BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Bahasa Melayu di … · BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA H ubungan...

1
BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA H ubungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan negara Kemboja bermula sejak tahun 1999 lagi dengan lawatan Oukhiya Haji Kamaruddin Yusuf, Mufti Ne- gara Kemboja dan YB Tuan Haji Zakaryya Adam, Menteri di Kementerian Hal Ehwal Ke- agamaan Kemboja (Secretary of State, Ministry of Cults and Religious Affairs, Cambodia) ke DBP. Susulan daripada itu satu rangka program kerjasama telah dirancang untuk mengembangkan bahasa Melayu di Kemboja. Program kerjasama kebahasa- an yang pertama diadakan di Kemboja ialah pada tahun 2002. Program ini disasarkan kepada penduduk Kemboja yang berketurunan Melayu Cham yang merupakan sebahagian besar pen- duduk Kemboja selain Khmer. Bahasa Melayu Cham merupakan bahasa yang masih belum disusun tatabahasanya secara sistematik. Atas faktor inilah DBP melalui Majlis Antarabangsa Bahasa Me- layu (MABM) mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama dengan negara Kemboja dalam usaha untuk mengembangkan bahasa Melayu ke persada anta- rabangsa. Program kebahasaan ini di- teruskan lagi pada tahun 2003 dan 2005 sebagai kesinambungan usaha terdahulu dalam melatih tenaga pengajar dalam kalangan mereka untuk disampaikan pula kepada masyarakat Kemboja yang lain. Pada tahun ini program keba- hasaan ini telah diadakan pada 16 hingga 19 Jun yang lalu. Program dimulakan dengan Kursus Pe- nataran Bahasa Melayu selama tiga hari dari 16 hingga 18 Jun di Dewan Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja. Seramai 30 orang pe- serta yang mewakili setiap daerah di seluruh Kemboja seperti: Battambong, Kratie, Kandal, Kampung Cham, Kampung Chnang, Siem Reap dan Phnom Penh menghadiri kursus tersebut. Mereka juga merupakan peserta yang pernah terlibat dengan program ini pada tahun-tahun terdahulu. Mantan Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr. Haji Amat Juhari Moain merupakan satu- satunya pakar bahasa yang terlibat dengan program ini sejak dari program pertama lagi. Program pada tahun ini, Tokoh Ilmuwan Bahasa 2003 ini digandingkan dengan Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka, penulis yang merupakan urus setia program dan juga tenaga pengajar kursus tersebut. Kursus selama tiga hari ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Zakaryya Adam dan YB Dr. Sos Mousine, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Kemboja (Under Secretary of State, Ministry of Rural Development, Cambodia) menyempurnakan majlis penu- tupan serta menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Program kebahasaan ini di- akhiri dengan perbincangan ringkas bersama Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Adnan Haji Othman di pejabat beliau di Phnom Penh yang turut memberikan sokongan atas usaha yang di- jalankan oleh DBP di Kemboja. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 16 Julai 2008 Bahasa Melayu di Kemboja BH PILIH L12 16 emel D unia kartun sering disi- nonimkan dengan kanak- kanak dan tanpa sedar atau tidak kartun sering digunakan sebagai medium menyampaikan sesuatu maksud melalui sindiran, kiasan mahupun bidalan dan perumpamaan. Sehubungan dengan itu, jelas menunjukkan bahawa bahasa, sastera dan kebu- dayaan Melayu berhubung rapat dengan dunia kartun. Menyedari kepentingan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) menjem- put Kartunis tersohor, Datuk Dr. Mohd Nor Khalid atau lebih dike- nali sebagai Lat serta Pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Profesor Dr. Muliyadi Mahamood. Di samping Kartunis Roseem sebagai pengantara untuk mem- bicarakan isu “Dunia Kartun: Antara Jenaka, Satira dan Budaya Membaca” dalam Majlis Astaka Minda. Majlis ini ber- tujuan untuk membina suasana dan persekitaran ke arah meng- galakkan minat membaca dan mencintai ilmu serta membina ketajaman minda melalui diskusi secara segar dan berketerampil- an. Lat yang popular dengan komik Kampung Boy berkongsi penge- tahuan dengan