Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

download Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

of 12

Transcript of Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    1/12

    SULIT

    UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

    BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

    011

    SEPTEMBER

    50 minit Lima puluh minit

    tundA set 2

    (tujuan nak dapat A)

    =================================================================

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

    2. Jawab semua soalan.

    3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap

    soalan,pilih satu jawapan sahaja.Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif

    yang disediakan.

    4. Jika kamu hendak menukar jawapan,padamkan tanda yang telah dibuat.

    Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

    ___________________________________________________________________________

    Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

    011 [Lihat sebelah]

    SULIT

    1

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    2/12

    Soalan I hingga Soalan 20

    Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yangpaling sesuai.

    Soalan 1berdasarkan gambar 1

    1 Petang nanti _______________ dimintaoleh Cikgu Yatie supaya berkumpul dimakmal komputer, kata Haidakepada kawan-kawannya.

    A kita

    B anda

    C beliau

    D mereka

    2. Pertandingan bola sepak itu akan diadakan di _______________ .A Stadium MerdekaB DayabumiC KLCCD Sri Perdana

    3. Filem itu mengisahkan perjuangan dan pengorbanan rakyatsemasa menentang _______________ .A penjenayahB penjajahC pentadbirD penderhaka

    Soalan 4berdasarkan Gambar 2

    Gambar 2

    Gambar 1

    2

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    3/12

    4 ________________ televisyen itu sedang melaporkankeadaan banjir di negeri Johor.

    A Juruacara

    B Juruhebah

    C JurucakapD Jururakam

    5 Keluarga Encik Malek telah _______________ rancangan merekauntuk ke luar negara kerana menghadapi masalah kewangan.A memutuskan C menghapuskanB membatalkan D menolakkan

    6 Suraya dimarahi oleh ibunya kerana nasi yang ditanaknya telah

    _______________ .A tengik C masamB hangit D basi

    7 Mak Milah tidak menggunakan minyak masak itu keranaberbau _______________ .A busuk C tengikB hangit D masam

    8 Buku cerita Aisyah sebenarnya ada _______________ Noni.A di C kepada

    B pada D dengan

    Soalan 9 berdasarkanGambar 39 Sebelum mengakhiri ucapannya,

    Cikgu Amir menyampaikan beberapa _____________ pantunnasihat.

    A rangkapB barisC patahD naskhah

    Soalan 10berdasarkan gambar 4

    3

    Gambar 3

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    4/12

    Gambar 4

    10 Selera makan anaknya berselera ___________sejak sembuhdaripada demam panas.

    A terlalu

    B paling

    C benar

    D agak

    11 Roslan membaca buku di bawah cahaya pelita yang ___________

    bekalan elektrik terputus sejak pagi tadi.

    A gelap

    B pudar

    C kabut

    D buram

    12 Walaupun tembakan itu mengenai dada, namun beliau masih

    selamat kerana memakai baju ____________ peluru.A telus

    B kalis

    C telap

    D tegap

    13 Penerangan _____________ teknik menjawab soalan UPSRBahasa Malaysia Penulisan itu disampaikan oleh Puan Zakiah.

    AtentangBseperti

    CuntukD akan

    14 Sewaktu berbelanja di Kuala Lumpur, saya menjadi______________ kerana terlalu banyak pilihan.

    1. pening kepala2. mata-mata gelap3. rambang mata4. gelap-gelita

    4

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    5/12

    15 Iwan menjadi _______________ bekerja di tempat itu. Pegawaiatasannya tidak berlaku adil kepada pekerja-pekerjanya.A penawar hatiB tawar hatiC tawar-menawar

    D tawaran hati

    Soalan 16 berdasarkan Gambar 5

    16 Hasil ___________ penulis tersohor itukerap tersiar dalam akhbar tempatan.

    A buah tangan

    B buah mulut

    C buah pena

    D buah hati

    Soalan 17 hingga 18

    17 Sikap Farid yang begitu kedekut menyebabkan dia kurangdisenangi oleh rakan-rakannya. Perkataan seerti bagi

    kedekutialah

    A hatiB lokekC culasD pemurah

    18 Puan Rohani akan berhijrah ke Johor Bahru pada bulan hadapan.Perkataan berlawan bagi berhijrah ialah

    A beralihB bertukarC berpindahD bermastautin

    19 Berapakah jumlah peserta yang akan menyertai perkhemahanpengakap di Manong? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat

    tanyadi atas.

