaian akademik dikalangan murid-murid
masalah pendengaran. Untuk menggunakan bahasa isyarat sebagai medium untuk
berkomunikasi amat sukar bagi mereka untuk menulis atau menghasilkan sesebuah karangan.
Mereka tidak dapat menyatakan atau mengeluarkan idea dalam struktur nahu ayat bahasa
melayu, sedangkan semasa perbincangan mereka dapat menyatakan idea dalam bahasa isyarat.
Sedangkan semasa mereka berkomunikasi, mereka tidak mementingkan unsur-unsur seperti
imbuhan dan 'tenses' mereka seringkali menggunakan ayat-ayat yang digunakan semasa bertutur
dan akan diturunkan dalam bentuk ayat semasa membuat penulisan. Hal ini menyebabkan ayat-
ayat yang dihasilkan oleh mereka tidak menepati struktur dan tatabahasa Bahasa Inggeris. Ayat-
ayat kiasan dan berbunga adalah sukar untuk difahami oleh kanak-kanak masalah pendengaran.
Hal ini kerena isyarat mereka tidak dapat membantu pemahaman ayat-ayat tersebut Contohnya :
ayat kiasan 'i ran like the wind' Keseluruhanya, bahasa isyarat amat penting kepada individu
masalah pendengaran atau bisu. Keadaan ini kerana bahasa isyarat sahaja sebagai bahan
penghubung dengan masyarakat disekeliling mereka. Ia dapat mereka menggunakan alat atau
bahasa yang dapat membantu mereka untuk berkomunikasi atau bergaul dengan orang sekeliling
mereka.
5
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MASALAH PENDENGARAN)
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun: : 6 Berjaya
Bilangan murid : : 4 orang
Hari : Selasa
Tarikh: : 21 Oktober 2014
Masa: : 10.35 -11.35 pagi
Tajuk: : Sebab Riak
Penggabungjalinan kemahiran
Fokus utama
Pra Bacaan : mendengar dan memberi gerak balas kepada permintaan, arahan, dan cerita.
Fokus Sampingan
Mendengar : membina minat untuk membaca
Objektif
Di akhir pelajaran murid akan dapat:
1. Memberi gerak balas terhadap arahan guru dengan tepat dan betul.
6
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
Pengetahuan sedia ada:
1.Murid telah mempelajari asas membaca suku kata mudah
Kemahiran berbahasa
-Mendengar
-Menulis
Bahan bantu mengajar
Petikan Buku Cerita A 4 , Kad manila, papan tulis, sampul berwarna,
Sistem bahasa
Tatabahasa – ayat mudah
Sebutan dan ejaan
Kemahiran bernilai tambah
Pembelajaran koperatif
KBKK-menjana idea, mengelas dan membuat kaitan dan perhubungan
Pengisian kurikulum
1. Ilmu : Pendidikan Moral, Sains
2. Nilai : Rajin – berusaha mencari makanan
7
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
Langkah/
MasaIsi pelajaran Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan
Set induksi
(5 minit)
Bersoal jawab
tentang objek
maujud
Guru menunjukan gambar
seekor anjing
Murid memberikan perhatian dan
menjawab soalan guru.
BBM
Kad gambar
Ilmu :
Pendidikan sains
Nilai:Keperihatinan
KBT:
KBKK-Menjana idea
Langkah 1
(15 Minit)
Melihat buku
cerita pendek
bertajuk Sebab
Riak
1. Guru mengagihkan buku cerita
bertajuk Sebab Riak kepada setiap
murid.
2. Guru meminta murid melihat
dan membuka bukuyang diedarkan.
3. Guru meminta meminta semua
murid membaca cerita secara
perseorangan.
1. Murid mendengar arahan guru.
2. Murid membaca bersenderian
BBM:
Buku cerita pendek.
Ilmu:Pendidikan Moral
Nilai:
Kerajinan
KBT:Pembelajaran
koperatif
KBKK
Mengelaskan
1. Murid melihat 1. Guru membacakan dan 1. Murid menerima petikan teks. BBM:
8
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
Langkah 2
(15 minit )
dan membuat
bahasa isyarat
berdasarkan
bacaan petikan
cerita
2. Membina ayat
bagi perkataan
yang diberi
berdasarkan
petikan yang
dibaca.
membuat bahasa isyarat
berdasarkan petikan buku cerita
kepada murid.
2. Guru meminta murid pula
membaca petikan dengan bahasa
isyarat.
3. Guru bersoal jawab
tentang petikan.
