Bahasa Kanak Kanak

41
1.0 Pengenalan Manusia dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device) untuk membolehkan bahasa dapat dikuasai mereka. Bahasa ialah alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain, dengan menggunakan bunyi-bunyi yang bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran yang terdapat di dalam tubuh manusia. Bunyi-bunyi ini tersusun mengikut hukum-hukum bahasa yang ada dalam masyarakat pengguna bahasa tersebut. Bahasa dapat melambangkan, bukan sahaja buah fikiran, malah perasaan dan keinginan manusia itu. Walau bagaimanapun, bagi setiap kanak-kanak yang baharu dilahirkan, mereka memulakan kehidupannya tanpa bahasa. Proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak akan berlaku sedikit demi sedikit, mengikut perkembangan mental dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu sendiri secara keseluruhan. Perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mental, kecerdasan, pengalaman, dan latar belakang sosial yang dilalui mereka. Sehubungan dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak adalah tidak mungkin dapat dipisahkan daripada corak kehidupan keluarga kanak-kanak tersebut. Seseorang kanak- kanak itu, dari saat kelahirannya, mereka sudah mengeluarkan bunyi dari mulutnya dalam bentuk tangisan, tetapi bunyi ini tidaklah dikatakan bahasa. Hal ini demikian kerana bunyi tangisan tidak mempunyai pola- pola yang teratur yang dapat menyampaikan fikiran dan perasaan

description

penyelidikan

Transcript of Bahasa Kanak Kanak

Page 1: Bahasa Kanak Kanak

1.0 Pengenalan

Manusia dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device) 

untuk membolehkan bahasa dapat dikuasai mereka.  Bahasa ialah alat yang digunakan oleh

manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain, dengan menggunakan bunyi-bunyi

yang bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran yang terdapat di dalam tubuh manusia.

Bunyi-bunyi ini tersusun mengikut hukum-hukum bahasa  yang   ada   dalam  masyarakat

pengguna bahasa tersebut.

Bahasa dapat melambangkan,  bukan sahaja buah fikiran, malah perasaan dan

keinginan manusia itu. Walau bagaimanapun, bagi setiap kanak-kanak yang baharu

dilahirkan, mereka memulakan   kehidupannya    tanpa   bahasa.   Proses pemerolehan

bahasa dalam  kalangan kanak-kanak  akan  berlaku sedikit demi sedikit, mengikut

perkembangan mental dan  perkembangan fizikal kanak-kanak itu sendiri secara

keseluruhan.

Perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mental,

kecerdasan, pengalaman, dan latar belakang sosial yang dilalui mereka. Sehubungan

dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak adalah tidak mungkin dapat dipisahkan

daripada corak kehidupan keluarga  kanak-kanak tersebut. Seseorang kanak-kanak itu, dari

saat  kelahirannya, mereka sudah mengeluarkan bunyi dari mulutnya dalam bentuk

tangisan, tetapi bunyi ini tidaklah dikatakan bahasa.

Hal ini demikian kerana bunyi tangisan tidak mempunyai pola-pola yang teratur yang

dapat menyampaikan  fikiran   dan   perasaan  dengan setepat-tepatnya. Peringkat ini.

dikatakan peringkat membebel oleh para sarjana psikologi kanak-kanak. Peringkat ini

berlaku ketika peringkat bayi, iaitu yang berumur  0 hingga satu tahun dan bunyi yang

dikeluarkan  tidak mempunyai makna yang jelas.

Kanak-kanak hanya boleh dikatakan mempunyai bahasa apabila mereka sudah

dapat menghasilkan dan membezakan satu bunyi ujaran daripada bunyi yang lain dalam

hubungannya dengan orang lain. Bahasa yang diperoleh kanak-kanak itu dapat 

dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bahasa egosentrik dan bahasa perhubungan

(sosialized  speech).

Page 2: Bahasa Kanak Kanak

Bahasa  perhubungan atau socialized speech, kanak-kanak  akan bertukar-tukar

fikiran dengan orang lain dengan menggunakan pelbagai cara seperti bercerita, bertengkar,

mengulas, membantah,  bertanya, dan sebagainya. Hal ini membayangkan bahawa pada

tahap ini, bahasa digunakan oleh kanak-kanak untuk menanggap dunia di sekeliling mereka.

Pola pemikiran kanak-kanak adalah jelas terpancar  dalam bahasa yang digunakan oleh

mereka  ketika berkomunikasi.

Jika ditinjau dari segi perkembangan bahasa kanak-kanak, kata-kata yang mula-

mula sekali dipelajari seseorang kanak-kanak ialah kata-kata utama, iaitu kata-kata yang

penting kepada kanak-kanak yang merujuk kepada nama, seperti    “emak”,  “ayah”, 

“susu”,  “mandi”,  “air”,    “makan”,  “kucing”,  “adik”, dan lain-lain lagi . Hal ini

membayangkan bahawa pemikiran  kanak-kanak lebih tertumpu  pada kata-kata dan objek-

objek yang konkrit.  Kata-kata abstrak tidak wujud lagi ketika itu. Oleh sebab itu, kata tugas

seperti“dan”, “pada” dan “dari”, tidak akan timbul dalam  bahasa kanak-kanak pada

peringkat awal.

Perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku tanpa disedari. Hal ini demikian kerana 

seseorang kanak-kanak menguasai bahasanya secara meniru dan  tanpa  secara langsung.

Hal ini bermaksud seseorang bahawa kanak-kanak tidak perlu mendapatkan  pendidikan

formal untuk mempelajari bahasa pada peringkat awal, sebaliknya memperolehnya daripada

bahasa yang diucapkan oleh ahli masyarakat di persekitarannya.

Sehubungan dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak ada hubung

kaitnya dengan perkembangan mental seseorang kanak-kanak itu. Justeru, bagi

memastikan berlakunya perkembangan bahasa yang ”sihat”, seseorang kanak-kanak itu

perlu diberi pengayaan bahasa oleh ahli masyarakatnya. Pelbagai bentuk ragam bahasa

perlu didedahkan kepada kanak-kanak supaya penguasaannya lebih menyeluruh, iaitu tidak

terhad kepada tujuan untuk memperoleh ilmu semata-mata, tetapi juga untuk menjadi insan

yang berketerampilan, berkemahiran, dan beroleh kecekapan dalam berkomunikasi.

