Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

19
D. BAHAYANYA TAFSIR ISRAILIYAT KEPADA MASYARAKAT ISLAM Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah mengenai kitab Al-Quran serta kesahihannya. Firman Allah : “Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” Al-Baqarah: 2 Ayat di atas menjelaskan fungsi al-Quran sebagai memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa. Bagaimanapun, bukan semua daripada kita memahami bahasa arab yang menjadi bahasa al-Quran. Justeru kita memerlukan kepada penafsiran ayat-ayat Allah. Hal ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada munculnya tafsiran Israiliyat oleh sesetengah pihak termasuk juga segelintir pendakwah. Menurut Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad yang mana beliau merupakan pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, secara mudahnya, Israiliyat merupakan satu istilah yang merujuk kepada maklumat, cerita dan riwayat-riwayat yang diambil daripada Bani Israel iaitu golongan Yahudi dan Nasrani. Ia merangkumi kisah-kisah umat dahulu kala, kisah para nabi dan rasul serta aspek-aspek yang berkaitan dengan

Transcript of Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

Page 1: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

D. BAHAYANYA TAFSIR ISRAILIYAT KEPADA MASYARAKAT ISLAM

Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah mengenai kitab Al-Quran

serta kesahihannya. Firman Allah :

“Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari

Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang

bertakwa.” Al-Baqarah: 2

Ayat di atas menjelaskan fungsi al-Quran sebagai memberi petunjuk kepada

orang yang bertakwa. Bagaimanapun, bukan semua daripada kita memahami bahasa

arab yang menjadi bahasa al-Quran. Justeru kita memerlukan kepada penafsiran ayat-

ayat Allah. Hal ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada munculnya tafsiran Israiliyat

oleh sesetengah pihak termasuk juga segelintir pendakwah.

Menurut Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad yang mana beliau merupakan

pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti

Malaya, secara mudahnya, Israiliyat merupakan satu istilah yang merujuk kepada

maklumat, cerita dan riwayat-riwayat yang diambil daripada Bani Israel iaitu golongan

Yahudi dan Nasrani. Ia merangkumi kisah-kisah umat dahulu kala, kisah para nabi dan

rasul serta aspek-aspek yang berkaitan dengan kejadian dan penciptaan. Namun

begitu, ada sebahagian ulama Islam yang memperluaskan definisi ini dengan

merangkumkan semua unsur asing yang menyerap ke dalam tamadun Islam termasuk

kisah-kisah dongeng yang dinukilkan daripada Majusi. Oleh itu, apabila dikaitkan

Israiliyat dengan tafsir atau tafsiran Israiliyat maka ia bermaksud tafsiran-tafsiran yang

dibuat bersandarkan kepada cerita-cerita atau riwayat-riwayat yang bersumber

daripada Yahudi dan Nasrani atau semua unsur asing yang diserap masuk ke dalam

kitab tafsir.

Page 2: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

Lafaz Israiliyat sepertimana zahirnya adalah kalimah jamak. Kata tunggalnya

lebih membawa maksud kepada kisah atau cerita yang diriwayatkan yang timbul

daripada daripada bangsa Israil. Bangsa Israil pula keruturunan daripada Nabi Ya’qub

bin Ishak bin Iberahim iaitu bapa kepada Asbat (keturunan) dua belas orang adik

beradik, orang-orang Yahudi berketurunan daripada mereka ini, maka mereka digelar

Bani Israil. Sesungguhnya banyak tersebut di dalam Al-Quran ayat-ayatyang menyebut

Yahudi sebagai Iarail. Diantara firman Allah SWT :

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab

Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu

disebabkan mereka menderhaka dan melanggar peraturan.” Al-Ma’idah : 78

Firman Allah lagi :

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu

akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan

berlaku sombong angkuh dengan melampau.” Al-Isra : 4

Allah SWT berfirman lagi dalam surah An-Naml ayat 76 :

�ذ�ي ه�م� ف�يه� �ر� ال �ث ك� �يل� أ ائ ر� �س� �ي إ �ن �ق�ص� ع�ل�ى ب آن� ي �ق�ر� �ن� ه�ذ�ا ال إ

