Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

49
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA PENGENALAN Pada tahun 1935, O.T. Dusseck memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau, “...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun- rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Rajah 3.1 : O.T.Dusseck Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu”. (The Straits Times, 1935.) Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu

description

mmmmmmmm

Transcript of Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Page 1: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

PENGENALAN

Pada tahun 1935, O.T. Dusseck memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga

tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas

beliau, “...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia

merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan

hakikat itu.

Rajah 3.1 : O.T.Dusseck

Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di

kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf

bangsa kamu”. (The Straits Times, 1935.)

Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang

bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan

gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi

bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain

sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. bahasa

itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda

Page 2: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

menelusuri perkembangan Bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan

penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari

tahun 1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan Bahasa Melayu dalam

sistem pendidikan di Malaysia. 

BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA

Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan Bahasa

Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau

status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era Bahasa Melayu

pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada

kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai

Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura.

Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan

sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah

Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris

terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka.

Antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas,

Usman Awang atau Tongkat Waran (Lihat Rajah 3.2), Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad

atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil

Rajah 3.2: Usman Awang

Page 3: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Sarkam, Asraf dan Hamzah. Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini adalah untuk: 

Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu

Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang; dan

Mengadakan pembaharuan dalam sastera.

Persatuan ini bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu

sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran,

selari dengan konsep perjuangannya, 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk

Rakyat'. Dengan berpegang kepada konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu

bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada umumnya, tema cerpen dan

sajak ASAS 50  bersifat kritik masyarakat. Oleh itu, banyak daripada cerpen atau sajak

yang mereka hasilkan mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela

kaum buruh, petani dan nelayan. Meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan

tentangan-tentangan terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai

kehidupan sastera zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar. Asas 50  juga

merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden, iaitu selepas

Perang Dunia Kedua (ASAS 50 Ditubuhkan, 2002).

Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan Bahasa Melayu

dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan

melalui saluran politik. Kewujudan Bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan

menjadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. Bentuk

bahasa ini belum dipiawaikankan dan perkembangannya tidak dirancang secara

sistematik. Malah dari segi tatabahasa, bahasa ini begitu dipengaruhi oleh tatabahasa

Za’ba dan sistem ejaan yang digunakan ialah Ejaan Za’ba dan Ejaan Kongres (1956-

1957). Tema Angkatan ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan

perjuangan. Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep 'Seni Untuk Masyarakat' dan

'Seni Untuk Seni' tetapi konsep 'Seni Untuk Masyarakat' lebih menonjol kerana

sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri daripada wartawan dan

Page 4: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

berkhidmat di  Utusan Melayu, Berita Harian dan juga beberapa majalah. Perjuangan

mereka ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen, sajak dan kerja seni lain

yang dipaparkan dalam media cetak yang mereka kendalikan. Ini memberi sumbangan

yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti

orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu. Perjuangan pada ketika itu menuntut

kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera.

Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan Bahasa Melayu telah mendorong

sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai Lembaga

Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. Pertemuan guru-guru Melayu yang telah

diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan untuk

menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan Bahasa Melayu.

Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama

Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS).  Pertubuhan ini didaftarkan dan

disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951. Mengikut Fasal 2 dalam Perlembagaan

LBM, tujuan penubuhannya adalah untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm.

1269):

Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan

menghidupkan Bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup

Membincangkan hal-hal kesulitan Bahasa Melayu dan menghebahkan kepada

orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga

Menyesuaikan penggunaan Bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran

zaman.

Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah, dan seumpamanya.

Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga.

Page 5: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Penubuhan LBM sebenarnya mengukuhkan lagi perjuangan untuk

mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu. Berita Lembaga merupakan penerbitan

LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran.

LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan

bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dari segi perkembangan Bahasa Melayu, tahun

1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku tatabahasa Bahasa Melayu.

Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi. Buku-buku yang

digunakan untuk pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 1956 merupakan buku-buku

yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan Melayu, Maktab Perguruan Sultan Idris di

Tanjung Malim. Antaranya ialah ”Ilmu Mengarang Melayu” dan ”Pelita Bahasa Melayu” 

tulisan Za’ba.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13

April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas perjuangan

adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Butir-butir

piagam berkenaan adalah seperti yang berikut (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm.

1260):

Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan

untuk menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan Melayu di

Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara

Kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas

sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan

membela hak pengarang, sasterawan dan ahli Bahasa Melayu

Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah

pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu.

Pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya

menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres

serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres tersebut.

Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah

mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres.

Page 6: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan

keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan

persuratan Melayu.

Sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres;

segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak dan tiap-

tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja.

Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan

dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat

kemudiannya kelak.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2  Januari

1954  di Sekolah King George, Seremban  mengusulkan rapat besar bagi ahli

persuratan Melayu dengan Indonesia; mendesak penggunaan Bahasa Melayu yang

seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis

Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan Bahasa Melayu oleh

ketua-ketua pejabat; menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang

terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun; menyusun sebuah kamus yang

lengkap dalam tulisan Rumi; pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi

dalam Bahasa Melayu; dan melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam

Jawatankuasa Penapis Filem. 

Pada Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan

mengenai tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu. Perjuangan ASAS 50  mempertahankan

Bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada

Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah

ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954.  

