BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Bahasa Melayu di … · papan tanda dan papan iklan. Pihak...

1
M elalui subjek Bahasa Melayu yang diajarkan di universiti, pelajar di beberapa pusat pengajian tinggi di Thailand boleh menghasilkandanmendeklamasikan pantun, syair dan sajak dengan baik, serta dapat meningkatkan keyakin- an berbahasa Melayu. Demikian kejayaan yang dicapai daripada program anjuran bersama antara Prince of Songkhla University (PSU) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertujuan untuk me- ningkatkan tahap komunikasi dan pengucapan menggunakan bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa negara tersebut. Program yang diadakan menjadi nilai tambah kepada mahasiswa yang menjadikan kursus Bahasa Melayu sebagai subjek elektif di jabatan atau fakulti yang berkaitan. Misalnya, di PSU, beberapa kursus Bahasa Melayu diajarkan, antaranya Asas Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Umum, Perbualan dalam Bahasa Melayu, Membaca dalam Bahasa Melayu, Penulisan dalam Bahasa Melayu, Tatabahasa Bahasa Melayu, Ucapan dalam Bahasa Melayu, Kajian Sastera Melayu, Puisi, Cerpen dan Novel Bahasa Melayu, Gubahan Puisi dan Penerbitan Bahasa Melayu dalam Media Massa. Semua subjek ini diajarkan dalam bahasa Melayu. Di samping itu, kursus yang berkait- an dengan budaya Melayu turut dide- dahkan seperti Sosiobudaya Melayu dalam Perspektif Sastera. Kursus- kursus ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu major dan minor. Kursus Bahasa Melayu major mem- berikan 80 kredit, manakala kursus minor pula ialah 24 kredit. Penubuhan pengajaran subjek Bahasa Melayu di PSU ini dipelo- pori oleh sekumpulan pensyarah sejak tahun 1982 di bawah Jabatan Bahasa-bahasa Timur, Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial atau juga disebut Cawangan Bahasa Melayu. Antaranya ialah Dr. Hasan Madman, Dr. Worowid Baru, Dr. Paitoon M. Chaiyanara, dan Syed Abdullah Al-Jufri. Kini, cawangan itu diketuai oleh Waemajid Paramal dan Dr. Ruslan Uthai sebagai Ketua Jabatan. Manakala, untuk meningkatkan lagi tahap komunikasi dan pengua- saan pelajar dalam bahasa Melayu, PSU mengadakan kerjasama dengan DBP. Mahasiswa dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Melayu major dihantar ke DBP pada masa cuti pan- jang semester antara bulan April hingga Julai. Sepanjang program tersebut, para pelajar akan mengikuti kursus jang- ka pendek tentang bahasa, sastera dan budaya Melayu. Program ini bukan sahaja memberikan peluang kepada para pelajar untuk menda- lami bahasa dan sastera Melayu, malah berjaya mencungkil bakat ter- pendam pelajar dalam mencipta dan menyampaikan pantun, syair, dan sajak dengan gaya yang tersendiri. Sesungguhnya, kerjasama ini dapat meningkatkan imej PSU dalam menawarkan pendidikan bahasa Melayu di peringkat pengajian ting- gi, juga mewujudkan sinergi dalam bidang pendidikan antara dua buah negara ASEAN. Universiti lain seperti Taksin University, Songkhla; Walailak University, Nakhon Thamsithamarat; dan Yala Islamic University, Yala sudah sekian lama melaksanakan kursus Bahasa Melayu dan menjadikan kursus tersebut sebagai subjek elektif di jabatan atau fakulti yang berkaitan. Sementara bagi beberapa buah universiti lain seperti Rajebat University, Mahidol University, Bangkok, dan Prince of Narathiwat University sedang berusa- ha untuk mewu- judkan kursus Bahasa Melayu di pusat penga- jian mereka. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Bahasa Melayu di Universiti Thailand BH PILIH L12 17 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG D alam keghairahan me- nyambut Hari Raya Aidilfitri, pusat beli- belah tidak ketinggalan meng- adakan pelbagai promosi jual- an. Jika berkunjung ke The Store di pusat bandar Seremban pasti ternampak kain rentang yang terpampang ungkapan "Ganjaran Cash Aidilfitri" "Tambahkan Kemeriahan Aidilfitri dengan Ganjaran 'Cash'". Ungkapan tersebut jelas meng- gunakan bahasa rojak, iaitu bahasa Melayu yang dicam- puradukkan dengan bahasa Inggeris. Yang peliknya, adaka- lanya perkataan "tunai" digu- nakan bagi menggantikan per- kataan "cash" seperti "Jumlah Tunai Sehingga RM250,000 Menanti Anda" "Belanja RM30, anda berpeluang memenangi wang tunai yang lumayan!" dan "Hadiah Pertama RM100,000 Tunai". Penggunaan bahasa yang tidak tekal ini menunjukkan sikap sambil lewanya pusat beli-belah berkenaan terhadap penggunaan bahasa kebang- saan sebagai bahasa rasmi negara, walhal mereka menge- tahui padanannya dalam baha- sa Melayu. Adakah penggunaan perkataan "tunai" tersebut tidak mampu menarik pelanggan ke pusat beli-belah tersebut? Promosi hebat ini akan lebih indah bahasanya sekiranya dipaparkan sebagai "Ganjaran Tunai Aidilfitri' "Tambahkan Kemeriahan Aidilfitri dengan Ganjaran Tunai". Dalam hal ini, pihak berkua- sa tempatan berkenaan seha- rusnya peka akan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul ter-utama dalam pemaparan papan tanda dan papan iklan. Pihak ber-kenaan seharusnya merujuk DBP terlebih dahulu mengenai aspek penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP sentiasa bersedia memban- tu menyemak dan mengesahkan penggunaan bahasa kebang- saan yang betul. KNB boleh dihubungi melalui empat talian penting, iaitu 03-2148 1960, 5887, 5905 dan 2139. Cash atau Tunai? APA SUDAH JADI? Oleh Normala Mohamad Yusof Oleh Djusmalinar (Pince of Songkhla University) GEMBIRA: Pelajar PSU yang dihantar mengikuti kursus jangka pendek di DBP. A pabila tiba musim perayaan kita dapat melihat pel- bagai bentuk paparan yang dihasilkan khusus untuk menyemarakkan lagi sambut- an perayaan tersebut di pel- bagai medium peragaan seper- ti televisyen, radio, akhbar dan kain rentang seperti yang ter- tera dalam gambar di sebelah. Kain rentang ini boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang sering berulang-alik melalui bandar Seremban. Keprihatinan pihak syarikat untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya harus dipuji, malangnya ada sesuatu yang tidak kena pada ucapan yang dipaparkan. “Sama-sama Festa-raya”, frasa tersebut boleh difahami mak- sudnya, iaitu mengajak rakyat Malaysia bersama-sama meraya- kan sambutan Hari Raya, tetapi perkataan yang digunakan tidak baku. Perkataan yang betul ialah “bersama-sama” dan “pesta”, malah ejaan “festa” tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Justeru, frasa “sama-sama Festa-raya” adalah salah dari segi ejaannya dan tidak gramatis. DBP mencadang- kan frasa lain yang lebih sesuai seperti “Bersama-sama menyam- but Hari Raya”, atau “Merayakan Pesta Raya bersama-sama”. Dalam kain rentang yang sama pihak syarikat juga mempro- mosikan syarikat atau produk syarikat. “Ganjaran Terjamin + Insentif Hebat”, betul dari segi nahunya tetapi apakah sebenar- nya yang ditawarkan oleh sya- rikat berkenaan kepada orang ramai? Apa yang diketahui IJM adalah sebuah syarikat harta tanah yang besar dalam pel- bagai sektor tetapi sektor apakah yang diiklankan? Pembinaan, harta tanah, pembuatan, kuari, perladangan, atau pendidikan? Promosinya hebat tetapi tidak sampai mesejnya kepada khala- yak. [email protected] Sama-sama Festa-raya?