�ف�ون� �ل ت �خ� ي

Page 3: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

“Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail (perkara yang

sebenar-benarnya) mengenai kebanyakan (hal-hal agama) yang mereka berselisihan

padanya.” An-Naml : 76

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas ra “Bahwa sekelompok orang Yahudi telah

datang pada Nabi, lalu beliau bertanya pada mereka, ‘Tahukah anda sekalian bahwa

sesungguhnya Israil itu adalah Nabi Ya’qub?’ Mereka menjawab, ‘Benar.’ Lalu Nabi

berdo’a:‘Ya Allah, Saksikanlah pengakuan mereka.” (HR. Abu Daud)

Perkataan Israiliyat walaupun pada zahirnya menunjukkan kisah-kisah yang

pada asalnya diriwayatkan daripada bangsa Yahudi, namun para ulama tafsir dan

hadith menggunakan juga terhadap beberapa perkara yang lebih luas daripada hanya

kisahkisah Yahudiah. Lafaz tersebut di sisi mereka adalah perkara yang menunjukkan

kepada setiap sesuatu yang masuk ke dalam tafsir dan hadith yang terdiri daripada

cerita-cerita yang tidak ada asalnya daripada cerita lama. Ia hanyalah semata-mata

cerita rekaan musuh-musuh Islam. Mencipta cerita-cerita sedemikian dengan niat yang

buruk kemudian memasukkannya pula ke dalam tafsir dan hadith untuk meroskakkan

aqidah orang Islam seperti kisah Gharanik, kisah Zainab binti Jahsy dan

perkhawinannya dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Sesungguhnya ulama tafsir dan hadith mentakrifkan pengertian Israiliyatdengan

semua jenis rekaan seperti diatas, kerana menurut ghalibnya majority sumber Yahudi

lebih daripada yang lainnya dalam hal yang demikian. Ini adalah kerana periwayatan

kisah-kisah khurafat dan palsu adalah berasal dari kisah dogengan bangsa Yahudi, dan

mereka amat terkenal dengan kebatilan mereka. Mereka sangat memusuhi dan

membenci Islam serta seluruh kaum Muslimin. Allah subhanahu wa taala telah berfiman

dalam surah Al-Ma’idah ayat 82 ialah :

Page 4: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang

keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang

Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-

orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah

orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani”. Yang

demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat,

dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.” Al-Ma’idah : 82

Golongan Yahudi adalah golongan ahli kitab yang paling rapat kaitannya dengan

orang-orang Islam. Pengetahuan mereka lebih luas diri pengetahuan golongan lain dan

helah mereka di dalam memberikan gambaran salah terhadap kecantikan Islam adalah

tipudaya semata-mata. Abdullah bin Saba’ adalah ketua pemfitnah dan kesesatan. Di

belakangnya berdiri para pengikutnya yang banyak berpura-pura menganut Islam di

samping hebat memperjuangkan ahlul bait hanya semata-mata utuk memperluaskan

lagi tipudaya mereka dan menyebarkan kerosakan di kalangan umat Islam serta

merosakkan aqidah dan keagungan mereka. Mereka mempunyai peluang yang besar

hasil dari perpecahan yang tidak terbendung itu untuk menyebarkan dongeng Israiliyat

terhadap Kitabullah Sunnah RasulNya Shallallahualaihiwasallam. Hasil dari faktor

semua ini lebih banyaklah peranan Yahudi berbanding bangsa lain di dalam pelbagai

bentuk perkara masuk kedalam tafsir dan hadith. Oleh kerana itu, adalah ditakrifkan

secara umum lafaz “Israiliyat” terhadap semua cerita palsu itu.

Secara umumnya, riwayat Israiliyyat boleh dibahagikan kepada tiga bahagian

antaranya Israiliyyat yang sahih dan bertepatan dengan nas-nas al-Quran dan

alSunnah. Israiliyyat daripada bahagian ini harus diriwayatkan berdasarkan Hadith Nabi

(s.a.w.) yang bermaksud Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat. Perkatakanlah

tentang kisah-kisah Bani Israil dan ianya bukan menjadi satu kesalahan. Dan sesiapa

berdusta terhadapku maka disediakan baginya tempat di dalam neraka. (al-Bukhari).

