balapan di Malaysia

16
BALAPAN KEPERLUAN ASAS MEMBINA BALAPAN Membina padang balapan memerlukan kawasan yang lapang, berumput dan rata. Padang yang bakal dibina balapan seharusnya mempunyai keluasan yang diperlukan. Keluasan padang akan menentukan panjang dan lebar kawasan balapan yang akan dibina. BENTUK BALAPAN (Peraturan 160 KOAM) Bentuk balapan adalah bujur. Di mana 2 bahagian adalah lurus (sama jarak) dan 2 bahagian lagi melengkung (sama jarak). ARAH PERGERAKAN Arah pergerakan balapan adalah bergerak arah lawan jam. LUAS KAWASAN BALAPAN Bagi balapan 400 meter, kadar keluasan adalah seperti berikut diperlukan: - lebih 16,804 m2 - 8 lorong - 15,480 m2 - 16,000 m2 (6 lorong) - 14,210 – 15,450 m2 (4 lorong) Bagi balapan 300 meter, kadar keluasan adalah seperti berikut diperlukan: - lebih 10,240 m2 (8 lorong) - 9,210 – 10,200 m2 (6 lorong) - 8,230 – 9,200 m2 (4 lorong)

description

sukan padang di malaysia

Transcript of balapan di Malaysia

Page 1: balapan di Malaysia

BALAPANKEPERLUAN ASAS MEMBINA BALAPAN

Membina padang balapan memerlukan kawasan yang lapang, berumput dan rata. Padang yang bakal dibina balapan seharusnya mempunyai keluasan yang diperlukan. Keluasan padang akan menentukan panjang dan lebar kawasan balapan yang akan dibina.

BENTUK BALAPAN

(Peraturan 160 KOAM) Bentuk balapan adalah bujur. Di mana 2 bahagian adalah lurus (sama jarak) dan 2 bahagian lagi melengkung (sama jarak).

ARAH PERGERAKAN

Arah pergerakan balapan adalah bergerak arah lawan jam. 

  LUAS KAWASAN BALAPAN

Bagi balapan 400 meter, kadar keluasan adalah seperti berikut diperlukan:-  lebih 16,804 m2 - 8 lorong-  15,480 m2 - 16,000 m2 (6 lorong)-  14,210 – 15,450 m2 (4 lorong)

Bagi balapan 300 meter, kadar keluasan adalah seperti berikut diperlukan:-  lebih 10,240 m2 (8 lorong)-  9,210 – 10,200 m2 (6 lorong)-  8,230 – 9,200 m2 (4 lorong) 

PENYEDIAAN LUKISAN BALAPAN

Page 2: balapan di Malaysia

Bahagikan kawasan kepada 4 bahagian Lukis garis lurus 1Lukis garis lurus 2Jarak garisan lurus 1 ke 2 = 9.76 meter ( 1.22 meter x 8  lorong )Lukis garis lurus 3Lukis garis lurus 4 Jarak garisan lurus 3 ke 4 = 9.76 meter ( 1.22 meter x 8 lorong)Lebar kawasan (X) - (9.76 meter x 2) = Y

Bahagikan Y kepada 5 bahagian     Contoh:  100 - 9.76 - 9.76) ÷ 5 = 16.01 meterJarak rs = sy = yr = 16.01 meter

Sumber:  Slot ceramah En. Shahrom bin Suhaimi, Penyelia Kanan Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Muar dalam Kursus Asas Olahraga pada bulan November 2011 di Hotel Selesa, Johor Bahru.

Page 3: balapan di Malaysia

ACARA BALAPAN

KEMAHIRAN LARI PECUT Ke Garisan

Mulaan Dekam

Bersedia

Fasa Lonjakan

Fasa Larian

Fasa Sokongan

Fasa Di Udara

KEMAHIRAN LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH

Kemahiran lari jarak sederhana dan jauh tidak ada mulaan dekam.  Mulaan bagi acara ini hanyalah 'Ke Garisan' dan tembakan dilepaskan.

ACARA PADANG

KEMAHIRAN LOMPAT TINGGI

Fasa Larian

Fasa Lonjakan

Fasa Lompatan / Layangan

Fasa Mendarat

KEMAHIRAN LOMPAT JAUH

Fasa Larian

Fasa Lonjakan

Fasa Lompatan / Layangan

Fasa Mendarat

KEMAHIRAN LONTAR PELURU

Fasa Permulaan

Fasa Gelungsuran

Fasa Lontaran

Fasa Penamat

KEMAHIRAN LEMPAR CAKERA

Fasa Permulaan

Fasa Lontaran

Fasa Penamat

Page 4: balapan di Malaysia

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan.Dari masa ke semasa, kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik, sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari, melompat dan melontar. Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan (lelaki) dan olaragawati (perempuan).

