Bangunan Bersejarah 2009 3

download Bangunan Bersejarah 2009 3

of 2

Transcript of Bangunan Bersejarah 2009 3

  • 8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 3

    1/2

    Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat

    cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Pada zaman sekarang, terdapat banyak program yang dianjurkan oleh kerajaan

    untuk memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Ini kerana rakyat sekarang kurang peka dengan warisan yang telah ditinggalkan oleh

    datuk nenek moyang kita dari zaman dulu. Oleh kerana itu, banyakprogram

    dianjurkan untuk memperingati jasa dan perjuangan tokoh-tokoh yang telah banyak

    membangunkan negara Malaysia.

    Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat

    memupuk perasaan bangga akan sejarah di Malaysia. Sebagai contoh terdekat,

    Bangunan Sultan Abdul Samad masih banyak mengekalkan keunikan hiasannya

    walaupun terdapat banyak pengubahsuaian yang dilakukan. Oleh kerana itu, kita

    dapat mengetahui sejarah pada zaman pembentukan Malaysia menjadi sebuah negara

    berkerajaan sendiri kerana bangunan inilah yang telah banyak mengubah tanah

    melayu menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini

    membawa impak yang besar kepada jiwa masyarakat di Malaysia untuk saling

    bekerjasama dan bersama-sama menjaga warisan bangunan bersejarah yang terdapat

    di Malaysia seperti Bangunan Sultan Abdul Samad.

    Dalam melaksanakan langkah pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan

    bersejarah, masyarakat Malaysia seharusnya menunjukkan semangat disiplin yang

    tinggi. Aktiviti seperti ini sewajarnya diberi tindakan serta mematuhi undang-undang

    pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Jika keadaan ini disemai sejak

    dari awal lagi, perasaan masyarakat untuk menyintai warisan bangsa semakin tinggi.

  • 8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 3

    2/2

    Justeru itu, kita perlulah bersama-sama mengekalkan warisan yang telah banyak

    berjasa pada negara dan juga untuk anak-anak masa akan datang.

    Kesimpulannya, kita haruslah taat setia kepada raja dan pemimpin negara

    kerana mereka telah sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara kita.

    Oleh itu, kita seharusnya berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara yang banyak

    berjasa kepada tanah air kita dalam berusaha untuk memelihara dan memulihara

    bangunan-bangunan bersejarah di negara kita dan yang paling utama ialah kita

    haruslah bersyukur kepada tuhan iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi

    semangat kepada tokoh-tokoh kita untuk lebih berusaha memerdekakan tanah air kita

    ini. Selain itu, Masyarakat perlu bersama-sama menjaga dengan elok supaya remaja

    masa akan datang masih sempat melihat bangunan warisan kita.