Bahasa Malaysia Pemahaman Thn4

download Bahasa Malaysia Pemahaman Thn4

of 11

description

bahasa malaysia pemahaman

Transcript of Bahasa Malaysia Pemahaman Thn4

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 1

    SJK (C) PEI HWA JB

    BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN) TAHUN 4

    PENILAIAN 4

    Nama:__________________ Markah :______________%

    Kelas : 4 ( ) Tarikh :________/10/2014

    T/tangan Ibu Bapa:_________________

    Kertas 1 Masa : 50 minit

    Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab

    semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian

    tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

    Soalan 1 - 20

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    1. Negara ____________ menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun.

    A. kita C. mereka

    B. kami D. baginda

    Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

    2. Azman, Kim Huat dan Lingam berteduh di bawah bangsal ketika hujan lebat.

    ______________ menunggu sehingga hujan berhenti baru mereka pulang.

    A. Beta C. Engkau

    B. Awak D. Mereka

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 2

    Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

    3. Cikgu Andrew ____________________ mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK (C) Pei

    Hwa.

    A. melatih C. mengajar

    B. memberi D. membimbing

    Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

    4. Malik sedang mengulang kaji pelajaran di _____________ di dalam biliknya.

    A. meja tulis C. bilik bacaan

    B. lampu meja D. buku latihan

    5. Penduduk Taman Melati telah ________________ Kelab Pencinta Bumi pada tahun ini.

    A. membina C. merasmikan

    B. mencipta D. menubuhkan

    6. ______________ bawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula esok, kata Cikgu

    Suraya kepada murid-murid Tahun Empat Gemilang.

    A. Sila C. Jangan

    B. Harap D. Jemput

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 3

    Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

    7. Ibu menjemur kain kerana cuaca hari ini _________________.

    A. kelam C. redup

    B. cantik D. panas

    8. Jia Ling lari _________ apabila dikejar anjing yang garang itu.

    A. lalu lalang C. lintang pukang

    B. kacau bilau D. mundar mandir

    9. Richard dan Aznan telah _______________ Kuiz Reka Cipta Sains 2014 di sekolah

    mereka pada minggu lepas.

    A. disertai C. menyertai

    B. disertakan D. menyertakan

    Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

    10. _________, tingginya bangunan itu!

    A. Eh C. Amboi

    B. Wah D. Wahai

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 4

    11. Badriez, Janang ___________ Harjit mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke

    universiti.

    A. dan C. manakala

    B. kecuali D. sementara

    12. Sang Kancil merupakan haiwan yang ______________ pintar.

    A. nian C. paling

    B. betul D. sekali

    13. Tolong belikan saya se ____________ pisang dan se ____________ rambutan di gerai

    buah-buahan itu, pesan ibu kepada ayah.

    A. biji buah C. tandan gugus

    B. sisir ikat D. sikat ulas

    14. Kumpulan Janang ____________ memenangi pertandingan mencipta Ampaian

    Inovatif yang diadakan minggu lepas.

    A. telah C. perlu

    B. mesti D. hendak

    15. Khalid telah ____________ cermin pada kaleidoskop yang dibuatnya.

    A. memecah C. memasang

    B. mempecah D. mempasang

    Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

    16. Ketua Polis Marin menyerahkan sijil penghargaan _____________ Inspektor Sabrina.

    A. dari C. kepada

    B. pada D. daripada

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 5

    17. Banyak pengunjung berkelah di ____________ laut itu kerana kawasannya bersih dan

    tiada pencemaran.

    A. tepi C. hadapan

    B. hujung D. seberang

    Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

    18. _____________ orang budak lelaki itu masih bermain bola walaupun hari hujan.