4. Guru meminta murid
menggariskan perkataan yang sukar
bagi mereka untuk diajukan kepada
guru.
5. Guru meminta murid membina
ayat berdasarkan perkataan yang
diberi oleh guru.
6. Semua murid diminta membina
ayat dari perkataan yang diberikan.
7. Guru meminta murid
membacakan dengan bahasa isyarat
ayat yang telah ditulis.
8. Guru menyemak jawapan
2. Murid membaca petikan dengan
betul sambil menggunakan bahasa
isyarat.
3. Murid menjawab soalan guru
tentang petikan yang dibaca.
4. Murid menggariskan perkataan
yang di arahkan oleh guru.
5. Setiap murid membina ayat
berdasarkan perkataan yang diberi
oleh guru
6. Murid menyemak jawapan
bersama guru
Petikan teks cerita
pendek
Buku cerita
Ilmu:
Sains
Nilai:
Berusaha
KBT:
Menjana idea
Pembelajaran koperatif
9
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
bersama murid.
Perkataan :
- Menggonggong
- Berjalan
- Terpandang
- Sebatang
- Tulang
Langkah 3
(20 minit)
1. Membuat
ulasan tentang
pengajaran yang
terdapat
dalampetikan yang
di baca.
1. Guru menayangkan
gambar anjing dan tulang di layar
2. Guru meminta setiap murid
memilih perkataan ynag diletakkan
di dalam sampul surat.
3. Guru meminta murid
melakonkan watak berdasarkan
perkataan yang terdapat di dalam
sampul surat tersebut:
-anjing
-burung
-ayam
-kucing
1. Murid mengambil sampul surat
yang mengandungi gambar binatang.
2. Murid menumpukan perhatian
semasa guru menampal gambar
binatang yang telah dikeluarkan oleh
murid.
3. Setiap murid akan melakonkan
watak dan juga aksi binatang yang
mereka dapat di hadapan kelas.
4. Semua murid mendengar dan
BBM:
Papan ataulis, sampul
surat, gambar binatang
Ilmu:
Sains, Seni Visual
Nilai:Kerjasama
KBT:
10
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
-kambing
-lembu
4. Guru mengingatkan murid
supaya tidak menjadi orang yang
riak dan sombong.
5. Guru membuat membaca ulasan
bagi pengajaran cerita yang
terdapat dalam petikan.
melihat dengan tumpuan sepenuhnya
kepada guru mengenai ulasan dari
guru.
KBKK-
Menjana idea,membuat
kaitan dan perhubungan
pembelajaran koperatif
Penutup
(5 Minit)
Merumus isi
pelajaran dan
menyanyikan lagu
layang-layang.
1. Guru merumuskan isi pelajaran
dengan bersoal jawab bersama
murid.
1. Murid menumpukan sepenuh
perhatian kepada guru
11
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
REFLEKSI
Rancangan pengajaran harian merupakan satu perancangan pembelajaran dan pengajaran
yang hendak disampaikan kepada murid. Perediaan ini akan dirancang lebih awal sebelum sesi
pembelajaran dimulakan. Kesimpulannya, dengan adanya kemahiran membuat refleksi dapat
membantu guru belajar secara optimum daripada kesilapan dan pengalaman lepas. Oleh sebab
itu, refleksi juga dikatakan dapat membantu pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan
peribadi serta profesion yang positif .melaksanakan tugasan ini juga, saya dapat mempelajari
tentang pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain, bercertta yang boleh dikaitkan dengan
kaedah dan teknik mengajar seperti membaca dan menyelesaikan masalah. Saya memperolehi
pengetahuan ini melalui pemerhatian yang dibuat ketika sesi P&P kelas Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran. Saya dapati sebagai guru pendidikan khas kita haruslah kreatif dalam
pengajaran kerana kemampuan kognitif murid berkeperluan khas adalah berbeza-beza. Pada
pendapat saya, guru adalah seorang pelakon, yang pandai menonjolkan bakatnya supaya ramai
penonton suka menontonnya. Manakala, murid ialah penonton, yang akan menyaksikan
pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih
dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan.
Penyelesaian ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.
Kesimpulannya, dengan adanya kemahiran membuat refleksi dapat membantu guru
belajar secara optimum daripada kesilapan dan pengalaman lepas. Oleh sebab itu, refleksi juga
dikatakan dapat membantu pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan peribadi serta
profesion yang positif.
