Bani Israail Selepas Nabi Musa

download Bani Israail Selepas Nabi Musa

of 42

Transcript of Bani Israail Selepas Nabi Musa

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    1/42

    Bani Israail selepas Nabi Musa

    Bani Israail di Bumi Palestin (1200 SM)

    Nabi Musa a.s. tidak dizinkan Allah memasukki bumi Kanaan (Palestina) dan telah kembali ke

    rahmatullah diperkhemahan Bani Israail di tebing timur sungai Jordan (Transjordania). Bani Israailmula bergerak memasukki bumi Kanaan pada kira-kira 40 tahun selepas Taurat diturunkan kepada

    Nabi Musa di gunung Thur Sina, diutara semenanjung Arabia.

    Dibawah kepimpinan Nabi Yusha, Bani Israail memulakan gerakan mereka dengan membawa Peti

    Tabut bersama mereka, menyeberangi Sungai Jordan. Peti Tabut ialah sebuah peti kayu bersalut

    emas yang tersimpan didalamnya Kitab Taurat dan Skrol penulisan Nabi Musa (pesanan terakhir

    beliau). Selepas berkhemah beberapa hari di Gilgal berhampiran kota Ariha (Jericho), mereka pun

    membuat kepungan keatas kota itu dan selepas beberapa minggu, dengan pertolongan dari Allah,

    mereka telah berjaya merobohkan tembok kota Jericho, dan menguasai kota itu tanpa menghadapi

    banyak tentangan. Ini adalah disebabkan penduduk kota itu telah pun mengetahui akan kekuatan

    Bani Israail dan kemenangan yang mereka capai keatas kaum yang lebih kuat daripada mereka iaitu

    Amorites, Moab dan Midian sebelum itu. Mereka juga tahu bahawa kejayaan Bani Israail itu adalah

    kerana adanya pertolongan dari Allah. Lalu penduduk kota Jericho, yang mengamalkan agama

    pagan (penyembahan pelbagai berhala), langsung tidak berkeyakinan akan dapat menghalang Bani

    Israail menguasai kota mereka.

    Bani Israail telah menetap di Ariha agak lama sebelum meneruskan usaha memasukki wilayah-

    wilayah seterusnya dibumi Kanaan. Ini adalah kerana mereka berasa sangat selesa duduk dibandar

    itu dengan tanah disekitarnya yang subur dan mempunyai sumber air yang banyak. Sementara itu

    khemah suci (Mishkan atau Sakinah), iaitu rumah ibadat sementara bagi Bani Israail semasa dalam

    pengembaraan mereka, telah didirikan disatu tempat bernama Gilgal (berhampiran Jericho) dan

    1 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    2/42

    telah kekal ditempat itu selama 14 tahun. Selepas itu khemah itu telah dipindahkan ke Shiloh.

    Bani Israail seterusnya berusaha menguasai sepenuhnya wilayah Kanaan samada secara aman atau

    melalui peperangan. Bagaimana pun mereka gagal menakluki wilayah yang di kuasai oleh beberapasuku kaum Kanaan, terutama sekali kaum Philistin yang menguasai wilayah disebelah barat ditepi

    laut Mediterranean.

    [Klik gambar untuk dibesarkan]

    Kematian Yusha bin Nun

    Nabi Yusha mulai merasa bimbang akan masa depan Bani Israail disebabkan beliau telah lanjut

    2 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    3/42

    usia, sedangkan misi asal yang diwariskan Nabi Musa kepadanya belum lagi kesampaian secara

    mutlak. Beliau telah mengenal pasti dan membahagi-bahagikan keseluruhan bumi Kanaan (yang

    diberkati) kepada 12 bahagian untuk diserahkan kepada ketua-ketua dua belas puak Bani Israail

    setelah mereka berjaya menguasai seluruh bumi Kanaan. Tetapi hanya sebahagian daripada puak

    Bani Israail yang berjaya menguasai sepenuhnya kawasan masing-masing.

