BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Mabbim dan · PDF filekhususnya berkaitan dengan hak pemilik...

1
BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA T iga negara pendiri Majlis Bahasa Brunei Da- russalam, Indonesia dan Malaysia (Mabbim) serta Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) sekali lagi memperkukuh ikrar bersama untuk melestarikan kerjasama dan kesepakatan demi memartabatkan bahasa dan sas- tera kebangsaan dalam upaya meningkatkan ketahanan budaya serumpun Semasa berucap dalam Seminar Bahasa dan Sastera Mabbim – Mastera sempena sambutan ulang tahun ke-35 Mabbim, dan ke-13 Mastera di Jakarta baru- baru ini, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Razali Ismail, yang mewakili Menteri Pelajaran Malaysia menegaskan bahawa Malaysia akan terus melipatgandakan usaha untuk melestarikan ke- bersamaan, kesetiakawanan dan keserumpunan yang selama ini terjalin begitu erat serta ak- rab melalui kegiatan-kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. “Sedar tak sedar, sudah genap 35 tahun kita bersilaturahim, bekerjasama, dan berkongsi suka duka, pahit maung serta bersetuju untuk tidak bersetuju, bercanggah pandangan dan idea dengan pe- nuh hemah demi menjana serta merekayasa bahasa, sastera dan budaya bangsa serumpun kita. Namun, nikmat dan rahmatnya, Mabbim tetap bertahan, dan kita terus melestarikan idealisme serta perjuangan suci bersama kita ke arah memodenkan dan mengilmukan bahasa Melayu/In- donesia,” ujar beliau. Beliau juga menekankan bahawa seperti juga hakikat perjuangan para politik atau ahli ekonomi, kita, para ahli bahasa, sasterawan, seniman dan budayawan juga turut memberikan sumbangan yang cukup signifikan demi pem- bangunan sahsiah, jati diri dan modal insan di negara kita masing- masing. Sumbangan dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan untuk membangunkan modal in- san yang berilmu, berperibadi se- jati, kreatif dan inovatif. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Haji Firdaus Abdullah, menekankan peri perlunya Mabbim, sekali gus Mastera agar senantiasa melakukan muhasabah diri dan muhasabah organisasi demi me- mastikan kewujudan Mabbim yang didirikan atas kesepakatan bersama, persahabatan dan ke- setiakawanan antara Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia sepanjang 35 tahun ini terus terlestari. Seminar Bahasa dan Sas- tera yang bertemakan “Me- martabatkan Bahasa dan Sas- tera Nasional dalam Upaya Meningkatkan Ketahanan Budaya Serumpun” yang di- adakan sempena ulang tahun ke-35 Mabbim, antara lain untuk meningkatkan peranan bahasa dan sastera Melayu/ Indonesia dalam memantapkan jati diri bangsa. Di samping itu, seminar juga bertujuan untuk memartabatkan bahasa dan sas- tera Melayu/Indonesia dalam memantapkan ketahanan budaya nasional. Sempena ulang tahun tersebut Sidang ke-47 Mabbim dan Sidang ke-13 Mastera turut diadakan. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 Mei 2008 Mabbim dan Mastera: Meningkatkan Ketahanan Budaya Serumpun BH PILIH L12 21 emel H ak cipta merupakan hak eksklusif yang diberi- kan oleh undang-undang kepada pencipta untuk mengawal pelbagai bentuk penggunaan kar- yanya dalam tempoh yang ditetap- kan. Pengetahuan yang mendalam tentang undang-undang hak cipta harus ada pada setiap individu khususnya berkaitan dengan hak pemilik sesuatu karya. Ini adalah kerana undang-undang hak cipta merupakan salah satu daripada cabang undang-undang harta intelek yang mesti diambil perhatian. Sehubungan dengan itu Majlis Bicara Karya: 100 Soalan Undang- undang Hak Cipta diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 