Objektif pembelajaran saya pada hari ini ialah, murid dapat memahami dan mengikut
arahan yang diberikan oleh guru. Harapan agar, diakhir proses pengajaran dan pembelajaran
murid-murid dapat mengikut arahan yang diberikan oleh guru untuk latihan secara individu
disamping dapat menjalankan aktiviti dengan seronok bersama rakan mereka.
Pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan bacaan doa, agar ilmu yang kita
sampaikan diterima oleh murid mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya. Selesai sahaja berdoa
dan bertanya khabar murid-murid, saya arahkan agar mereka melakukan sedikit senaman. Bagi
12
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
memulakan set induksi yang menjurus kepada kesediaan murid dengan isu semasa dan
pengetahuan sedia ada murid, saya menunjukkan beberapa gambar haiwan dan diselangselikan
dengan soal jawab bagi mencungkil idea dan mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan
isi pelajaran.
Setelah selesai set induksi, saya teruskan pengajaran dengan menjalankan penerangan
konsep tajuk yang ingin saya ajar iaitu bercerita dengan tajuk ‘Sebab Riak’. Pendekatan masteri
saya gunakan dalam pengajaran saya agar murid dapat memahami dan menguasai konsep isi
pelajaran dan boleh menyelesaikan soalan-soalan spontan menggunakan konsep yang dipelajari.
Penerangan konsep ini saya lakukan dengan memaparkan beberapa gambar haiwan yang saya
sediakan lebih awal. Tujuannya adalah untuk memberi lebih fokus kepada murid disamping
menambahkan minat murid untuk mengetahui langkah dan arahan seterusnya menyelesaikan
soalan berkaitan tajuk yang saya ajar. Aktiviti seterusnya saya meminta murid membacnya
dengan menggunakan bahasa isyarat petikan cerita pendek yang telah diberikan oleh guru. Di
samping itu juga guru meminta murid mencari perkataan yang sukar difahami oleh murid untuk
menanyakan kepada guru. Aktiviti penutup saya jalankan dengan membuat penutupan
kognitif dan sosial yang memfokuskan kepada rumusan isi pelajaran yang telah dipelajari oleh
murid dengan meminta mereka menyatakan hubungan antara cerita yang dipelajari dengan
pengajaran yang kita dapat melalui nilai murni dan pengajaran dari sikap buruk melalui cerita
tersebut.
2.0 KEKUATAN
2.1 Sebutan dan dan nada suara yang jelas
Selepas saya menonton video makropengajaran yang telah dirakam, kelebihan yang ada
pada pengajaran saya adalah nada suara atau sebutan yang jelas ketika menyampaikan maklumat
13
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
dan ketika memberikan arahan. Kesannya, murid dapat faham isi pelajaran dan arahan yang saya
sampaikan kepada mereka dengan baik.
2.2 Kawalan kelas yang baik
Selain itu juga saya mampu melaksanakan kawalan kelas yang baik dalam mengurus
tadbir murid dan memastikan wujud suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Kawalan kelas yang baik membantu saya menjalankan aktiviti dengan lebih lancar, ditambah
pula dengan kerjasama dan penyertaan yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam menjalankan
aktiviti. Murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif terutamanya dalam aktiviti kumpulan
kerana saya telah mengambil kira ketidaksamaan kebolehan di kalangan murid-murid semasa
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kawalan dan kerjasama yang yang diberikan
ini telah mewujudkan keadaan pembelajaran yang kondusif dan selesa.
2.3 Bahan bantu mengajar yang berkesan
Kaedah dan bahan bantu mengajar yang saya gunakan juga menarik perhatian, sesuai dan
releven untuk murid. Bahan bantu belajar dan mengajar ini banyak memberi sumbangan dalam
menjayakan pengajaran saya pada kali ini. Saya akan terus berusaha menghasilkan bahan
pengajaran yang bukan hanya berguna untuk pengajaran saya sendiri malah untuk kegunaan
bersama-sama Panitia Matematik. Bukan hanya dalam bentuk benda-benda maujud malah
menghasilkan aneka koleksi bahan pengajaran menggunakan perisian-perisian komputer seperti
penggunaan Microsoft PowerPoint. Tanpa bahan mengajar umpama resepi yang kekurangan
perisanya.