    Dua tahun sebelum kematiannya, Nabi Yusha mengarahkan kesemua kaum Bani Israail berkumpul

    disuatu tempat untuk memberikan peringatan bahawa janji Allah kepada mereka adalah janji yang

    hanya akan tertunai sekiranya mereka terus beriman kepada Allah dan tidak berpaling dariapadaNya

    dan sentiasa beramal dengan ajaran Nabi Musa yang terkandung dalam Taurat dan kitab-kitab

    pesanan terakhir Nabi Musa sebelum dia wafat.

    Nabi Yusha telah meninggal dunia ketika beliau berusia 110 tahun.

    Kemenangan Kekalahan Silih Berganti

    Suku-suku kaum Kanaan yang telah dikalahkan oleh Bani Israail, sentiasa merancang untukmendapatkan semula tanah mereka. Dengan itu, Bani Israail terpaksa berhadapan dengan serangan

    pelbagai bangsa yang ada disekelilingnya. Satu demi satu diantara suku-suku kaum Kanaan itu

    telah beroleh kemenangan dan berjaya memporak-perandakan kehidupan Bani Israail. Keadaan

    yang tidak menentu ini adalah akibat kepada kegagalan Bani Israail melaksanakan tujuan utama

    Nabi Musa iaitu untuk menyeru penduduk-penduduk bumi Kanaan supaya meninggalkan agama

    pagan (penyembahan pelbagai berhala) yang mereka amalkan dan seterusnya mendakwah mereka

    kepada agama Tauhid dengan mengesakan Allah dan mematuhi kitab Taurat.

    Kekalahan dan kemenangan telah dialami mereka silih berganti. Kekalahan itu berpunca dari

    kesilapan mereka juga yang terlalu leka dengan suasana kehidupan yang selesa dan mewah yang

    mengakibatkan krisis moral melanda masyarakat mereka hingga ada yang terlupa kepada Allah dan

    Taurat dan juga pesanan-pesanan Nabi Musa dan Yusha. Bahkan hubungan baik antara puak-puak

    (kabilah keluarga) Bani Israail turut terhakis disebabkan persengketaan politik dan persaan cemburu

    diantara mereka.

    Sementara itu, sebahagiannya telah bergaul dengan suku-suku kaum Kanaan yang ada disekeliling

    mereka dan mengikuti amalan syirik mereka dengan turut menyembah pelbagai berhala. Kesatuan

    dan kekuatan Bani Israail telah menjadi lemah akibat perbuatan mereka sendiri yang lebih

    mementingkan nafsu dan keluarga (kabilah) masing-masing. Mereka lupa kepada perjanjian yangyang terkandung Kitab Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

    Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Maaidah Ayat (44-45):

    3 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    4/42

    [5:44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, didalamanya ada petunjuk dan cahaya

    (ilmu yang mendalam); yang dengannya (Taurat) ditetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi oleh

    nabi-nabi yang berserah diri kepada Allah, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-

    penditanya, disebabkan mereka diamanahkan memelihara Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pulaadalah menjadi saksi terhadapnya (bahawa risalah itu telah disampaikan kepada Bani Israail). Oleh

    itu, janganlah kamu takut kepada manusia (tetapi) takutlah kepadaKu; dan janganlah kamu menjual

    (menukar) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa

    yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

    [5:45] dan Kami telah tetapkan terhadap mereka didalamnya (Taurat), bahawasanya, jiwa (dibalas)

    dengan jiwa, dan mata (dibalas) dengan mata, dan hidung (dibalas) dengan hidung, dan telinga

    (dibalas) dengan telinga, dan gigi (dibalas) dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada qisasnya (timbal

    balasnya). Tetapi sesiapa yang melepaskan (hak membalas) nya, maka menjadilah ia (melepaskan

    hak itu) penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah

    diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

    Allah juga menerangkan sifat Bani Israail yang seringkali mendustakan Allah dan nabi-nabi dan

    rasul, serta alim ulama yang didatangkan oleh Allah dari masa kesemasa untuk memimpin mereka.

    Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Maaidah Ayat (70-71):

    [5:70] Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israail dan Kami telah

    utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. Tetapi, setiap kali datang seorang Rasul kepada

    mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebahagian dari

    rasul-rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh.