Page 7: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan pada 16 hingga 21

September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang

perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh

negara (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1261). Dalam kongres ini telah

diputuskan bahawa Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sebagai

pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul Bahasa

Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah

Melayu kelak. DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula

serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Kongres tersebut

juga telah membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi

persekolahan dan pendidikan.

Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu

rancak dilaung-laungkan, Dewan bahasa dan Pustaka (Rajah 3.3) telah ditubuhkan dan

ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor

(Penubuhan Balai Pustaka, 2008). Di situlah Dewan Bahasa dan Pustaka mengaturkan

langkah pertama, iaitu mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

dan bahasa rasmi negara merdeka. Setahun setelah Persekutuan Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan dan apabila Bahasa Melayu diisytiharkan dalam perlembagaan

yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka,

maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di

bangunan bekas Wad Hospital Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka kemudiannya telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan

menjadi Badan Berkanun melalui Akta Parlimen (tahun 1959) yang memberikan

autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggubal dasar-dasarnya yang

khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera yang

lebih mantap. Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut:

Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.

Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.

Page 8: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-

buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan

bahasa lain; dan

Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam

bahasa kebangsaan.

Rajah 3.3: Dewan Bahasa dan Pustaka

Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berpindah ke bangunannya

sendiri yang terletak di Jalan Wisma Putra (lihat Rajah 3.3). Sesungguhnya Dewan

Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah perbadanan yang cukup penting dalam

menggalakkan pembinaan ilmu pengetahuan dalam bahasa Malaysia bagi negara ini.

Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah-sekolah Melayu menjadi

sebahagian daripada organisasi Penang Free School (1819), iaitu sekolah Melayu di

Gelugur dianggap sekolah Melayu yang tertua di Malaysia. Sebelum tahun 1956

kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tidak begitu diutamakan.

Pendidikan untuk bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada pendidikan agama.

Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama Islam dan membaca al-Quran.

Gagasan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah

Page 9: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

dikemukakan dalam Laporan Razak 1956 (Rajah 3.4). Pada bulan September 1956

apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah

jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali

sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan Bahasa

Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan Bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan.

Rajah 3.4: Laporan Razak 1956

Penyata Razak  (lihat Rajah 3.4) merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa

Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y.B.

Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14hb April, 1956 jawatankuasa

ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata

Jawatankuasa Pelajaran 1956. 

Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk menubuhkan satu peraturan pelajaran

kebangsaan dan tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid daripada semua

Page 10: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi

semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Laporan Razak juga telah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:

Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat

pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah;

Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah

dan sijil pelajaran kebangsaan

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis

kebangsaan.

BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

Page 11: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah

tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah

Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152

Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah

Bahasa Melayu.

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

1. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa

tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen.

Dengan syarat bahawa:

Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan

(bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada

mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain.

Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan

Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan

meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain

dalam Persekutuan.

2. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas

Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh

Parlimen, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen,

dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

3. Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas

Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh

Parlimen, naskhah yang sahih:

Page 12: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-

pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis

Parlimen.

Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh

Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris.

4. Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas

Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh

Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah

Tinggi hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika

mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang

diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau

direkodkan dalam Bahasa Inggeris. 

Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa pertimbangan

sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan Bahasa Melayu.  Sejak tahun

1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemederkaan, Bahasa

Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya

Reid. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan

beberapa faktor, iaitu Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar

di negara ini.  Pada waktu itu, kumpulan ini membentuk 49.78 peratus, manakala

kaum Cina merupakan 37.1 peratus, dan kaum India 11.0 peratus

(Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260).

Faktor kedua, ialah Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi

bagi negara ini. Oleh itu, Bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk

negara ini.

Faktor ketiga ialah penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah

sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi

umum.

Page 13: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Akhirnya, keempat ialah Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran

di negeri Melayu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua

urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasa-

bahasa lain dalam urusan bukan rasmi.  Pada dasarnya, pengiktirafan dan

penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar

bahasa kebangsaan dan dari segi undang-undang,  dasar ini telah dimaktubkan

melalui perlembagaan dan akta.

Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat

suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah bertujuan untuk

mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu

yang merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi

kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan,

sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu

memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang

menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957, 2008.). Undang-undang

Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah dibacakan bagi kali yang ketiga adalah

digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Laporan

jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam

perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Laporan ini

dinamakan Laporan Razak 1956. 

Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh

Dewan bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya

daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan 

Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemberian autonomi ini membolehkannya

menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. DBP

dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan

pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan

Page 14: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

pihak pengurusannya sendiri, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan

perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan

dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup. Matlamat

utamanya ialah membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai

dengan dasar negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DBP. 

Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang

berbilang kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat

menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. DBP

melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang

melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa

secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun

selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa

Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang

berlangsung hingga 6 Februari, 1961. (lihat Rajah 3.5).

Rajah 3.5: Pelancaran Pertama Minggu bahasa Kebangsaan pada 30

Januari 1960

Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat Minggu Bahasa

Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan ini merupakan

rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk menggalakkan seluruh rakyat supaya

menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-hari; menunjukkan

kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka menggunakan bahasa

Page 15: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai

bahasa perantaraan; untuk menyakinkan orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa

kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di sebelah Timur dan menjadi

bahasa ilmu pengetahuan; memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan

kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam

pergolakan dunia sekarang; dan hendak menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa

kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan

bahasa asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri. Keadaan

yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang Ialu dan terus berjalan hingga

sekarang, dan hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan bahasa dan

Pustaka yang mempunyai tugas besar dalam perkembangan bahasa kebangsaan ini

sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak untuk kemajuan bahasa

kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan.

Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam dua bentuk:

“pertama, acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa

kebangsaan dalam segala lapangan; dan yang kedua, ialah melalui peraduan-peraduan

untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan perkembangan

bahasa itu. Dalam menjalankan acara-acara itu segala tugas dibahagi kepada

peringkat-peringkat, iaitu peringkat daerah, peringkat negeri dan peringkat

kebangsaan.” (Mahfudz bin Abdul Hamid, 1960)

Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai-bagai acara penerangan seperti

mengadakan poster-poster, pelekat-pelekat cogan kata, kain-kain cogan kata, iklan-

iklan dan filem-filem serta ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar

dan juga pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang Melayu dan bukan

Melayu. Dalam bahagian peraduan pula diadakan peraduan-peraduan syarahan yang

dimulakan pada peringkat daerah dan berakhir di peringkat kebangsaan apabila

pensyarah-pensyarah yang menang dalam bahagian-bahagian yang tertentu bertanding

untuk mencapai gelaran johan pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah

Melayu. Di peringkat negeri pula diadakan peraduan-peraduan bahas, peraduan

Page 16: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

melukis poster, peraduan mengarang rencana dan sebagainya.

Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dihadiri dan

dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik oleh persidangan

Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha-Setiausaha Kementerian dan

jabatan-jabatan. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu Jawatankuasa Negeri untuk

memutuskan rancangan di peringkat negeri dan  juga berkuasa menubuhkan

Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri.

Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk

disertai oleh seluruh pihak yang meliputi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan

kerajaan mahupun separuh kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-

sekolah, akhbar-akhbar, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan yang

mengenai bahasa dan persuratan secara langsung atau tidak langsung dan bahkan

kepada tiap-tiap rakyat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancangan-

rancangan penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan

Minggu Bahasa Kebangsaan.

Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan Sastera telah diadakan di

Balai Budaya Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar anjuran Dewan

bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini dirasmikan

oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Sebanyak 50

kertas kerja dibincangkan dalam seminar yang berlangsung selama empat hari ini.

Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah

air. Antara perkara-perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah

mengenai bahasa dan kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini

mencakupi masalah sastera, perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan

persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat

(Seminar Bahasa dan Sastera – Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan

Kesusasteraan Kebangsaan, 2008).

Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan, iaitu

Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun

Page 17: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan

mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudiannya disemak dan

disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971

dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).

Pada 27 Jun 1967 (lihat Rajah 3.6) satu keputusan muktamad mengenai satu sistem

ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa

Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa

Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia

yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan bahasa dan

Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai

oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi. 

Rajah 3.6: Pengisytiharan Sistem Ejaan Indonesia Malaysia 

Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan lancar dan dalam

suasana kekeluargaan serta ramah tamah. Dalam rundingan itu tanggapan masing-

masing pihak telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam dengan

memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat

kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan

pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman

Page 18: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan

sesuai dengan tuntutan kemampuan ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian

bersama juga telah dicapai mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa

Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun

tulisan. Kesemuanya ini adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara

rakyat Indonesia dan Malaysia. Dengan tercapainya keputusan muktamad yang

ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak itu pada tahun 1967, maka terciptalah Ejaan

Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan

serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Kempen-kempen

memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama ini ke seluruh negara telah

dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio dan televisyen, serta melalui majalah-majalah,

dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di merata tempat di

Malaysia (Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia, 2008).

Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967

yang mewajibkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam

semua urusan rasmi negara menggantikan tempat Bahasa Inggeris.  Pada 1

September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah

mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi

Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen

yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya

yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah

Diraja yang disiarkan melalui radio dan televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan

bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu

zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. Baginda telah menyeru seluruh

rakyat supaya mengguna dan memajukan Bahasa Melayu dengan bersungguh-

sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini.

Page 19: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Rajah 3.7: Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. 

YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama (lihat Rajah 3.7) pula

dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa pendaulatan bahasa kebangsaan

sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila

penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kedaulatan Bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam

Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa

rasmi dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian

tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib

1960.

Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan bahasa

kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan

bahasa kebangsaan, perjuangan politik bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu

pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu,

pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling

Page 20: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, bahasa

kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud

rasmi dalam pentadbiran sehari-hari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian,

Jabatan-Jabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan

dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen,

Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana Bahasa Inggeris boleh digunakan

setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Jikalau

bahasa kebangsaan tidak dapat digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu

membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek.

4 akta tersebut.

Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan pengukuhan taraf dan

korpus Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara yang maju, bahasa

kegiatan intelektual dan budaya, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa sains dan

teknologi.

Pedoman Ejaan Jawi Yang disempurnakan (PEJYD)

Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat

dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga,

1993).  Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau

dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang

berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Za’ba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar

Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986)

dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang

diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan

Page 21: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi

anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan

Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan

disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan

Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang

termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang

disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan

oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu,

khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut: 

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan

Pertama Edisi Ketiga, 1993.

Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.

Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan Bahasa Arab).

Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi,

tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila

dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi

Bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun seperti

di Jadual 6.2.

Huruf Jawi Nama Padanan Rumiا   alif aب ba bت ta tta marbutahة t/hث sa [tha] s, (th)ج jim jچ ca cح a],ha [h ),h, (hخ kha [khO] khد dal dذ zal [dhal] z, (dh)ر ra [rO] rز zai z

س sin s

Page 22: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

ش syin sy, (sh)ص Od],sad [s ),s, (sض Od],dad [d ),d, (dط O],ta [t ),t, (tظ O],za [z ),z, (z

ع ain [ain]awal: a, i, u akhir: k, (‘)

غ ghain ghڠ nga ngف fa fڤ pa Pق qaf k, q, (q)ك kaf kڬ ga gل lam lم mim mن nun nو wau w, u, oۏ va vه ha h

ء hamzahawal: gugur akhir: k, (’)

ي ya y, i, e talingى ye [ye] e pepet akhirڽ ny ny

 Jadual 6.2: Abjad Jawi, Bahasa Melayu

Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi dan padanan untuk mengeja istilah khusus daripada Bahasa Arab.Catatan 2: Huruf  3 (ta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h dan t; dan t bagi padanan transliterasi.

Page 23: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan

1. PENGENALAN

Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang begitu pesat. Sejak

merdeka, bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan yang

menggantikan bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara,

dan dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah

hingga ke peringkat menengah tinggi sampai ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu,

bahasa Melayu menjadi pendukung dan berperanan sebagai bahasa perpaduan di

kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan beragam bahasa.

Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan

bahasa Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa.

Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan

bahasa rasmi, langkah-langkah berikutnya barulah dilakukan iaitu propaganda,

pembinaan dan peluasan penggunaan bahasa pilihan itu. Dasar bahasa di Malaysia

meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi

seperti yang terkandung dalam Perkara 152 dalam Perlembagaan Perseketuan.

Perkara 152 (menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Persekutuan). Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk

digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152

dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau

kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”. Maka

dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa peruntukan yang terkandung dalam

perlembagaan itulah yang menjadi dasar bagi perkembangan bahasa Melayu

seterusnya di Malaysia.

Page 24: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Proses penentuan dasar melibatkan aspek perancangan bahasa secara

berperingkat-peringkat. Kita sedia maklum bahawa, negara kita mempunyai pelbagai

kaum dan bahasa. Oleh itu, Negara kita perlu membentuk satu dasar bahasa yang

sedemikian rupa. Disebabkan Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang menuturkan

pelbagai bahasa maka kita perlukan satu bahasa kebangsaan. Soal bahasa mana yang

harus dipilih adalah satu isu lain, namun dalam hal ini bahasa Melayulah yang telah

dipersetujui oleh pihak yang bertanggungjawab (UMNO, MCA dan MIC) sebelum

Malaysia ( dahulunya Persekutuan Tanah Melayu) yang mencapai kata sepakat dalam

pemilihan bahasa ini. Malah bahasa Melayu juga pada ketika itu merupakan bahasa

bumiputera negara ini, mempunyai bilangan penutur yang teramai, dan bahasa yang

dituturkan sebagai lingua franca dalam kalangan rakyat Malaysia ketika itu.

 

2. DEFINISI BAHASA MELAYU

2.1 Mengikut Kamus Dewan

Sistem lambing bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan atau fikiran

( Kamus Dewan 1998 : 37 ).

Berlandaskan Kamus Dewan bahasa berbawa maksud Manakala Melayu didefinisikan sebagai nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya ataupun nama suku bangsa terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu

( Kamus Dewan 1998 : 440 ).

Page 25: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Oleh itu boleh disimpulkan bahawa bahasa Melayu adalah kata-kata yang disusun

menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan

yang diterima dan digunapakai oleh rakyat sesebuah negara sebagai alat perhubungan

dan juga menjadi kebanggaan negara.

2.2 Mengikut Perlembagaan Perseketuan

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu adalah termaktub

dalam Perkara 152 mengikut Perlembagaan Malaysia. Di bawah artikel 152

mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia itu sendiri memperuntukkan bahasa

kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak

menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan

dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Ini terbukti Kewujudan

Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa

perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda (Edisi Feb 2006 ).

Page 26: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

Perkara 152. Bahasa kebangsaan memperuntukan :

1. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang

diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa :

Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan

(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-

apa bahasa lain.

Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan

Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara

dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum

lain di dalam Persekutuan.

2. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas

Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,

bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam

Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

3. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas

Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,

teks sahih

Segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan

kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis

Parlimen.

Segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang

dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa

Inggeris.

Page 27: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

4. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas

Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,

segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau

Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:

Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak

bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi

tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

5. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh

Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan

keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

6. Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud

sesuatu pihak berkuasa awam.

Page 28: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBENTUKAN PERPADUAN NEGARA BANGSA-Rohana bt Dolhan [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]Abstrak

Bahasa merupakan teras atau kunci dalam membentuk perpaduan bangsa. Perkembangan bahasa bermula sejak awal zaman sebelum negara kita merdeka lagi. Dengan kelebihan sebagai bahasa penghubung antara negara dengan masyarakat luar sejak zaman kesultanan Melayu Melaka iaitu bahasa lingua franca dan dengan majoriti penduduk pada masa itu maka bahasa Melayu diambil menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia. Sebelum kemerdekaan awal kemerdekaan telah diwujudkan beberapa Laporan bagi mencari jalan bagaimana perpaduan dapat dilaksanakan tanpa menafikan hak semua kaum. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sesuai bagi pembentukan perpaduan bangsa sejajar dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Melalui Perkara 152 (1) Perlembagaan memberi pengiktirafan dan mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Dengan berdasarkan jumlah 50% penduduk Melayu serta bahasa yang mudah difahami maka bahasa tersebut menjadi bahasa perpaduan negara bangsa. Kajian yang dibuat ini merangkumi peranan bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Hasil kajian ini juga dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu membentuk perpaduan kaum dalam negara bangsa.

PENGENALAN

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa Austonesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa-bahasa etnik yang dituturkan di Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei , Singapura, bahagian Selatan Thai dan Filipina sehinggalah ke Pulau Christmas di Australia. Bagi negara Malaysia yang berbilang bangsa, satu bahasa perlu untuk menyatukan ke semua bangsa tersebut. Perpaduan dalam pengertiannya ialah penggabungan, perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat dll.). Perpaduan dalam erti kata lain, membawa makna hubungan erat yang bersifat kerjasama dan mempunyai satu matlamat yang sama iaitu kemakmuran dan keharmonian. Ia juga merupakan satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat bagi membentuk satu identiti dan memupuk perasaan kasih dan sayangkan negara bangsa. Perpaduan juga menjadi teras bangsa Malaysia. Dalam Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara (1992) telah mendefinisikan perpaduan negara sebagai satu keadaan yang mana rakyat daripada pelbagai golongan etnik,agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa bersatu dengan memberi komitmen penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Budaya akan wujud dengan adanya kelompok bahasa atau kaum. Kebudayaan tercetus apabila budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai peradaban yang tinggi dalam sesuatu tamadun. Dalam kebudayaan terdapat empat komponen iaitu fikiran atau idea (contohnya falsafah, mitos, legenda, sastera, kepercayaan, bahasa dan lain-lain), kebendaan (contohnya seni bina,perkakasan,teknologi,perubatan dan lain-lain), kesenian (contohnya seni lakon,nyanyian,seni visual,lukisan dan lain-lain) serta nilai dan norma (contohnya undang-undang,adat resam,perlakuan, kesopanan dan kesantunan, nilai-nilai keagamaan, pantang larang dan lain-lain) Konteks negara pula membawa pengertian kepada negara yang mempunyai pelbagai kaum etnik atau masyarakat dan mengamalkan agama dan budaya hidup sendiri. Di Malaysia konsep ‘bangsa Malaysia’ juga didefinisikan dalam Perlembagaan Negara 1957 yang menekankan sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat menerangkan sifat dan ciri ‘bangsa Malaysia’ iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan,taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Objektif kajian saya membincangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa

Page 29: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

yang boleh menyatukan pelbagai kaum dan dapat membuktikan bahasa itu mampu membentuk perpaduan. Batasan kajian saya mencakupi peranan dan bukti bahasa Melayu mampu menyatupadukan kaum di Malaysia.

PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBENTUKAN PERPADUAN

Bahasa Melayu melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati sejak. Peranan bahasa Melayu jelas apabila bahasa Melayu mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Melayu juga digunakan dalam komunikasi, acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan sebagainya. Bahasa Melayu berperanan mengukuhkan perpaduan antara kaum dan keturunan serta perpaduan politik. Bahasa Melayu juga amat penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi, sains komputer selain dijadikan bahasa ilmiah. Peranan Bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan dapat dibincangkan dalam empat cara iaitu melalui pendidikan, masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka dan media massa.

PERANAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN

Sebagai negara bangsa, peranan bahasa Melayu dalam pendidikan amat penting dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi awam. Kepentingan bahasa Melayu dapat dilihat dalam Akta Pendidikan 1996, Perkara 17 yang menyatakan:

“Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini”.

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan terus diberi penekanan dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi membantu memantapkan lagi perpaduan negara bangsa. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini mengandungi 6 teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan peraturan secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme,lingua franca,integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan,integrasi nasional dan bahasa ilmu. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah menggerakkan gelombang baru iaitu gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perlaksanaan Dasar Buku Negara, menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan,kesusasteraan,pengkaryaan,penterjemahan serta mewujudkan bahan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Di sekolah huraian sukatan bahasa Melayu mengandungi objektif dan nilai-nilai yang dirancang dan disampaikan kepada pelajar-pelajar dengan harapan agar pelajar-pelajar akan terdidik berbahasa dan berbudaya tinggi. Sekiranya pelajar-pelajar mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik secara tidak langsung mereka mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbagai kaum. Mereka juga akan memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain dan memahami budaya kaum lain. Begitu juga hubungan guru dengan ibu bapa pelajar tersebut. Mereka mudah berkomunikasi dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pihak sekolah dan

Page 30: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

ibu bapa pelajar. Kesemua ini dapat memupuk semangat perpaduan pada peringkat awal lagi iaitu semasa mereka berada di bangku sekolah dan akan diamalkan sehinggalah ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya menjadi masyarakat yang sentiasa mengekalkan perpaduan.