2.4 Peneguhan positif
Daripada pemerhatian, murid-murid amat suka diberi pujian dan galakan. Peneguhan
diberikan secara lisan dan isyarat kepada perlakuan yang baik sama ada dalam bentuk ungkapan,
perkataan, dan isyarat peneguhan yang bersesuaian dengan murid. Pada sesi pengajaran kali ini,
14
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
peneguhan positif yang saya lakukan kepada murid menjadikan pengajaran lebih bermakna
seperti mengatakan “bagus!”, “pandai” dan bertepuk tangan kepada murid yang menjawab
soalan dengan betul. Oleh yang demikian saya harus terus menggunakan kemahiran dalam
memberikan peneguhan agar murid bersemangat untuk menjawab soalan yang diajukan.
Disamping itu, peneguhan ini penting agar murid-murid rasa dihargai oleh guru. Peneguhan
dengan memberi teguran yang berseuaian kepada pelakuan yang negatif juga perlu dilakukan
bagi mengelakkan perlakuan yang negatif ini dari berulang Namun demikian, saya juga perlu
beringat agar peneguhan yang diberikan tidak terlalu kerap sehingga murid berasa boring dan
menjangkakan hanya ucapan kosong seorang guru.
2.5 Penerapan nilai murni
Dalam proses pengajaran ini, saya juga telah menekankan aspek penerapan nilai-nilai
murni kepada murid-murid saya. Antara nilai-nilai murni yang saya terapkan ialah semangat
tolong-menolong, berani mencuba, bekerjasama dan bersaing secara sihat terutamanya dalam
menjalankan aktiviti individu dan kumpulan yang telah dirancang. Saya juga menerapkan rasa
kepimpinan dalam diri individu murid dengan adanya guru kecil yang menjadi pembimbing
kepada rakan-rakan mereka yang lemah. Semoga penerapan nilai-nilai murni ini dapat
membentuk dan melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia.
2.6 Membimbing dan menyemak hasil kerja murid.
Sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung saya mendisiplinkan diri saya agar
sentiasa membimbing dan menyemak hasil kerja murid-murid saya. Tujuannya adalah untuk
memastikan setiap murid dapat memahami dan melaksanakan tugasan yang saya berikan kepada
mereka.
2.7 Memeriksa hasil kerja murid
Dalam makropengajaran juga saya telah memeriksa latihan dan tugasan murid dengan
menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh mereka disamping memberi ulasan yang membina
15
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
dan memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik. Ini penting bagi memastikan objektif
pelajaran dapat dicapai dengan lebih berkesan.
3.0 KELEMAHAN
3.1 Pengurusan masa
Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan baik dan lancar. Berdasarkan rakaman dan RPH yang telah saya sediakan, saya dapati
masa yang digunakan untuk aktiviti individu agak lama berbanding masa yang peruntukkan
dalam RPH. Akibatnya saya tidak dapat menggunakan masa dengan optimum dan terpaksa
mempercepatkan aktiviti kumpulan.
3.2 Penggunaan bahasa (laras dan istilah)
Kelemahan seterusnya yang dapat saya kesan ialah penggunaan bahasa dari segi laras dan
istilah. Contohnya penggunaan perkataan “ok” yang terlalu kerap. Pada dasarnya, kelemahan ini
berlaku tanpa saya sedari, mungkin disebabkan ianya sudah menjadi kebiasaan. Penggunaan
perkataan “ok” yang terlalu kerap boleh menyebabkan murid-murid terikut dengan gaya bahasa
tersebut. Selain itu juga penggunaan dialek yang juga boleh
3.3 Pembelajaran koperatif
Dalam aktiviti kumpulan, saya menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif. Setiap
kumpulan mempunyai 4 orang murid. Namun ada 2 kumpulan yang mempunyai lebih dari 4
orang ahli kumpulan. Kelemahan saya dalam situasi ini ialah, tidak semua murid dapat menulis
di atas papan penyelesaian yang saya sediakan. Walaupun mereka memberikan pendapat namun
peluang untuk turut sama menggunakan dengan optimum adalah terhad. Sepatutnya saya
memastikan setiap ahli kumpulan menjawab soalan secara bergilir-gilir.