    [5:71] dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan terjadi sebarang bencana (terhadap

    mereka), maka (dengan sebab itu) mereka menjadi buta dan pekak, kemudian Allah menerima

    4 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    5/42

    taubat mereka, setelah itu kebanyakan dari mereka menjadi buta dan pekak (lagi); padahal Allah

    Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.

    Firman Allah dalam Al-Quran surah 5 (78-79);

    [5:78] Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab Zabur dan Injil)

    secara lisan oleh Daud dan Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan

    selalu melampaui batas.

    [5:79] Mereka tidak melarang (satu sama lain) dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi

    sesungguhnya amatlah buruknya apa yang selalu mereka lakukan.

    Era selepas Nabi Yusha wafat

    Selepas Nabi Yusha wafat, Bani Israail telah ketiadaan pemimpin yamg berwibawa sehingga Allah

    memberikan pertolongan dengan mendatangkan kepada mereka beberapa pemimpin agama yang

    yang bergelar Hakim untuk memberikan amaran dan peringatan kepada mereka supaya sentiasa

    mengikuti jalan yang diredhai Allah. Para Hakim itu telah didatangkan oleh Allah setiap kali Bani

    Israil mengalami kekalahan akibat dari kegagalan mereka mematuhi perintah Allah dan ajaran kitab

    suci Taurat. Era kepimpinan para Hakim ini berlarutan sehingga 150 tahun. Diantara Hakim yangterkenal ialah Samuel.

    Bani Israail kehilangan Peti Tabut

    Peti Tabut sentiasa dibawa oleh Bani Israail kemedan perang sebagai sumber kekuatan dan

    keberanian serta keyakinan kepada mereka ketika menghadapi musuh. Dalam salah satu

    pertempuran dengan puak Philistin, pasukan Israail telah mengalami kekalahan dan Philistin berjaya

    merampas Peti Tabut itu dan membawanya kembali ketempat mereka. Bagaimana pun apabila

    ramai orang-orang Philistin ditimpa wabak penyakit, mereka sedar bahawa peti Tabut itu bukan hak

    mereka, lalu mereka telah membawanya kewilayah yang dikuasai Bani Israail dengan menggunakan

    sebuah kereta lembu tanpa pemandu. Kereta lembu itu telah dipandu oleh malaikat yang telah

    mempastikan peti Tabut itu sampai kepada pihak Bani Israail yang menyambutnya dengan penuh

    kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

    Peti Tabut tidak dikembalikan ke khemah suci mereka (al Sakinah) di Shiloh, tetapi telah disimpan

    ditempat ia ditemui semula iaitu di Kiriath-Jearim, sebuah kampung berhampiran al-Quds

    (Jurusalem).

    5 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    6/42

    Peti Tabut telah tersimpan dikampung itu selama 20 tahun.

    Samuel dilantik sebagai Hakim

    Samuel adalah anak kepada Elkanah, seorang yang rajin beriktikaf secara bermusim bersama

    kelarganya di khemah suci Sakinah (Mishkan), yang telah dipindahkan dari Jericho ke Shiloh.

    Samuel telah membesar dalam suasana keagamaan dengan penuh keimanan dan keberanian dan

    Bani Israail telah bersetuju menjadikan beliau pemimpin agama dan Hakim mereka. Allah

    kemudiannya telah mengiktiraf Samuel sebagai Nabi.

    Samuel sebagai Nabi kepada Bani Israail.

    Bani Israail ketika itu dalam keadaan kucar-kacir akibat beberapa siri kekalahan dalam peperangan

    dengan suku kaum Philistin. Diantara sebab yang membawa kepada kekalahan itu ialah hilangnya

    semangat persaudaraan dan persepakatan diantara keluarga (kabilah). Bani Israail. Samuel telah

    menghimpunkan Bani Israail disuatu tempat dan menasihatkan mereka supaya bersatu padu dan

    mendapatkan keredhaan Allah dengan meninggalkan agama pagan (penyembahan pelbagaiberhala) yang semakin menjadi-jadi dikalangan mereka.