PERANAN BAHASA MELAYU MELALUI MASYARAKAT ATAU SOSIAL

Bahasa menjadi lambang jati diri sebagai penduduk tetap Malaysia. Setiap negeri di dunia ini mempunyai bahasa kebangsaan sendiri bagi menunjukkan jati diri masing-masing. Bahasa Melayu merupakan salah satu jati diri etnik dan memberi takrifan sebagai komuniti bahasa. Komunikasi bahasa diertikan sebagai satu kumpulan manusia yang menuturkan bahasa yang sama. Dalam erti kata lain, sekumpulan manusia diterima sebagai komuniti bahasa jika ahli kumpulan itu menggunakan satu bahasa yang sama di dalam hubungan komunikasi mereka. Komuniti am pula ialah sekumpulan masyarakat yang berketurunan sama yang berkongsi nilai-nilai yang sama manakala komunikasi bahasa pula merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi bahasa yang sama. Komuniti Melayu adalah golongan yang berketurunan Melayu yang memiliki jati diri Melayu, bahasa agama, budaya dan adat istiadat Melayu tetapi komuniti bahasa Melayu pula ialah golongan manusia yang tidak semestinya berketurunan sama tetapi menuturkan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka. Dasar bahasa di Malaysia, kalangan penutur bahasa Melayu terdiri daripada orang Melayu,India,Cina,etnik bumiputera dari negeri Sabah dan Sarawak dan kumpulan etnik minoriti yang lain. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad dalam ucapan beliau pada majlis Perasmian Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada 11 Disember 1987 di Kuala Lumpur menyatakan bahawa kecintaan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan salah satu asas kecintaan terhadap negara yang perlu dipupuk dan diperkembangkan dengan dijadikan ‘amalan’. Dengan amalan itulah yang akan menjadi ‘bukti’ bagi menyuburkan dan memekarkan peranan cinta serta member keyakinan untuk terus mencintai bahasa kebangsaan tersebut. Tambahnya, tanpa mengamalkannya iaitu bahasa Melayu sukar untuk meyakinkan diri kita dan orang lain bahawa kita mencintai bahasa kebangsaan kita, dan inilah unsur rohaniah yang perlu disemadikan dalam sanubari rakyat Malaysia, khususnya. Bahasa Melayu turut melambangkan kesantunannya. Peningkatan ilmu dan kepenggunaannya boleh dijadikan kayu ukur kepada kesantunan bahasa Melayu tersebut. Bahasa Melayu mencakupi ciri-ciri dan nilai-nilai ketimuran berbahasa seperti bersifat budi bahasa,beradab dan memiliki nilai-nilai itulah yang telah dicuba untuk diterapkan dalam kehidupan rakyat yang berbilang bangsa iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan sekali gus mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat jelas semasa musim perayaan. Tradisi kunjung-mengunjung antara jiran yang berbilang kaum dengan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Begitu juga amalan bergotong-royong , menghadiri majlis perkahwinan dalam budaya pelbagai kaum serta sambutan rumah terbuka yang diadakan di tempat masing-masing. Amalan bergotong-royong dalam masyarakat menunjukkan sikap bermasyarakat yang baik. Mereka berkomunikasi dalam bahasa Melayu iaitu bahasa yang mudah difahami. Bahasa Melayu turut dijadikan sebagai bahasa perhubungan antara kaum yang berbilang bangsa. Dengan menguasai komunikasi berbahasa ini, hubungan yang baik akan mudah terjalin. Amalan hormat-menghormati dan sikap toleransi antara kaum perlu diamalkan sekiranya kita ingin melihat perpaduan terlaksana.

PERANAN BAHASA MELAYU MELALUI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka turut membantu dalam usaha membentuk perpaduan ini. Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka telah diarahkan untuk mencipta ejaan, istilah,kamus dan tatabahasa bagi menyatukan bahasa Melayu serantau dan mengembangkan sastera Melayu. Pada tahun 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dinaiktarafkan menjadi sebuah badan berkanun. Maka dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kandungan Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberi kuasa untuk menggubal dasarnya yang khusus,

Page 31: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera serta menjelaskan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku-buku yang sama dengan sekolah swasta. Penggunaan buku-buku teks dalam bahasa Melayu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sastera ,Sejarah dan sebagainya merupakan salah satu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bidang pendidikan. Dalam menghasilkan karya bahasa Melayu seperti puisi, pantun dan sebagainya. Ahli bahasa di Malaysia tidak kurang hebatnya. Dewan Bahasa dan Pustaka banyak menerbitkan buku yang berunsurkan bahasa Melayu dan sastera untuk kegunaan golongan masyarakat. Perkataan-perkataan baru yang digunakan dalam kamus diberi pengertian yang sejelasnya bagi memudahkan pemahaman orang ramai. Kempen Bulan Bahasa turut dirancang dan diadakan bagi menyemai dan mengukuhkan peranan bahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat majmuk. Berbagai-bagai jenis aktiviti yang diadakan seperti Pertandingan Mendeklamasikan Sajak,pidato dan sebagainya. Kesemua aktiviti yang dijalankan bermatlamat supaya bahasa Melayu menjadi keutamaan dalam penyatuan kaum di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan menerbitkan majalah bahasa seperti majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar, dan Jurnal Bahasa. Begitu juga buku sastera, ilmiah, fiksyen ditulis dan diterbitkan dalam bahasa Melayu. Sasaran utama ialah pelajar dan golongan pembaca buku. Dewasa kini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka semakin mencabar iaitu bagaimana hendak meluaskan lagi penggunaan serta memperkukuhkan bahasa Melayu daripada rakyat Malaysia. Para pelajar dan golongan pendidik akan menjadi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai tempat rujukan bila mempelajari bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat hanya dapat dirujuk daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kita boleh melayari Internet dengan membuka laman webnya. Dewan Bahasa dan Pustaka turut memperkenalkan perkataan-perkataan baru bersertakan pengertiannya. Dengan menjadikan media massa sebagai medan menyalurkan maklumat kepada umum iaitu masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

