BahasaMelayu(Oral) Amalan Merokok Dalam Kalangan Remaja

6
Amalan Merokok Dalam Kalangan Remaja Punca Terlalu Bebas Anak-anak remaja terlalu bebas disebabkan kebebasan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap aktiviti terutamanya yang telah mencapai umur belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Kadangkala dalam sesebuah rumahtangga terdapat ibu bapa yang tidak memberikan perhatian langsung kepada anak-anak mereka. Mereka tidak mahu mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Oleh itu, demi mendapatkan tempat mengadu apabila mempunyai sesuatu masalah yang berat, mereka akan mencari jalan keluar dengan bantuan kawan-kawan. Terdapat pula ibu bapa yang terlalu memanjakan anaknya. Apa-apa sahaja yang diminta pasti diberikan dengan segera. Mereka terlalu mengikut kemahuan dan kehendak anak-anak. Jika mereka selalu dimewahkan dengan wang ringgit, ini memudahkan mereka mendapatkan benda jijik tersebut. Ibu bapa pula tidak mengambil tahu apa yang dibeli dengan wang yang diberikan kepada anak-anak mereka. Ibu Bapa Bersikap Materialistik Zaman yang serba moden ini menyebabkan kebanyakkan ibu bapa lebih bersikap materialistik. Ibu bapa lebih gemar mencari kekayaan daripada menumpukan perhatian kepada anak-anak. Selaunya apabila kedua-dua ibu bapa berkerja, anak-anak mereka akan dibiarkan dengan orang gaji sahaja. Oleh sebab ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan kerja, maka mereka kesuntukan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak terutamanya remaja yang sedang dalam proses membentuk imej kendiri. Akhirnya anak remaja yang berasa diri mereka diabaikan oleh ibu bapa akan mencari alternatif lain untuk menghilangkan kesunyian dengan bergaul dengan kawan-kawan secara

description

An essay for oral or refrence

Transcript of BahasaMelayu(Oral) Amalan Merokok Dalam Kalangan Remaja

Page 1: BahasaMelayu(Oral) Amalan Merokok Dalam Kalangan Remaja

Amalan Merokok Dalam Kalangan RemajaPuncaTerlalu Bebas

Anak-anak remaja terlalu bebas disebabkan kebebasan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap aktiviti terutamanya yang telah mencapai umur belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Kadangkala dalam sesebuah rumahtangga terdapat ibu bapa yang tidak memberikan perhatian langsung kepada anak-anak mereka. Mereka tidak mahu mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Oleh itu, demi mendapatkan tempat mengadu apabila mempunyai sesuatu masalah yang berat, mereka akan mencari jalan keluar dengan bantuan kawan-kawan. Terdapat pula ibu bapa yang terlalu memanjakan anaknya. Apa-apa sahaja yang diminta pasti diberikan dengan segera. Mereka terlalu mengikut kemahuan dan kehendak anak-anak. Jika mereka selalu dimewahkan dengan wang ringgit, ini memudahkan mereka mendapatkan benda jijik tersebut. Ibu bapa pula tidak mengambil tahu apa yang dibeli dengan wang yang diberikan kepada anak-anak mereka.

Ibu Bapa Bersikap MaterialistikZaman yang serba moden ini menyebabkan kebanyakkan ibu bapa lebih

bersikap materialistik. Ibu bapa lebih gemar mencari kekayaan daripada menumpukan perhatian kepada anak-anak. Selaunya apabila kedua-dua ibu bapa berkerja, anak-anak mereka akan dibiarkan dengan orang gaji sahaja. Oleh sebab ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan kerja, maka mereka kesuntukan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak terutamanya remaja yang sedang dalam proses membentuk imej kendiri. Akhirnya anak remaja yang berasa diri mereka diabaikan oleh ibu bapa akan mencari alternatif lain untuk menghilangkan kesunyian dengan bergaul dengan kawan-kawan secara bebas tanpa batasan. Kawan-kawan tempat mereka mencurahkan kasaih sayang. Apabila hubungan terhalang atau dicewakan, mereka mula merokok untuk menghilangkan kerisauan.