SEJARAH AWALBerdasarkan catatan sejarah 'olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno. Ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia.

Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan, tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.

PERKEMBANGAN AWALOlaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi. Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius.

Page 5: balapan di Malaysia

Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, manusia tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan pertandingan . Ini berlarustan sehingga abad ke 17.Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian, kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga sekarang.Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke-20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.Dari tahun ke setahun, sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini.Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada peserta-peserta

Page 6: balapan di Malaysia

Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand.Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam sukan Olimpik.Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan, kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan .Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan.Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebena. Tanpa olahraga, tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah

Page 7: balapan di Malaysia

peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan.Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh. Pada Sukan Olimpik yang diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting di dalam hidup ialah berusaha'.Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta.Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini, walaupun mendapat tentangan, namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat.Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara msing-masing ini termasuklah negara kita.Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada

Page 8: balapan di Malaysia

oleh IAAF ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional, maka skop, peranan dan fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh eseorang atlet.Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya, terdapat pula badan lain yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya, untuk Sukan Olimpik terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa khas biasanya dibentuk, yang terdiri daripada pelbagai bidang individu. Mereka ini menguruskan segala perancangan, persediaan, penajaan dan sebagainya. Malah dalam kejohanan olahraga sekolah pun persediaan yang diadakan melibatkan kakitangan sekolah serta sebahagian besar murid.

Olahraga WanitaSejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan, termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya sendiri.Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki. Walaupun semasa olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke

Page 9: balapan di Malaysia

England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan sukan ini untuk kaum wanita.Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia, maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International. Tujuan utama penubuhan ketika itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa menolaknya. Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah diadakan acara olahraga untuk wanita. Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita dalam Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai.

OLAHRAGA

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :1. Acara balapan2. Acara-acara padang

Acara BalapanSemua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan kaki.Acara balapan ialah :-1. Lari Pecuta) 100 meterb) 200 meterc) 400 meter

2. Lari berganti-gantia) 4 x 100 meterb) 4 x 200c) 4 x 400

Page 10: balapan di Malaysia

3. Lari berpagara) 100 meter wanitab) 110 meter lelakic) 400 meter

4. Steeplechasea) 3,000 meter

5. Lari jarak sedarhana dan jauha) 800 meterb) 1,500 meterc) 3000 meterd) 5000 metere) 10,000 meter

6. Berjalan kakia) 20 kmb) 50 km

Acara-acara Padang1. Acara lompatan2. Acara balinganTerdapat dua jenis acara lompatan:a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalahb) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1. Acara Balingan :a) lempar cakerab) rejam lembingc) lempar tukuld) lontar peluru.Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga :

a) Decathlonb) Penthathlonc) Marathon

Page 11: balapan di Malaysia

d) Merentas desa

DecathlonIni merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet dikehendaki bertanding dalam acara-acara berikut :1. lari 100 meter2. lompat jauh3. lontar peluru Hari pertama4. lompat tinggi5. lari 400 meter6. 110 meter lari berpagar7. lemper cakera8. lompat bergalah Hari kedua9. merejam lembing10. lari 1500 meter

PentathlonAcara yang dikhaskan untuk peserta wanita sahaja; Antaranya1) lari berpagar 100 meter2) ontar peluru3) lompat tinggi4) lompat jauh5) acara 800 meter.

MarathonMarathon ialah suatu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela) Permulaan dan penamat acara ini biasanya di lakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas jalan raya.

Merentas desaAcara merentas desa adalah satu acara dimana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian

Page 12: balapan di Malaysia

boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan.Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2-5 km, atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan diberikan kedudukan yang lebih tinggi.Kadang kala acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu kumpulan seperti :1) Lari pecuta) 100 meterb) 200 meterc) 400 meterd) 4 x 100 meter lari berganti-gantie) 4 x 200 meterf) 4 x 400 meter2) Lari Berpagara) 100 meter lari berpagarb) 110 meter lari berpagarc) 400 meter lari berpagar.3) Jarak sedarhanaa) 800 meterb) 1500 meterc) 3000 meterd) 5000 meter4) Jarak jauha) 10 000 meterb) Marathonc) Merentas desa5) Berjalan kakia) 20 kmb) 50 km6) Lompatana) lompat jauhb) lompat tinggic) lompat kijangd) lompat bergalah

Page 13: balapan di Malaysia

7) Balingana) lontar pelurub) lempar cekerac) rejam lembingd) lempar tukul

8) Acara beranekaa) Decathlonb) Pentathlon