PERANAN BAHASA MELAYU MELALUI MEDIA

Di kalangan pengamal media pula, kerajaan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam alat komunikasi seperti radio,televisyen,surat khabar, majalah dan lain-lain alat sebaran am. Terdapat dua bentuk media utama di Malaysia iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada akhbar, majalah,buletin,jurnal dan sebagainya. Media elektronik pula seperti televisyen,radio dan komputer dengan mel elektronik dan laman webnya. Televisyen banyak mempengaruhi masyarakat Malaysia yang mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan iaitu bahasa Melayu. Paparan dan isi kandungan rancangan mencakupi berita dan maklumat, temu bual, soal jawab yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Kesemua rancangan ini mampu membantu penonton memahami dan menerima maklumat melalui penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sebagai bahasa penyebar maklumat. Contoh rancangan yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ialah rancangan Soal Jawab (TV3) , Bual Bicara (TV1) dan Di Luar Lingkungan (TV1). Perantara dan tetamu forum menggunakan bahasa Melayu untuk berbicara. Dengan menonton rancangan ini, para penonton akan mendengar penggunaan bahasa yang baik dan teratur selain daripada mendapat maklumat. Manakala tayangan drama dan filem Melayu yang ditayangkan melalui televisyen mampu melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai penyebar maklumat yang tepat,benar, mempunyai matlamat atau objektif serta seimbang malah mempamerkan bentuk penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Penggunaan kata atau bahasa turut mempengaruhi penonton. Misalnya drama Melayu yang menggunakan ayat yang menarik ataupun perkataan akan menjadi ikutan kanak-kanak dan remaja Bagi iklan pula, turut menyokong peranan bahasa Melayu. Iklan menggunakan laras bahasa, perkataan dan sebutan dalam bahasa Melayu. Iklan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan kita. Sasaran utama bagi golongan kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memahami bahasa dalam iklan sekiranya menonton setiap hari. Contohnya iklan ‘potong’. Saya melihat bagaimana kanak-kanak yang terdiri daripada kanak-kanak yang terdiri daripada anak murid saya sering menyanyikan lagu ‘potong’. Dalam istilah bahasa

Page 32: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

perkataan ‘potong’ mempunyai banyak maksud. Dan bagi yang tidak memahami maksud ‘potong’ yang disebut dalam iklan itu, maka terjadilah banyak makna yang ditafsirkan. Sedangkan maksud iklan tadi ialah ‘potong’ atau jangan guna talian Internet selain daripada produk syarikat telekomunikasi tadi. Satu lagi contoh iklan yang tidak kurang menariknya. Iklan makanan ringan ‘Oreo’. Arahan yang disebut oleh kanak-kanak dalam iklan tadi ialah ‘putar’ , ‘jilat’ dan ‘makan’. Kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun akan mempelajari perkataan baharu sambil mengetahui pergerakan yang dilakukan. Secara tidak langsung,iklan tadi membantu mereka menguasai dan mempelajari bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa berita dan maklumat di televisyen. Kita sering menonton berita di televisyen. Berita Utama, Berita Perdana dan Berita Terkini disiarkan dengan menggunakan bahasa Melayu dengan sepenuhnya. Segala berita dan maklumat bagi menyampaikan maksud digunakan oleh penyampai berita, temu bual wartawan dengan masyarakat, wawancara dengan menteri, pegawai kerajaan, tokoh korporat dan sebagai dengan menggunakan bahasa Melayu sahaja. Sekiranya berita dan wawancara menggunakan bahasa asing, maka dipamerkan terjemahan dalam bahasa Melayu serentak dengan siarannya. Rancangan kanak-kanak dalam bahasa Melayu turut menjadi agenda utama televisyen dalam usaha mempengaruhi kanak-kanak berbahasa Melayu atau menguasai bahasa Melayu. Antara kartun yang dapat ditonton seperti Upin dan Ipin, Budak Kampung, Anak-anak Sidek dan sebagainya. Kanak-kanak akan lebih mudah belajar bahasa Melayu sekiranya mereka tertarik dengan cerita kanak-kanak yang disiarkan di televisyen atau dalam komik bergambar. Satu lagi dengan adanya rancangan tv pendidikan dan rancangan dokumentari yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Penerangan. Kedua-dua kementerian tadi akan bekerjasama merancang, menyusun serta menyiarkan rancangan berunsurkan pendidikan dalam bahasa Melayu. Kementerian Penerangan melalui perancangan tahunan akan mencipta iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium utama penyebaran segala maklumat kepada masyarakat khasnya rakyatnya Malaysia. Dengan adanya kempen-kempen bahasa yang dilancarkan dan turut diberi penerangan kebaikan dan kepenggunaan berbahasa Melayu dengan betul maka tidak menjadi satu masalah sekiranya kita semua sanggup menghayati peranan bahasa Melayu.

