bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

37
1.0 PENGENALAN Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat dua ratus bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi, di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi dan di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi. Perkataan "Melayu" sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang bermaksud "Gunung"; dan "Gunung" itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan purbanya "Pnom". Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur; catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu. Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah system angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang). Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu dan budaya dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik. Menurut Shahrir Mohamad Zain, 2005, unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris (feet) berasaskan

description

BIDANG KAJIAN SOSIOLINGUISTIK

Transcript of bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Page 1: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada

waktu itu terdapat dua ratus bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut.

Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia,

Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan

Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan

dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik. Bukti konkrit yang

pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683,

dengan terjumpanya empat buah batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683

Masihi, di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi di Kota Kapur, Pulau Bangka,

pada 686 Masihi dan di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.

Perkataan "Melayu" sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau

Malai, yang bermaksud "Gunung"; dan "Gunung" itu pula ialah perkataan Melayu

moden untuk perkataan purbanya "Pnom". Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323)

merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur; catatan pegawai Portugis di

Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600,

merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6

lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu. Satu daripada tinggalan

ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang

bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah system angka perpuluhan yang

ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang). Sebelum abad ke-8M

lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam

pelbagai bidang ilmu dan budaya dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada

mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya

sebagai horasastera iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung

dengannya seperti matematik dan fizik.

Menurut Shahrir Mohamad Zain, 2005, unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-

orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit

panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang

berasal dari istilah Inggeris (feet) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad

Page 2: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

ke-16. Perkara yang menarik adalah ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah

dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya, drum.

Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit

bilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua

dimensi, bhineka=dua aneka, tri- (tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera =

lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan

ayuta/juta. Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal

abad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat, sebahagaian

daripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai

abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya.

Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu

terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI

(sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu

sihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi

manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat

dan ahlinya tabib. Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia,

bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sains

moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat

hipotesis dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal

harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis. Satu lagi bidang kekuatan

orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum),

kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat

ini ialah Kitab Abi Masyar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada

1209h/1794M. Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah

mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan

diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda

bangsanya.

Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah

dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat

dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain

Page 3: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua

franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Pada zaman kerajaan Sriwijaya

bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran, perdagangan dan sebagai bahasa ilmu.

Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin selama

enam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat

pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikel Penyusunan Sejarah

Bahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan.

Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan

Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.

Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan

sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah

mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia

keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu

pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti

fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan

agama.

Menurut Nik Safiah Karim 2006, bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai

bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan

pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang

kejuruteraan, Bahasa Melayu harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk

menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejururteran elektrik dan elektronik,

kejuruteraan mekanikal, dan kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini berbeza pula

dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, sejarah, laras

seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya. Sebagai bahasa ilmu Bahasa

Malaysia harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai

untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnya

apabila memperkatakan konsep ekonomi, maka perlulah Bahasa Melayu mempunyai

perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk

menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa,

Page 4: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan

perangkaan. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan

bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun,

Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis, yang sudah lama berperanan sebagai bahasa

ilmu moden dengan jayanya. Menurut Ismail Hussein (1992) satu-satu bahasa yang

mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu

keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu.

Dengan keintelektualan bahasa dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaan

menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu

mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Mengikut Ismail Hussein

(1992), kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah penggunaan laras

saintifik yang berusaha menghasilkan bentuk bahasa yang tepat yang mencerminkan

kejelasan pemikiran yang logik.

Keintelektualan bahasa dicapai, terutama melalui perbendaharaan kata, dan

sebagainya melalui sistem bahasa. Seterusnya, bahasa itu juga perlu mempunyai ciri

kesempurnaan, iaitu sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai, tepat,

tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaanya. Bahasa yang sempurna

itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbgaian,

keberkesanan, dan keindahan. Akhir sekali bahasa itu harus mempunyai ciri bahasa.

Maksudnya bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan, pendapat dan buah

fikiran itu harus mempunyai perkataan yang sedap didengar, bertenaga dan menarik

dan dapat menyentuh perasaan hati pembaca atau pendengar. Bahasa yang

mengandungi unsur-unsur ini banyak terdapat dalam laras sastera. (Yahya Don, 2007)

Bahasa dan budaya merupakan dua perkara berbeza, tetapi tidak dapat

dipisahkan, kerana bahasa merupakan cermin budaya dan identiti diri penuturnya. Hal

ini bererti, apakah bahasa dapat mempengaruhi budaya masyarakat atau sebaliknya?

Sehingga bahasa dapat menentukan kemajuan dan “mematikan” budaya bangsa.

Bahasa adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling

berkomunikasi, baik dari segi tulisan, lisan, ataupun gerakan (bahasa isyarat), dengan

tujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada lawan bicaranya atau orang

Page 5: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah

laku, tatacara masyarakat, dan sekaligus mudah membaurkan dirinya dengan segala

bentuk masyarakat. Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibahagi menjadi

fungsi umum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai alat

untuk berekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi

sosial. Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan

negara. Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa budaya yang

diungkapkan dalam bentuk kata-kata “budi bahasa”. Orang yang dikatakan “tidak tahu

bahasa” bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni tidak mengetahui adat

berbahasa menurut konteks sosialnya. Selain itu, bahasa mencakupi keseluruhan hidup

manusia sebagai alat pemikiran, alat budaya, sebagai sumber kemajuan dan tamadun

serta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Bahasa juga sebagai pembentuk

keperibadian dan nilai manusia. (Hassan Ahmad, 2002)

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauh

manabahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem

pelajaran hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah-langkah

yang dijalankan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dalam kajian

ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa yang

ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannya

dalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa. Kajian ini juga seterusnya menjelaskan

tentang masalah- masalah yang dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran

ledakan maklumat pada masa kini. Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin

bahawa bahasa Melayu hari ini masih releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas

dalam kajian ini. Selain membincangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kertas

kerja ini juga turut membincangkan bagaimana bahasa digunakan hari-hari dalam

masyarakat dan bagaimana manusia membentuk makna berdasarkan konteks

sosialnya.

Page 6: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

2.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia

Ceraian 152 daripada Perlembagaan Negara baru yang pada ketika itu dikenali dengan

nama Persekutuan Tanah Melayu menyebut bahawa “ Bahasa Kebangsaan ialah

Bahasa Melayu(BM) ” dan bahawa bahasa ini akan mengambil alih Bahasa Inggeris

(BI) sebagai bahasa rasmi yang tunggal sepuluh tahun selepas merdeka yakni pada

tahun 1967. Apabila Sabah dan Sarawak memasuki Malaysia syarat yang sama juga

dikenakan, dan tarikh Bahasa Melayu mengambil alih Bahasa Inggeris ialah 1973.

Ketika zaman penjajahan, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pentadbiran yang

rasmi dan juga bahasa persekolahan, ini merupakan suatu keadaan yang umum bagi

semua daerah yang dijajah oleh Inggeris, dan juga kuasa-kuasa barat yang lain. Oleh

itu, Bahasa Inggeris mendapat kedudukan yang tinggi. Hal ini mendatangkan kesan

buruk ke atas perkembangan Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu menjadi

terbatas iaitu hanya digunakan sebagai bahasa perhubungan di rumah dan bahasa

pengantar pada peringkat sekolah rendah.

