Bahasa Melayu 012-Set 1

4
SET 1 Bahagian A [ Masa dicadangkan :15 minit ] [ 10 markah ] Gambar di bawah menunjukkan sebuah keluarga sedang bekerjasama membersihkan rumah mereka. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini. 1. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………… 2. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………… 3. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………… 21

description

Latihan Jom A BM

Transcript of Bahasa Melayu 012-Set 1

Page 1: Bahasa Melayu 012-Set 1

SET 1Bahagian A

[ Masa dicadangkan :15 minit ][ 10 markah ]

Gambar di bawah menunjukkan sebuah keluarga sedang bekerjasama membersihkan rumah mereka.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

1. ………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

2. ………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

3. ………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

4. ………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………..

5. ………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

21

Page 2: Bahasa Melayu 012-Set 1

MODUL HIKMAH

Bahagian B

[Masa dicadangkan : 40 minit]

[30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya

tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Ibu kamu telah dimasukkan ke wad bersalin. Kamu sedang menanti kelahiran adik

kamu yang ketiga. Ceritakan suasana keluarga kamu sebelum dan selepas

menerima orang baru.

ATAU

2. Kamu menemu ramah kawan sekolah kamu yang telah dipilih sebagai murid

cemerlang UPSR. Kamu telah bertanyakan tentang rahsia kejayaannya itu.

Tulis hasil temu ramah kamu selengkapnya.

ATAU

3. Rakan kamu kehilangan wang untuk membayar yuran Kelab Komputer. Tuliskan

tindakan kamu untuk membantu rakan kamu itu.

22

Page 3: Bahasa Melayu 012-Set 1

BAHAGIAN C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit]

[20 markah]

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Mak Cik Saleha merupakan seorang ibu tunggal. Pak Hamid, suaminya telah

meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu. Mak Cik Saleha menjaga

enam orang anaknya yang masih bersekolah. Mak Cik Saleha menjual kuih-muih dan

nasi lemak bagi menyara keluarganya. Anak-anak Mak Cik Saleha amat memahami

akan kesusahan ibu mereka.

Mujurlah anak-anak Mak Cik Saleha pandai menguruskan diri masing-masing.

Mereka tidak mahu menyusahkan ibu mereka. Mereka berenam hanya berjalan kaki dan

membawa bekalan makanan yang dimasak di rumah ke sekolah bagi mengurangkan

perbelanjaan ibu mereka. Mak Cik Saleha selalu menasihati anak-anaknya supaya

tekun belajar dan memberi tumpuan dalam pelajaran. Jika mereka berilmu dan berjaya

nasib keluarga dapat diubah. Mak Cik Saleha bersyukur dan sangat bertuah kerana

mempunyai anak-anak yang selalu mendengar dan menurut kata-katanya.

23