Page 3: Bahasa Kanak Kanak

Peringkat perkembangan bahasa

kanak-kanak

Peringkat bayi Umur 0

hingga 1 tahun

Peringkat awal kanak-kanak 1 hingga 2

tahun

Peringkat kanak-kanak 2 hingga

3 tahun

3 hingga 5 tahun

5 hingga 8 tahun

2.0 Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak

Bahasa merupakan satu media komunikasi sama ada verbal atau bukan verbal.

Berkomunikasi menggunakan bahasa bermaksud membunyikan suara atau perkataan untuk

menyampaikan sesuatu maksud. Melalui bahasa manusia dapat bertutur untuk melahirkan

apa yang dirasai atau yang difikir. Perasaan atau fikiran ini boleh melahirkan sama ada

melalui tulisan, bahasa isyarat, air muka atau melalui lukisan. Pendek kata bahasa

membolehkan manusia behubung antara satu sama lain. Bahasa sebagai pemangkin

perkembangan kanak-kanak. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa da rakan

sebaya. Mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku

di persekitaran mereka.

Perkembangan berbahasa memudahkan proses pengajaran (BERK 2001) dan ia

rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Ia akan memudahkan pelajar mempelajari

konsep-konsep abstrak (SANTROCK, 2007). Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat

dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Dengan

perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak lebih cekap dalam

perbualan. Perkembangan bahasa akan dibincangkan melalui beberapa peringkat

perkembangan kanak-kanak

Rajah 1: Peringkat perkembangan bahasa

Page 4: Bahasa Kanak Kanak

mengeluarkan bunyi berulang 'ba,ba,ba' 'ma,ma,ma'Babbling

Mengeluarkan bunyi 'OC' seperti "oo" dan "roo"menggunakan bunyi ini untuk berinteraksi dengan penjagaannya.Cooing

Berinteraksi tekanan terhadap pelbagai perkara seperti lapar, sakit dan sebagainya.Menangis

mula menunjukkan isyarat seperti merunding jari,anggukan kepala (dari bulan 8-12 bulan)Isyarat

2.1 Peringkat umur 0 hingga 1 tahun

Bayi yang baru dilahirkan dapat berinteraksi dengan orang lain pada kadar yang

paling minimum dengan menggunakan pancainderanya. Ia merasa, menghidu, mendengar,

melihat dan mengeluarkan bunyi tertentu semata-mata untuk melahirkan perasaan dan

kehendaknya. Sehinggalah usianya sebulan bunyi yang keluar dari mulut bayi yang boleh

dianggap sebagai pertuturannya cuma terhad dalam bentuk tangisan. Bunyi tangisan da

nada suara itu pula berbeza dari segi nyaring, kuat dan perlahan. Perbezaan bunyi tangisan

menggambarkan perasaan dan kehendak yang tertentu. Ini menunjukkan bahawa bayi

sudah mula untuk memperkatakan pada orang lain akan perasaan dan emosinya ketika itu.

Bayi belum bersedia untuk mempelajari sesuatu bahasa sehingga ia berupaya

mendengar dan membezakan setiap bunyi yang didengari. Seawal lima minggu selepas

dilahirkan, bayi menunjukkan rasa teruja, mengeluarkan bunyi-bunyi ketawa dan memberi

fokus mata kepada orang berkepentingan iaitu ibu yang merangsang komunikasi tersebut.

Apabila umur bayi meningkat satu setengah bulan hinggalah umurnya tiga setengah bulan,

ia mula mengeluarka satu bunyi yang dikenali sebagai ‘kukur’. Bunyi yang dihasilkan ialah

bunyi konsonan seperti c, k dan g. Bayi pada peringkat umur ini telah dapat mengenal dan

kadang kala boleh bertindak balas kepada sesuatu bunyi yang dihasilkan oleh orang lain.

Pada umur 3 hingga 4 bulan, bayi sering mengeluarkan suara balasan iaitu

“babbling”, “cooing”, menangis, isyarat seperti dinyatakan dalam rajah 2 seolah-olah

menggunakan bahasanya sendiri untuk berinteraksi dengan orang lain. Permainan suara

balasan antara ibu bapa dan anak seperti ‘ dadada’ atau ‘yayay’ bukan sahaja membawa

kegembiraan dan kerapatan antara dua pihak, malah merupakan langkah awal membantu

bayi mempelajari sesuatu bahasa.

Rajah 2: bahasa bayi

Page 5: Bahasa Kanak Kanak

Tujuan komunikasi awal ini adalah untuk menarik perhatian ibubap, penjaga dan

orang-orang yang berada di sekitarnya. Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh

bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada tahun yang pertama.

Pada usia 5 bulan, bayi boleh meniru ekspresi wajah orang lain. Menurut Bee dan

Boyd (2007), isyarat dan ekspresi muka yang dilihat dan ditiru oleh bayi dapat membantu

mempercepatkan proses perkembangan bahasa pada peringkat ini. Apabila umurnya enam

bulan, bayi kurang ‘berkukur’ tetapi mula menyebut perkataan yang bunyinya mempunyai

maksud-maksud tertentu. Ini merupakan sifat semula jadi kanak-kanak dalam lingkuan umur

ini termasuk kanak-kanak bisu dan dan pekak. Pada mulanya bayi akan membunyikan

perkataan ma, da,ba,ugh dan na. Bunyi-bunyi ini seringkali diulang-ulang sehingga

menghasilkan ucapan ma ma atau ba ba. Perkembangan pada peringkat ini penting sebagai

asas latihan bercakap untuk perkembangan bahasa seterusnya.

Pada usia 9 hingga 12 bulan, bayi boleh mengekalkan komunikasi melalui bahasa

yang dikenali secara kreatif untuk menyatakan keperluan dan kehendaknya. Pada

penghujung tahun pertama, bayi berupaya mengeluarkan atau kehendaknya. Pada

penghujung tahun pertama, bayi berupaya mengeluarkan bunyi yang mempunyai corak

tertentu disebut patterned speech. Apabila bayi dapat mengecam dan membunyikan

beberapa fonem, kumpulan bunyi atau unit kecil dalam pertuturan, bayi itu sudah bersedia

menyebut perkataan pertamanya.

Sebelum bayi berumur 12 bulan, ia jarang kelihatan menggunakan perkataan dalam

perlakuan komunikasinya dengan orang lain. Hal ini menunjukkan mereka menggunakan

bahasa resepsi (receptive language) sebelum menguasai bahasa ekspresif (expressive

language). Oleh hal yang demikian, bayi sudah memahami bahasa sebelum dapat

melafazkan bahasa tersebut.

