Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

151

Transcript of Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

Page 1: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf
Page 2: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

1

ARKIB : 04/01/2014

Kerajaan Pusat sediakan RM2 bilion bantu 25,000 pelajar

KOTA BHARU 3 Jan. - Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion tahun ini bagi membantu kira-kira 25,000 pelajar di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, peruntukan tersebut disediakan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di peringkat ijzazah pertama sehingga ijazah doktor falsafah (PhD).

"Ini merupakan peruntukan khas daripada Kerajaan Pusat dan ini juga tidak termasuk dalam bajet pendidikan RM1 billion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini.

"Peruntukan ini juga ditingkatkan sekitar 10 sehingga 15 peratus berbanding tahun sebelumnya memandangkan kos pembiayaan serta yuran pengajian yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di tebing Sungai Melor di sini hari ini.

Kata Annuar, pada masa sama pihaknya juga terpaksa membuat penilaian untuk penajaan pelajar ke luar negara memandangkan keupayaan universiti tempatan kini semakin meningkat.

"Penajaan dalam bidang tertentu terpaksa diperlahankan terutamanya dalam bidang perubatan kerana universiti tempatan sudah mampu melahirkan 3,000 graduan setahun.

"Penajaan pelajar ke luar negara akan dipilih bagi memastikan pelajar tempatan dihantar ke pusat pengajian dapat mengekalkan prestasi akademik yang baik," katanya.

Tambah Annuar, pengurangan penajaan pelajar ke luar negara juga adalah sebahagian daripada langkah untuk berjimat supaya perbelanjaan Mara lebih efisien serta menepati saranan yang ditetapkan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Annuar memberitahu, Mara juga telah mengambil pendekatan untuk menghapuskan kira-kira RM1 bilion dana pinjaman pendidikan yang telah disalurkan kepada pelajar sebelum ini.

"Mara telah bersetuju untuk memberi kelulusan bagi menghapuskan kira-kira sebahagian daripada pinjaman pelajar dan keutamaan diberikan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan yang ditetapkan.

Page 3: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

2

"Selain itu, pelajar miskin dan mereka (pelajar) yang masih menganggur juga berpeluang untuk membuat rayuan bagi mengurangkan jumlah pembayaran sekali gus dapat meringankan beban ibu bapa," katanya.

Page 4: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

3

ARKIB : 31/12/2013

Dasar pacu kemajuan Negara

25 OKT. - Bajet 2014

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2014 melibatkan peruntukan berjumlah RM264.2 bilion meliputi RM217.7 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bajet yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009.

MANDAT sebagai pemerintah yang diberikan sekali lagi oleh rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 membolehkan kerajaan meneruskan pelbagai agenda transformasi negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Matlamat itu didorong dengan pelbagai pendekatan dan dasar baharu yang diperkenal kerajaan serta dasar yang ditambah baik serta dipertingkatkan. Selain mengkhusus kepada kelompok sasar tertentu seperti orang Melayu dan kaum bumiputera, dasar bersifat menyeluruh bertujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat pelbagai kaum, agama, latar belakang dan peringkat turut dirangka kerajaan.

6 SEPT. - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Page 5: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

4

Dilancarkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PPPM 2013-2025 merupakan dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.

Menerusi pelan itu, kerajaan meletakkan harapan tinggi supaya pendidikan yang menjadi teras kepada pelan berkenaan berperanan sebagai tunjang kepada proses transformasi negara.

Pelan tersebut lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak sejak dua tahun lalu dan merupakan rangka yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat.

16 JAN. -Bantuan Persekolahan RM100 seorang seperti yang dijanjikan oleh kerajaan dalam Bajet 2013 mula diagihkan kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negara.

17 JAN. - Kerajaan mengumumkan pengecualian pembayaran bil elektrik RM20 ke bawah bagi pengguna domestik dilanjutkan sehingga Disember.

31 JAN. - Skim Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dilancar bagi membantu lebih ramai golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2 dengan mudah dan murah.

15 FEB. - Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) - inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dilancarkan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

20 FEB. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen memerangi rasuah terutama dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

19 MAC - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

16 MAC - Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

25 MAC - Penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

30 MAC - Kerajaan mengumumkan penambahan 1,000 lagi unit Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

19 MAC - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjaya dicapai).

Page 6: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

5

25 MAC - Kerajaan meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS).

13 APRIL - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memperuntuk sebanyak RM1.4 bilion bagi membina 20,000 unit rumah generasi kedua Felda di bawah Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) dalam tempoh lima tahun.

18 APRIL - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan majlis pecah tanah dan melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia untuk fasa pertama membabitkan pembinaan 1,256 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11, Putrajaya.

1 JUN - Nasib lebih 63,000 kakitangan kerajaan bertaraf kontrak dan sementara dalam perkhidmatan awam kini terbela kerana kerajaan mula mencarum untuk mereka kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

1 JULAI - Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Sumber Manusia tidak akan menerima lagi sebarang permohonan daripada mana-mana syarikat untuk menunda pelaksanaan gaji minimum kepada pekerja tempatan atau asing.

19 JULAI - Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan shisha adalah haram.

11 OKT. - Penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) dengan matlamat merancakkan lagi kegiatan keusahawanan di negara ini.

11 OKT. - Perkidmatan Teksi 1Malaysia, TEKS1M yang menggunakan kereta Proton Exora dilancar.

7 DIS. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian wang tunai RM500 bagi setiap keluarga mangsa banjir di Pantai Timur.

10 OKT. - Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013. Rang undang-undang akta itu diluluskan Dewan Negara sekali gus antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun. Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibahaskan oleh seramai 31 Ahli Dewan Negara selama dua hari walaupun dibantah anggota dewan propembangkang yang menggunakan alasan hak asasi manusia.

6 FEB. - Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga dari kiri) melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

23 OGOS –

Page 7: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

6

Projek hospital pakar kanak-kanak yang secara komprehensif memfokus kepada disiplin pediatrik atau kesihatan kanak-kanak dilancar secara rasmi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

14 SEPT. - Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu anjakan besar dalam agenda membela serta meningkatkan taraf kehidupan bumiputera dengan melancarkan strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.

Inisiatif itu merangkumi lima fokus utama iaitu mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Antara inti pati utama inisiatif itu adalah:

l Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd. dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

l Dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional. Bilangan usahawan TEKUN Nasional dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015.

l Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun. Sahabat AIM disasarkan meningkat kepada 500,000 pada 2015.

l Skim Permulaan �Entrepreneur� Baharu Bumiputera (Superb) yang akan membantu syarikat permulaan menerusi dana sebanyak RM100 juta, dalam tempoh tiga tahun.

Page 8: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

7

ARKIB : 25/12/2013

MIDF laksana dana baharu

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) akan melaksanakan dana baharu menjelang 2014 iaitu Dana Pelaksanaan Gaji Minima perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bertujuan membantu syarikat berkenaan yang terjejas akibat pelaksanaan gaji minima sejak 1 Julai 2013 lalu.

Dana itu telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini.

Ketua Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF, Nik Izani Nik Muhammad (gambar) berkata, MIDF akan memperuntukkan RM100 juta bagi membantu syarikat PKS tempatan terlibat dengan menyalurkan pinjaman bagi pembelian mesin, peralatan dan modal kerja pada kadar tetap pinjaman sebanyak empat peratus setahun.

Katanya, dalam masa yang sama, MIDF sentiasa memperkemaskan proses penyaluran bantuan pinjaman kepada syarikat PKS bagi mendorong pembangunan PKS untuk lebih berdaya saing dan seiring dengan arus pembangunan semasa.

"Sebagai contoh, pihak MIDF telah meningkatkan tempoh bayaran pinjaman bagi pembiayaan bangunan kilang atau perniagaan sehingga 25 tahun bagi mengurangkan beban bayaran balik pinjaman oleh syarikat PKS bertujuan membantu mereka menguruskan keperluan kewangan operasi.

Page 9: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

8

"Di samping itu, MIDF juga turut menawarkan pembiayaan pinjaman yang tinggi sehingga 100 peratus bagi pembiayaan modal kerja, manakala sehingga 90 peratus bagi pembiayaan bangunan kilang atau perniagaan, mesin dan peralatan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Bancian Ekonomi 2011, entiti perniagaan bertaraf PKS mewakili sebanyak 97.3 peratus daripada jumlah keseluruhan entiti perniagaan yang berdaftar di Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 95 peratus adalah di bawah sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Ujarnya, PKS juga dijangka akan menyumbang sekurang-kurangnya 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus daripada tahap yang telah dicapai pada tahun 2010 iaitu 32 peratus.

"Oleh itu, MIDF akan terus memberi fokus dalam menawarkan pembiayaan pinjaman kepada syarikat PKS. Bantuan berterusan daripada kerajaan ini akan membantu syarikat PKS dalam mencapai tahap sumbangan kepada KDNK tersebut.

"Skim pinjaman yang ditawarkan ini juga akan dapat membantu syarikat PKS menghasilkan produk dan perkhidmatan yang mampu untuk berdaya saing dan kompetitif di peringkat tempatan dan antarabangsa," katanya.

Ketika ditanya mengenai perancangan MIDF pada 2014, Nik Izani berkata, MIDF akan memperkenalkan produk pembiayaan untuk syarikat vendor atau pembekal kepada syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menerusi pembiayaan berbentuk pemfaktoran.

"MIDF akan membiaya sehingga 80 peratus daripada invois jualan syarikat pembekal tersebut pada kadar faedah empat peratus setahun sehingga tempoh maksimum 150 hari bagi membantu syarikat pembekal tersebut mempunyai aliran tunai yang baik bagi menampung kos-kos operasi sementara menunggu bayaran daripada syarikat-syarikat GLC," katanya.

Page 10: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

9

ARKIB : 18/12/2013

Sasaran 50 peratus tenaga mahir hampir dicapai

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kerajaan semakin hampir mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk memiliki 33 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2015 dan meningkat kepada 50 peratus pada 2020.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, jumlah tenaga kerja mahir negara kini berada pada tahap 28 peratus atau 3.4 juta daripada 13.7 juta tenaga kerja.

Katanya, jumlah tersebut adalah hasil kaji selidik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia bagi suku ketiga tahun 2013.

"Tenaga kerja mahir dikategorikan sebagai mereka yang memiliki kelayakan diploma ke atas dan tergolong dalam pengkelasan pengurusan, profesional serta juruteknik.

"Kerajaan akan teruskan usaha meningkatkan kualiti latihan bagi menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014 lalu," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah yang meminta kementerian tersebut menyatakan jumlah tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020 di Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu, Ismail memberitahu, kerajaan turut akan melaksanakan beberapa program bagi merealisasikan harapan negara melaksanakan single tier bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia tahap satu hingga tiga selama dua tahun di semua Institut Latihan Perindustrian (ILP).

Katanya, usaha menaik taraf bangunan serta peralatan di ILP juga dilakukan seiring teknologi terkini dengan peruntukan RM178 juta.

Page 11: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

10

ARKIB : 16/12/2013

41 projek PPR tahun hadapan

Halimah Mohd. Sadique (bertongkat) bersama jemputan lain menyaksikan Idris Haron melakukan upacara pecah tanah dalam majlis Perasmian Pecah Tanah PPR Ayer Panas di Jasin, Melaka, semalam.

JASIN 15 Dis. - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membangunkan sebanyak 41 lagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara pada tahun hadapan.

Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohd. Sadique berkata, kesemua projek PPR yang dirancang itu akan dibangunkan melalui peruntukan dalam Bajet 2014 membabitkan kos RM578 juta.

Menurutnya, jumlah peruntukan tersebut juga telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet yang lalu.

“Diharapkan agar kesemua 41 projek PPR baharu yang akan dilaksanakan tahun hadapan ini akan memberi peluang kepada masyarakat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perasmian Pecah Tanah PPR Ayer Panas, Bemban bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di sini hari ini.

Page 12: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

11

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman; Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Yusof Ghazali.

Sementara itu, Halimah turut memuji langkah kerajaan negeri memilih kawasan strategik serta berhampiran dengan perumahan mewah bagi membina PPR di negeri ini.

“Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Melaka tidak mengasing dan meminggirkan golongan berpendapatan rendah serta memberi peluang masyarakat pelbagai lapisan menikmati kemudahan sama rata.

“Justeru, jika semua kerajaan negeri di seluruh negara boleh memberi komitmen meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan seperti dilakukan kerajaan Melaka, ia akan memudahkan kementerian membuat perancangan lebih tersusun," ujarnya.

Dalam pada itu Idris berkata, PPR Ayer Panas di kawasan Bemban itu adalah yang ketiga di negeri ini selepas PPR Pangsapuri Rakyat Sungai Putat dan PPR Paya Rumput di Krubong.

“Projek yang dilaksanakan bersama Jabatan Perumahan Negara dan Lembaga Perumahan Melaka itu melibatkan pembinaan 500 unit rumah tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan pelbagai kemudahan serba lengkap.

“Setiap unit rumah akan dijual dengan harga RM35,000 seunit dan projek ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh 30 bulan iaitu pada Mei 2015," katanya.

Page 13: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

12

ARKIB : 10/12/2013

RM2.2b Bajet Terengganu 2014

AHMAD Said menunjukkan buku pembentangan Bajet 2014 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/HARIS FADZILAH KUALA TERENGGANU 9 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini membentangkan Bajet 2014 bagi negeri ini berjumlah RM2.20 bilion dengan pengekalan tema 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan: Bajet Kesejahteraan Rakyat'.

Menurut beliau, kerajaan akan meneruskan dasar pengurusan yang seimbang meskipun menghadapi kekangan hasil dan kesemua hasil yang bakal diperoleh akan dibelanjakan dengan berhati-hati bagi terus menjana pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ketika berucap membentangkannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri, beliau memberitahu, bajet itu mencatatkan kenaikan berbanding Bajet 2013 yang berjumlah RM1.995 bilion.

"Dari segi pungutan hasil bagi tahun depan, kerajaan negeri menganggarkan memperoleh sebanyak RM2.20 bilion berbanding RM2.005 bilion pada 2013," ujarnya.

Page 14: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

13

Menurut Ahmad, anggaran itu meningkat 9.73 peratus iaitu RM195 juta berbanding anggaran hasil pada 2013 dan daripada jumlah itu, 89.9 peratus merupakan unjuran

daripada sumber kerajaan Pusat manakala selebihnya 10.5 peratus daripada sumber negeri.

Menteri Besar menegaskan kerajaan memberi fokus kepada empat strategi teras iaitu mengurangkan defisit, memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan meningkatkan daya saing negeri.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan agar mengamalkan perbelanjaan berhemah yang bukan hanya bagi memastikannya rakyat mendapat manfaat malah perbelanjaan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri selain mengelak pembaziran.

Jelas beliau, kerajaan komited bagi memastikan defisit terus berkurangan dengan meletakkan Terengganu di landasan tepat ke arah pencapaian belanjawan berimbang dan hasilnya pada 2012, kerajaan negeri memperoleh hasil RM2.688 bilion, meningkat 16.25 peratus berbanding 2011.

Menurutnya, di bawah strategi memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, beliau mencadangkan peruntukan pembangunan berjumlah RM59.19 juta untuk pelaksanaan projek pembangunan 2014.

Ujar beliau, ia termasuk dalam mengungguli pembangunan pendidikan awal, menjayakan program Pintar Quran dan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), meneruskan program e-Book selain memperkasakan Sekolah Imtiaz.

Ahmad berkata, untuk strategi memelihara kesejahteraan rakyat pula, antara komitmen kerajaan negeri adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di samping membasmi kemiskinan dan meningkatkan pembangunan sektor pertanian dan asas tani.

Menurut beliau, ini termasuklah peruntukan sebanyak RM41.5 juta juta untuk membina dan membaikpulih rumah golongan miskin dan RM49.72 juta untuk membiayai program pembangunan sosial dan kebajikan am Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri.

Bgi melaksanakan strategi meningkatkan daya saing negeri, katanya, kerajaan juga sentiasa komited antaranya menggalakkan aktiviti pelaburan asing, pembangunan ECERDC, menggalakkan sektor pelancongan dan memperkasakan penggunaan ICT.

Page 15: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

14

ARKIB : 05/12/2013

Rasionalisasi subsidi tampung program pembangunan

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Penjimatan yang diperoleh kerajaan menerusi rasionalisasi subsidi akan disalurkan untuk menampung pembiayaan program pembangunan selain bantuan kepada rakyat dalam bentuk tunai.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara tersebut termasuk menyediakan peruntukan untuk perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, pembangunan masyarakat bandar dan luar bandar serta menambah baik sistem pengangkutan awam.

Dalam pembentangan Bajet 2014 kata beliau, kerajaan akan membina 50 buah klinik 1Malaysia dan 30 buah klinik desa baharu, menambah bekalan ubat dan peralatan perubatan serta menambah 6,800 jururawat.

“Ini menunjukkan sumber kewangan daripada penjimatan tersebut akan disalurkan ke arah meningkatkan kesihatan rakyat, khususnya di luar bandar," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) yang bertanya mengenai hasil pembangunan yang dilaksanakan demi kepentingan rakyat terutama di luar bandar berikutan penjimatan RM3.3 bilion daripada pengurangan subsidi minyak.

Tambah Ahmad Maslan, kerajaan juga akan meneruskan usaha untuk memperkukuh dan menambah baik infrastruktur asas serta meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar.

“Sejumlah RM4.1 bilion disediakan untuk pelbagai program pembangunan luar bandar yang merangkumi projek dan program seperti memperluaskan akses internet di sekolah terutama di luar bandar, menambah tiga Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Sabah, Sarawak serta Negeri Sembilan dan membaik pulih 437 kilometer jaringan jalan luar bandar di seluruh negara.

“Selain itu, kerajaan akan melaksanakan program bekalan tenaga elektrik 24 jam kepada lebih 16,000 buah rumah, membina dan membaik pulih 20,000 unit rumah rakyat miskin di luar bandar dan melaksanakan program pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup masyarakat Orang Asli," katanya.

Sementara itu ujar Ahmad Maslan, kerajaan juga akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM150 kepada RM650 melibatkan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 pula, nilai BR1M dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Page 16: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

15

BR1M turut diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 iaitu sebanyak RM450 dan sebagai tambahan, semua penerima isi rumah akan diberi caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50.

“Skim ini dapat memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal," ujarnya.

Page 17: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

16

ARKIB : 09/11/2013

Peladang, penternak, nelayan perlu inovatif - PM

KUANTAN 9 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan peladang, penternak dan nelayan lebih inovatif dan progresif bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka.

Beliau berkata, dalam pembentangan Bajet 2014, kerajaan memperuntukkan RM6 bilion untuk pelaksanaan pelbagai program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersial, selain mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memainkan peranan lebih strategik dengan konsep dari ladang ke pasaran eksport.

"Kita tak boleh lagi guna cara lama, kaedah guna pakai pemikiran statik serta penggunaan dan aplikasi yang tidak berubah, ia akan membawa kita kepada keadaan yang sentiasa di takuk lama.

"Apabila berada di takuk lama, kita bukan sebenarnya bertahan tetapi berada dalam keadaan terkebelakang," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2013 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, keupayaan melakukan inovatif bukanlah hak mutlak saintis sahaja, namun sebagai peladang, penternak dan nelayan, mereka juga mampu berbuat demikian untuk menjadi lebih progresif. - BERNAMA

Page 18: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

17

ARKIB : 04/11/2013

Kos perkhidmatan kesihatan tidak meningkat pelaksanaan GST

DR. S. Subramaniam (tiga, kiri) melayani tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Deepavali di Melaka, kelmarin.

MELAKA 3 Nov. - Kos perkhidmatan kesihatan di negara ini tidak akan meningkat dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata, ini kerana menerusi GST, kesihatan merupakan antara perkhidmatan dikecualikan cukai dan meminta mana-mana pihak tidak membuat spekulasi tentang peningkatan kos perkhidmatan kesihatan di negara ini yang boleh mengelirukan orang ramai.

Justeru, katanya, kementerian akan meneliti dan seterusnya mengeluarkan senarai terperinci jenis perkhidmatan kesihatan dikecualikan GST untuk maklumat orang ramai apabila sistem cukai itu dilaksanakan kelak.

"Segi konsep (GST) kecualikan perkhidmatan kesihatan tetapi dia punya perkara yang lain kita kena bincang lebih dalam apa perkara yang dikecualikan (GST) kerana perkhidmatan kesihatan itu begitu luas," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Deepavali dianjurkannya di Ujong Pasir di sini malam tadi.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Anggota Dewan Negara Senator Datuk Seri Mohd. Ali Rustam turut menghadiri rumah terbuka yang dikunjungi kira-kira 2,000 orang dari pelbagai kaum.

Page 19: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

18

Pada 25 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014 mengumumkan pelaksanaan GST dengan kadar enam peratus menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Sementara itu, Dr. Subramaniam berkata agensi yang terlibat dalam keselamatan makanan di negara ini akan diperkasa bagi melindungi orang ramai daripada pelbagai bahaya pencemaran makanan.

Beliau berkata, antara perkara yang perlu diperkasa dalam agensi terbabit ialah prosedur penguatkuasaan dalam memastikan makanan yang dibawa masuk dari luar negara selamat dan usaha meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung keselamatan makanan.

"Pada masa sekarang kita menghadapi cabaran baharu dalam soal keselamatan makanan kerana pelbagai jenis makanan daripada pelbagai negara dibawa masuk ke Malaysia dan rakyat makan benda yang di luar daripada apa yang biasa kita makan," katanya. - BERNAMA

Page 20: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

19

ARKIB : 02/11/2013

Berita gembira buat 613,782 penjawat awam

PUTRAJAYA 1 Nov. - Lebih 600,000 penjawat awam akan mendapat faedah perkhidmatan baharu berikutan langkah kerajaan melaksanakan penambahbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam sedia ada.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, antara faedahnya ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan penggabungan serta pindaan nama beberapa skim perkhidmatan.

“Serentak itu, 613,782 penyandang skim perkhidmatan awam terbabit akan diberikan surat tawaran melalui jabatan masing-masing dalam bulan ini.

“Mereka diberikan tempoh selama sebulan selepas menerima surat tawaran itu untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Langkah penambahbaikan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen pada bulan lalu.

Berikutan penambahbaikan itu, kerajaan berjaya mengurangkan bilangan skim perkhidmatan sedia ada daripada 274 kepada 249 mulai 1 Januari depan.

Mohamad Zabidi berkata, JPA akan memaklumkan pelaksanaan tersebut kepada Ketua Setiausaha kementerian dan ketua jabatan yang berkaitan dalam tempoh terdekat ini.

“Kita juga akan mengadakan perjumpaan dengan semua bahagian sumber manusia kementerian dan jabatan untuk menerangkan langkah penambahbaikan itu," katanya.

Page 21: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

20

ARKIB : 01/11/2013

Lapor jika peniaga naik harga barang

PULAU PINANG 31 Okt. - 1 Orang ramai diminta melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang selepas pengumuman harga gula dalam pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Abdul Rosik Yakub berkata, setakat ini masih belum ada sebarang aduan diterima pihaknya berhubung kenaikan harga barang biarpun bilik operasi dibuka setiap hari.

Namun tegas beliau, sekiranya wujud peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang, orang ramai diminta tampil membuat aduan segera.

"Daripada pemantauan, kita dapati kenaikan ini tidak berlaku dan kita amat berharap sekiranya wujud senario menaikkan harga barang, pihak terlibat segera menghubungi bilik operasi di talian 04-2616168.

"Kita tidak mahu ada peniaga yang menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya selepas kenaikan harga gula," katanya selepas melakukan tinjauan di beberapa kedai di Lebuh Pantai dan Little India di sini hari ini.

Tinjauan tersebut dilakukan bersempena dengan pelancaran skim kawalan harga musim perayaan Deepavali yang bakal disambut Sabtu ini.

Menyentuh tentang barangan kawalan tersebut, Abdul Rosik menjelaskan, sebanyak 14 jenis barangan termasuk ayam hidup, daging kambing biri-biri import bertulang , tomato, bawang merah kecil India, ubi kentang China dan kacang dal Australia telah dikuatkuasakan di bawah skim berkenaan.

"Skim kawalan harga barang ini bukan ditentukan oleh pihak kementerian sahaja tetapi melibatkan beberapa agensi lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar," katanya.

Page 22: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

21

ARKIB : 01/11/2013

Kerajaan sedia tangani kenaikan harga barang dan kadar inflasi

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan sudah bersedia dengan kemungkinan kenaikan harga barang dan kadar inflasi berikutan pengumuman cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir. Hamim Samuri.

"Mengikut ramalan pakar ekonomi dan beberapa pendapat, akan berlaku sedikit kenaikan harga barang semasa peralihan, berpunca daripada spekulasi dan sebagainya," katanya kepada wartawan ketika ditemui pada Persidangan Eksport Negara FMM bertema 'Memacu Jualan Eksport' di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan menetapkan tempoh persediaan selama 17 bulan, dan pada masa yang sama ketika GST dilaksanakan, kerajaan akan membuat bayaran sekali RM300 kepada semua penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Pelabur akan lebih tertarik untuk melabur kerana sistem kutipan cukai benar-benar telus dan mereka dilindungi. Semua yang mereka bayar benar-benar sampai ke pihak yang sepatutnya iaitu kerajaan," katanya ketika ditanya mengenai kesan GST terhadap pelaburan asing di Malaysia.

Pengumuman cukai barangan dan perkhidmatan dalam pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal pada 2020. - BERNAMA

Page 23: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

22

ARKIB : 01/11/2013

Bajet 2014 berteraskan keusahawanan - Ahmad

Ahmad Maslan menyaksikan Norashikin Abdul Ghani (dua dari kanan) dan Mohd. Nazeem Jaabar bertukar dokumen perjanjian persefahaman di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan komited muncul sebagai negara yang berteraskan keusahawanan berdasarkan intipati pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu terbukti menerusi peruntukan pelbagai inisiatif menarik termasuk Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC), Tabung Keusahawanan Siswazah, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) dan lain-lain lagi.

"Tidak cukup dengan itu, menerusi program 1Malaysia Keusahawanan Kementerian Kewangan, kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan setiap tahun.

"Hal ini kerana kajian akademik menyatakan lebih tinggi bilangan usahawan, maka lebih baik potensi dan peluang untuk menjadi negara maju, berpendapatan tinggi dengan berteraskan keusahawanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Kebajikan Insaniah (Srikandi Malaysia) dengan Silver Yield Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Page 24: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

23

Yang hadir sama, Presiden Srikandi Malaysia, Norashikin Abdul Ghani; Pengarah Urusan Silver Yields Sdn. Bhd., Mohd. Nazeem Jaabar dan Presiden Gabungan Sukarelawan 1Malaysia, Tunku Muhammad Saharil Tunku Mansor.

Menerusi kerjasama strategik itu dijangka dapat mewujudkan 100 cawangan kedai House of Mini yang merupakan pakar dalam pembuatan pastri seperti kek cawan dan donut.

Page 25: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

24

ARKIB : 31/10/2013

Manisan masih jadi pilihan hidangan sempena Hari Deepavali

Sebahagian peniaga yang menjual manisan di sekitar Jalan Yam Tuan, Seremban, semalam.

SEREMBAN 30 Okt. - Masyarakat India yang memang terkenal dengan sajian manisan sewaktu sambutan Hari Deepavali merasakan pengurangan subsidi gula oleh kerajaan pada pembentangan Bajet 2014 lalu sebagai munasabah.

Kata mereka, walaupun wujudnya kenaikan harga pada barangan jualan, khususnya manisan, ini adalah satu langkah yang baik untuk penjimatan dan penjagaan kesihatan.

Penjual manisan, G. Ramachandran, 59, berkata, bagi masyarakat India, gula adalah produk yang amat penting dalam menyediakan manisan terutamanya ketika menyambut perayaan Deepavali ini.

''Jika subsidi gula ini dikurangkan oleh kerajaan, saya akan melihat harga gula itu sendiri akan meningkat. Ini secara tidak langsung akan menyaksikan kenaikan beberapa harga makanan yang dihasilkan daripada gula ini.

''Bagi kami yang memang menjalankan perniagaan manisan ini, maka gula amat penting dan diperlukan. Jika kita kurang kandungan gula dalam manisan ini, keenakan masakan tradisi itu akan semakin berkurangan, sekali gus mengurangkan minat membeli pada masa hadapan," katanya kepada Utusan Malaysia ini di sini hari ini.

Page 26: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

25

Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Yam Tuan dekat sini sempena persiapan perayaan Deepavali, mendapati rata-rata masyarakat India mengunjungi kedai manisan serta membeli gula dalam kadar lebih daripada satu paket.

Sementara itu, pesara polis, Jasbender Singh, 50, berkata, gula merupakan barangan keperluan yang digunakan oleh orang ramai setiap hati.

''Saya percaya, walaupun harga gula naik, orang ramai tetap membelinya. Apa pun, saya amat berharap supaya kerajaan memantau harga barangan berasaskan gula ini kerana sudah ada tanda akan berlaku kenaikan dalam waktu terdekat ini," katanya.

Pengurus Akademi Kecantikan Bracelian, S. Komathy, 50, berpendapat bahawa tindakan kerajaan memansuhkan subsidi gula adalah amat baik.

''Di negara ini, ramai yang menghidap penyakit diabetes. Sekurang-kurangnya dalam konteks penjagaan kesihatan, saya amat menyokong pengurangan subsidi gula ini.

''Kalaulah kita ke kedai makan, cubalah minum air suam. Lagipun dalam makanan yang kita pesan itu, ada juga kandungan gula tersembunyi," katanya.

Apa pun, dalam tinjauan yang dibuat juga menunjukkan gula dan manisan masih lagi menjadi pilihan yang tinggi dalam kalangan masyarakat di negeri ini, terutama bagi kaum India yang menjadikannya sebagai hidangan wajib pada perayaan Deepavali ini.