Yang kedua ialah Israiliyyat yang bercanggah dengan nas daripada al-Quran dan juga

al-Sunnah, serta menyalahi logik akal. Israiliyyat daripada bahagian ini tidak harus

diriwayatkan. Bahagian yang ketiga ialah Israiliyyat yang ‘Maskut Anhu’ iaitu yang tidak

disokong oleh nas al-Quran dan juga al-Sunnah iaitu ia bukan dari bahagian pertama

Page 5: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

dan juga bahagian kedua. Bahagian ini tidak perlu kita membenarkannya dan tidak juga

mendustakannya.

Sejak tahun 70 M kaum Ahli Kitab yang majoriti orang Yahudi telah bermigrasi

secara besar-besaran ke Jazirah Arab untuk menghindari tekanan dan penindasan

yang dilakukan oleh Nitus, seorang panglima Romawi. Dan mereka sering mengadakan

perjalanan baik ke arah barat mahupun ke arah timur. Dengan demikian, banyak

mempengaruhi orang-orang timur dan sebaliknya juga mempengaruhi orang-orang

barat. Sementara itu, Bangsa Arab di zaman Jahiliyah juga banyak pergi ke negeri lain.

Keadaan seperti ini terus berlanjut hingga Islam lahir dan berkembang di Jazirah Arab.

Sesungguhnya masuknya Israiliyat ke dalam tafsir tidak lepas dari kebudayaan

masyarakat Arab Jahiliyah. Diantara penduduk Arab itu terdapat masyarakat Yahudi

yang pertama kali memasuki Jazirah Arab. Al-Dzahabi mengutip dari kitab Tarikh al-

Yahudi fi Bilad al-Arab,bahwa hijrah kubra mereka pada tahun 70 M., kerana ada

seksaan dan desakan dari Titus, seorang panglima Rumawai. Di samping itu, orang

Arab Jahiliyah mengadakan perjalanan menuju barat dan timur. Sebagaimana

disebutkan dalam al-Qur’an:

�ش( ) ي ف� ق�ر� �يال� �ف�1إل� �اء و�الص�ي ت �ة� الش5 ل ف�ه�م� ر�ح� �يال� ( إ

(2)

“Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy, (yaitu) kebiasaan mereka bepergian

pada musim dingin dan musim panas.” Surah Al-Quraisy : 1 dan 2

Keadaan dua kebudayaan ini, yaitu Yahudi dan muslim melahirkan pemikiran-

pemikiran yang berbeza hingga seringkali terjadinya pertukaran pendapat antara

keduanya. Mereka saling bertukar fikiran mengenai hal ehwal masalah-masalah

keagamaan. Bahkan, Rasulullah sendiri sering dihujani pertanyaan oleh orang-orang

Yahudi, terutama menyangkut keabsahan beliau sebagai Nabi dan utusan. Akan tetapi,

kerana keabsahan Nubuwah dan risalah agama Islam berikut Al-Quran sebagai

Page 6: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

petunjuk hidupnya dapat dibuktikan secara konkrit, maka Rasulullah dapat menarik

mereka masuk ke dalam agama Islam.

Pada era Rasulullah, informasi dari kaum Yahudi yang dikenal sebagai Israiliyat

tidak banyak berkembang dalam penafsiran Al-Quran, sebab hanya beliau satu-satunya

yang menjelaskan berbagai masalah atau pengertian yang berkaitan dengan ayat-ayat

Al-Quran. Israiliyat sebenarnya sudah muncul dan lama berkembang di kalangan

bangsa Arab jauh sebelum Rasulullah lahir, yang kemudian terus bertahan pada era

Rasulullah. Hanya saja, pada waktu itu Israiliyat belum menjada khazanah dalam

penafsiran Al-Quran.

Permasalahan yang muncul kemudian adalah bahawa sepeninggalan

Rasulullah, tidak seorang pun yang berhak menjadi penjelas atau penyampai wahyu

Allah. Oleh kerana itu, jalan yang ditempuh para sahabat adalah dengan melakukan

ijtihad sendiri, manakala mereka menjumpai masalah tersebut, seperti kisah-kisah nabi

atau umat-umat terdahulu. Hal ini terjadi mengingat kadang-kadang ada persamaan

antara, Al-Quran, Taurat, dan Injil. Hanya Al-Quran sahaja yang berbicara secara

ringkas dan padat, sementara Taurat dan Injil membicarakan setiap isi dengan panjang

lebar. Sumber-sumber Israiliyat yang terkenal di kalangan Yahudi adalah Abdullah bin

Salam, Ka’ab bin Akhbar, Wahab bin Munabbih, dan Abdul Malik bin Abdul ‘Aziz bin

Juraij. Sementara di kalangan para sahabat adalah Abu Hurairah, Ibn ‘Abbas, dan

Abdullah bin Amr bin Ash. Mereka ini adalah sumber kedua.