    Bani Israail telah mendesak Samuel untuk mengangkat seorang raja yang juga panglima perang

    untuk memimpin mereka sebagai satu pasukan untuk menghadapi peperangan melawan kaum

    Philistin itu. Mereka memikirkan bahawa seorang raja, yang berperanan sebagai panglima perang,

    akan dapat menyelesaikan semua masaalah mereka, walhal apa yang diperlukan sebenarnya ialah

    suatu semangat atau roh perpaduan serta ketaatan kepada peraturan-peraturan hidup yang telah

    ditetapkan, serta kesediaan mereka untuk melakukan perjuangan di Jalan Allah.

    Samuel telah melantik Thalut sebagai raja, tetapi disebabkan dia berasal dari keluarga (kabilah)

    Bunyamin iaitu yang paling kecil dan miskin dikalangan Bani Israail, perlantikan itu telah dibantah.

    Dari Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 246-251:

    [2:246] Tidakkah engkau melihat (perhatikan) tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah

    (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka (Samuel): "Angkatlah

    seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan

    Allah". Dia (Samuel) berkata: "Adakah kemungkinan jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu

    tidak akan berperang?" Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah,

    sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila

    6 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    7/42

    perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian

    kecil dari mereka. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang yang zalim.

    [2:247] dan dia (Samuel) berkata kepada mereka: "Sesungguhnya, Allah telah memilih Thalut

    menjadi raja (dan panglima perang) bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat

    kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan

    dia (pula) tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Dia (Samuel) berkata:" Sesungguhnya Allah telah

    memilihnya (Thalut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam ilmu

    pengetahuan dan badan (yang gagah perkasa)". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan

    kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki; dan Allah Maha Luas (rahmatNya danpengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

    [2:248] dan dia (Nabi Samuel) berkata kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaannya (Thalut)

    itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya(semula) kepada kamu peti Tabut yangdidalamnya terdapat ketenangan dan kedamaian dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian (saki

    baki) dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan keluarga Harun; yang dibawa

    oleh malaikat (lambang diatas penutup peti Tabut). Sesungguhnya yang demikian itu (peristiwa

    kembalinya Tabut itu) mengandungi satu tanda (kebesaran Allah) bagi kamu, jika betul kamu

    orang-orang yang beriman".

    Raja Thalut atau Saul (1050-1010 SM)

    Thalut akhirnya telah ditabalkan sebagai raja yang pertama kepada Bani Israail. Bagaimana pun

    Thalut telah memainkan peranan sebagai panglima perang sepenuh masa hingga dia tidak

    berkesempatan untuk membentuk sebuah kerajaan bagi Bani Israail dan memimpin rakyat dalam

    artikata yang sebenarnya.

    Peperangan beliau yang termashur adalah ketika berhadapan dengan Jalut (Goliath). Tidak hanya

    karena pasukan yang dibawanya yang sedikit melawan pasukan berjumlah besar, tetapi juga

    tampilnya seorang anak muda bernama Daud. Daud telah berhasil membunuh Jalut yang berbadan

    besar dan gagah perkasa itu dengan hanya menggunakan beberapa ketul batu yang mengenai

    7 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    8/42

    tepat ke dahi Jalut yang menyebabkan dia rebah, dan ketika itu Daud terus membunuh Jalut

    dengan pedangnya sendiri.

    Dari Al-Quran Surah Al-Baqarah, Ayat (250-251);

    [2:250] dan apabila mereka (tentera Thalut) nampak (berhadapan) dengan Jalut dan bala

    tenteranya, mereka berdoa: "Ya Tuhan kami! Limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan

    kukuhtkanlah langkah-langkah kami serta tolonglah kami mengatasi kaum yang kafir".

    [2:251] Maka mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Daud (yang turut

    serta berperang bersama Thalut) membunuh Jalut. Dan (selepas wafatnya Thalut) Allah

    memberikan kepadanya (Daud) kuasa pemerintahan dan hikmah (pangkat kenabian) serta

    diajarkannya apa yang Dia kehendaki. Dan kalaulah tidak (kerana) pembelaan Allah menolak

    sebahagian manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan (kemenangan) sebahagian yang lain (yang

    beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya

    kepada seluruh alam.

    Nota: Daud bin Yussa atau David lahir di kota Bethlehem diselatan Jebus (Jurusalem). Semasa remajanya, beliau

    bekerja sebagai penggembala kambing.