Page 6: Bahasa Kanak Kanak

2.2 Peringkat umur 1 hingga 2 tahun

Apabila bayi menjangkau umur satu tahun, mereka mula menggunakan bahasa

yang mempunyai corak tertentu, iaitu bunyi yang dikeluarkan mirip kepada intonasi atau

bentuk bahasa yang sering didengari dalam persekitarannya. Semasa bayi dalam lingkuan

12 bulan hingga 18 bulan, dia sudah mulai menuturkan perkataan. Oleh itu bayi hendaklah

diberi peluang bercakap supaya dia tidak akan mengalami gangguan emosi. Pada peringkat

ini juga bayi sudah mullah belajar berjalan dan mungkin menumpukan lebih perhatian

kepada keininan untuk berjalan. Kecenderungan ini mungkin menyebabkan perkembangan

bahasanya terhenti sebentar. Setelah pandai berjalan perhatiannya tertumpu semula

kepada penguasaan bahasa. Hanya sedikit perbendaharan kata yang akan dipelajari kanak-

kanak semasa umurnya 12 hingga 15 bulan.

Bilangan kata akan bertambah setelah umurnya 18 bulan. Pada perngkat ini mereka

mula menggunakan perkataan-perkataan kecil. Contohnya, ayah disebut “yah” tidur disebut

“tete”. Ayat ‘dua perkataan’ mula muncul antara 18 hingga 20 bulan dan sering terdiri

daripada kata kerja dan kata nama terutamanya untuk meluahkan idea perkaitan seperti

“mama baju”, “kucing tidur”, dan sebagainya. Kanak-kanak dalam lingkuan umur 18 hingga

24 bulan sudah boleh menggunakan perkataan ketika bermain secara bersendirian atau

dengan orang lain. Ketika ini juga kanak-kanak sudah boleh memahami dan bertindak balas

terhadap sebarang suruhan yang mudah. Pada peringkat ini, bayi mampu memiliki jumlah

hampir 300 patah perkataan (Driscoll & Nagel, 2002).

Pada peringkat awal ini, mereka bersedia mempelajari perkataan dan maksud

perkataan yang dibunyikan. Antara perkataan-perkataan pertama adalah terdiri daripada

perkataan berunsur social seperti “bye-bye, suka, tak nak, saying” dan sebagainya. Jumlah

dan bentuk perbendahan kata yang dituturkan bergantung kepada kemampuan kanak-

kanak awal untuk mendengar dan mempunyai peluang berhubung dengan orang lain setiap

hari. Pada peringkat ini juga kanak-kanak berupaya menggunakan sifat nama,

kata bilangan dan kata tempat dalam membentuk  perkataan pertama semasa umur

1 ½ tahun  juga menyebut perkataan mengenal nama benda atau orang. Semasa umur

1 ½ - 2 tahun  mula menyebut gabungan 2 perkataan ayat mudah melalui bahasa telegrafi

Page 7: Bahasa Kanak Kanak

iaitu perkataan yang penting sahaja seperti “tikar” untuk “mak, saya nak roti bakar”,

“roti sedap”untuk sedapnya roti ini”.

Kanak-kanak umur satu setengah tahun dapat melakukan arah dengan mudah

dengan tepat seperti “Ambilkan buku mak.”,“Mana roti adik.?”. Kanak-kanak pada umur awal

12 hingga 18 bulan sudah dapat menggunakan perkataandengan intonasi yang berbeza.

Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan muladigunakan seperti ayat penyata “Saya

minum.”, “Kunci kakak.”, “Nenek balik.”, ayat negatif “Ibu belum masak.” dan ayat perintah:

“Jangan tutup radio.”

2.3 Peringkat umur 2 hingga 3 tahun

Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang

kurang difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia

awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada

masa inlah mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus

mengawasi anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik.

           

  Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan

memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian,

penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata.

Susunan bahasa masih belum sempurna. Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan

satu perkataan seperti apabila dia sedang lapar. Dia akan kata „mamam‟. Apabila dia tunjuk

roti yang dijual di kedai dan berkata „mamam‟ bermaksud dia nak makan roti itu. Apabila dia

melihat tiada makanan dalam bekas makanan dan menggelengkan kepala bermaksud

makanan sudah habis.

Pada peringkat permulaan, kanak-kanak hanya memahami beberapa makna

perkataan tetapi hasil interaksi dengan alam sekitar dalam  pelbagai konsep, maksud

mereka telah dapat  memperkayakan perkataan dan maknanya. Pada usia 2 tahun, dalam

peringkat ini juga, mereka mempelajari daripada konsep konkrit kepada konsep abstrak.

Dan seterusnya dapat menyusun makna perkataan mengikut tatabahasa. Secara

umumnya, kanak-kanak pada masa ini banyak melakukan kesilapan

Page 8: Bahasa Kanak Kanak

dalam berbahasa. Orang dewasa harus memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasa.

Mengikut Piaget, perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan intelek iaitu

sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit.

Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan

bahasa, perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga

kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.Pengaruh

sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang

bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu

bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas. Pada

peringkat ini iaitu semasa 2 hingga 3 tahun  kanak berupaya untuk

membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti ”Adik nak makan”.

2.4 Peringkat umur 3 hingga 5 tahun

Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang

berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan

dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara

mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang.

Apabila umur dalam lingkungan 2 hingga 4 tahun kanak-kanak mula

menyebut gabungan 3 perkataan dengan menggunakan strategi sebutan untuk  perkataan

rumit seperti “didi” untuk “tv” atau “alan” untuk “jalan”.

Pada umur 4 tahun perkembangan bahasa amat pesat, berbeza daripada kanak-

kanak berumur tiga tahun kerana sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaab dan

suasana yang sesuai, dapat mengawal dan tahu menggunakan bahasa. Mereka banyak

bercakap, suka bertanya, suka bermain ayat-ayat dan bercakap tentang apa sahaja yang

menarik minatnya. Cara mereka menjawab meleret-leret, di samping itu kanak-kanak sudah

pandai memberi komen tentang diri seseorang.

           

 Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak

menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri.

Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar

seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur

Page 9: Bahasa Kanak Kanak

Penglihatan yang baik. Pendengaran yang baik.