Pada era sahabat inilah kisah Israiliyat mulai berkembang dan tumbuh subur.

Hanya saja, dalam menerima riwayat dari kalangan Yahudi dan Nasrani pada umumnya

mereka amat ketat. Mereka hanya membatasi pada sekitar kisah-kisah dalam Al-Quran

yang diterangkan secara global dan Nabi sendiri tidak menerangkan kepada mereka

mengenai kisah-kisah tersebut. Di samping itu, mereka terkenal sebagai orang-orang

yang konsisten dan konsekuen pada ajaran yang diterima dari Rasulullah, sehingga

ketika mereka menjumpai kisah-kisah Israiliyat yang bertentangan dengan syariat Islam

mereka langsung menentangnya sebaliknya, apabila kisah-kisah Israiliyat itu benar

maka merekapun menerimanya. Dan apabila kisah-kisah itu diperselisihkan

kebenarannya, mereka menangguhkannnya.

Page 7: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

Pelbagai kisah dan contoh mengenai Israiliyat. Secara garis besar berita

Israiliyyat terbagi menjadi tiga antaranya ialah :

1. Berita yang dikuatkan oleh Islam dan diakui kebenarannya, maka berita itu

dianggap sebagai sebuah kebenaran.

Contohnya: Sepertimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan juga perawi yang lainnya

dari Ibnu Mas’ud RA dia berkata: “telah datang seorang pendeta kepada Rasulullah

SAW, kemudian dia berkata: “ya Muhammad sesungguhnya kami mendapati bahwa

Allah menjadikan langit dengan satu jari, menjadikan bumi dengan satu jari, menjadikan

pohon dengan satu jari, menjadikan air dan kekayaan dengan satu jari dan menjadikan

seluruh makhluk dengan satu jari, kemudian Dia berkata: “aku adalah penguasa (Raja).

Maka Rasulullah SAW tertawa sampai terlihat gigi geraham beliau membenarkan

perkataan pendeta itu”.

2. Berita yang diingkari oleh Islam dan diakui kedustaannya, maka berita itu bathil.

Contohnya: Bagaimana yang telah diriwayatkan dari Bukhari dari Jabir RA, dia berkata:

“Seorang Yahudi berkata: “Apabila menggauli wanita dari belakangnya, maka akan

melahirkan anak yang juling matanya, berkenaan dengan berita itu maka Allah pun

berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 223 :

“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka

datangilah tanaman mu itu sebagaimana yang kamu kehendaki”. Al-baqarah: 223

3. Berita yang tidak dikuatkan atau ditetapkan oleh Islam dan tidak diingkari, maka

wajib tawaqquf (diam) tentangnya. Berdasarkan apa yang diriwatkan oleh imam Bukhari

dari Abu Hurairah RA, dia berkata: “ahli kitab membaca Taurat dengan bahasa Ibrani

Page 8: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

dan mereka menafsirkannya dengan bahasa arab kepada pemeluk Islam, maka

Rasulullah SAW bersabda:

وال تصدقوا أهل الكتاب وال تكذبو هم, وقولوا آمنا بالله وما

انزل الينا..”)رواه البخارى(

“janganlah kamu membenarkan ahli kitab dan jangan pula mendustakan mereka.” (HR.

Bukhori)

Lalu Allah pun Berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 46 :

“kami telah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang

diturunkan kepadamu.” AL-Ankabut: 46

Akan tetapi menceritakan berita israiliyyat dari jenis ini adalah boleh apabila tidak

dikhuatiri akan ada bahayanya. Berdasarkan sabda Nabi SAW:

بلغوا عنى ولو آية, وحدثوا عن بنى اسرائل وال حرج, "

ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار". )أخرجه

البخارى(

“sampaikan dariku meskipun satu ayat, dan kabarkanlah dari bani israil dan

jangan merasa berat. Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja,maka disiapkan

tempat duduknya di neraka.” (HR.Bukhari).

