BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

26
BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU Ketahuilah wahai umat Islam "Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang." AlMudathsir: 42,43) Didalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya. Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksaan: 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksaan tatkala hendak mati, 3 seksaan lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksaan lagi di hari kiamat. Enam seksaan semasa hidup di dunia: 1. Ditinggalkan berkat pada umurnya. 2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya. 3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya. 4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah. 5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia. 6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih. Tiga seksaan tatkala hendak mati: 1. Dia mati dalam kehinaan. 2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar. 3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas. Siksaan Ketika Di Dalam Kubur 1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada. 2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

description

semesra

Transcript of BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Page 1: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTUKetahuilah wahai umat Islam

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang."AlMudathsir: 42,43)

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksaan: 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksaan tatkala hendak mati, 3 seksaan lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksaan lagi di hari kiamat.

Enam seksaan semasa hidup di dunia:1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksaan tatkala hendak mati:1. Dia mati dalam kehinaan.2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetapmerasa tidak puas.

Siksaan Ketika Di Dalam Kubur1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Page 2: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Tiga seksa di hari kiamat:1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Nisbah Dosa Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap WaktuRenungan:Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

APAKAH HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut :

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Page 3: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktumereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Page 4: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

GAMBARAN ALAM MASHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya sepertitanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecualiIzrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabutnyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirmanmafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yangmenjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "KepunyaanAllah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidakmati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnyameniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semuladi atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yangrata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "AjbuzZanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusiaumpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang danhina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangattakut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapikelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruhyang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagiyang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akanlupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskancahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, laluturunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruhmakhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yangmenakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari ataskepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi sepertikeadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-

Page 5: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasandan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbulatau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaanmereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernamaAl-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orangmukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yangmenjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolamini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau airkolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu danrasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalirdari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak denganberkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orangramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir airmatanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semuamanusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudianmereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Makamereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusiaini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana NabiAdam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan AllahTa'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikansebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullahsaw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahunperjalanan.

Page 6: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat AllahTa'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hinggamenakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orangmalaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tibadibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikuloleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah iaseumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaanmalaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanyayang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasyyang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebihkecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudahia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Laludimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalanmasing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpasilap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib& 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yangzalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukumyang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikatakan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambildengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jikaorang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu NeracaTimbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyailidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yanggelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4

Page 7: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetapakan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orangramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedangdibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannyamenyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar denganmempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin olehTuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka iniberjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurgamelintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah sepertisehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggangbinatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinyadisebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuhke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiapmakhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorangsahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam

Page 8: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Page 9: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

PERSOALAN-PERSOALAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Surah Al-Ankabut: Ayat 2-3)

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah: Ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (Surah Al-Baqarah: Ayat 286)

RASA KECEWA?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Surah Al-Imran: Ayat 139)

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlahkesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) danbertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imranayat 200

Page 10: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yangdemikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ~Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri danharta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubahayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nyaaku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ SurahYusuf ayat 87

Page 11: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Sunday, October 25, 2009

Balasan Meninggalkan Solat!!!

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud "bacalah..."

Balasan Meninggalkan Solat!!!

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?” Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali danmemberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular

Page 12: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat!!! Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).

Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).

Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

Page 13: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).

Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran. Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya. "

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:

Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.

Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.

Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"

Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat. Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Page 14: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

Artikel ini datangnya dari: Portal Muslimah -- Hanan.com.myhttp://hanan.com.my/

URL untuk Artikel ini:http://hanan.com.my/article.php?sid=1856

Solat adalah perkara yang paling penting bagi mereka yang beragama islam. Solat boleh diibaratkan sebagai tiang seri utama di dalam sebuah rumah. Yang mana apabila runtuhnya tiang seri utama itu maka akan runtuh jugalah rumah tersebut. Tiang-tiang seri yang lain tidak mampu untuk menanggung beban yang di tanggung oleh tiang seri utama dek kerana kecilnya saiz mereka berbanding saiz tiang seri utama.

Begitu jugalah dengan solat. Berbanding dengan amalan-amalan lain solat dikira sebagai amalan yang paling utama. Amalan yang pertama sekali disoal apabila kita dihadapkan di hadapan Allah S.W.T kelak juga adalah solat. Selagi mana tidak selesai solat kita dihisab maka selagi itulah amalan-amalan kita yang lain tidak diambil kira. Dalam solat pula kita amatlah di tuntut untuk khusyuk.

Firman Allah S.W.T yang mana bermaksud:-“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” (Surah Al-Mu'minun:1-2)"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama

Page 15: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

(Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" (Surah Al-Baqarah:238)

Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang mana bermaksud:-"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Yang dikatakan khusyuk dalam solat itu adalah hatinya sentiasa hidup,sentiasa merasakan takut serta malu pada Allah S.W.T dalam solat yang dilakukan. Segala urusan duniawi dilupakan sementara demi memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada Allah S.W.T. Penting tidak pentingnya khusyuk dalam solat ini sehingga Imam Ghazali menyatakan solat yang dilakukan tanpa khusyuk boleh dikira sebagai sia-sia sahaja.

Fungsi khusyuk dalam solat bukanlah sekadar mengingati Allah semata-mata malahan juga untuk mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Oleh yang demikian penulis menyertakan di sini antara amalan-amalan yang insyaAllah dapat membantu pembaca-pembaca sekalian mendapatkan apa yang di panggil khusyuk di dalam solat. Sama-samalah kita amalkan.

Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

Agar pemikiran tidak liar ketika solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apabila masa hampir luput.

Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t.,rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

Page 16: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Hati diajak hadir/ikut,kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

Membesarkan Allah dalam solat,merasakan kehebatan Allah dalam solat.

Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

Mendirikan sembahyang secara berjemaah. Mengambil wuduk dengan sempurna. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan

juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasyahud melihat anak jari.

Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar,berwarna warni,bertulis,lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apa pun syarat yang paling utama untuk mendapatkan khusyuk ialah kemantapan iman dalam diri pada Allah S.W.T. Oleh sebab itu berusahalah untuk lebih mengenali Allah S.W.T agar rasa gerun pada Allah itu mudah untuk dihadirkan dalam solat kita. Rasa khusyuk dalam solat juga berkait dengan rasa takutnya kita pada Allah ketika di luar solat. Kebiasaanya mereka yang ketika di luar solat tidak mempedulikan arahan dan larangan Allah dalam amalan-amalan yang dilakukan maka amatlah sukarlah bagi mereka untuk mendapatkan khusyuk di dalam solatdan begitulah sebaliknya.

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari bahawa dirinya diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah serta mematuhi apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasulnya sahajalah yang akan mendapatkan khusyuk di dalam solat seperti mana firman Allah. S.W.T yang bermaksud:-"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya)"(Surah Al-Baqarah:45-46)

KITA diwajibkan Allah s.w.t untuk mendirikan solat dengan tujuan mengingati-Nya. Dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri dan selalu mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku” (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 7).

Berdasarkan ayat di atas, adalah menjadi kewajipan kita mengabdikan diri

Page 17: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

kepada Allah s.w.t. Menunaikan solat lima waktu dalam sehari semalam boleh dianggap tanda pengabdian kita kepada Allah Al-Khalik.

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah berkata: “Manusia yang mengerjakan solat terbahagi kepada lima golongan iaitu:

Golongan orang yang zalim terhadap dirinya sendiri dan lalai iaitu orang yang tidak menyempurnakan wuduknya, waktu pelaksanaan solatnya, batasan dan rukun.

Orang yang menjaga waktu, batasan dan rukun solat serta menyempurnakan wuduk secara umum, namun semua itu tidak memberi makna apa-apa dalam jiwanya sebab dia dipengaruhi gangguan sehingga dia mengenepikan segala gangguan dan fikiran itu.

Orang yang selalu menjaga batasan dan rukun solat. Dia berusaha di dalam dirinya untuk menolak segala gangguan dan godaan. Dia bersungguh-sungguh melawan musuhnya supaya tidak mencuri solatnya. Dia pun selalu solat dengan melawan godaan itu.

Seseorang yang selalu melaksanakan solat dengan memulakan semua hak, rukun dan batasan solat. Seluruh hatinya tertumpu untuk selalu menjaga batasan dan hak dalam solat supaya tidak ada satu bahagian pun yang disia-siakan, bahkan seluruh tumpuannya hanya untuk menegakkan solat, menyempurnakan dan melengkapinya. Seluruh hatinya hanya untuk solat dan beribadah kepada Tuhan al-Rabb S.W.T.

Orang yang melaksanakan solat seperti golongan keempat. Namun, di samping itu, dia mengambil dan meletakkan hatinya di hadapan Rabb Azza wa Jalla yang selalu melihat hati dan mengawasinya, seakan-akan dia melihat dan menyaksikan-Nya. Sesungguhnya, godaan dan bahaya sudah surut daripadanya sementara kecintaan terhadap Tuhannya semakin meningkat.

Inilah perbezaan antara dirinya dengan orang yang lalai, seperti perbezaan antara langit dan bumi. Inilah orang yang telah ‘ditakluki’ oleh solat untuk Rabbnya. Sesungguhnya, golongan pertama akan mendapat seksa, golongan kedua akan dihisab, golongan ketiga mendapat keampunan, golongan keempat mendapat pahala dan golongan kelima didekatkan Allah s.w.t.

Ulama berpesan untuk kita jadikan pegangan dan renungan iaitu sesiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Sesiapa yang meninggalkan solat Isyak, Allah tidak reda ia hidup di bumi-Nya. Ini bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat perlindungan-Nya di dunia ini. Lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Page 18: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Sesiapa meninggalkan solat Subuh pula, dia akan diseksa selama enam puluh tahun (waktu akhirat) dalam neraka. Perlu kita ingat, azab paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan terhadap Abu Talib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita hanya dapat bayangkan bagaimana air mendidih.

Mereka yang meninggalkan solat Zuhur diibaratkan seperti meruntuhkan Kaabah. Kalau begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah beranganangan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah. Meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1,000 orang Islam. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Hai orang beriman! Janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Sesiapa yang memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi”. (Surah Al-Munaafiquun: Ayat 9)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman bermaksud: “Allah tiada akan memberi tempoh kepada seseorang apabila sudah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui mengenai apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Munaafiqun: Ayat 11).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

“Seoarang pemimpin yahudi pernah berkata:Jangan risau tentang kekuatan umat islam selagi masjid tak ramai solat 5 waktu seperti solat jumaat....”

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.” ( surah Ali Imran : 104 )

Page 19: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Monday, October 26, 2009

Gugur iman jika sengaja tinggalkan solat Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus NABI Muhammad SAW pernah ditanya apakah Islam, lantas Baginda menjawab:Islam itu dibangunkan atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke rumah Allah (Baitullah). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Tidak seperti ibadat lain, kewajipan solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad SAW pada malam berlakunya peristiwa Israk Mikraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas:

Pada malam Israk difardukan kepada Nabi SAW solat sebanyak 50 kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat lima puluh kali. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadat solat melebihi ibadat lain. Solat juga adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan agama.

Begitulah tingginya martabat ibadat solat di sisi Islam. Tidak menghairankan jika perkara yang mula dihisab pada hari akhirat nanti adalah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat, maka sia-sialah segala amal ibadatnya yang lain.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Oleh itu, umat Islam perlu memberi perhatian tinggi terhadap kesempurnaan ibadat solat kerana implikasinya terhadap diri kita begitu besar. Namun, sayang seribu kali sayang, masih ramai kalangan umat Islam melalaikan solat.

Ulama berbeza pendapat mengenai hukum mereka yang meninggalkan solat secara sengaja. Golongan pertama berpendapat meninggalkan solat secara sengaja kerana

Page 20: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

malas atau lalai tanpa mengingkari akan kewajipannya, maka mereka tergolong dalam golongan yang fasik (melakukan dosa besar) tetapi tidak kafir.

Bagi mereka yang meninggalkan solat secara sengaja dan menolak akan kewajipannya, maka mereka adalah kafir. Golongan ini berpendapat semua bentuk kesalahan di atas muka bumi ini masih boleh diampunkan oleh Allah kecuali dosa syirik.

Ini seperti firman-Nya yang bermaksud:Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang menyekutukan-Nya dengan sesuatu, dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa juga), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah al-Nisaa, ayat 116)

Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai, baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, semua mereka ini termasuk dalam golongan kafir dan terkeluar daripada Islam. Mereka ini hendaklah bertaubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah semula.

Ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang sahih secara jelas menunjukkan ibadat solat adalah penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelaku gugur keimanannya.

Firman Allah yang bermaksud:Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang Islam (yang taat), sama seperti orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang salahnya itu)? Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari? Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa saja yang kamu pilih? Atau adakah kamu mendapat akuan yang ditegaskan dengan sumpah daripada Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan? Bertanyalah kepada mereka: Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam? Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? (Jika ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang yang benar. (Ingatkan orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya,

Page 21: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat. (Surah al-Qalam, ayat 35-43)

Allah memulakan ayat itu dengan menyanggah mereka yang menyamakan taraf hamba-Nya yang taat kepada perintah-Nya dengan mereka yang ingkar atau kafir. Kemudian Allah menggambarkan keadaan huru-hara di alam akhirat dan Allah memerintahkan hamba-Nya sujud menyembah-Nya.

Namun, bagi mereka yang dulunya di dunia tidak bersujud (bersolat) kepada Allah secara sengaja tanpa uzur, mereka tidak mampu untuk bersujud kepada-Nya berserta orang Islam lain. Ini menunjukkan mereka itu termasuk golongan orang kafir dan munafik yang mana ketika semua umat Islam bersujud kepada Allah, mereka enggan kerana tidak mampu.

Andai kata mereka termasuk di kalangan orang Islam, tentu mereka mampu bersujud kepada-Nya di alam akhirat kelak. Beginilah hinanya mereka yang tidak mengerjakan solat ketika kehidupan di dunia ini.

Ancaman mengenai kafirnya mereka yang meninggalkan solat secara sengaja pernah disuarakan Nabi SAW seperti sabdanya yang bermaksud:

Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barang siapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Sabda Baginda SAW lagi:Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran dengan meninggalkan solat. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Jelas kedua hadis itu menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan solat kafir atau gugur keimanannya. Pada akhirat kelak mereka akan diletakkan bersama Qarun, Haman, Firaun dan Ubai bin Khalf.

Daripada Nabi SAW bahawa pada suatu hari Baginda memperingatkan mengenai solat maka Baginda bersabda yang bermaksud:Barang siapa yang memeliharanya (yakni solat), maka dia akan memperoleh cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak mengendahkannya (yakni solat), maka dia tidak akan memperoleh cahaya,

Page 22: BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU.docx

bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalf. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Apa kaitannya Qarun, Haman, Firaun dan Ubai bin Khalf dengan mereka yang meninggalkan solat? Kebiasaannya mereka yang meninggalkan solat terdiri daripada mereka yang terlalu sibuk menguruskan harta, kerajaan, kekuasaan dan perniagaannya.

Menurut Syaikh Sayyid Sabiq:Maka orang yang bimbang dengan harta, dia akan senasib dengan Qarun, dan yang sibuk menguruskan kerajaan, dia akan bersama Haman dan sesiapa yang terpedaya oleh kebesaran dan urusan pemerintahan dia akan ditemankan oleh Firaun, sedangkan orang yang bimbang menguruskan perniagaan maka dia akan berada bersama Ubai bin Khalf. (Syaikh Sayyid Sabiq Fikih Sunnah)

Menurut Imam al-Syafie, Barang siapa yang meninggalkan solat wajib sementara dia Muslim, maka dia harus ditanya: Mengapa kamu tidak bersolat? Jika dia menjawab: Saya terlupa. Maka katakanlah: Solatlah engkau ketika sudah ingat. Jika dia menjawab: Kerana saya sakit. Maka katakanlah kepadanya: Solatlah semampumu; berdiri, duduk atau berbaring atau dengan isyarat. Apabila dia menjawab: Saya mampu untuk bersolat, tetapi saya tidak solat dan saya akui solat itu wajib hukumnya. Maka katakanlah kepadanya: Solat itu adalah amal yang tidak boleh diwakilkan kepada yang lain. Ia wajib dikerjakan oleh kamu oleh itu bertaubatlah. Jika tidak kami akan membunuhmu. (Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafii karya Dr Muhammad A W al-Aqil)

Namun begitu, hukuman bunuh hanya boleh dilaksanakan oleh penguasa Muslim yang sah di sesebuah negara melalui proses kehakiman. Beginilah seriusnya hukum terhadap mereka yang meninggalkan solat secara sengaja.

Ketahuilah bahawa solat itu wajib dan tiada yang terkecuali darinya walaupun sebesar mana kedudukannya di dunia ini dan pada mata masyarakat.