Akibatnya, Bahasa Melayu tidak mempunyai peluang yang cukup untuk

berkembang menjadikan kedudukan sosialnya lebih rendah daripada Bahasa Inggeris,

dan dari segi fungsi, Bahasa Melayu dianggap kurang kerana ketiadaan istilah-istilah

yang lengkap dan bersifat khusus. Dorongan untuk mempelajari Bahasa Melayu juga

hampir tidak ada kerana kerana kemajuan sosial dan ekonomi seseorang individu tidak

bergantung kepada pengetahuan Bahasa Melayu tetapi sebaliknya bergantung kepada

pengetahuan Bahasa Inggeris yang ada dalam dirinya. Bahasa Melayu yang diketahui

olehkebanyakan penutur ialah “ Bahasa Melayu Pasar ”, bahasa yang digunakan untuk

perhubungan di pasar dan tempat-tempat seperti itu.

Sewaktu Bahasa Melayu dipilih untuk diangkat sebgai bahasa kebangsaan

negara baru dan untuk mengambil alih Bahasa Inggeris sebgai bahasa rasmi yang

tunggal, berlakunya dua perkara iaitu:

Page 7: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

(i) Penubuhan satu badan untuk memproses perkembangan Bahasa Melayu

bagi membolehkannya memikul tugas-tugas baru, dan

(ii) Proses melaksanakan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan rasmi

dan bahasa pengantar di institut-institut pengajian.

Majoriti daripada tugas pengembangan dan pembinaan Bahasa Melayu dipikul

oleh pihak Dewan Bahsa dan Pustaka iaitu badan perancangan bahasa yang telah

ditubuhkan pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka bergerak sebagai satu

badan yang menjalankan atau yang mengawasi tiga aktiviti perancangan bahasa yang

berkaitan iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Pada peringkat pelaksanaan,

kegiatan-kegiatannya ialah yang terlibat dengan bahasa itu sendiri iaitu penentuan

norma misalnya norma melalui sistem tulisan, penyusunan tatabahasa dan kamus

sama ada secara teknikal atau bukan teknikal dan juga penyebaran norma-norma ini

kepada pengguna.

2.1 Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Melayu

Selama berpuluh tahun Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengendalikan

berbagai-bagai projek yang bertujuan untuk mengembangkn Bahasa Melayu. Wujudnya

usaha-usaha daripada Dewan Bahasa dan hasil daripada hakikat bahawa bahasa itu

telah digunakansebagai alat perhubungan, alat pentadbiran, alat teknologi dan juga alat

kebudayaan, Bahasa Melayu boleh dikatakan telah mengalami proses yang mendalam

dari segi pembinaan dan pengembangannya. Selain itu, dalam beberapa bidang,

kejayaan yang tinggi telah dicapai, misalnya dalam bidang kodifikasi dan penyebaran

sistem ejaan dan istilah-istilah teknikal. Demikian juga dengan kejayaan yangv agak

memuaskan yang telah dicapai dari aspek unsur saling menterjemah denga Bahasa

Inggeris dan beberapa bahasa moden yang lain. Kini, konsep kerjasama antarabangsa

telah dapat dibuktikan dalam perancangan bahasa dengan kerjasama yang telah wujud

di antara Indonesia dan Malaysia.

Page 8: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa Bahasa Melayu telah mengalami beberapa

peringkat pembinaan dan pemgembangan yang agak mendalam pada segenap

peringkat dan disertai oleh bilangan penuturnya yang semakin banyak dan yang terdiri

daripada berbagai-bagai jenis kumpulan etnik. Ini telah banyak membawa perubahan

dalam bahasa itu sendiri. Maka dengan ini juga bertujuan membicarakan aspek

pembinaan dan pengembangan bahasa dan aspek sifat multilingual penduduk-

penduduknya dari segi penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar.

2.2 Pelaksanaan Bahasa Melayu sabagai Bahasa Pengantar

Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang tercatat dalam Penyata Razak

telah dilaksanakan pada tahun 1957 dan dasar ini telah disokong lagi oleh Penyata

Rahman Talib pada tahun 1961. Di antara tahap-tahap yang penting dalam proses

pelaksaanan ini antaranya ialah penubuhan sekolah-sekolah menengah berpengantar

Bahasa Melayu pada tahun 1963, pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar bagi mata pelajaran tertentu di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan

pada tahun 1968 dan permulaan pelaksanaan berperingkat Bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah rwndah jenis kebangsaan pada tahun

1971.

Pada peringkat sekolah menengah pula, Bahasa Melayu menjadi salah satu

mata pelajaran pada tahun 1957 dan tidak lama kemudian menjadi satu mata pelajaran

dalam pepepriksaan Sijil Peperiksaan Seberang Laut. Pada tahun 1970, dengan

pengambilalihan Sijil Peperiksaan Seberang Laut oleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),

Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran wajib atau teras bagi semua calon

yang mengambil peperiksaan tersebut. Kini, banyak mata pelajaran telah diajar dengan

menggunakan Bahasa Melayu dan pelaksanaan sepenuhnya dasar ini ialah pada tahun

1983.

Page 9: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Pada peringkat pengajian tinggi, pertukaran daripada Bahasa Inggeris kepada

Bahasa Melayu berlaku secara bernasur-ansur pada tahun-tahun enam puluhan di

beberapa maktab perguruan terutamanya di Maktab Perguruan Bahasa dan di

beberapa jabatan di Universiti Malaya khususnya di Jabatan Pengajian Bahasa Melayu.

Pada tahun 1970, Universiti9 Kebangsaan Malaysia ditubuhkan yang merupakan

sebuah universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahsa pengantar yag

tunggal. Namun kini, kesemua pusat pengajian tinggi berada dalam berbagai-bagai

peringkat pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan merelisasikan matlamat menjadikan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekaligus menduduki peringkat Bahasa

Kebangsaan.

2.3 Bahasa Melayu sebagai Lambang Penyatuan

Garvin dan Mathiot (1968) berbicara tentang tiga fungsi simbolik sesuatu bahasa baku

itu iaitu:

(i) Fungsi penyatuan di mana bahasa baku bertindak sebagai alat yang

menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek

bahasa yang sama dan dengan demikian akan menyatukan mereka ke

dalam satu masyarakat pertuturan atau bahasa.

(ii) Fungsi pengasingan iaitu di mana bahasa baku diajukan sebagai variasi

yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama,

dengan demikian bertugas sebagai lambang identiti kebangsaan yang

terasing, dan

(iii) Fungsi prestij iaitu di mana kewujudan atau kepunyaan satu bahasa baku

menimbulkan perasaan atau semangat megah bagi Negara.

Page 10: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Di Malaysia bahasa kebangsaan atau bahasa baku iaitu Bahasa Melayu telah

berusaha untuk mecapai ketiga-tiga fungsi di atas. Walau bagaimanapun, seperti

kebanyakan negara-negara lain yang sedang membangun, fungsi utamanya ialah untuk

menjadi faktor penyatuan, satu lambang yang dicipta bagi menimbulkan satu identiti

yang menurut Fishman (1968):

“ ... can lead to common mobilization and involvement above, beyond, and at the

expense of pre-existing ethnic-cultural peculiarities … These languages may and

has become a symbol of supra-local ethnic-cultural identification, that is, of

ethniccultural identification at the nationality level.”

