Bahasa Malaysia Tahun 5

16
BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 ( PEMAHAMAN ) Nama: _____________________________ Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca rencana di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Tugas sebagai penjaga haiwan di zoo bukannya mudah seperti yang disangka. Apatah lagi jika haiwan tersebut ialah haiwan-haiwan liar seperti harimau, buaya, dan gajah. Setiap hari, mereka perlu memberi makanan dan minuman kepada haiwan-haiwan ini. Aspek kebersihan juga amat dipentingkan. Mereka perlu memastikan agar kandang sentiasa bersih. Tujuannya untuk mengelakkan haiwan-haiwan tersebut dijangkiti penyakit. Doktor haiwan yang khas ditempatkan untuk memeriksa kesihatan haiwan-haiwan ini. Rawatan perlu segera diberikan untuk mengelakkan maut. Tugas ini memang berbahaya jika terpaksa merawat binatang yang buas. Walaupun begitu, tanggungjawab perlu diutamakan. Risiko penjaga haiwan dicederakan menjadi bertambah tinggi jika haiwan tersebut marah. Namun, mereka sudah menganggap tugas ini sebagai rutin harian dan seperti menjaga anak mereka sendiri.

description

bahasa melayu thn 5

Transcript of Bahasa Malaysia Tahun 5

Page 1: Bahasa Malaysia Tahun 5

BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 ( PEMAHAMAN )Nama: _____________________________

Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C, dan D.

Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca rencana di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Tugas sebagai penjaga haiwan di zoo bukannya mudah seperti yang

disangka. Apatah lagi jika haiwan tersebut ialah haiwan-haiwan liar seperti

harimau, buaya, dan gajah.

Setiap hari, mereka perlu memberi makanan dan minuman kepada

haiwan-haiwan ini. Aspek kebersihan juga amat dipentingkan. Mereka perlu

memastikan agar kandang sentiasa bersih. Tujuannya untuk mengelakkan

haiwan-haiwan tersebut dijangkiti penyakit.

Doktor haiwan yang khas ditempatkan untuk memeriksa kesihatan

haiwan-haiwan ini. Rawatan perlu segera diberikan untuk mengelakkan maut.

Tugas ini memang berbahaya jika terpaksa merawat binatang yang buas.

Walaupun begitu, tanggungjawab perlu diutamakan.

Risiko penjaga haiwan dicederakan menjadi bertambah tinggi jika haiwan

tersebut marah. Namun, mereka sudah menganggap tugas ini sebagai rutin

harian dan seperti menjaga anak mereka sendiri.

Mungkin orang ramai tidak sedar, tanpa penjaga haiwan ini, binatang-

binatang di zoo mungkin tidak dapat hidup dengan sihat dan selesa. Penjaga

haiwan sentiasa memastikan agar ‘anak angkat’ mereka ini sentiasa sihat dan

cergas untuk tatapan umum. Oleh sebab itu haiwan-haiwan ini perlu dijaga dan

dibelahi dengan penuh kasih sayang.

Page 2: Bahasa Malaysia Tahun 5

1. Mengapakah kandang haiwan di zoo perlu dibersihkan?

A Supaya haiwan itu dapat hidup selesa

B Supaya haiwan itu tidak dijangkiti penyakit

C Supaya haiwan itu tidak cepat mati

D Supaya haiwan itu tidak marah

2. Bilakah penjaga haiwan mungkin boleh dicederakan oleh haiwan tersebut?

A Ketika sedang memberi makanan dan minuman

B Ketika sedang memberi rawatan kepada haiwan yang sakit

C Jika haiwan itu sudah hampir mati

D Jika haiwan itu menjadi marah

3. Berikut ialah tugas-tugas penjaga haiwan, kecuali A memberi makanan dan minuman.

B membantu memeriksa kesihatan haiwan.

C membersihkan kandang.

D menangkap haiwan di hutan.

4. Perkataan anak angkat dalam petikan merujuk kepada

A haiwan yang dijaga oleh penjaga haiwan.

B anak angkat penjaga haiwan tersebut.

C haiwan yang akan dirawat oleh doktor haiwan.

D haiwan yang liar dan berbahaya.

5. Semua pernyataan di bawah adalah tidak benar tentang rencana, kecuali A anak penjaga haiwan tinggal di zoo.

B semua haiwan dilayan dengan kasar oleh penjaga haiwan.

C penjaga haiwan memastikan haiwan hidup dengan selesa.

D haiwan yang lambat dirawat tidak akan mati.

Page 3: Bahasa Malaysia Tahun 5

Soalan 6 hingga Soalan 10 Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bas yang dinanti pun sampai. Ramai penumpang yang turun dan baik bas

itu di perhentian ini. Nana tidak juga muncul. Aku risau dan agak bimbang

dengan keselamatan Nana.