IlhamSesetengah pelajar menganggap merokok boleh mendatangkan ilham atau

melapangkan fikiran. Perkara ini disebabkan oleh pengaruh nikotin yang menyebabkan neurotransi terdorong untuk menghasilkan dopamine yang mewujudkan perasaan khayal dan gembira. Jika selalu menggunakan helah mendapatkan ilham, amalan merokok akan menjadi kebiasaan mereka. Seseorang yang ketagihan rokok akan berasa letih, murung, dan tidak dapat menumpukkan perhatian terhadap kerja yang dilakukannya sekiranya tidak merokok.Untuk mendapatkan kesan keseronokan dan khayalan yang lebih, mereka akan merokok dengan lebih intensif dan akhirnya menjadi perokok tegar.

Page 2: BahasaMelayu(Oral) Amalan Merokok Dalam Kalangan Remaja

KesanTerdedah kepada penyakit paru-paru dan kematian

Perbuatan merokok boleh menyebabkan penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Nikotin menyebabkan degupan jantung bertambah di samping mengecutkan saliran darah. Tar akan melekat di permukaan ruang paru-paru, dan karbon monoksida akan bergabung dengan hemoglobin dan mengambil tempat oksigen. Hal ini menyebabkan kekurangan oksigen yang menyebabkan kebas kaki dan bahagian tubuh lain. Tambahan pula sekiranya ibu merokok semasa mengandung, bayi yang dilahirkan akan mengalami kelahiran pramasa. Perokok juga terdedah kepada kematian yang sia-sia kerana rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia yang mampu membunuh. Bahan-bahan beracid dan karsinogen dalam rokok juga mampu membawa kematian. Melalui Internet, perokok lebih berpeluang mati awal sebanyak 22 kali ganda berbanding dengan bukan perokok.

Membazirkan WangMerokok merupakan suatu amalan yang membazirkan wang kerana merokok dapat menyebabkan ketagihan kepada perokok. Sebenarnya, rokok bukan sesuatu keperluan tetapi merupakan sesuatu kehendak. Di samping itu, perokok cenderung ke arah penagihan dadah dan gejala sosial yang lain. Penagih dadah sering kali bermula apabila seseornag itu mula berjinak-jinak dengan rokok. Setelah terjerumus ke dalam kancah kehinaan, mereka sanggup berongkos besar semata-mata untuk membeli dadah. Selain itu, amalan merokok boleh melumpuhkan kesihatan perokok. Perokok terpaksa mengeluarkan wang yang banyak demi mendapatkan rawatan apabila mereka berpenyakit. Seterusnya, perokok tidak dapat berkerja dengan baik kerana sistem pernafasan mereka telah dirosakkan oleh rokok. Hal ini menyebabkan mereka kekurangan oksigen apabila berkerja dan seterusnya mengakibatkan mereka tidak diberi upah yang banyak.

Page 3: BahasaMelayu(Oral) Amalan Merokok Dalam Kalangan Remaja

LangkahRancangan Kehidupan Keharian Tanpa Merokok

Oleh kerana amalan merokok mendatangkan pelbagai keburukan, para perokok patut meninggalkan amalan ini sebelum ’nasi menjadi bubur’. Untuk sentiasa mengingatkan diri bahawa diri mereka sekarang bukan seorang perokok, mereka boleh membuat nota-nota dan lekatnya di setiap sudut di mana mereka biasanya merokok. Selain itu, mereka patut berubah fikiran kepada yang positif. Perokok sepatutnya membetulkan minda mereka bahawa merokok itu sangat bahaya dan fikirkan keselamatan orang lain. Di samping itu, amalan meluangkan masa terluang bersama keluarga. Ibu bapa haruslah menjadi teladan yang baik dan mencurahkan kasiah sayang yang mencukupi kepada anak-anak seperti ’menatang minyak yang penuh’ demi mengelakkan anakanak merokok apabila mereka dewasa kelak. Janganlah seperti ’ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul’. Bak kata ’menyelam sambil minum air’. Tabiat meluangkan masa terluang ini dengan keluarga sacara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

AgamaKata orang ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Anak-anak patut diberi

didikan agama yang mencukupi kerana pendidikan agama adalah benteng yang kukuh untuk mengawal diri kita daripada terjerebak dalam gejala yang tidak sihat. Mereka akan berasa takut akan dosa dan dapat membezakan yang baik daripada yang buruk supaya menjadi seorang yang baik seperti malaikat. Setelah mendapatkan didikan agama, mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dengan mengikut nafsu sahaja tanpa memikir akibatnya kerana keimanan mereka yang kuat. Mereka juga akan diingatkan bahawa Tuhan akan memerhatikan setiap pergerakan yang dilakukan oleh mereka. Mereka akan mendapat tahu bahawa terdapat malaikat di sekeliling mereka untuk mencatatkan gerak-geri mereka.