Page 27: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

26

ARKIB : 30/10/2013

GST: Pendidikan kepada pengguna penting

OLEH ABDUL RAZAK IDRIS

APA itu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan apakah kesan jangkapendek dan jangka panjang cukai tersebut? Maklumat yang difahami mengenai GST, ia merupakan kaedah yang dapat mengurangkan cukai korporat serta cukai pendapatan individu. Walaupun maklumat tersebut tampak menarik bagi golongan yang terbabit namun pengetahuan rakyat tentang cukai tersebut masih di tahap sederhana.

Di dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia akan melaksanakan sistem GST mulai 1 April 2015. Masa untuk cukai tersebut dijadikan sebahagian sistem percukaian kepada rakyat sebagai pengguna perkhidmatan dan pembelian masih panjang.

Ada pihak cuba menanamkan dalam minda rakyat, GST adalah cukai tambahan kepada cukai yang telah dikenakan kepada pengeluar barangan. Rakyat dimomokkan bahawa GST merupakan cukai berganda yang menyebabkan dompet rakyat menipis dan peniaga semakin kaya-raya.

Maka dalam bab ini rakyat perlu difahamkan apakah perkara yang boleh dikenakan cukai dan apakah perkara yang tidak boleh dikenakan cukai. Buat masa ini maklumat yang diuar-uarkan, GST tidak akan dikenakan ke atas beberapa barangan makanan asas yang menjadi keperluan harian rakyat.

Jika makanan asas seperti beras menjadi nasi goreng dan diniagakan di restoran berhawa dingin sudah pasti harganya akan melambung. Dalam soal ini harga makanan itu sendiri sepatutnya lebih rendah. Namun apabila dikaitkan dengan cukai perkhidmatan sudah pasti makanan yang tidak dikenakan cukai menjadi suatu yang boleh cukai kerana ia dijual di tempat yang istimewa dan selesa pula. Dalam soal ini jika tidak mahu dibebani GST makan sahaja di rumah dan di restoran tom yam yang berlambak di negara ini.

Pelaksanaan GST ini sebenarnya tidak patut dipolitikkan selagi Kerajaan Pusat mampu meningkatkan kecekapan pengurusan kementerian dan jabatan yang terlibat. Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Industri dan Asas Tani perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan perlaksanaan GST tidak menjadi dasar fiskal yang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu peniaga sedang pengguna terus ditekan secara langsung dan tidak langsung.

Pemantauan teliti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia terhadap setiap syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu lebih telus agar rakyat negara ini tidak

Page 28: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

27

menjadi mangsa pihak-pihak yang sering sahaja mencari lompang-lompang (loop hole) dalam sistem penyampaian dasar Kerajaan.

Justeru, untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu oleh peniaga, penerangan dari semasa ke semasa yang lebih jelas kepada rakyat oleh Kementerian Kewangan dan Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu dibuat secara menyeluruh. Kerajaan juga perlu memperkenalkan program penampan yang lebih mantap untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar.

Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan sepertimana yang dilaksanakan di negara lain. Kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada GST. Di dalam konteks Bajet 2014 penurunan kadar cukai tertentu untuk golongan sederhana amat dialu-alukan.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM300 untuk golongan muda dengan syarat tertentu, golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM3,000 mendapat BR1M sebanyak RM650 dan golongan berpendapatan sehingga RM4,000 mendapat BR1M sebanyak RM450 membuktikan Kerajaan Pusat benar-benar komited untuk membantu rakyat menyerap kenaikan harga barangan akibat pengurangan subsidi minyak petrol. Mungkin bila GST dilaksanakan rakyat yang layak sama ada akan mendapat BR1M yang lebih tinggi atau sebaliknya. Berikan sistem ini peluang untuk membuktikan kebaikannnya.

Justeru, pembangkang sebagai pihak penyemak dan pengimbang (check dan balance) juga sepatutnya bersifat membantu Kerajaan dalam menerangkan isu GST kerana ia tidak wajar dipolitikkan kerana ia melibatkan ekonomi negara secara holistik.

Tidak perlu melihat semua perkara sebagai bola tanggung kerana jika GST tidak memberi faedah mengapa 160 negara di dunia sudah melaksanakannya. Cuba bersifat empati sekali ini.

Jangan dikompromi perkara bersangkut-paut ekonomi kerana perlaksanaan GST dengan kerjasama semua pihak bukan sahaja memberi faedah kepada rakyat malah kepada pemimpin dan penyokong pembangkang itu sendiri.

Page 29: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

28

ARKIB : 30/10/2013

Penganalisis Singapura lihat Bajet 2014 sebagai berani

SINGAPURA 29 Okt. - Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerima maklum balas positif oleh penganalisis di Singapura, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob.

"Berdasarkan maklumat balas semasa bertemu para penganalisis di sini, mereka secara umumnya menyifatkan cadangan dalam bajet, termasuk usaha kerajaan menangani hutang fiskal, sebagai langkah berani dan berhemat," katanya semasa diminta mengulas Bajet 2014.

Dalam pertemuan dengan agensi penarafan di sini, Husni Zai berkata, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil langkah yang tepat dan ia tidak akan memberi impak ke atas penarafan negara Malaysia.

Mengenai kenaikan cukai keuntungan harta tanah (RPGT) daripada 15 peratus kepada 30 peratus ke atas hartanah yang dijual dalam tempoh tiga tahun pertama, berkata penganalisis berpendapat ia dapat membendung spekulasi hartanah.

Beliau berkata, kenaikan RPGT tidak menjejaskan permintaan.

"Mereka yang mahu melabur untuk tempoh masa panjang, tidak perlu bimbang," kata Husni Zai.

Dalam pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat, RPGT akan dinaikkan kepada 30 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh tiga tahun pertama bagi individu dan koperasi berbanding 15 peratus sebelumnya.

RPGT bagi kedua-dua individu dan Korporat dinaikkan kepada 20 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh empat tahun dan 15 peratus hartanah yang dilupuskan dalam tempoh lima tahun.

Bagi hartanah yang dilupuskan dalam enam tahun dan seterusnya, RPGT tidak dikenakan ke atas individu namun syarikat dikenakan cukai lima peratus.

Mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pesuruhjaya tinggi itu berkata, dalam pertemuan dengan pegawai republik ini, saya dimaklumkan Malaysia mempunyai kelebihan memandangkan GST yang akan dilaksanakan bukan cukai baharu atau cukai tambahan.

"Pegawai itu berkata GST merupakan cukai baharu semasa ia diperkenal di Singapura," kata Huzni Zai.

Page 30: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

29

GST diperkenal di Singapura pada 1 April 1994, dan kadar semasa yang dikenakan ialah tujuh peratus.

Dalam Bajet 2014 cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST pada 1 April 2015, pada kadar enam peratus, paras terendah di rantau ini. - BERNAMA

Page 31: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

30

ARKIB : 28/10/2013

Bajet 2014 bantu rakyat pelbagai peringkat usia

MELAKA 27 Okt. - Pendekatan yang diambil kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 dilihat sesuatu yang munasabah malah dianggap antara yang terbaik dalam usaha membantu rakyat di pelbagai peringkat usia.

Beberapa penduduk yang ditemui Utusan Malaysia berkata, mereka menyambut baik usaha kerajaan menerusi bajet itu bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Timbalan Pengurus Japerun Sungai Udang, Ismail Othman, 65, berkata, butiran Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu amat bersesuaian dengan situasi ekonomi semasa.

"Saya menganggap pembentangan bajet ini sebagai sesuatu yang 'berjiwa rakyat' dan saya menyambut baik walaupun dalam keadaan ekonomi negara yang sering menjadi pertikaian sesetengah pihak.

"Apa yang saya lihat, pemimpin negara membuat pertimbangan yang terbaik dan jelas dalam memberi pelbagai kemudahan kepada rakyat," katanya.

Penduduk, Rusli Abdul Hamid, 56, berkata, Bajet 2014 dilihat relevan dan banyak memberi kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan rakyat.

"Kita seharusnya bersyukur kerana inti pati bajet yang dibentangkan baru-baru ini menyeluruh dan banyak memberi manfaat kepada rakyat, hal ini tidak dilihat di negara luar.

"Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2015 dilihat sesuatu yang baik kepada rakyat kerana cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada akan dimansuhkan," katanya.

Dalam pada itu, kakitangan kerajaan, Norafiqah Rusli, 26, berkata, Bajet 2014 memberi lebih keyakinan kepada rakyat terutama kakitangan awam terhadap kewibawaan kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan.

"Usaha kerajaan dalam menaikkan harga rokok dan menghapuskan subsidi gula juga dilihat sesuatu yang baik jika dipandang dari sudut positif.

"Masyarakat akan menjadi lebih terdidik untuk berjimat-cermat dalam penggunaan gula pada masa akan datang dan ini secara tidak langsung dapat menghindari penyakit," katanya.

ARKIB : 28/10/2013

Page 32: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

31

GST: Mengurus reaksi rakyat

Rohaimi Shafie PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

ORANG ramai menonton televisyen siaran secara lansung pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah kedai menjual peralatan elektrik di Taman Chai Leng, Butterworth Pulau Pinang, Jumaat lalu. - UTUSAN/ Sazali Che Din.

Apakah reaksi rakyat Malaysia sebaik-baik sahaja pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Saya difahamkan, sebaik-baik sahaja pembentangan Bajet 2014, terdapat rakyat kita yang pergi membeli gula dengan jumlah yang banyak. Ini kerana keesokan harinya, harga gula meningkat ekoran kerajaan menghapuskan subsidi gula.

Reaksi sebegini bukanlah sesuatu yang baru yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Kita sering melihat kenderaan berpusu-pusu beratur di stesen minyak sebaik-baik sahaja kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi petrol.

Rakyat Malaysia sanggup beratur menunggu sebegitu lama hanya kerana ingin membeli minyak dengan harga yang lebih murah. Ini reaksi yang ditunjukkan oleh rakyat kita.

Page 33: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

32

Bagaimana pula dengan reaksi rakyat Malaysia apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015? Saya menjangkakan pelbagai reaksi akan ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

Antara jangkaan saya ialah GST pastinya akan dijadikan isu politik seperti mana yang berlaku di negara-negara lain. Sejak sekian lama, GST ditangguhkan kerana terdapat desakan politik yang boleh memberi persepsi negatif kepada rakyat.

GST bukanlah satu jenis cukai yang baharu. Pada masa ini pun, negara kita melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan. Namun terdapat beberapa kelemahan seperti yang diumumkan oleh Najib, misalnya kesan cukai berganda ke atas pengguna, isu perpindahan harga dan ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport.

Malahan, GST mampu mengurangkan risiko pengurangan hasil kerajaan ekoran kelemahan sistem pencukaian yang sedia ada. Ini kerana setiap daripada kita memerlukan barangan dan perkhidmatan saban hari. Dengan melaksanakan GST, hasil kerajaan akan dapat diperluaskan.

Persoalan yang memberi reaksi negatif kepada rakyat ialah, adakah ia bakal membebankan orang awam? Inilah persoalan utama yang perlu diperjelaskan oleh pihak-pihak berkenaan kepada rakyat dalam tempoh 17 bulan ini.

Saya yakin pihak kerajaan sudah bersedia untuk memberi penerangan sepenuhnya kepada rakyat menggunakan pelbagai medium komunikasi terutamanya kesannya ke atas beban rakyat.

Persoalan utama ini pada asasnya telah dijawab oleh beberapa pakar pencukaian dengan menggunakan pendekatan pengiraan. Dalam sistem pencukaian GST, pihak peniaga yang membeli barangan bertujuan untuk menjual kepada pengguna akhir layak menuntut input tax credit.

Bagaimanapun, terdapat kes penipuan di negara lain dalam tuntutan input tax credit dalam kalangan peniaga. Ini merupakan antara cabaran pihak penguat kuasa bagi mengenal pasti pihak yang benar-benar layak menuntut input tax credit.

Selain itu, meskipun harga yang dijual kepada pengguna akhir berkemungkinan lebih murah tetapi tidak mustahil penjual menjual dengan harga yang sama sebagaimana harga sebelum GST dilaksanakan.

Maka, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 menjadi mekanisme penting dalam mendakwa pihak yang mengaut keuntungan secara berlebihan.

Sudah tentu, rakyat mengharapkan pihak berkenaan yang menguatkuasakan akta ini akan lebih aktif dan agresif bagi memastikan harga barangan dan perkhidmatan pada tahap yang sepatutnya.

Page 34: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

33

Najib juga telah mengumumkan bahawa terdapat barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GST. Barangan asas dikecualikan GST. Ini sesuatu yang cukup menarik kerana dibimbangi dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelum GST dilaksanakan, pengguna akan berpusu-pusu membeli barangan dalam jumlah yang banyak kononnya bagi mengelak GST sebagaimana yang berlaku apabila kerajaan merasionalisasikan subsidi minyak dan gula.

Akibatnya, tiga hingga empat bulan selepas pelaksanaan GST, perbelanjaan pengguna berkurangan dan ini tidak baik untuk ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan perlu melipat gandakan penerangan kepada rakyat berkenaan dengan harga barangan dan perkhidmatan sebelum dan selepas pelaksanaan GST.

Jika boleh dalam tempoh 17 bulan ini, setiap hari rakyat dihidangkan maklumat mengenai GST kerana masih ramai rakyat Malaysia yang kurang faham mengenai GST. Sebagai contoh, adakah seseorang pembeli itu dikenakan GST sekiranya dia membeli sebidang tanah daripada orang kampung?

Begitu juga, rakyat ingin mengetahui siapakah yang layak memohon lesen GST? Ini kerana dibimbangi ada yang mengambil kesempatan mengenakan GST ke atas pengguna akhir.

Dengan pelaksanaan GST, kadar cukai pendapatan individu diturunkan di antara satu hingga tiga peratus. Pengurangan ini akan meningkatkan lebihan wang rakyat. Ini sedikit sebanyak boleh memberi kelegaan kepada rakyat apabila GST dilaksanakan.

Meskipun GST disifatkan sebagai sistem pencukaian yang lebih adil dan saksama berbanding sistem pencukaian semasa yang diguna pakai oleh Malaysia, namun tempoh 17 bulan bermula sekarang sehinggalah 1 April 2015 adalah tempoh yang cukup kritikal bagi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat secara telus dan terperinci berkenaan dengan sistem pencukaian GST.

Malahan, tempoh 17 bulan ini juga cukup penting buat ahli-ahli perniagaan bersedia untuk bersama-sama dengan kerajaan melaksanakan GST. Dengan kerjasama dan persediaan yang rapi serta pemahaman yang jelas dalam kalangan rakyat, peniaga dan kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO), reaksi negatif akan dapat diuruskan dengan baik.

Seterusnya, apabila dilaksanakan kelak, ia bakal memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara.

Page 35: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

34

ARKIB : 29/10/2013

Saham TNB kekal positif

KUALA LUMPUR 28 Okt. - RHB Research masih yakin terhadap kedudukan saham Tenaga Nasional Bhd. (TNB), meskipun kerajaan tidak mengumumkan pelarasan harga bahan api semasa pembentangan Bajet 2014, pada Jumaat lalu.

Menurut nota penyelidikannya, dipercayai selepas ini kerajaan akan meneruskan langkah rasionalisasi subsidi terhadap bahan api termasuk gas asli yang digunakan oleh TNB untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Jelasnya, berdasarkan kandungan pembentangan Bajet 2014, kerajaan akan meneruskan usaha mengurangkan beberapa tanggungan bagi mengawal kedudukan kewangan negara.

Dengan itu, mekanisme Fuel-Cost Past Through (FCPT), yang membolehkan TNB menyalurkan secara terus sebarang kenaikan kos bahan api kepada pengguna, dijangka akan dipraktikkan jika mendapat persetujuan kerajaan. Keadaan itu menyumbang ke arah pelarasan tarif elektrik.

Menurut syarikat penyelidikan pasaran itu, sebanyak RM10 bilion hingga RM12 bilion digunakan setahun untuk menyediakan subsidi ke atas gas asli, iaitu yang kedua terbesar selepas tanggungan subsidi ke atas petrol dan diesel iaitu sebanyak RM25 bilion setahun.

"Tanggungan itu tidak boleh diabaikan, berdasarkan harga pasaran semasa, subsidi ke atas gas asli itu berkemungkinan meningkat sebanyak RM16 bilion atau RM17 bilion setahun.

Pemberian subsidi ke atas gas ali menyebabkan harganya di pasaran tempatan 75 peratus lebih murah berbanding harga pasaran sebenar.

RHB Research kekal menyarankan pembelian saham TNB pada harga RM10.13 sesaham.

Sebelum menjelang pembentangan bajet minggu lalu, saham TNB dilihat aktif memandangkan para pelabur menjangka syarikat utiliti itu bakal mendapat faedah jika kerajaan mengumumkan program rasionalisasi subsidi.

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 26 Januari 2014

Page 36: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

1

Headline: Bantuan RM100 ringankan beban ibu bapa Publication: BH Date of publication: Jan 15, 2014 Section heading: BH2 Page number: 015 Byline / Author: Oleh Khairunnisa Kamarudin

Kuala Lumpur: Bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 5.4 juta di sekolah rendah dan menengah seluruh negara yang akan disalurkan bermula hari ini, disifatkan sebagai `hadiah' tahun baharu yang dapat meringankan beban ibu bapa. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn (2), Mohd Faisal Mohd Noor, berkata bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM540 juta itu, cukup bermakna kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kenaikan kos sara hidup.

"Nilai RM100 mungkin tidak begitu besar bagi sesetengah golongan, tetapi bantuan itu sangat memberi manfaat kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak mereka.

Tingkat jumlah peruntukan

"Kita patut bersyukur kerana kerajaan prihatin dan memberi tumpuan kepada isu pendidikan. Cuma saya berharap pada masa akan datang, jumlah peruntukan itu dapat ditingkatkan selaras kenaikan kos sara hidup rakyat," katanya ketika dihubungi BH di sini, barubaru ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2014, Oktober lalu, mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, diteruskan.

Akhbar barubaru ini pula melaporkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebagai berkata kementerian akan menyalurkan bantuan berkenaan ke akaun sekolah mulai hari ini.

Beri bantuan lebih awal

Dalam konteks berkaitan, Mohd Faisal menyarankan supaya kerajaan turut mewujudkan kemudahan kelas tuisyen percuma bagi pelajar kurang berkemampuan memandangkan kosnya yang tinggi.

Page 37: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

2

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor, Datuk Ahmad Burak, berharap ibu bapa menggunakan bantuan RM100 itu dengan sebaiknya untuk keperluan persekolahan anak mereka.

Page 38: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

3

Headline: GST - Pengguna perlu berpengetahuan Publication: BH Date of publication: Jan 8, 2014 Section heading: 1Klassifieds Page number: 001

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan kaedah yang dapat mengurangkan cukai korporat serta cukai pendapatan individu. Walaupun maklumat tersebut tampak menarik bagi golongan yang terbabit namun pengetahuan rakyat tentang cukai tersebut masih di tahap sederhana.

Di dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia akan melaksanakan sistem GST mulai 1 April 2015. Masa untuk cukai tersebut dijadikan sebahagian sistem percukaian kepada rakyat sebagai pengguna perkhidmatan dan pembelian masih panjang.

GST bukan cukai tambahan kepada cukai yang telah dikenakan kepada pengeluar barangan. Rakyat dimomokkan bahawa GST merupakan cukai berganda yang menyebabkan dompet rakyat menipis dan peniaga semakin kaya-raya.

Rakyat perlu difahamkan apakah perkara yang boleh dikenakan cukai dan apakah perkara yang tidak boleh dikenakan cukai. Buat masa ini maklumat yang diuar-uarkan, GST tidak akan dikenakan ke atas beberapa barangan makanan asas yang menjadi keperluan harian rakyat.

Jika makanan asas seperti beras menjadi nasi goreng dan diniagakan di restoran berhawa dingin sudah pasti harganya akan melambung. Dalam soal ini harga makanan itu sendiri sepatutnya lebih rendah.

Namun apabila dikaitkan dengan cukai perkhidmatan sudah pasti makanan yang tidak dikenakan cukai menjadi suatu yang boleh cukai kerana ia dijual di tempat yang istimewa dan selesa pula. Dalam soal ini jika tidak mahu dibebani GST makan sahaja di rumah dan di restoran tom yam yang berlambak di negara ini.

Pelaksanaan GST ini sebenarnya tidak patut dipolitikkan selagi Kerajaan Pusat mampu meningkatkan kecekapan pengurusan kementerian dan jabatan yang terlibat. Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Industri dan Asas Tani perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan perlaksanaan GST tidak menjadi dasar fiskal yang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu peniaga sedang pengguna terus ditekan secara langsung dan tidak langsung.

Pemantauan teliti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia terhadap setiap syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu lebih telus agar rakyat negara ini tidak menjadi mangsa pihak-pihak yang sering sahaja mencari lompang-lompang (loop hole)

Page 39: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

4

dalam sistem penyampaian dasar Kerajaan.

Justeru, untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu oleh peniaga, penerangan dari semasa ke semasa yang lebih jelas kepada rakyat oleh Kementerian Kewangan perlu dibuat secara menyeluruh.

Kerajaan juga perlu memperkenalkan program penampan yang lebih mantap untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan sepertimana yang dilaksanakan di negara lain. Kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada GST. Di dalam konteks Bajet 2014 penurunan kadar cukai tertentu untuk golongan sederhana amat dialu-alukan. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM300 untuk golongan muda dengan syarat tertentu, golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM3,000 mendapat BR1M sebanyak RM650 dan golongan berpendapatan sehingga RM4,000 mendapat BR1M sebanyak RM450 membuktikan Kerajaan Pusat benar-benar komited untuk membantu rakyat menyerap kenaikan harga barangan akibat pengurangan subsidi minyak petrol.

Mungkin bila GST dilaksanakan rakyat yang layak sama ada akan mendapat BR1M yang lebih tinggi atau sebaliknya. Berikan sistem ini peluang untuk membuktikan kebaikannnya. Justeru, pembangkang sebagai pihak penyemak dan pengimbang (check dan balance) juga sepatutnya bersifat membantu Kerajaan dalam menerangkan isu GST kerana ia tidak wajar dipolitikkan kerana ia melibatkan ekonomi negara secara holistik.

Tidak perlu melihat semua perkara sebagai bola tanggung kerana jika GST tidak memberi faedah mengapa 160 negara di dunia sudah melaksanakannya. Cuba bersifat empati sekali ini.

Jangan dikompromi perkara bersangkut-paut ekonomi kerana perlaksanaan GST dengan kerjasama semua pihak bukan sahaja memberi faedah kepada rakyat malah kepada pemimpin dan penyokong pembangkang itu sendiri.

* TERBITAN PERSATUAN KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR; [email protected]

Page 40: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

5

Headline: GST perkukuh kewangan negara Publication: BH Date of publication: Jan 6, 2014 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Dr Wasitah Mohd Yusof

Secara umumnya, kerajaan ketika bajet 2013 membayangkan satu usaha besar dalam mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Malahan, satu Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan sudah dibaca di Dewan Rakyat. Pelbagai reaksi positif dan negatif diterima pihak kerajaan.

Kini, kerajaan mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa mempunyai kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna, ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport dan juga isu pindahan harga (transfer pricing). Justeru, ketika pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri mencadangkan agar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan dimansuhkan.

Kemudian, dua cukai yang dimansuhkan ini digantikan dengan satu cukai sahaja dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and services tax atau GST).

Cukai Barangan dan Perkhidmatan ini dicadangkan akan berkuat kuasa mulai 1 April 2015.

Pengumuman kerajaan mengenai cukai ini menarik perhatian rakyat Malaysia terutama golongan belia yang memberi pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif. Program intelektual

Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mengambil pendekatan dengan menganjurkan program intelektual Persidangan Meja Bulat yang bertajuk 'Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST): Apa Pandangan Belia?' pada 21 Disember lalu bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Penganjuran persidangan itu adalah untuk menyediakan platform bertujuan memberi penerangan yang jelas dan berkesan kepada generasi muda mengenai pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan di Malaysia.

IYRES melalui persidangan ini ingin membuka peluang kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan pelaksanaan GST.

Page 41: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

6

Pada akhir persidangan ini pula, input yang diterima akan dirumuskan, seterusnya dijadikan sebagai satu dokumen untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi oleh Menteri Belia dan Sukan.

Empat kertas kerja dibentangkan di persidangan tersebut yang dihadiri oleh 100 peserta.

Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan Malaysia (Dasar Percukaian Negara), Khairul Annuar Osman; kertas kerja Kedua, Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Apa Itu Cukai Barang & Perkhidmatan?) Subromaniam A/L Tholasy; kertas kerja ketiga, unit Teknikal GST, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) - (Kesan Cukai Barang & Perkhidmatan Kepada Ekonomi Malaysia), Mohd Rozlan Mohamed Ali; dan kertas kerja keempat dibentangkan oleh Timbalan Presiden Eksekutif Kebangsaan Junior Chamber International Malaysia (GST: Perspektif Usahawan Muda), Seng Tat Leong.

Persidangan sehari ini disempurnakan perasmian penutupnya oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IYRES, Adnan Abu Hassan.

GST jadikan negara maju

Beliau dalam ucapannya menyokong pelaksanaan sistem cukai ini kerana GST adalah langkah ke hadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Menurut beliau lagi, GST akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar cukai dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini.

Sembilan rumusan hasil daripada Persidangan Meja Bulat Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST): Apa Pandangan Belia? dipersetujui peserta yang hadir iaitu:

- Belia berpandangan pihak kerajaan perlu memberi penerangan secara menyeluruh agar dapat meningkatkan tahap kefahaman terhadap pelaksanaan GST pada peringkat akar umbi.

- Mengadakan sesi dialog yang efektif antara pemimpin dengan rakyat bagi membolehkan setiap persoalan dapat dirungkai berkenaan pelaksanaan GST.

- Belia menyarankan agar pihak kerajaan memberi jaminan GST tidak akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang yang membawa kepada kos sara hidup yang tinggi.

- Belia mencadangkan semua pihak berkenaan dengan pelaksanaan GST dapat memainkan peranan menyebarkan maklumat yang jelas dan tepat mengenai keperluan

Page 42: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

7

dan peranan sebenar GST kepada Masyarakat dan Negara.

- Belia berpandangan agar pihak kerajaan menjelaskan kepada rakyat khususnya golongan itu antara inisiatif serta Tangible Outcome yang diperoleh daripada pelaksanaan GST pada 1 April 2015.

- Belia mencadangkan agar pihak kerajaan membuat engagement dengan agensi seperti Kastam, KPDNKK serta lain-lain agensi untuk diberi latihan dalam membantu memberi penerangan pelaksanaan GST kepada rakyat.

- Belia berpendapat kerajaan perlu lebih telus memberi penjelasan terhadap penggunaan hasil cukai GST agar rakyat memahami ke mana hasil cukai disalurkan dan bagaimana ia dibelanjakan.

- Belia mencadangkan agar hasil input diperoleh daripada persidangan ini dibincangkan ke dalam Makmal Kos Sara hidup yang akan dilaksanakan kerajaan.

- Mencadangkan agar subjek percukaian diselaraskan dan dimasukkan dalam kurikulum pendidikan sekolah menengah.

Rumusan dipersetujui ini diharapkan dibawa ke peringkat jemaah Menteri untuk makluman dan tindakan sewajarnya oleh kerajaan.

Oleh sebab GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan GST dijangka tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Tetapi, ia boleh berubah jika kadar cukai dikenakan lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini.

Kadar GST lebih rendah

Kerajaan dijangka mengenakan kadar GST yang lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan. Alasan yang menyatakan Kerajaan akan sentiasa menaikkan kadar GST juga kurang tepat berdasarkan pengalaman lepas menunjukkan kadar cukai jualan diperkenalkan pada 1972 hanya dinaikkan sekali sahaja 1983.

Kadar cukai perkhidmatan pula tidak pernah dinaikkan sejak diperkenalkan pada 1975. Oleh yang demikian, cadangan Kerajaan untuk melaksanakan GST wajar disokong kerana ia akan memberi kebaikan dan kesan positif kepada ekonomi negara terutamanya dalam jangka masa panjang.

Kementerian Belia dan Sukan amat sedar betapa perlunya pandekatan berdasarkan pendapat dan pandangan masyarakat khususnya generasi muda dalam membincangkan perlaksanaan GST ini.

Page 43: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

8

Walau bagaimanapun, sebagai masyarakat yang matang kita perlu menilai terlebih dahulu sesuatu dasar termasuk diperkenalkan Kerajaan sebelum menjatuhkan hukumannya. Bak kata pepatah Inggeris Don't Judge A Book By Its Cover. Dalam hal seperti ini, kita perlu menolak mainan emosi dan perasaan yang cuba ditanamkan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik dan kepentingan peribadi.

Page 44: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

9

Headline: GST bantu kurangkan harga barangan Publication: BH Date of publication: Jan 7, 2014 Section heading: 1Klassifieds Page number: 015

Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas bila kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."

Apabila dilaksanakan, GST menyaksikan cadangan kadar 4% bagi menggantikan kadar 10% bagi cukai jualan dan 5% cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang dan akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

Perlaksanaannya akan dikecualikan ke atas 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST.

Walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa seperti yang dapat disaksikan di kenbanyakkan negara yang telah memperkenalkan cukai itu. Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurangkan kenaikan harga.

Kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan. GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, manakala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.

GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember, 2009, untuk menggantikan SST sekarang, tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.

Page 45: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

10

Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta status negara maju.

Pakar-pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hasil kerajaan. Apabila dilaksanakan pada kadar hasil-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih hasil RM18 bilion, yang hampir sama dengan hasil RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata 7%.

- Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL);

[email protected] dengan kerjasama KPDNKK

Page 46: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

11

Headline: GST diguna pakai lama Publication: BH Date of publication: Jan 3, 2014 Section heading: Bisnes Page number: 002

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus, dijangka diguna pakai untuk satu tempoh yang lama, kata Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri Jabatan Kastam, Subromaniam Tholasy.

Beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan kadar peratusan itu secara mendadak tanpa memberitahu orang ramai bagi mengelak ia menyebabkan kejutan kepada rakyat.

"Saya percaya cukai tunggal, GST yang bakal menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST), akan dikenakan ke atas rakyat Malaysia untuk satu tempoh yang panjang.

"Namun, saya tidak pasti tempoh pelaksanaan enam peratus itu," katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2014, mengumumkan pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April tahun depan, dengan cukai itu dilihat lebih telus dan seragam berbanding SST yang dikenakan kini.

Cukai SST dikatakan mempunyai kelemahan seperti cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat menjadi punca harga sesetengah barangan dan perkhidmatan menjadi mahal.

Pulangan dalam bentuk cukai

Subromaniam berkata, ada sesetengah pihak menyifatkan kadar peratusan cukai GST enam peratus itu tinggi.

"Ia akan dipulangkan semula dalam bentuk pengurangan cukai, termasuk cukai korporat dan juga cukai pendapatan individu," katanya, sambil menambah kerajaan mengenakan kadar itu setelah membuat pengiraan terperinci.

Beliau berkata, pada kadar enam peratus, GST dapat membantu mengimbangi semula jumlah kutipan cukai negara.

Kerajaan menjangkakan pada 2020 ekonomi negara bakal mencapai lebihan perbelanjaan berikutan pelaksanaan GST pada 2015, di samping defisit negara yang akan berkurang tahun demi tahun, tambahnya.

Page 47: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

12

Sehubungan itu, kerajaan sedia untuk memberikan pemahaman mengenai pelaksanaan GST kepada orang ramai sebelum tempoh pelaksanaannya.

Subromaniam berkata, kerajaan mahu golongan belia seperti mahasiswa dan persatuan tampil membantu kerajaan dengan berkongsi pemahaman mereka mengenai cukai tersebut kepada rakyat.

"Tempoh 16 bulan masih tidak mencukupi bagi pihak kerajaan memberikan pendidikan kepada masyarakat, oleh itu kerjasama orang ramai sangat penting.

"Media juga memainkan peranan penting penyebaran maklumat mengenai pelaksanaan GST di negara ini," tambahnya.

MoF sedia bekerjasama Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Khairul Annuar Osman, berkata pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan seperti menjayakan forum mengenai GST, boleh berbincang dengan MoF.

Segala perbelanjaan terbabit dalam menjayakan program itu akan dibiayai MoF menerusi peruntukkan RM100 juta yang diumumkan Bajet 2014 bagi tujuan latihan GST, katanya.

"Buat masa ini, kerajaan berjaya mengumpul beberapa penjawat awam, termasuk anggota politik bersedia berkongsi pemahaman GST mereka dengan rakyat," katanya sambil menambah penyebaran maklumat GST penting, terutama kepada pihak bakal dikenakan cukai berkenaan supaya mereka tidak keliru.

Page 48: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

13

Headline: Cari formula elak harga barang, perkhidmatan naik Publication: BH Date of publication: Jan 4, 2014 Section heading: Main Section Page number: 006 Byline / Author: Oleh Shahrizan Salian

Rancangan sesetengah pihak mahu menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang sama sekali tidak mencerminkan peningkatan kos sebenar ketika kerajaan bersungguh-sungguh mahu mengukuhkan kedudukan kewangan negara melalui program rasionalisasi subsidi, bolehlah dianggap tindakan 'menangguk di air keruh',

Program rasionalisasi subsidi yang dibuat secara berperingkat dan bukan secara drastik adalah sangat penting untuk memastikan ekonomi negara terus berdaya tahan.

Sebagai negara perdagangan yang terbuka kepada modal luar, Malaysia perlu memiliki kedudukan fiskal yang kukuh bagi berdepan sebarang kejutan ekonomi global bagi memastikan ekonominya terus berkembang.

Mengikut Laporan Ekonomi 2013/2014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kerajaan menyasarkan mengurangkan perbelanjaan subsidi kepada hanya RM27.6 bilion pada 2014 ini berbanding RM30 bilion tahun lalu.

Bagi tujuan itu, kerajaan pada September tahun lalu mengambil langkah rasionalisasi pertama dengan memotong subsidi diesel dan petrol sebanyak 20 sen seliter yang akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM3.3 bilion.

Pada pembentangan Bajet 2014, kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi gula sebanyak 34 sen yang menghasilkan penjimatan RM551.25 juta.

Bermula 1 Januari tahun ini pula, tarif elektrik dilaraskan semula bagi membolehkan kerajaan mengurangkan subsidi elektrik dan gas sebanyak RM4 bilion setahun mulai tahun ini.

Kewajaran kadar kenaikan

Tidak dinafikan langkah rasionalisasi subsidi itu menyebabkan kos peniaga meningkat kerana petrol, diesel dan elektrik antara input utama perniagaan. Namun, yang dipertikaikan adalah kewajaran kadar kenaikan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dikenakan sesetengah peniaga.

Sebagai contohnya, kenyataan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) yang menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40 peratus atas alasan menampung kenaikan dalam kos operasi.

Page 49: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

14

Pengeluar ais pula mengumumkan mahu menaikkan harga ais tiub sebanyak 50 sen bagi setiap beg dan RM2.50 bagi setiap blok ais.

Menaikkan harga apabila kos meningkat susulan pelarasan subsidi itu adalah tindak balas paling mudah. Namun, ia bukan satu langkah bertanggungjawab dan berpandangan jauh. Langkah itu hanya akan menyebabkan putaran ganas kenaikan harga barangan lain yang akhirnya akan turut memberi kesan kepada mereka kerana peniaga juga pengguna.

Sebagai contoh mudah, apabila pengeluar ais menaikkan harga, peniaga minuman akan turut menaikkan harga dan berdasarkan pengalaman lalu, kadar kenaikan yang dilakukan juga adalah lebih tinggi daripada peningkatan kos sebenar.

Justeru, keuntungan yang diharapkan oleh peniaga ais daripada langkah mereka menaikkan harga akan terhapus kerana perlu pula membayar harga lebih tinggi bagi minuman dan barangan lain akibat daripada putaran ganas itu.

Berdasarkan hakikat itu, peniaga bijak dan bertanggungjawab seharusnya melihat langkah menaikkan harga hanya sebagai penyelesaian terakhir.

Seperkara lagi yang amat mendukacitakan ialah jika ada peniaga yang menggunakan platform persatuan perniagaan masing-masing bagi penetapan harga.

Jika ini berlaku, ia bukan saja sesuatu yang tidak bertanggungjawab, malah ia bertentangan dengan undang-undang.

Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 memperuntukkan larangan kepada perusahaan termasuk persatuan daripada menetapkan secara langsung atau tidak langsung suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan lain untuk barangan dan perkhidmatan.

Dalam hal ini, kenyataan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kelmarin bahawa ia sedang menyiasat dakwaan kemungkinan wujud unsur pakatan dalam kenaikan harga ais dan alat tulis adalah satu langkah yang dialu-alukan untuk memastikan pengguna tidak ditekan oleh pembekal yang hanya mahukan keuntungan berlebihan.

Langkah MyCC itu akan memberikan isyarat dan amaran kepada peniaga bahawa mereka tidak boleh sewenangnya menaikkan harga kerana terdapat saluran yang boleh digunakan kerajaan untuk membanteras tindakan peniaga tidak bertanggungjawab.

INFO

Suruhanjaya Persaingan Malaysia

- Ditubuhkan pada 1 April 2011 sebagai badan bebas untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010.

Page 50: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

15

- Peranan utamanya ialah untuk melindungi proses persaingan bagi manfaat syarikat perniagaan, pengguna dan ekonomi secara keseluruhannya.

- Menerima aduan, melaksanakan penyiasatan, mengenakan hukuman bagi sebarang pelanggaran terhadap amalan anti persaingan yang dilarang di bawah Akta Persaingan 2010.

- Ahli MyCC terdiri daripada pegawai kerajaan dan mereka yang berpengalaman dalam perniagaan, industri, perdagangan, undang-undang, ekonomi, pentadbiran awam, perdagangan adil, undang-undang persaingan, perlindungan pengguna atau kelayakan yang bersesuaian.

Page 51: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

16

Headline: 2014 lebih mencabar Publication: HM Date of publication: Jan 4, 2014 Section heading: Main Section Page number: 065 Byline / Author: Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri; Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor

Kuala Lumpur: Sektor hartanah tahun ini dijangka akan lebih mencabar berikutan langkah diperkenalkan kerajaan menerusi Bajet 2014, namun masih terdapat prospek positif terutama dari segi penyediaan rumah mampu milik.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, peratusan pemilikan rumah di Kuala Lumpur ialah 50 peratus walaupun penduduk di kota metropolitan mempunyai pendapatan perkapita yang tertinggi di Malaysia.

Katanya, sebahagian besar penduduk di Kuala Lumpur cenderung untuk menyewa memandangkan harga rumah yang tinggi dan di luar kemampuan mereka.

"Kebanyakan langkah yang diperkenalkan kerajaan menjurus ke arah menangani kegiatan spekulasi seperti peningkatan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) daripada 15 peratus kepada 30 peratus bagi tempoh pegangan tiga tahun pertama serta penghapusan skim insentif oleh pemaju perumahan (DIBS).

"Langkah ini jelas menunjukkan tahap serius masalah yang ditimbulkan oleh spekulator terhadap pasaran hartanah negara apabila peningkatan harga rumah sebanyak dua angka amat membebani bagi pembeli rumah yang mahu membeli kediaman sendiri untuk diduduki," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, Bank Negara Malaysia (BNM) juga memperkenalkan undang-undang yang ketat bagi meluluskan sesuatu pinjaman perumahan seperti menggunakan harga jualan bersih bagi tujuan pengiraan kadar nilai pinjaman serta mengehadkan tempoh pinjaman kepada 35 tahun.

Mohd Afzanizam berkata, oleh demikian, pemaju perumahan perlu merubah strategi perniagaan mereka dengan memberi fokus terhadap rumah mampu milik ini kerana permintaannya tinggi walaupun kadar marginnya rendah berbanding projek perumahan mewah.

Beliau berkata, ini sekali gus bagi mengelak situasi penawaran melebihi permintaan dalam pasaran hartanah (bubble burst) kerana ia risiko yang perlu diambil kira terutama bagi pembuat dasar, sama ada dari segi polisi fiskal mahupun dasar kewangan oleh BNM.

Page 52: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

17

"Walaupun dijangka bubble burst akan berlaku tahun ini, namun kegiatan ini tidak berlaku kepada semua segmen dan indeks harga rumah Malaysia sudah pun menunjukkan proses konsolidasi apabila indeks ini telah pun memperlahan dalam kadar yang beransur-ansur. Oleh itu, kebimbangan terhadap bubble burst mungkin agak terlalu ekstrem walaupun kebarangkalian untuk perkara itu berlaku masih ada.

"Kadar inflasi bagi 2014 juga dijangka meningkat daripada kadar semasa (dua peratus) dan ia menyebabkan peningkatan dalam harga seperti gula, minyak petrol, gas dan tarif elektrik. Jadi, pengguna dijangka akan lebih berhati-hati apabila berbelanja dan ini berkemungkinan menyebabkan pembeli menangguhkan niat mereka untuk membeli rumah berikutan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan," katanya.

Page 53: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

18

Headline: MyGST diguna April 2015 Publication: BH Date of publication: Jan 2, 2014 Section heading: Main Section Page number: 005 Byline / Author: Oleh Siti Rohana Idris

Tumpat: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan memperkenalkan perisian komputer khusus untuk memantau dan memudahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata sistem yang dikenali sebagai MyGST sedang diuji kelancaran dan kestabilannya sebelum diedarkan kepada kira-kira 300,000 peniaga berdaftar di seluruh negara.

"MyGST yang akan mengurus tadbir sistem percukaian GST, dibina dengan kos kira-kira RM100 juta.

"Jumlah pelesen (peniaga) ini satu bilangan yang besar, jadi kita kena pastikan sistem yang ada, mampu untuk mendaftar semua peniaga dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di Taman Perumahan Kastam Pengkalan Kubor di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan juga menyediakan subsidi kepada peniaga berdaftar untuk mendapatkan sistem komputer itu, bagaimanapun jumlahnya masih belum diputuskan.

"Sistem MyGST ditadbir urus oleh KDRM, cuma pelesen, kerajaan akan beri subsidi untuk beli perisian perakaunan, yang sesuai dengan sistem GST dan latihan juga akan diberi kepada mereka," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober lalu, berkata cukai tunggal GST pada kadar 6 peratus akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada. GST akan dikuatkuasakan pada 1 April, 2015.

Kutip hasil RM33.1 bilion

Dalam perkembangan lain, Khazali berkata, jabatannya berjaya mengutip hasil sebanyak RM33.1 bilion pada tahun lalu, meningkat 2.38 peratus berbanding 2012.

Selain itu, KDRM berjaya merampas dadah 1.6 tan bernilai RM114 juta yang cuba diseludup menerusi pintu masuk utama ke Malaysia, sepanjang tahun lalu.

Page 54: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

19

Berikutan itu, Khazali berkata, KDRM akan bekerjasama dengan polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) bagi memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan dan pintu masuk negara.

Page 55: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

20

Headline: Tempias Bajet 2014 Publication: HM Date of publication: Jan 1, 2014 Section heading: Main Section Page number: 059 Byline / Author: Oleh Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Industri perbankan dan ekonomi negara pada 2014 bakal menerima kesan daripada Belanjawan 2014 yang memberi fokus untuk membendung spekulasi harta, inflasi lebih pantas akibat rasionalisasi subsidi terutama bagi harga bahan api dan tenaga serta persediaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2015.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad (MAYBANK) Datuk Farid Alias berkata, inisiatif terbabit menyebabkan permintaan pinjaman isi rumah akan berada pada tahap sederhana, potensi tekanan dalam kualiti aset semasa peningkatan inflasi dan kecairan yang meningkatkan kos pembiayaan serta menyumbang kepada kemampanan margin faedah bersih.

"Faktor global seperti krisis hutang Eurozone, revolusi Arab, bajet Amerika Syarikat (AS), kebuntuan hutang siling dan kelembapan pertumbuhan ekonomi China dilihat turut menyumbang kepada situasi terbabit. Oleh itu, semua pemain utama perlu berhadapan dan menguruskan situasi ini dengan baik bagi memastikan industri perbankan negara terus mencatatkan pacuan positif," katanya.

Beliau berkata, tahun depan menyaksikan industri fokus kepada dasar monetori dan fiskal Amerika Syarikat (AS) dalam spekulasi penirusan pelonggaran kuantitatif (QE) daripada Rizab Persekutuan, tarikh tamat fiskal iaitu tempoh tamat pembiayaan Kerajaan Persekutuan AS pada 15 Januari ini dan penggantungan hutang siling sehingga 7 Februari 2014.

"Peristiwa itu dilihat mempunyai kesan besar kepada industri perbankan melalui pelbagai perubahan dalam aliran modal, mata wang dan pasaran kewangan di samping kemampanan pemulihan baru muncul di Eropah dan pelaksanaan pembaharuan ekonomi serta pengimbangan semula di China," katanya.

Farid berkata, industri perbankan global perlu mengendalikan landskap operasi yang diwarnai dengan perkembangan peraturan, peningkatan kuasa kawalan dan pandangan penyeliaan akibat krisis kewangan global yang merangkumi modal tinggi dan keperluan mudah tunai, kawalan dan had ke atas aktiviti tertentu seperti terbitan, perdagangan komoditi dan perbankan runcit.

Menurutnya, MAYBANK positif dengan tinjauan dasar dan ekonomi negara bagi tahun depan berdasarkan pacuan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada

Page 56: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

21

separuh kedua tahun ini di mana ia dijangka berada pada kadar lima peratus berbanding 4.5 peratus yang dianggarkan pada tahun ini.

Page 57: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

22

Headline: Rumah Transit ringan beban pasangan muda Publication: BH Date of publication: Dec 31, 2013 Section heading: Main Section Page number: 017

Mulai 2014, program Rumah Transit bagi pasangan yang baru berkahwin akan dilaksanakan bertujuan mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah, untuk memulakan kehidupan dan memiliki rumah sendiri di bandar.

Ia bakal diperkenalkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil di Kuala Lumpur dan akan menempatkan 632 pasangan kelamin muda.

Buat permulaan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak 632 unit rumah yang berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit di Blok L dan Blok M di PPR Pinggiran Bukit Jalil, untuk Program Rumah Transit.

PPR Pinggiran Bukit Jalil secara keseluruhannya merangkumi 12 blok dengan kapasiti 3,780 unit rumah, terletak di kawasan yang strategik, iaitu lebih kurang 15 minit dari pusat bandaraya dan hanya 5 minit dari Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata kadar sewa ditetapkan RM250 sebulan dengan setiap pasangan dibenarkan menyewa sehingga dua tahun dan tidak dibenarkan menyewa rumah berkenaan kepada orang lain.

Bukti keprihatinan kerajaan

Menyentuh kemudahan pengangkutan, Abdul Rahman berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang dalam perbincangan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi penyediaan bas feeder untuk tujuan pengangkutan ke stesen LRT Bukit Jalil. Abdul Rahman menyifatkan penyediaan rumah transit ini adalah usaha murni dan bukti keprihatinan Kerajaan dalam membantu golongan muda terutama yang berpendapatan rendah dan baru berkahwin.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 148 Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) akan ditubuhkan mulai Januari tahun depan bagi mengeratkan hubungan antara rakyat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Inisiatif KPKT bukan saja dapat mengukuhkan lagi hubungan baik antara kedua-dua pihak, malah ia selari Bajet 2014 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Oktober lalu.

Page 58: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

23

Abdul Rahman berkata, JPP turut menyediakan landasan rasmi kepada penduduk di bandar untuk mengutarakan masalah perbandaran dan berbincang dengan kerajaan secara lebih teratur, berstruktur dan rasmi.

Katanya, KPKT akan melantik pemimpin setempat sebagai pengerusi bagi mengetuai Jawatankuasa JPP di setiap zon.

"Jumlah JPP itu merangkumi semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta akan dikhususkan kepada negeri yang mempunyai Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Majlis Dewan Bandaraya.

Tubuh makmal khas

Bagi isu pengawalan dan penurunan harga rumah pula, Abdul Rahman berkata, satu Makmal Khas bagi Mengkaji Masalah Perumahan Negara diselaras untuk memberi maklumat yang boleh dimanfaatkan bagi merangka dasar baru harga rumah, malah satu Bengkel Inisiatif Menurunkan Harga Rumah turut dianjurkan KPKT untuk tujuan itu.

Makmal ini membabitkan semua pemain utama industri termasuk kerajaan, pemaju perumahan dan persatuan pembeli rumah bagi mencari penyelesaian terbaik, terutama untuk jangka pendek, supaya rakyat berpendapatan rendah serta sederhana mampu memiliki rumah sendiri.

Page 59: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

24

Headline: Pemberian bantuan akan diumum Publication: BH Date of publication: Dec 31, 2013 Section heading: Main Section Page number: 016

Putrajaya: Mekanisme pemberian bantuan persekolahan RM100 yang akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara selepas 15 Januari depan, akan diumumkan minggu ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata pengumuman itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan atau Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

"Menteri akan membuat pengumuman mengenai kaedah dan garis panduan pemberian bantuan itu.

"Semua pelajar akan mendapatnya termasuk di Sekolah Agama Rakyat, negeri dan sekolah swasta," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kurang beban kewangan

BH semalam melaporkan, Idris berkata, bantuan persekolahan RM100 akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara selepas 15 Januari depan.

Bantuan melalui peruntukan RM540 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014 itu bertujuan mengurangkan beban kewangan ibu bapa bagi sesi persekolahan 2014 yang akan dibuka pada minggu ini.

Sementara itu, Khair berkata, kementerian sentiasa bersiap sedia jika berlaku banjir yang menjejaskan sesi pembukaan sekolah minggu ini.

"Kita mahu pastikan sekolah dapat berjalan seperti biasa dan jika perlu, pelajar yang terjejas akan ditumpangkan di sekolah lain supaya mereka juga dapat belajar seperti biasa," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga sudah menyalurkan peruntukan kepada 249 sekolah yang terjejas akibat banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor, baru-baru ini.

Katanya, Muhyiddin akan ke Pahang hari ini bagi melihat sendiri keadaan dan persediaan menghadapi sesi persekolahan.

Page 60: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

25

Headline: GST - Pengguna perlu berpengetahuan Publication: BH Date of publication: Dec 31, 2013 Section heading: 1Klassifieds Page number: 015

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan kaedah yang dapat mengurangkan cukai korporat serta cukai pendapatan individu.

Walaupun maklumat tersebut tampak menarik bagi golongan yang terbabit namun pengetahuan rakyat tentang cukai tersebut masih di tahap sederhana.

Di dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia akan melaksanakan sistem GST mulai 1 April 2015.

Masa untuk cukai tersebut dijadikan sebahagian sistem percukaian kepada rakyat sebagai pengguna perkhidmatan dan pembelian masih panjang.

GST bukan cukai tambahan kepada cukai yang telah dikenakan kepada pengeluar barangan. Rakyat dimomokkan bahawa GST merupakan cukai berganda yang menyebabkan dompet rakyat menipis dan peniaga semakin kaya-raya.

Rakyat perlu difahamkan apakah perkara yang boleh dikenakan cukai dan apakah perkara yang tidak boleh dikenakan cukai. Buat masa ini maklumat yang diuar-uarkan, GST tidak akan dikenakan ke atas beberapa barangan makanan asas yang menjadi keperluan harian rakyat.

Jika makanan asas seperti beras menjadi nasi goreng dan diniagakan di restoran berhawa dingin sudah pasti harganya akan melambung. Dalam soal ini harga makanan itu sendiri sepatutnya lebih rendah.

Namun apabila dikaitkan dengan cukai perkhidmatan sudah pasti makanan yang tidak dikenakan cukai menjadi suatu yang boleh cukai kerana ia dijual di tempat yang istimewa dan selesa pula. Dalam soal ini jika tidak mahu dibebani GST makan sahaja di rumah dan di restoran tom yam yang berlambak di negara ini.

Pelaksanaan GST ini sebenarnya tidak patut dipolitikkan selagi Kerajaan Pusat mampu meningkatkan kecekapan pengurusan kementerian dan jabatan yang terlibat. Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Industri dan Asas Tani perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan perlaksanaan GST tidak menjadi dasar fiskal yang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu peniaga sedang pengguna terus ditekan secara langsung dan tidak langsung.

Page 61: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

26

Pemantauan teliti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia terhadap setiap syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu lebih telus agar rakyat negara ini tidak menjadi mangsa pihak-pihak yang sering sahaja mencari lompang-lompang (loop hole) dalam sistem penyampaian dasar Kerajaan.

Justeru, untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu oleh peniaga, penerangan dari semasa ke semasa yang lebih jelas kepada rakyat oleh Kementerian Kewangan perlu dibuat secara menyeluruh.

Kerajaan juga memperkenalkan program penampan yang lebih mantap untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar.

Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan sepertimana yang dilaksanakan di negara lain. Kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada GST.

Di dalam konteks Bajet 2014 penurunan kadar cukai tertentu untuk golongan sederhana amat dialualukan.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM300 untuk golongan muda dengan syarat tertentu, golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM3,000 mendapat BR1M sebanyak RM650 dan golongan berpendapatan sehingga RM4,000 mendapat BR1M sebanyak RM450 membuktikan Kerajaan Pusat benar-benar komited untuk membantu rakyat menyerap kenaikan harga barangan akibat pengurangan subsidi minyak petrol.

Mungkin bila GST dilaksanakan rakyat yang layak sama ada akan mendapat BR1M yang lebih tinggi atau sebaliknya. Berikan sistem ini peluang untuk membuktikan kebaikannnya.

Justeru, pembangkang sebagai pihak penyemak dan pengimbang (check dan balance) juga sepatutnya bersifat membantu Kerajaan dalam menerangkan isu GST kerana ia tidak wajar dipolitikkan kerana ia melibatkan ekonomi negara secara holistik.

Tidak perlu melihat semua perkara sebagai bola tanggung kerana jika GST tidak memberi faedah mengapa 160 negara di dunia sudah melaksanakannya. Cuba bersifat empati sekali ini. Jangan dikompromi perkara bersangkut-paut ekonomi kerana perlaksanaan GST dengan kerjasama semua pihak bukan sahaja memberi faedah kepada rakyat malah kepada pemimpin dan penyokong pembangkang itu sendiri.

TERBITAN PERSATUAN KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR; [email protected]

Page 62: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

27

Headline: Gula - Mentaliti rakyat terhadap budaya subsidi perlu diubah Publication: BH Date of publication: Dec 21, 2013 Section heading: 1Klassifieds Page number: 001

Dalam Bajet 2014 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan tentang pemansuhan subsidi gula sebanyak RM0.34 sen. Isu ini menjadi topik hangat diperdebatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Pelbagai reaksi yang mereka berikan, ada yang merungut dan ada yang menerima secara positif. Apa pun pandangan dan pendapat yang diberikan itu adalah perspektif masingmasing.

Kenaikan harga gula dan pemansuhan subsidi gula ini memang akan menimbulkan banyak tanda tanya dan ketidakpuasan hati tetapi jika rakyat memikirkan kebaikan masa panjang negara dan juga diri sendiri,mereka akan lebih bersikap terbuka untuk menerima perubahan ini.

Rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan budaya subsidi sebab itulah ramai yang tidak berpuas hati bila kerajaan memberitahu bahawa susbsidi gula akan dimansuhkan. Sebagai rakyat Malaysia kita jangan terlalu mengikut perasaan dan mendengar khabar angin yang tidak baik tentang pemansuhan subsidi gula ini.

Kita jangan terlalu berfikir dari sudut negatif sahaja.

Banyak perkara yang positif kerajaan cuba lakukan untuk rakyat Malaysia.

Isu penghapusan subsidi gula ini mungkin akan memberi kesan yang hebat terutamanya kepada para peniaga kerana mereka lebih banyak menggunakan gula lebih daripada orang biasa.

Oleh sebab itu, kita dapat lihat bahawa situasi di kedai makan yang akan menggunakan alasan harga makanan naik disebabkan harga gula naik. Kenaikan harga makanan adalah sesuatu yang biasa kerana kita terikat dengan harga dunia.

Kita selama ini tidak merasa kesannya kerana kerajaan telah lama memberi subsidi kepada kita.

Selain itu, apa yang rakyat perlu tahu adalah selepas penghapusan subsidi ini, gula tidak lagi menjadi bahan kawalan dan semuanya akan ditentukan mengikut permintaan - jika permintaan gula tinggi makan harganya akan meningkat dan jika permintaan terhadap gula kurang maka harga gula akan berada di tahap yang sama tetapi jangan risau kerana kerajaan akan sentiasa memastikan barang-barang asas ini sentiasa dikawal dari masa ke semasa dan subsidi akan diberi kepada golongan yang

Page 63: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

28

sepatutnya dapat dan memerlukan.

Rakyat perlu diajar dengan 'maksud' yang baik di sebalik tindakan kerajaan memansuhkan subsidi gula sebanyak RM0.34.

Setiap tindakan yang diambil, kerajaan sudah mengkaji baik dan buruknya. Kerajaan tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak tetapi kerajaan telah cuba sebaik mungkin untuk memastikan setiap rakyat Malaysia tidak terbeban dengan taraf hidup yang tinggi.

Rakyat sedia maklum bahawa tindakan kerajaan memansuhkan subsidi gula ini adalah bertujuan baik supaya rakyat lebih sihat dan bebas dari penyakit diabetes di mana statistik menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang sihat tidak mengalami penyakit kencing manis dan berat badan yang ideal hanya 56% sahaja dan selebihnya 2.6 juta rakyat menghidapi penyakit ini.

Selain itu, dengan pemansuhan subsidi gula ini harga gula akan kembali kepada RM2.84. Harga gula akan dirasakan mahal oleh pengguna secara tidak langsung pengguna akan menghadkan penggunaan gula dan menjalani kehidupan yang sihat.

Di Jepun kita dapat melihat bahawa rakyat sihat dan tidak menggunakan gula dalam makanan mereka kerana gula di sana sangat mahal. Ini bertujuan supaya rakyat dapat mengambil dan berfikiran positif langkah yang di ambil oleh kerajaan ini kerana kerajaan mahu rakyat Malaysia lebih sihat dan produktif untuk mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.

* TERBITAN PERSATUAN KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR; [email protected] (END)

Page 64: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

29

Headline: Bela semua golongan Publication: HM Date of publication: Oct 26, 2013 Section heading: Main Section Page number: 051 Byline / Author: Oleh Ibrahim Isa

Johor Bahru: Pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat semalam, bukan saja melegakan rakyat Malaysia, malah menggembirakan rakyat negeri ini apabila bantuan diberikan sebelum ini diperluaskan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Selain tumpuan diberikan kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang kini diperluaskan kepada pendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000, rakyat Johor lega apabila kerajaan turut menaikkan harga siling hartanah yang boleh dibeli warga asing daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri menyambut baik Bajet 2014 dibentangkan Najib yang bertemakan 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji'.

Menerusi pembentangan itu, katanya, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Najib terbukti sentiasa komited menjaga kebajikan rakyat berbilang kaum.

Menurut Mohamed Khaled, ia dilihat selari dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Sebagai Menteri Besar, saya memberi komitmen bahawa kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan bagi mencapai setiap matlamat dirancang demi kesejahteraan rakyat di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya.

"Prestasi ekonomi di Malaysia juga amat membanggakan apabila dalam tempoh separuh tahun pertama tahun ini, ia berkembang 4.2 peratus dan dijangka berkembang lebih kukuh pada kadar lima hingga 5.5 peratus pada 2014.

"Bajet 2014 ini bukan saja memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, malah membela golongan berpendapatan sederhana yang turut terkesan dengan situasi ekonomi tidak menentu," katanya.