Sebagaimana telah dikemukakan bahawa kecenderungan para mufassir

mengambil Israiliyat makin berleluasa di masa Tabi’in dan sudah semestinya Ahli Kitab

memberikan Israiliyat semakin sukar dibendung. Disinilah terjadinya

Page 9: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

bercampuraduknya Israiliyat yang benar atau yang salah. Dari majoroti sumber

mahupun ‘kebanyakan riwayat’ ,Israiliyat selalu dikaitkan dengan empat tokoh yang

ternama, iaitu Abdullah Ibn Salam, Ka’ab al Akhbar, Wahb bin Munabbih, dan Abdul

Malik Ibn Abdul ‘Aziz Ibn Juraij.

Abdullah Ibn Salam atau nama lengkapnya adalah Abu Yusuf Abdullah Ibn

Salam Ibn Harist Al-Israil Al-Anshari. Statusnya cukup tinggi di mata Rasulullah dan dia

termasuk di antara para sahabat yang diberi khabar gembira masuk surga oleh

Rasulullah. Dalam perjuangan menegakkan Islam, dia termasuk Mujahid di perang

Badar dan ikut menyaksikan penyerahan Bait al Maqdis ke tangan kaum Muslimin

bersama Umar Ibn Khattab..

Dari segi ‘adalah-nya’ kalangan ahli hadis dan tafsir tak ada yang meragukan.

Ketinggian ilmu pengetahuannya diakui sebagai seorang yang paling’ alim di kalangan

bangsa Yahudi pada masa sebelum masuk Islam dan sesudah masuk Islam.. Kitab-

kitab tafsir banyak memuat Riwayat-riwayat yang disandarkan kepadanya;diantaranya

Tafsir Ath Thabari.

Ka’ab Al Akhbar; Nama lengkapnya adalah Abu Ishaq Ka’ab Ibn Mani AlHimyari.

Kemudian beliau terkenal dengan gelar Ka’ab al Akhbar karena kedalaman ilmunya.

Dia berasal dari Yahudi Yaman dari keluarga Zi Ra’in..

Wahab Ibn Munabbih; Nama lengkapnya adalah Abu Abdillah Wahab Ibn

AlMunabbih Ibn Sij Zinas Al Yamani Al Sha’ani. Lahir pada tahun 34 H dari keluarga

keturunan Persia yang migrasi ke negri Yaman, dan meninggal tahun 110 H. Ayahnya,

Munabbih Ibn Sij masuk Islam pada masa Rasulullah.

Abd Al Malik Ibn Abd Al ‘Aziz ibn Juraij; Nama lengkapnya adalah Abu Al

Walissd (Abu Al Khalid) Abd Malik Ibn abd Aziz Ibn Juraiz Al-Amawi. Dia berasal dari

bangsa Romawi yang beragama Kristen. Lahir pada tahun 80 H di Mekah dan

meninggal pada tahun 150 H (Rachmad Syafe’i ;110-114).

Para Ulama berbeda pendapat dalam mengakui dan memepercayai Ahli Kitab

tersebut; ada yang mencela (mencacat, menolak) dan ada pula yang mempercayai

Page 10: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

(menerima). Perbedaan pendapat paling besar ialah mengenai Ka’ab AlAkhbar.

Sedangkan Abdullah Ibn Salam adalah orang yang paling pandai dan paling tinggi

kedudukannya. Karena itu Bukhori dan Ahli Hadis lainnya memegangi dan

mempercayainya. Di samping itu kepadanya tidak dituduhkan hal-hal buruk seperti

yang dituduhkan pada Ka’ab Al Akhbar dan Wahab ibn Munabih ( Manna’ Khalil Al

Qattan/terj. Studi Ilmu-Ilmu AlQuran, 493 ).

Seperti yang kita ketahui, Israiliyat dengan isi kandungannya yang penuh dengan

cerita-cerita batil dan khurafat yang kebanyakannya dinisbahkan kepada Rasulullah

sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat, dan yang telah dijadikanoleh sebahagian

mereka yang cenderung kepada ilmu tafsir sebagai satu madah yang dijadikan huraian

bagi sebahagian nas-nas al-Quran. Ia menggariskan satu kebimbangan yang besar dan

keburukan yang nyata dengan bentuknya sedemikian kerana boleh membawa kepada

kesesatan.

