BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 2)
Transcript of BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 2)
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 2)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-2 1/8
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 2)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-2 2/8
keizinanNYA. Tiada pernah manusia mencabar DIA dan menghampiri kekuasaanNYA
kerana DIA melebihi segala. Andai kata saintis kini sedang mengkaji ‘god particle’,
apakah itu ‘tuhan’. Sudah tentu tidak. Kerana DIA tidak menyerupai mana-mana pun.Kemudiannya, muslim pula bising-bising menyatakan ‘jangan cabar tuhan’. Apakah
muslim mengerti apa yang mereka katakana itu. Siapa yang pernah mencabar tuhan.
Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka sendiri.
Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai ‘karut’, khurafat’, ‘syirik’, ‘mencabar
tuhan’ dan sebagainya kerana sifat-sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secaraumumnya. Merekalah yang merendah-rendahkan kekuasaanNYA yang maha luas. Andai
kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke penjuru angkas sekali pun, tidak
pernah mampu kita untuk mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah di namakan
KEIZINAN DARINYA.Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah suatu nama bagi suatu
perciptaan berupa manusia yang kita miliki kini. Mengikut komen pada artikel sebelum
ini, memang ya, ADAM di turunkan untuk memimpin generasi sebelum ini. Sebenarnya,
saya takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin menimbulkan fitnah kepadayang tidak pernah memahami.
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 2)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-2 3/8
Jadi, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu makhluk bernamaAZAZIL. Kisah ini di ambil dari buku-buku terdahulu dan cerita orang-orang tua yang
mengaji tentang sufi.
Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang. Entah bagaimana, peperangan itu di sertai juga oleh para malaikat-malaikat sehinggakan bumi menjadi rata
dan tiada lagi kehidupan di atasnya. Tapi, ajaibnya, ada seorang budak kecil masih hidup
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 2)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-2 4/8
menangis-nangis mencari ibu bapanya. Lantas, malaikat mengambilnya lalu di bawa ke
langit. Azazil ini di besarkan dan menjadi seorang abid yakni seorang ahli ibadat yang
cukup hebat. Doanya sentiasa di perkenankan sehinggakan malaikat-malaikat pun datangmeminta azazil doakan untuk mereka.
Pada suatu ketika, ALLAH mahu menciptakan sesuatu yang baru. Penciptaan ini di
namakan sebagai ADAM. Azazil naik ke atas dan melihat-lihat boneka ADAM yangmasih tidak bernyawa itu dan menyentuhnya. Lalu wujudlah calitan Azazil pada bahagian
atas mulut dan bawah hidung kita pada hari ini.
Kemudian, di suatu bahagian yang lain, para malaikat yang baru saja membina bumi baruini naik ke langit lantas melihat sesuatu di kaki langit. Ia tertera tentang akaa ada seorang
hamba ALLAH ini yang akan membelot dan di laknat oleh ALLAH. Para malaikatmenjadi takut dan menemui Azazil untuk doakan mereka. Azazil doakan para malaikatini jauh dari kutukan itu tapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri kerana menganggap
dirinya akan selamat.
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 2)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-2 5/8
Pada era kebangkitan ADAM, azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah
tentang pembinaan ADAM tambahan lagi di suruh untuk tunduk dan sujud. AkhirnyaAzazil dan pengikutnya di burukan wajah mereka dan di halau keluar dari langit. Mereka
inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’.
Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru ini. Di dalam ‘syurga’ pula,Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam manusia, sebenarnya wujud calitan
‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM
dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka
berdua di halau keluar.Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan
HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudahdi tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang
engkar yakni golongan Fallen Angle tadi.
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 2)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-2 6/8
Sedikit info mengenai golongan Fallen angle, mereka ini bukanlah malaikat semata-mata.Tapi ada juga berupa makhluk yang terdahulu yang tidak di ketahui namanya. Azazil bila
di turunkan ke bumi lantas dia di kenali sebagai IBLIS atau LUCIFER. Golongan yang
wujud sebelum turunnya ADAM yang sempurna itu kebanyakkannya masih primitivedan tidak suka kepada penyatuan dan ketuhanan.
Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic ‘fallen angle’ dan manusia lantasmemwujudkan ‘nefilim’ atau si gergasi. Selain itu juga, pencampuran genetic itu juga
dengan haiwan menghasilkan generasi ‘mutant’ bertubuh kehaiwanan. Inilah di sebut
sebagai duyung dan lain-lain’. Bumi baru ketika itu di penuhi dengan pelbagai makhluk yang cukup berbeza. Jarak turunnya IBLIS dan turunnya ADAM tidak di ketahui tapi
mungkin mengambil masa ribuan tahun dunia, kerana perbezaan sehari dunia dan sehari‘akhirat’ adalah seribu tahun. Dek kerana itu, pembiakan dan penyebaran makhluk-
mahkluk yang berkeliaran ini menyebabkan bumi tidak seimbang. Seorang pemimpin
harus di angkat dengan segera.
Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin padamanusia hybrid dari campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang di ciptakan di bumi
baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya dengar dan jika mahu lebih,
kalian haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.
ADAM yang di beri ilmu segala itu kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada
anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewa yang di kenali padacatitan-catitan ketamadunan kuno. Tapi, di khabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu
ini dan aplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang
berlandaskan materialistic.
Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewa. Satu, dewa yang mengurus dunia denganarahanNYA dan satu lagi, dewa yang mahu membina dunia sebagai syurga. Maka,
terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. inilah di namakan sebagai ‘light and dark’.
Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini.
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 2)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-2 7/8
Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu adam yang Berjaya
menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritualdan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang terapung di
udara. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Seorang raja memerhatikan saja dari atas
gunung akan wilayahnya di mana, di bawahnya terdapat ribuan ikan paus bermain riang
sambil di perhatikan oleh beberapa manusia di dasar lautan itu. Gambaran kehidupan ituseperti fantasi. Saya mendapat gambaran ini melalui keadah ‘channeling’.
Tapi, sejak berlakunya era ‘light and dark’, benua yang termaju itu terpecah dua dansaling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga,
8/9/2019 BANGSA MIM – Tak Hilang Di Dunia (Siri 2)
http://slidepdf.com/reader/full/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-2 8/8
bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-
wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab
hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain dan di
khabarkan peta bumi berlapis dua. Mungkin itulah di sebut sebagai kayangan. Apapun,
kita tinggalkan tentang itu.Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi akibat dari peperangan itu lantas
menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NOH yang besar (mungkin lagi besar dari
bahtera 04 dalam filem 2012), mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai AsiaBarat.
Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid di hapuskan
(atau di sembunyikan). Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM danhaiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebarablah mereka membina kehidupan yang
baru.
Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan
sekarang ini sebagai tanah ‘nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diamioleh para dewa-dewa pada era ADAM dan era ‘light and dark’. Tapi, sejak peninggalan
NOH, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya…tapi bilakah
mereka itu akan pulang ke pangkuan tanah ‘dewa’ ini?
kesimpulan dari pada artikel kali ini adalah:-
1- umat sebelum ADAM adalah makhluk-makhluk hybrid dan 'fallen angle' yang harus di pimpin.
2- terdapat beberapa era sebelum berlakunya peristiwa banjir besar NOH yakni
a) kedatangan 'fallen angle' dan pencampuran genetik yang tidak seimbang
b) era kedatangan ADAM dan anak cucunya dalam proses penyebaran manusia-manusia
sempurnac) era penyatuan segala jenis manusia (satu bangsa) dan kemunculan 'dewa-dewa'
d) era pemisahan 'light and dark' (dewa pengurus dan dewa keduniaan)
e) era wilayah-wilayah ketamadunan dunia terhebat (atlantis, lemuria, ramayana dan lain-
lain)f) kemusnahan era ADAM dan bermulalah era manusia semata-mata
Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran. Apa yang terjadi pada ‘fallen angle’ pada era ADAM sehingga kini? kemana perginya dewa-dewa yang pernah mendiami
tanah dewa yakni nusantara ini? Apa itu peta dunia berlapis dua? Apa pula itu kayangan?
Sebesar mana bahtera NOH itu? Ke mana perginya ilmu wasiat ADAM? Saksikan diartikel seterusnya, hanya di Nusanaga.blogspot.com...wassalam
p/s: nampakkah kalian mengenai DIA itu maha perancang?!