    Daud menjadi begitu popular dikalangan Bani Israail selepas kejayaannya membunuh Jalut hingga

    membuatkan Raja Thalut sangat cemburu dengannya. Nabi Daud merasakan kebencian Thalut

    terhadapnya mungkin akan membahayakan dirinya lalu dia pergi bersembunyi dipergunungan dan

    disana beliau dapat merasakan kedamaian berada ditengah makhluk-makhluk Allah yang lain. Daud

    telah dikurniakan Allah dengan suara yang sangat indah dan merdu. Ketika mengasingkan dirinya

    itu, Daud telah bertaubat dan bertasbih kepada Allah dan mengagungkanNya dengan suaranya

    yang menarik dan mengkagumkan itu.

    Dari Al-Quran Surah Saba' Ayat (10-11);

    [34:10] dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Daud limpah kurnia dari Kami.

    (Allah berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama

    Daud". Dan Kami telah melembutkan besi untuknya;

    8 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    9/42

    [34:11] Buatlah (baju-baju besi) yang labuh-labuh, dan ukurlah tenunannya sekadar yang

    dikehendaki; dan kerjakanlah olehmu amal-amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Melihat akan

    segala yang kamu kerjakan.

    Ketika hidup bersendirian itu, dengan pertolongan dari Allah, Nabi Daud sempat juga menciptasejenis baju besi diperbuat daripada tenunan rantai besi, yang ringan dan selesa dipakai semasa

    berperang.

    Dari Al-Quran (21:80);

    [21:80] dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga

    keselamatan kamu dalam peperangan kamu, maka adakah kamu bersyukur (kepada Allah)?

    Dengan sebab kemerduan suaranya, Allah telah menurunkan kepada Nabi Daud kitab Zabur yang

    berunsur puisi (syair), sebagai inspirasi kepada beliau.

    Dari Al-Quran Surah 4:163 ;

    [4:163] Sesungguhnya Kami mewahyukan (inspirasi) kepadamu (Muhammad s.a.w.), sebagaimana

    Kami telah mewahyukan kepada Nuh, dan nabi-nabi sesudahnya; dan Kami juga telah mewahyukan

    (inspirasi) kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, serta nabi-nabi dari keturunannya;

    dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman; dan juga Kami telah berikan kepada Daud

    kitab Zabur (juga sebagai inspirasi).

    Dari Al-Quran Surah 17:55 ;

    [17:55] dan Tuhanmu lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada dilangit dan dibumi; dan

    sesungguhnya Kami telah melebihkan sebahagian para Nabi atas sebahagian (yang lain); dan Kami

    telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.

    Dengan penurunan kitab Zabur itu, Allah telah mengesahkan pelantikan Daud sebagai Nabi dan

    9 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    10/42

    Rasul bagi umat Bani Israail.

    Dalam pada itu, kebencian Raja Thalut terhadap Nabi Daud semakin meningkat dan dia sentiasa

    mencari peluang mahu membunuhnya. Nabi Daud tidak ada pilihan melainkan meneruskan

    persembunyiannya dengan membawa diri keluar dari negerinya (Yehuda atau Judah) bersama

    dengan 600 pengikut-pengikut setianya masuk kesuatu daerah yang dikuasai kaum Philistin, musuh

    ketat Bani Israail. Bagaimana pun oleh sebab keperibadian Nabi Daud yang baik dan tidak ganas,

    dan mereka pula telah memasuki wilayah itu secara aman, raja yang berkuasa didaerah itu telah

    membenarkan mereka tinggal didaerah itu buat sementara waktu.

    Sementara itu, Bani Israail dibawah pimpinan raja Thalut telah melancarkan serangan keatas

    Philistin yang membawa kekalahan kepada Bani Israail dimana ketiga-tiga anak raja Thalut turut

    terbunuh. Raja Thalut sendiri telah cedera parah dan terlalu kecewa dengan kekalahan itu dan juga

    kematian anak-anaknya, lalu beliau membunuh diri dengan merebahkan badannya keatas

    pedangnya sendiri.