Menurut Mohamed Khaled, ia terbukti apabila Kerajaan Persekutuan bersetuju memperluaskan pemberian BR1M kepada golongan berpendapatan sederhana.

Katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan dasar bagi memastikan rakyat mempunyai capaian dan keupayaan memiliki rumah sendiri dan menyokong langkah menaikkan

Page 65: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

30

Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) untuk membendung spekulasi harga rumah di pasaran, menyediakan bekalan unit perumahan mencukupi serta memperbetulkan mekanisme pembiayaan pembelian rumah.

Kenaikan harga minimum rumah yang boleh dibeli warga asing daripada RM500,000 kepada RM1 juta seunit, katanya, akan memantapkan lagi pasaran terutama di kawasan pembangunan pesat seperti Iskandar Malaysia.

"Selain itu, kita akan bekerjasama dengan agensi pelaksana seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) supaya unit rumah mampu milik dibangunkan menepati kesesuaian dan keperluan pengguna.

"Dana Mudahcara yang diperuntukkan sebanyak RM4 bilion bagi projek perumahan kos rendah dan sederhana membuktikan kerajaan komited dan mendengar keluhan hati rakyat berkaitan isu perumahan.

"Pengenalan GST juga disambut baik kerana ini dapat mengukuhkan lagi pengurusan fiskal ekonomi negara," katanya.

Menurut Mohamed Khaled, kerajaan negeri turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan untuk pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru bagi Johor Bahru Selatan dan Nusajaya.

Beliau berkata, ia membantu meningkatkan kecekapan pengurusan keselamatan dan perlindungan di Iskandar Malaysia seterusnya memelihara kesejahteraan rakyat serta keyakinan pelabur.

Page 66: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

31

Headline: Perjelas hasil penjimatan subsidi Publication: HM Date of publication: Dec 5, 2013 Section heading: Main Section Page number: 030

Kuala Lumpur: Sebahagian penjimatan subsidi negara diberi secara terus dalam bentuk bantuan tunai, manakala sebahagiannya digunakan bagi menampung pembiayaan program pembangunan kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, wang penjimatan itu turut merangkumi peruntukan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, pembangunan masyarakat bandar dan luar bandar serta menambah baik sistem pengangkutan awam.

"Sebagai contoh, menerusi Bajet 2014 kerajaan membina 50 klinik 1Malaysia dan 30 klinik desa yang baru, menambah bekalan ubat, peralatan perubatan dan 6,800 jururawat baru.

"Ini menunjukkan sumber kewangan daripada penjimatan berkenaan disalurkan ke arah meningkatkan kesihatan rakyat khusus di luar bandar," katanya menjawab pertanyaan lisan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) mengenai pembangunan di luar bandar hasil penjimatan RM3.3 bilion daripada pengurangan subsidi minyak baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan turut meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014.

Katanya, sebanyak RM4.1 bilion diperuntukkan untuk pelbagai program pembangunan luar bandar antaranya memperluas akses Internet di sekolah sebanyak RM168 juta dan menambah tiga Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan.

"Proses membaik pulih dan menaik taraf 437 kilometer jaringan jalan luar bandar di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM980 juta, manakala RM500 juta untuk projek Lebuhraya Pan Borneo," katanya.

Menurutnya, program bekalan air bersih dan terawat untuk 800 rumah di luar bandar memperuntukkan sebanyak RM457 juta, manakala RM75 juta untuk membekal tangki air di Sarawak.

"Program bekalan tenaga elektrik 24 jam kepada 16,000 rumah di seluruh negara diperuntukkan sebanyak RM865 juta dan RM265 juta lagi untuk mengatasi gangguan tenaga elektrik di Sabah," katanya.

Page 67: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

32

Headline: Penjimatan subsidi demi pembangunan Publication: BH Date of publication: Dec 3, 2013 Section heading: Bisnes Page number: 002 Byline / Author: Oleh Shahrizan Salian

Semakan semula subsidi elektrik dan gas adalah langkah positif dalam tempoh jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan persekutuan di samping menjamin kemapanan bekalan tenaga elektrik kepada pengguna domestik serta industri, kata ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata sebab utama tarif elektrik dinaikkan adalah bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan subsidi yang sekali gus boleh disalurkan semula bagi pembangunan sosial secara lebih menyeluruh.

Pada masa sama, beliau berkata semakan semula subsidi elektrik dan gas juga membolehkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang menanggung kos menjana elektrik yang tinggi mengukuh serta menstabilkan kedudukan kewangannya dan seterusnya membolehkan firma utiliti itu melaburkannya semula untuk menjana tenaga elektrik secara konsisten.

"Semakan semula perlu dilaksanakan bagi mengurangkan beban subsidi secara langsung dan tidak langsung yang ditanggung oleh kerajaan pada masa ini.

"Namun yang paling penting kos untuk menjana tenaga elektrik yang tinggi dapat dibahagikan secara adil kepada pengguna. Pada masa masa kerajaan memberi jaminan untuk terus melindungi kumpulan yang berpendapatan rendah," katanya semasa dihubungi BH di Kuala Lumpur, semalam.

Tarif elektrik meningkat

Kerajaan mengumumkan tarif elektrik akan meningkat pada purata 14.89 peratus di Semenanjung berkuat kuasa 1 Januari ini sebagai sebahagian langkah penyusunan semula subsidi kerajaan seperti diumumkan pada Bajet 2014.

Semakan semula itu akan membolehkan kerajaan menjimatkan kirakira RM4 bilion dalam bentuk subsidi untuk sektor tenaga pada tahun depan.

Yeah berkata, jaminan penyediaan tenaga elektrik yang konsisten adalah mustahak dalam memastikan sektor perindustrian terus rancak dan produktiviti mampu dikekalkan.

Page 68: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

33

"Kos penjanaan tenaga yang diuruskan secara cekap akan dapat diterjemahkan kepada produktiviti tinggi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka panjang. Dalam hal ini, kita mahu memastikan daya saing negara di peringkat antarabangsa akan terus dipertahankan dan diperbaiki," katanya.

Beliau menambah, tarif elektrik yang lebih tinggi akan memberikan kesan langsung kepada kenaikan inflasi pada tahun depan, namun arah alirannya bukan untuk tempoh yang lama.

"Inflasi akan meningkat pada tahun depan, berkemungkinan berpanjangan selama setahun namun ia bersifat sekali saja mengambil kira jika tiada semakan semula sekali lagi tarif elektrik dibuat sepanjang tempoh berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Barclays Capital, Rahul Bajoria berkata kenaikan tarif elektrik akan menaikkan inflasi yang menambah tekanan kepada bank pusat untuk menyemak semula dasar monetari buat kali pertama sejak Mei 2011.

Katanya, sebarang impak negatif kepada pertumbuhan bagaimanapun adalah terhad berikutan pengecualian meluas kepada pengguna.

Pertumbuhan kukuh

"Pertumbuhan di Malaysia secara relatifnya adalah kukuh dan dengan kegiatan global yang semakin meningkat, kami menjangkakan ekonomi negara ini mempunyai sokongan baik," katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata meskipun langkah yang diambil adalah tepat, kerajaan perlu membuat pilihan untuk mengutamakan program penyusunan subsidi mengikut keperluan daripada segi impak ekonomi.

"Dalam hal ini, kami percaya penyusunan semula subsidi bagi bahan bakar adalah kritikal berikutan sumbangannya tinggi dalam program subsidi keseluruhan.

"Satu dasar yang mempunyai hala tuju dan diberikan penerangan dengan baik akan dapat meminimumkan kesan serta persepsi negatif kerana dasar sedemikian bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan," katanya.

Page 69: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

34

Headline: Pastikan subsidi lebih mampan Publication: BH Date of publication: Dec 3, 2013 Section heading: Main Section Page number: 013

S: Mengapakah tarif elektrik perlu diselaras/dinaikkan?

J: Kerajaan tidak dapat meneruskan subsidi bahan api yang semakin meningkat. Negara perlu berganjak daripada memberikan subsidi menyeluruh kepada subsidi yang disasarkan sahaja. Menurut laporan 2011 Dana Matawang Antarabangsa (IMF), apabila negara berpendapatan rendah hingga sederhana mengamalkan subsidi menyeluruh, kira-kira 46 peratus daripada subsidi tenaga dinikmati oleh 20 peratus masyarakat berpendapatan tinggi dan hanya tujuh peratus sampai kepada penduduk berpendapat rendah. Penyelarasan tarif elektrik adalah salah satu langkah untuk menstruktur semula subsidi ke suatu bentuk yang lebih menuju ke sasaran dan lebih mampan.

S: Kami memahami bahawa ada rizab yang besar dalam bekalan elektrik. Adakah kami perlu membayar lebih untuk kapasiti berlebihan ini?

J: Selepas mengambil kira gangguan berjadual dan tidak berjadual serta nyahkadaran (derating), rizab sekarang adalah antara lima dan 21 peratus. stabil. Memandangkan pertumbuhan ekonomi negara masih pada trajektori positif, kapasiti berlebihan diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat. Loji mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina dan penimbal selesa diperlukan untuk mengekalkan daya harap bekalan tenaga, tanpa gangguan kepada pertumbuhan ekonomi masa hadapan. Menurut Pelan Pembangunan Tenaga Semenanjung Malaysia, rizab yang diramal bagi tempoh 10 tahun akan datang akan berkurangan daripada 16.4 peratus pada 2023, walaupun loji baru dibina.

S: TNB meraih keuntungan setiap tahun, oleh itu tidakkah kadar tarif elektrik harus diturunkan bagi membantu rakyat Malaysia menangani kos sara hidup yang tinggi dan bukan menaikkannya?

J: Benar, TNB meraih keuntungan. Ia membayar cukai dan prestasinya diukur mengikut tanda aras rakan tempatan dan global. Ia perlu memenuhi KPI. Keuntungan juga diperlukan untuk perbelanjaan modal bagi mengekalkan struktur modal efisyen, dan untuk penambahbaikan prestasi rangkaian (transmisi dan pengagihan). Pulangan TNB pada modal dilabur (ROIC) adalah di bawah kos dan keuntungan yang diperoleh lebih rendah berbanding perbelanjaan modal. Dalam lain perkataan, jika keuntungan TNB tidak berkembang - selaras dengan hutang dan asetnya - TNB tidak dapat berkhidmat dengan berkesan kepada pelanggan masa hadapan.

S: Adakah GST akan dikenakan ke atas bil elektrik?

Page 70: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

35

J: Menurut Bajet 2014, GST akan dikenakan ke atas semua pengguna berkuat kuasa April 2015. Bagaimanapun, pengguna domestik yang menggunakan 1-200 kWh sebulan tidak akan dikenakan GST. Lagipun, mereka tidak akan terjejas kerana kenaikan tarif akan berkuat kuasa mula 1 Januari 2014.

S: Mengapa saya harus menyumbang kepada tabung Tenaga Boleh Baharu (TBB) atau RE?

J: Tenaga Boleh Baharu (TBB) atau (RE) adalah agenda negara yang memerlukan penyertaan sepenuhnya daripada rakyat. Usaha membangunkan sektor TBB akan membantu kita mempelbagaikan campuran bahan api kita. Wang Tabung TBB akan diurus tadbir oleh Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) dan akan digunakan untuk membayar mereka yang terbabit dalam TBB yang menjana elektrik daripada sumber TBB melalui mekanisma Feed-in Tariff (FiT).

S: Ada dakwaan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) meraih keuntungan besar-besaran sambil menikmati subsidi gas. Adakah ini benar?

J: Tidak, perkara ini tidak benar kerana IPP tidak mendapat manfaat daripada sebarang subsidi. Pengguna elektrik menikmati faedah subsidi gas melalui subsidi tarif elektrik. Keuntungan IPP dan TNB tidak mempunyai kaitan langsung dengan harga gas, kerana ini adalah kos lalu (pass-through cost).

S: Pihak Pembangkang dan orang ramai sering bertanya mengapakah IPP dibenarkan membeli LNG dengan diskaun 80 peratus, tetapi rakyat masih terpaksa membeli petrol dengan kenaikan harga?

J: IPP tidak menikmati sebarang faedah daripada subsidi gas. Pengguna elektrik menikmati faedah harga terkawal gas yang ditetapkan oleh kerajaan yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Bagi LNG pula, ia dibeli mengikut harga pasaran antarabangsa.

* Sumber MyPower Corporation

* Lagi laporan di B1, B2

Page 71: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

36

Headline: Kikis tabiat gemar minuman, makanan manis Publication: BH Date of publication: Nov 30, 2013 Section heading: Main Section Page number: 041 Byline / Author: Oleh JC Chua

Pemansuhan subsidi gula dalam Bajet 2014 adalah langkah bijak kerajaan dan harus disambut baik memandangkan penggunaan berlebihan bahan pemanis berkenaan mendatangkan pelbagai kesan negatif di samping membebankan tanggungan kewangan kerajaan.

Kajian menyatakan umur rakyat menghidap penyakit kencing manis makin muda iaitu pesakit yang direkodkan seawal 12 tahun. Ini adalah perkembangan yang cukup membimbangkan.

Walaupun terdapat suara bantahan pemansuhan subsidi gula, kerajaan harus tegas dalam hal ini untuk menggalak rakyat mengurangkan pengambilan gula demi kesihatan.

Pada pendapat saya, untuk mengikis tabiat rakyat mengambil makanan dan minuman yang terlampau manis, pemansuhan subsidi belum lagi memadai. Kenaikan harga secara berperingkat pada masa depan boleh dipertimbangkan.

JC Chua,

Georgetown, Pulau Pinang.

Page 72: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

37

Headline: Bayar bonus 2 Januari Publication: BH Date of publication: Nov 30, 2013 Section heading: Main Section Page number: 002 Byline / Author: Oleh Nazura Ngah

Kuala Lumpur: Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2014, akan dibayar pada 2 Januari tahun depan.

Imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi itu dibayar sebagai penghargaan kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan serta akan dibayar berdasarkan gaji Disember ini atau gaji akhir bulanan yang diterima tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata imbuhan tahunan dibayar kepada pegawai kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional, manakala bayaran khas prestasi untuk pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi.

Beliau berkata, pegawai yang layak menerima imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi ialah pegawai lantikan tetap, sementara, kontrak, guru interim, pegawai bercuti separuh gaji dan pegawai yang bercuti tanpa gaji bukan sepanjang tahun.

Turut layak menerima bonus ialah pekerja sambilan harian yang tempoh kontraknya berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun ini.

Bayaran imbuhan

"Pembayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi 2013 adalah menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada bulan pembayaran.

"Bagi pegawai yang bersara atau meninggal dunia pada tahun ini, bayaran imbuhan atau bayaran khas prestasi adalah menjadi tanggungan jabatan terakhir pegawai itu berkhidmat," katanya menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 32 Tahun 2013 yang dimuat naik di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semalam.

Mohamad Zabidi berkata, pegawai yang tidak layak menerima imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi termasuk pegawai yang berkhidmat kurang 30 hari berturut-turut, pegawai yang bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, badan antarabangsa dan syarikat swasta sepanjang tahun ini.

Kategori tak layak

Page 73: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

38

Turut tidak layak ialah pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib, selain hukuman amaran tahun ini, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dan pegawai yang meletak jawatan tahun ini.

"Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan dikeluarkan Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi.

"Pegawai terbabit hanya layak dibayar jika Pihak Berkuasa Tatatertib mendapatinya tidak bersalah atau hanya dikenakan amaran," katanya.

Mohamad Zabidi berkata, penerimaan pakai pekeliling perkhidmatan itu tertakluk pihak berkuasa masing-masing dan peruntukannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Page 74: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

39

Headline: Harga hartanah naik sederhana kesan RPGT Publication: BH Date of publication: Nov 28, 2013 Section heading: Bisnes Page number: 004

Harga hartanah tempatan dijangka meningkat sehingga enam peratus tahun depan, kata Pengarah Negara HomeGuru Sdn Bhd, Gerard Kho.

Beliau berkata, kenaikan sederhana seperti unjuran tahun ini iaitu sekitar lima hingga enam peratus adalah susulan pelaksanaan Kadar Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) dan larangan penggunaan Skim Tanggungan Faedah oleh Pemaju (DIBS).

Kurang aktiviti pembinaan

Katanya, pelaksanaan RPGT dan pemansuhan DIBS bermula tahun depan akan meredakan pasaran serta mengurangkan aktiviti pembangunan oleh pemaju sedangkan permintaan kekal kukuh sekali gus menyebabkan harga hartanah meningkat secara sederhana.

"RPGT tidak akan mengekang kenaikan harga sebaliknya akan mengurangkan aktiviti spekulasi. Ia bagaimanapun memberi impak positif iaitu meningkatkan penyertaan pembeli sebenar dalam industri hartanah," katanya kepada media selepas Forum Prospek Pemaju Hartanah PropertyGuru 2014 di Petaling Jaya, semalam.

Forum anjuran HomeGuru, pengendali portal hartanah terkemuka, PropertyGuru.com.my menampilkan tujuh panel antaranya Pengurus Besar Trinity Group, C Y Ng; Pengarah Urusan Andaman Group, Datuk Seri Dr Vincent Teow; Ketua Eksekutif Zerin Properties, Previndran Singhe; Ketua Pegawai Operasi Henry Butcher Malaysia, Tan Chee Meng; Timbalan Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA) Perak, Raymond Chan; dan Ketua Eksekutif Dynasty View Sdn Bhd, K K Wong.

Naik 30 peratus

Dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu, kerajaan akan menaikkan RPGT kepada 30 peratus bagi hartanah yang dijual dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun, manakala pelupusan dalam tempoh empat dan lima tahun, kadarnya dinaikkan kepada 20 peratus dan 15 peratus.

Ia adalah bagi meningkatkan kemampuan rakyat membeli rumah dan memastikan harga rumah stabil serta mengekang aktiviti spekulasi yang keterlaluan.

Bagi pemansuhan DIBS pula, ia dibuat selepas mendapati pemaju perumahan menggunakan pelbagai taktik menerusi skim seumpama ini untuk mengaburi pembel

Page 75: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

40

dan menarik perhatian orang ramai bagi melariskan produk hartanah mereka.

Sementara itu, Wong berkata, langkah kerajaan menggalakkan pembinaan rumah mampu milik akan menyebabkan lambakan hartanah berkenaan di pasaran tetapi ia adalah petanda positif jika berlaku.

Katanya, lambakan rumah mampu milik yang dibangunkan pemaju akan meningkatkan akses pembeli kepada hartanah berkenaan.

"Ia (lambakan) bagus kerana pada masa ini permintaan untuk rumah mampu milik melebihi penawaran. Malah, Malaysia juga masih memiliki tanah yang boleh dibangunkan kediaman jenis itu," katanya.

Sementara itu, forum kali kedua dianjurkan PropertyGuru.com.my menyentuh pelbagai topik penting sektor hartanah termasuk RPGT, DIBS, GST dan projek hartanah mampu milik.

Page 76: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

41

Headline: Kadar faedah pinjaman tinggi membebankan Publication: BH Date of publication: Nov 28, 2013 Section heading: Main Section Page number: 040 Byline / Author: Oleh Kakitangan Awam Perak

Usaha Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon pertimbangan kerajaan untuk menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan awam kepada satu peratus mulai tahun hadapan amatlah bertepatan dengan situasi harga rumah yang melambung di pasaran pada masa kini.

Walaupun perkara ini tidak disentuh dalam pembentangan Bajet 2014, ia amat wajar diteliti untuk pertimbangan pihak kerajaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam pada masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada CUEPACS yang amat prihatin dan peka kepada nasib penjawat awam di negara ini.

Harga rumah mahal

Jika Ketua Setiausaha Negara (KSN) pun mengatakan harga rumah di Putrajaya mahal, apatah lagi penjawat awam yang bergaji rendah dan berada pada hieraki jawatan terbawah.

Pada hemat saya, melalui pengurangan kadar faedah dapat mengurangkan beban kewangan penjawat awam untuk memiliki rumah. Ansuran bulanan empat peratus berdasarkan pinjaman selama 25 tahun, maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak 100 peratus. Jika 30 tahun maka mereka perlu membayar lebihan sehingga 120 peratus.

Jika sesebuah rumah berharga RM170,000, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM340,000. Melalui penurunan kadar faedah kepada satu peratus menyebabkan jumlah yang perlu dibayar akan berkurang kepada 75 peratus jika pinjaman selama 25 tahun bagi maksud yang sama.

Saya merayu pertimbangan kerajaan bagi membulatkan tekad penjawat awam untuk memiliki rumah terutama di bandar besar. Lambungan harga dan kadar faedah yang tinggi menyebabkan beban penjawat awam menjadi berganda-ganda dan menipiskan peluang mereka untuk memiliki kediaman sendiri.

Mereka juga terpaksa berhutang membeli kenderaan dengan bayaran ansuran selama tujuh hingga sembilan tahun.

Kenaikan gaji maksimum tak jelas

Page 77: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

42

Pengumuman kerajaan berkaitan kenaikan gaji maksimum pula tidak begitu jelas kerana bukan semua yang berkhidmat dalam sektor awam mendapat faedah daripadanya.

Pada hemat saya, bukan gaji maksimum yang patut dinaikkan oleh pihak kerajaan tetapi gaji permulaan dinaikkan seperti amalan sebelum ini yang dapat menggerakkan gaji semua kakitangan.

Pengumuman dua kenaikan gaji (KGT) juga tidak menjelaskan golongan mana yang mendapat faedah kerana Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam tidak menyebut perkara ini sama ada untuk semua penjawat atau yang terbabit dalam penambahbaikan skim tertentu sahaja.

Mohon penjelasan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kakitangan Awam Perak

Page 78: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

43

Headline: Pengkhianat negara Publication: HM Date of publication: Nov 25, 2013 Section heading: Main Section Page number: 016 Byline / Author: Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan rakyat yang mengelak membayar cukai walaupun layak berbuat demikian boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.

Ini kerana, katanya, membayar cukai juga termasuk dalam satu dasar dan prinsip patriotsme sama seperti mereka yang berjuang menjaga keamanan dan menegakkan kedaulatan negara.

"Dengan membayar cukai, rakyat membantu negara meneruskan kelangsungan pembangunan ekonomi bagi mengukuhkan negara. Apabila kita lunaskan tanggungjawab untuk negara, itu satu semangat patriotik.

"Bila bayar cukai kita tolong rakyat dan tolong negara, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita lebih berjaya," katanya ketika berucap pada perasmian penutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat PENA.

Seminar pertama daripada 15 siri itu membincangkan tiga perkara utama iaitu kebaikan sistem cukai GST, Bajet 2014 serta perbincangan berhubung Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Siri jelajah PENA diteruskan di peringkat negeri bagi membincangkan serta memberi penjelasan tiga perkara utama yang dijangka dilaksanakan sehingga Februari tahun depan.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu GST, Najib berkata, dengan pelaksanaannya negara mempunyai sumber kewangan dan hasil lebih baik untuk memacu pembangunan negara.

Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutama dalam membangunkan kemudahan infrastruktur.

Page 79: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

44

"Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara yang mana kampung tradisional, bandar kecil bertukar wajah.

"Kita nak jalan raya baru, sekolah dan universiti baru dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

"Pilihannya dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini," katanya.

Mengenai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Najib berkata, pembangunan ekonomi Bumiputera bukan bersifat rasis, sebaliknya segala pelan agenda yang direncanakan untuk Bumiputera adalah agenda nasional.

Beliau menegaskan tidak wujud keadilan sosial jangka panjang jika kaum majoriti di negara ini termasuk golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak diberikan perkongsian kekayaan negara secara adil walaupun hak dan tuntutan kumpulan minoriti didengari.

"Kalau kelompok ini (Bumiputera) kelompok majoriti, tidak dapat perkongsian kekayaan negara secara adil dan saksama, bererti ini bukan keadilan sosial dan tidak menyumbang kepada kestabilan jangka panjang negara kita.

"Jangan sebut 'affirmative action' (layanan sama rata) pada golongan minoriti saja. Apa akan terjadi kepada negara ini jika golongan majoriti terbiar dan dipinggirkan," katanya.

Page 80: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

45

Headline: Elak cukai khianati negara Publication: BH Date of publication: Nov 25, 2013 Section heading: Main Section Page number: 002 Byline / Author: Oleh Hassan Omar

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan rakyat yang mengelak daripada membayar cukai sebagai pengkhianat negara.

Perdana Menteri berkata, kewajipan membayar cukai satu daripada semangat patriotik, iaitu melaksanakan tanggungjawab kepada negara demi kebaikan semua.

Patriotisme tidak semestinya hanya dengan menghunus senjata untuk mempertahankan tanah air, katanya.

"Saya tidak pernah sebut sebelum ini. Apa definisi patriotisme? Apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara demi kebaikan semua. Kalau kita boleh menghunuskan senjata (untuk membela tanah air), hunuskanlah.

"Kewajipan membayar cukai juga adalah patriotisme. Mengelak daripada membayar cukai adalah pengkhianatan kepada negara," katanya berucap merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Pengerusi Sekretariat PENA, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad dan Ketua Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera Jabatan Perdana Menteri, Husni Salleh.

Seminar sehari itu memberi penjelasan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat mengenai Cukai Barangan serta Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015, Bajet 2014 dan Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera.

Program itu adalah yang pertama dalam siri penerangan ke seluruh negara sehingga Februari depan.

Ia dimulakan dengan Khazali memberi penjelasan mengenai kesan GST terhadap masyarakat, diikuti penjelasan mengenai Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera oleh Husni.

Biaya program

Page 81: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

46

Najib berkata, daripada 14 juta tenaga kerja di negara ini, hanya 1.34 juta atau 10 peratus yang layak membayar cukai dan hasil pendapatan kerajaan itu diguna untuk melaksanakan pelbagai program ekonomi, infrastruktur, pendidikan dan sosial rakyat.

"Kita nak jalan raya baru, sekolah dan universiti baru dan ini memerlukan peruntukan lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

"Pilihannya adalah dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara akan menurun, kita akan muflis, rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini," katanya.

Perdana Menteri berkata, rakyat tidak perlu takut dengan GST.

"Kalau harga barangan naik pun, hanya sedikit. Hendak kata harga barang tidak naik langsung, itu mustahil. Saya jamin rakyat akan mendapat faedah GST," katanya.

Mengenai Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera, Najib berkata, ketika ditemubual CNN di London, baru-baru ini, beliau menjelaskan, 67 peratus penduduk negara ini adalah Bumiputera dengan 59 peratus daripadanya Bumiputera Islam yang perlu diberikan keadilan untuk berkongsi peluang ekonomi dengan kaum lain.

Keadilan social

"Apa akan jadi kalau golongan majoriti ini terpinggir? Sudah tentulah tidak wujud keadilan sosial dan sama sekali tidak akan memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi pada masa depan.

"Kita hendak tolong Bumiputera yang rajin bekerja. Falsafah keadilan untuk semua bangsa sudah ditentukan dalam Islam.

"Adakah anak yang dilahirkan Ulu Jerantut mendapat peluang untuk berjaya sama dengan anak yang dilahirkan di Damansara?

"Sudah tentu tidak. Oleh itu, kita harus menyediakan peluang yang sama rata," katanya.

Page 82: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

47

Headline: PM bertemu ahli Kabinet perhalusi bajet Publication: BM Date of publication: Nov 24, 2013 Section heading: Main Section Page number: 005

Ipoh: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengadakan pertemuan dengan semua anggota Kabinet, Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan kerajaan pada 11 Disember ini bagi memperhalusi Bajet 2014 untuk memastikannya dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pertemuan itu diadakan kerana Najib selaku Menteri Kewangan pertama mahu memastikan segala perancangan dan cadangan dalam bajet, berjalan lancar dan mencapai matlamat terhadap golongan sasar.

Katanya, berbanding sebelum ini peruntukan bajet diserahkan kepada setiap kementerian untuk dilaksanakan secara bersendirian, kali ini Perdana Menteri sendiri akan meneliti setiap perancangan dibuat semua kementerian bagi memastikan ia benar-benar dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa ketirisan.

"Kita sedang menyediakan semua perkara yang ada dalam bajet membabitkan setiap kementerian dan Perdana Menteri melihat secara terperinci setiap bajet diperuntukkan. Sebagai contoh, kita ingin mengetahui bila ia akan dilaksanakan, masalah yang dijangka dan bagaimana mereka menanganinya serta tarikh dijangka siap," katanya.

Page 83: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

48

Headline: Jangan takut GST Publication: HM Date of publication: Nov 23, 2013 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed

Tindakan pihak kerajaan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 2015 terus mencetuskan pelbagai reaksi, spekulasi serta tohmahan, tuduhan dan juga fitnah.

Pihak yang tidak bersetuju dengan GST ini, yang tidak dapat melihat kebaikan GST dalam konteks lebih luas dan kebaikan jangka panjang kepada rakyat dan ekonomi negara terus mengelirukan masyarakat agar rakyat marah dan benci dengan tindakan kerajaan itu.

Ternyata kebanyakan daripada kita lebih kepada mendengar cakap orang, terikut-ikut dengan cerita yang dibawa dan dicanangkan oleh satu pihak saja tanpa membuka mata dan minda untuk mengkaji sejauh mana segala tuduhan terbabit ada nilai kebenaran di sebaliknya.

Sewajarnya sebagai masyarakat yang matang kita perlu menilai terlebih dulu sesuatu polisi mahupun dasar yang diperkenalkan pihak kerajaan sebelum menjatuhkan hukumannya. Bak kata pepatah Inggeris 'don't judge a book by its cover'.

Dalam hal seperti ini kita perlu tolak jauh mainan emosi dan perasaan yang cuba ditanamkan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik dan kepentingan peribadi.

Hakikatnya GST hanya akan berkuat kuasa pada 1 April 2015 maka kita masih mempunyai masa yang secukupnya untuk menilai segala kebaikan dan kelemahan GST ini seterusnya boleh memajukan maklum balas mahupun cadangan kepada pihak kerajaan sebelum dilaksanakan kelak.

