bahasa Melayu bahasa Melayu

1
MUKA 12 MUKA 8 & 9 ‘Majulah Singapura’ tersemat dalam minda orang Melayu Perniagaan lebih cekap dengan teknologi Isnin, 23 Februari 2015 | Isu 207 & GENERASI GELIGA Apa yang penting bagi anda? HASLEEN BACHIK [email protected] MASJID Yusof Ishak yang bakal diban- gunkan di Woodlands Drive 17 berada dalam kedudukan yang baik, dekat de- ngan prasarana awam dan mampu me- ningkatkan keharmonian di kalangan masyarakat di kawasan itu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masya- rakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, sema- lam. Lebih daripada itu, usaha bersepadu masyarakat Islam di sini dalam bersa- ma-sama memikul tanggungjawab demi kesejahteraan bersama amat terserlah dengan Jawatankuasa Pembinaan Masjid (JPM) itu berjaya mengumpulkan $1.9 ju- ta melalui pelbagai kegiatan dalam masa kurang setahun. Malah, seramai 50 dermawan – yang sebahagiannya menetap di luar kawasan Woodlands – telah menyumbangkan an- tara $10,000 dengan $50,000. Masjid Yusof Ishak mensasarkan pe- ngumpulan derma berjumlah $2.5 juta se- hingga akhir tahun ini. “Hakikat bahawa mereka telah dapat mengumpulkan hampir $2 juta menunjuk- kan adanya banyak sokongan di luar sa- na. Saya rasa pihak jawatankuasa telah bekerja keras secara bersama-sama de- ngan jawatankuasa masjid-masjid yang ada seperti Masjid An-Nur dan Masjid As- syafaah,” kata Dr Yaacob yang juga Men- teri Perhubungan dan Penerangan. Mengulas tentang sokongan padu ma- syarakat, Pengerusi Jawatankuasa Pembi- naan Masjid Yusof Ishak, Haji Mohd Ayub Johari, berkata: “Saya rasa yakin matlamat $2.5 juta itu akan dapat dicapai pada akhir 2015. Masyarakat kita sangat murah hati. Mere- ka membantu pada saat-saat kita memer- lukan. “Misalnya, mereka yang menderma antara $10,000 dengan $50,000 ada dalam seramai lebih kurang 50 orang. Ia menunjukkan rasa murah hati mereka. “Sumbangan tertinggi ialah daripada dua penderma yang memberikan $50,000, seorang lelaki dari kawasan Bu- kit Timah dan seorang wanita pula dari Queenstown. Di kawasan Woodlands sen- diri ada yang mendermakan $15,000, $30,000 dan $40,000. “Yang menderma kurang $ dalam ribuan jumlahnya.” Sementara itu, isteri Presid Singapura, Allahyarham Y Puan Noor Aishah, 81 tahun angkan masa menghadiri ma nan semalam. Mengenai perasaan belia kan pembinaan masjid yang ambil sempena nama suami khas bagi memperingati sum iden pertama itu, beliau be “Syukur kepada Allah k mempunyai hati dan ada in Semoga Allah membala lah.” Mengulas tentang k Noor Aishah, Dr Yaacob sial Facebook-nya petang hirkan penghargaan deng “Hari ini adalah hari kerana kami memeca Masjid Yusof Ishak di W “Ini adalah salah satu ta menghormati Preside atas sumbangan ceme Singapura khususnya menggalakkan hubung negara berbilang kaum SOLAT Subuh 5.56 Syuruk 7.13 Zu Masjid Yusof Ishak jadi m keharmonian masyar IMPIAN JADI NYATA: Upacara simbolik 'pecah tanah' di tapak Masjid Yusof Ishak diadakan semalam. (Dari kanan) Haji Mohd Ayub Joha Noor Aishah, Encik Khaw Boon Wan, Presiden Muis, Haji Mohammad Alami Musa; Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak bin Hassan M Abidin Rasheed. – Foto KHALID BABA Isteri mantan Presiden pertama Singapura turut hadir serikan maj AHAD, 8 MAC 2015 (17 JAMADILAWAL 1436) Sebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini RaikaN LAPORAN PENUH MUKA 4 & 5 Sempena Hari Wanita Sedunia, yang jatuh hari ini, Berita Minggu (BM) meraikan empat wanita - Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob; pakar fisioterapi, Cik Nurhafizah Abu Sujad; pakar ekologi marin, Dr Siti Maryam Yakub dan usahawan Cik Jumiah Ujud. Empat individu ini melambangkan tekad, pengorbanan, keupayaan dan potensi wanita Melayu/Islam setempat. Bahasa Jiwa Bangsa