    A Sebanyak empat puluh orang peserta akan menyertai

    5

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    6/12

    perkhemahan pengakap di Manong.B Perkhemahan pengakap di Manong diadakan pada cuti

    penggal persekotahan.C Semua anggota pengakap menyertai perkhemahanpengakap di Manong.

    20 Amira sudah menyerahkan buku kedatangari itu kepada CikguAzura. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

    A Siapakah yang mengambil buku kedatangan tu?B Bilakah Amira menyerahkan buku kedatangan itu?C Di manakah Amira meletakkan buku kedatangan itu?D Apakah yang dilakukan oleh Amira pada buku kedatangan

    itu?

    Soalan 21 hingga 22Pilih ayat yang betul.

    21A Azman cacat bila dilahirkan.B Dia ketawa bila susah hati.C Dia hanya berseorang sahaja sekiranya bersiar - siar.D Emak memasak manakala saya mencuci pinggan sahaja.

    22A Shamsul memberi hadiah kepada gurunya.

    B Siti menunggunya daripada pukul tiga petang lagi.C Mei Lin sangat hormat terhadap ibu bapanya.D Kumpulan nasyid itu terdiri dari lima orang pelajar di sekolah

    saya.

    Soalan 23 dan Soalan 24Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris denganbetul.

    21 I MakCik Timah cemas hati kerana anaknya masih belumpulang.

    II Mangsa cemas itu dapat diselamatkan oleh seorangnelayan.

    III Orang tua itu meninggal dunia akibat cemas terhidu asap.IV Pasukan Bulan Sabit Merah sedang memberikan pertolongan

    cemas kepada mangsa Tsunami.A I dan II sahajaB I dan IV sahajaC II dan III sahajaD Ill dan lV sahaja

    22

    I Kakak memetik bunga telur di pelamin.II Azrin memetik sape sambil menyanyi.

    6

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    7/12

    III Fasilitator itu memetik kata-kata daripada buku PendetaZaba.

    IV Nenek memetik sisa makanan di Iantai.

    A I dan II sahajaB II dan III sahajaC II dan IV sahajaD III dan IV sahaja

    Soalan 25 dan Soalan 26

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

    23 Jemputlah ke majlis perkahwinan saya pada minggu hadapan,

    kata Fauziah kepada Nita.

    A Fauziah mempelawa Nita ke majlis perkahwinannya pada

    minggu hadapan.B Fauziah merayu Nita agar datang ke majlis perkahwinannya

    pada minggu hadapan.C Fauziah meminta Nita bertandang ke majlis perkahwinannya

    pada minggu hadapan.D Fauziah mengarahkan Nita datang ke majlis perkahwinannya

    pada minggu hadapan.

    24 Novel baru penulis terkenal itu akan dipasarkan sebelum

    Disember.A Sebelum Disember, novel terkenal penulis baru itu akan

    dipasarkan.B Sebelum Disember, penulis baru terkenal itu akanmemasarkan

    novelnya.C Sebelum Disember, novel baru penulis terkenal itu akan

    memasuki pasaran.

    D Sebelum Disember, penulis terkenal novel baru itu akanmemasuki pasaran.

    Soalan 28 hingga Soalan 30

    Pilih ayat yang betul.

    25 A Nurul seolah-olah kandar patah setelah diberhentikan kerja.

    7

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    8/12

    B Khairuddin baru pertama kali menyertai acara bolingpadang.

    C Rantai lehernya itu diperbuat daripada putih emas dan batumutiara.

    D Siti Naizura mata sakit melihat sampah bersepah-sepah di

    perhentian bas itu.

