Bahasa Melayu Ppt 1
-
Upload
noni-ahmad -
Category
Documents
-
view
117 -
download
2
description
Transcript of Bahasa Melayu Ppt 1
Lengkapkan ayat-ayat di bawah menggunakan frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama dengan tepat.
Contoh:
Adik saya murid tahun satu.
1. Puan Saliza ____________________________.
2. Ayah sedang ___________________________.
3. Sayur itu sungguh _______________________.
4. Rumah Zaitun ________________ Sungai Petani.
5. _____________________________ doktor gigi.
6. ______________________ tidur di dalam buaian.
7. ________________________ sekolah saya besar.
8. _______________________________ ke masjid.
9. Harimau bintang _____________________ sekali.
10.Faridah _______________________ Johor Bahru.
Baca teks di bawah dengan teliti.
Mutiara ialah sejenis permata yang berharga. Berbeza dengan permata
yang lain, mutiara bukan sejenis galian yang dilombong dari perut bumi.
Mutiara terbentuk di dalam cangkerang sejenis tiram. Apabila bahan asing
CWNM/MEI 2012 Muka surat 1
seperti pasir atau serpihan cangkerang masuk ke dalam cangkerang
tiram, maka bahan itu akan dilitupi oleh partikel dengan pelbagai
lapisan nipis yang dinamakan nakre. Proses ini berlaku selama beberapa
tahun untuk membolehkan bahan asing itu bertukar menjadi mutiara.
Mutiara berkilat dan warnanya sama dengan lapisan cangkerang
tiram. Ada tiram menghasilkan mutiara yang indah warnanya seperti
hitam, oren, merah jambu, krim atau putih. Mutiara jenis ini mahal
harganya. Mutiara hitam adalah antara jenis mutiara tang tinggi nilainya.
Jika mutiara dibelah dua dan dilihat di bawah mikroskop, akan kelihatan
lapisan bulatan seolah-olah lapisan pada bawang yang dibelah dua.
Selain warna, bentuk mutiara juga penting dalam menentukan
kualiti mutiara. Mutiara yang bulat dan sama saiznya cantik dibuat kalung.
Mutiara yang tidak tentu bentuknya kurang bernilai kerana sukar untuk
dijadikan barang kemas.
Mutiara asli sukar didapati. Oleh itu, mutiara diternak dengan
memasukkan indung mutiara yang cantik dan bulat ke dalam tiram-tiram
yang terpilih dengan cara yang saintifik. Tiram-tiram itu kemudiannya
dilepaskan ke dalam sangkar khas di dalam laut selama tiga hingga lima
tahun. Selepas itu, mutiara tersebut dikeluarkan dari tiram dan digredkan
mengikut kualitinya sebelum dibentuk menjadi barang perhiasan
tertentu.
Berdasarkan teks di atas, jawab soalan berikut dengan ayat
lengkap.
1. Apakah perbezaan antara mutiara dengan permata lain?
____________________________________________________________________
__________________________________________
2. Di manakah mutiara terbentuk?
____________________________________________________________________
__________________________________________
3. Bagaimanakah mutiara terbentuk?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
________________
CWNM/MEI 2012 Muka surat 2
4. Bagaimanakah mutu mutiara ditentukan?
____________________________________________________________________
__________________________________________
Nyatakan makna perkataan berikut berdasarkan teks tentang
mutiara di atas.
1. Berharga - ______________________________________
2. Dilitupi – ______________________________________
3. Pelbagai – ______________________________________
4. Bertukar – ______________________________________
5. Indah – ______________________________________
6. Dilihat – ______________________________________
7. Sukar – ______________________________________
8. Didapati – ______________________________________
9. Diternak – ______________________________________
10.Barang perhiasan – ______________________________________
CWNM/MEI 2012 Muka surat 3