Peranan Bahasa Melayu sebagai factor penyatuan disalurkan menerusi dasar pelajaran

kebangsaan, sebgaimana tercatat dalam Akta Pelajaran 1961.

2.4 Bahasa Melayu sebagai Pengucapan Budaya

Bahasa Melayu secara umumnya merupakan bahasa komunikasi terutamanya dalam

kalangan masyrakat yang menggunkan Bahasa melayu sebagai bahasa ibunda dalam

komunikasi sehari-harian. Namun demikian, sekadar demikian adalah tidak memadai

bagi memartabatkan Bahasa Melayu ini dengan sekadar menjadikannya sebagai

bahasa pengantar kebangsaan. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu ini diharap dapat

diperluaskan penggunaannya dalam masyarakat intelektual secara meluas terutamanya

selaras dengan perkembangan era moden ini. Ini merupakan satu usaha yang harus

dibina bagi menyatukan masyarakat Malaysia serta melaksanakan tanggungjawab

memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan..

3.0 CIRI-CIRI BAHASA ILMU

Terdapat dua ciri yang penting dalm menjadikan sesebuah bahasa itu sebagai bahasa

ilmu. Menururt Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007) dalam kertas kerjanya

Page 11: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Bahasa Melayu Sebagai Bahas Ilmu cabaran Dan Harapan menyatakan bahawa ciri

bahasa ilmu adlah keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Melalui ciri-ciri

ini, kita dapat mencetuskan persoalan iaitu adakah bahasa melayu telah mencapai

status bahasa ilmu berdasarkan ciri-ciri tersebut? Persoalan ini akan terjawab apabila

kita mengkaji secara lebih mendalam terhadap bahasa Melayu.

3.1 KEINTELEKTUALAN BAHASA

Keintelektuaan bahasa dapat dtakrifkan sebagai keupayaan untuk menyampaikan buah

fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkap kesinambungan dan

kerumitan fikiran. Hal ini dapat dijelaskan lagi dengan keupayaan bahasa Melayu

menjadi bahasa saintifik yakni mempunyai kosa kata dalam bidang atau laras-laras

tertentu. Hal ini dapat juga dilihat melalui pengembangan perbendaharaan kata iaitu

menambahkan istilah-istilah baharu yang mempunyai sifat khusus yang mungkin sukar

difhami oleh penutur-penutur biasa.

Bukti yang menunjukkan bahasa Mnelayu menjadi bhasa yang intelektual adalah seperti dalam

bidang undang-undang, ekonomi, perubatan, computer, kejuruteraan, pertanian, dan sains. Setiap

bidang-bidang ini mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang khusus dan saintifik. Hal ini

jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu dan berintelektual. Berikut

merupakan contoh-contoh perbendaharaan kata bahasa melayu yang khusus bagi setiapa bidang-bidang

ilmu:

BIDANG ILMU CONTOH KOSA KATA/AYAT YANG KHUSUS

UNDANG-UNDANG Hal ehwal darurat ada terkandung dalam Perkara

150 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Fasal

1 perkara itu, apa yang dimaksudkan dengan

darurat adalah satu darurat besar yang

mengancam keselamatan atau kehidupan

ekonomi Persekutuan atau mana-mana bahagian.

PERUBATAN Bakteria laktobasilus adalah bacteria bersifat gram

positif, tidak berbentuk spora dan berkembang

Page 12: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

biak…

EKONOMI Aliran pertalian antara organisasi perniagaan

dengan pasaran ini disebut system pemasaran.

KOMPUTER Pangkalan Data Microsoft Acces, Memulakan

Sistem.

KEJURUTERAAN Ada tiga sistem koordinat yang berlainan yang

biasanya digunakan untuk menentukan

kedudukan zarah dalam ruang.

PERTANIAN Pembiakan adalah proses memanjangkan

kewujudan sesuatu sepsis tumbuhan.

SAINS Kolestrol adalah sebahagian daripada bahan

sterol.

Jadual di atas jeals menunjukkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa yang

mempunyai keintelektualan bahasa dan seterusnya dianggap sebagai bahasa ilmu.

3.2 KESEMPURNAAN BAHASA

Ciri kedua dalam menjadikan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa ilmu adalah

kesempurnaan bahasa. Kesempurnaan bahasa bermaksud sifat-sifat yang menjadikan

sesuatu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi dan konteks

penggunaannya. Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (2007), kesempurnaan

bahasa mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan

keindahan.

Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu harus mempunyai peraturan-peraturan

atau system seperti sebutan, peraturan pemakaian imbuhan, ayat dan frasa.

Contohnya, di dalam bahasa Melayu, perkataan rumah akan disebut rumah dan tidak

ruhma atau mahru. Hal ini bermakna kestabilan bahasa perlulah berdasarkan kepada

rumus atau peraturan tatabahasa terutamananya dari aspek ejaan, sebutan dan

sebagainya.

Page 13: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Manakala dari segi kelenturan pula, bahasa sepatutnya mempunyai kesesuaian

dengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat

bahasa tersebut. Contoh yang jelas adalah perkataan bahasa Inggeris yang terdapat

dalam bahasa Melayu telah dilenturkan apabila masayarakat bahasa Melayu

menyebutnya seperti university telah menjadi university dalam bahasa Melayu dengan

mngikut bunyi fonemnya.

Begitu juga denan sifat-sifat lain dalam kesempuranaan bahasa iaitu

kepelbagaian yakni berfokuskan kepada sesuatu bahasa itu mempunyai kepelbagaian

dalam aspek penyampaiannya. Hal ini bermakna kepelbagaian ini barkait rapat dengan

aspek intonasi, jeda dan sebagainya. Manakala sifat keberkesanan pula merujuk

kepada bahasa yang sempurtna adalah bahasa yang tidak mempunyai kekeliruan

maksud atau erti. Hal ini bermakna, setiap penyampaiab yang menggunakan bahasa

tersebut haruslah jelas maknanya dan mesej yang ingin disampaikan.

Sifat kesempurnaan bahasa yang terakhir sekali adalah bahasa indah atau

keindahan bahasa. Bangsa Melayu merupakans alahs atu daripada bahasa yang

terkenal dengan sikaop sopan santunnya serta berbudi bahasa yang tinggi.

Berdasarkan konteks ini, jelas memeperlihatkan bahawa bahasa melayu mempunyai

bahasa yang indah dan lembut dalam segenap hal perbincangan. Contohnya, untuk

menegur seseorang, kita boleh menggunakan bahasa yang halus dan penuh hemah

tanpa menyakiti hati invidu yang ditegur. Hal ini berlaku berdasarkan kebijaksaan

penutur tersebut untuk menggunakan kosa kata yang sesuai dan lembut dalam setiap

tutur bicaranya.

Berdasarkan dua ciri bahasa ilmu yang telah dijelaskan iaitu keintelektualan

bahasa dan kesempurnaan bahasa, secara tuntasnya, bahasa Melayu mempunyai ciri-

ciri tersebut. Persoalan yang mungkin timbul berdasarkan kedua-dua ciri ini adalah

sejauh manakah kejayaan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu pada hari ini?