Bahasa Jiwa Bangsa Mudah sahaja! Jawab soalan berikut dan hantarkan jawapan anda kepada [email protected]. Sertakan butir-butir peribadi iaitu nama, usia, alamat dan nombor telefon anda. KUIZ #bhsg50 Beg goodie SG50 yang mengandungi sehelai beg tote, sebuah lencana, sekeping pelekat logo SG50 dan set kalendar. MENANGI! Syarat-syarat: Keputusan pihak Berita Harian adalah muktamad. • Setiap pembaca hanya boleh menjawab sekali sahaja. SOALAN Tarikh tutup: 4 April 2015 Grafik NUR AMANINA ISMAIL & HAZAMI HAMIDON Sebutkan empat perkataan Inggeris yang diberikan sebagai contoh perkataan asing yang kini digunakan dalam penulisan bahasa Melayu. SEKILAS ACARA SG50 #bhSG50 Layari laman www.singapore50.sg untuk maklumat lanjut. KEDUDUKAN Singapura yang dikelilingi negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu telah membantu menjadikan bahasa itu sebagai pilihan mereka yang mahu menguasai bahasa asing. Keadaan Singapura yang berbilang kaum pula menjadikan pilihan itu sesuatu yang semula jadi. Demikian yang disaksikan di Pusat bagi Pembelajaran Bahasa Moden (CML), Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Pusat tersebut menawarkan program bahasa Asia dan Eropah kepada mahasiswanya. Para mahasiswa mengambil subjek itu sebagai elektif wajib mereka. Selain bahasa Melayu, CML turut menawarkan pembelajaran bahasa Arab, Vietnam, Korea, Perancis dan Sepanyol. Bahasa-bahasa itu diajar sebagai bahasa asing kepada mereka yang bukan penutur asli bahasa tersebut. Bagi bahasa Melayu, pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Cina, India, Perancis, Taiwan dan Eropah. Menurut Pensyarah dan Penyelaras Bahasa Melayu di CML, Cik Hani Mustafa, di balik tawaran pelbagai bahasa untuk dipelajari, ramai mahasiswa melihat bahasa Melayu sebagai pilihan yang baik dan semula jadi bagi mereka. “Ramai yang mahu belajar bahasa Melayu agar mereka mudah dan lebih mesra berbual dengan rakan atau jiran mereka yang berbangsa Melayu. SIRI KONSERT DI TAMAN NPARKS akan mengadakan konsertnya yang pertama dalam Siri Konsert SG50 di Taman Bishan-Ang Mo Kio pada hari ini (14 Mac). Ini merupakan konsert pertama dalam siri enam konsert yang akan dianjurkannya. FESTIVAL MUZIK 2015: SUARA-SUARA BELIA Suara-Suara Belia merupakan satu persembahan tahunan yang memaparkan irama-irama yang biasa didengari di Singapura dan dipersembahkan tanpa iringan muzik. Persembahan tersebut yang bertujuan merapatkan hubungan antara kaum di sini untuk meraikan SG50 melalui muzik akan diadakan di seluruh negara, bermula di Bedok pada hari ini (14 Mac). MESKIPUN bahasa Melayu yang sempurna kian kurang kedengarannya apabila kita duduk-duduk di kedai kopi mendengar perbualan hari ini, dapat dirasakan bahawa kepentingannya tetap sama sekarang seperti dahulu. Sebagai seorang yang telah bersama akhbar ini lebih 35 tahun, saya yakin bahawa bahasa Melayu akan kekal relavan untuk 35 tahun yang akan datang. Kesedaran terhadap bahasa Melayu kian meningkat dan meskipun mutunya mungkin merosot, perluasan penggunaannya masih meningkat. Saya katakan bahawa mutunya mungkin merosot kerana kini, banyak perkataan Inggeris sudah dicampur-adukkan dengan bahasa Melayu. Sesetengah perkataan itu memang sukar diterjemahkan atau tiada langsung dalam kamus Melayu, tetapi banyak juga perkataan Inggeris yang dipakai kerana kemudahan menyampaikan maksud yang dikehendaki. Perkataan-perkataan seperti prosedur, protokol, rutin, diet, bisnes dan hipokrit misalnya, kian kerap digunakan sama ada dalam pertuturan atau penulisan. Ia kini sudah diterima oleh ramai pengguna bahasa Melayu. Apakah ini satu perkembangan yang baik atau sebaliknya? Perbahasan mengenai pro dan kontranya masih belum selesai. Media cetak seperti Berita Harian juga tidak terkecuali dan