    A. Keempat C. Empat-empat

    B. Berempat D. Keempat-empat

    19. Dahlia mengikut ______________ abangnya menjadi doktor.

    A. isi hati C. ringan tulang

    B. titik peluh D. jejak langkah

    Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

    20. Murid yang ________________ itu selalu mendapat keputusan yang cemerlang.

    A. bersinar seperti bintang C. licin macam belut

    B. pintar macam Sang Kancil D. berani seperti harimau

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 6

    Soalan 21

    Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

    21. Aznan sampai apabila majlis sudah selesai.

    A. tamat C. kemas

    B. dekat D. hujung

    Soalan 22

    Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

    22. Para peserta dikehendaki berpakaian kemas.

    A. buruk C. cantik

    B. koyak D. selekeh

    Soalan 23-24

    Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    23. I Kamus itu sangat tebal.

    II Pensel itu tebal semasa ditulis.

    III Pokok rambutan datuk berbuah tebal.

    IV Asap tebal telah menghalang pemandangan.

    A. I dan II C. III dan IV

    B. I dan IV D. I, II dan IV

    24. I Lelaki itu ditangkap kerana meragut beg seorang wanita.

    II Adik meragut baju ibu kerana ingin membeli ais krim.

    III Kemalangan itu telah meragut dua nyawa.

    IV Lembu-lembu itu sedang meragut rumput di padang.

    A. I dan II C. I, III dan IV

    B. I dan IV D. II, III dan IV

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 7

    Soalan 25

    Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat yang diberi.

    25. Saya sedang membuat buku skrap.

    A. Apakah yang sedang kamu buat?

    B. Kamu sedang membuat buku skrap?

    C. Bagaimanakan membuat buku skrap?

    D. Siapakah yang akan membuat buku skrap?

    Soalan 26

    Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya diberi.

    26. Mengapakan panel suria digunakan di Taman Suria?

    A. Panel suria dapat meningkatkan kos elektrik.

    B. Penggunaan panel suria dapat mencantikkan Taman Suria.

    C. Panel suria akan dapat meningkatkan penggunaan elektrik.

    D. Panel suria digunakan untuk menjana tenaga suria sebagai tenaga pilihan.

    Soalan 27-28

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

    27. Perahu itu diperbuat daripada bahan-bahan terpakai.

    A. Bahan-bahan terpakai membuat perahu itu.

    B. Perahu itu membuat bahan-bahan terpakai.

    C. Membuat perahu itu perlu ada bahan-bahan terpakai.

    D. Bahan-bahan terpakai digunakan untuk membuat perahu itu.

    28. Mohan, Aznan dan Ratna telah menyediakan poster tentang kaleidoskop.

    A. Poster tentang kaleidoskop menyediakan Mohan, Aznan dan Ratna.

    B. Poster tentang kaleidoskop telah disediakan oleh Mohan, Aznan dan Ratna.

    C. Menyediakan tentang poster kaleidoskop itu untuk Mohan, Aznan dan Ratna.

    D. Mohan, Aznan dan Ratna yang telah menyediakan kaleidoskop tentang poster.

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 8

    Soalan 29-30

    Pilih ayat yang betul.

    29. A. Sandwic itu dibuat oleh Helina.

    B. Aduh, cantiknya pemandangan di sini!

    C. Wanita itu memikul bakul di atas kepalanya.

    D. Baju batik berwarna merah itu ialah untuk kakak.

    30. I Hai, selamat petang kawan!

    II Pokok dapat menghijaunya bumi kita.

    III Inspektor Rajan bertugas dalam Pasukan Polis Marin.

    IV 31 Ogos 1957, negara kita akan mencapai kemerdekaan.

    A. I dan II C. I, III dan IV

    B. I dan III D. II, III dan IV

    Soalan 31 35

    Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dr. Khoo Kay Kim dilahirkan pada 28 Mac 1937 di Kampar,

    Perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1959, Sarjana Sastera (1967)

    dan Ijazah Doktor Falsafah (1974) dari Universiti Malaya. Beliau terkenal sebagai ahli

    akademik dan ahli sejarah yang terkemuka di negara ini.

    Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dr. Khoo Kay Kim telah menulis lebih daripada 28

    buah buku ilmiah. Kebanyakan buku beliau tentang sejarah negara. Antaranya

    termasuklah Pendidikan di Malaysia: Dahulu dan Sekarang, Melaka, Dahulu dan

    Sekarang (1982) dan Songket (2007).

    Beliau telah bersara sebagai pensyarah universiti pada tahun 2001. Universiti

    Malaya telah menganugerahkan jawatan Profesor Emeritus kepada beliau.

    Tokoh sejarah ini dikenali juga sebagai pengkritik sukan negara. Kritikan beliau

    yang bernas menarik perhatian peminat sukan, terutamanya sukan bola sepak. Apakah

    kesan teguran beliau terhadap kemajuan sukan di negara kita?

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 9

    31. Siapakah Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dr. Khoo Kay Kim?

    A. Ahli sukan. C. Pengkritik sejarah.

    B. Tokoh sejarah. D. Perdana Menteri Malaysia.

    32. Berapakah umur Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dr. Khoo Kay Kim pada tahun 2015?

    A. 78 tahun.

    B. 77 tahun.

    C. 67 tahun.

    D. 87 tahun.

    33. Pada tahun berapakah beliau bersara sebagai pensyarah?

    A. 1982 C. 2007

    B. 2001 D. 2010

    34. Apakah kesan kritikan beliau terhadap kemajuan sukan di negara kita?

    A. Sukan di negara kita dihapuskan.

    B. Beliau dikritik semula oleh ahli sukan.

    C. Prestasi sukan negara semakin meningkat.

    D. Semangat kesukanan ahli sukan makin pudar.

    35. Perkataan terkemuka dalam petikan di atas bermaksud

    A. disukai C. terawal

    B. terbuka D. terkenal

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 10

    Soalan 36 40

    Baca pantun di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Burung helang terbang mendada,

    Singgah makan di hujung julai,

    Terumbu karang mesti dipelihara,

    Habitat ikan pelindung pantai.

    Anak murai di pohon selasih,

    Anak tempua di pucuk ara,

    Jika sungai sentiasa bersih,

    Bolehlah kita hidup sejahtera.

    Anak merbah merpati putih,

    Bukan senang ditangkap lari,

    Pantai indah pasirnya putih,

    Hati tenang tiada terperi.

    Terbang berdua si burung camar,

    Hinggap berehat anak pekaka,

    Pastikan udara tidak tercemar,

    Jangan membuat pembakaran terbuka.

    Burung jelatik terbang lesu,

    Anak terkukur mencari teman,

    Botol plastik dibuat pasu,

    Tanam sayur hijaukan laman.

    36. Puisi di atas jenis

    A. syair. C. pantun.

    B. sajak. D. gurindam.

    37. Mengapakah kita dilarang melakukan pembakaran terbuka?

    A. Supaya ikan dapat dipelihara.

    B. Pantai dan sungai semakin bersih.

    C. Dapat menghirup udara yang kotor.

    D. Agar pencemaran udara tidak berlaku.

  • AZLINAWATTY BINTI DARAMAN / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4 / OKTOBER / MUKA SURAT 11

    38. Apakah tajuk paling sesuai untuk puisi di atas?

    A. Bersihkan Sungai.

    B. Sayangi Alam Sekitar Kita.

    C. Pencemaran Alam Sekitar.

    D. Program Kesedaran Alam Sekitar.

    39. Pernyataan manakah yang tidak benar tentang petikan?

    A. Tanaman sayur dapat menghijaukan laman.

    B. Penulis menyeru agar kita melakukan pembakaran terbuka.

    C. Terumbu karang merupakan habitat ikan dan pelindung pantai.

    D. Kita perlu menjaga kebersihan sungai untuk kesejahteraan hidup.

    40. Frasa habitat ikan dalam petikan bermaksud

    A. akuarium

    B. sangkar ikan

    C. makanan ikan

    D. tempat tinggal ikan

    SELAMAT MENJAWAB

    Disediakan oleh : Cik Azlinawatty Binti Daraman

    Disemak oleh : Chong Miow Ling