23 April yang lalu ber- sempena hari Hak Cipta Sedunia. Majlis ini diadakan bagi memper- katakan buku 100 Soalan Undang- undang Hak Cipta karya Ahmad Shamsul Abd. Aziz dan Khadijah Mohamed terbitan DBP. Penulisan buku ini adalah untuk memberi panduan serta bimbingan secara umum kepada semua lapisan masyarakat menge- nai undang-undang hak cipta. Bagi memudahkan pembaca dan mengetahui jawapan kepada setiap persoalan yang sering tim- bul, ia diolah dalam bentuk soal jawab. Menurut pembicara yang memperkatakan buku lima bab ini, iaitu pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Puan Nazura Abdul Manap, "Penerbitan buku ini menepati kehendak pembaca sasaran serta dapat menambah koleksi buku harta intelek berbahasa Melayu yang amat kurang di pasaran," ujarnya. Persoalan yang ditimbulkan di dalam buku yang mengandungi pengenalan undang-undang hak cipta, karya-karya yang dilin- dungi oleh undang-undang, per- lindungan, pelanggaran hak cipta serta perbincangan tentang isu- isu semasa berkaitan hak cipta banyak menyentuh mengenai je- nis hasil karya. Antaranya karya sastera, muzik, seni, filem, rakam bunyi, siaran dan karya terbitan. Selain Nazura, turut membi- carakan buku ini ialah Puan Siti Hajar Mohd. Zaki yang merupa- kan seorang penulis yang mem- punyai latar belakang undang- undang. Beliau banyak berkongsi pengalaman dalam penjagaan hak cipta setiap karya yang telah beliau hasilkan. Pada hari ini, mungkin tidak ramai pengkarya yang mengambil berat akan hal ini. Walau bagaimanapun, de- ngan penerbitan buku ini diharap dapat membantu pengkarya dan masyarakat dalam menan- gani masalah yang timbul yang berkaitan dengan cetak rompak atau sebagainya. Majlis yang dipengerusikan oleh pengacara terkenal, Tuan Sayed Munaawar Al-Jamalullail ini dihadiri oleh kira-kira 150 orang peserta. Oleh Abang Patdeli Abang Muhi “100 Soalan Undang-Undang Hak Cipta” Dibicarakan Oleh Norazlinda Misran G ambar ini dirakamkan di sekitar Jalan Wisma Putra, yakni bersebelahan dengan Wisma Mirama. Papan yang diletakkan oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur “Aduan Bila Ada Kerosakkan”. Kesalahan yang pertama, perkataan ”bila” dalam ayat tersebut. Kata ”bila” hanya digunakan dalam ayat tanya un- tuk menanyakan masa. Dalam konteks ini, kata ”apabila” lebih tepat dan sesuai untuk menerangkan ayat tersebut. Satu kesalahan lagi ialah daripada segi imbuhan/ejaan. Kata ”kero- sakkan” sepatutnya ditulis seba- gai ”kerosakan”. Oleh itu, kese- luruhan ayat tersebut sepatutnya berbunyi “Aduan apabila Ada Ke- rosakan”. Tegasnya, soal memartabatkan bahasa kebangsaan adalah tang- gungjawab semua rakyat Malaysia dan dalam hal pemaparan di tempat awam. Pihak berkuasa tem-patan harus sentiasa prihatin terhadap teks yang dipaparkan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertanggungjawab da- lam setiap papan iklan atau papan tanda dalam sempadan wilayahnya termasuklah yang tersebut. Tambahan pula, papan tanda itu terletak betul-betul bersebelahan dengan Menara De- wan Bahasa dan Pustaka (DBP). Semoga teguran saya ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh DBKL. Bila atau Apabila? Oleh La Hami Haji Ahmad SOKONG: Peserta dari tiga buah negara anggota dan satu negara pemerhati dalam satu sesi sidang. SEPAKAT: Melahirkan persetujuan bersama antara tiga buah negara anggota. KOMITED: Pengacara bersama dua pembicara karya. DBP DI SANA SINI DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Transcript of BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Mabbim dan · PDF filekhususnya berkaitan dengan hak pemilik...