perlahan-lahan, perkataan-perkataan begini kian kelihatan. Keinginan untuk mendedahkan anak-anak kepada bahasa Melayu yang betul sejak dari kecil atau di peringkat sekolah rendah juga kian ketara. Untuk memenuhi permintaan tersebut, maka lahirlah GEN G yang diterbitkan akhbar ini. Suatu masa dulu, ada kempen untuk menggalakkan penyebutan baku dalam bahasa Melayu. Tujuannya memang baik dan masuk di akal kerana bakal menyeragamkan penyebutan di seluruh Nusantara yang mempunyai sekitar 300 juta penggunanya – atau mungkin lebih. Namun entah di mana silapnya, ia gagal menjadi kenyataan dan harapan tinggal harapan. Apa pun, bagi yang boleh berbahasa Melayu, mereka tentu tidak berasa janggal sekiranya berkembara di rantau Nusantara atau mempunyai rangkaian perniagaan. Bahasa Inggeris mungkin merupakan bahasa dunia, tetapi di rantau kita, bahasa Melayu adalah ‘raja’. Semasa saya di sekolah rendah, masih ingat lagi bahawa tiap tahun akan diadakan kempen Bahasa Kebangsaan. Di sekolah, kami akan membuat poster-poster dengan slogan seperti ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan banyak lagi yang saya tidak ingat. Bagaimanapun, semasa di sekolah menengah, saya tidak ingat kempen itu diadakan kerana mungkin pada tahun-tahun 1970-an, fokus kita ialah bahasa Inggeris untuk ‘menyambung’ Singapura dengan rangkaian dunia. Kalau ada pun, mungkin pada skala yang kecil. Namun akhir-akhir ini, kita melihat semula kempen-kempen menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di peringkat nasional dalam bentuk Bulan Bahasa. Pelbagai kegiatan yang berkaitan dengan bahasa dan budaya Melayu dianjurkan sempena bulan tersebut dan ada rancangan untuk melancarkan Bulan Bahasa 2015 di Gardens by The Bay sempena sambutan ulang tahun ke-50 negara. Syabas. Demikian serba sedikit putaran mengenai naik turunnya bahasa Melayu yang kita cintai. Apa pun, saya masih yakin bahawa bahasa Melayu bukan sahaja akan kekal relavan, bahkan dapat dimartabat dan diperkasakan ke tahap yang lebih tinggi. Bahasa pastinya dapat memesrakan hubungan antara manusia,” kata Cik Hani. Selain itu, ada pula yang melahirkan harapan agar lebih mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan di Malaysia dan Indonesia apabila mereka ke negara tersebut. “Walaupun bahasa Inggeris semakin digunakan oleh ramai orang, ini tidak melemahkan kedudukan bahasa ibunda dan dalam hal ini bahasa Melayu dilihat penutur asing sebagai penting dan bermakna dalam mengukuhkan hubungan dengan rakan dan jiran, khususnya dalam konteks negara berbilang kaum seperti Singapura,” tambahnya. Untuk penggal ini, CML membuka 12 kelas bahasa Melayu dengan setiap kelas mempunyai sekitar 24 orang. “Pada mulanya kelas kami dibataskan kepada 22 pelajar sahaja, tetapi melihat kepada senarai menanti yang panjang, kami tidak sampai hati untuk menghampakan mereka lalu menambah jumlah pelajar bagi setiap kelas. “Meskipun telah ditambah jumlah pelajar, masih ada lebih 100 pelajar yang terpaksa kami tolak kerana tidak ada tempat kosong.” Para pelajar harus mempelajari bahasa pilihan mereka selama satu penggal dan menduduki ujian yang menilai kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan membaca. Mereka juga berpeluang mengetahui budaya orang Melayu. Lima puluh tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Kalau seseorang itu lahir 50 tahun lalu, beliau kini mungkin sudah ada cucu. Begitu juga dengan perkembangan bahasa Melayu yang telah melalui pelbagai cabaran, perubahan dan penerimaan perkataan-perkataan asing. Wartawan ZAINAL JAMARI ([email protected]) menyorot serba sedikit cabaran dan perkembangan tersebut dalam dua rencana di bawah ini. Bahasa Bahasa sekarang sekarang bahasa Melayu & & Kian ramai minati bahasa Melayu Kian ramai minati