Kecerdasan yang normal.

Mempunyai sahsiah yang matang. Aktif dan cergas.

Faham dan pandai menggunakan

perbendaharaan kata

Berminat dan berkebolehan untuk

belajar dan mendengar cerita.

Memberi penuh tumpuan terhadap

sesuatu kerja.

Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan

sekeliling.

mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa

kanak-kanak pada usia ini telah ada kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati

bahawa kanak-kanak yang mendapat kelas pertama adalah mempunyai ciri-ciri berikut yang

terdapat dalam rajah 3.

Rajah 3: Ciri-ciri penerimaan bahasa

2.5 Peringkat umur 5 hingga 8 tahun

Antara umur lima hingga lapan tahun, kanak-kanak berada pada pringkat

perkembangan pertengahan kanak-kanak. Kemahiran bahasa berkembang dengan pantas

pada umur prasekolah. Tatabahasa dan ayat-ayat semakin kompleks dan kanak-kanak

menguasai sintaksis dan struktur ayat dengan lebih mantap. Pada peringkat ini, orang

berkepentingan dalam hidup kanak-kanak berkenaan memainkan peranan yang amat

penting dalam mengembangkan potensi mereka untuk belajar membaca dan menulis.

Morrison (2007) menegaskan dalam dapataan kajiannya bahawa pengalaman awal

pembelajaran bahasa mempunyai impak terhadap kemampuan berbahasa dan kemahiran

membaca pada tahu-tahu berikutnya.

Semasa peringkat ini berlaku percetusan perbendaharaan bahasa sebanyak 10000

perkataan sehingga mencecah hujung prasekolah selain itu juga memahami lawak jenaka

Page 10: Bahasa Kanak Kanak

dan metafora, memahami cerita lisan ataupun yang dibaca di dalam buku dan memahami

dan menghafal seni kata lagu atau puisi. Semasa umur  5 hingga 6 tahun mereka 

ayat gabungan 3-6 perkataan seperti “Roti coklat itu makanan kegemara adik”.

Pada peringkat ini, juga boleh dapat menghasilkan cerita pendek. Sebutan

bertambah baik. Selain itu, kanak-kanak juga boleh mengulang dan dapat mengubahsuai

senikata lagu ataupun pantun mudah.

Page 11: Bahasa Kanak Kanak

3.0 PENGENALAN KEMAHIRAN BAHASA

Lisan adalah pertuturan atau percakapan,iaitu kegiatan melahirkan bahasa secara verbal melalui suara atau sebutan. Apabila seseorang bertutur, ia bukanhanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiranmendengar. Kemahiran mendengar boleh mempengaruhi kemahiran bertutur dan begitu juga sebaliknya.kemahiran bertutur yang baik pula bukan bermakna kita meniru cara atau gaya percakapan orang lain tetapi diperoleh daripada aktiviti mendengar yang baik.justeru,untuk menguasai kemahiran lisan tersebut,kanak-kanak perlu dilatih unutk menggunakannya secara cekap dan kerap dan mengajarkanya secara terancang.Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.Bagi kanak-kanak,kemahiran mendengar dan bertutur  ini perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka menguasai bahasa yang lain.Jika mereka boleh menguasai kedua-dua kemahiran ini dengan baik,mereka juga berpotensi untuk menguasai kemahiran-kemahiran lain dengan baik juga. Kamarudin Hj. Husin berpendapat( Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap). Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik.Ini bermaksud kemahiran mendengar dan bertutur atau secara ringkasnya kemahiran lisan merupakan titik tolak kepada perkembangan kemahiran-kemahiran lain bagi kanak-kanak.

3.1 KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan ditutur oleh seseorang dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. 

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa.Mendengar merupakan salah satu daripada komponen berbahasa.mendengar merupakan langkah pertama dalam mempelajari kemahiran berkomunikasi. Proses mendengar melibatkan dua peringkat kemahiran, iaitu peringkat membezakan yang bermakna kata, frasa, kalausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Pengetahuan sedia ada pendengar, pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem bahasa akan membolehkan seseorang memahami bunyi bahasa dengan lebih senang.

Page 12: Bahasa Kanak Kanak

3.1.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR

Status Sosial

Faktor status sosial ini melibatkan asal-usul kanak-kanak itu. latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar. Emosi juga memainkan peranan dalam proses pendengaran kanak-kanak. Jika emosi kanak-kanak tidak stabil mereka tidak akan dengar mesej kita bagi. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar. komunikasi antara ibu bapa dengan anaknya sangat penting kerana kominikasi menjadi asas kepada pendengaran seseorang.

       Perubahan Respons

Dalam perbualan yang melibatkan beberapa orang penutur, idea yang berlainan akan menyebabkan fokus pada aktiviti pendengaran akan terganggu. Setiap daripada mereka yang mempunyai idea yang berbeza akan berusaha menegakkan idea masing-masing. Apabila seseorang ingin berkongsi pandangan mereka akan dengar dengan teliti. Ia dapat mengkukuhkan pendengaran mereka. Selain itu, Menyampuk merujuk kepada gangguan perbualan ,apabila penutur-penutur ingin bertutur dalam masa yang sama. Fenomena ini menggangu pendengaran kerana mesej dan idea yang diutarakan tidak sempurna. Gangguan bahasa juga merujuk kepada kefahaman pendengar terhadap bahasa yang disampaikan penutur.pendengaran boleh terganggu sekiranya perbezaan dari segi bahasa yang dirtuturkan.

       

Fizikal

Deria kanak-kanak normal berbeza dengan deria kanak-kanak yang cacat pendengaran.gangguan memang agak terjejas bagi mereka yang kurang daya pendengaran. murid yang normal dapat mendengar dengan sempurna, tetapi peringkat kemahiran ini berbeza antara setiap individu; ada yang tajam pendengarannya dan ada pula yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran. Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar. Selain itu semasa mendengar interaksi mata sangat penting. Ia akan membantu untuk meningkat kefahaman seseorang. Jika interaksi mata tidak berlaku maka murid tidak Berjaya menguasai kemahiran mendengar. Guru perlu menekankan perkara ini semas berkomunikasi dengan murid-muridnya.

Page 13: Bahasa Kanak Kanak

 

Jantina

Kajian menunjukkan kanak-kanak permpuan lebih cepat belajar berbanding kanak-kanak lelaki.dalam usia 7-9 tahun ,gangguan pada pendengaran kanak-kanak lelaki mungkin terganggu akibat faktor jantina ini. Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.