Aku tahu, pasti ada yang menghalang perjalanan Nana ke sini. Nana

bukanlah jenis yang tidak menepati janji. Nana akan mengotakan apa yang

dikatakannya. Pagi tadi, Nana berjanji dengan aku untuk pergi ke perpustakaan

bersama-sama. Mungkin Nana terlepas bas. Tidak mengapalah, aku akan

menunggu sebuah bas lagi. Jika Nana tidak juga muncul, aku akan pulang

sahaja.

Ketika menanti aku terkenang saat-saat manis bersama Nana. Dia

memang sahabat yang menyenangkan. Nana baik hati, bijak, sopan tapi agak

pemalu. Nana tidak aktif dalam bidang sukan disebabkan penyakit asmanya.

Namun begitu, Nana selalu turun ke padang untuk memberi sokongan kepada

aku dan teman-teman yang lain.

Lamunan aku terhenti kerana deruman bas yang membingitkan telinga.

Kali ini sudah dua buah bas berhenti untuk mengambil dan menurunkan

penumpang di sini. Aku mula tidak sedap hati. Pasti ada yang tidak kena dengan

Nana. Aku terus mencapai beg lalu beredar dari situ. Aku mempercepatkan

langkah menuju ke rumah. Hasrat untuk ke perpustakaan aku batalkan. Bila

sampai di rumah nanti, aku akan minta ibu membawa aku ke rumah Nana. Hati

aku benar-benar mengatakan ada yang tidak baik berlaku ke atas diri Nana.

6. Mengapakah penulis berada di perhentian bas tersebut?

A Menunggu bas untuk ke perpustakaan

B Membeli tiket bas untuk ke perpustakaan

C Menunggu teman untuk ke perpustakaan

Page 4: Bahasa Malaysia Tahun 5

D Membeli surat khabar dan gula-gula sebelum ke perpustakaan

7. Bagaimanakah perasaan penulis ketika berada di situ?

A Gembira C Sedih

B Marah D Bimbang

8. Berdasarkan cerita di atas, penulis menggambarkan Nana ialah seorang

teman yang

A sungguh membosankan

B pandai, baik, menepati janji dan pemalu

C suka belajar dan tidak tahu malu

D pandai dan memungkiri janji

9. Mengapakah Nana tidak dapat bersukan seperti pelajar-pelajar yang lain?

A Disebabkan penyakitnya

B Kerana dia selalu tidak membawa pakaian sukan

C Kerana dia tidak suka bersukan

D Kerana teman-teman sekelas amat sayang akannya

10. Perkataan membingitkan di dalam cerita di atas bermaksud

A lengang

B menyepikan

C senyap

D memekakkan

Page 5: Bahasa Malaysia Tahun 5

Soalan 11 hingga Soalan 29 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan kata yang paling sesuai.

11. “_________ diminta memakai tali pinggang keledar,” kata pramugari itu

kepada para penumpang.

A Engkau

B Anda

C Tuan

D Kami

12. “Ampunlah _________ Tuanku,” kata pemuda itu kepada Raja.

A beta

B hamba

C tuanku

D patik

13. Hadiah yang dibawa __________ Lisa itu adalah _________ Cikgu Ram.

A dari …… pada

B daripada …… kepada

C ke …… di

D oleh …… untuk

14. Sabrina telah menunjukkan bakatnya dalam penulisan ___________ di

peringkat sekolah rendah lagi.

A hingga

B sejak

C pada

D dengan

Page 6: Bahasa Malaysia Tahun 5

15. Badang ialah seorang pahlawan yang _________ dan berani.

A gagah B pantas C garang D berkuasa

16. Harry mendermakan wang kepada orang miskin itu dengan hati yang

_____________.

A gembira

B ikhlas

C sabar

D jelas

17. ___________ kamu pergi ke kedai, tolong belikan saya pensel.

A Apabila

B Sekiranya

C Apatah

D Walaupun

18. Kakak tidak mahu diganggu _________ dia membuat kerja.

A sambil

B tatkala

C walaupun

D malahan

19. “Walau apa pun yang terjadi kita mesti cari ________ yang telah merosakkan

tanaman kita ini,” kata Peter kepada kawan-kawannya.

A siapa

B bagaimana

C mana

D bila

Page 7: Bahasa Malaysia Tahun 5

20. “Murid-murid mestilah menggunakan __________ yang betul ketika membina

ayat,” kata Cikgu Elaine.

A tatasusila B tatabahasa

C tatatertib D tatanegara

21. Persatuan Bahasa Melayu akan ________________ pertandingan

mendeklamasikan sajak.

A menubuhkan

B menyediakan

C memulakan

D menganjurkan

22. Saya memerlukan ___________buluh dan ________ kertas untuk membuat

wau.