Transcript of bahasa Melayu bahasa Melayu

MUKA 6

MUKA 12

MUKA 8 & 9

Jokowi panggil

Gabenor

Jakarta

‘Majulah Singapura’

tersemat dalam

minda orang Melayu

Perniagaan lebih

cekap dengan

teknologi

Isnin, 23 Februari 2015 | Isu 207& GENERASI GELIGA

Apa yang penting

bagi anda?

�HASLEEN BACHIK

[email protected]

MASJID Yusof Ishak yang bakal diban-

gunkan di Woodlands Drive 17 berada

dalam kedudukan yang baik, dekat de-

ngan prasarana awam dan mampu me-

ningkatkan keharmonian di kalangan

masyarakat di kawasan itu, kata Menteri

Bertanggungjawab bagi Ehwal Masya-

rakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, sema-

lam.Lebih daripada itu, usaha bersepadu

masyarakat Islam di sini dalam bersa-

ma-sama memikul tanggungjawab demi

kesejahteraan bersama amat terserlah

dengan Jawatankuasa Pembinaan Masjid

(JPM) itu berjaya mengumpulkan $1.9 ju-

ta melalui pelbagai kegiatan dalam masa

kurang setahun.

Malah, seramai 50 dermawan – yang

sebahagiannya menetap di luar kawasan

Woodlands – telah menyumbangkan an-

tara $10,000 dengan $50,000.

Masjid Yusof Ishak mensasarkan pe-

ngumpulan derma berjumlah $2.5 juta se-

hingga akhir tahun ini.

“Hakikat bahawa mereka telah dapat

mengumpulkan hampir $2 juta menunjuk-

kan adanya banyak sokongan di luar sa-

na. Saya rasa pihak jawatankuasa telah

bekerja keras secara bersama-sama de-

ngan jawatankuasa masjid-masjid yang

ada seperti Masjid An-Nur dan Masjid As-

syafaah,” kata Dr Yaacob yang juga Men-

teri Perhubungan dan Penerangan.

Mengulas tentang sokongan padu ma-

syarakat, Pengerusi Jawatankuasa Pembi-

naan Masjid Yusof Ishak, Haji Mohd

Ayub Johari, berkata:

“Saya rasa yakin matlamat $2.5 juta

itu akan dapat dicapai pada akhir 2015.

Masyarakat kita sangat murah hati. Mere-

ka membantu pada saat-saat kita memer-

lukan.“Misalnya, mereka yang menderma

antara $10,000 dengan $50,000 ada

dalam seramai lebih kurang 50 orang. Ia

menunjukkan rasa murah hati mereka.

“Sumbangan tertinggi ialah daripada

dua penderma yang memberikan

$50,000, seorang lelaki dari kawasan Bu-

kit Timah dan seorang wanita pula dari

Queenstown. Di kawasan Woodlands sen-

diri ada yang mendermakan $15,000,

$30,000 dan $40,000.

“Yang menderma kurang $1,000 pun

dalam ribuan jumlahnya.”

Sementara itu, isteri Presiden pertama

Singapura, Allahyarham Yusof Ishak,

Puan Noor Aishah, 81 tahun, turut melu-

angkan masa menghadiri majlis pembeto-

nan semalam.

Mengenai perasaan beliau menyaksi-

kan pembinaan masjid yang namanya di-

ambil sempena nama suaminya dan galeri

khas bagi memperingati sumbangan Pres-

iden pertama itu, beliau berkata:

“Syukur kepada Allah kerana mereka

mempunyai hati dan ada ingatan baik itu.