        Faktor Kecerdasan

Kecerdasan juga menggagu pendengaran kanak-kanak.jika kanak-kanak itu adalah seorang yang “slow leaner” atau kurang cerdas mentalnya,mungkin pendengarannya juga agak terhad dan perlahan berbanding kanak-kanak normal. kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar mereka. Mendengar dengan fikiran yang tertutup boleh menggugat sistem pendengaran kita.kita akan kehilangan maklumat penting yang cuba disampaikan penutur kepada kita.

         Kebosanan

Aktiviti pendengaran kita boleh terganggu akibat daripada rasa bosan yang kita alami.ia akan menyebabkan kita gagal untuk menyerap dan memahami input yang disampaikan penutur. Pelbagai aktiviti boleh dikelolakan oleh guru dalam pengajaran mereka untuk menambahkan lagi kemahiran ini. Menurut Dakin (1980) adalah aktiviti-aktiviti seperti menghafal sajak, nyanyian atau ucapan, membaca secara lisan, bersoal jawab dan permainan bahasa dapat membina kemahiran lisan murid-murid agar lebih cekap. Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan merupakan bentuk aktiviti yang membolehkan pelajar mengamalkan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling hamper dengan situasi kehidupan seharian. Menurut Brooks aktiviti bacaan daripada drama dalam kelas untuk meningkatkan kepelbagaian, menyediakan model-model yang berguna untuk mendengar di samping menjadikan pembelajaran lebih menarik. Dengan memberikan pendedahan yang cukup melalui bacaan dan lisan, kemahiran mendengan akan dapat diperkembangkan.

3.2 KEMAHIRAN BERTUTUR

Page 14: Bahasa Kanak Kanak

Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks, yang melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di samping mengeluarkan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan para linguistic semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur-unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur para lingustik ialah bahasa isyarat ialah dan pergerakkan badan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran bertutur harus membolehkan kanak-kanak.

Menurut pandangan tokoh Kamaruddin Hussin (1999), bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alatsebutan manusia. Ini bermaksud bertutur ialah satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara dan sebutan. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat produktiviti iaitu berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya dengan memberi respon melaluipenyampaian mesej dalam bentuk pertuturan. Dalam kemahiran ini juga, bertutur merupakan satu kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.

3.2.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR

Fizikal

Tedapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya ialah faktor fizikal. Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia seperti bibir, lidah, lelanggit dan sebagainya. Jika secara fizikalnya didapati organ ini tidak berfungsi maka pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik. Biasanya Kanak-kanak mengalami masalah gagap, sengau, lidah tebal tidak dapat bertutur dengan jelas. Maklumat yang diberikan oleh mereka tidak sampai kepada seseorang. Jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka terganggu contohnya penyakit sawan, kencing manis. Penyakit-penyakit seperti ini mengganggu fizikal kanak-kanak menjadi lemah dan tidak akan memberi kekuatan untuk berfikir untuk bercakap. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.stevick (1967) menyatakan pengkaedahan mengajar dapar memeperkembangkan keupayaan berkomunikasi dalam sesuatu bahasa. Guru perlu menjalankan aktiviti –aktiviti berpusatkan murid untuk memberi peluang mereka bertutur.Contohnya Guru boleh mengadakan aktiviti bercerita, lakonan, main peranan, berpuisi bagi meningkatkan kemahiran bertutur. Selain itu, guru juga boleh menjalankan aktiviti pemintal lidah bagi murid yang gagal menguasai kemahiran ini aktiviti ini membantu mereka supaya menjadi mahir dalam pertuturan.

Page 15: Bahasa Kanak Kanak

Jantina

Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan,misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya. Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki. Sebagai contohnya, bayi perempuan bercakap dulu apabila berbanding dengan bayi lelaki. Menurut Atan Long (1988) perkembangan kanak-kanak perempuan lebih cepat bebanding dengan lelaki.

Sosioekonomi

Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar. Contohnya seseorang kanak-kanak yang mempunyai masalah di rumah seperti kekurangan kasih sayang, penderaan kanak-kanak tidak dapat bergaul dengan rakan sebaya. Mereka berkelihatan muram dan tidak aktif di bilik darjah jadi guru mengenal anak muridnya dan perlu menyelesaikan masalahnya untuk melibatkan merekan dalam aktiviti sosial.

Bunyi

Faktor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa bertutur biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya. Selain itu, pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Pertuturan berlaku di peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarkanya. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan pengusaan sistem bunyi yang lain. Guru perlu memberi perhatian kepada aspek ini dalam kemahiran bertutur.

Page 16: Bahasa Kanak Kanak

3.3 KEMAHIRAN MEMBACA

Menurut Frank Smith (1971), dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010), membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan yang diterima. Atan Long (1976) mendefinisikan membaca sebagai proses kebalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Menurut Abu Basar (1981) pula, membaca didefinisikan sebagai gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya. Menurut John Everatt dalam Mastuti Isa (2008), membaca ialah pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa.

Pelakuan membaca merupakan gabungan dari beberapa proses yang kompleks. Pelakuan membaca melibatkan kemahiran pengamatan yang diskriminatif (untuk mengenal dan membezakan huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangi oleh huruf, mengabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu bagi membentuk perkataan dan seterusnya berkebolehan memindahkan lambing-lambang yang dibaca itu kepada otak untuk menterjemah dan memahami apa yang dibaca. Ini bermakna pelakuan membaca memerlukan dua komponen kemahiran, iaitu kemahiran kognitif dan mekanis. Marie (1981) berpendapat, membaca melibatkan pengutaraan mesej, arahan, ruang, format dan bentuk-bentuk visual.

3.3.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MEMBACA

Kognitif

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu, kanak-kanak yang lebih mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya. Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi. Membaca

Page 17: Bahasa Kanak Kanak

merupakan satu proses yang amat kompleks yang melibatkan aspek kognitif, ingatan dan aspek-aspek tingkah laku yang lain. Marie (1981) berpendapat, membaca melibatkan prngutaraan mesej, arahan, ruang, format dan bentu-bentuk visual. Sebagai satu proses komunikasi, membaca membolehkan berlakunya i9nteraksi di antara pembaca dengan penulis, dan inilah caranya bagaimana khazanah ilmu pengetahuan itu tersebar. Walaupun hamper keseluruhan aktiviti membaca intu melibatkan perkara-perkaraini, namun kita mempunyai beberapa alas an lain yang menyebabkan kita membaca.