khalayak bahawa apa yang terakam dalam sesuatu komik sebenarnya adalah tatacara kehidupan manusia yang sebenar- benarnya serta menonjolkan kehe- batan dan keburukan sesuatu tem- pat yang dilakarkan dalam episod kartun berkenaan. Sementara itu, Profesor Dr. Muliyadi Mahamood pula berkata yang ternyata unik dan sering kali dikaitkan dengan kartun ialah kejenakaan, kritikan dan satira. Pendekatan umum yang sering digunakan dalam kejenakaan dan satira ialah berkaitan dengan tujuan kartun itu dihasilkan, siapakah penerbit dan sasaran pembaca. Pengarah DBPWT, Haji Moha- mad Yussop Ishak dalam ucap- an perasmiannya memaklumkan bahawa dunia kartun amat rapat dengan ruang bahasa, sastera dan budaya Melayu. Katanya, “di dalam sesebuah kartun ada jenakanya, ada satiranya, ada plot- nya, ada peristiwanya yang semua itu sebenarnya merupakan unsur- unsur penting dalam cerita sas- tera terutama dalam fiksyen atau cerita rakyat. “Dengan ini, dilihat bahawa hubungan antara dunia kartun dan alam bahasa dan sastera Melayu sangat akrab tetapi masih ramai yang beranggapan sebalik- nya sehingga ada yang menga- takan dunia kartun hanya milik kanak-kanak tanpa menyedari dunia kartun amat luas yang me- rentasi batasan usia, bangsa, ketu- runan dan sempadan negara." “Justeru, tidak hairanlah apa- bila ada manusia yang tidak ber- tanggungjawab menggunakan medium kartun untuk menghina agama dan bangsa seperti yang pernah berlaku tidak lama dahulu sehingga menimbulkan ketegang- an di antara negara Islam dan barat”, ucapnya lagi di hadapan kira-kira 200 hadirin dari pelbagai bidang. Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansur Dunia Kartun dalam Bahasa, Sastera Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin D ari segi penggunaan ba- hasa Melayu yang betul, dalam papan nama premis tersebut, terdapat tiga kesalahan bahasa. Pertama, penggunaan bahasa rojak atau bahasa yang bercampur. Kedua, kesalahan dari segi susunan struktur rangkai kata atau frasa nama premis; dan ketiga, kesalahan atau ke- tidaktepatan dari segi makna. Nama premis yang terletak di Gua Musang itu dikatakan menggunakan bahasa rojak kerana menggabungkan kata daripada bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris (cafe). Kata cafe merupakan kata daripada bahasa Inggeris yang telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu, tetapi ejannya diubah kepada kafe untuk disesuaikan dengan bunyi sebutan dalam bahasa Melayu. Dari segi susunan kata yang membentuk rangkai kata pula, pembentukannya ada- lah berdasarkan susunan dalam bahasa Inggeris, iaitu susunan M-D (menerangkan dan diterangkan). Dalam bahasa Melayu, rangkai kata sepatutnya disusun berdasarkan urutan atau susunan D-M (menerangkan dan diterangkan). Dengan hal yang demikian, rangkai kata Aizad Restoran & Cafe sepatutnya diubah menjadi Restoran & Kafe Aizad. Walau bagaimanapun, rangkai kata ini masih lagi kurang tepat dari segi maknanya, kerana kata kafe dan restoran masih lagi mempunyai pertalian dari segi maknanya. Yang membezakan antara kafe dengan restoran – untuk frasa di atas – hanyalah dari segi saiznya. Kata kafe (kafé) bermaksud restoran kecil yang menyajikan makanan dan minuman ringan. Dengan hal yang demikian, kata kafe itu sudahpun bermaksud restoran, dan yang berbeza hanyalah dari segi saiznya. Jadi, supaya rangkai kata tersebut menjadi lebih tepat, nama yang sepatutnya digunakan ialah Restoran Aizad atau Kafe Aizad sahaja. Aizad Restoran & Cafe Oleh Zaidi Ismail DBP DI SANA SINI DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG KERJASAMA: Dr. Amat Juhari Moain sedang memberikan ucapan di Majlis Perasmian Kursus Penataran Bahasa Melayu. (Kiri) YB Tn. Haji Zakaryya Adam dan Sahibus Samahah Mufti Kemboja, Haji Kamaruddin Yusuff. BERBAKAT: Lat sedang melukis sambil diperhatikan oleh Pengarah DBPWT (kanan) dan Roseem (kiri sekali). Penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta kursus oleh Dr. Sos Mousine

Transcript of BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Bahasa Melayu di … · BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA H ubungan...