Semoga Allah membalasnya insya-Al-

lah.”Mengulas tentang kehadiran Puan

Noor Aishah, Dr Yaacob dalam laman so-

sial Facebook-nya petang semalam, mela-

hirkan penghargaan dengan berkata:

“Hari ini adalah hari yang bersejarah

kerana kami memecah tanah untuk

Masjid Yusof Ishak di Woodlands.

“Ini adalah salah satu cara di mana ki-

ta menghormati Presiden pertama kita di

atas sumbangan cemerlangnya kepada

Singapura khususnya peranan beliau

menggalakkan hubungan harmoni dalam

negara berbilang kaum.”

Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga

Manusia merangkap Pendidikan) yang ju-

ga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Mar-

siling, Encik Hawazi Daipi, berkata:

“Saya rasa ia juga boleh dianggap sebagai

satu mercu tanda oleh masyarakat di

Woodlands baik orang Islam atau bukan

Islam, sebuah institusi yang dapat menge-

ratkan silaturahim di kalangan penduduk

pelbagai kaum dan agama.”

Salah seorang penduduk, Encik Ro-

haizad Haji Juri, 34 tahun, guru, menam-

bah: “Saya berharap masjid ini dapat

menyediakan program mesra keluarga

yang dapat menampung kursus atau ke-

mahiran yang boleh menaik taraf kehidu-

pan keluarga di kawasan Woodlands ini.

Turut hadir di masjid semalam Menteri

Pembangunan Negara, yang juga Anggo-

ta Parlimen GRC Sembawang, Encik

Khaw Boon Wan dan Encik Vikram Nair

serta Mufti Dr Mohamad Fatris Bakaram.

Masjid Yusof Ishak dijangka siap dibi-

na pada penghujung 2016 dan pembi-

naannya menelan belanja $17.56 juta.

Apabila siap kelak, Masjid Yusof Ishak

dapat menampung 4,500 jemaah.

�ISMAIL ALI

[email protected]

SEPAK takraw mem-

punyai potensi cerah

menjadi permainan yang

diminati ramai di seluruh

dunia dan sudah mempu-

nyai syarat kuat untuk di-

sertakan dalam Sukan

Olimpik 2024.

Keyakinan itu diluah-

kan Setiausaha Agung

Persekutuan Sepak Tak-

raw Antarabangsa

(Istaf), Abdul Halim Kad-

er, semasa lawatan Pres-

iden Persekutuan Sepak

Takraw Indonesia yang

juga Naib Presiden Istaf,

Anjas Rivai, ke Pusat

Kecemerlangan Perseku-

tuan Sepak Takraw Sin-

gapura (Perses) Khamis

lalu.“Saya akan mengetu-

ai satu delegasi Istaf ke

persidangan SportAc-

cord, pertubuhan yang

memayungi semua per-

sekutuan sukan antara-

bangsa (Olimpik dan bu-

kan Olimpik) dan pe-

nganjur temasya sukan

berbilang acara serta per-

satuan antarabangsa ber-

kaitan sukan, di Sochi,

Russia, dari 21 hingga 24

April ini untuk menemui

Sekretariat Antarabang-

sa Jawatankuasa Olim-

pik Antarabangsa (IOC)

dan berbincang untuk

membuat permohonan

supaya sepak takraw diik-

tiraf oleh badan induk su-

kan Olimpik itu.

“Saya yakin selepas

membuat permohonan

itu, sepak takraw akan

mendapat tempat dalam

Sukan Olimpik 2024,”

jelas Abdul Halim.

Bagi mengukuhkan

hujah yang akan dike-

mukakannya, beliau me-

nambah bahawa sepak

takraw kini dimainkan di

45 negara di lima benua

dan dalam proses me-

menuhi kriteria IOC

yang memerlukan ia di-

mainkan di 75 negara.

Menurut Abdul Ha-

lim lagi, sepak takraw ju-

ga sudah mempunyai

syarat kuat bagi membo-

lehkannya disertakan

dalam Sukan Olimpik

dan sudah pun diserta-

kan dalam Sukan Asia se-

jak 1990.Antaranya ialah per-

nah menganjurkan per-

tandingan di peringkat

dunia yang disertai lima

benua dan menjadi ang-

gota Agensi Antidoping

Sedunia (Wada).