16
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
3.4 Ada murid yang tidak aktif.
Penglibatan murid-murid yang lemah semasa pross pengajaran dan pembelajaran adalah
kurang memuaskan. Mereka kurang melibatkan diri dalam kebanyakan aktiviti yang
dilaksanakan. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada perasaan kurang yakin atau takut
ingin mencuba. Sepatutnya saya memainkan peranan dengan memberi keyakinan kepada mereka
untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
4.0 LANGKAH MENGATASI / PENAMBAHBAIKAN
Hari ini membawa azam baru untuk memperbaiki kaedah penyampaian dan pendekatan
dalam pengajaran demi mencapai objektif dan memenuhi kriteria-kriteria guru berkesan dalam
pengajaran yang bukan sahaja memberi impak kepada pencapaian murid malah perubahan
tingkah laku murid ke arah yang lebih positif. Menyedari bertapa besar tanggungjawab sebagai
seorang guru dan begitu banyak perkara yang perlu diperbaiki, menambah semangat dan
motivasi dalam diri saya untuk menjadi guru yang cemerlang bukan sahaja untuk murid-murid
saya, tetapi untuk meningkatkan martabat profesion keguruan khasnya.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang tedapat dalam makropengajaran saya,
beberapa aspek penambahbaikan perlu dilaksanakan. Penambahbaikan yang pertama perlu saya
lakukan adalah memperbaiki penggunaan bahasa dari segi laras dan istilah. Penggunaan bahasa
seperti penggunaan perkataan “ok” yang berulang perlu dielakkan, saya juga boleh menggunakan
perkataan lain seperti “baiklah” dan diselangselikan dengan perkataan lain. Penggunaan dialek
dalam pengajaran juga perlu dihindarkan agar murid tidak mudah terikut-ikut dengan bahasa
guru yang boleh mengelirukan murid-murid.
17
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
Saya juga perlu memantau dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada murid-murid
yang mempunyai kebolehan yang rendah agar mereka tidak tercicir dalam pembelajaran dan
dapat menyiapkan tugasan dengan lebih berkesan. Peneguhan juga perlu diberikan kepada murid
yang lemah agar mereka juga rasa dihargai oleh guru seperti rakan mereka yang lain disamping
dapat memupuk keyakinan dalam diri mereka.
Saya juga perlu bijak melaksanakan aktiviti pengajaran agar selari dengan had masa yang
saya peruntukkan. Saya perlu menepati masa yang telah saya peruntukan dalam rancangan
pengajaran dan menggunakan masa yang ada dengan optimum Namun demikian saya juga perlu
bersikap “fleksibel” yakni berubah mengikut keadaan bagi memastikan tiada kecacatan dalam
proses pengajaran.
Sekiranya saya berpeluang mengajar sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya
akan memastikan setiap murid mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang saya jalankan.
Ianya bertujuan supaya murid yang lemah juga memainkan peranan yang aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala untuk aktiviti kumpulan pula, saya akan
mengaplikasikan pembelajaran koperatif dengan memastikan setiap murid dalam kumpulan akan
mempunyai peranan atau nombor masing-masing. Saya akan menetapkan peraturan menjawab
soalan kepada murid yang nombornya disebut sahaja perlu bangun dan menyelesaikan soalan.
Walau bagaimanapun rakan kumpulan boleh membimbing rakan mereka jika rakan mereka tidak
dapat menyelesaikan soalan yang diberikan. Secara tidak langsung nilai-nilai murni dapat diterap
dalam aktiviti seperti ini.
Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dapat dicapai dan saya berpuas hati terhadap
makropengajaran kali ini walaupun timbul beberapa kelemahan yang mencacatkan sedikit proses
pengajaran dan pembelajaran. Saya beriltizam dan berazam untuk memperbaiki diri dan
menghasilkan pengajaran yang lebih berkualiti di masa akan datang walaupun saya perlu
memaksimumkan usaha saya, kerana kemanisan akan dikecapi oleh guru apabila melihat murid-
18
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
muridnya mencapai kefahaman terhadap apa yang diajar dan memperolehi kejayaan. Guru
berkualiti meneraju pembangunan negara ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.
19
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
RUJUKAN
1. Saadiah Ahmad. HBSE4303 Pengenalan Bahasa Isyarat (BMKT). 2011.OUM
2. Jamila K.A Mohamad. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. 2005.
Percetakan Zafar Sdn Bhd.
3. K.A Razhiyah. Menjadi Guru Pendidikan Khas ( Pendengaran). 2006. Percetakan
Zafar Sdn Bhd.
4. Azman Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati bt Omar. Kefahaman Bahasa
Isyarat dikalangan murid-murid masalah pendengaran. 2011. Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan.
5. Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi
Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. 2009. Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan USM.
Laman Sesawang
1. http://intanwahid.blogspot.com/2009/08/1.html
2. http://syazwanisulaiman92.blogspot.com/2012_11_01_archive.html
3. http://mbsskl.edu.my/panitia_pkhas/masalah-pendengaran/
20
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
LAMPIRAN
1. Kad Imbasan
21
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
22
PENGENALAN BAHASA ISYARAT(BMKT) HBSE4303
23