A sebatang …… sehelai

B serumpun ……. Sebidang

C seutas …… sekeping

D sesikat …… seurat

23. __________ garam ditambah ke dalam sup ekor itu kerana terlalu tawar

rasanya.

A segugus

B setitik

C sebutir

D secubit

Page 8: Bahasa Malaysia Tahun 5

24. Walaupun Pak Halim telah tua, tetapi dia dapat membuat kerja dengan cepat

seperti _____________.

A batu api

B cakar ayam

C lipas kudung

D ringan tulang

25.Julian terpaksa _____________ kerana terlupa membawa wang untuk

membeli makanan.

A ikat perut

B minta diri

C angkat kaki

D makan hati

26. Budak itu ________ dalam perjalanan pulang dari Bukit Fraser.

A muntah-muntah

B panas-panas

C sedap-sedap

D barang-barang

27. Pendengaran budak itu terjejas kerana ___________ telinganya rosak.

A tetikus

B tetupai

C sesiku

D gegendang

28. Mereka sedang _____________ barang-barang ke dalam dewan.

A membangun

B membuang

C membaiki

D mengangkat

Page 9: Bahasa Malaysia Tahun 5

29. Rumah papan itu telah datuk ___________ lebih sepuluh tahun.

A diami

B patuhi

C hormati

D bajai

Soalan 30 Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

30. A Barangkali Ramasamy bangun lewat sebab itu dia belum tiba lagi.

B Barangkali, Ramasamy bangun lewat, sebab Itu dia belum tiba lagi.

C Barangkali, “Ramasamy bangun lewat, sebab itu dia belum tiba lagi.”

D Barangkali Ramasamy bangun lewat, sebab itu dia belum tiba lagi.

Soalan 31 Pilih perkataan lawan bagi perkataan yang bergaris.

31. Air sungai Miri kelihatan keruh akibat pencemaran yang berlaku.

A kotor

B jernih

C cemar

D berlumpur

Page 10: Bahasa Malaysia Tahun 5

Soalan 32 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

32. Ketibaan Perdana Menter disambut dengan paluan rebana ubi.

A sorakan

B jemputan

C lamunan

D pukulan

Soalan 33 dan Soalan 34 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

33. Novel remaja itu telah ditulis oleh seorang penulis yang terkenal.

A Remaja novel itu menulis seorang penulis terkenal.

B Remaja novel itu bila dibaca oleh seorang penulis terkenal.

C Seorang penulis yang terkenal telah menulis novel remaja itu.

D Seorang penulis novel remaja telah terlalu terkenal.

34. Hamin melukis gambar Muzium Negara.

A Gambar Muzium Negara Hanim lukis.

B Gambar Muzium Negara dilukis oleh Hanim.

C Melukis gambar Muzium Negara oleh Hanim.

D Gambar Muzium Negara Hanim melukis.

Soalan 35 Pilih jawapan bagi Ayat Tanya yang bergaris.

35. Ke manakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan?

A Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan semalam.

B Perpindahan mangsa banjir itu telah diuruskan oleh Ketua Kampung.

C Bekalan makanan telah diberikan kepada mangsa banjir.

D Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke balai raya.

Page 11: Bahasa Malaysia Tahun 5

Soalan 36 Pilih ayat tanya yang betul bagi Jawapan yang bergaris.

36. Akibat kemalasannya, Yee Hung gagal dalam peperiksaan.

A Kenapakah Yee Hung malas?

B Apakah yang menyebabkan Yee Hung gagal dalam peperiksaan?

C Bilakah Yee Hung gagal?

D Bagaimanakah Yee Hung gagal?

Soalan 37 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Penjual nasi lemak itu baru saja lalu.

II Perkara lalu jangan diungkit lagi.

III Tie Ling berdiri lalu menyanyi.

IV Dia tidak lalu makan kerana demam.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II, III dan IV

Soalan 38 Susun ayat-ayat di bawah mengikut urutan yang betul.

I Dia menyiang ikan di dapur.

II Ikan digaul dengan garam dan kumyit.

III Selepas itu, ikan digoreng di dalam kuali.

IV Emak pergi ke pasar membeli ikan.

A I, II, III dan IV

Page 12: Bahasa Malaysia Tahun 5

B II, IV, III dan I

C III, IV, I dan II

D IV, I, II dab III

Soalan 39 dan Soalan 40 Pilih ayat yang betul.

39. A Kain songket ini untuk bagi makcik saya.

B Hulu keris itu bersadurkan perak.

C Dia mempunyai sebuah cita-cita yang bersih.

D Gordon menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu.

40. A Dia tidak anak saya.

B Beg itu diperbuat dari kain.

C Sawah padi itu bagi anak-anaknya.

D Rumah banglo dua tingkat itu untuk ibu.