Bajet Rumah Lelong

download Bajet Rumah Lelong

of 2

description

bajet rumah lelong

Transcript of Bajet Rumah Lelong

BAJET RUMAH LELONG=====================Sebelum membeli rumah lelong, anda perlu menetapkan bajet anda.Kos masuk (entry cost) bagi rumah lelong adalah paling tinggi berbanding rumah pasaran sekunder (subsale) dan rumah dalam pembinaan (underconstruction).Memandangkan risiko rumah lelong adalah tinggi termasuklah risiko hilang wang deposit, maka penetapan bajet adalah sangat penting.Sebelum menetapkan bajet, anda perlu menyemak jumlah tunggakan yang ada.1. KOS DEPOSIT (10% / 30%)Deposit yang anda perlu sediakan adalah sebanyak 10% atau 30%, bergantung kepada kelayakan pembiayaan anda sama ada 90% atau 70%. Tetapi dalam beberapa kes tertentu, ada juga individu yang mempunyai kelayakan pembiayaan yang bukan 90% atau 70% kerana ia tertakluk kepada Debt-Service Ratio masing-masing. Ada juga keadaan tertentu di mana lokasi memainkan peranan dalam penetapan had kelayakan pembiayaan. Oh anda perlu ingat bahawa peratusan itu adalah dari nilai had maksimum bidaan anda, bukannya daripada harga rizab!2. KOS PERUNDANGAN (5%)Kos-kos perundangan yang perlu anda sediakan adalah sebanyak 5% daripada had bidaan maksimum anda merangkumi kos dokumentasi pembiayaan dan kos perundangan pindah milik. Walaupun ada ketikanya bank boleh memasukkan kos dokumentasi pembiayaan ke dalam jumlah pembiayaan, namun ia masih belum terjamin 100% selagi Letter Offer belum ditandatangani. Oleh itu sila sediakan payung sebelum hujan. Sediakan duit sebelum deposit hangus.3. KOS SAMPINGAN / PEMBAIKIAN (5%)Lakukan site visit! Melalui site visit anda boleh anggarkan kos pembaikian. Namun tidak semua rumah dapat anda tinjau di bahagian dalam. Oleh itu, tetapkan sekurang-kurangnya 5% dari had bidaan anda untuk kos sampingan dan kos pembaikian sambil berdoa mengharapkan rumah dalam keadaan boleh cuci kaki sahaja sebelum didiami.4. KOS TUNGGAKANSelain daripada itu, anda perlulah mempunyai peruntukan untuk kos tunggakan walaupun ada ketikanya kos ini ditanggung oleh pihak bank pelelong. Hal ini demikian kerana ada beberapa senario yang memaksa pembida menyelesaikan dahulu tunggakan secara pukal (lumpsum) sebelum menuntut kembali (reclaim) daripada bank pelelong. Saya tidak boleh menetapkan peratusan bagi kos ini kerana ia tidak sama bagi semua rumah lelong. Ini adalah tugas pembida untuk menyemak jumlah tunggakan yang ada.5. KOS AGEN LELONGOh jangan lupa untuk bayar agen anda. Mereka berkhidmat untuk anda. Ada agen beri percuma sahaja dan ada juga yang caj sehingga 3%. Bincanglah dengan agen anda dan tetapkan berapa kos yang dipersetujui SEBELUM anda melantik mereka secara rasmi bagi mengelakkan salah faham di kemudian hari. KosHafiz Ejen Lelong Fullpaling mampu milik.UMUMKebiasaannya, saya menasihatkan pembida-pembida yang berminat untuk menyediakan sekurang-kurangnya 20% daripada harga maksimum bidaan anda (bukannya daripada harga rizab / reserve price) tidak termasuk kos tunggakan dan kos agen lelongSediakan duit sebelum deposit hangus.Nota Kaki : Kalau nak sediakan kos pembayaran untuk penulis artikel ini pun apa salahnya. Kecil tapak tangan, poket saya tadahkan.wink emoticonFaDhLi