Takraw punya

syarat kuat ke

Olimpik 2024?

�NURMAYA ALIAS

[email protected]

RAMAI melahirkan rasa

terkejut menyusuli berita

penyanyi Taufik Batisah

akan menamatkan zaman

solonya April ini.

Seorang peminat, Cik

Rosmani Osman, 45 tahun,

seorang eksekutif operasi

berkata: “Saya terkejut den-

gan berita itu tetapi Taufik

sudah mencecah usia sesuai untuk menamatkan za-

man bujangnya.”

Seorang lagi peminat penyanyi yang popular den-

gan lagu, #awakkatmane, Cik Khalsom Haji Wardi,

45 tahun, seorang setiausaha undang-undang berka-

ta: “Anak-anak saudara perempuan saya bilang,

‘belum lagi terlambat. Akad nikah belum berlang-

sung’. Tetapi, saya gembira dan mendoakan yang ter-

baik buat Taufik.”

Dalam kenyataannya menerusi syarikat rakaman

Hype Records, Taufik ucapkan terima kasih di atas

ucapan dan doa peminatnya.

“Saya bersyukur akhirnya saya bertemu dengan

seseorang untuk berkongsi masa depan bersama. Dia

bukan dalam dunia hiburan... Selama ini, saya ber-

sikap peribadi tentang kehidupan saya.

“Oleh itu, saya memohon jasa baik semua untuk

melindungi ruang peribadinya...

“Ini bakal menjadi saat yang agak sibuk bagi per-

siapan menjelang majlis perkahwinan kami. Saya ber-

harap anda terus memberikan sokongan dan mendoa-

kan kami berdua.”

SOLAT Subuh 5.56 Syuruk 7.13 Zuhur 1.17 Asar 4.26 Maghrib 7.19 Isyak 8.28

Masjid Yusof Ishak jadi mangkin

keharmonian masyarakat

Peminat terkejut Taufik

bakal bergelar suami

IMPIAN JADI NYATA: Upacara simbolik 'pecah tanah' di tapak Masjid Yusof Ishak diadakan semalam. (Dari kanan) Haji Mohd Ayub Johari, Dr Mohamad Fatris Bakaram, Dr Yaacob Ibrahim, Puan

Noor Aishah, Encik Khaw Boon Wan, Presiden Muis, Haji Mohammad Alami Musa; Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak bin Hassan Maricar; Encik Hawazi Daipi, Encik Vikram Nair dan Haji Zainul

Abidin Rasheed. – Foto KHALID BABA

Isteri mantan Presiden pertama Singapura turut hadir serikan majlis pembetonan

AHAD, 8 MAC 2015 (17 JAMADILAWAL 1436)

MCI (P) 062/09/2014 60 sen

Sebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

Berita Harian

Singapura

@BeritaHarianSG

Akhbar ini dicetak pada 9.30 malam.

Untuk edisi digital BH, lungsuri BeritaHarian.sg

TAUFIK BATISAH

RaikaN

LAPORAN PENUH MUKA 4 & 5

Sempena Hari Wanita Sedunia, yang jatuh hari ini,

Berita Minggu (BM) meraikan empat wanita - Speaker Parlimen,

Cik Halimah Yacob; pakar fisioterapi, Cik Nurhafizah Abu Sujad; pakar

ekologi marin, Dr Siti Maryam Yakub dan usahawan Cik Jumiah Ujud.

Empat individu ini melambangkan tekad, pengorbanan, keupayaan dan

potensi wanita Melayu/Islam setempat.

Grafik HAZAMI HAMIDON

Bahasa Jiwa

BangsaBahasa

Jiwa Bangsa

Mudah sahaja!Jawab soalan berikut dan hantarkan jawapan anda kepada

[email protected]. Sertakan butir-butir peribadi iaitu nama, usia, alamat dan nombor telefon anda.

KUIZ #bhsg50

Beg goodie SG50 yang mengandungi sehelai beg tote, sebuah lencana, sekeping pelekat logo SG50 dan set kalendar.

MENANGI!