    26 I Kasim mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di

    kampung itu.II Lebuh raya itu sedang diperlebar oleh pekerja Lebuh Raya

    Malaysia.III Oleh sebab dia berkelulusan tinggi, dia diterima bekerja di

    syarikat itu.IV Semuaanai-anai itu mati bila Pak Din membubuh racun dipangkal pokok durian itu.A I dan II sahajaB I dan Ill sahajaC II dan IllsahajaD II dan IV sahaja

    27I Chee Seng bukan pemain pasukan bola sepak sekolahnya.II Mak Cik Ida memasukkan sedikit cili sos ke dalam mi

    goreng.Ill Suraya masih sedang bersiap-siap ketika rombongan

    pengantin lelaki tiba.IV Pusat pulih baik kereta Kancil telah mula beroperasi pada

    tahun lepas.A I dan II sahaja

    B I dan III sahaja

    C Il dan lll sahaja

    D II dan IV sahaja

    30 I Kesesakan lalu lintas di Jalan Jelawat sering berlaku padawaktu pagi.

    II Mereka hanya tiba satu setengah jam selepas majlis ituberlangsung.

    III Wajah Zurin ayu sekali sejak dia menggunakan produkkecantikan itu.

    IV Pak Ali menelan secawan air tebu yang dikunyahnya.A I dan II sahajaB I dan III sahaja

    C II dan IV sahajaD III dan IV sahaja

    8

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    9/12

    Soalan 31 hingga 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalanberikutnya.

    Jika anda ke negeri Kedah Darul Aman jangan lepaskan peluanguntuk berkunjung ke Rimba Rekreasi Bukit Wang. Ia terletak tidakberapa jauh dari pekan Jitra. Di rimba ini terdapat aliran air terjundari puncak bukit. Menurut cerita orang-orang tua, rimba inidinamakan Bukit Wang yang bermaksud kawasan air terjun. Rimbarekreasi ini terletak dalam kawasan Hutan Simpanan Bukit Perangin.Di hutan simpan ini terdapat beberapa buah bukit, iaitu Bukit Besar,Bukit Bertam dan Bukit Hangus. Jalan-jalan hutan telah disediakansupaya anda senang mengembara dan tidak sesat di bukit-bukittersebut.

    Bagi yang berminat untuk mendaki, mereka bolehlah mendakipuncak Bukit Besar. Di sepanjang perjalanan ke puncak bukit ituterdapat berbagai-bagai jenis tumbuhan liar yang menarik. Tiupananginnya juga amat menyegarkan. Anak sungai di Bukit Wang inidipenuhi batu-batan. Dahulunya air sungai ini ditakungkan ke dalamsebuah kolam dan diproses untuk dibekalkan kepada penduduktempatan.

    Di sini terdapat berbagai-bagai kemudahan disediakan untukpengunjung-pengunjung. Terdapat pondok-pondok kecil untukberehat. Bagi anda yang membawa keluarga, sebuah taman

    permainan kanak-kanak dan gelanggang sepatu roda jugadisediakan. Di samping itu, tandas dan bilik persalinan adadisediakan. Bagi yang beragama Islam apabila berkunjung ke sini,sebuah surau disediakan untuk bersembahyang. Selain itu,beberapa buah gerai menjual makanan terdapat di sini. Gerai-geraiini dibuka pada hari-hari perayaan dan cuti mingguan sahaja. Anda

    juga boleh berkhemah dan bermalam di rimba ini jika mendapatkebenaran daripada Jabatan Hutan Kedah Utara yang pejabatnyaterletak di Jitra.