    Nabi Daud a.s. (1010-970 SM)

    Apabila mendengar berita kematian Thalut, Nabi Daud terus kembali ke Hebron, tempat kelahiran

    beliau. Ketua-ketua kerajaan Thalut telah turun ke Hebron dan menjemput Nabi Daud menjadi raja

    mereka menggantikan Thalut. Nabi Daud telah ditabalkan sebagai raja ketika beliau berumur 30

    tahun. Beliau telah memerintah Palestina selama empat puluh tahun.

    Pada tujuh tahun pertama pemerintahannya, al-Khalil (Hebron) adalah ibu kota kerajaan, namun

    pada tahun-tahun berikutnya, ibu kota kerajaan telah dipindahkan ke kota Jebus yang terletak

    ditengah antara Israel dan Judah (Judea). Pasukan tentera pimpinan Nabi Daud berhasil memasukki

    kota itu melalui terowong dibawah tembok kota yang bermula daripada mata air Gihon. Penduduk

    Jebus tidak memberikan tentangan, lalu Nabi Daud telah membenarkan mereka terus tinggal di kota

    itu bersama dengan kaumnya iaitu puak Yehuda (Judah).

    Mata Air Gihon dan terowong siloam

    10 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    11/42

    Nabi Daud lalu membangunkan semula kota itu dengan membina tembok baru yang lebih kukuh

    tetapi masih mengekalkan nama asal kota Jebus. Bagaimana pun, bandar itu dirujuk oleh ahli-ahli

    sejarah dengan nama Bandar Daud (City of David). Oleh sebab kawasan kota Jebus sangat terhad

    (mampu menampung cuma 2,500 penduduk) semua pembangunan selepas itu telah dijalankan

    dikawasan diluar tembok kota, termasuk pembinaan istananya sendiri.

    Nabi Daud adalah seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dan bersungguh-sungguh

    dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Dia dilihat oleh semua sebagai

    orang yang terbaik dan berpadanan untuk menjadi raja kepada Bani Israail yang sering

    bermasaalah. Dia bukan sahaja seorang raja, tetapi juga panglima perang, berjiwa seni (penyair),

    dan seorang Nabi yang mampu berperanan sebagai pemimpin agama (Imam). Dibawah

    kepimpinannya, Bani Israil telah berjaya menundukkan kesemua raja-raja kepada suku-suku kaum

    Kanaan yang masih berdegil tidak mahu meninggalkan agama pagan (penyembahan pelbagai

    11 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    12/42

    berhala) dan sebaliknya percaya kepada ke esaan Allah dan kepada Taurat yang telah diturunkan

    Allah kepada Nabi Musa a.s.

    Penubuhan Negara Islam Palestin (1000 SM)

    Nabi Daud adalah raja yang pertama menubuhkan kerajaan Islam di bumi Kanaan (Palestin) yang

    berlandaskan ajaran Taurat dan berpandukan kepada pesanan-pesanan bertulis Nabi Musa a.s. yang

    tersimpan didalam peti Tabut. Sejak dibawah pemerintahan raja Thalut lagi, negara itu telah

    dikenali dengan nama Israel. Bagaimana pun, keadaan kaum Bani Israail sebenarnya telah berpecah

    kepada dua kumpulan dimana 10 keluarga (puak) bersepakat untuk bekerjasama mentadbir wilayah

    mereka diutara Palestin yang mereka namakan Israel, manakala 2 puak lagi (puak Yehuda dan

    Bunyamin) mentadbir bahagian selatan Palestin yang mereka namakan Judah. Nabi Daud adalah

    dari puak Yehuda, dan ini telah menjadikan puak Yehuda (puak yang terbesar diantara puak-puak

    Bani Israail) paling berpengaruh dan memegang tampuk pemerintahan negara, manakala

    ibukotanya iaitu Jebus (Jerusalem) pula terletak didalam wilayah Judah.

    Nota: Perlu diperingatkan bahawa misi utama Nabi Musa adalah agama Tauhid manakala bangsa Philistin padazaman itu adalah bangsa berideologi pagan (penyembahan berhala). Oleh itu dengan penubuhan negara Islam dibumi

    Palestina, Nabi Daud telah berjaya merealisasikan misi Nabi Musa terhadap bumi Kanaan atau Palestin itu.