Syarat-syarat: • Keputusan pihak Berita Harian adalah muktamad. • Setiap pembaca hanya boleh menjawab sekali sahaja.

SOALAN

Tarikh tutup: 4 April 2015

Grafik NUR AMANINA ISMAIL & HAZAMI HAMIDON

Sebutkan empat perkataan Inggeris yang diberikan sebagai

contoh perkataan asing yang kini digunakan dalam penulisan

bahasa Melayu.

SEKILAS ACARA SG50

#bhSG50

Layari laman www.singapore50.sg untuk maklumat lanjut.

KEDUDUKAN Singapura yang dikelilingi negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu telah membantu menjadikan bahasa itu sebagai pilihan mereka yang mahu menguasai bahasa asing.

Keadaan Singapura yang berbilang kaum pula menjadikan pilihan itu sesuatu yang semula jadi.

Demikian yang disaksikan di Pusat bagi Pembelajaran Bahasa Moden (CML), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Pusat tersebut menawarkan program bahasa Asia dan Eropah kepada mahasiswanya. Para mahasiswa mengambil subjek itu sebagai elektif wajib mereka.

Selain bahasa Melayu, CML turut menawarkan pembelajaran bahasa Arab, Vietnam, Korea, Perancis dan Sepanyol. Bahasa-bahasa itu diajar sebagai bahasa asing kepada mereka yang bukan penutur asli bahasa tersebut.

Bagi bahasa Melayu, pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Cina, India, Perancis, Taiwan dan Eropah.

Menurut Pensyarah dan Penyelaras Bahasa Melayu di CML, Cik Hani Mustafa, di balik tawaran pelbagai bahasa untuk dipelajari, ramai mahasiswa melihat bahasa Melayu sebagai pilihan yang baik dan semula jadi bagi mereka.

“Ramai yang mahu belajar bahasa Melayu agar mereka mudah dan lebih mesra berbual dengan rakan atau jiran mereka yang berbangsa Melayu.

SIRI KONSERT DI TAMANNPARKS akan mengadakan konsertnya yang pertama dalam Siri Konsert SG50 di Taman Bishan-Ang Mo Kio pada hari ini (14 Mac). Ini merupakan konsert pertama dalam siri enam konsert yang akan dianjurkannya.

FESTIVAL MUZIK 2015: SUARA-SUARA BELIASuara-Suara Belia merupakan satu persembahan tahunan yang memaparkan irama-irama yang biasa didengari di Singapura dan dipersembahkan tanpa iringan muzik. Persembahan tersebut yang bertujuan merapatkan hubungan antara kaum di sini untuk meraikan SG50 melalui muzik akan diadakan di seluruh negara, bermula di Bedok pada hari ini (14 Mac).

MESKIPUN bahasa Melayu yang sempurna kian kurang kedengarannya apabila kita duduk-duduk di kedai kopi mendengar perbualan hari ini, dapat dirasakan bahawa kepentingannya tetap sama sekarang seperti dahulu.

Sebagai seorang yang telah bersama akhbar ini lebih 35 tahun, saya yakin bahawa bahasa Melayu akan kekal relavan untuk 35 tahun yang akan datang.

Kesedaran terhadap bahasa Melayu kian meningkat dan meskipun mutunya mungkin merosot, perluasan penggunaannya masih meningkat.

Saya katakan bahawa mutunya mungkin merosot kerana kini, banyak perkataan Inggeris sudah dicampur-adukkan dengan bahasa Melayu.

Sesetengah perkataan itu memang sukar diterjemahkan atau tiada langsung dalam kamus Melayu, tetapi banyak juga perkataan Inggeris yang dipakai kerana kemudahan menyampaikan maksud yang dikehendaki.

Perkataan-perkataan seperti prosedur, protokol, rutin, diet, bisnes dan hipokrit misalnya, kian kerap digunakan sama ada dalam pertuturan atau penulisan.

Ia kini sudah diterima oleh ramai pengguna bahasa Melayu.Apakah ini satu perkembangan yang baik atau sebaliknya?Perbahasan mengenai pro dan kontranya masih belum

selesai.Media cetak seperti Berita Harian juga tidak terkecuali dan

perlahan-lahan, perkataan-perkataan begini kian kelihatan.Keinginan untuk mendedahkan anak-anak kepada

bahasa Melayu yang betul sejak dari kecil atau di peringkat sekolah rendah juga kian ketara.

