Bahasa Melayu Pemangkin Perpaduan-Pidato.doc

6
BAHASA KEBANGSAAN PEMANGKIN PERPADUAN Bahasa Melayu indah nan santun, Mekar-megah di pentas dunia, Jari sepuluh kemas kususun, Mohon bicara menyusun kata. Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Terima kasih saudari pengatur majlis, Barisan panel penghakiman penuh berkasrima, Guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan penerus wadah tonggak negara. Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya ……‟Bahasa Kebangsaan Pemangkin Perpaduan” . Bahasa menurut Kamus Dewan adalah sistem lambang bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia. 1

Transcript of Bahasa Melayu Pemangkin Perpaduan-Pidato.doc

BAHASA KEBANGSAAN PEMANGKIN PERPADUAN

Bahasa Melayu indah nan santun,Mekar-megah di pentas dunia,

Jari sepuluh kemas kususun,

Mohon bicara menyusun kata.Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Terima kasih saudari pengatur majlis,

Barisan panel penghakiman penuh berkasrima,

Guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan

penerus wadah tonggak negara.

Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya Bahasa Kebangsaan Pemangkin Perpaduan .

Bahasa menurut Kamus Dewan adalah sistem lambang bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia.Melayu bermaksud nama suatu bangsa atau bahasa( terutamanya) di Semenanjung Malaysia.Pemangkin pula faktor mempercepatkan suatu tindakan. Manakala

Perpaduan bermaksud penggabungan, perleburan dan perihal berpadu.

Para hadirin yang dihormati,

Bicara kata saya yang pertama,

Bahasa melambangkan identiti negara dan ketamadunan sesebuah masyarakat .Bahasa Melayu memberi negara dan rakyat Malaysia pengiktirafan bahawa kita adalah negara unik yang bertamadun dan maju.Tatkala Tanah Melayu dijajah orang Inggeris yang sering mengamalkan dasar pecah dan perintah, bahasa inilah yang memungkinkan perpaduan dicapai. Rakyat Tanah Melayu dibahagikan mengikut industri dan penempatan. Pertanian diluar bandar, dijaga oleh orang Melayu. Orang Cina pula di bandar-bandar berasaskan perlombongan dan orang India pula bekerja di ladang-ladang teh dan getah.Secara geografi, situasi ini hampir mustahil untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang hidup dilokasi berlainan. Maka dengan ini perpaduan menjadi taruhan terbesar untuk mencapai kemerdekaan dari para penjajah. Bahasa Melayu adalah bahasa yang menjadi pemangkin perpaduan di Malaysia. Oleh sebab keseluruhan ahli masyarakat diberi satu bahasa untuk digunakan sebagai bahasa pengantara, maka kemesraan dan keakraban terjalin dalam masyarakat. Kunci perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia terletak pada bahasa kebangsaan negara ini.

Hadirin- hadirat sekalian ,

Bicara kata saya yang kedua,

Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia.Bangsa Malaysia yang majmuk sifatnya memerlukan satu bahasa iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah maju sejak abad ke -14 lagi. Hal ini dapat dibuktikan apabila bahasa Melayu telah pun mempunyai sistem tulisan iaitu tulisan Jawi, ragam bahasa yang standard, dan bersifat modenisasi. Selain itu, bahasa Melayu juga memainkan peranannya dalam pelbagai fungsi yang merentas bidang.

Dalam fungsinya memajukan bangsa, bahasa Melayu mampu melahirkan masyarakat yang berfikir, mencipta dan mengembangkan serta menyalurkan ilmu kepada umum. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan sebagai alat perhubungan sebagai fungsi lazim bahasa. Dalam erti kebangsaan pula, bahasa Melayu adalah salah satu lambang identiti nasional negara di samping sebagai alat saluran ilmu.

Bahasa Melayu juga menjadi pemacu kearah kemajuan bangsa. Sesungguhnya untuk mewujudkan perpaduan dalam sebuah bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini, walaupun kita mempelajari bahasa asing sebagai bahasa global, namun kita tidak seharusnya membiarkan jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Sebagai contoh, cuba kita teladani kejayaan pembentukkan negara-bangsa Jepun, negara benua Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka terbukti telah memodenkan negara sekaligus membina rakyat yang begitu padu dan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing masing.Warga dewan yang saya muliakan,

Ingin saya simpulkan bahawa bahasa bukan semata-mata untuk orang Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia. Bahasa Melayu mencerminkan identiti dan citra penuturnya dan daripada bahasa jugalah lahir budi bahasa, ilmuan, keharmonian dan kecemerlangan sesuatu bangsa. Oleh itu, untuk menjadi bangsa yang dihormati dan disegani, bahasa perlu dijulang tinggi. Yakinlah bahawa bahasa Melayu sebagai pemangkin perpaduan.Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.3