Antara kesan-kesan Israiliyat ialah ini boleh merosakkan aqidah umat Islam

dengan isi kandungannya yang boleh mentasybihkan yakni menyerupakan dengan

makhluk dan menjisimkan terhadap Allah Subhanahu wa Taala dan sifat-sifatNYA

dengan sesuatu yang tidak layak dengan kebesaran dan kesempurnaanNYA.

Antara satu kisah yang tidak layak bagi kemuliaan Allah S.W.T dan

kesempurnaannnya . Kisah berikut merupakan bab yang membahaskan tentang

pemusnahan kaum lut yang dipetik dari kitab ‘Safar Atl-Takwin Fi Al-Idhah Al-Samin’.

Kisah tersebut adalah seperti berikut.

“Bahawa Allah s.w.t dan dua orang malaikat yang ada bersamanya telah menzahirkan

diri dalam bentuk tiga orang lelaki di hadapan Nabi Ibrahim A.S. maka mudahlah bagi

Ibrahim untuk menerima mereka dan mengajak mereka berehat disisinya dan agar

mereka membasuh kaki dan makan. Maka mereka pun bersetuju…”

Walaubagaimanapun, di dalam Al-Quran diceritakan bahawa orang yang datang

kepada Nabi Ibrahim ketika itu ialah hanyalah para malaikat yang diutuskan oleh Allah

S.W.T. Mereka datang dengan berupa manusia dan nabi Ibrahim tidak tahu bahawa

mereka adalah para malaikat. Nabi Ibrahim menyediakan makanan kepada mereka

Page 11: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

tetapi mereka tidak memakannya. Nabi Ibrahim menjadi ragu-ragu terhadap mereka.

Setelah itu, mereka memberitahu bahawa mereka adalah para malaikat yang telah

diutuskan oleh Allah S.W.T. Kisah tersebut telah dicerita dalam Al-Quran sebagaimana

firman Allah dalam surah Hud ayat 69 hingga 70

“Dan sesungguhnya utusan-utusan kami (para malaikat) telah datang kepada Ibrahim

dengan membawa khabar gembira, mereka mengucapkan: “Selamat” Ibrahim

menjawab: “Selamatlah”. Maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging

anak sapi yang dipanggang. Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak

menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka dan merasa takut kepada

mereka. malaikat itu berkata: janganlah kamu takut, sesungguhnya kami adalah

(malaikat) yang diutus kepada kaum Lut.”

Disamping itu, di dalam Israiliyat, terdapat beberapa penafian terhadap sifat

maksum para anbiya’ dan mursalin, dan menggambarkan mereka menolak kelazatan

dan kenikmatan pemberian Tuhan kepada kekejian dan keaiban yang tidak layak bagi

manusia yang biasa sebagai kelebihan anugerah tuhan kerana dilantik menjadi nabi.

Antara contoh kemungkaran Israiliyat yang mengeji para anbiya’ adalah seperti yang

disebut dalam “Al-Ishah al-Tasi’ Asyar Min Safar al-Takwin” iaitu bahawa dua orang

anak perempuan Nabi Luth alaihi salamtelah memberi ayahanda mereka minum arak.

Hasilnya kedua-duanya telah pun hamil dan melahirkan anak. Anak daripada saudara

tua merupakan bapa bagi kaum Mawabiyyin dan anak daripada saudara muda

merupakan bapa bagi Bani Amuan dan sehinggalah ke hari ini.

Bagaimanakah Nabi Luth boleh berzina sedangkan al-Quran menerangkan

bahawa Nabi Luth mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh kaumnya sepertimana

dalam firman Allah dalam surah Al-Syu’ara ayat 165 dan 166 mafhumnya mengapa

kamu mendatangi jenis lelaki manusia. Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan

oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang yang melampaui batas.

Selain itu, Israiliyat juga hampir menghilangkan kepercayaan umat Islam

terhadap sebahagian ulama salaf daripada kalangan sahabat dan tabi’in.