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Hubungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan negara Kemboja

bermula sejak tahun 1999 lagi dengan lawatan Oukhiya Haji Kamaruddin Yusuf, Mufti Ne-gara Kemboja dan YB Tuan Haji Zakaryya Adam, Menteri di Kementerian Hal Ehwal Ke-

agamaan Kemboja (Secretary of State, Ministry of Cults and Religious Affairs, Cambodia) ke DBP. Susulan daripada itu satu rangka program kerjasama telah dirancang untuk mengembangkan bahasa Melayu di Kemboja.

Program kerjasama kebahasa-an yang pertama diadakan di Kemboja ialah pada tahun 2002. Program ini disasarkan kepada penduduk Kemboja yang berketurunan Melayu Cham yang merupakan sebahagian besar pen-duduk Kemboja selain Khmer. Bahasa Melayu Cham merupakan bahasa yang masih belum disusun tatabahasanya secara sistematik. Atas faktor inilah DBP melalui Majlis Antarabangsa Bahasa Me-layu (MABM) mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama dengan negara Kemboja dalam usaha untuk mengembangkan bahasa Melayu ke persada anta-rabangsa.

Program kebahasaan ini di-teruskan lagi pada tahun 2003 dan 2005 sebagai kesinambungan usaha terdahulu dalam melatih

tenaga pengajar dalam kalangan mereka untuk disampaikan pula kepada masyarakat Kemboja yang lain.

Pada tahun ini program keba-hasaan ini telah diadakan pada 16 hingga 19 Jun yang lalu. Program dimulakan dengan Kursus Pe-nataran Bahasa Melayu selama tiga hari dari 16 hingga 18 Jun di Dewan Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja. Seramai 30 orang pe-serta yang mewakili setiap daerah di seluruh Kemboja seperti: Battambong, Kratie, Kandal, Kampung Cham, Kampung Chnang, Siem Reap dan Phnom Penh menghadiri kursus tersebut. Mereka juga merupakan peserta yang pernah terlibat dengan program ini pada tahun-tahun terdahulu.

Mantan Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr. Haji Amat Juhari Moain merupakan satu-satunya pakar bahasa yang terlibat dengan program ini sejak dari program pertama lagi. Program pada tahun ini, Tokoh Ilmuwan Bahasa 2003 ini

digandingkan dengan Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka, penulis yang merupakan urus setia program dan juga tenaga pengajar kursus tersebut.

Kursus selama tiga hari ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Zakaryya Adam dan YB Dr. Sos Mousine, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Kemboja (Under Secretary of State, Ministry of

Rural Development, Cambodia) menyempurnakan majlis penu-tupan serta menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.

Program kebahasaan ini di-akhiri dengan perbincangan ringkas bersama Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Adnan Haji Othman di pejabat beliau di Phnom Penh yang turut memberikan sokongan atas usaha yang di-jalankan oleh DBP di Kemboja.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 16 Julai 2008

Bahasa Melayu di Kemboja

BH PILIH L12 16 emel

Dunia kartun sering disi-nonimkan dengan kanak-kanak dan tanpa sedar atau

tidak kartun sering digunakan sebagai medium menyampaikan sesuatu maksud melalui sindiran, kiasan mahupun bidalan dan perumpamaan. Sehubungan dengan itu, jelas menunjukkan bahawa bahasa, sastera dan kebu-dayaan Melayu berhubung rapat dengan dunia kartun.

Menyedari kepentingan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) menjem-put Kartunis tersohor, Datuk Dr. Mohd Nor Khalid atau lebih dike-nali sebagai Lat serta Pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Profesor Dr. Muliyadi Mahamood. Di samping Kartunis Roseem sebagai pengantara untuk mem-bicarakan isu “Dunia Kartun: Antara Jenaka, Satira dan

Budaya Membaca” dalam Majlis Astaka Minda. Majlis ini ber-tujuan untuk membina suasana dan persekitaran ke arah meng-galakkan minat membaca dan mencintai ilmu serta membina ketajaman minda melalui diskusi secara segar dan berketerampil-an.