    Seterusnya, Nabi Daud telah mengarahkan supaya sebuah rumah ibadat yang tetap dan sempurna

    dibina bagi menggantikan rumah ibadat sementara (Mishkan) yang telah digunakan oleh Bani Israail

    sejak meninggalkan perkhemahan mereka dikaki gunung Thur Sina dan mendirikannya semula

    dibeberapa tempat disepanjang perjalanan menuju bumi Kanaan (Palestina). Bagi tujuan itu, Nabi

    Daud telah membeli sebidang tanah diatas bukit Moriah diluar tembok kota dan mengisytiharkan

    kawasan itu sebagai kawasan suci (tanah haram). Bagaimana pun, Nabi Daud hanya sempat

    menguruskan penyediaan bahan-bahan binaan yang diperlukan sahaja, kerana beliau telah

    meninggal dunia sebelum pembinaan itu bermula.

    Nabi Sulaiman a.s. (963-938 SM)

    Nabi Daud mempunyai empat anak lelaki (berlainan ibu) iaitu Amnon, Absalom, Adoniah, dan

    Solomon. Amnon telah terbunuh dalam perang saudara dengan Absalom, manakala Absalom sendiri

    telah terbunuh didalam peperangan melawan pasukan tentera yang dipimpin oleh bapanya Nabi

    Daud. Persengkataan keluarga itu berpunca dari rasa tidak puas hati mereka diatas keputusan NabiDaud berkeras hendak menyerahkan takhta kerajaannya kepada Nabi Sulaiman.

    Keputusan Nabi Daud itu bukan tidak beralasan. Dalam usianya yang baru mencapai 12 tahun, Nabi

    Sulaiman sudah menampakkan tanda-tanda kecerdasan otak, tajam fikiran dan teliti dalam

    mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan. Pernah beliau menegur keputusan Nabi

    Daud yang tidak tepat semasa beliau hadir ketika Nabi Daud sedang bersidang mengadili

    persengketaan diantara seorang peladang dengan jirannya seorang penternak kambing. Si-peladang

    mengadu kambing peliharaan jirannya telah masuk kekebunnya diwaktu malam dan merosakkan

    12 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    13/42

    semua tanamannya. Jirannya mengakui apa yang telah berlaku. Nabi Daud memutuskan bahawa

    pemilik kambing-kambing itu harus menyerahkan ternakannya kepada peladang sebagai gantirugi

    dengan sebab kecuaiannya menjaga binatang ternakannya.

    Nabi Sulaiman lalu menegur bapanya bahawa keputusan yang lebih adil ialah dengan mengarahkan

    supaya kambing-kambing itu diserahkan kepada si-peladang untuk dipelihara dan di manfaatkan

    hasilnya sementara si-penternak memulihkan ladang tanaman jirannya sehingga kembali seperti

    keadaan asalnya.

    Kemudian masing-masing mengambil semula miliknya sehingga dengan cara demikian tidak ada

    pihak mendapat keuntungan atau kerugian lebih daripada yang sepatutnya.

    Dari Al-Quran Surah 21 Ayat 78-79;

    [21:78] dan (ingatlah peristiwa) Daud dan Sulaiman, ketika mereka berdua memutuskan dalam

    (masaalah) ladang tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing saudaranya pada waktu malam;

    dan Kamilah yang menyaksikan keputusan (yang diberikan) oleh mereka.

    [21:79] Maka Kami berikan Sulaiman kefahaman mengenainya (tentang hukum yang lebih tepat);

    dan masing-masing Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami tundukkan gunung-

    ganang dan burung-burung bertasbih (memuji Kami) bersama dengan Daud; dan adalah Kami

    (berkuasa) melakukan semuanya itu.

    Seperti yang diwasiatkan, Nabi Sulaiman telah dilantik menjadi raja selepas kematian Nabi Daud

    pada kira-kira 963 SM. Pertabalan beliau sebagai raja telah dijalankan secara tergesa-gesa

    disebabkan perancangan jahat Adoniah (abang Nabi Sulaiman yang berlainan ibu) yang hendak

    menuntut haknya menjadi raja. Selepas diberitahu tentang majlis pertabalan yang telah

    berlangsung, Adoniah telah merelakannya dengan hati yang terbuka.