Sesungguhnya para tabi’in merupakan orang yang terkenal dengan keadilannya dan

Page 12: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

menjadi tempat rujukan agama yang penting serta terkenal dengan ilmu tafsir dan ulum

hadith. Namun Israiliyat telah memberi tomahan buruk kepada mereka. mereka

dianggap menipu Islam dan penganutnya. Antara golongan ulama yang mendapat

banyak tomahan ialah Abu Hurairah, Abdullah Bin Salam, Kaab Al-Akhbar dan Wahab

Bin Munabbih.

Antara kesan lain tafsir Israiliyat kepada masyarakat ialah mencemarkan agama

Islam. Hal ini kerana tafsir Israiliyat lebih kepada akal semata-mata dan mempunyai

unsur-unsur yang tidak logik. Seperti yang kita ketahui ayat Al-Quran menjadi panduan

dan memberi banyak pengajaran kepada kita. Walaubagaimanapun tafsir Israiliyat lebih

menitikberatkan pentafsiran mengenai perkara lain dalam ayat al-quran tersebut.

sebagai contoh surah Luqman ayat 12 yang bermaksud,

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta

Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada ALLAH (akan segala nikmat-Nya

kepadamu). Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang

kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal

kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji”.

Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat tersebut ialah bersyukur dengan

kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Walaubagaimanapun tafsir Israiliyat

mentafsirkan ayat tersebut iaitu mengenai Luqman yakni seorang hamba abdi yang

berketurunan habsyi. Israiliyat mentafsir ayat tersebut mengenai fizikal Luqman iaitu

seorang yang pendek, hidungnnya penyek, bibir tebal, mempunyai tapak kaki yang

lebar dan lain-lain.

Berdasarkan tafsiran Israiliyat, ianya mampu mencemarkan agama Islam dan

ilmu yang disampaikan. Oleh itu, riwayat daripada Israiliyat sepatutnya tidak boleh

diambil kerana sifatnya yang lemah dan jahil. Hal ini dapat memberikan pandangan

buruk terhadap agama Islam itu sendiri. Hal ini kerana Islam merrupakan agama yang

mempunyai kedudukan yang tinggi dan bersumberkan Al-Quran serta syumul. Israiliyat

hanya bertujuan untuk mencemarkan agama sepertimana yang telah dinyatakan oleh

Dr.Yusuf al-Qaradawi :

Page 13: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

"Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan

tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan." Katanya juga:

"Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di

Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata

yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata

peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik.

Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu Israiliyyat telah mencekik kitab-kitab

kaum Muslimin".

( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da'iyyah)

Tafsir Israiliyat juga memalingkan manusia daripada tujuan asal penurunan Al-

Quran dan melalaikan mereka daripada menghayati maksud sebenar ayat Al-Quran. Al-

quran merupakan panduan kepada umat Islam dan mengandungi nasihat dan

pengajaran yang dapat dijadikan peringatan kepada umat Islam. Al-Quran juga

merupakan sumber ilmu yang lengkap kerana merangkumi pelbagai bidang seperti

hukum, sirah, akidah, sains dan sebagainya. Manakala unsur Israiliyat hanya

membincang mengenai perkara yang sia-sia dan tidak mempunyai manfaat dan unsur

pengajaran.

Antara contoh unsur perbahasan Israiliyat yang tidak memberi manfaat ialah

membincangkan mengenai warna anjing Ashabul Kahfi dan namanya, nama budak

kecil yang membunuh Khidir, tongkat nabi Musa a.s, lebar dan tinggi bahtera nabi Nuh

a.s dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut tidak dilanjutkan di dalam Al-Quran dan

menyebabkan berlakunya unsur Israiliyat dalam kisah tersebut.

Hal ini membimbangkan dan mampu mengganggu gugat akidah umat Islam.

Kaum Yahudi juga sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah umat Islam melalui

riwayat Israiliyat. Hal ini juga melemahkan pegangan umat Islam terhadap Al-Quran

serta golongan salaf yang menjadi sumber rujukan ajaran Islam kerana melalui Israiliyat

inilah pelbagai perkara benar didongengkan dan ditokok tambah mengikut kesesuaian

logik akal pada ketika itu.

Page 14: Bahayanya Isra'Ilyat Kepada Masyarakat Islam

Sebagai umat Islam, berpegang teguhlah dengan Al-Quran dan As-Sunnah

kerana Rasulullah sendiri telah bersabda mafhumnya bahawasanya tidak akan sesat

umat Islam itu selagi mana mereka berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah ku.