Lat yang popular dengan komik Kampung Boy berkongsi penge-tahuan dengan khalayak bahawa apa yang terakam dalam sesuatu komik sebenarnya adalah tatacara kehidupan manusia yang sebenar-benarnya serta menonjolkan kehe-batan dan keburukan sesuatu tem-pat yang dilakarkan dalam episod kartun berkenaan. Sementara itu, Profesor Dr. Muliyadi Mahamood pula berkata yang ternyata unik dan sering kali dikaitkan dengan kartun ialah kejenakaan, kritikan dan satira. Pendekatan umum

yang sering digunakan dalam kejenakaan dan satira ialah berkaitan dengan tujuan kartun itu dihasilkan, siapakah penerbit dan sasaran pembaca.

Pengarah DBPWT, Haji Moha-mad Yussop Ishak dalam ucap-an perasmiannya memaklumkan

bahawa dunia kartun amat rapat dengan ruang bahasa, sastera dan budaya Melayu. Katanya, “di dalam sesebuah kartun ada jenakanya, ada satiranya, ada plot-nya, ada peristiwanya yang semua itu sebenarnya merupakan unsur-unsur penting dalam cerita sas-

tera terutama dalam fiksyen atau cerita rakyat.

“Dengan ini, dilihat bahawa hubungan antara dunia kartun dan alam bahasa dan sastera Melayu sangat akrab tetapi masih ramai yang beranggapan sebalik-nya sehingga ada yang menga-takan dunia kartun hanya milik kanak-kanak tanpa menyedari dunia kartun amat luas yang me-rentasi batasan usia, bangsa, ketu-runan dan sempadan negara."

“Justeru, tidak hairanlah apa-bila ada manusia yang tidak ber-tanggungjawab menggunakan medium kartun untuk menghina agama dan bangsa seperti yang pernah berlaku tidak lama dahulu sehingga menimbulkan ketegang-an di antara negara Islam dan barat”, ucapnya lagi di hadapan kira-kira 200 hadirin dari pelbagai bidang.

Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansur

Dunia Kartun dalam Bahasa, SasteraOleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

Dari segi penggunaan ba-hasa Melayu yang betul, dalam papan nama premis

tersebut, terdapat tiga kesalahan bahasa. Pertama, penggunaan bahasa rojak atau bahasa yang bercampur. Kedua, kesalahan dari segi susunan struktur rangkai kata atau frasa nama premis; dan ketiga, kesalahan atau ke-tidaktepatan dari segi makna.

Nama premis yang terletak di Gua Musang itu dikatakan menggunakan bahasa rojak kerana menggabungkan kata

daripada bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris (cafe). Kata cafe merupakan kata daripada bahasa Inggeris yang telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu, tetapi ejannya diubah kepada kafe untuk disesuaikan dengan bunyi sebutan dalam bahasa Melayu.

Dari segi susunan kata yang membentuk rangkai kata pula, pembentukannya ada-lah berdasarkan susunan dalam bahasa Inggeris, iaitu susunan M-D (menerangkan

dan diterangkan). Dalam bahasa Melayu, rangkai kata sepatutnya disusun berdasarkan urutan atau susunan D-M (menerangkan dan diterangkan). Dengan hal yang demikian, rangkai kata Aizad Restoran & Cafe sepatutnya diubah menjadi Restoran & Kafe Aizad.

Walau bagaimanapun, rangkai kata ini masih lagi kurang tepat dari segi maknanya, kerana kata kafe dan restoran masih lagi mempunyai pertalian dari segi

maknanya. Yang membezakan antara kafe dengan restoran – untuk frasa di atas – hanyalah dari segi saiznya. Kata kafe (kafé) bermaksud restoran kecil yang menyajikan makanan dan minuman ringan. Dengan hal yang demikian, kata kafe itu

sudahpun bermaksud restoran, dan yang berbeza hanyalah dari segi saiznya.

Jadi, supaya rangkai kata tersebut menjadi lebih tepat, nama yang sepatutnya digunakan ialah Restoran Aizad atau Kafe Aizad sahaja.

Aizad Restoran & CafeOleh Zaidi Ismail

DBP DI SANA SINI

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

KERJASAMA: Dr. Amat Juhari Moain sedang memberikan ucapan di Majlis Perasmian Kursus Penataran Bahasa Melayu. (Kiri) YB Tn. Haji Zakaryya Adam dan Sahibus Samahah Mufti Kemboja, Haji Kamaruddin Yusuff.

BERBAKAT: Lat sedang melukis sambil diperhatikan oleh Pengarah DBPWT (kanan) dan Roseem (kiri sekali).

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta kursus oleh Dr. Sos Mousine