Kita yakin kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan maklum balas daripada rakyat. Penulis percaya masih ramai dalam kalangan kita belum memahami maksud sebenar GST serta kenapa ia perlu diperkenalkan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 mengemukakan cadangan kerajaan memansuhkan cukai jualan dan perkhidmatan dan digantikannya dengan GST mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan.

Page 84: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

49

Cukai ini dibayar apabila pengguna berbelanja. GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang sedia ada sekarang. Secara prinsipnya GST untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisien, telus dan mesra perniagaan.

Hakikatnya GST adalah sistem percukaian lebih baik dan lebih adil berbanding CJP. Antara faedah nyata GST ialah, dapat mengurangkan kos perniagaan. Rakyat kita yang terbabit dalam dunia perniagaan pasti akan memperoleh manfaat besar melalui GST ini.

Misalnya di bawah CJP peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun, dengan GST, peniaga akan mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah/barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan.

Ringkasnya, situasi ini membolehkan kos perniagaan menjadi lebih rendah. Dalam hal ini, isu yang sering dibangkitkan malah mengelirukan majoriti rakyat ialah apakah pengurangan kos perniagaan itu perlu dan akan ditanggung pula oleh pengguna?

Jawapannya tidak kerana kita perlu ingat bahawa GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Justeru, pengguna akan membayar harga lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST.

GST lebih telus daripada CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang yang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai perlu dibayar.

Hakikatnya selepas mengambil kira senario semasa di peringkat serantau dan global pengenalan GST dilihat sebagai satu keperluan dan bukan lagi pilihan.

Menurut Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid, Malaysia berada dalam zon kritikal sekiranya tidak melaksanakan GST kerana ia keperluan signifikan kerajaan, selain mempunyai kesan jangka panjang.

Tambah beliau lagi, GST secara umumnya lebih meringankan bebanan rakyat berbanding cukai jualan dan perkhidmatan yang dilaksanakan di premis premium dan premis perkhidmatan selama ini.

Kita juga perlu ambil peringatan dan pengalaman negara luar dalam hal ini di mana kebanyakan negara maju dan serantau sudah lama melaksanakan sistem cukai ini. Sehingga kini, lebih 160 negara di seluruh dunia melaksanakan GST di negara masing-masing. Antara negara maju yang sudah pun melaksanakan GST adalah United Kingdom, Jepun, Jerman, Sweden, Belanda, Denmark dan Singapura. Di ASEAN hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei belum melaksanakannya.

Penulis Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

Page 85: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

50

Headline: Penerima BR1M dilindungi insurans

Publication: BH Date of publication: Nov 23, 2013 Section heading: Main Section Page number: 002 Byline / Author: Oleh Badrul Kamal Zakaria

Pontian: Kira-kira 5.9 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menerima manfaat khairat kematian RM30,000 menerusi caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata pihaknya kini dalam proses rundingan dengan beberapa konsortium syarikat insurans untuk tujuan itu.

Bela kebajikan rakyat

"Langkah kerajaan untuk menyediakan kemudahan insurans ini bertujuan membela kebajikan rakyat, khususnya kepada penerima BR1M sekiranya mereka ditimpa sebarang kejadian tidak diingini seperti kematian atau hilang keupayaan untuk bekerja.

"Insurans ini akan diperluaskan kepada semua penerima BR1M bermula tahun depan. Bagaimanapun, penerima BR1M kategori individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM2,000 tidak layak," katanyaselepas menghadiri Karnival Keusahawanan dan Khidmat Masyarakat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dataran Datuk Jalok, Benut di sini, semalam.

Ketika membentangkan Bajet 2014 pada bulan lalu, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan menaikkan nilai BR1M, memperluaskan pemberiannya dan mencadangkan i-BR1M dengan peruntukan RM4.6 bilion yang dijangka memanfaatkan 7.9 juta penerima.

Perdana Menteri berharap i-BR1M memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Page 86: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

51

Headline: 100 skim perkhidmatan dikaji semula Publication: HM Date of publication: Nov 22, 2013 Section heading: Main Section Page number: 016

Putrajaya: Sebanyak 100 skim perkhidmatan sudah dikenal pasti untuk dikaji mulai awal tahun depan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Menurutnya, kajian skim perkhidmatan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan perkhidmatan awam mempunyai modal insan kompeten dan seiring dengan keperluan merealisasikan wawasan negara.

"Seperti mana pelaksanaan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan sebelum ini, kajian itu juga akan dirundingi dengan pihak berkepentingan iaitu Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan kesatuan yang berkaitan.

"Oleh itu, bagi skim perkhidmatan lain yang tidak terbabit dalam kajian tahun ini, kajian akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Sektor Awam 2013 di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Ali berkata, proses penambahbaikan skim perkhidmatan awam itu satu proses berterusan dan pihaknya menjangkakan ia dapat diselesaikan menjelang pertengahan 2015 dengan 81 penambahbaikan tahun ini serta 100 lagi akan disempurnakan pada awal tahun depan.

Menerusi ucapan Bajet 2014 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekalkan modal insan terbaik dalam perkhidmatan awam, selain memantapkan fungsi perkhidmatan, menambah baik laluan kerjaya serta mobiliti pegawai awam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ali berkata, penambahbaikan itu membabitkan 613,743 penyandang dengan peruntukan tambahan RM31 juta setahun.

Katanya, bermula 22 Oktober lalu, taklimat secara berasingan bagi memberikan penerangan terperinci pelaksanaan pekeliling perkhidmatan dikeluarkan sudah diadakan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian/Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri/Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan, pengurus sumber manusia Kementerian/agensi persekutuan dan negeri serta CUEPACS dan kesatuan penjawat awam.

Page 87: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

52

Headline: Harap pertumbuhan ekonomi lebih mapan Publication: BH Date of publication: Nov 18, 2013 Section heading: Main Section Page number: 026 Byline / Author: Oleh Muhammad Muzakkir

Dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang terus mapan, berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sudah membentangkan Bajet 2014 dengan bermatlamatkan Memakmurkan Negara dan Mensejahtera Rakyat.

Najib menggariskan lima teras utama iaitu merancakkan aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengungguli modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar serta mensejahtera kehidupan rakyat.

Dari sudut prestasi ekonomi pada 2013, dalam tempoh separuh pertama tahun ini, ekonomi negara berkembang 4.2 peratus, ekonomi dunia pula berkembang perlahan dengan kadar 2.9 peratus. Malaysia tidak terkecuali daripada tempias kelembapan ekonomi global.

Seterusnya, peruntukan bagi Bajet 2014 ialah sebanyak RM264.2 billion yang lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk perbelanjaan iaitu RM217.7 billion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM46.5 billion bagi pembangunan.

Daripada peruntukan itu, ia disediakan untuk sektor ekonomi, sosial dan pelbagai lagi perbelanjaan. Kerajaan Persekutuan menjangkakan kutipan hasil sebanyak RM224.1 billion pada 2014 dan memperoleh tambahan RM4 billion berbanding 2013.

GST dapat ulasan banyak pihak

Seterusnya, dalam teras pertama iaitu merancakkan aktiviti ekonomi, menarik untuk saya ulas mengenai pelaburan awam dan swasta. Dalam bajet ini, Kerajaan Persekutuan menetapkan RM189 billion bagi pelaburan swasta, sementara RM106 billion bagi pelaburan awam.

Antara projek yang bakal dilaksanakan bagi pelaburan awam ialah pembinaan Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Taiping, pembinaan landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar dan kemudian dari Gemas ke Johor Bahru.

Bagi mengukuh pengurusan fiskal, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjadi keutamaan. Walaupun tarikh pelaksanaannya bermula 1 April 2015, tetapi perancangannya mendapat kritikan dan ulasan daripada banyak pihak.

Page 88: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

53

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain, berkata antaranya rakyat hanya perlu membayar GST enam peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.

Memang tidak dinafikan bahawa pelaksanaan GST juga akan menaikkan harga sebahagian barang dan pastinya membawa kesan kepada golongan bawahan.

Bagaimanapun, kerajaan sentiasa memantau agar kehidupan rakyat tidak terjejas. Muhammad Muzakkir Setiausaha Agung Ikatan Studi Islam UKM

Page 89: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

54

Headline: GST boleh bantu kerajaan tambah hasil Publication: BH Date of publication: Nov 7, 2013 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Redza Joned

Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik perbincangan isu mengenai penghapusan subsidi gula dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

Apa yang pasti ialah bajet itu mengambil kira pendapat banyak pihak sebelum dibentangkan untuk diluluskan oleh Parlimen. Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan sendiri sudah mengambil inisiatif bagi memastikan bajet berkenaan dapat memuaskan hati semua pihak.

Membelanjakan wang hasil negara mengikut sektor nampak mudah, tetapi kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara sukar diramal. Kadang-kadang faktor harga minyak dunia, situasi politik dalam negara dan dunia yang tidak menentu memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi.

Bukan semua ahli politik bijak menjana ekonomi negara, lebih-lebih lagi jika ekonomi dunia gawat. Contohnya, semasa krisis kewangan pada 1998, negara hampir meminjam daripada Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF), tetapi kecekapan Perdana Menteri ketika itu berjaya mengatasi krisis itu.

Apabila negara berhutang, ia bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membayarnya, tetapi juga setiap rakyat.

Kutipan cukai tinggi

Harus diingat punca pendapatan negara selain daripada pinjaman, ia datang daripada sumber cukai. Jika jumlah kutipan cukai tinggi bermakna sumber hutang boleh dikurangkan.

Perbelanjaan luar jangkaan seperti bencana alam, perang, operasi menyelamat, serangan virus dan penyakit dan sebagainya memerlukan wang yang banyak.

Pada masa sama, rakyat juga memerlukan wang, bantuan dan sebagainya. Jika rakyat terpaksa berhutang untuk membeli keperluan hidup, kerajaan juga terpaksa meminjam untuk mengurus dan membina negara. Begitulah kiasannya.

GST boleh membantu kerajaan menambah hasil. Namun pada masa sama, rakyat juga terpaksa berhutang sana sini untuk hidup seperti membeli rumah, kereta dan sebagainya.

Page 90: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

55

Justeru, saya berharap pengenalan cukai GST dapat memberikan situasi menang-menang kepada kerajaan dan rakyat. Faedahnya boleh dirasai oleh setiap lapisan rakyat.

Apapun, pemansuhan subsidi gula tidak menyebabkan rakyat terpaksa berhutang untuk membelinya. Redza Joned Taman Meranti, Sik

Sumber : http://emedia.com.my/ Tarikh Akses : 26 Januari 2014

Page 91: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

1

BAJET 2014 DBKL RM2.79 BILION - AHMAD PHESAL

Date: 24-12-2013 Author: / RMI RV RS PHESAL-BAJET KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tahun 2014 ialah RM2.79 bilion, peningkatan 20.6 peratus berbanding Bajet 2013 iaitu RM2.31 bilion. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib ketika mengumumkan bajet DBKL berkata bajet kali ini bertemakan Bandaraya Lestari Wargakota Sejahtera dan memberi tumpuan kepada usaha memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan meningkatkan kesejahteraan 1.7 juta warga kota. "Daripada jumlah keseluruhan Bajet DBKL sebanyak RM2.79 bilion, RM1.499 bilion disediakan bagi peruntukan mengurus manakala RM1.290 bilion pula ialah untuk peruntukan pembangunan," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini. Jelas beliau, secara keseluruhan DBKL akan mengalami bajet defisit sebanyak RM292.7 juta dan ia akan ditampung oleh rizab pembangunan sedia ada. Ahmad Phesal berkata, DBKL dijangka memperolehi hasil sebanyak RM2.13 bilion dan cukai taksiran merupakan hasil utama yang menyumbang sebanyak 56 peratus daripada hasil keseluruhan DBKL. Penilaian semula hartanah yang akan dilaksanakan pada tahun depan ke atas 500,000 unit pegangan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka menambah hasil cukai taksiran sebanyak RM200 juta setahun, katanya. Menurut beliau, DBKL akan melaksanakan projek pembangunan mampu milik dan pembelian perumahan harga sederhana dengan kos projek RM115 juta. "Peruntukan sejumlah RM3 juta disediakan pada 2014 bagi menjayakan tiga projek iaitu rumah mampu milik Kampung Wirajaya di Setapak, rumah mampu milik Indian Settlement Kampung Pandan dan pembelian 200 unit rumah kos sederhana daripada pemaju swasta," tambah Ahmad Phesal. Sebanyak RM6.75 juta pula diperuntukkan bagi mengawal penularan wabak denggi dan masalah yang berpunca dari nyamuk dan tikus, katanya. Beliau berkata, DBKL juga memperuntukkan RM63 juta bagi program pemindahan sampah di Taman Beringin dan pelupusan sampah di Bukit Tagar Sanitary Landfills. "Dianggarkan sejumlah 2,500 hingga 2,600 tan metrik sisa domestik dan sisa pukal perlu diuruskan oleh DBKL pada setiap hari atau 949,000 tan metrik setahun," kata Ahmad Phesal. Mengulas mengenai isu longgokan sisa pepejal di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kepong minggu lalu hingga menyebabkan kesesakan teruk di kawasan itu, beliau berkata ia berpunca daripada masalah dalaman syarikat kontraktor yang terlibat.

Page 92: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

2

"Pelantikan syarikat kontraktor itu adalah melalui tender terbuka dan buat masa ini saya akan teliti terma dalam kontrak," jelas Ahmad Phesal. Laporan Bernama sebelum ini menyebut sampah dilonggok di bahu jalan di MRR2 oleh kontraktor mengangkut sampah kerana mereka dikatakan tidak ada pilihan selepas tidak dimaklumkan mengenai penutupan pusat pemindahan sampah itu. -- BERNAMA RMI RV RS

Page 93: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

3

UNIT KOMUNIKASI TERENGGANU ANJUR DISKUSI BAJET 2014 KHAMIS INI

Date: 16-12-2013 Author: / KAK AZM RAM UKOM-DISKUSI KUALA TERENGGANU, 16 Dis (Bernama) -- Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) akan menganjurkan Diskusi Bajet 2014 bagi memberi peluang orang ramai mendapatkan maklumat terperinci mengenai Bajet negeri yang dibentangkan baru-baru ini. Pengarah Ukom, Shamsuddin Sulong berkata program yang akan diadakan di Wisma Darul Iman mulai pukul 8.30 pagi Khamis ini akan turut mendengar pandangan dan ulasan anggota panel Bajet 2014 yang dibentangkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), 9 Dis lalu. "Selain menerangkan kepada rakyat mengenai kepentingan Bajet 2014, kita juga mahu rakyat memahami segala perbelanjaan kerajaan menggunakan pendekatan pembangunan yang berpaksikan konsep 'Merakyat Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Terengganu mengumumkan bajet sebanyak RM2.2 bilion untuk tahun 2014. Sehubungan itu, Ukom selaku penganjur menjemput ketua jabatan, pemimpin masyarakat, wakil pertubuhan bukan kerajaan, wakil belia dan orang ramai menghadiri program berkenaan. Mereka yang berminat menyertai Diskusi Bajet 2014 boleh melayari di www.facebook.com/teganukita untuk maklumat lanjut. -- BERNAMA KAK AZM RAM

Page 94: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

4

N.SEMBILAN BENTANG BAJET BERIMBANG RM352.62 JUTA BAGI 2014

Date: 13-12-2013 Author: / RHO RHO RHM DEWAN-N.SEMBILAN (BAJET) SEREMBAN, 13 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan bajet berimbang bagi 2014 dengan anggaran hasil sebanyak RM352.62 juta, iaitu peningkatan sebanyak 6.5 peratus berbanding anggaran tahun ini. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peningkatan belanjawan itu didorong oleh anggaran peningkatan hasil pada tahun depan yang sebahagian besarnya akan disumbang oleh hasil cukai. "Pada tahun 2014, kerajaan negeri menganggar dapat mengutip hasil sebanyak RM352.62 juta iaitu sebanyak RM152.51 juta adalah daripada hasil cukai, RM126.50 hasil bukan cukai dan RM73.60 terimaan bukan hasil. "Sebahagian besar daripada hasil cukai pula diperolehi daripada cukai tanah di mana pada tahun depan cukai tanah dijangka dapat dikutip sekitar RM144.83 juta," katanya semasa membentangkan Bajet 2014 Negeri Sembilan pada sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. Katanya, bagi hasil bukan cukai yang sebahagian besar disumbang oleh terimaan premium tanah, kerajaan negeri menganggar dapat memperoleh sebanyak RM126.50 juta tahun depan iaitu peningkatan sebanyak 43.5 peratus berbanding tahun ini. Sementara terimaan bukan hasil pula, Mohamad berkata, pada tahun hadapan kerajaan negeri dijangka menerima RM73.60 juta di mana sumber utama hasil ini disumbangkan oleh kerajaan pusat. Katanya, anggaran belanjawan Mengurus bagi tahun depan dianggar berjumlah RM352.62 juta, meningkat sebanyak RM21.42 juta berbanding jumlah anggaran tahun ini. Katanya, anggaran belanjawan mengurus tersebut dibahagikan kepada lima komponen iaitu emolumen sebanyak RM138.84 juta, perkhidmatan dan bekalan (RM76.18 juta), aset (RM346,000), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM130.45 juta) dan perbelanjaan lain (RM10.80 juta). "Peruntukan bagi emolumen pada tahun 2014 meningkat 8.2 peratus berbanding peruntukan tahun ini kerana ia diperlukan untuk membiayai peningkatan bayaran emolumen berikutan pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan. "Peruntukan bagi perkhidmatan dan bekalan juga turut meningkat daripada RM73.75 juta tahun ini kepada RM76.18 juta tahun depan bagi menampung kenaikan kos operasi seperti pembelian bekalan dan penyelenggaraan pejabat serta peningkatan harga bahan api kenderaan," katanya. Mohamad berkata, bagi anggaran belanjawan pembangunan pula, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM91.54 juta bagi membiayai projek-projek pembangunan yang akan diagihkan kepada lima sektor utama. Katanya, sektor infrastruktur menerima peratusan tertinggi daripada jumlah

Page 95: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

5

anggaran perbelanjaan itu iaitu sebanyak RM28.49 juta, diikuti sektor sosial sebanyak RM26.20 juta, kerohanian (RM14.94 juta), pentadbiran (RM11.47 juta) dan pertanian (RM10.42 juta). Terdahulu, Mohamad memberitahu dewan, sehingga 13 Dis tahun ini, kedudukan rizab terkumpul Akaun Hasil Disatukan negeri ialah sebanyak RM483.85 juta iaitu meningkat berbanding RM228.45 pada tahun lepas. Katanya, jumlah hutang semasa kerajaan negeri pula adalah sebanyak RM876.35 juta dan ia dijangka dapat terus dikurangkan apabila baki pinjaman bekalan air sebanyak RM664.84 diserah hak kepada Perbadanan Aset Air Berhad kelak. Sementara itu, dalam sidang media selepas membentangkan Bajet itu, Mohamad berkata, ini adalah kali keenam berturut-turut kerajaan negeri membentangkan bajet berimbang sejak 2009. Katanya, walaupun melaksanakan bajet berimbang, kerajaan negeri kerap mempunyai lebihan apabila anggaran hasil yang diterima sentiasa melebihi anggaran belanjawan. "Macam tahun lepas kita mencatatkan lebihan sekitar RM51 juta kerana peningkatan daripada hasil cukai dan sebagainya. Ia meningkat kerana kita melakukan pengurusan berkhemah dan berjaya mengutip cukai yang lebih setiap tahun," katanya. -- BERNAMA RHO RHO RHM

Page 96: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

6

NAJIB: BAJET 2014 PERKUKUH EKONOMI NEGARA DAN JAMIN KEMANDIRIAN DOMESTIK

Date: 11-12-2013 NAJIB-BAJET PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2014 yang memberi fokus kepada kekuatan domestik akan memperkukuhkan ekonomi negara dan menjamin kemandirian domestik. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kekuatan itu akan menjadi penahan bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan luar yang berlaku di luar kawalan. "Kita berharap bajet ini akan dilaksanakan berdasarkan objektif untuk membangunkan ekonomi, menentukan pertumbuhan yang memuaskan dan memperkukuhkan domestic resilient (kemandirian domestik)," kata beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Langkah Bajet 2014 bersama Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha di Kementerian Kewangan di sini hari ini. Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menteri-menteri kabinet turut hadir. Najib mahu kementerian mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan pelaksanaan bajet dapat dijalankan secara berkesan dan memenuhi objektifnya. Beliau menyaran agar kementerian dan agensi bekerjasama dalam melaksanakan projek dan program supaya tidak timbul kekeliruan yang boleh melambatkan pelaksanaannya. Pada 25 Oktober lepas, Najib membentangkan Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji". --BERNAMA KHL NSF NHD

Page 97: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

7

TERENGGANU PERUNTUK RM2.20 BILION BAGI BAJET 2014

Date: 09-12-2013 Author: / AEO KAK RHM DEWAN-TERENGGANU (BAJET) KUALA TERENGGANU, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Bajet 2014 berjumlah RM2.20 bilion dengan RM1.208 bilion daripada jumlah itu untuk perbelanjaan pembangunan dan bakinya sebagai perbelanjaan mengurus. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil meningkat 9.73 peratus kepada RM2.20 bilion pada tahun 2014 berbanding RM2.005 bilion pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak RM195 juta. "Daripada anggaran hasil itu, 89.95 peratus diunjur diperoleh daripada sumber kerajaan pusat khususnya Dana Khas Kerajaan Persekutuan dan pemberian tahunan dan baki 10.05 peratus daripada sumber negeri sendiri," katanya semasa membentangkan Bajet Terengganu 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. Menurut Ahmad, di bawah bajet kali ini, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada empat strategi teras iaitu mengurangkan defisit, pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan meningkatkan daya saing negeri. Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM41.5 juta untuk meneruskan Program Bantuan Rumah khusus kepada golongan miskin untuk membina rumah baharu dan membaik pulih rumah yang sudah terlalu uzur pada tahun depan. "Bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat miskin, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), anak yatim dan mangsa bencana alam, sebanyak RM49.72 juta diperuntukkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Terengganu. "Aspek kesihatan, terutama untuk golongan miskin yang menghidap penyakit kronik juga tidak diabaikan supaya mereka juga menerima rawatan dengan teknologi perubatan canggih melalui Tabung Pesakit Kronik dengan dana sebanyak RM10 juta disediakan," katanya. Menyedari betapa pentingnya pembangunan modal insan, Ahmad berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM59.19 juta bagi pembangunan pendidikan dalam memastikan akses dan kualiti yang menjadi kecemerlangan Terengganu sebagai negeri anjung ilmu diteruskan. "Bagi memperkasakan program pintar al-Quran dan kelas Fardu Ain, sebanyak RM3.5 juta diperuntukkan agar kanak-kanak seawal usia tujuh hingga 12 tahun dapat mendalami al-Quran kerana kita mahu mereka khatam al-Quran sebelum masuk ke sekolah menengah. "RM3.2 juta pula diperuntukkan bagi menambah kelas-kelas maya kerana sekolah yang dilengkapi kemudahan canggih ini terbukti mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sangat memberangsangkan," katanya. Program e-Book juga akan diteruskan pada tahun depan dengan peruntukan

Page 98: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

8

sebanyak RM20 juta kerana ia terbukti berjaya di mana seramai 3,039 murid berjaya memperolehi 5A pada tahun ini iaitu peningkatan 14 peratus berbanding 13.22 peratus pada tahun 2012. Bagi meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam, sebanyak RM331.14 juta diperuntukkan bagi pembinaan jalan-jalan baharu dan projek-projek sambungan. Ahmad berkata sebanyak RM12.4 juta pula diperuntukkan bagi kerja menaik taraf dan menyelenggara sistem pengairan dan saliran termasuk projek memulih dan membenteng Sungai Terengganu, sistem saliran di Gong Pasir, Dungun; Sungai Buaya dan Padang Lebam di Marang. "Kerajaan juga bersetuju memperuntukkan sebanyak RM37 juta bagi menjayakan program kebersihan dan keindahan dalam bandar dan RM6 juta untuk landskap pada tahun 2014," katanya. Golongan belia juga tidak diabaikan, dengan RM28.95 juta diperuntukkan bagi memperkasakan pembangunan mereka dan sebanyak RM25.94 juta untuk pembangunan sukan, katanya. -- BERNAMA AEO KAK RHM

Page 99: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

9

PERAK BENTANG BAJET LEBIH RM1 BILION BAGI 2014

Date: 25-11-2013 Author: / MUN MUN RHM DEWAN-PERAK (BAJET) IPOH, 25 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini membentangkan Bajet 2014 Perak berjumlah RM1.01 bilion dengan lima fokus utama untuk kesinambungan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Bajet bertemakan "Negeri Amanjaya, Rakyat Sejahtera" itu menggariskan usaha untuk menggerakkan pembangunan ekonomi yang menjana kehidupan berkualiti, membentuk modal insan yang berdaya saing, keterlibatan masyarakat dalam mensejahterakan rakyat dan membina masa hadapan yang cemerlang, memperkukuh pentadbiran responsif dan inovatif serta meningkatkan jaringan infrastruktur dan kemudahan awam. "Berbekalkan kekuatan serta potensi sedia ada dan ditokok dengan orientasi kecekapan yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa, kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional beriltizam untuk memenuhi segala janji pada Pilihan Raya Umum ke-13, iaitu janji meneruskan usaha memajukan negeri," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. Zambry berkata daripada keseluruhan peruntukan, sebanyak RM673.63 juta adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM338.98 juta untuk perbelanjaan pembangunan. "Bajet 2014 yang disediakan berjumlah RM1,012.6 juta yang dibiayai oleh anggaran hasil dan terimaan pembangunan berjumlah RM970.14 juta, justeru menyebabkan defisit yang dianggarkan RM42.46 juta," katanya. Zambry berkata semenjak 2009, kerajaan negeri telah setiap tahun menyediakan bajet defisit. "Bagaimanapun, pada setiap tahun berkenaan, bajet negeri telah berakhir dengan lebihan, kecuali Bajet 2013 yang belum ditutupkira akaunnya," katanya. Memperincikan usaha kerajaan menggerakkan pembangunan ekonomi yang menjana kehidupan berkualiti, Menteri Besar menyenaraikan beberapa langkah termasuk pembangunan bandar-bandar baharu dan pekan kecil, meneruskan agenda pembangunan lestari serta memantap dan memperkukuh sektor pertanian, penternakan dan pelancongan. Katanya sebanyak RM8 juta diperuntukkan masing-masing bagi sektor pertanian dan pelancongan manakala sebanyak RM9 juta bagi sektor penternakan. Bagi membentuk modal insan yang berdaya saing, beliau berkata sebanyak RM53.8 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program pembangunan modal insan antaranya Dermasiswa, Program Pengupayaan Mahasiswa, Program Pemetaan Minda, bantuan sekolah dan tuisyen, Tabung Pendidikan Negeri serta Program Kecemerlangan Murid Orang Asli. Zambry berkata sebanyak RM154.56 juta diperuntukkan bagi memastikan keterlibatan masyarakat dalam mensejahterakan rakyat dan membina masa hadapan

Page 100: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

10

yang cemerlang. Katanya langkah itu dilakukan melalui program melestarikan sosio budaya dan pengupayaan aktiviti masyarakat, program kesejahteraan rakyat, pembasmian kemiskinan, pewujudan kluster ekonomi keluarga serta program mikro-kredit. Beliau berkata bagi mengukuhkan pentadbiran yang responsif dan inovatif, sebanyak RM7 juta diperuntukkan untuk membangunkan ilmu, kemahiran dan latihan kepada semua kelompok yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat bermula daripada ketua kampung, penghulu, kakitangan dan pengawal pentadbiran negeri melalui latihan yang dikendalikan oleh Majlis Transformasi Negeri Perak (MANTAP). Sebagai usaha memantapkan jaringan infrastruktur dan kemudahan awam, Menteri Besar berkata sebanyak RM98 juta diperuntukkan untuk projek di bawah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta penyediaan infrastruktur lain. -- BERNAMA MUN MUN RHM

Page 101: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

11

SELANGOR BENTANG BAJET BERIMBANG RM1.85 BILION BAGI 2014

Date: 19-11-2013 Author: / VSS NAK RHM SELANGOR-BAJET SHAH ALAM, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan bajet berimbang berjumlah RM1.85 bilion bagi 2014, yang merupakan peningkatan kira-kira 13 peratus berbanding RM1.63 bilion tahun ini. Daripada jumlah itu, kira-kira RM1.225 bilion atau 66.2 peratus diperuntukkan bagi belanja mengurus, manakala lebih RM624.919 juta ataupun 33.78 peratus diperuntukkan bagi pembangunan negeri, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa membentangkan bajet itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini. Beliau berkata daripada peruntukan mengurus, sejumlah RM421.748 juta atau 34.43 peratus adalah untuk perkhidmatan dan bekalan, RM411.801 juta untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM370.552 juta untuk pembayaran emolumen, RM6.416 juta untuk pembelian aset dan RM14.591 juta bagi perbelanjaan lain. "Bagi peruntukan pembangunan pula, sejumlah RM388.728 juta atau 62.2 peratus untuk infrastruktur, RM143.182 juta atau 22.91 peratus untuk sektor sosial, RM90.401 juta atau 14.47 peratus untuk sektor ekonomi dan RM2.608 juta ataupun 0.42 peratus untuk sektor perbandaran," katanya. Bajet itu bertema Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat turut memperuntuk RM430 juta dari rizab negeri yang berjumlah RM2.712 bilion untuk membiayai pembangunan untuk rakyat Selangor. Abdul Khalid berkata RM430 juta adalah untuk enam inisiatif iaitu RM150 juta bagi pembinaan jambatan ketiga Klang, RM100 juta bagi rumah mampu milik, RM150 juta bagi pembinaan bangunan sekolah, pembangunan usahawan, pemberdayaan belia serta pembangunan desa dan RM30 juta untuk pemberdayaan wanita. Beliau berkata bermula tahun hadapan, semua perincian mengenai pengunaan rizab mesti dibentangkan dan mendapat kelulusan Dewan Negeri Selangor bagi memastikan ia digunakan sebaik mungkin untuk rakyat. Beliau turut memaklumkan sidang Dewan bahawa kerajaan negeri akan memperkenalkan amalan menyemak belanjawan negeri setiap enam bulan untuk memantau keseimbangan antara perbelanjaan dan pendapatan supaya perbelanjaan luar kemampuan tidak berlaku. Sebuah Jawatankuasa Penambahbaikan Pentadbiran, Agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) juga akan ditubuhkan, antara lain untuk menyemak segala aspek berkaitan proses, prosedur, sistem dan modal insan untuk diselaraskan dengan standard dan amalan antarabangsa, katanya. -- BERNAMA VSS NAK RHM