Page 1: BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Mabbim dan  · PDF filekhususnya berkaitan dengan hak pemilik sesuatu karya. Ini ... 100 Soalan Undang- ... semua lapisan masyarakat menge

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Tiga negara pendiri Majlis Bahasa Brunei Da-russalam, Indonesia dan

Malaysia (Mabbim) serta Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) sekali lagi memperkukuh ikrar bersama untuk melestarikan kerjasama dan kesepakatan demi memartabatkan bahasa dan sas-tera kebangsaan dalam upaya meningkatkan ketahanan budaya serumpun

Semasa berucap dalam Seminar Bahasa dan Sastera Mabbim – Mastera sempena sambutan ulang tahun ke-35 Mabbim, dan ke-13 Mastera di Jakarta baru-baru ini, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Razali Ismail, yang mewakili Menteri Pelajaran Malaysia menegaskan bahawa Malaysia akan terus melipatgandakan usaha untuk melestarikan ke-bersamaan, kesetiakawanan dan keserumpunan yang selama ini terjalin begitu erat serta ak-

rab melalui kegiatan-kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

“Sedar tak sedar, sudah genap 35 tahun kita bersilaturahim, bekerjasama, dan berkongsi suka duka, pahit maung serta bersetuju untuk tidak bersetuju, bercanggah pandangan dan idea dengan pe-nuh hemah demi menjana serta merekayasa bahasa, sastera dan budaya bangsa serumpun kita. Namun, nikmat dan rahmatnya, Mabbim tetap bertahan, dan kita terus melestarikan idealisme serta perjuangan suci bersama kita ke arah memodenkan dan mengilmukan bahasa Melayu/In-donesia,” ujar beliau.

Beliau juga menekankan bahawa seperti juga hakikat perjuangan para politik atau ahli ekonomi, kita, para ahli bahasa, sasterawan, seniman dan budayawan juga turut memberikan sumbangan yang cukup signifikan demi pem-bangunan sahsiah, jati diri dan modal insan di negara kita masing-

masing. Sumbangan dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan untuk membangunkan modal in-san yang berilmu, berperibadi se-jati, kreatif dan inovatif.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Haji Firdaus Abdullah, menekankan peri perlunya Mabbim, sekali gus Mastera agar senantiasa melakukan muhasabah diri dan muhasabah organisasi demi me-mastikan kewujudan Mabbim yang didirikan atas kesepakatan bersama, persahabatan dan ke-setiakawanan antara Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia sepanjang 35 tahun ini terus terlestari.

Seminar Bahasa dan Sas-tera yang bertemakan “Me-martabatkan Bahasa dan Sas-tera Nasional dalam Upaya Meningkatkan Ketahanan Budaya Serumpun” yang di-adakan sempena ulang tahun ke-35 Mabbim, antara lain untuk meningkatkan peranan bahasa dan sastera Melayu/

Indonesia dalam memantapkan jati diri bangsa. Di samping itu, seminar juga bertujuan untuk memartabatkan bahasa dan sas-tera Melayu/Indonesia dalam

memantapkan ketahanan budaya nasional. Sempena ulang tahun tersebut Sidang ke-47 Mabbim dan Sidang ke-13 Mastera turut diadakan.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 Mei 2008

Mabbim dan Mastera: MeningkatkanKetahanan Budaya Serumpun

BH PILIH L12 21 emel

Hak cipta merupakan hak eksklusif yang diberi-kan oleh undang-undang

kepada pencipta untuk mengawal pelbagai bentuk penggunaan kar-yanya dalam tempoh yang ditetap-kan. Pengetahuan yang mendalam tentang undang-undang hak cipta harus ada pada setiap individu khususnya berkaitan dengan hak pemilik sesuatu karya. Ini adalah kerana undang-undang hak cipta merupakan salah satu daripada cabang undang-undang harta intelek yang mesti diambil perhatian.

