Bahasa Melayu Saintifik

32
BAHASA MELAYU SAINTIFIK

description

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Transcript of Bahasa Melayu Saintifik

Page 1: Bahasa Melayu Saintifik

BAHASA MELAYU

SAINTIFIK

Page 2: Bahasa Melayu Saintifik

Pengenalan

Bahasa Melayu saintifik tidak hanya terhad kepada

pengertian Sains (Fizik, Kimia, Matematik, Biologi

dan sebagainya) tetapi juga bidang sains sosial.

Sehubungan dengan itu, perkataan "saintifik"

mempunyai maksud yang dengan perkataan

"akademik".

Menyebut sahaja mengenai perkataan "saintifik",

majoriti orang hanya memikirkan istilah. Istilah

sebenarnya merupakan hanya salah satu daripada

banyak ciri bahasa saintifik yang dapat dilihat

daripada pelbagai segi, termasuk laras dan gaya

bahasa, serta juga modus dan teks.

Page 3: Bahasa Melayu Saintifik

Contoh Penggunaan Bahasa Melayu

Saintifik

1. Kata Sifat : struktural, minimal, aktif, organik

2. Kata kerja : bersistem, bernitrogen,

didewarnakan, diflokulasikan

3. Kata nama : morfologi, kalsium, multivitamin

Kebanyakan perkataan bahasa Melayu saintifik

ini dipinjam daripada bahasa Inggeris dan

diejaannya diubahsuai untuk membuat

penyesuaian dari segi sebutan.

Page 4: Bahasa Melayu Saintifik

Penggunaan dan Fungsi

Bahasa Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa

Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat:

1. Bahasa yang baik, mudah, dan praktis.

2. Bahasa yang berkesan.

3. Bahasa yang indah.

4. Mempunyai sifat keintelektualan bahasa

Bagi memastikan bahasa Melayu dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan menjadi bahasa wahana ilmu, dua aspek perlu diusahakan, iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa.

Page 5: Bahasa Melayu Saintifik

Keintelektualan Bahasa

Dimaksudkan dengan keupayaan

menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, berkeupayaan mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran.

Mengikut Havranek (1984), klimaks pencapaian tahap keintelektualan bahasa dapat dicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata serta struktur tatabahasa.

Page 6: Bahasa Melayu Saintifik

Kesempurnaan Bahasa

Antara ciri bahasa yang mencapai tahap

kesempurnaan ialah:

1. Kecendekiaan

2. Kepelbagaian

3. Kelenturan

4. Kepraktisan

5. Keberkesanan

6. Ketertiban

7. Kesederhanaan

8. Ketekalan

9. Keberadaban

10.Keindahan

Page 7: Bahasa Melayu Saintifik

LARAS BAHASA

Page 8: Bahasa Melayu Saintifik

PENGENALAN

Definisi:

Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.

Gaya merujuk kepada pelisanan dan

penulisan.

Penggunaan merujuk kepada penutur,

pendengar, situasi, topik dan tujuan

perbincangan.

Page 9: Bahasa Melayu Saintifik

Perbezaan Laras Bahasa

Bahasa

Pengguna Penggunaan

Dialek Laras

Page 10: Bahasa Melayu Saintifik

Mengapakah laras bahasa digunakan?

Terdapatnya:

Ciri-ciri keperihalan

- Situasi Luaran

- Situasi Persekitaran

Ciri-ciri linguistik

- Aspek Bunyi

- Aspek Perkataan

- Aspek Ayat

Page 11: Bahasa Melayu Saintifik

Situasi Luaran

maksudnya ialah latar belakang sosial dan

kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.

merangkumi struktur sosial dan keseluruhan

cara hidup yang menentukan tindak-tanduk

anggota masyarakat.

Page 12: Bahasa Melayu Saintifik

JENIS-JENIS LARAS

BAHASA

Laras Bahasa Biasa

Laras Bahasa Iklan / Perniagaan

Laras Bahasa Sains

Laras Bahasa Media Massa

Laras Bahasa Rencana

Larasa Bahasa Undang-Undang

Laras Bahasa Agama

Page 13: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Sukan

Laras Bahasa Sastera / Kreatif

Laras Bahasa Ekonomi

Laras Bahasa Akademik

Page 14: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Iklan / Perniagaan

Untuk menyampaikan maklumat berkesan

Pemberitahuan fakta yang jelas amat

dipentingkan

Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata

sifat)

Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif

Penggunaan bahasa retorik

Tidak mementingkan tatabahasa

Guna pernyataan tertentu

Page 15: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Sains

Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan

Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta

Istilah sains dan teknikal adalah banyak

Ada istilah pinjaman

Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif

Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi

Page 16: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Media Massa

Peranan media massa adalah untuk melapor

atau menyampaikan berita dengan bahasa

yang paling mudah diterima pendengar dan

pembaca

Laras media massa tidak mementingkan

tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung

Tiada istilah teknikal dan khusus

Page 17: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Rencana

Bersifat umum

Menampilkan berbagai-bagai idea tentang

sesuatu isu

Gaya bahasa mudah difahami

Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara

umum ataupun terperinci

Page 18: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Undang-Undang

Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)

Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris

Makna kosa kata berdasarkan intepretasi

Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan

Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat

Tiada graf atau gambar

Binaan ayat adalah panjang

Page 19: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Agama

Membincangkan isu agama

Ada istilah pinjaman

Terdapat petikan

Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk

pengajaran

Page 20: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Sukan

Menyampaikan maklumat kegiatan sukan

Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas

Ada istilah aktiviti sukan

Kosa kata mudah difahami

Page 21: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Sastera / Kreatif

Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman

Ada istilah khusus tentang sastera

Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa)

Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat

Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola

Bernada puitis dan bersifat komunikatif

Page 22: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Ekonomi

Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi

Ada istilah teknikal ekonomi

Tidak mengutamakan struktur ayat

Gaya bahasa formal

Maklumat jelas dan eksplisit

Fakta berdasarkan bukti data dan statistik

Page 23: Bahasa Melayu Saintifik

Laras Bahasa Akademik

Bersifat ilmiah, formal dan objektif

Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan)

Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi

Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan)

Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian

Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk

Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks

Page 24: Bahasa Melayu Saintifik

CABARAN DAN ISU

PENGGUNAAN

BAHASA MELAYU

Page 25: Bahasa Melayu Saintifik

Cabaran dan Isu Penggunaan

Bahasa Melayu

Asakan gelombang globlisasi, liberalisasi dan

pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan

dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa,

tradisi persuratan, dan budayanya.

Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan

bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara

yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan

persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara

sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa

Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan

ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah

bahasa kebangsaan dimana-mana Negara

sekalipun.

Page 26: Bahasa Melayu Saintifik

Bahasa Melayu kini tercabar dari sudut fungsi

wahana penyampaian ilmu dan maklumat.

Perkembangan segala macam ilmu dalam

pelbagai bidang terutamanya dalam bidang

teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa

sebahagian dalam keperluan itu.

Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu,

khususnya dalam bidang sains dan teknologi

maklumat tidak bergerak sejajar dengan

perkembangan ilmu dan pembangunan negara.

Cabaran dari segi fungsi bahasa

Page 27: Bahasa Melayu Saintifik

Cabaran-cabaran lain

1. Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang

terlalu bangga dengan bahasa asing.

Penggunaan bahasa Melayu kurang

dipraktikan serta lebih mudah

mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini

terpapar dalam rancangan berbentuk

perbincangan politik dan juga ekonomi.

Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu

ketandusan idea dan gagal dalam

penyampaian ilmu.

Page 28: Bahasa Melayu Saintifik

Cabaran-cabaran lain

2. Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi

awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba

untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengajaran kursus dalam bidang

yang mampu disampaikan dengan baik

dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus

ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-

undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa

Melayu seperti tidak layak untuk menjadi

pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan

Bahasa (2006: 27-29)

Page 29: Bahasa Melayu Saintifik

Cabaran-cabaran lain

3. Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu

tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran

Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang

amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam

sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej

tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya.

Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini

akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan

istilah ilmu.

Page 30: Bahasa Melayu Saintifik

Isu Bahasa Melayu Dalam

Perlembagaan

Kedudukan bahasa Melayu dalam

perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen

peribumi; elemen yang unik dan tidak boleh

dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses

pindaan melalui Parlimen.

Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah

sebahagian daripada perkara yang sering

disebut sebagai kontrak sosial yang

merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu

rundingan kemerdekaan dahulu.

Page 31: Bahasa Melayu Saintifik

Isu Dasar Pendidikan Negara

Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan

juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai

bahasa pengantar dalam sistem pendidikan

terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi

pengajian tinggi.

Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar utama dalam sistem

pendidikan di negara ini dimulakan dengan

pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran

Razak pada tahun 1956.

Page 32: Bahasa Melayu Saintifik

Sekian…

Terima kasih atas perhatian anda..