Page 102: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

12

BAJET SARAWAK 2014 CADANG RM4.28 BILION UNTUK PEMBANGUNAN

Date: 18-11-2013 Author: / HI MO SP ROS TAIB-BAJET KUCHING, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sarawak bercadang memperuntukkan kira-kira RM4.28 bilion tahun depan bagi meneruskan pelaksanaan program pembangunan di negeri ini. Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Menteri Kewangan negeri, hari ini berkata jumlah itu ialah kira-kira 72 peratus daripada jumlah bajet yang dicadangkan untuk tahun depan, manakala bakinya sebanyak RM1.68 bilion atau 28 peratus adalah untuk perbelanjaan mengurus. "Jumlah perbelanjaan ini dijangka mampu membiayai kegiatan ekonomi bertahap tinggi untuk mengekalkan tahap pertumbuhan ekonomi dan guna tenaga," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 untuk Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini. Beliau berkata daripada jumlah peruntukan bagi pembangunan, RM1.98 bilion akan digunakan untuk melaksanakan program industri dan komersial, RM689 juta untuk pentadbiran umum, RM511 juta untuk pembangunan sosial dan perkhidmatan masyarakat, RM486 juta untuk kemudahan awam, RM438 juta untuk pengangkutan dan komunikasi dan RM169 juta untuk program pembangunan pertanian, tanah dan luar bandar. Menurut Taib berasaskan anggaran jumlah hasil RM4.94 bilion berbanding jumlah perbelanjaan biasa sebanyak RM4.68 bilion, cadangan Bajet 2014 dijangka mencatat lebihan RM258 juta. Katanya kerajaan perlu terus mengamalkan dasar belanjawan lebihan untuk memastikan kedudukan kewangan negeri ini terus kukuh dan mapan. "Kita perlu berbelanja mengikut kemampuan kita untuk memastikan kita mempunyai rezab kewangan yang mencukupi bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang," katanya. Taib berkata Sarawak juga mendapat markah baik bagi akaun awam 2012 daripada Ketua Audit Negara dan pengiktirafan ini diterimanya bagi tahun ke-11 berturut-turut. "Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kita perlu terus mengekalkan pencapaian baik ini (akaun awam) pada masa akan datang," katanya. -- BERNAMA HI MO SP ROS

Page 103: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

13

KERAJAAN SABAH BENTANG BAJET BERJUMLAH RM4.622 BILION UNTUK 2014

Date: 15-11-2013 Author: / NAM SZA LAT MUSA-BAJET KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah memperuntukkan RM4.622 bilion bagi belanjawan negeri itu pada tahun 2014 berbanding RM4.088 bilion pada tahun 2013. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2014) di Dewan Undangan Negeri di sini hari, berkata Bajet 2014 juga merupakan bajet terbesar dalam sejarah belanjawan negeri Sabah sejak 50 tahun lepas. Katanya anggaran perbelanjaan Sabah dalam Bajet 2014 merupakan peningkatan sebanyak 75.77 kali ganda berbanding 50 tahun lepas. "Daripada peruntukan perbekalan tahun 2014 sebanyak 4,621.5 juta, sejumlah RM702.51 juta diperuntukkan untuk Emolumen, RM1,736.59 juta untuk Perbelanjaan Berulang dan RM2,182.4 juta untuk Perbelanjaan Khas," katanya. Menurut Musa Emolumen bagi 2014 meningkat sebanyak RM39.34 juta atau 5.93 peratus berbanding anggaran 2013 berjumlah RM663.17 disebabkan pelarasan gaji pegawai perkhidmatan awam negeri di bawah Sistem Saraan Malaysia yang telah dilaksanakan sejak 2013. Anggaran Perbelanjaan Berulang pada tahun depan juga meningkat sebanyak RM648.66 juta atau 59.62 peratus bagi memastikan jentera kerajaan berjalan lancar, berkapasiti tinggi, efektif dan efisien. Peningkatan bagi Perbelanjaan Berulang juga disebabkan keperluan untuk bayaran balik Hutang Bon kerajaan yang matang berjumlah RM568.9 juta dan bayaran Balik Hutang Persekutuan berjumlah RM171 juta. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan pula sebanyak RM1,200.3 juta iaitu RM838.43 juta daripada Kerajaan Negeri dan RM361.87 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan. Musa berkata dari segi agihan perbelanjaan pembangunan mengikut sektor, sektor ekonomi mendapat peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM893.15 juta diikuti Sosial (RM266.4 juta), Pentadbiran (RM30.75), Simpanan Luar Jangka (RM10 juta). Bagi merealisasikan bajet yang bertemakan 'Menjamin Kesinambungan dan Kesejahteraan Rakyat', Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata kerajaan menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM4,583 juta. Katanya sasaran kutipan hasil berkenaan merupakan sasaran tertinggi berbanding RM3,828 juta pada 2013. "Tiga sumber utama iaitu cukai jualan minyak sawit mentah, royalti petroleum dan penerbitan bon menyumbang lebih 70 peratus kepada keseluruhan hasil negeri. Sumber tradisi yang dijangka akan menyumbang terhadap peningkatan hasil ialah sumber air, tanah, terimaan dan sumbangan daripada kerajaan persekutuan, hasil pejabat-pejabat daerah, pertanian perikanan, perkhidmatan haiwan dan

Page 104: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

14

perusahaan ternak, sektor pelabuhan dan dermaga," katanya. Musa berkata bagi memacu momentum pertumbuhan ekonomi negeri, bajet 2014 akan lebih memfokuskan objektif dan strategi seperti mengukuh kedudukan ekonomi, menambah baik infrastruktur asas dan prasarana awam, membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat dan pembangunan wilayah seimbang. Bercakap kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2014 itu, Musa berkata bajet itu membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan menyeluruh, merangkumi bandar dan luar bandar, untuk kesejahteraan seluruh rakyat Sabah. "Kita mahu belanjawan terbesar ini terus dinikmati oleh seluruh rakyat agar tidak ada kawasan yang tertinggal daripada arus pembangunan di semua peringkat. Kita mahu mengagih-agihkan kewangan negeri agar sasaran pembangunan di bandar dan luar bandar dapat membela nasib rakyat sebaik-baiknya," katanya. -- BERNAMA NAM SZA LAT

Page 105: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

15

BAJET 2014 SABAH HADIAH ISTIMEWA UNTUK RAKYAT - MUSA

Date: 14-11-2013 Author: / NAM NAM SN MUSA-BAJET KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Bajet 2014 negeri yang akan dibentang pada persidangan Dewan Udangan Negeri esok adalah hadiah istimewa untuk rakyat Sabah. "Ia adalah satu Bajet yang merangkumi semua dan peristiwa penting dalam sejarah 50 tahun negeri ini merdeka menerusi pembentukan Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata Bajet 2014 dijangka mempercepatkan momentum perkembangan sosioekonomi negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat. Musa berkata Bajet itu antara lain akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pembangunan asas dan kemudahan awam, pembangunan belia dan memudahkan kemajuan keseluruhan Halatuju atau Agenda Pembangunan Negeri. -- BERNAMA NAM NAM SN

Page 106: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

16

BAJET 2014 UNTUK SEKTOR HARTANAH MUNGKIN GALAKKAN PELABURAN JANGKA PANJANG

Date: 12-11-2013 Author: / TCT THS AGA LAT HARTANAH-BAJET GEORGE TOWN, 12 Nov (Bernama) -- Langkah-langkah berkaitan pasaran hartanah yang diumumkan dalam Bajet 2014 dijangka mengekang spekulasi berlebihan, kata sebuah firma profesional perunding hartanah antarabangsa. Selain menghalang spekulasi, Henry Butcher Malaysia (Penang) Sdn Bhd berkata langkah baharu itu akan menghasilkan kesan positif dalam jangka panjang. Pengarahnya Dr Jason Teoh Poh Huat berkata pasaran hartanah mungkin mengalami reaksi spontan berikutan pengumuman dalam bajet itu dan jualan dijangka perlahan dalam jangka pendek. "Bagaimanapun, pasaran boleh membetulkan sendiri atau menyerap impak langkah-langkah itu dalam jangka sederhana akibat permintaan asas yang sihat untuk hartanah di Pulau Pinang. "Sentimen pasaran untuk hartanah bernilai tinggi dijangka mengukuh," katanya kepada pemberita selepas dialog pasca bajet mengenai "Impak langkah-langkah dalam bajet terhadap pasaran hartanah Pulau Pinang" di sini hari ini. Turut serta dalam barisan panel dialog itu ialah rakan kongsi firma audit bebas, KPMG Ooi Kok Seng, Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan Fook Sing dan wakil Spiral Energy Sdn Bhd Michele Grimsley. Teoh berkata peningkatan dalam cukai keuntungan hartanah dan pemansuhan Skim Faedah Tanggungan Pemaju sudah pun dijangkakan oleh pembeli, pelabur dan pemaju bagi 'menyejukkan' pasaran hartanah. Sementara itu, Pengerusi REHDA Pulau Pinang berkata cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadangkan secara langsung dan tidak langsung menaikkan kos kerana bahan binaan tidak dikecualikan. Beliau menjangkakan kos sara hidup akan meningkat berikutan pelaksanaan GST pada 1 April, 2015, manakala sebaliknya inflasi dijangkakan baik untuk pasaran hartanah yang dianggap sebagai pelindung nilai terbaik kepada inflasi. -- BERNAMA TCT THS AGA LAT

Page 107: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

17

JOHOR BENTANG BAJET 2014 DENGAN EMPAT STRATEGI UTAMA

Date: 07-11-2013 Author: / NSM NSM RHM DEWAN-JOHOR (BAJET) NUSAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Kerajaan Johor membentangkan Bajet 2014 dengan unjuran lebihan RM2.02 juta berdasarkan anggaran hasil RM1,064.59 juta berbanding perbelanjaan mengurus RM1,062.57 juta. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia menggariskan empat strategi utama iaitu mencorakkan ekonomi mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkasa dan merakyatkan kerajaan dan melahirkan modal insan berketrampilan. "Kerajaan negeri yakin bahawa pembangunan dan pengagihan hasil mahsul negeri akan dapat dijayakan dengan keadilan dan kesaksamaan jika ia disandarkan kepada muafakat. "Sehubungan itu juga kerajaan negeri sentiasa beriltizam untuk memastikan pengurusan ekonomi negeri Johor terus dipacu dengan terancang, manakala hasil yang diperoleh diurus dengan berhemah demi memastikan matlamat utama kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat tercapai," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Johor 2014 bertema 'Muafakat Pembangunan dan Pengagihan' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini, hari ini. Mohamed Khaled yang pertama kali membentangkan bajet selepas dilantik Menteri Besar selepas pilihan raya umum ke-13 Mei lepas berkata hasil kerajaan negeri pada tahun depan dianggar meningkat kepada RM1,064.59 juta berbanding anggaran pada tahun ini RM908.66 juta. Daripada jumlah itu, katanya hasil cukai dianggar sebanyak RM398.46 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM478.36 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM187.77 juta. Katanya, di bawah peruntukan mengurus yang berjumlah RM1,062.57, sejumlah RM403.44 juta adalah bagi bayaran emolumen dan anggaran sebanyak RM261.87 pula disediakan untuk perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan kenaan bayaran tetap pula sebanyak RM360.76. Mohamed Khaled berkata sejumlah RM16.06 juta juga disediakan untuk pembelian aset dan RM20.44 juta pula adalah bagi perbelanjaan lain, manakala peruntukan pembangunan pada tahun depan adalah sebanyak RM296.80 juta "Suka saya maklumkan pertumbuhan ekonomi negeri Johor kini berada di tahap yang kukuh dan meyakinkan. Pada tahun ini ini sehingga Ogos lepas sahaja negeri ini mencatatkan penerimaan pelaburan industri tertinggi negara iaitu sebanyak RM8.8 billion. "Jumlah ini mencatatkan peningkatan sebanyak RM3.3 bilion atau sekitar 40 peratus berbanding keseluruhan tahun 2012. "Ini sekali gus meninggalkan jauh negeri-negeri lain dan melalui pelaburan tersebut dianggarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan baharu yang berkualiti dapat diwujudkan dan dijangka akan bertambah menjelang penghujung tahun ini," katanya.

Page 108: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

18

Pelaburan asing, katanya terus kekal sebagai penyumbang utama dengan nilai berjumlah RM6.6 bilion atau 75 peratus dengan Amerika Syarikat menjadi pelabur terbesar dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.7 bilion atau 31 daripada jumlah keseluruhan pelaburan asing. Beliau berkata, berdasarkan perkembangan positif itu ekonomi negeri diunjurkan akan berkembang pada kadar 6.1 peratus bagi tahun 2013 yang sekali gus mencerminkan kekukuhan asas ekonomi negeri di sebalik ketidaktentuan ekonomi global pada masa kini. Katanya, pencapaian pelaburan domestik dan antarabangsa yang memberangsangkan itu turut disumbangkan oleh peranan yang dimainkan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang menjadi kawasan pertumbuhan yang komprehensif dan berdaya saing. "Ini terbukti apabila jumlah komitmen pelaburan yang terkumpul sejak 2006 sehingga Oktober lepas ialah sebanyak RM129 billion dan dari jumlah itu sebanyak 44 peratus atau RM56.3 bilion telahpun direalisasikan," katanya. -- BERNAMA NSM NSM RHM

Page 109: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

19

INISIATIF BAJET 2014 TIDAK BEBAN PEMAJU HARTANAH - MUHYIDDIN

Date: 03-11-2013 Author: / SS3 LES RS MUHYIDDIN-HARTANAH KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2014 berkaitan hartanah bukan untuk membebankan pemaju hartanah sebaliknya bertujuan memastikan sektor itu terus maju. Beliau berkata kenaikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) misalnya dilaksanakan oleh kerajaan demi memastikan sektor hartanah negara terus stabil dan sihat. "Apapun kita sedia terima segala pandangan untuk inisiatif lain pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-25 pemaju hartanah Glomac Bhd di sini, malam ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 pada 25 Okt lalu mengumumkan kenaikan RPGT sebanyak 30 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh tiga tahun berbanding 15 sebelum ini. Selain itu RPGT bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh empat dan lima tahun masing-masing dinaikkan sehingga 20 dan 15 peratus. Selain itu Muhyiddin berkata kerajaan sedar bahawa bumiputera di negara ini masih lagi ketinggalan dalam memiliki aset hartanah sama ada dari segi hartanah kediaman, rumah kedai atau premis komersil. Katanya berdasarkan rekod Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, pada tahun 2012 hanya 36.3 peratus transaksi rumah kediaman melibatkan bumiputera dengan nilai hampir RM18 bilion. Bagi memperkasa pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputera, kerajaan melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah menjalin kerjasama dengan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pihak swasta, katanya. "Kerjasama ini bertujuan menyelaras usaha memperkasa pembangunan dan pemilikan aset bukan kewangan bumiputera. "Usaha ini dibuat bersama Majlis Amanah Rakyat (Mara), Uda Holdings Berhad (UDA), Pelaburan Hartanah Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhada (PUNB) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)," katanya. Muhyiddin berkata antara inisiatif TERAJU yang lain adalah dengan mewujudkan program syarikat bumiputera berprestasi tinggi (TERAS) dan sehingga kini terdapat 457 syarikat bumiputera telah dipilih. Katanya daripada jumlah itu 14 adalah syarikat pemaju hartanah, manakala 65 lagi merupakan syarikat dalam bidang pembinaan. "Syarikat-syarikat ini berpeluang mendapat akses kepada pembinaan modal kerja dan pembiayaan untuk perolehan aset, daripada institusi-institusi perbankan berjumlah RM1.62 bilion," katanya. Timbalan perdana menteri berkata TERAJU juga telah mewujudkan skim pembiayaan iaitu dana mudah cara yang akan menerima sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada jumlah pelaburan.

Page 110: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

20

Sehingga kini sebanyak 20 projek pembangunan hartanah telah diluluskan melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM982 juta, kata Muhyiddin. -- BERNAMA SS3 LES RS

Page 111: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

21

BAJET 2014 SEHARUSNYA MEYAKINKAN BAGI PASARAN SAHAM, KATA AFFIN INVESTMENT

Date: 01-11-2013 NAZRI-BAJET KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pada keseluruhannya, Bajet 2014 seharusnya meyakinkan bagi pasaran saham, kata Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan. Beliau berkata ia akan meneruskan reformasi tidak popular untuk membantu mengelakkan penurunan penarafan, mencetuskan keyakinan pelabur dan mengurangkan hutang/defisit, di samping mengekalkan pendirian prihatin. "Memandangkan keadaan ini, ia seharusnya memberikan prospek bagi ringgit dan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) untuk meningkat dalam jangka sederhana. "Sasaran rasmi Affin ialah 1900 mata bagi FBM KLCI dan 3.0000 bagi ringgit berbanding dolar AS," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nazri berkata bank pelaburan itu menyenaraikan 20 saham atau waran berkaitan bajet untuk dibeli oleh pelabur, dan antaranya ialah Bursa Malaysia, Tenaga Nasional, YTL Power, Gas Malaysia, Globetronics, Maxis dan Malaysia Airports. Beliau berkata terdapat lima kejutan negatif dalam Bajet 2014. Antaranya ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ketara lebih rendah daripada dijangkakan, iaitu RM650 berbanding RM1200, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih tinggi pada kadar enam peratus berbanding empat peratus, dan cukai keuntungan hartanah (RPGT) yang ditetapkan pada kadar berganda iaitu 15-30 peratus berbanding tahun lepas. "Bagaimanapun, di sebalik keadaan ini, terdapat juga lima kejutan positif dalam pembentangan belanjawan itu. "Antaranya ialah kadar cukai pendapatan individu yang dikurangkan sebanyak satu hingga tiga peratus bagi semua pembayar cukai, lebih banyak insentif cukai bagi pelaburan swasta (kebanyakannya daripada minyak dan gas) dan peruntukan yang lebih tinggi untuk memacu inovasi dan produktiviti perusahaan kecil dan sederhana," tegas Nazri. Beliau berkata keseluruhannya, Bajet 2014 agak 'keras dan berani' untuk memacu disiplin fiskal dan reformasi cukai. "Ia disasarkan kepada rakyat Malaysia golongan pertengahan berdasarkan perubahan lingkungan/insentif cukai, di samping merupakan percubaan yang baik untuk meningkatkan kewangan awam dan penarafan kedaulatan Malaysia," kata Nazri. --BERNAMA JSS NHIZ AS KY

Page 112: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

22

ATM GEMBIRA DENGAN PERUNTUKAN BAJET 2014 UNTUK TENTERA

Date: 31-10-2013 Author: / MSAR RHO NM ATM-BAJET SEREMBAN, 31 Okt (Bernama) -- Panglima 1 Briged Infantri Brig Jen Datuk Adnan Abu Bakar menyifatkan peruntukan untuk tentera dalam Bajet 2014 adalah suatu yang istimewa. Ini kerana katanya peruntukan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan anggota baik semasa mereka masih berkhidmat mahupun selepas bersara. "Kami warga ATM (Angkatan Tentera Malaysia) amat berpuas hati dan gembira apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) memperuntukkan bukan sekadar membeli alat pertahanan negara tetapi juga menjaga kualiti hidup anggota tentera," katanya di sini hari ini. Beliau yang ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Rayuan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sembilan, berkata peruntukan itu juga menjadikan kehidupan anggota lebih bermakna. Dalam pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat lepas, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM48 juta bagi tujuan kebajikan 20,000 veteran ATM meliputi perubatan, ex-gratia dan pendidikan, selain peruntukan RM202 juta untuk membina dan membaik pulih kuarters warga ATM. Kerajaan juga akan menyediakan perkhidmatan bas sekolah kepada anak-anak anggota tentera bagi menggantikan penggunaan trak askar. -- BERNAMA MSAR RHO NM

Page 113: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

23

AGIHAN BAJET 2014 UNTUK PEMBANGUNAN PERTANIAN BERDASARKAN KEPERLUAN - KSU

Date: 30-10-2013 Author: / RSH KIA RAM PERUNTUKAN-PERTANIAN MELAKA, 30 Okt (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengagihkan peruntukan berjumlah RM6 bilion melalui Belanjawan 2014 bagi pembangunan projek pertanian kepada setiap negeri berdasarkan keperluan. Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Hashim Abdullah berkata ia akan dilaksanakan setelah perbincangan dengan jabatan pertanian negeri bagi mengenal pasti jumlah peruntukan diperlukan. "Pengagihan peruntukan bajet ini tidak akan dibuat sewenang-wenangnya...ia berdasarkan keperluan bagi projek yang sedang dijalankan atau projek baharu yang perlu diberi perhatian dan bukannya tertakluk kepada saiz negeri itu sama ada kecil atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Pengembangan Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian di sini, hari ini. Seminar selama tiga hari bermula hari ini, disertai 550 peserta bertujuan memberi penjelasan kepada penolong pegawai pertanian tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai agen pengembangan bagi mencapai misi jabatan di masa depan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan itu semasa Belanjawan 2014, Jumaat lepas bagi pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah dan berdaya komersil. Mohd Hashim berkata pengagihan peruntukan mengikut keperluan projek bertujuan memastikan pengeluaran produk pertanian dapat dipertingkat sejajar usaha mentransformasikan sektor pertanian negara. Mengulas lanjut belanjawan tersebut, beliau berkata sebanyak 60 pasar tani, 50 pasar ikan dan 50 pasar karavan tani disasar dibuka di seluruh negara bagi memberi kemudahan kepada peniaga menjual secara langsung produk makanan kepada pengguna dan mencegah campur tangan orang tengah. Katanya, ia merupakan langkah promosi dan pemasaran yang akan diberi penekanan oleh kementerian dalam memastikan petani dan nelayan di negara ini memperoleh keuntungan sewajarnya berdasarkan hasil jualan mereka. Mengenai banjir kilat di Kampung Lembah Bertam, Cameron Highlands pada 23 Okt sehingga mengakibatkan kemusnahan hasil pertanian, Mohd Hashim berkata kementerian sedang menunggu laporan berhubung jumlah kerugian akibat kejadian itu. -- BERNAMA RSH KIA RAM

Page 114: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

24

PENGANALISIS S'PURA LIHAT BAJET 2014 SEBAGAI BERANI, BERHEMAT - PESURUHJAYA TINGGI

Date: 29-10-2013 Author: Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah / TNS TNS NN LAT DUTA-BAJET SINGAPURA, 29 Okt (Bernama) -- Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menerima maklum balas positif penganalisis di Singapura, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob. "Berdasarkan maklumat balas semasa bertemu para penganalisis di sini, mereka secara umumnya menyifatkan cadangan dalam bajet, termasuk usaha kerajaan menangani hutang fiskal, sebagai langkah berani dan berhemat," katanya kepada Bernama semasa diminta mengulas Bajet 2014. Dalam pertemuan dengan agensi penarafan di sini, Husni Zai berkata beliau dimaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil langkah yang tepat dan ia tidak akan memberi impak ke atas penarafan negara Malaysia. Mengenai kenaikan cukai keuntungan harta tanah (RPGT) daripada 15 peratus kepada 30 peratus ke atas hartanah yang dijual dalam tempoh tiga tahun pertama, berkata penganalisis berpendapat ia dapat membendung spekulasi hartanah. Beliau berkata kenaikan RPGT tidak menjejaskan permintaan. "Mereka yang mahu melabur untuk tempoh masa panjang, tidak perlu bimbang," kata Husni Zai. Dalam pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat, RPGT akan dinaikkan kepada 30 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh tiga tahun pertama bagi individu dan koperasi berbanding 15 peratus sebelumnya. RPGT bagi kedua-dua individu dan Korporat dinaikkan kepada 20 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh empat tahun dan 15 peratus hartanah yang dilupuskan dalam tempoh lima tahun. Bagi hartanah yang dilupuskan dalam enam tahun dan seterusnya, RPGT tidak dikenakan ke atas individu namun syarikat dikenakan cukai lima peratus. Mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pesuruhjaya tinggi itu berkata dalam pertemuan dengan pegawai republik ini, saya dimaklumkan Malaysia mempunyai kelebihan memandangkan GTS yang akan dilaksanakan bukan cukai baharu atau cukai tambahan. "Pegawai itu berkata GST merupakan cukai baharu semasa ia diperkenal di Singapura," kata Huzni Zai. GST diperkenal di Singapura pada 1 April, 1994, dan kadar semasa yang dikenakan ialah tujuh peratus. Dalam Bajet 2014 cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST pada 1 April 2015, pada kadar enam peratus, paras terendah di rantau ini. -- BERNAMA TNS TNS NN LAT

Page 115: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

25

CADANGAN KERAJAAN M'SIA DALAM BAJET 2014 TIDAK JEJAS PENARAFAN KEDAULATAN, KATA S&P

Date: 28-10-2013 S&P-BAJET KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Standard & Poor's (S&P) Ratings Services berkata cadangan kerajaan Malaysia dalam Bajet 2014 tidak memberi impak ke atas penarafan kedaulatan dan prospek negara ini. Ia berkata belanjawan itu sejajar dengan jangkaannya iaitu pengukuhan fiskal beransur-ansur dalam jangka sederhana. Belanjawan itu menyasarkan defisit sebanyak 3.5 peratus keluaran dalam negara kasar bagi tahun depan, turun daripada empat peratus tahun ini. Agensi penarafan itu berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan membolehkan kerajaan mempelbagaikan asas pendapatannya tetapi "kami menjangka cukai baharu itu hanya akan memberi kesan 'neutral' ke atas pendapatan, sekurang-kurangnya bagi beberapa tahun pertama disebabkan oleh langkah-langkah yang mengurangkan pendapatan seperti yang diumumkan dalam belanjawan itu." Cukai barangan dan perkhidmatan yang dinanti-nantikan itu akan berkuat kuasa pada 1 April, 2015 pada kadar enam peratus. Kata Standard & Poor's pengukuhan fiskal Malaysia yang perlahan, berpunca daripada struktur pendapatan yang agak lemah dan ketidakupayaan mengurangkan subsidi yang tinggi. Bajet 2014 dan 2015 boleh meredakan kebimbangan yang timbul daripada isu-isu ini, katanya. -- BERNANA CL CL TOM KY

Page 116: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

26

IDRIS JALA: JPM TERIMA PERUNTUKAN BESAR BAJET 2014 KERANA PERBELANJAAN MODAL

Date: 28-10-2013 Author: / CJ WGM AA BAJET-IDRIS KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Jabatan Perdana Menteri menerima antara peruntukan terbesar bernilai RM16.45 bilion di bawah Bajet 2014 kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) menguasai kesemua perbelanjaan modal untuk perancangan pembangunan seluruh negara, kata menterinya Datuk Seri Idris Jala hari ini. Beliau berkata EPU ialah pertubuhan besar yang menyelaraskan semua program transformasi ekonomi melibatkan perbelanjaan modal untuk mengembangkan ekonomi negara. "Saya gembira dengan peruntukan itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata belanjawan ini ialah mengenai memenuhi janji-janji yang tidak membebankan rakyat," kata beliau kepada pemberita selepas perasmian forum serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013 di sini. Beliau berkata di bawah bajet itu, defisit fiskal akan terus dikurangkan bagi memastikan negara dapat mengukuhkan daya tahan ekonominya dan mempercepatkan program transformasi kerajaan. Penurunan berperingkat disasarkan oleh Malaysia ialah daripada 4.5 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini, 3.5 peratus tahun depan dan tiga peratus pada 2015, kata beliau. Cukai barang dan perkhidmatan (GST), apabila menjadi cukai penggantian pada April 2015, akan meluaskan asas percukaian tanpa membebankan rakyat kerana barangan asas seperti beras, ikan dan bawang tidak akan terjejas, kata beliau. Terdahulu, beliau berkata petunjuk prestasi utama (KPI) akan memastikan kerajaan dan kakitangan awam bertanggungjawab kepada orang awam di dalam pelaksanaan pelbagai program transformasi. -- BERNAMA CJ WGM AA

Page 117: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

27

KERAJAAN SABAH HARAP SABAH NET BEKERJASAMA DENGAN SKMM UNTUK DAPAT MANFAAT BAJET 2014

Date: 28-10-2013 Author: Nur Adika Bujang / NAB NAB LAT SABAH-JALUR LEBAR KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah berharap penyedia perkhidmatan jalur lebar negeri, Sabah Net Sdn Bhd, menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memperoleh manfaat peruntukan Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas. Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Hamisa Samat berkata syarikat itu harus merebut peluang pelaburan hampir RM1.8 bilion oleh kerajaan pusat bersama sektor swasta dalam melaksanakan fasa kedua capaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSSB). "Sabah Net harus mengambil kesempatan daripada manfaat yang tersedia dalam bajet ini, khususnya dalam mempertingkat mutu perkhidmatan jalur lebar di luar bandar. "Ketika ini, capaian jalur lebar di luar bandar seperti Kampung Tanpa Wayar dan perkhidmatan Internet di perpustakaan desa masih rendah," katanya kepada Bernama di sini. Menurut Hamisa kemudahan Internet, sebagai alat untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kini menjadi keperluan masyarakat, termasuk penduduk di luar bandar. Oleh itu, beliau berharap penyedia perkhidmatan jalur lebar lebih proaktif dalam memperbaiki perkhidmatan masing-masing agar penduduk di luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan perdana. Ketika membentangkan Bajet 2014, Najib yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan pelaburan berkenaan bagi melaksanakan fasa kedua capaian HSSB bersama sektor swasta yang akan memberi manfaat kepada 2.4 juta isi rumah di seluruh negara. Sabtu lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula berkata capaian jalur lebar lebih pantas iaitu antara empat dan 10 megabait sesaat (Mbps) akan dapat dinikmati penduduk luar bandar di negara ini menjelang 2016. Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid menyambut baik usaha mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di negeri ini, khususnya melibatkan perpustakaan desa. Menurutnya perkhidmatan HSSB sangat diperlukan bagi melancarkan program pembangunan di luar bandar. "Perpustakaan desa yang mempunyai kemudahan Internet merupakan satu-satunya kemudahan yang tersedia untuk kebanyakan penduduk di pedalaman," katanya. -- BERNAMA NAB NAB LAT