BUKTI PERANAN BAHASA MELAYU MAMPU MEMBENTUK PERPADUAN KAUM

Ternyata dengan peranan bahasa Melayu melalui empat cara tadi telah menjadi bukti kemampuan peranan bahasa Melayu dalam pembentukan perpaduan negara bangsa. Peranan bahasa Melayu melalui pendidikan dalam pembentukan perpaduan telah terbukti apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan, Pelajar-pelajar boleh berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Pelajar-pelajar dapat memahami bahasa Melayu dengan mudah sekiranya menguasai bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan sentiasa mengadakan program yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Begitu juga peranan bahasa Melayu melalui masyarakat turut dibuktikan dengan adanya program 1 Malaysia. Usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak membentuk 1 Gagasan dengan menjadi satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai penyatuan satu bangsa di Malaysia. Hanya dengan satu bahasa sahaja mampu membantu kerajaan membentuk perpaduan. Slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan lagunya sering berkumandang di radio dan televisyen. Pengertian dan maksud lagu dapat dilihat menerusi bait-bait lagu tersebut.

Page 33: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

BAHASA JIWA BANGSA

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita

Marilah amalkan ramai-ramai

Bahasalah menyatukan kita semua

Yakinlah bahasa jiwa bangsa

Marilah mari rakyat semua

Buktikan taat setia dengan satu bahasa

Maju bangsa dan maju negara

Megahkan bahasa kita

Bahasa jiwa bangsa

Menerusi pengertian maksud lagu tadi, ternyata jelas negara kita mementingkan perpaduan kaum untuk membentuk sebuah negara yang aman dengan menyatakan bahasa sebagai asas penggerak bagi mencapai perpaduan nasional. Peranan bahasa Melayu melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah dibuktikan dengan penglibatan sepenuhnya aktiviti bulan bahasa di peringkat sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan. Pernyataan peserta daripada berbilang kaum dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Sayembara Puisi. Begitu juga dengan buku-buku yang ditulis oleh pakar-pakar bahasa dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka juga menambah jumlah kosa kata dan perkataan baru yang diambil daripada bahasa-bahasa lain dan diberi pengertiannya dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan ‘merarau’ yang diambil daripada bahasa Iban dari Sarawak dan diertikan sebagai ‘makan tengah hari’ . Perkataan merarau telah diterima dan diguna dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Peranan bahasa Melayu melalui media turut dibuktikan oleh media massa di Malaysia. Media massa banyak mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu kepada masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Penerimaan seratus peratus maklumat rakyat Malaysia diterima melalui media massa yang menggunakan bahasa Melayu. Tidak dapat dinafikan bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar dalam membentuk jalinan antara pelbagai kaum di Malaysia. Dengan satu bahasa sahaja kita dapat menikmati keamanan negara. Apa yang penting dan pokok utamanya sikap bangsa itu sendiri yang mesti menguasai sepenuhnya bahasa Melayu dengan sepenuh hatinya sebagai rakyat Malaysia.

KESIMPULAN

Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan telah berperanan mewujudkan suasana harmoni dalam negara yang berbilang kaum dan bangsa. Perpaduan dapat dicapai dengan mudahnya. Melalui satu bahasa yang difahami dan mampu dikuasai oleh semua kaum. Kita boleh berkomunikasi dengan baik. Amalan sikap saling bekerjasama, bertolak ansur dan saling menghormati sesama kaum dapat diwujudkan. Peranan kerajaan amat penting dalam merealisasikan matlamat pembentukan perpaduan bangsa tercapai dengan berdasarkan bahasa Melayu. Peranan media massa juga tidak dinafikan sama penting dalam menyebarkan maklumat dan penggunaan bahasa seperti kempen berbahasa melalui televisyen dan radio ,iklan dan sebagainya. Lagu patriotik ‘Bangsa Jiwa Bangsa’ sering kali berkumandang di radio dan televisyen sebagai agen menaikkan semangat cintakan bahasa dan menyatakan bagaimana bahasa itu amat penting dalam

Page 34: Bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka

perpaduan bangsa di negara yang kita cintai ini, Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka juga menganjurkan pelbagai aktiviti. Setiap bulan Oktober dijadikan bulan bahasa kebangsaan. Pelbagai program dilancarkan yang melibatkan pelbagai kaum turut serta. Program 1 Malaysia yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru kita supaya berkongsi sebuah negara dan satu bahasa supaya pembentukan perpaduan bangsa Malaysia akan tercapai. 1 Malaysia berperanan menyemarakkan dan meningkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa meminggirkan kaum yang lain.

BIBLIOGRAFI

Asmah Hj. Omar, (1978). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj.Omar, (1988). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Bahasa. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein. (1966). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan lain:

http.//semanggol.com.

http.//www.tranungkite.net

http.//gurubashid.com

http.//www.prihatin.net

Wikipedia Bahasa Melayu,ensiklopedia bebas