 

  

Persekitaran

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan kemahiran membaca mereka. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya. Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Dengan ini, secara tidak langsung mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.

Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai  kemahiran membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya, pendapatan,

kestabilan sosioekonomi, corak interaksi, dan komunikasi ke atas pembelajaran. Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku mempunyai dorongan untuk meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.

Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca. Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran membaca murid, termasuklah seperti rajah 3.

            

Pemilihan bahan

Jenis soalan yang ditanya

Jenis maklum balas yang diberi

Suasana pembelajaran

Dorongan

Pengukuhan yang digunakan.

Page 18: Bahasa Kanak Kanak

Rajah 1: kebolehan membaca

Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. Dengan ini, mereka dapat menguasai kemahiran membaca.

  Budaya

Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan oleh kumpulan budaya itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti membaca, dan sebagainya. Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat mempengaruhi kemahiran membaca murid-murid. Budaya ini diamalkan oleh setiap guru dan murid agar peningkatan berlaku. Misalnya, setiap hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula, guru

mengalakkan murid membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh mempengaruhi kemahiran membaca murid.

Sosioekonomi

Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa. Pendapatan ibu bapa berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca mereka.

Sememangnya, keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. Misalnya, memberi tuisyen, membeli buku rujukan, membeli alat elektronik yang mengajar pembacaan, prasarana dan suasana yang selesa untuk membaca, dan seumpamanya. Semua ini dapat meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.

Page 19: Bahasa Kanak Kanak

3.3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHAN MEMBACA

Kematangan

Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial, dan kematangan emosi. Kesemua sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya. Selain itu, seseorang yang mempunyai konsep diri yang negative biasanya mempunyai kurang keyakinan tentang kebolehan diri. Mereka biasanya berasa tidak dapat membaca. Keadaan ini dibuktikan oleh kajian-kajian Zimmerman dan allerbrand (1965) serta Harris dan Sipay (1980), yang menunjukkan bahawa pembaca yang lemah kebanyakkannya mempunyai konsep diri yang negative.

Pengalaman

 

Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung pada kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang terbatas, akan menghadapi masalah dalam pembacaan mereka. Ini kerana kefaman seseorang pelajar bergantung kepada pelbagai faktor. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada akan menjasi asas kepada kemahiran membaca seperti memberikan makna konsep-konsep bagi memperluaskan perdendaharan kata.

 

Persekitaran

 

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah pada pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling

membaca, dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama.

Page 20: Bahasa Kanak Kanak

Emosi, Motivasi, dan Sahsiah

 Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Pada kebiasaannya, seseorang itu akan memberikan gerak balas yang lebih spontan dan bermakna jika bahan yang dibacanya itu menarik minatnya. Malahan, sering didapati bahan yang dianggap susah dapat dibaca dengan baik. Ini berdasarkan keinginan dan minat pelajar untuk membaca. Begitu juga, pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk membaca akan dapat memberi gerak balas yang positif terhadap bahan bacaan dan kegiatan membaca

Kecerdasan

 Kecerdasan dan perkembangan kognitif sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Kecerdasan dan kebolehan membaca adalah saling berkaitan kecerdasan memberi kesan kepada kebolehan seseorang untuk memberi perhatian pada pembacaannya, mengingat, mengekalkan apa yang dibaca, dan menggunakan pemikiran yang tinggi dalam pembacaannya, mengingat, mengekalkan apa yang dibaca dan menggunakan pemikiran yang tinggi dalam pembacaannya. Pertalian yang rapat di antara kecerdasan dan kebolehan membaca ini lebih ketara di kalangan murid peringkat menengah. Menurut Roe, Stoodt dan Burns (1978), keadaan ini wujud kerana di peringkat, pelajar memerlukan kemahiran yang lebih tinggi untuk membaca bahan-bahan yang lebih kompleks dan canggih. Walau bagaimanapun, guru-guru tidak seharusnya mengambil kira kecerdasan sebagai indeks kebolehan membaca seseorang pelajar secara tepat.

 

Pengamatan

 

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Pendengaran mempengaruhi pencapaian membaca kerana ada perttalian rapat di antara bacaan secara lisan dan tulisan. Pembaca mengaitkan cara perkataan disebut secara lisan dengan perkataan yang ditulis atau dicetak apabila ingin membentuk makana perkataan. Ketidakupayaan seseorang untuk mendengar dengan baik dan jelas, akan membuatkan seseorang itu gagal membezakan bunyi kata. Selain itu proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan yang hendak bibaca. Pembaca yang lemah sering menghadapi masalah pada penglihatan mereka untuk membezakan huruf-huruf dan perkataan. Semasa membaca, kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

Page 21: Bahasa Kanak Kanak

Penguasaan Bahasa

 

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi. Pelajar yang kurang pengusaan pebendaharan kata dan lemah tatabahasa, biasanya menghadapi masalah untu membaca. Begitu juga dengan pelajar yang lemah dalam kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa baku akan menghadapi masalah dalam bacaan . hal ini berkaitan dengan kemahiran bertutur dan mendengar. Ia menyediakan asas yang kukuh bagi pelajar berkomunikasi secara lisan atau tulisan dan seterusnya membaca.

3.4 KEMAHIRAN MENULIS

Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh  kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan  dan keupayaan mereka.  Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis.  Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari.  Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan  jari seperti  menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya.  Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan.   Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui latihan dan permainan tertentu.  Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah.

Page 22: Bahasa Kanak Kanak

menggunakan pelbagai jenis ayat

mencatat dan menyusun maklumat

menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, seperti dinyatakan dalam rajah 2.

Rajah 2: kemahiran menulis

3.4.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENULIS

Fizikal

Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran menulis. Terutama sekali perkembangan motor halus. Perkembangan motor halus ini ialah pertumbuhan atau perkembangan otot-otot kecil pada bahagian jari seorang kanak-kanak yang membolehkan mereka memegang objek-objek kecil seperti pensil, guli dan sebagainya dengan cekap. Perkembangan motor halus yang sempurna membolehkan seseorang kanak-kanak menulis dengan tulisan yang cantik dan cekap. Selain itu, koordinasi mata dan tangan juga dititik beratkan kerana dalam aspek perkembangan kemahiran menulis, koordinasi mata dan tangan akan menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu sudah bersedia unuk menulis atau tidak. Aktiviti-aktiviti yang bolah dilakukan untuk meningkatkan perkembangan motor halus seperti merantai manik, menjahit kad lubang, menconteng kertas, mengunting, melukis gambar dan sebagainya. Tambahan pula, kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal jari dan tangan. Kematangan urat saraf menghasilkan penyelerasan di antara mata dengan tangan, iaitu satu penyelerasan yang

Page 23: Bahasa Kanak Kanak

penting bagi kebolehan menulis. Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng-conteng dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka. Contengan ini merupakan asas kebolehan menulis. Sambil kanak-kanak mempelajari tentang fungsi lambing huruf sebagai mewakili bunyi suara, mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan.

Persekitaran

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan anak-anak mereka dapat menulis dengan baik. Ibu bapa harus menyediakan barang-barang mainan yang dapat menggalakan perkembangan motor halus yang dapat membentuk otot-otot halus

di jari. Selain itu, guru juga harus menyediakan bahan-bahan latihan yang sesuai kepada kanak-kanak seperti huruf putus-putus. Gueu boleh menjalankan aktiviti mewarna, melukis, menguntai manik, menjahit sebagainya untuk menguatkan motor halus kanak-kanak.

Page 24: Bahasa Kanak Kanak

4.0 Halangan-halangan dalam penguasaan bahasa kedua (Bahasa Inggeris) dalam

kalangan kanak-kanak.

4.1 Pendahuluan

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Ianya penting kepada setiap

individu apabila berkomunikasi dengan masyarakat dunia dalam pelbagai bentuk media

seumpama midea sosial, surat-menyurat, email dan sebagainya. Penguasaan bahasa ini

membawa pelbagai kelebihan dalam kalangan kanak-kanak khususnya dalam bidang

pendidikan. Dengan penguasaan ini ilmu dalam pelbagai bidang dapat dituntut dengan

mudah. Hal ini disebabkan terdapat banyak maklumat dan ilmu dalam bahasa tersebut

dalam midea elektronik. Namun begitu, kanak-kanak kita menghadapi pelbagai halangan

dalam penguasaan bahasa kedua itu dalam kalangan kanak-kanak. Antara halangan-

halangannya seperti berikut;

4.2 Halangan 1 - Usia

Usia merupakan faktor utama dalam penguasaan sesuatu bahasa. Penguasaan

sesuatu bahasa lebih mudah pada usia kanak-kanak berbanding dengan dewasa. Fakta ini

dijelaskan dalam teori masa kritikal. Menurut teori tersebut jangka masa yang paling baik

untuk pembelajaran sesuatu bahasa adalah dalam lingkungan usia kanak-kanak. Teori ini

juga mengatakan bahawa, jika seseorang itu sudah melebihi usia balighnya, semakin sukar

untuk menguasai sesuatu bahasa kerana otaknya sudah berkembang sepenuhnya. Oleh itu

penguasaan bahasa asing atau bahasa kedua perlu dipelajari sejak kecil lagi.

4.3 Halangan 2 – Amalan Pembelajaran Sepanjang Hayat

            Halangan yang kedua untuk menguasai bahasa Inggeris adalah apabila seseorang

individu tidak mengamalkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Untuk lebih menguasai

pemerolehan bahasa kedua, kanak-kanak perlulah sentiasa berusaha mempelajarinya dan

tidak berputus asa mendapatkannya. Latihan yang berulang-ulang untuk pemerolehan

bahasa kedua boleh dilakukan untuk menguasainya. Kanak-kanak lebih pantas menguasai

perbendaharaan kata dan sruktur gramatikal pada usia 5 tahun.

Page 25: Bahasa Kanak Kanak

4.4 Halangan 3 – Kaedah Pembelajaran Bahasa Kedua

Dalam penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, pelbagai kaedah yang

menarik perlu digunakan untuk menguasainya. Penggunaan pelbagai media turut membantu

kanak-kanak menguasai sesuatu bahasanya. Antara kaedahnya bersimulasi, bercerita,

nyanyian lagu bahasa Inggeris, lakonan, main peranan, berforum, perbincangan dalam

kumpulan, permainan bahasa dan sebagainya. Penggunaan pelbagai media seperti

internet, video, television, radio, surat khabar, buku cerita, lagu, kartoon, big book dan

sebagainya.

4.5 Halangan 4 – Pengaruh Bahasa Pertama

Antara faktor lain yang sering menjadi halangan untuk memperolehi bahasa kedua

adalah pengaruhan bahasa pertama atau bahasa ibunda. HaI ini dijelaskan oleh Stephen

Krashen, pensyarah Bahasa Inggeris. Menurut beliau, bahasa pertama dibelajari secara

secara semulajadi melalui perbualan seharian. Manakala, pembelajaran bahasa kedua pula

berlaku dalam keadaan formal dan dikawal, dimana tidak berpeluang bertutur dalam

kehidupan harian. Penggunaan bahasa keduanya terhad. Selain itu, kanak-kanak masih

dalam proses pembelajaran awal untuk menguasai bahasa kedua, mereka berkemungkinan

untuk terikut-ikut konsep dan peraturan hukum bahasa pertama yang mungkin berbeza

dengan konsep dan hukum bahasa kedua.

4.6 Halangan 5 – Bahasa Inggeris menjadi Bahasa Ketiga

Penguasaan bahasa Inggeris menjadi lebih mencabar kepada sesetengah kanak-

kanak apabila bahasa Inggeris menjadi bahasa ketiga. Bagi masyarakat India dan Cina di

Malaysia bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kedua dan bahasa ibundanya sebagai

bahasa pertama. Dalam keadaan ini penggunaan bahasa Inggeris menjadi terhad kurang

diberi perhatian. Oleh sebab itu, masyarakat India dan Cina di Malaysia mempunyai

masalah untuk menguasai bahasa Inggeris dengan mudah. Sekiranya kanak-kanak itu

dibiasakan mendengar dan bertutur bahasa tersebut pada usia lebih awal, mereka boleh

bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lebih fasih.