Page 118: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

28

DASAR BAJET 2014 PADA HALA TUJU YANG BETUL, KURANGKAN KEBIMBANGAN TENTANG

Date: 27-10-2013 Author: Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah / TNS TNS NN NHZ BAJET-IMA

(REAKSI) SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Dasar-dasar yang digariskan dalam Bajet 2014 adalah langkah pada hala tuju yang betul dan patut mengurangkan kebimbangan penarafan agensi kredit mengenai kewangan awam Malaysia, kata Pakar Perunding Ekonomi, IMA Asia, Kostas Panagiotou. "Unjuran defisit bajet yang lebih kecil sebanyak 3.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 4.0 peratus pada 2013, pemansuhan subsidi gula dan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah menangani isu ini," katanya kepada Bernama apabila diminta berkongsi pendapat tentang Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat. Panagiotou berkata had 55 peratus bagi KDNK yang dikenakan atas hutang awam dan sasaran bajet seimbang menjelang 2020 adalah petunjuk penting untuk memantau prestasi fiskal kerajaan. Beliau berkata GST terutamanya adalah perubahan fiskal yang penting, kerana ia akan meluaskan asas hasil kerajaan daripada kebergantungan ke atas hasil minyak dan gas. "Bajet itu juga mengandungi kaedah untuk mengimbangkan kesan pengenalan GST ke atas isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah. "Belanjawan itu juga cuba menangani masalah pasaran perumahan di Kuala Lumpur dan lain-lain bandar raya di Malaysia dengan menaikkan kadar cukai keuntungan harta, dan meningkatkan bekalan perumahan kos rendah untuk keluarga berpendapatan rendah," katanya. Panagiotou berkata Bajet 2014 juga mungkin melihat penurunan pada perbelanjaan domestik, yang tepat pada masanya, berikutan keadaan domestik yang rancak pada tempoh menjelang Pilihanraya Umum Mei 2013 lepas. Beliau berkata, permintaan global yang kukuh diharap mengimbangkan semula impak perbelanjaan domestik yang lemah atas pertumbuhan KDNK pada 2014. -- BERNAMA TNS TNS NN NHZ

Page 119: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

29

BAJET 2014: PENDIDIKAN, KESELAMATAN TUMPUAN PENDUDUK DUN SUNGAI LIMAU

Date: 27-10-2013 Author: / NAN NAW HK RHM SG LIMAU-BAJET YAN, 27 Okt (Bernama) -- Penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau amat berharap peruntukan besar yang diberikan kerajaan dalam Bajet 2014 kepada sektor pendidikan dan juga keselamatan dapat turut dimanfaatkan oleh mereka. Ini terutama dari segi peruntukan sebanyak RM168 juta untuk memperluaskan akses internet di sekolah yang diharapkan dapat dibangunkan di sekolah-sekolah di kawasan itu. Bagi petani, Mohd Sazli Shaari, 40, pembangunan jalur lebar amat penting bagi memastikan pelajar di luar bandar dapat bergerak seiring dengan pelajar-pelajar lain, terutama pelajar bandar. "Kadang kala kemudahan seperti ini, termasuk komputer, tidak cukup. Malah hanya terdapat di sekolah sahaja," katanya kepada Bernama dekat sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat Jumaat lepas. Perdana Menteri telah membentangkan Bajet 2014 berjumlah RM264.2 bilion bertemakan 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji'. Pesara tentera, Sharif Din, 61, pula menyambut baik langkah kerajaan memperuntukkan RM8.8 bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara, termasuk RM200 juta bagi melengkapkan pasukan itu dengan senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik. Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan dapat mencari mekanisme terbaik untuk membendung peningkatan kadar jenayah selain meningkatkan mutu kawalan keselamatan dalam memastikan keharmonian rakyat. "Kalau aspek keselamatan negara tak dijaga, kita nak hidup pun tak tenang. Apa guna kita ada semua tapi negara tidak selamat," katanya. Sementara itu, seorang surirumah, Fauziah Abdul Rahman, 51, berharap kerajaan dapat membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) supaya golongan berpendapatan rendah sepertinya dapat menikmati hidup di rumah sendiri. Beliau yang mempunyai lima orang anak turut teruja dengan peningkatan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada RM500 ke RM650 memandangkan beliau tidak pernah gagal menerima bantuan tersebut dalam tempoh dua tahun lepas. Katanya bantuan itu sedikit sebanyak mengurangkan beban menanggung kos persekolahan anak-anak kerana suaminya hanya mengambil upah mengerjakan bendang. -- BERNAMA NAN NAW HK RHM

Page 120: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

30

MARC: BAJET 2014 TEPATI KEPERLUAN PENGUKUHAN FISKAL

Date: 27-10-2013 Author: Siti Radziah Hamzah / SRH SRH NN NHZ BAJET-EKONOMI KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bajet 2014 secara umumnya menepati keperluan pengukuhan fiskal sementara berusaha untuk menangani aspirasi rakyat, kata Malaysian Rating Corp Bhd (MARC). Dalam Laporan Ekonomi bertajuk "Bajet 2014: Mempercepatkan Perubahan Fiskal, Mengurangkan Beban Rakyat", ia berkata kerajaan telah berjaya mencapai keseimbangan, walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam beberapa bidang. Mengenai penilaian makro keseluruhan, MARC bersetuju dengan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara lima peratus dan 5.5 peratus untuk 2014 oleh Kementerian Kewangan. Agensi penarafan itu telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 4.7 peratus bagi 2013 dan lima peratus untuk 2014. Bajet 2014, yang dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt, memberikan asas untuk pengurangan ketidakseimbangan makroekonomi sementara menyediakan bantuan kepada rakyat untuk mengurangkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat. Di antara langkah dalam Bajet 2014 adalah cukai barang dan perkhidmatan sebanyak enam peratus dan peningkatan pada kadar cukai keuntungan harta tanah. "Melihat kepada angka yang ada, kami rasa jangkaan KDNK adalah realistik dan sasaran perbelanjaan tahun depan adalah berpatutan walaupun unjuran hasil agak rendah. "Kami menjangka KDNK nominal untuk pulih pada 2014, terutamanya jika dagangan global meningkat," kata Ketua Ekonomi MARC Nor Zahidi Alias kepada Bernama. Beliau berkata lebih banyak tekanan boleh dilihat pada kewangan kerajaan jika keadaan ekonomi global dan harga komoditi terus bergolak tahun depan. Dalam laporan itu, MARC berkata penggunaan swasta mungkin sekali lagi memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan utama, sungguhpun kadarnya mungkin menyederhana daripada beberapa tahun lepas berikutan kesan kriteria pemberian pinjaman yang lebih ketat dan harga pengguna yang lebih tinggi. Pelaburan swasta juga mungkin akan terus kekal berdaya saing, walaupun kenaikan cemerlang lebih 20 peratus pada 2012 mungkin tidak akan diulang pada 2014. "Dengan pelaburan langsung asing dijangka terus mengalir masuk pada kira-kira RM30 bilion setahun, dan dengan prasarana utama dan pelaburan harta tanah berterusan, kami mengunjurkan pelaburan swasta akan berkembang pada kira-kira 11 peratus pada 2014," kata MARC. -- BERNAMA SRH SRH NN NHZ

Page 121: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

31

BAJET 2014 KOMITMEN KERAJAAN TERUS BANGUNKAN MALAYSIA - MUHYIDDIN

Date: 26-10-2013 Author: / NAN NAW HK RHM MUHYIDDIN-BAJET YAN, 26 Okt (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bajet 2014 melambangkan komitmen kerajaan untuk terus memaju dan membangunkan Malaysia, serta memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat. Timbalan Perdana Menteri berkata peruntukan RM54 bilion kepada sektor pendidikan juga menunjukkan kerajaan komited untuk melahirkan modal insan berkualiti yang akan menyumbang kepada pembangunan negara. "Hampir 21 peratus daripada keseluruhan peruntukan adalah untuk memperkasa sistem pendidikan negara kerana kita sedar kalau ia dapat dilaksanakan, anak-anak kita akan dilahirkan sebagai anak-anak yang berilmu, berpengetahuan, cekap, pandai dan bijaksana. "Yang penting bila kerajaan pelopori usaha meletakkan pendidikan di tahap hadapan, ia perlu didukung bersama oleh rakyat. Segala-gala yang kita laksanakan adalah untuk menentukan rakyat mendapat faedah dan nikmat," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, semasa berucap pada majlis perjumpaan bersama waris murid dan warga pendidik daerah Kuala Muda dan Yan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau di sini, hari ini. Turut hadir isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Mansor Lat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam membentangkan Bajet 2014 berjumlah RM264.2 bilion bertemakan 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji'. Menyentuh peruntukan RM50 juta bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat, Muhyiddin berkata ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk melihat sekolah tersebut maju seiring dengan sekolah-sekolah lain. Dalam pada itu, beliau berkata sistem pendidikan negara juga diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini menyerahkan surat penghargaan kepadanya, sebagai Menteri Pendidikan, yang memuji usaha Malaysia menyediakan kelengkapan pendidikan di semua peringkat melebihi sasaran yang ditetapkan oleh badan dunia itu. "Sejak dahulu, perhatian pimpinan kerajaan khususnya Barisan Nasional (BN) adalah dalam soal meningkatkan keupayaan mewujudkan sistem pendidikan berkualiti. "Sampai hari ini, kerajaan yang terus dipimpin BN meletakkan pendidikan sebagai satu agenda yang paling penting dalam proses pembangunan," jelasnya. Sementara itu, menyentuh mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Timbalan Perdana Menteri menyeru para pengundi memberi peluang kepada BN untuk mentadbir kawasan itu, yang sekali gus membawa lebih banyak kemajuan kepada kawasan tersebut. Muhyiddin yakin calon yang dipilih mewakili BN iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim

Page 122: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

32

benar-benar layak berdasarkan pengalaman dan latar belakang pendidikannya. "Sungai Limau tidak akan berubah kecuali saudara buat keputusan berhijrah dari hijau ke biru. 4 Nov tidak lama lagi, saya mahu penduduk Sungai Limau buat pertimbangan yang bijaksana," katanya. Pilihan raya kecil DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ahmad Sohaimi dan Mohd Azam Abd Samat yang mewakili PAS. Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM1.4 juta bagi membantu 12 buah sekolah di kawasan tersebut. -- BERNAMA NAN NAW HK RHM

Page 123: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

33

PERCEPATKAN PELAKSANAAN PROJEK YANG DILULUSKAN DI BAWAH BAJET 2014 - DAUD

Date: 26-10-2013 Author: / CJ AO KLS DC DAUD-BAJET KUCHING, 26 Okt (Bernama) -- Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman mahu agensi kerajaan yang berkaitan mempercepatkan pelaksanaan projek yang diumumkan dalam Bajet 2014 terutama di kawasan luar bandar Sarawak. Merujuk peruntukan RM500 juta bagi cadangan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, beliau berkata ia akan membantu memudahkan perjalanan antara dua bandar utama di Sarawak dan Sabah membabitkan jarak 2,300km. "Sebelum ini, beberapa projek yang diluluskan di bawah peruntukan bajet tertangguh berikutan prosedur yang terlibat dalam proses pelaksanaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2013 anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di sini hari ini. Beliau optimis pengguna jalan raya tidak dikenakan caj tol apabila Lebuhraya Pan Borneo itu siap nanti, yang mana ia merupakan sebahagian manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Barisan Nasional. Mengenai peruntukan RM312 juta bagi menaik taraf lapangan terbang termasuk di Miri, Sibu dan Mukah, beliau berharap kerajaan pusat juga akan menimbangkan untuk menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menampung peningkatan trafik udara dan penumpang dalam belanjawan akan datang. Sementara itu, pemenang pertama kategori Bahasa Malaysia ialah Nur Afifah Ismail dari SMK Gedong, Serian (kategori pelajar) dan Blon Penga, penolong pengurus ladang (kategori awam) manakala kategori Bahasa Inggeris, pemenang ialah Hii Ging Ging dari SMK Chung Hua Miri (pelajar) dan Chong Hit Kheng, pekerja hotel dari Marudi (awam). Bagi kategori Iban, pemenang ialah pelajar, Maianna Maye Juwell dari SMK Simunjan No 1, Simunjan dan bagi kategori awam, James Ubie, pekerja swasta dari sini. Pemenang kategori awam menerima RM1,200 manakala kategori pelajar meraih RM1,000. -- BERNAMA CJ AO KLS DC

Page 124: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

34

BAJET 2014 BERHUBUNG PERUMAHAN BUKTI K'JAAN PRIHATIN - HAJIJI

Date: 26-10-2013 Author: / NAB NAB HM HAJIJI-RUMAH KOTA KINABALU, 26 Okt (Bernama) -- Langkah berhubung perumahan seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2014 membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin dan sensitif terhadap keperluan rakyat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor. Beliau berkata langkah untuk membendung kenaikan harga rumah di samping menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi seperti yang dibentangkn dalam Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam disambut baik kerajaan negeri kerana lebih banyak rumah mampu milik diperlukan rakyat di Sabah. "Sabah masih memerlukan banyak perumahan awam sama ada Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau yang dibangunkan Program Perumahan 1Malaysia (PRIMA) atau Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB). "Tetapi kami yakin agensi berkaitan akan memperuntuknya sebaik mungkin," katanya dalam kenyataan hari ini. Hajiji berkata kerajaan negeri melakukan yang terbaik untuk menyediakan dengan cukup rumah mampu milik dan pada masa yang sama akan membantu membendung kenaikan harga rumah termasuk bekerjasama erat dengan agensi perumahan persekutuan. Beliau berkata kementeriannya dan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah turut bekerjasama dengan sektor swasta melalui Persatuan Pemaju Hartanah Perumahan Sabah (Shareda) bagi membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat. Hajiji turut mengalu-alukan penubuhan Majlis Perumahan Negara untuk memperkukuh pasaran hartanah dan meningkat peluang kepada rakyat memiliki rumah. -- BERNAMA NAB NAB HM

Page 125: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

35

BAJET 2014 INKLUSIF, MESRA PKS: SME BANK

Date: 26-10-2013 Author: Sharifah Pirdaus Syed Ali / SPSA WGM NHD BAJET-SMEBANK (REAKSI) KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bajet 2014 yang dibentangkan semalam terangkum dan mesra Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dengan kebanyakan inisiatif bertujuan untuk mengukuhkan lagi keseluruhan eko-sistem PKS tanpa mengira saiz atau struktur syarikat. Pengarah Urusan Small and Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) Datuk Mohd Razif Mohd Yunus berkata bajet itu akan memudahkan keperluan untuk pembiayaan, program pembangunan, membina kecekapan, inovasi serta penyelidikan dan pembangunan "Ia berkait dengan usaha menterjemahkan wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020," katanya kepada Bernama. Dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, SME Bank mendapat peruntukan sebanyak RM550 juta, terdiri daripada RM50 juta bagi Tabung Usahawan Siswazah dan RM300 juta bagi Dana Ekuiti Bumiputera bagi membolehkan syarikat Bumiputera yang berwibawa mengambil alih syarikat-syarikat yang tersenarai atau syarikat-syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Baki RM200 juta adalah untuk program-program pembangunan bagi tanah rizab Melayu di kawasan strategik seperti Kampung Baru, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. "Pembiayaan itu selaras dengan Program Transformasi Ekonomi yang bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih besar kepada dana untuk projek-projek dan program-program tertentu. Ia akan membantu meningkatkan masyarakat PKS dan merangsang pembangunan di kawasan kurang maju di Kuala Lumpur," katanya. -- BERNAMA SPSA WGM NHD

Page 126: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

36

GST MUNGKIN TIDAK DILAKSANAKAN PADA BAJET 2014, KATA AHMAD MASLAN

Date: 18-10-2013 Author: / MKI MKI LAT MASLAN-GST KUALA LUMPUR, 18 OKT (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan membayangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan pada Bajet 2014. Kata Ahmad kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan GST, namun masih belum memutuskan bila dan berapa kadar peratusan cukai yang akan dikenakan pada peringkat awal pelaksanaannya. "Bila nak dibuat, berapa peratus, kita tak tahu, tapi sudah dinyatakan dalam jawapan-jawapan rasmi bahawa kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran awal 'Mengumpul Dana Membina Madrasah Integrasi Islam Malaysia' di sini hari ini. Ahmad berkata sistem cukai yang digunakan oleh kerajaan ketika ini kurang berkesan dan ketinggalan zaman. Katanya GST merupakan sistem cukai yang lebih adil dan cekap berbanding sistem dua cukai ketika ini, iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. "Kita nak satukan (kepada GST) supaya lebih cekap dan berkesan," katanya. Beliau berkata berdasarkan sistem cukai yang telah dilaksanakan di 160 negara itu, kadar cukai adalah lebih rendah daripada 16 peratus yang dikenakan sekarang (cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus). Sementara itu, Madrasah Integrasi Islam Malaysia, yang akan dibangunkan Yayasan Amal Maaruf, dirancang menjadi pusat setempat bagi menghimpunkan beberapa kompleks berbeza termasuk pusat pengajian tahfiz, rumah warga emas dan pusat dialisis selain untuk pelbagai fungsi moden yang lain. Dengan anggaran kos RM15 juta setiap satu, Madrasah Integrasi Islam Malaysia dirancang dibina di 13 negeri dengan kos keseluruhan sebanyak RM260 juta. -- BERNAMA MKI MKI LAT

Page 127: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

37

PENGURANGAN DEFISIT FISKAL, KETAHANAN EKONOMI JADI TUMPUAN BAJET 2014

Date: 10-10-2013 Author: Daripada D. Arul Rajoo / AR KHY NHD NAJIB-BAJET BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt (Bernama) -- Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Okt ini akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan defisit fiskal dan mengukuhkan ketahanan domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pengukuhan ekonomi negara akan diberi tumpuan agar Malaysia dapat bertahan dan kadar pertumbuhan yang munasabah dapat dicapai meskipun keadaan ekonomi dunia lemah atau tidak menentu. "Kita tumpukan pada pengukuhan ekonomi kita supaya kita dapat bertahan. Satu elemen penting ialah mengukuhkan ketahanan domestik dan nasional," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Asean ke-23 dan Sidang-sidang berkaitan yang berakhir di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada krisis fiskal di Amerika Syarikat yang berdepan dengan masalah belanjawan dan perlu menyelesaikan kadar had maksimum hutang sebelum 17 Oktober ini diambil kira ketika beliau membentangkan Bajet 2014. Mengenai krisis kadar had maksimum Amerika itu, Najib berkata keadaan pada masa sekarang adalah tidak menentu dan ada kemungkinan satu penyelesaian boleh dicapai pada saat-saat akhir. "Itulah kita harapkan (kompromi), capai satu penyelesaian. Apa pun, kita harap tak berlaku keadaan di mana kadar pertumbuhan Amerika terjejas atau lebih teruk dan buruk, ekonomi Amerika merudum," kata beliau. Najib berkata jika Amerika dilanda kegawatan ekonomi yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia, sukar diandaikan apa yang akan berlaku selanjutnya. Mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kerajaan memberi bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014 nanti, Najib berkata perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu. "Saya tak mahu berkata apa-apa sekarang. Saya perlu lihat dulu akaun kerajaan. Kita pada kedudukan yang baik untuk mengurangkan defisit fiskal dan mahu penuhkan apa-apa program untuk kebajikan rakyat," tambah beliau. Cuepacs dilaporkan meminta kerajaan memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya selepas subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. Menurut Najib, para pemimpin yang menghadiri Sidang Kemuncak kali ini mengambil maklum keadaan ekonomi global pada masa ini, terutamanya perdagangan yang dilihat lebih perlahan pada tahun 2013 dengan pertumbuhan ekonomi dunia sekitar tiga peratus.

Page 128: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

38

Bagaimanapun, terdapat berita baik untuk rantau ini kerana pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Timur adalah yang paling pantas di dunia dan kawasan ini adalah 'enjin pertumbuhan'. "Dalam intervensi saya, saya nyatakan perlu diberi isyarat jelas tentang pengurangan kuantitif yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat, khususnya oleh Rizab Persekutuan. Tetapi tak jelas 'masa' dan juga jumlah yang akan terlibat dalam pengurangan kuantitatif yang sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidaktentuan di kawasan ekonomi membangun," katanya. -- BERNAMA AR KHY NHD

Page 129: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

39

BAJET 2014: CUEPACS MINTA BONUS, KENAIKAN BEBERAPA ELAUN TETAP

Date: 10-10-2013 Author: / SYASA NAK RHM CUEPACS-BAJET KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini. Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza. Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah. Sementara itu, Omar berkata Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini. Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah. "Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Okt ini. -- BERNAMA SYASA NAK RHM

Page 130: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

40

SUBSIDI UJIAN MAMOGRAM MINTA DITERUSKAN DALAM BAJET 2014

Date: 05-10-2013 Author: / RMI PLMN HAZ RS ROHANI-MAMOGRAM PETALING JAYA, 5 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berharap agar program subsidi ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara diteruskan dalam Bajet 2014. Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata beliau sudah mengemukakan hasrat itu dalam mesyuarat Bajet 2014 peringkat Jemaah Menteri baru-baru ini. "Ini kerana sembilan daripada 10 kes kanser payudara dapat dikesan melalui ujian mamogram dan kanser payudara merupakan kanser utama yang menyerang kaum wanita dan juga penyebab kematian dalam kalangan wanita," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program 'Kiss Goodbye to Breast Cancer' di Mydin Mall USJ di sini hari ini. Terdahulu ketika berucap, Rohani berkata subsidi ujian mamogram yang dilaksanakan oleh kementerian menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) diperkenalkan mulai Mei 2007 sehingga kini. Beliau berkata program itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesedaran wanita mengenai kesihatan payudara serta kepentingan pengesanan awal kanser payudara dan seterusnya menggalakkan wanita tampil bagi menjalani ujian mamogram. Beliau berkata di bawah subisidi ujian mamogram, kerajaan menawarkan ujian saringan mamogram secara percuma kepada wanita yang berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah manakala bagi wanita berpendapatan isi rumah melebihi RM5,000 akan diberi subsidi dengan dikenakan bayaran hanya RM50. "Menerusi program ini sebanyak 141,344 ujian mamogram telah dijalankan sehingga Ogos 2013. Daripada jumlah tersebut 130,036 wanita adalah normal dan 11,308 kes dikategorikan di bawah penyiasatan lanjut. "Sebanyak 204 kes telah disahkan positif kanser payudara dan telah menjalani pembedahan dan rawatan lanjut. Saringan ujian mamogram dilaksanakan di sejumlah 61 buah pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN," katanya. Program jelajah Kiss Goodbye to Breast Cancer anjuran Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd dengan kerjasama LPPKN dan rangkaian pasaraya Mydin disasarkan untuk tersenarai di Malaysia Book of Records sebagai pemeriksaan kanser payudara secara mobil yang terbesar di negara ini. Sebanyak enam buah bas yang berfungsi sebagai klinik pemeriksaan payudara bergerak akan menjelajah di 44 lokasi di seluruh negara pada setiap hujung minggu sepanjang bulan ini untuk memberi kesedaran kepada wanita tentang kepentingan pengesanan awal kanser payudara. -- BERNAMA RMI PLMN HAZ RS

Page 131: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

41

PAC MAHU KDN DIBERIKAN PERUNTUKAN LEBIH BESAR PADA BAJET 2014

Date: 18-09-2013 Author: / MHI MHI RS PAC-KDN JOHOR BAHARU, 18 Sept (Bernama) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memerlukan peruntukan lebih besar daripada kerajaan di dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen pada akhir bulan depan, kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, peruntukan lebih besar kepada KDN perlu kerana faktor keselamatan sentiasa menjadi isu yang dekat di hati rakyat. "Saya sudah meneliti peruntukan untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang berjumlah kira-kira RM90 juta untuk bajet tahun lepas dan ia ternyata tidak mencukupi," kata Nur Jazlan yang juga anggota Parlimen Pulai, di dalam satu kenyataan hari ini. Isu keselamatan katanya, menjadi perkara utama yang perlu ditangani kerajaan dengan segera kerana ia bukan sahaja membabitkan kesejahteraan rakyat tetapi juga pelaburan asing. Nur Jazlan juga berkata beliau akan mengadakan lawatan ke Bukit Aman tidak lama lagi bagi melihat keperluan sebenar PDRM terutama berkaitan Unit Perintah Kawalan Komunikasi dan Integrasi Komputer (C4I). Katanya, beliau dimaklumkan PDRM ada memohon peruntukan RM1.5 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) untuk melaksanakan sistem C4I ke seluruh negara. -- BERNAMA MHI MHI RS

Page 132: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

42

MAB SARAN PERUNTUKAN KHAS DALAM BAJET 2014 BANTU GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN

Date: 08-09-2013 Author: / NAA LES HM MAB-PERUNTUKAN KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan disaran supaya mewujudkan peruntukan khas dalam Bajet 2014 bagi membantu golongan cacat penglihatan berdikari menerusi bidang perniagaan. Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata ramai golongan buta mempunyai kemahiran seperti mengurut bagaimanapun tidak dapat meneruskan perniagaan dalam bidang itu secara konsisten ekoran kekangan ekonomi. "Sekarang bantuan kewangan menerusi Jabatan Kebajikan adalah tidak mencukupi, golongan cacat penglihatan ini memerlukan belanja untuk meluaskan lagi dari segi pengalaman dan perniagaan mereka seperti urutan tradisional. "Buat masa ini MAB menanggung perbelanjaan anggota yang cacat penglihatan dengan menggunakan sumbangan kewangan daripada pihak penderma," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Hari Raya MAB di sini hari ini. Beliau berkata bantuan kewangan daripada kerajaan selain membantu golongan berkenaan, ia akan menjana ekonomi negara seterusnya memberi pulangan semula kepada kerajaan. Sementara itu Naib Presiden MAB Hasidi Hassan memaklumkan pihaknya akan menjemput seorang doktor pakar yang juga cacat penglihatan dari Beijing Massage Hospital, China untuk melatih 30 golongan cacat penglihatan mempelajari teknik urutan yang betul. "Ini adalah program kali pertama diadakan dan inisiatif ini (membawa pakar) penting untuk teknik urutan yang betul digunakan kerana teknik urutan yang salah boleh menjejaskan kesihatan pelanggan. "Ia juga dapat menggelakkan golongan istimewa itu untuk putus asa untuk bekerja dalam bidang urutan apabila menerima komen negatif daripada pelanggan sehingga ada yang menebalkan muka untuk meminta sedekah bagi menanggung perbelanjaan seharian," katanya. Hasidi yang juga cacat penglihatan dan merupakan pengerusi penganjur program itu berkata program perintis itu yang turut mendapat kerjasama Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn (THONEH) akan bermula pada 20 Oktober sehingga 5 November ini di MAB. "Dengan peruntukan berjumlah RM20,000 yang disalurkan MAB dan THONEH, diharap ia (program) membuahkan hasil positif untuk dipanjangkan lagi pada tahun hadapan sebagai satu program berterusan membantu golongan cacat penglihatan," katanya. -- BERNAMA NAA LES HM

Page 133: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

43

KERAJAAN AKAN CUBA MASUKKAN GST DALAM BAJET 2014, KATA KETUA SETIAUSAHA

Date: 29-08-2013 Author: / CL THs ZK GST-BAJET KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan cuba yang terbaik untuk memasukkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Mohd Irwan berkata matlamat utama adalah untuk memelihara negara dan tidak membebankan rakyat. "Akan ada beberapa rebat dan barangan dinilai sifar bagi barangan keperluan seperti beras dan susu tepung," katanya semasa taklimat pertengahan tahun Program Transformasi Ekonomi, di sini, hari ini. Beliau berkata GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan. "GST merupakan suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," katanya. Mengenai rasionalisasi subsidi, beliau berkata pengumuman akan dibuat paling awal minggu depan. "Ia akan menjadi liberalisasi beransur-ansur dan tidak akan menjejaskan ekonomi. Pembaharuan akan mengambil kira orang ramai," katanya. Beliau berkata ekonomi berdepan tempoh mencabar disebabkan pertumbuhan rendah dan penurunan imbangan akaun semasa. Dalam hal ini, beliau berkata, perbelanjaan kerajaan bagi projek-projek perlu diutamakan. "Kami perlu mengenal pasti apa projek yang mempunyai kandungan import tinggi dan kesan berganda rendah. Bagaimanapun, projek-projek swasta boleh diteruskan," katanya. Projek prasarana besar seperti transit aliran massa, katanya, perlu diteruskan. -- BERNAMA CL THs ZK