3.3 KEJAYAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI PENGUCAPAN ILMU DAN

BUDAYA

Page 14: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Kejayaan bahasa Melayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat melalui

beberapa aspek tertentu. Apabila membincangkan mengenai bahaasa Melayus ebagai

pengucapan ilmu dan budaya, minda penutur jati bahasa Melayu akan melihat titik

fokus perbincangan yang akan menjurus kepada pendidikan. Hal ini demkian kerana

ilmu dan pendidikan saling berkait rapat antara satu sama lain. Bahasa Melayu sebagai

pengucapan ilmu dan budaya dapat dilihat menerusi bidang pendidikan. Kerajaan telah

menentapkan bahawa bahasa pengantar di sekolah adalah bahasa Melayu kecuali bagi

sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa

pengantar di sekolah.

3.4 BAHASA MELAYU DI SEKOLAH

Pendidikan di Malaysia bermula dengan beberapa dasar yang penting yang

berkait rapat dengan ketetapan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam

pendidikan. Contoh jawatankuasa yang memainkan peranan yang penting dalam

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah Jwatankuasa Pelajaran

1956, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 dan sebagainya. Peranan yang

dimainkan dalam jawatankuasa ini amat penting dan terbukti berkesan dengan kerajaan

mewajibkan bahasa Melayu sebagai subjek wajib lulus dan perlu diambil oleh semua

pelajar di sekolah di Malaysia sehingga ke hari ini.

Setelah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah, ia sekali

gus telah mewujudkan budaya yang seragam dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal ini

bermakna setiap pelajar di sekolah kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu

dalam interaksi mereka. Selain itu juga, setiap subjek yang diajar di sekolah seperti

Sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan sebagainya diajar

menggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian dan proses Pengajaran

dan Pembelajaran. Secara tidak langsung, budaya di sekolah telah diwujudkan melalui

interaksi antara pelajar dan guru dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pertuturan mereka.

Page 15: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Namun, terdapat beberapa ancaman yang berlaku terhadap bahasa Melayu di

sekolah. Perkara ini berlaku apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mencapai

kemajuan dengan pantas tanpa mengambil kira kepentingan bahasa melayu sebagai

bahasa pengantar ilmu khususnya melibatkan subjek sains tulen seperti sains, biologi,

kimia, fizik dan matematik. Perkara yang berlaku mengambarkan masa depan bahasa

melayu sebagai bahasa pengantar ilmu kurang diberi perhatian. Walau bagaimanapun,

kesedaran para pemimpin dan rakyat akan kesan buruk pelaksanaan PPSMI

menunjukkan satu usaha memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.

3.5 BAHASA MELAYU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Usaha memartabatkan bahasa melayu di Malaysia bukan sahaja dapat dilihat pada

peringkat sekolah malah pada peringkat ‘universiti’ atau pusat-pusat pengajian tinggi

pun menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bilik-bilik kuliah.

Walaupun para pelajar digalakkan untuk menguasai bahasa asing khususnya bahasa

inggeris namun bahasa melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam urusan

pentadbiran, perbincangan, ceramah dan kuliah.

Di samping itu, bahasa melayu masih berada pada tahap yang tinggi kerana

menjadi teras untuk menentukan kelayakan calon memasuki universiti-universiti

tempatan. Dalam hal ini, para calon wajib lulus kepujian sebagai syarat minimum untuk

memohon melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Dalam sesi temuduga, bahasa

melayu digunakan sebagai medium komunikasi antara calon temuduga dengan

penemuduga. Selain kecekapan berbahasa inggeris, kecekapan berbahasa melayu

merupakan salah satu aspek yang paling penting dinilai dalam sesi temuduga. Hal ini

menunjukkan kepentingan penggunaan bahasa melayu dalam pengajian di peringkat

universiti sebagai medium penyebaran ilmu.

Selain digunakan di sekolah dan universiti, kepentingan bahasa melayu juga

diambil perhatian oleh pemimpin dan masyarakat dengan adanya perlaksanaan

program-program intelektual. Contohnya, program Pertandingan Pidato Antarabangsa

Bahasa Melayu (PABM) telah berjaya mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Page 16: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

yang penting dipelajari. Jalinan usahasama antara Kementerian Pengajian Tinggi,

Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dan

Kementerian Pelancongan serta pihak swasta ini turut membayangkan betapa utuhnya

rasa cinta dan sayang kita terhadap bahasa Melayu. Program ini menjadi bukti bahawa

kerajaan selama ini tidak berdiam diri dalam memperkasa bahasa Melayu kepada

masyarakat sejagat.

Pertandingan pidato ini membuktikan keupayaan bahasa Melayu untuk pergi

jauh ke peringkat global. Bahasa Melayu telah diterima baik di kebanyakan negara dan

perihal ini menggambarkan bahawa bahasa Melayu boleh memainkan peranan yang

penting dalam pembangunan tamadun saintifik dan prolifik di peringkat antarabangsa.

Pertandingan pidato ini juga memberi petunjuk yang jelas bahawa bahasa Melayu

bukanlah bahasa yang boleh diperkecilkan peranan dan pengaruhnya. Pada hari ini, di

seluruh dunia, terdapat 129 buah pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus

pengajian bahasa Melayu, merangkumi 40 buah negara dari Amerika Syarikat

merentasi kesemua tujuh benua menganjur ke negara New Zealand.

Pendedahan melalui pertandingan itu secara tidak langsung dapat menarik minat

bangsa lain untuk lebih mendalami keunikan dan keindahan bahasa Melayu berserta

budaya yang penuh dengan kesopanan. Kerana itu, rakyat tidak perlu malu bercakap

dalam bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan orang luar yang berkunjung ke

negara bertuah ini. Secara tidak langsung, tindakan berani itu mampu mengangkat

martabat bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa pengantara tetapi sebagai

bahasa ilmu.

Dalam konteks dunia pada hari ini, bahasa Melayu telah diangkat sebagai salah

satu daripada 10 bahasa utama dunia. Dengan angka lebih 280 juta orang penutur,

bahasa Melayu diberi darjat yang tinggi sebagai bahasa kelima terbesar di dunia. Fakta

ini memberi gambaran jelas bahawa bahasa Melayu mempunyai pengaruh dan peranan

yang cukup besar dalam mewarnai landskap pembangunan tamadun dunia.

Sehubungan ini juga, kerajaan mahu keyakinan terhadap potensi bahasa Melayu dalam

segenap bidang terus dipupuk dan diperteguhkan. Kegigihan kerajaan

Page 17: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

memperkembang fungsi bahasa Melayu jelas menggambarkan hasrat kita untuk terus

memperkasa bahasa Melayu kepada kedudukan yang lebih tinggi.

3.7 Bahasa Melayu Dalam Pengucapan Budaya Masyarakat Melayu.

Bahasa dan budaya bergerak seiring. Seawal abad ke-14 bahasa melayu telah

digunakan sebagai lingua franca antara negeri-negeri melayu dengan dunia luar seperti

inggeris, china, portugis dan belanda. Sekaligus membentuk budaya di mana bangsa-

bangsa ini cuba berkomunikasi dan berinterksi dalam bahasa melayu. Bahasa melayu

bukan sahaja menjadi wahana pengucapan dalam ekonomi, ilmu, filsafat malah juga

digunakan dalam pengucapan sastera dan budaya. Sastera dan budaya dalam

sesebuah negara semestinya melibatkan bahasa sebagai medium komunikasi.

Bahasa dan budaya mempunyai maksud yang berbeza tetapi sangat berkait

rapat antara satu sama lain. Hal ini demikian karena bahasa merupakan cerminan

budaya dan identiti diri penutur. Kebudayaan adalah sistem yang mengatur interaksi

manusia di dalam masyarakat dan bahasa adalah suatu sistem yang berfungsi sebagai

sarana berlangsungnya interaksi itu. Oleh yang demikian, hubungan bahasa dan

kebudayaan seperti anak kembar siam, dua fenomena tersebut sangat erat sekali

bagaikan dua sisi mata wang, sisi yang satu sebagai sistem kebahasaan dan sisi yang

lain sebagai sistem kebudayaan. Kerana itu bahasa tidak pernah lepas dari konteks

budaya dan keberadaannya selalu dibayangi oleh budaya. Bahasa sangat penting

kerana bahasa mampu mempengaruhi budaya sesebuah masyarakat selain menjadi

faktor jatuh dan bangunnya sesebuah negara bangsa.

Perbincangan bahasa dalam kebudayaan masyarakat adalah tidak lengkap jika

huraian mengenai maksud atau konsep budaya tidak disentuh. Menurut Gooddenough

dalam buku Mudjia Rahardjo bertajuk ‘Relung-relung Bahasa’ mengatakan bahawa

budaya suatu masyarakat adalah semua perkara yang harus diketahui dan dipercayai

oleh seseorang sehingga dia boleh bertindak sesuai dengan norma dan nilai dalam

masyarakat. oleh itu, budaya merupakan “cara” yang harus dimiliki seseorang untuk

melaksanakan kegiatan sehari-hari dalam hidupnya. Tingkah laku manusia dalam suatu

Page 18: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

kumpulan masyarakat juga disifatkan sebagai budaya bagi masyarakat tersebut. Dalam

erti kata lain, budaya merupakan sesuatu kebiasaan atau kelaziman. Budaya meliputi

pelbagai aspek termasuklah bahasa, adat dan perkahwinan, tingkah laku dan

seumpamanya. Komunikasi dan interaksi dalam sesebuah masyarakat semestinya

menggunakan satu bahasa yang difahami oleh seluruh kumpulan masyarakat tersebut.

Bahasa yang digunakan menjadi kebiasaan sebagai bahasa perhubungan, pergaulan

dan seterusnya menjadi bahasa kebudayaan.

Seperti yang dikatakan sebelumnya, bahasa ialah alat pengucapan dalam

budaya kita. Melalui bahasa Melayu kita menghantar nilai-nilai, konsep-konsep budaya

bangsa Malaysia. Dalam bahasa itu terkandung nilai-nilai budaya, atau pandangan

dunia bangsa Melayu. Kita dapat melihat satu contoh yang nyata. Apabila Israel

kembali ke negara asalnya, pemimpinnya menghidupkan bahasa asalnya, Hebrew.

Tujuannya ialah mengembalikan jatidiri orang Israel. Setiap kanak-kanak diajarkan

bahasa Hebrew itu. Dengan demikian, mereka membina kembali bangsa Israel,

jatidirinya, budayanya, agamanya, sistem politiknya dan sistem pendidikannya. Dengan

mengembalikan semula bahasa Hebrew itu, bangsanya hidup semula sebagai bangsa

yang bermaruah. Ini dibina kembali melalui bahasa Hebrew, Bahasa Kebangsaan

Regim Israel.

Daripada bukti sejarah kita dapat melihat peristiwa hilang bahasa, hilanglah

maruah bangsa. Apabila bahasa Hawaii pupus, bangsanya juga pupus. Pada hari ini

usaha menghidupkan semula bahasa Hawaii mengalami kesukaran sebab bangsa

Hawaii pun sudah tidak tulen lagi. Berlainan dengan bangsa Israel, jatidirinya sangat

kukuh. Apabila terpaksa merantau ke luar negara asalnya, mereka mengekalkan

jatidiri. Semasa di perantauan, mereka mengalami perubahan dan penyesuaian

sehingga dapat menjadi kaum yang dominan dalam negara-negara yang didiaminya.

Tetapi jatidirinya kekal. Apabila pulang ke negaranya, mereka masih belum kehilangan

ciri jatidirinya yang penting, bahasa, nilai-nilai dan pandangan dunianya. Sekarang

mereka mengembalikan maruah bangsanya setelah menghidupkan semula bahasa

Hebrew. Survival budaya sesuatu bangsa itu hanya melalui bahasanya. Pada

bahasanya itulah terletaknya maruah bangsa itu.

Page 19: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan di UKM yang lalu, Che Mazlan Saad,

dari JIM, menyampaikan sebuah kertas kerja bertajuk “Isu-Isu Amalan Agama, Moral

Dan Bahasa Melayu”. Beliau mengatakan, usaha-usaha pemantapan budaya, amalan

agama, moral dan nilai hendaklah dilakukan melalui bahasa Melayu. Ini juga perlu

diambil berat oleh IPT swasta. Kita dapat melihat bahawa istilah-istilah agama Islam

sudah sebati dalam bahasa Melayu. Penggunaan sebarang bahasa lain tidak akan

membawa isi yang sama. Survival agama dan nilai hanya dapat diteruskan melalui

bahasanya sendiri.

Di negara Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang dipersetujui untuk

dijadikan sebagai bahasa pengucapan kebudayaan. Bahasa melayu menjadi bahasa

komunikasi yang lazim digunakan oleh rakyat untuk berhubung antara satu sama lain.

Sebagai rakyat Malaysia bahasa Melayu seharusnya dikuasai oleh seluruh

warganegara kerana bahasa Melayu sudah menjadi bahasa lazim atau bahasa

kebudayaan orang Malaysia. Seiring dengan definisi kebudayaan itu sendiri, iaitu

bahasa diwarisi secara kemasyarakatan. Bahasa melayu bukan sahaja

menggambarkan budaya berbahasa orang Malaysia malah dalam bahasa melayu juga

banyak terkandung budaya lain seperti norma-norma masyaakat melayu.

Dalam masyarakat melayu, bahasa melayu bukan sahaja digunakan sebagai

medium pergaulan untuk berurusan sahaja malah masyarakat melayu suka bercerita,

bersyair, berpantun bernyanyi menggunakan bahasa melayu. Budaya masyarakat

melayu yang suka dengan keindahan sastera ini telah meningkatkan keupayaan

bahasa melayu menjadi bahasa pengantara, bahasa pergaulan dan bahasa ilmu secara

tidak lansungnya. Tambahan lagi puisi dan cerita-cerita rakyat lazimnya disampaikan

melalui lisan.

4.0 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu.

Page 20: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Walaupun kedudukan Bahasa Melayu sudah terjamin sebagai bahasa kebangsaan,

bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga asas perpaduan mula

menempuhi cabaranya yang tersendiri. Meskipun telah menjadi bahasa pengantar

utama dalam sistem pendidikan dan digunakan sebagai bahasa ilmu serta bahasa

perpaduan. Bahasa Melayu perlu disemarakkan dan diberi penghormatan bagi

memperkasakan kedudukannya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan

kemerosotan Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu. Kemerosotan inilah yang menjadi

cabaran kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan menjadi budaya masyarakat

Melayu.

Antara faktor-faktor yang menjurus kepada kemerosotan itu ialah

kecenderungan dan kelaziman penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan seperti

PPSMI, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang ditafsirkan dalam

Perlembagaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya, penggunaan bahasa rojak,

bahasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan bahasa dalam sembang di internet,

yakni pencemaran bahasa, dan jumlah penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaan

yang secara relatifnya rendah, dan kadar penterjemahan karya daripada bahasa asing

kepada Bahasa Kebangsaan yang secara relatifnya juga rendah dan lambat.

4.1 PPSMI

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

pernah menjadi satu cabaran kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Berdasarkan realiti dalam bidang pendidikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmiah semakin tergugat sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan

pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam

Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa di IPTA dan IPTS yang mula berubah. Kedudukan

dan usaha untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi tumpuan

melalui pelbagai program yang dirangka tetapi aspek untuk memperkasakan

Page 21: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dinyatakan secara

langsung.

Pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah tidak dapat tidak telah menggugat

kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Kedudukan

Bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan matematik terjejas dengan pelaksanaan

dasar ini. Kesannya kelak ke atas budaya, semua mata pelajaran sains dan matematik

dari peringkat pendidikan rendah hingga ke pendidikan tinggi akan diajarkan dalam

Bahasa Inggeris sepenuhnya. Hasilnya, pelaksanaan dasar ini akan menjadikan

peranan Bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan teknologi akan

tersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad, khususnya bagi

pendidikan tinggi (era selepas SPM) sedangkan bahasa Melayu telahpun banyak

meneroka bidang tersebut dengan lebih 800,000 istilah, 200,000 buah buku pelbagai

judul, dan sebagainya. Segala usaha tersebut hanya perlu disempurnakan serta dibaiki

dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini juga kedudukan Bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmiah juga semakin mengecil khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Keadaan ini akan terus terbudaya sekiranya tidak disekat. Seharusnya kita perlu berasa

bersyukur tatkala pengumuman PPSMI dimansuhkan dan diganti dengan dasar

Memperkasa Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM-MBI) baru-

baru ini.

4.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Belum Terlaksana Sepenuhnya

Selain itu, perubahan dasar bahasa di peringkat IPT juga telah menyebabkan

berlakunya perbezaan yang ketara antara dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar dalam sistem pendidikan.  Hal ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji,

Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan

Tinggi Malaysia (2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa walaupun

Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di peringkat sekolah, keadaan di

peringkat tinggi adalah berbeza. Selama lebih satu dekad telah wujud dua sistem yang

berbeza dengan ketaranya di peringkat pendidikan tinggi: Bahasa Melayu sebagai

Page 22: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

bahasa pengantar di IPTA dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPTS.

Keadaan ini semakin terbudaya, lebih-lebih lagi perkembangan ini berlaku selepas

pelaksanaan Akta IPTS 1996, banyak IPTS telah diberi pengecualian daripada

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris telah

dijadikan bahasa pengantar kerana institusi-institusi ini kebanyakannya menawarkan

kursus-kursus IPT luar Negara.

Namun begitu, dalam laporan yang sama jawatankuasa ini turut memperakukan

supaya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa rasmi

digunakan dalam semua urusan rasmi dan Bahasa Inggeris hendaklah digunakan

sebagai bahasa pengantar di IPT dalam semua mata pelajaran sains, matematik dan

professional, manakala mata pelajaran lain hendaklah diajar dalam bahasa yang paling

berkesan untuk menyampaikan ilmu yang terkandung di dalam mata pelajaran tersebut.

Natijahnya, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semakin terpinggir

dan sudah pasti untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakin

sukar apabila semakin dipinggirkan di dalam institusi ilmu.  Kerisauan terhadap

perkembangan ini turut dinyatakan oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad (2004) iaitu  dasar

bahasa dalam sistem pendidikan negara berhubung dengan bahasa Inggeris jelas, iaitu

bahasa ini hendaklah diajarkan sebagai bahasa kedua yang wajib di sekolah

kebangsaan. Dasar ini tidak berkata bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

hendaklah dijadikan bahasa pengantar dalam apa jua mata pelajaran di sekolah. Maka

jika keadaan ini berterusan, budaya masyarakat Melayu dalam mengamalkan bahasa

Melayu Jati akan terus terpinggir.

4.3 Penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaan & penterjemahan karya

daripada bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan rendah dan lambat

Perakuan dan saranan agar penggunaan Bahasa Inggeris diperluaskan dalam bidang

pendidikan ini juga seakan-akan berlawanan dengan pelaksanaan Dasar Buku Negara

yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Buku teks dan

buku-buku rujukan memainkan peranan penting di dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 23: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

dan sudah sepatutnya usaha menambah bilangan penerbitan bahan-bahan tersebut

dalam bahasa kebangsaan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Namun jika

dilihat dalam pelaksanaan dasar pendidikan kebelakangan ini dengan pelaksanaan

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

serta dasar penggunaan Bahasa Melayu di IPTA dan IPTS, keadaan sebaliknya yang

berlaku; sedang satu pihak berusaha untuk menterjemah karya asing kepada Bahasa

Melayu, satu pihak lagi beralih kepada buku-buku Bahasa Inggeris sebagai rujukan. Di

sini menampakkan pembaharuan yang dikemukakan dalam PIPP tidak sejajar dengan

situasi yang berlaku terhadap pelaksanaan dasar bahasa dalam sistem pendidikan di

peringkat Kementerian Pelajaran sendiri dan juga Kementerian pengajian Tinggi. 

Usaha untuk memperbanyakkan penerbitan buku-buku dalam Bahasa Melayu

dan juga penterjemahan karya asing kepada Bahasa Melayu sepatutnya akan lebih

terangsang dan bersemarak kerana adanya permintaan mendesak apabila bidang

sains, matematik dan professional ini diajarkan dalam Bahasa Melayu. Keadaan inilah

yang berlaku apabila Bahasa Melayu mula dijadikan Bahasa Pengantar sepenuhnya di

IPTA pada awal 1980-an, dalam tahun 1980 hingga 1983, DBP telah mencetak

sebanyak 47 buah senarai istilah yang boleh dikatakan dalam semua bidang kecuali

bidang-bidang khusus. Di samping itu usaha-usaha ini diperlengkap oleh masing-

masing universiti mengikut keupayaan mereka untuk bidang-bidang yang lebih khusus

dan tinggi sesuai dengan peringkat pengajian tinggi.

4.4  Pencemaran Bahasa

Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak

mengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan

internet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms – dua istilah yang

sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai

yang berurus niaga melalui internet. Perkataan terbaru sering memasuki

perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu.

Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa Melayu.

Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang negatif

Page 24: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Keadaan ini

semakin terbudaya, bukti dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar

94 rencana utama termasuk kertas-kertas simposium dan konvensyen yang

memperkatakan tentang bahasa Melayu dari pelbagai sudut dan aspek.

Kini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan di atas.

Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak yang

boleh mengancam budaya masyarakt Melayu khususnya. Bahasa rojak wujud dalam

sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga campurannya itu

semacam hidangan rojak. Hanya yang berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan tetapi

bahasa rojak menyebabkan kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah, bangsa

Melayu malu dipalunya. Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV

sekarang ungkapan-ungkapan seperti “e-mail”, “sms” “internet”, “software”, “hardware”,

“ISDN”, “html”, “computer” “website” dan sebagainya.

Usaha-usaha untuk menyemarakkan penggunaan dan mengukuhkan kecintaan

terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

sememangnya disokong tetapi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmiah mestilah disokong kuat oleh penggunaan dan pemakaian Bahasa Melayu

sepenuhnya dalam menyampaikan ilmu. Barulah Bahasa Melayu akan terus

berkembang pesat dan usaha memperkayakan khazanah bahasa dalam bidang ejaan,

peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa akan terus

bercambah menjadi budaya masyarakat Melayu. Hal ini disebabkan, pelaksanaan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya menuntut agar langkah-

langkah yang lebih gigih dilakukan terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Di

samping itu, usaha memperkembangkan Bahasa Melayu dan meningkatkan

keupayaannya menjadi bahasa ilmiah bagi semua bidang ilmu perlu diselaraskan

dengan perubahan dasar pendidikan dan pelaksanaannya di peringkat Kementerian

Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi .

Page 25: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

5.0 Langkah – Langkah Menangani Cabaran Yang Dihadapi Oleh Bahasa

Melayu Sebagai pengucapan Ilmu Dan Budaya.

Apabila wujudnya cabaran, maka langkah – langkah untuk mengatasi cabaran itu

perlu ada dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Antara

cabaran – cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu seperti yang telah dikupas

sebelum ini ialah, isu PPSMI, pelaksanaan bahasa rasmi yang tidak secara

sepenuhnya, iklim penerbitan buku bahasa Melayu yang suram dan penterjemahan

buku bahasa asing ke dalam bahasa Melayu yang kurang serta isu – isu yang berkaitan

dengan pencemaran bahasa.

Cabaran – cabaran ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan peranan bahasa

Melayu sebagai pengucapan ilmu dan budaya. Justeru itu, langkah – langkah segera

perlu diambil untuk menangani setiap cabaran yang berlaku. Cabaran – cabaran ini bisa

memberi impak kepada peranan bahasa Melayu jika tidak ditangani dengan

sewajarnya.

5.2 Pemansuhan PPSMI Dan Pengenalan Dasar MBMMBI Dapat Memartabatkan

Bahasa Melayu Sebagai Pengucapan Ilmu.

PPSMI sebenarnya gagal memberi manfaat kepada murid khususnya murid yang

berasal dari luar bandar, pedalaman dan dalam kalangan murid orang asli. Akibat dari

desakan – desakan pelbagai pihak, maka pihak kerajaan telah memutuskan bahawa

pemansuhan PPSMI pada tanggal 8 Julai 2009 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dapatan kajian pada tahun 2007 mendapati, skor purata pencapaian murid Malaysia

dalam Matematik dan Sains telah merosot dengan ketara.

Terdapat tujuh faktor pemansuhan PPSMI. Antaranya ialah dengan melihat

kepada sejarah lampau. Sejarah membuktikan, belajar dengan menggunakan bahasa

Melayu masih mampu membuatkan rakyat negara ini menjadi doktor dan ahli

profesional yang lain. Selain itu, kajian UNESCO ( 1958 ) jelas menunjukkan bahawa

pendidikan dalam bahasa ibunda lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh

Page 26: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraan

pengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek yang dipelajari.

Hasil kajian UNESCO ini jelas membuktikan betapa peranan bahasa ibunda itu

sangat penting dan lebih berkesan digunakan dalam dunia pendidikan. Serentak

dengan pemansuhan PPSMI, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan

Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) telah diperkenalkan dan bakal dilaksanakan pada tahun

2012. Dasar ini diperkenalkan untuk mengembalikan martabat bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu yakni bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Menurut bekas Ketua

Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP),Dr, Hassan Ahmad, PPSMI boleh

melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Justeru, pemasuhan PPSMI ini

merupakan tindakan yang sangat wajar.

Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan oleh Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila berjaya melahirkan ramai siswazah dalam bidang

perubatan dan pelbagai bidang lain. Meskipun belajar dalam bahasa Melayu, ramai

golongan profesional yang dihasilkan oleh UKM mahir berbahasa Inggeris dengan baik.

5.3 Menggiatkan Usaha Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Rasmi

Terutamanya Dalam Bidang pendidikan.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu

merupakan bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikaikan fungsi dan peranannya sebagai

bahasa kebangsaan. Kedudukan bahasa melayu dimantapkan lagi dengan adanya Akta

Bahasa Kebangsaan 1967. Menurut tafsiran Seksyen 2 dan seksyen berkenaan dalam

Akta 1966, bahasa Kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar di semua

institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun, dalam seksyen 17

(1) menteri mempunyai kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar di mana – mana institusi pendidikan yang lain. Perkara ini telah

menunjukkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan telah

berubah.

Page 27: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Institusi pendidikan swasta mempunyai kebebasan untuk memilih bahasa

pengantar yang digunakan. Justeru, pihak institusi pendidikan swasta akan memilih

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan berterusan meminggirkan peranan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pedidikan. Akta Pendidikan 1996 dan Akta

IPTS 1996 dilihat bertentangan dengan usaha – usaha meninggikan martabat bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu. Perkara inilah yang harus diberi perhatian

supaya martabat bahasa Melayu tidak dijatuhkan. Apa yang perlu dilakukan adalh

dengan meminda akta – akta berkaitan yang sedia ada supaya jangan terlalu memberi

kelongagran dan kebebesan kebebasan kepada institusi pendidikan swasta memilih

sendiri bahasa pengantarnya.

Menurut sumber dalam Berita Harian bertarikh 29 Jun 1998, terdapat usaha –

usaha yang dilakukan berkaitan dengan perkara ini. Antaranya ialah, Kongres Bahasa

dan Persuratan Melayu v 1998 membuat resolusi agar Akta Pendidikan 1996 dan Akta

IPTS 1996 disemak dan diselaraskan tujuannya. Kongres beresolusi supaya Fasal 17

dalam Akta Pendidikan dan Fasal 41 Akta IPTS 1996 digugurkan. Kongres juga

meminta supaya dasar yang membenarkan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil digunakan

sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti dikaji da digugurkan. Selain itu,

gesaan turut dibuat supaya menggesa IPTS melaksanakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar.

Menurut Nik Safiah karim (1984 ), pencapaian taraf keintelektualan bahasa

Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa

ilmiah. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Lingusitik

Malaysia telah menganjurkan Seminar Tamadun Berbahasa Melayu Menjelang Tahun

2020. Seminar yang telah diadakan ini mengutarakan lima resolusi, iaitu bahasa Melayu

telah diterima secara sah dalam dokumen – dokumen perundangan negara, sebagai

bahasa Kebangsaan, bahasa Rasmi dan juga bahasa pengantar ilmu. Usaha – usaha

sebegini mampu mengembalikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa

pengucapan ilmu yang unggul.

Page 28: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

5.4 Memperbanyakkan Penerbitan Buku – Buku Ilmiah dalam Bahasa

Kebangsaan Dan Menggiatkan Usaha Penterjemahan Karya Asing Ke

dalam Bahasa Melayu.

Dalam usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu, DBP perlu

memainkan peranannya dengan jitu. DBP perlu menerbitkan lebih banyak buku ilmiah.

Jika terdapat banyak buku – buku ilmiah diterbitkan dalam bahasa Melayu, dapat dilihat

betapa tekalnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu. Selain dari

menerbitkan buku yang mencakupi pelbagai bidang ilmu, DBP perlu menerbitkan lebih

banyak kamus, peristilahan dan buku glosari supaya dapat mengangkat keupayaan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu.

Penerbitan buku dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu.

Perkara ini dapat emmpercepatkan proses percambahan sesuatu ilmu itu dalam

bahasa Melayu. Selain dari penerbitan, DBP dan Institut Terjemahan Negara perlu

melakukan kerja – kerja menterjemah buku dengan giat. Apabila, terdapat banyak buku

bahasa asing yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu, perkara ini dapat

menampakkan kehebatan pada bahasa Melayu itu sendiri.

Ledakan era teknologi maklumat kini banyak mempengaruhi manusia. Dunia kini

merupakan dunia teknologi. Terdapat banyak istilah – istilah khusus mengenai bidang

teknologi. Perkara inilah yang perlu diberi perhatian oleh DBP. DBP perlu menterjemah

istilah – istilah tersebut ke dalam bahasa Melayu. Perkara seperti ini dapat

mengembangkan bahasa Melayu itu sendiri. Kekuatan da status bahasa Melayu

terletak pada sifat – sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan mengikut

peredaran zaman. Menurut pakar bahasa, Dr. Nik Safiah Karim, pemantapan sistem

bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya

pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah

mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih perlukan

pemantapan.

Page 29: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

5.5 Menangani Isu Pencemaran Bahasa

Pencemaran bahasa merupakan isu yang semakin serius dan perlu ditangani secara

berkesan. Dalam usaha menangani masalah ini, undang – undang berkaitan bahasa

perlu diwujudkan. DBP pula diberi kuasa untuk menghukum sesiapa sahaja yang

melakuka kesalahan bahasa bagi tujuan yang formal. Iklan merupakan sesuatu yang

dapat mempengaruhi manusia. Justeru, kawalan terhadap bahasa iklan perlu dipantau

dan bahasanya tidak ditulis sesuka hati kerana ia mampu menjadi ikutan anak – anak

muda. Peggunaan bahasa standard dapat megatasi kesalahan peggunaan bahasa

Melayu. Peraturan seragam perlu diwujudkan supaya penggunaan bahasa Melayu

tinggi dapat diterapkan.

Masalah pencemaran bahasa perlu ditangani sari peringkat sekolah lagi

khususnya sewaktu berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Guru perlu memainkan peranan dan prihatin semasa mengajar. Jika terdapat kesalahan

penggunaan bahasa, guru perlu menegur dan membetulkan bahasa murid-muridnya.

Setiap kesalahan perlu dibetulkan dan tidak boleh dibiar kerana ia boleh menyebabkan

ia menjadi suatu kebiasaan. Aktiviti kebahasaan perlu kerap diadakan supaya guru

dapat mengenal pasti kesalahan - kesalahan bahasa yang dilakukan lalu

membetulkannya.

Pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Kesedaran dalam diri itu perlu wujud

dalam usaha menangani pencemaran bahasa. Misalnya, bahasa SMS, bahasa di

laman sembang dan sebagainya, undang – undang tidak boleh mengawal dan

menyekat mereka. Hanya mereka sahaja yang mampu mengawal kelakuan mereka.

Justeru, kesedaran dan kecintaan terhadap bahasa itu perlu wujud dalam diri sendiri.

Bila sudah cinta, pastinya mereka akan sayang akan bahasa ibunda mereka.Semua

golongan tidak kira kecil besar, tua dan muda, semuanya perlu belajar menggunakan

bahasa Melayu yang betul dalam pertuturan serta dalam urusan seharian.

Page 30: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

6.0 KESIMPULAN

Martabat dan status bahasa Melayu perlu dipertahankan dan yang akan

mempertahankannya atau tidak adalah kehendak kita sendiri. Dalam usaha kita

membina, tidak perlu ada usaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan menjadi

sia-sia. Bahasa Melayu perlu terus dipertahankan agar tidak pupus. Bahasa Melayu

perlu terus dikembangkan supaya tidak hilang di dunia ini serta dapat mencerminkan

bangsa kita. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi

lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat

keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para

sarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang

dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap

perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152

Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar Pendidikan

Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam

sistem pendidikan negara.

Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapat

dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana

kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.

Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu

perubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang

proaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan

penguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar Institusi Pengajian Tinggi Awam yang

mengagungkan bahasa Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa

Melayu, dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah. Langkah-langkah untuk

mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu desakan

kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil, perancangan

kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu, Memberi

kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan penerbitan dan

penterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan

Page 31: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat

Malaysia satu sumbangan ilmu.

Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai

tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa

ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan

bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti

yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan

bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa

tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu

mampu menjadi bahasa ilmu. Di samping itu, kesemua ini membuktikan bahawa

bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika

terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat

menjana minda bangsanya. Selain daripada wahana penyebaran ilmu, bahasa juga

adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling dengan

tujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Melalui bahasa,

manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku, tatacara

masyarakat, dan sekaligus mudah menyesuaikan dirinya dengan segala bentuk

masyarakat. Bahasa memiliki beberapa fungsi yang dapat dibahagi menjadi fungsi

umum dan fungsi khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah sebagai alat untuk

berekspresi, berkomunikasi, dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi sosial.

Page 32: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Bibliografi :

Abdul Hamid Mahmood (2007). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran Dan Harapan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Asmah Haji Omar (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan 1995. “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman UIAM.” Kertas kerja Kongres Bahasa Melayu Sedunia.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 21-25 Ogos

Datuk Zainal Abidin Bin Abdul Wahid (2001). Siri Bicara Bahasa Bil. 5: Bahasa, Pendidikan Dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hassan Ahmad 16 Jun 2002: Mempertahankan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu.

Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul

Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.

Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz (2007). Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun Dari Zaman Purba Ke Budaya Elektronik. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim (1992). Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13. .

Rustam A. Sani (1993). Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd..

Shahrir Mohamad Zain, Berita Harian Isnin, 17 Oktober 2005: Bahasa Melayu sebagai

Bahasa Ilmu

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur :PTS

Professional, (Halalman 70-71.)

.

Page 33: bahasa melayu sebagai bahasa ilmu

Laman sesawang :

http://akumelayutulen.blogspot.com/2009/04/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu_17.html

http://ummahonline.wordpress.com/2008/05/22/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

http://jurnalnajmu.wordpress.com/2007/11/15/24/

http://id.wikipedia.org/wiki/Budaya

http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/5-field-issues/412-isu-bahasa-memartabatkan-bahasa-melayu-sebagai-saluran-penguasaan-ilmu.html http://www.pkpim.net/modules/news/article.php?storyid=17