Transcript of BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Bahasa Melayu di … · papan tanda dan papan iklan. Pihak...

Page 1: BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Bahasa Melayu di … · papan tanda dan papan iklan. Pihak ber-kenaan seharusnya merujuk DBP terlebih dahulu mengenai ... “Ganjaran Terjamin + Insentif

Melalui subjek Bahasa Melayu yang diajarkan di universiti, pelajar di beberapa pusat

pengajian tinggi di Thailand boleh menghasilkan dan mendeklamasikan pantun, syair dan sajak dengan baik, serta dapat meningkatkan keyakin-an berbahasa Melayu. Demikian kejayaan yang dicapai daripada program anjuran bersama antara Prince of Songkhla University (PSU) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertujuan untuk me-ningkatkan tahap komunikasi dan pengucapan menggunakan bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa negara tersebut.

Program yang diadakan menjadi nilai tambah kepada mahasiswa yang menjadikan kursus Bahasa Melayu sebagai subjek elektif di jabatan atau fakulti yang berkaitan. Misalnya, di PSU, beberapa kursus Bahasa Melayu diajarkan, antaranya Asas Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Umum, Perbualan dalam Bahasa Melayu, Membaca dalam Bahasa

Melayu, Penulisan dalam Bahasa Melayu, Tatabahasa Bahasa Melayu, Ucapan dalam Bahasa Melayu, Kajian Sastera Melayu, Puisi, Cerpen dan Novel Bahasa Melayu, Gubahan Puisi dan Penerbitan Bahasa Melayu dalam Media Massa. Semua subjek ini diajarkan dalam bahasa Melayu.

Di samping itu, kursus yang berkait-an dengan budaya Melayu turut dide-dahkan seperti Sosiobudaya Melayu dalam Perspektif Sastera. Kursus-kursus ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu major dan minor. Kursus Bahasa Melayu major mem-berikan 80 kredit, manakala kursus minor pula ialah 24 kredit.

Penubuhan pengajaran subjek Bahasa Melayu di PSU ini dipelo-pori oleh sekumpulan pensyarah sejak tahun 1982 di bawah Jabatan Bahasa-bahasa Timur, Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial atau juga disebut Cawangan Bahasa Melayu. Antaranya ialah Dr. Hasan Madman, Dr. Worowid Baru, Dr. Paitoon M. Chaiyanara, dan Syed Abdullah Al-Jufri. Kini, cawangan itu diketuai oleh Waemajid Paramal dan Dr. Ruslan Uthai sebagai Ketua

Jabatan.Manakala, untuk meningkatkan

lagi tahap komunikasi dan pengua-saan pelajar dalam bahasa Melayu, PSU mengadakan kerjasama dengan DBP. Mahasiswa dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Melayu major dihantar ke DBP pada masa cuti pan-jang semester antara bulan April hingga Julai.

Sepanjang program tersebut, para pelajar akan mengikuti kursus jang-ka pendek tentang bahasa, sastera dan budaya Melayu. Program ini bukan sahaja memberikan peluang kepada para pelajar untuk menda-lami bahasa dan sastera Melayu, malah berjaya mencungkil bakat ter-pendam pelajar dalam mencipta dan menyampaikan pantun, syair, dan sajak dengan gaya yang tersendiri.

Sesungguhnya, kerjasama ini dapat meningkatkan imej PSU dalam menawarkan pendidikan bahasa Melayu di peringkat pengajian ting-gi, juga mewujudkan sinergi dalam bidang pendidikan antara dua buah negara ASEAN.

Universiti lain seperti Taksin University, Songkhla;

Walailak University, Nakhon Thamsithamarat; dan Yala Islamic University, Yala sudah sekian lama melaksanakan kursus Bahasa Melayu dan menjadikan kursus tersebut sebagai subjek elektif di jabatan atau fakulti yang berkaitan.

Sementara bagi beberapa buah universiti lain seperti Rajebat University, Mahidol University,

B a n g k o k , dan Prince of N a r a t h i w a t U n i v e r s i t y sedang berusa-ha untuk mewu-judkan kursus Bahasa Melayu di pusat penga-jian mereka.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Bahasa Melayu di Universiti Thailand

BH PILIH L12 17 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Dalam keghairahan me-nyambut Hari Raya Aidilfitri, pusat beli-

belah tidak ketinggalan meng-adakan pelbagai promosi jual-an. Jika berkunjung ke The Store di pusat bandar Seremban pasti ternampak kain rentang yang terpampang ungkapan "Ganjaran Cash Aidilfitri" "Tambahkan Kemeriahan Aidilfitri dengan Ganjaran 'Cash'".

Ungkapan tersebut jelas meng-gunakan bahasa rojak, iaitu bahasa Melayu yang dicam-puradukkan dengan bahasa

Inggeris. Yang peliknya, adaka-lanya perkataan "tunai" digu-nakan bagi menggantikan per-kataan "cash" seperti "Jumlah Tunai Sehingga RM250,000 Menanti Anda" "Belanja RM30, anda berpeluang memenangi wang tunai yang lumayan!" dan "Hadiah Pertama RM100,000 Tunai".

Penggunaan bahasa yang tidak tekal ini menunjukkan sikap sambil lewanya pusat beli-belah berkenaan terhadap penggunaan bahasa kebang-saan sebagai bahasa rasmi negara, walhal mereka menge-tahui padanannya dalam baha-sa Melayu. Adakah penggunaan

perkataan "tunai" tersebut tidak mampu menarik pelanggan ke pusat beli-belah tersebut?

Promosi hebat ini akan lebih indah bahasanya sekiranya dipaparkan sebagai "Ganjaran Tunai Aidilfitri' "Tambahkan Kemeriahan Aidilfitri dengan Ganjaran Tunai".

Dalam hal ini, pihak berkua-sa tempatan berkenaan seha-rusnya peka akan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul ter-utama dalam pemaparan papan tanda dan papan iklan. Pihak ber-kenaan seharusnya merujuk DBP terlebih dahulu mengenai aspek penggunaan

bahasa kebangsaan yang betul. Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP sentiasa bersedia memban-tu menyemak dan mengesahkan penggunaan bahasa kebang-saan yang betul. KNB boleh dihubungi melalui empat talian penting, iaitu 03-2148 1960, 5887, 5905 dan 2139.

Cash atau Tunai?

APA SUDAH JADI?

Oleh Normala Mohamad Yusof

Oleh Djusmalinar(Pince of Songkhla University)

GEMBIRA: Pelajar PSU yang dihantar mengikuti kursus jangka pendek di DBP.

Apabila tiba musim perayaan kita dapat melihat pel-bagai bentuk paparan

yang dihasilkan khusus untuk menyemarakkan lagi sambut-an perayaan tersebut di pel-bagai medium peragaan seper-ti televisyen, radio, akhbar dan kain rentang seperti yang ter-tera dalam gambar di sebelah. Kain rentang ini boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang sering berulang-alik melalui bandar Seremban. Keprihatinan pihak syarikat untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya harus dipuji, malangnya

ada sesuatu yang tidak kena pada ucapan yang dipaparkan.

“Sama-sama Festa-raya”, frasa tersebut boleh difahami mak-sudnya, iaitu mengajak rakyat Malaysia bersama-sama meraya-kan sambutan Hari Raya, tetapi perkataan yang digunakan tidak baku. Perkataan yang betul ialah “bersama-sama” dan “pesta”, malah ejaan “festa” tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Justeru, frasa “sama-sama Festa-raya” adalah salah dari segi ejaannya dan tidak gramatis. DBP mencadang-kan frasa lain yang lebih sesuai

seperti “Bersama-sama menyam-but Hari Raya”, atau “Merayakan Pesta Raya bersama-sama”.

Dalam kain rentang yang sama pihak syarikat juga mempro-mosikan syarikat atau produk syarikat. “Ganjaran Terjamin +

Insentif Hebat”, betul dari segi nahunya tetapi apakah sebenar-nya yang ditawarkan oleh sya-rikat berkenaan kepada orang ramai? Apa yang diketahui IJM adalah sebuah syarikat harta tanah yang besar dalam pel-

bagai sektor tetapi sektor apakah yang diiklankan? Pembinaan, harta tanah, pembuatan, kuari, perladangan, atau pendidikan? Promosinya hebat tetapi tidak sampai mesejnya kepada khala-yak. [email protected]

Sama-sama Festa-raya?