Page 134: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

44

BAJET 2014 FOKUS KEPADA INDEKS KESEJAHTERAAN RAKYAT

Date: 25-08-2013 Author: / MAMY HK SBB AHMAD-BAJET KUALA LUMPUR 25 Ogos (Bernama) -- Bajet 2014, yang akan dibentang di Parlimen Oktober ini, akan memfokus kepada indeks kesejahteraan rakyat di bandar dan luar bandar. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata antara aspek yang ditekan ialah keselesaan dan keselamatan penduduk di negara ini. "Durasi masa yang lama diperlukan untuk pekerja pergi ke tempat kerja kerana kesesakan jalan raya selain perasaan gelisah ketika tidur malam kerana keselamatan terganggu, ia melambangkan kita (rakyat) tidak sejahtera "Untuk itu, Kementerian Kewangan akan meneliti dengan terperinci indeks kesejaheraan rakyat ini, dan diperhalusi agar kualiti hidup rakyat meningkat dan rakyat hidup dalam negara kita ini lebih sejahtera," katanya kepada pemberita pada majlis kongsi raya anjuran Masjid An-Najihin bersama beberapa badan bukan kerajaan di sini hari ini. -- BERNAMA MAMY HK SBB

Page 135: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

45

NAJIB AJAK RAKYAT KONGSI PANDANGAN DAN IDEA BAJET 2014

Date: 23-08-2013 NAJIB-BAJET 2014 KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat berkongsi pandangan serta idea dalam Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan pada 25 Okt ini. Najib membuat pelawaan tersebut melalui blog www.1malaysia.com dan melalui laman twitternya. "Saya mengalu-alukan pandangan anda untuk #Bajet2014. Sila ikuti laman blog saya untuk keterangan lanjut http://bit.ly/Bajet2014, "katanya dalam satu tweet hari ini. Dalam entri blognya yang bertajuk "#Bajet2014: Idea Anda Berharga", Najib berkata satu platform untuk rakyat mengemukakan pandangan tentang Bajet 2014 akan disediakan. "Pada 26 Ogos, kami akan menyediakan satu platform untuk rakyat supaya dapat bersama dan berkongsi pandangan mereka tentang Bajet 2014. "Perbincangan ini akan tertumpu pada beberapa topik, termasuk kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, penjagaan kesihatan, keselamatan awam dan beberapa isu lain yang dekat di hati rakyat. "Kami akan terus mengumpul saranan dan maklum balas anda sehingga 8 September, dan setelah itu ia akan dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan," katanya. Najib seterusnya berkata sebagai kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, beliau percaya bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dalam menentukan hala tuju kemajuan negara pada tahun hadapan. "Iltizam mereka jelas terlihat melalui sambutan dan maklum balas yang kami terima sebelum kami mengemukakan peruntukan kewangan setiap tahun. "Sambutan ini kelihatan paling ketara pada tahun lepas, apabila kami menerima lebih 2,500 maklum balas dan saranan dari pelbagai platform dan laman media sosial. Katanya dalam keadaan ekonomi dunia masa kini, bermakna lebih penting untuk mengemukakan belanjawan yang berwawasan tetapi pada masa yang sama munasabah, yang akan dapat menentukan hala tuju dan kepesatan pembangunan negara. "Ini merupakan satu cabaran tetapi saya percaya dengan bekerjasama sebagai sebuah negara, kita akan dapat mencapai hasil yang terbaik. "Untuk mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi, kami memerlukan peranan setiap masyarakat. Saya akan menunggu idea-idea anda dengan penuh minat," katanya. --BERNAMA SYASA JM DC

Page 136: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

46

TAMBAHAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN ANTARA INPUT MAJLIS KONSULTASI BAJET 2014

Date: 17-07-2013 Author: / NBA2 NBA2 RHM BAJET-SARAWAK KUCHING, 17 Julai (Bernama) -- Keperluan tambahan peruntukan untuk program pembangunan infrastruktur seperti elektrik dan air di Sarawak adalah antara input dikemukakan pada Majlis Konsultasi Bajet 2014 Peringkat Sarawak yang diadakan di sini, hari ini. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata turut dikemukakan ialah keperluan mewujudkan dana khas kepada kaum minoriti di negeri ini. Turut dimaklumkan mengenai keperluan meningkatkan elaun penjawat awam di Sarawak dan penilaian dibuat supaya lebih ramai pelajar di Sarawak dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara, katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan majlis itu yang berlangsung secara tertutup. Majlis sesi kedua itu bertujuan mendapatkan input daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dan jika bersesuaian akan dimasukkan dalam Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat 25 Okt ini, dihadiri wakil dari 107 agensi kerajaan dan NGO di Sarawak. Majlis Konsultasi Bajet 2014 peringkat Sarawak yang pertama dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Jun lepas dengan tema 'Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi". Beliau berkata turut dibangkitkan ialah masalah yang dihadapi agensi kerajaan untuk melaksanakan setiap program yang sudah dirancang serta kadar harga penerbangan antara Semenanjung Tanah Melayu dan Sarawak yang disifatkan masih mahal. Mohd Irwan berkata Kementerian Kewangan akan melakukan kajian terhadap semua input itu dan sekiranya bersesuaian akan dimasukkan dalam Belanjawan 2014. Katanya dua kertas kerja bertajuk 'Pertumbuhan Inklusif, Menjamin Kesejahteraan Rakyat' dan 'Transformasi Ekonomi Sarawak: Merancak Pelaburan, Meningkat Pertumbuhan' turut dibentangkan pada majlis itu yang dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi isu sosial dan sesi isu ekonomi dan pembangunan. -- BERNAMA NBA2 NBA2 RHM

Page 137: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

47

BAJET 2014 DIBENTANG DI PARLIMEN 25 OKT

Date: 18-06-2013 Author: / AMY YAM KHL MR NHD NAJIB-BAJET PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) -- Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan yang melibatkan menteri-menteri Kabinet tertentu dan ketua-ketua jabatan. "Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita," kata beliau dalam ucapan perasmian majlis Konsultasi Bajet 2014 di sini. Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini. "Sasaran kita ialah untuk memenuhi sasaran fiskal jangka sederhana kira-kira tiga peratus daripada KDNK pada 2015 tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi domestik dan sokongan fiskal berterusan bagi inisiatif transformasi. "Ini akan dicapai melalui gabungan berhemah yang bijak tetapi perbelanjaan produktif dan pengukuhan langkah-langkah peningkatan hasil yang termasuk pulangan cukai yang lebih baik dan penguatkuasaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)," kata beliau. Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Mengenai perundingan berkenaan, Najib berkata 96 memorandum telah dikemukakan meliputi pelbagai aspek makro, isu-isu sektoral dan sosial kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dipertimbangkan. "Saya percaya antara 96 memorandum itu dan sebahagiannya akan dipertimbangkan di mana kita fikirkan sesuai dengan matlamat kerajaan. "Ia tertumpu kepada dua elemen iaitu merancakkan ekonomi negara dan menentukan kesejahteraan rakyat secara inklusif," kata beliau. Najib berkata tema perundingan belanjawan tahun ini ialah "Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi ". "Bajet tahun ini adalah suatu yang amat penting kepada kerajaan yang telah diberi mandat baharu untuk memenuhi aspirasi rakyat," kata beliau. Najib berkata kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan daya saing negara melalui penggalakkan aktiviti ekonomi nilai tambah tinggi dan inovatif.

Page 138: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

48

Kerajaan memperkenalkan inisiatif pembaharuan, khususnya dalam meliberalisasikan subsektor perkhidmatan sejak 2009. "Memandangkan banyak inisiatif yang sedia ada, saya menggesa sektor swasta supaya mendapatkan peluang-peluang untuk melabur dan berinovasi dalam sektor perkhidmatan. "Dengan penyertaan aktif anda, kami berharap untuk mencapai pelaburan yang disasarkan sebanyak RM44.6 bilion bagi sektor perkhidmatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10," kata Najib. Beliau berkata kerajaan menyedari cabaran yang dihadapi ekonomi, antaranya, pembangunan potensi pertumbuhan sektor terutama dalam perkhidmatan, meningkatkan modal insan dan pengurusan bakat terutama bagi wanita dan belia serta menguruskan pembaharuan fiskal. "Bidang-bidang berkenaan perlu ditangani dengan sewajarnya untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dan inklusif," kata beliau. Malaysia mempunyai penduduk yang agak muda, yang memerlukan kerajaan melabur dengan banyak terhadap pembangunan belia, khususnya dalam pendidikan dan latihan kemahiran. Beliau berkata golongan belia hari ini lebih berpendidikan, cekap ICT, dan juga berkait kepada rangkaian sosial melalui blog, Facebook dan Twitter, di mana maklumat yang tepat dan tidak tepat merebak dengan cepat. "Mereka juga mengharapkan lebih banyak peluang dari segi pendidikan tinggi, pekerjaan, keusahawanan dan pemilikan rumah yang mampu milik. Di samping itu, mereka mahu suara mereka didengar. "Kerajaan menyedri akan trend baru ini dan telah menubuhkan program Belia 1Malaysia untuk menyediakan satu platform yang sama untuk belia memupuk kebolehan kepimpinan dan kesukarelawanan dalam pembangunan negara," katanya. -- BERNAMA AMY YAM KHL MR NHD

Page 139: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

49

ABM: BAJET 2014 PRAGMATIK, PUPUK PERTUMBUHAN

Date: 26-10-2013 Author: / NHIZ NHIZ WGM KY BAJET-ABM (REAKSI) KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Langkah-langkah yang diumumkan dalam Bajet 2014 semalam dijangka merangsang pertumbuhan negara dengan mengurangkan hutang fiskal dan memperkukuh ekonomi, kata Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM). Ia menganggap Bajet 2014 sebagai belanjawan pragmatik, yang menggerakkan Malaysia ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi. "Langkah-langkah yang diumumkan untuk menaikkan taraf kehidupan terutamanya dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, penambahbaikan prasarana dan perumahan menunjukkan kerajaan telah mengambil kira keperluan rakyat. "Kami berpendapat pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 adalah langkah positif bagi negara ini dalam jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan. Persatuan itu berkata ia dan bank-bank anggotanya akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan pelaksanaan lancar GST bagi industri perbankan komersial. Penurunan cukai korporat dan cukai pendapatan persendirian seiringan dengan pengenalan GST akan merangsang pembangunan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan yang berdaya saing di rantau ini, katanya. ABM juga berkata semakan cukai keuntungan hartanah akan membendung kegiatan spekulasi yang tidak sihat, dan mengalu-alukan peruntukan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia berjumlah RM1 bilion bagi 80,000 unit perumahan. Katanya, bank-bank anggota yang mengambil bahagian akan terus menyokong inisiatif ini dengan menyediakan pinjaman bagi pemohon-pemohon yang layak. "Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan muda yang merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi, akan juga beroleh faedah daripada belanjawan ini. "Bank-bank komersial akan terus melibatkan diri dengan kalangan perniagaan, khususnya PKS dan usahawan untuk membimbing mereka tentang pelbagai pilihan kewangan dan pembiayaan yang ada, selain kemudahan perbankan konvensional dalam bentuk Tabung PKS dan pembiayaan mikro," tegas ABM. Ia berkata sektor perbankan komersial dengan permodalannya yang besar dan kualiti asetnya yang tinggi akan terus menyokong kegiatan ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. "ABM akan terus bekerjasama dengan anggotanya untuk merangsang industri perbankan ke arah menjadi lebih berdaya tahan, berdaya saing dan berkesan dalam memenuhi keperluan ekonomi yang berubah-ubah," tegas persatuan itu. -- BERNAMA NHIZ NHIZ WGM KY

Page 140: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

50

BAJET 2014 MAMPU DORONG PERTUMBUHAN E-DAGANG: RAKUTEN

Date: 26-10-2013 Author: / SPSA SPSA WGM LAT BAJE-RAKUTEN (REAKSI) KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama)-- Bajet 2014 berpotensi menggalakkan e-dagang sebagai enjin pemacu peningkatan ekonomi, dan inisiatif yang diumumkan sudah pasti merupakan permulaan yang baik, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno. Beliau berkata akses Internet di seluruh negara serta sokongan padu komuniti perniagaan selain perkembangan positif dalam aktiviti membeli-belah dalam talian, membeli-belah sosial serta dan e-dompet, akan terus menjadikan Malaysia sebagai pasaran e-dagang yang cergas dan menguntungkan. "Terdapat banyak inisiatif dan tindakan yang dirancang sejajar komitmen Rakuten untuk mengembangkan landskap e-dagang di Malaysia. "Langkah-langkah utama yang dibentangkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dan membolehkan negara memenuhi matlamatnya untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi," katanya. Ueno memuji pelaksanaan projek fasa kedua Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) menerusi Inisiatif Jalur Lebar Nasional, dan berkata ia sudah pasti akan meningkatkan industri e-dagang di Malaysia. Beliau juga menyambut baik peruntukan kerajaan sebanyak RM120 juta untuk pakej bersepadu bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS). PKS menyumbang 97.3 peratus daripada perniagaan berdaftar dan sumbangan mereka penting kepada keluaran negara kasar. Ueno berkata Rakuten komited menyokong PKS dan membantu mereka membangunkan perniagaan e-dagang masing-masing di Malaysia. -- BERNAMA SPSA SPSA WGM LAT

Page 141: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

51

PERUNTUKAN BAJET 2014 CUKUP BIAYAI LEBUH RAYA PAN-BORNEO TAHUN DEPAN

Date: 26-10-2013 Author: / HI KLS RHM FADILLAH-BAJET KUCHING, 26 Okt (Bernama) -- Sejumlah RM500 juta yang diperuntukkan dalam Bajet 2014 yang diumumkan semalam mencukupi bagi meneruskan kerja menaik taraf Jalan Pan-Borneo di antara Sabah dan Sarawak. Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata jumlah itu diperuntukkan dengan mengambil kira kemampuan semasa kewangan kerajaan selain kapasiti teknikal sedia ada untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya itu. Beliau berkata daripada jumlah peruntukan ini, kira-kira RM290 juta akan digunakan untuk membiayai penyambungan program penaiktarafan sedia ada, sementara RM210 juta lagi untuk projek-projek baharu. "Projek baharu ini meliputi kerja pembesaran dan penambahbaikan jalan, pembinaan lorong memotong dan memperbaiki keadaan di kawasan berbahaya dan kerap berlaku kemalangan. "Kita melihat kepada kawasan keutamaan yang boleh memberi impak kepada peningkatan pendapatan negara kita seperti di kawasan tengah Sarawak (kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak atau Score)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kualiti Sekolah Menengah Teknik Sejingkat di sini. Projek naik taraf Jalan Pan-Borneo daripada jalan dua hala sekarang kepada lebuh raya, merupakan satu daripada aku janji Manifesto Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13, melibatkan jarak 2,300km di antara Sematan di Sarawak dan Serundong di Sabah. "Bajet kali ini bukan sahaja untuk menepati janji tetapi juga untuk memberi kemudahan kepada rakyat kita dari segi mengimbangkan perbelanjaan," kata Fadillah. -- BERNAMA HI KLS RHM

Page 142: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

52

BAJET 2014 BERANI DAN BERTANGGUNGJAWAB, KATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CIMB GROUP

Date: 26-10-2013 Author: / FAU FAU NHZ BAJET-REAKSI (CIMB) KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah memberi keutamaan pengukuhan fiskal yang betul; mengawal perbelanjaan dan pada masa yang sama berhemat dengan jangkaan pendapatan 2014, kata Ketua Eksekutif CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak. "Kami memuji kerajaan kerana menunjukkan ketegasannya dengan meneruskan dengan langkah yang kurang popular seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk menyokong pengukuhan fiskal pada tempoh jangka sederhana. "Walaupun terdapat pelbagai langkah yang dilaksanakan, hutang Kerajaan Persekutuan masih diramal meningkat kepada 54.8 peratus menjelang akhir 2013 dan lebihan akaun semasa kita dijangka terus menguncup. "Adalah penting oleh itu, pada jangka pendek ini kerajaan menguruskan cadangan perbelanjaannya dengan teliti dan memastikan keanjalan untuk menyesuaikan diri dengan perkara di luar jangkaan dalam persekitaran ekonomi global yang bergolak sementara memastikan ia kekal kukuh ke arah penyatuan fiskal bagi tempoh yang lebih panjang," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Nazir juga berkata CIMB Group menjangka dana global untuk lebih memilih dalam kalangan negara berasaskan kepada kekukuhan kewangan kerajaan. "Kami terutamanya mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan operasi pasaran derivatif yang akan mengurangkan risiko kredit dan kos lindung nilai untuk bank dan korporat serta insentif untuk meningkatkan simpanan persaraan oleh golongan muda Malaysia," kata Bazir. -- BERNAMA FAU FAU NHZ

Page 143: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

53

BAJET 2014 PRAGMATIK DAN SEIMBANG: ENTERPRISE ASIA

Date: 26-10-2013 Author: / SPSA WGM NHD BUDGET-ENTERPRISEASIA KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Enterprise Asia, pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan keusahawanan di Asia menganggap Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pragmatik dan seimbang. Dalam satu kenyataan hari ini, Presidennya Datuk William Ng mengucapkan tahniah kepada Najib yang mengawal perbelanjaan dan memperkenalkan langkah-langkah tidak popular seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) yang lebih tinggi. Beliau berkata beliau percaya masyarakat perniagaan akan menyokong pengenalan GST walaupun ramai yang mungkin menyuarakan hasrat untuk melihat pengurangan yang lebih tinggi dalam cukai individu dan korporat berbanding satu hingga dua peratus dicadangkan. Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan pengurangan cukai pada jumlah yang berbeza bagi perusahaan kecil dan sederhana perlu bayar untuk mematuhi gaji minimum, walaupun beliau berkata isu yang lebih mendesak untuk ditangani ialah kekurangan bakat dan pekerja mahir. "Kami juga mengalu-alukan penubuhan satu unit di Kementerian Kewangan yang menggalakkan keusahawanan dan berharap untuk melihat butir-butir program itu," katanya. -- BERNAMA SPSA WGM NHD

Page 144: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

54

BANTUAN DAN INSENTIF KEPADA USAHAWAN DALAM BAJET 2014 TINGKATKAN PKS DAN EKONOMI NEGARA : MAPEM

Date: 26-10-2013 Author: / ANM ANM NHD BAJET-MAPEM KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bantuan dan insentif kepada usahawan Bumiputera dalam bentuk pelbagai geran dan peluang-peluang perniagaan dalam Bajet 2014, amat bertepatan dan dapat menggalakkan lagi penyertaan usahawan Bumiputera, meningkatkan taraf hidup mereka dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Malaysia (MAPEM) Tan Sri Rozali Ismail berkata majlis menyambut baik belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan merakamkan penghargaan terhadap Perdana Menteri di atas keprihatinan dan sokongan berterusan beliau terhadap pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). "Sokongan tersebut adalah perlu memandangkan PKS memainkan peranan penting dalam pembangunan negara kerana ia menyumbang 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sumbangannya dijangka meningkat kepada 40 peratus pada 2020," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam yang antara lain, mengumumkan penubuhan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB dengan dana permulan RM30 juta dan satu pelan pembangunan usahawan akan digubal. Rozali berkata MAPEM menyokong penuh inisiatif kerajaan membentuk Pelan Pembangunan Usahawan itu yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan bagi merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti usahawan PKS yang sebahagian besar terdiri daripada usahawan Bumiputera. "Langkah Kerajaan menubuhkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) amat dialu-alukan memandangkan ia akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi meningkatkan kreativiti dan daya saing usahawan-usahawan Bumiputera di pasaran antarabangsa," katanya. Beliau berkata langkah Kerajaan memperkenalkan program 1Malaysia Entrepreneurs (1MeT) akan dapat mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. "Usaha ini sekurang-kurangnya akan dapat memberi pendedahan dan latihan kepada 5,000 usahawan muda setiap tahun," tambah MAPEM. -- BERNAMA ANM ANM NHD

Page 145: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

55

JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM DIPERKUKUHKAN DALAM BAJET 2014

Date: 25-10-2013 Author: / VMP NAK DC BAJET-PENGANGKUTAN KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Penambahbaikan dan pengukuhan jaringan pengangkutan awam akan terus menjadi tumpuan kerajaan dalam Bajet 2014 bagi meningkatkan mobiliti dan keselesaan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lima langkah akan dilaksanakan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkualiti termasuk membina landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya ke Johor Baharu serta menaik taraf rel dan landasan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM2.9 billion. Selain itu, sebanyak RM62 juta diperuntukkan untuk menyediakan kemudahan 'park and ride' di stesen LRT, stesen KTM komuter dan stesen ERL, katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini. Kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat dengan peruntukan RM15.3 juta bagi membolehkan pengagihan teksi kepada penumpang dengan lebih cekap. Beliau berkata kerajaan juga akan membina hentian akhir bandar dan menaik taraf perhentian bas serta kemudahan 'drop and ride' dengan peruntukan RM28 juta. "Selain itu, tren Electric Multiple Unit (EMU) juga akan dibaik pulih dengan peruntukan sebanyak RM28 juta bagi memastikan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan," katanya. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi memastikan kemudahan jaringan antara kawasan bandar dan luar bandar, kerajaan memperuntuk RM130 juta untuk subsidi pengangkutan udara luar bandar terutama bagi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak. "Kerajaan juga akan tetap meneruskan subsidi perkhidmatan kereta api di laluan Wilayah Timur, yakni di Pahang dan Kelantan. "Langkah ini akan memanfaatkan seramai 600,000 pengguna dengan peruntukan RM52.9 juta," katanya. -- BERNAMA VMP NAK DC

Page 146: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

56

INTIPATI BAJET 2014

Date: 25-10-2013 Author: / HS MAM BAJET-INTIPATI KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Berikut ialah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini. Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji". Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat. * Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. * Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan. * RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan. * Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi. * RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. * RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. * Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion * Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013. * Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong. * Tahun 2015 diisytiharkan sebgai Year of Festival . * Kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 31 Dis 2016. * Menyediakan Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion

Page 147: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

57

bagi membiayai projek infrstruktur pelancongan. * Fasa kedua projek High Speed Broad Band (HSBB) dengan kos pelaburan RM1.8 bilion dan kelajuan Internet mencapai 10 megabits sesaat untuk dimanfaat 2.8 juta isirumah di seluruh negara. * 1,000 menara pemancar komunikasi dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar. * Kabel dasar laut yang baharu dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta untuk tingkat capaian Internet di Sabah dan Sarawak. * Kerajaan bercadang tingkatkan sumbangan dalam Skim Persaraan 1Malaysia daripada 5% kepada 10 peratus, iaitu daripada jumlah minimum RM60 kepada RM120 setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 sehingga akhir 2017. * Insentif RM500 sekali bayar kepada pencarum Skim Persaraan Swasta yang mempunyai pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 bagi tempoh 5 tahun. * RM6 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan program pertanian mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil. * RM2.4 bilion bantuan subsidi dan insentif merangkumi subsidi baja, benih, pengeluaran padi, harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan. * Peruntukan RM243 juta bagi pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan. * RM634 juta diperuntukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi. * Kerajaan akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah yang dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan. * Dana pinjaman berjumlah RM50 juta diperuntukkan di bawah Tabung Usahawan Siswazah menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah. * Bagi menggalakkan pematuhan Dasar Gaji Minimum, kerajaan cadang beri potongan cukai tambahan kepada majikan untuk bayaran perbezaan gaji yang ditanggung pada

Page 148: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

58

2014. * Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana RM100 juta diwujudkan sediakan pinjaman maksimum RM30,000 dengan kadar faedah 4% bagi membantu peniaga pasar malam. * Kerajaan cadang wujudkan Unit Pengurusan Integriti yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di setiap kementerian bagi tingkat pematuhan dan prosedur ditetapkan. * Kerajaan cadang pengauditan ke atas projek melebihi RM100 juta semasa fasa pelaksanaan. * Pembayar cukai yang membuat potongan cukai bulanan (PCB) tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan jika berpuas hati PCB adalah dianggap cukai muktamad, berkuatkuasa tahun taksiran 2014. * Kaedah pemberian subsidi distruktur semula secara berperingkat. Hasil penjimatan subsidi akan diberi secara terus dalam bantuan tunai dan sebahagiannya digunakan untuk menampung pembiayaan projek pembangunan. * Cukai jualan dan cukai perkhidmatan dicadang dimansuhkan, diganti dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengatasi kelemahan tertentu dalam sistem percukaian semasa seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna. * Lebih 160 negara telah melaksanakan GST, menunjukkan ia satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan. * GST yang dicadangkan akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015 dengan kadar 6%, yang terendah di kalangan negara anggota Asean. * GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan. * Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih. * Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima isirumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun semula. * RM54.6 bilion atau 21 peratus daripada Bajet 2014 diperuntukkan untuk melonjakkan pencapaian tahap akademik dan kemahiran yang tinggi. RM831 juta

Page 149: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

59

diperuntukkan untuk membina 33 sekolah baru dan menaik taraf sekolah sedia ada. * Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelanggaraan Sekolah terima tambahan dana RM450 juta. * Bagi memperkasa pendidikan tertiari, RM600 juta diperuntukkan sebagai geran penyelidikan di institusi pengajian tinggi awam dan RM110 juta diperuntukkan untuk teruskan program MyBrain15. * Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia sedia peruntukan RM400 juta untuk syarikat berdaftar melatih pekerja meningkatkan kemahiran dan melatih bakal pekerja. * Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah serta Baucar Buku 1Malaysia RM250 kepada penuntut pra-universiti dan institusi pengajian tinggi, yang masing-masing melibatkan peruntukan RM540 juta dan RM325 juta, diteruskan. * RM130 juta diperuntukkan bagi subsidi pengangkutan udara luar bandar terutama bagi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak; dan RM52.9 juta untuk teruskan subsidi perkhidmatan keretapi di laluan Wilayah Timur, iaitu Pahang dan Kelantan beri manfaat 600,000 pengguna. * Kerajaan akan membina dan menaik taraf empangan serta loji rawatan air terawat dengan peruntukan RM1.2 bilion. * RM4.1 bilion diperuntukkan untuk membiayai pelbagai projek infrastruktur program pembangunan luar bandar seperti membaik pulih dan menaik taraf 437 kilometer jalan raya (RM980 juta); projek Lebuhraya Pan Borneo (RM500 juta); bekalan air bersih (RM457 juta); elektrik (RM865 juta); bina dan baik pulih 20,000 unit rumah rakyat (RM179 juta). * RM109 juta diperuntukkan bagi program pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup serta kemudahan infrastruktur bagi masyarakat Orang Asli; RM50 juta bagi kerja pengukuran tanah dan pengesahan hak pemilikan tanah adat masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak. * RM8.8 bilion diperuntukkan kepada Polis Diraja Malaysia dan RM13.2 bilion kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha mengurangkan kadar jenayah serta meningkatkan kesiapsiagaan anggota tentera. * Kerajaan memperuntukkan RM75 juta bagi memantapkan operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Page 150: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

60

* RM48 juta diperuntukkan bagi membiayai perubatan, ex-gratia dan kebajikan 20,000 veteran ATM; RM202 juta diperuntukkan untuk membina dan membaik pulih kuarters warga ATM. * RM15 juta disediakan sebagai dana permulaan Yayasan Hijau Malaysia sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup hijau di kalangan masyarakat negara ini. * RM22.1 bilion diperuntukkan bagi sektor kesihatan. Kerajaan turut memperuntukkan RM150 juta untuk menambah 6,800 jururawat dan peruntukan RM3.3 bilion bagi menyediakan bekalan ubat dan alatan perubatan. * Pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen berkuatkuasa 26 Okt 2013 untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjaga kesihatan. * Peruntukan RM2.2 bilion bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan pelbagai program seperti penubuhan Akaedmi Inovasi Wanita, keusahawanan serta inovasi. * Kelayakan pendapatan isirumah bulanan penjawat awam dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam RM180 sebulan. * Dana Ekuiti Bumiputera atau Equibumi sebanyak RM300 juta ditubuhkan SME Bank bagi menyediakan kemudahan pinjaman kepada syarikat bumiputera berwibawa untuk mengambil alih syarikat tersenarai atau berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. * RM441 juta diperuntukkan bagi pembangunan dan kebajikan golongan Orang Kelainan Upaya. * RM100 juta diperuntukkan untuk meningkatkan pencapaian pelajaran dan kemahiran masyarakat India. * Sebanyak 223,000 unit rumah baharu akan dibina kerajaan dan sektor swasta pada 2014. RM578 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk membina 16,473 unit rumah Program Perumahan rakyat. * RM1 bilion diperuntukkan kepada PR1MA untuk bina 80,000 unit rumah; Syarikat Perumahan Negara Berhad pula bina 26,122 unit rumah mampu milik. * Kategori baharu Rumah Mesra Rakyat dengan harga jualan antara RM45,000 hingga RM65,000 sebuah akan diperkenal, dengan kerajaan memberi subsidi antara RM15,000

Page 151: Bajet 2014 [Sumber Elektronik].pdf

61

hingga RM20,000 seunit. * RM82 juta diperuntukkan untuk memulih 20 projek rumah terbengkalai melibatkan 8,197 buah rumah. * Kerajaan bercadang menubuhkan Majlis Perumahan Negara untuk mengukuh pasaran hartanah dan menambah peluang rakyat memiliki rumah. * RM331 juta diperuntukkan bagi meneruskan proram penyeragaman harga dan pemberian subsidi termasuk kos pengangkutan; membuka 60 Kedai Rakyat 1Malaysia bagi membantu mengurangkan kos harga barangan keperluan harian. * Pemberian BR1M kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah ditingkatkan nilai bantuannya daripada RM500 kepada RM650; nilai BR1M individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang pendapatan tidak melebihi RM2,000 naik daripada RM250 kepada RM300. * Buat pertama kali BR1M bernilai RM450 diberi kepada isirumah berpendapatan bulanan antaran RM3,000 hingga RM4,000. * Pesara kerajaan akan diberi bantuan khas kewangan RM250. * Para penjawat awam menerima bayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan akan dibayar pada awal Januari 2014. * Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan membiar dan merelakan orang yang tidak bertanggungjawab mengambil alih Putrajaya; dan berharap Bajet 2014, satu dokumen berevolusi akan membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan kompetitif di persada antarabangsa. -- BERNAMA HS MAM

Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 26 Januari 2013