    31. Di manakah letaknya Rimba Rekreasi Bukit Wang?

    A Di Bukit BesarB Di Bukit BertamC Di Bukit HangusD Di Bukit Peranginan

    32. Bukit Wang dalam petikan di atas ialah nama yang diberikankepadaA kawasan air terjun

    B hutan rimba rekreasiC beberapa buah bukit

    9

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    10/12

    D kawasan hutan simpan

    33. Jalan-jalan hutan disediakan untuk membolehkan .A pengunjung melawat taman rekreasi

    B pengunjung melihat tumbuhan liarC pengembara mendaki bukitD pengembara pergi ke tempat perkhemahan

    34. Apakah aktiviti yang tidak boleh dilakukan tanpa kebenaranpihak berkuasa?

    A menjual makanan di geraiB berkhemah dan bermalamC berehat di pondok-pondok kecilD menggunakan gelanggang sepatu roda

    35. Perkataan menyegarkan dalam petikan bermaksudA menyamankanB menyihatkanC menyejukanD menyedapkan

    Soalan 36 hingga 40Baca dengan teliti perbahasan ini dan jawab soalan berikut

    Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan PengerusiMajlis, para hakim yang memegang teraju keadilan dan kebenaranserta para hadirin yang dihormati sekalian.

    Tajuk perbahasan kita pada kali ini ialah Kemiskinan AdalahPunca Kegagalan Dalam Pelajaran. Saya selaku pembangkang,membangkang seratus peratus tajuk ini.Hadirin sekalian,

    Dalam zaman serba moden dengan pelbagai perlatancanggih, sudah semestinya kemiskinan tidak boleh sama sekalidijadikan punca sebenar kegagalan seseorang mengejar ataumencapai kejayaan. Khususnya dalam bidang pelajaran. Peralatan

    canggih yang dimaksudkan seperti komputer dan internetsepatutnya digunakan sepenuhnya untuk mengembangkan ilmupengetahuan.

    Sekiranya segala kemudahan yang telah sedia ada disia-siakan, maka bukanlah kemiskinan yang menjadi penghalangkejayaan dalam pelajaran, sebaliknya kerana sikap malas berusahadan tidak mengambil berat terhadap pelajaran punca sebenarseseorang itu gagal dalam pelajaran.

    Hadirin sekalian,

    10

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    11/12

    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Justeru, tidakhairanlah jika pada masa sekarang kita mendapati ramai anakgolongan miskin yang menjadi penghuni di universiti-universititempatan dan luar negara.

    Sebelum saya mengakhiri hujah saya, ingin saya tegaskan

    bahawa kemiskinan bukanlah punca sebenar kegagalan dalampelajaran.

    Sekian, terima kasih.

    36. Berdasarkan petikan di atas, apakah yang menyebabkanseseorang itu gagal dalam pelajaran?A Ramai pelajar yang gagal dalam pelajaran terdiridaripada golongan miskinB Kehidupan keluarga yang serba kekurangan dankemiskinanC Tiada kemahuan dan tiada jalan ke arah mencari ilmuD Memiliki sikap pemalas dan tidak mengambil beratterhadap pelajaran

    37. Perkataan penghuni dalam petikan di atas membawamaksudA mahasiswaB pemimpinC ketua

    D ahli keluarga

    38. Pilih penyataan yang benar tentang petikan di atasA kemiskinan adalah punca sebenar yang menjadipenghalang seseorang mencapai kejayaan dalam pelajaranB kecanggihan alat-alat seperti komputer dan internetmenyukarkan seseorang berjaya dalam pelajaranC seseorang itu tidak boleh menggunakan peralatan yangcanggih seperti komputer dan internet tanpa ilmupengetahuan yang sempurnaD Sikap masas bukan menjadi salah satu punca kegagalan

    seseorang itu

    39. Rumusan daripada petikan di atas ialah..A tanpa ilmu pengetahuan seseorang itu dapat masukuniversitiB peralatan canggih seperti komputer dan internet mestidigunakan oleh semua orangC kemiskinan tidak boleh dijadikan alasan menghalangseseorang untuk berjaya dalam pelajaran

    D ilmu pengetahuan amatlah penting dalam kehidupankita

    11

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 2

    12/12

    40. Apakah maksud Di mana ada kemahuan, di situ adajalan?A seseorang yang rajin berusaha dan berfikir untukberjaya akan berjaya

    B hanya orang yang rajin berusaha akan berjayaC orang yang sentiasa suka bertanyaD orang yang mahu berjaya tanpa berusaha akan turutberjaya

    KERTAS SOALAN TAMAT

    12