Sehubungan dengan itu Majlis Bicara Karya: 100 Soalan Undang-undang Hak Cipta diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 23 April yang lalu ber-sempena hari Hak Cipta Sedunia. Majlis ini diadakan bagi memper-katakan buku 100 Soalan Undang-

undang Hak Cipta karya Ahmad Shamsul Abd. Aziz dan Khadijah Mohamed terbitan DBP.

Penulisan buku ini adalah untuk memberi panduan serta bimbingan secara umum kepada semua lapisan masyarakat menge-nai undang-undang hak cipta. Bagi memudahkan pembaca dan mengetahui jawapan kepada setiap persoalan yang sering tim-bul, ia diolah dalam bentuk soal jawab.

Menurut pembicara yang memperkatakan buku lima bab ini, iaitu pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Puan Nazura Abdul Manap, "Penerbitan buku ini menepati kehendak pembaca sasaran serta dapat menambah koleksi buku harta intelek berbahasa Melayu

yang amat kurang di pasaran," ujarnya.

Persoalan yang ditimbulkan di dalam buku yang mengandungi pengenalan undang-undang hak cipta, karya-karya yang dilin-dungi oleh undang-undang, per-lindungan, pelanggaran hak cipta serta perbincangan tentang isu-isu semasa berkaitan hak cipta banyak menyentuh mengenai je-nis hasil karya. Antaranya karya sastera, muzik, seni, filem, rakam bunyi, siaran dan karya terbitan.

Selain Nazura, turut membi-carakan buku ini ialah Puan Siti Hajar Mohd. Zaki yang merupa-kan seorang penulis yang mem-punyai latar belakang undang-undang. Beliau banyak berkongsi pengalaman dalam penjagaan hak cipta setiap karya yang telah beliau hasilkan. Pada hari ini,

mungkin tidak ramai pengkarya yang mengambil berat akan hal ini. Walau bagaimanapun, de-ngan penerbitan buku ini diharap dapat membantu pengkarya dan masyarakat dalam menan-gani masalah yang timbul yang

berkaitan dengan cetak rompak atau sebagainya.

Majlis yang dipengerusikan oleh pengacara terkenal, Tuan Sayed Munaawar Al-Jamalullail ini dihadiri oleh kira-kira 150 orang peserta.

Oleh Abang Patdeli Abang Muhi

“100 Soalan Undang-Undang Hak Cipta” DibicarakanOleh Norazlinda Misran

Gambar ini dirakamkan di sekitar Jalan Wisma Putra, yakni bersebelahan dengan

Wisma Mirama. Papan yang diletakkan oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur “Aduan Bila Ada Kerosakkan”. Kesalahan yang pertama, perkataan ”bila” dalam ayat tersebut. Kata ”bila” hanya digunakan dalam ayat tanya un-tuk menanyakan masa. Dalam

konteks ini, kata ”apabila” lebih tepat dan sesuai untuk menerangkan ayat tersebut. Satu kesalahan lagi ialah daripada segi imbuhan/ejaan. Kata ”kero-sakkan” sepatutnya ditulis seba-gai ”kerosakan”. Oleh itu, kese-luruhan ayat tersebut sepatutnya berbunyi “Aduan apabila Ada Ke-rosakan”.

Tegasnya, soal memartabatkan bahasa kebangsaan adalah tang-gungjawab semua rakyat Malaysia

dan dalam hal pemaparan di tempat awam. Pihak berkuasa tem-patan harus sentiasa prihatin terhadap teks yang dipaparkan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertanggungjawab da-lam setiap papan iklan atau papan tanda dalam sempadan wilayahnya termasuklah yang tersebut. Tambahan pula, papan tanda itu terletak betul-betul bersebelahan dengan Menara De-wan Bahasa dan Pustaka (DBP). Semoga teguran saya ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh DBKL.

Bila atau Apabila?Oleh La Hami Haji Ahmad

SOKONG: Peserta dari tiga buah negara anggota dan satu negara pemerhati dalam satu sesi sidang.

SEPAKAT: Melahirkan persetujuan bersama antara tiga buah negara anggota.

KOMITED: Pengacara bersama dua pembicara karya.

DBP DI SANA SINI

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG