Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

5
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Selain itu,setiap anggota masyarakat yang berbilang keturunan ini bernaung di bawah satu bahasa yang dapat mewujudkan kesepaduan masyarakat majmuk negara ini. Hal ini pasti akan dapat menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan yang merupakan nadi dan tunjang keutuhan sesebuah negara. Jelasnya,penggunaan bahasa Melayu di negara kita berperanan sebagai penyatu masyarakat majmuk, pembangun inspirasi negara yang bermatlamatkan keharmonian sejagat. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Transcript of Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Page 1: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap

kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat

mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa

kebangsaan.

Selain itu,setiap anggota masyarakat yang berbilang keturunan ini bernaung di bawah

satu bahasa yang dapat mewujudkan kesepaduan masyarakat majmuk negara ini. Hal ini pasti akan

dapat menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan yang merupakan nadi dan tunjang

keutuhan sesebuah negara.

Jelasnya,penggunaan bahasa Melayu di negara kita berperanan sebagai penyatu masyarakat

majmuk, pembangun inspirasi negara yang bermatlamatkan keharmonian sejagat.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang

berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu sendiri

tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Usaha untuk mencapai matlamat ini seharusnya bermula di peringkat sekolah lagi kerana

sistem persekolahan di negara kita menggunakan Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Kurikulum

Bersepadu Sekolah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolah -sekolah sepenuhnya mulai tahun 1983

telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis mengira dengan pengantar

bahasa Melayu, di samping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan

kemahiran berfikir. la juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketrampilan, berbahasa,

bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi.

Page 2: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Asimilasi ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai disiplin ilmu dengan

pengantar bahasa Melayu. Matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM ini

lebih memberatkan penguasaan bahasa Melayu yang bermu tu bersandarkan ketepatan tatabahasa,

kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, sistem

bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsur dan nilai budaya yang tinggi. Tumpuan dan

penekanan adalah untuk menjuruskan pelajar ke arah pemupukan semangat kewarganegaraan dan

mengamalkan nilai murni masyarakat Malaysia yang universal.

Kebolehan pelajar menggunakan dan menguasi bahasa pada had ini adalah berbeza dengan

amalan lama yang hanya menganggap bahasa itu sebagai sat u mata pelajaran sahaja. Hal ini

dinyatakan dengan jelas dalam konsep Bahasa Merentas Kurikulum yang menitikberatkan

kebolehan pelajar menggunakan dan menguasai ketrampilan berbahasa dalam hal lisan, bacaan dan

penulisan untuk memenuhi tujuan -tujuan perseo rangan, sosial dan pendidikan. Pelajar juga

diharap dapat menggunakan bahasa untuk memahami, menghayati dan menghargai pengalaman

mereka serta mengetahui bagaimanakah bahasa itu digunakan untuk mempengaruhi perkembangan

kognitif dan afektif seseorang indiv idu. Dalam konteks negara Malaysia yang menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam keseluruhan peringkat persekolahan, matlamat ini

hanya akan tercapai apabila seseorang itu dapat menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar dengan baik.

Page 3: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, bahasa Melayu mempunyai dua

peranan penting, iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran

bangsa dalam segala lapangan dan sebagai alat yang dapat membentuk dan mengembangkan

identiti kebangsaan, alat komunikasi masyarakat serta sebagai alat perpaduan dalam negara

berbilang bangsa dan agama (Dato' Hj. Hassan Ahmad, 1986:72).

Dalam hubungan ini, bahasa Melayu telahpun digunakan sebagai bahasa ilmu sejajar dengan

peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekaligus telah menjadi bahasa penting

dan utama dalam hakikat keilmuan moden pada hari ini. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu

harus dapat berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan

teknologi. Sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa itu perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu

keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa (Havranek dalam Garvin, 1984).

Keintelektualan bahasa ini dapat d icapai terutamanya melalui per-bendaharaan kata dan

sistem tatabahasa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat memperkatakan tentang bidang yang berbeza

daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa Melayu suatu masa dahulu. Oleh itu, sifat

perbendaharaan kata b ahasa Melayu juga turut mengalami perubahan. Jika dahulu perbendaharaan

kata bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh perkataan daripada bahasa Arab dan Sanskrit, kini

perkataan-perkataan daripada bahasa Inggeris sering digunakan, terutamanya dalam bidang ilmu

pengetahuan moden.

Sistem tatabahasa pula dimaksudkan dengan segala aspek tatabahasa sama ada dari segi ayat,

frasa, klausa, ejaan, sebutan dan seumpamanya. Dari segi penggunaan ayat misalnya, ia harus betul

strukturnya agar maksud yang hendak disampaikan dapat difahami. Penekanan juga harus

diberikan kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam penggunaannya boleh

mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu. Bagi menangani perkara ini

terutamanya dari aspek sebutan, perancangan dan pelaksanaan bahasa baku dijalankan. Ini adalah

untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa bertaraf tinggi dan ada keselarasan dalam

penggunaannya.

Page 4: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan