BANCIAN PENANBAHAN SUMBANGAN PIBG 2016.docx

3
Tel. / Fax : 03 – 87061226 Email : [email protected] Kod Sekolah : BBA 9204 “ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ” Ruj. Kami : SKS.100-7/1/5( ) Tarikh : 23 Rejab 1436H 8 Mei 2015 Semua Ahli PIBG Sekolah Kebangsaan Salak Tuan , SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK TAHUN 2016 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Sukacita dimaklumkan salah satu usul yang dicadangkan oleh ahli PIBG di dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Salak Kali Ke-40 pada 31 Januari 2015 ialah menambah jumlah sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Salak pada tahun 2016 sebanyak RM 10.00 daripada RM 30.00 kepada RM 40.00 untuk setiap keluarga. 3. Justifikasi usul penambahan sumbangan ialah meningkatkan dana PIBG untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam : i. memenuhi keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan atau program melibatkan peningkatan prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum. ii. meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan. 3. Keputusan perbincangan usul di atas ialah satu bancian dibuat di kalangan ahli PIBG untuk memutuskan sama ada usul tersebut diterima atau ditolak. Keputusan bancian akan dibentangkan di dalam Mesyuarat AJK PIBG dan dimaklumkan kepada semua ahli sebelum tindakan selanjutnya diambil. 4. Bersama dilampirkan borang bancian dan mohon kerjasama tuan untuk melengkapkan dan menghantar semula borang bancian kepada guru kelas anak pertama tuan di Sekolah Kebangsaan Salak sebelum atau pada 15 Mei 2015 (Jumaat). Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Lenny Nor Lindawaty Binti Powdzi, Setiausaha PIBG SK Salak di talian 018-2780834. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK 43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Transcript of BANCIAN PENANBAHAN SUMBANGAN PIBG 2016.docx

Page 1: BANCIAN PENANBAHAN SUMBANGAN PIBG 2016.docx

Tel. / Fax : 03 – 87061226 Email : [email protected] Kod

Sekolah : BBA 9204

“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ”

Ruj. Kami : SKS.100-7/1/5( )Tarikh : 23 Rejab 1436H

8 Mei 2015Semua Ahli PIBGSekolah Kebangsaan Salak

Tuan ,

SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK TAHUN 2016

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan salah satu usul yang dicadangkan oleh ahli PIBG di dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Salak Kali Ke-40 pada 31 Januari 2015 ialah menambah jumlah sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Salak pada tahun 2016 sebanyak RM 10.00 daripada RM 30.00 kepada RM 40.00 untuk setiap keluarga.

3. Justifikasi usul penambahan sumbangan ialah meningkatkan dana PIBG untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam :

i. memenuhi keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan atau program melibatkan peningkatan prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

ii. meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

3. Keputusan perbincangan usul di atas ialah satu bancian dibuat di kalangan ahli PIBG untuk memutuskan sama ada usul tersebut diterima atau ditolak. Keputusan bancian akan dibentangkan di dalam Mesyuarat AJK PIBG dan dimaklumkan kepada semua ahli sebelum tindakan selanjutnya diambil.

4. Bersama dilampirkan borang bancian dan mohon kerjasama tuan untuk melengkapkan dan menghantar semula borang bancian kepada guru kelas anak pertama tuan di Sekolah Kebangsaan Salak sebelum atau pada 15 Mei 2015 (Jumaat). Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Lenny Nor Lindawaty Binti Powdzi, Setiausaha PIBG SK Salak di talian 018-2780834.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

( HAJI CHE ABDUL MAJID BIN CHE OMAR )Yang DiPertua PIBGSekolah Kebangsaan Salak43900 Sepang, Selangor

s.k. 1. Fail PIBG2.Guru Besar SKS

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Page 2: BANCIAN PENANBAHAN SUMBANGAN PIBG 2016.docx

BANCIAN USULMESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 :

Menambah Jumlah Sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan SalakTahun 2016

Yang Dipertua,Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG)Sekolah Kebangsaan Salak.

Tuan,

Saya...........................................................................................................ibu / bapa / penjaga kepada :

Nama dan kelas anak/jagaan di sekolah ini

1. .................................................................................... Kelas : ...............

2. ................................................................................... Kelas : ...............

3. .................................................................................... Kelas : ...............

telah membaca usul yang dibincangkan dan berikut adalah keputusan dan pendirian saya berkenaan usul tersebut :

BACA DAN TANDAKAN [ ]

BERSETUJU dan MENERIMA USUL menambah jumlah sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Salak pada tahun 2016 sebanyak RM 10.00 daripada RM 30.00 kepada RM 40.00 untuk setiap keluarga.

TIDAK BERSETUJU dan MENOLAK USUL menambah jumlah sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Salak pada tahun 2016 sebanyak RM 10.00 daripada RM 30.00 kepada RM 40.00 untuk setiap keluarga.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………………………Nama :

No. Kad Pengenalan :

Tarikh :

Page 3: BANCIAN PENANBAHAN SUMBANGAN PIBG 2016.docx