Untuk memenuhi permintaan tersebut, maka lahirlah GEN G yang diterbitkan akhbar ini.

Suatu masa dulu, ada kempen untuk menggalakkan

penyebutan baku dalam bahasa Melayu. Tujuannya memang baik dan masuk di akal kerana bakal menyeragamkan penyebutan di seluruh Nusantara yang mempunyai sekitar 300 juta penggunanya – atau mungkin lebih.

Namun entah di mana silapnya, ia gagal menjadi kenyataan dan harapan tinggal harapan.

Apa pun, bagi yang boleh berbahasa Melayu, mereka tentu tidak berasa janggal sekiranya berkembara di rantau Nusantara atau mempunyai rangkaian perniagaan.

Bahasa Inggeris mungkin merupakan bahasa dunia, tetapi di rantau kita, bahasa Melayu adalah ‘raja’.

Semasa saya di sekolah rendah, masih ingat lagi bahawa tiap tahun akan diadakan kempen Bahasa Kebangsaan.

Di sekolah, kami akan membuat poster-poster dengan slogan seperti ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan banyak lagi yang saya tidak ingat.

Bagaimanapun, semasa di sekolah menengah, saya tidak ingat kempen itu diadakan kerana mungkin pada tahun-tahun 1970-an, fokus kita ialah bahasa Inggeris untuk ‘menyambung’ Singapura dengan rangkaian dunia.

Kalau ada pun, mungkin pada skala yang kecil.Namun akhir-akhir ini, kita melihat semula kempen-kempen

menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di peringkat nasional dalam bentuk Bulan Bahasa.

Pelbagai kegiatan yang berkaitan dengan bahasa dan budaya Melayu dianjurkan sempena bulan tersebut dan ada rancangan untuk melancarkan Bulan Bahasa 2015 di Gardens by The Bay sempena sambutan ulang tahun ke-50 negara.

Syabas.Demikian serba sedikit putaran mengenai naik turunnya

bahasa Melayu yang kita cintai.Apa pun, saya masih yakin bahawa bahasa Melayu bukan

sahaja akan kekal relavan, bahkan dapat dimartabat dan diperkasakan ke tahap yang lebih tinggi.

Bahasa pastinya dapat memesrakan hubungan antara manusia,” kata Cik Hani.

Selain itu, ada pula yang melahirkan harapan agar lebih mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan di Malaysia dan Indonesia apabila mereka ke negara tersebut.

“Walaupun bahasa Inggeris semakin digunakan oleh ramai orang, ini tidak melemahkan kedudukan bahasa ibunda dan dalam hal ini bahasa Melayu dilihat penutur asing sebagai penting dan bermakna dalam mengukuhkan hubungan dengan rakan dan jiran, khususnya

dalam konteks negara berbilang kaum seperti Singapura,” tambahnya.

Untuk penggal ini, CML membuka 12 kelas bahasa Melayu dengan setiap kelas mempunyai sekitar 24 orang.

“Pada mulanya kelas kami dibataskan kepada 22 pelajar sahaja, tetapi melihat kepada senarai menanti yang panjang, kami tidak sampai hati untuk menghampakan

mereka lalu menambah jumlah pelajar bagi setiap kelas.

“Meskipun telah ditambah jumlah pelajar, masih ada lebih 100 pelajar yang terpaksa kami tolak kerana tidak ada tempat kosong.”

Para pelajar harus mempelajari bahasa pilihan mereka selama satu penggal dan menduduki ujian yang menilai kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan membaca. Mereka juga berpeluang mengetahui budaya orang Melayu.

Lima puluh tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Kalau seseorang itu lahir 50 tahun lalu, beliau kini mungkin sudah ada cucu.

Begitu juga dengan perkembangan bahasa Melayu yang telah melalui pelbagai cabaran, perubahan dan penerimaan perkataan-perkataan asing.

Wartawan ZAINAL JAMARI ([email protected]) menyorot serba sedikit cabaran dan perkembangan tersebut dalam dua rencana di bawah ini.

BahasaBahasasekarangsekarang

bahasa Melayu

&&

Kian ramai minatibahasa MelayuKian ramai minati