4.7 Halangan 6 – Tiada Latihan Pengukuhan

Kekurangan latihan pengukuhan juga menjadi faktor kepada kanak-kanak tidak

menguasai bahasa kedua itu. Kanak-kanak perlu diberi peluang dan ruang untuk bertutur

dalam bahasa kedua. Kanak-kanak juga perlu menggunakan bahasa itu untuk

berkomunikasi dengan rakan sebayanya. Pengulangan istilah atau bahasa dalam proses

pembelajaran turut membantu kanak-kanak menguasai bahasa tersebut. Kanak-kanak

Page 26: Bahasa Kanak Kanak

berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua perlu memperbanyakan perbendaharaan dan

menguasai tatabahasa asas. Selain itu mereka juga perlu menguasai struktur ayat yang

mudah.

4.8 Halangan 7 – Sikap Peribadi Kanak-kanak

Antara halangan-halangan yang lain dalam menguasai bahasa kedua adalah sikap

kanak-kanak itu sendiri. Apabila kanak-kanak tidak mempunyai keinginan untuk membelajari

bahasa kedua, maka, mustahil untuk menguasainya. Walaupun kanak-kanak didedahkan

akan kepentingan bahasa kedua namun mereka tidak mempunyai keazaman dan motivasi

yang tinggi untuk menguasainya. Corak pemikiran yang lemah akan mempengaruhi mereka.

Tambahan lagi, kebanyakan kanak-kanak khuatir menggunakan bahasa tersebut untuk

berkomunikasi dengan pihak lain. Hal ini kerana mereka berasa malu dan takut akan diejek

atau diperlikan kelemahannya.

4.9 Kesimpulan

         Kesimpulannya masih terdapat banyak halangan-halangan yang lain dihadapi oleh

kanak-kanak dalam penguasaan bahasa kedua ini yang perlu diatasi. Bagi itu pihak-pihak

yang berkaitan perlu berganding bahu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Kanak-

kanak perlu didedahkan kepentingan penguasaan bahasa kedua ini dalam kehidupan.

Pelbagai istilah sains dan matematik serta teknologi terkini adalah dalam bahasa Inggeris.

Bagi mencapaian aspirasi kerajaan untuk menjadi negara berpendapat tinggi penggunaan

bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh generasi masa depan.

Page 27: Bahasa Kanak Kanak

5.0 SLOT LESSON PLAN

Class : Kindergarten

Date : 06 / 04 / 2014

Time : 8.00-8.30 morning (30 minutes)

No. of pupils : 25

Age : 6

Module : Physical Development and Aesthetic

Theme : Parts of body

Focus : Listening and Speaking skills

Contents Strand : (BI 1.5) Listen to and enjoy nursery rymes, action

songs, poems and stories

Learning Strand : (BI 1.5.1) Listen to and recite and act out nursery

rhymes and action songs.

Page 28: Bahasa Kanak Kanak

Integrated Strand : BI 3.2.2 Read simple words.

Slot Outcome Learning : End of this lesson pupils will able to:

i. Pronounce the names of body parts with

perfect pronounce

ii. Sing a song title parts of body with

movements

Prior knowledge : Pupils already know the parts of body

Thinking Skills : Categories

Fucul MI : Kinesthetic, Music, Linguistic

Moral Value : Brave, Confidence

Material : Laptop, LCD, Picture Cards, Flash Cards

Vocabulary : Head, Shoulders, Knees, Toes, Eyes, Ears, Nose

and Mouth

TIME CONTENT ACTIVITIES NOTES

Induction Set

(3 minutes)

Song : Head and Shoulder

Head, Shouldersknees and toes,Knees and toes x2Eyes, ears, nose and mouthHead, Shouldersknees and toes,Knees and toes

1. Teacher plays a video

song for pupils.

2. Pupils are asked to

watch the video song

carefully.

3. Pupils are asked to list

out the parts of body in

the video song.

4. Pupils are asked to

guess the titles of

Video

Page 29: Bahasa Kanak Kanak

today’s learn.

Step 1

(10 minutes)

Development 1. Pupils are asked to sing

the song with music.

2. Pupils pronounces the

song lyrics word-by-

word, followed by the

pupils.

3. Teacher introduce parts

of body to pupils using

picture cards.

4. Teacher emphasise

pupils to say the words

with correct

pronunciation.

5. Pupils sing songs with

teacher guides.

Picture Cards

Word Cards

Step 2

(10 minutes)

Make an order 1. Teachers strike the

words card (name of

parts of body) on board.

2. Randomly choose 8

pupils and provides

picture cards.

3. The other pupils are

asked to name the parts

of body.

4. Pupils who have picture

cards have to match

with words card

correctly.

Picture card

Step 3

(5 minutes)

Assessment 1. Teacher paste a sketch

of the human body on

the board.

2. Teacher gives some

word cards to pupils.

3. Pupils pronounce the

words correctly.

4. Pupils paste the words

card at the correct

scissors,

card

Page 30: Bahasa Kanak Kanak

parts.

Closer

(2 minutes)

Reflection 1. Pupils make a summary

of today's learn. By

teacher guide.

2. Pupils sing the song

with action.

3. Pupils list the parts of

body that they learned

today.

Video

Page 31: Bahasa Kanak Kanak

6.0 RUMUSAN  

Secara konklusi, bahasa merupakan medium penting bagi kanak-kanak untuk

berhubung dan menyatakan kehendaknya . Adalah amat penting bagi orang dewasa untuk

memahami isyarat mereka. Proses perkembangan bahasa bagi kanak-kanak berlaku

secara berperingkat dan dipengaruhi oleh persekitaran. Hal ini demikian kerana, proses

perkembangan bahasa di peringkat kanak-kanak bergantung kepada kuantiti

perbendaharaan kata yang Berjaya diperoleh dan dikuasai. Perkembangan bahasa juga

mempengaruhi perkembangan daya pemikiran kanak-kanak. Jadi bagi melahirkan kanak-

yang bijak dan petah berkata-kata persekitaran memainkan peranan yang penting. Oleh itu,

amat mustahak bagi pihak ibu bapa,keluarga dan masyarakat termasuk golongan pendidik

seperti guru prasekolah memahami keadaan ini. Mereka perlu menyediakan persekitaran

yang meransangkan bagi menggalakkan minat membaca. Contohnya, di prasekolah guru

perlulah menyediakan sudut bacaan yang diisi dengan bahan-bahan bacaan yang menarik

dan pelbagai jenis dan pihak keluarga pula perlu bertutur dengan perkataan yang sopan,

bijak serta matang di rumah bagi melahirkan golongan kanak-kanak yang pintar