    Zaman pemerintahan Nabi Sulaiman secara umum adalah zaman yang sejahtera dan baik sama ada

    dari segi politik, sosial atau ekonomi. Oleh sebab Nabi Daud, semasa pemerintahannya, telah

    berjaya menghapuskan segala bentuk persengketaan perkauman diseluruh wilayah yang dikuasai

    Bani Israail, Nabi Sulaiman telah dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pentadbiran

    dan pembangunan negara berlandaskan perjanjian yang terkandung didalam Taurat dan juga

    pesanan bertulis Nabi Musa a.s.

    13 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    14/42

    Bagi memantapkan lagi komitmen Bani Israail kepada agama Tauhid dan ajaran Taurat, Nabi

    Sulaiman telah mengarahkan pembinaan segera sebuah rumah ibadat yang tetap dan sempurna

    seperti yang dirancang oleh Nabi Daud sebelumnya, iaitu disuatu kawasan diatas bukit Moriah diluar

    kota lama Jebus yang telah dibangunkan semula semasa pemerintahan Nabi Daud. Nabi Sulaiman

    telah juga mengarahkan pembesaran kota Nabi Daud itu supaya kawasan suci disekeliling rumahibadat yang baru dibina (Haikal Sulaiman) itu berada didalam kawasan kota yang bertembok. Kota

    yang telah dibesarkan itu kemudian diberi nama kota Jerusalem atau kota yang selamat.

    Nota: Rumah ibadat atau Haikal Sulaiman yang dibina itu sebenarnya bukanlah sebuah kuil seperti yang dikatakan

    oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, tetapi adalah sebuah Masjid (tempat tunduk atau bersujud/beribadat kepada

    Tuhan) iaitu istilah yang lebih sesuai dari sudut pandangan Islam.

    Berikut dibentangkan beberapa ayat dari Al-Quran yang menceritakan perihal Nabi Sulaiman dan

    pemerintahannya.

    Dari Al-Quran Surah 27 Ayat 15-16;

    [27:15.] dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan

    keduanya berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kami kemuliaan (kelebihan)

    14 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    15/42

    yang mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".

    [27:16] dan Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Daud; dan dia (Sulaiman) berkata:

    "Wahai umat manusia, kami telah diajarkan (memahami) bahasa pertuturan burung, dan kami telahdiberikan tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan). Sesungguhnya (semua) ini adalah limpah kurnia (dari

    Allah) yang jelas nyata".

    Nota: Ilmu yang dikurniakan kepada Nabi Daud dan Sulaiman itu bermaksud jenis ilmu yang membawa kepada nilai

    yang lebih tinggi (lebih bermakna) kepada kehidupan manusia, kebijaksanaan yang jelas ditunjukkan oleh mereka

    berdua dalam membuat keputusan dan hukuman, serta kefahaman yang mendalam yang membolehkan mereka

    melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

    Nabi Sulaiman seorang raja yang bersifat adil serta bijaksana; memahami selok-belok perjalanan

    hidup manusia; dan mempunyai pandangan rohaniah yang tajam yang menjadikan baginda seorang

    yang sangat hampir dengan Allah. Sebagai satu mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya,

    Nabi Sulaiman dapat menangkap maksud yang terkandung dalam suara binatang-binatang, dan

    sebaliknya binatang-binatang dapat pula memahami apa yang baginda perintahkan dan ucapkan.

    Dari Al-Quran Surah 27, Ayat (17-19);

    [27:17] dan dihimpunkan untuk Sulaiman bala tenteranya dari jin, manusia dan burung; lalu merekaitu diatur dengan tertib (berbaris).

    [27:18] Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: "Wahai semut-

    semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, (supaya) Sulaiman dan tenteranya tidak memijak

    kamu, sedang mereka tidak menyedari(nya)".

    [27:19] Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) kata-kata semut itu, dan

    dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham supaya aku tetap mensyukuri nikmatMu, yang telah

    Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan

    amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku, dengan limpah rahmatMu, kedalam

    (golongan) hamba-hambaMu yang soleh".

    15 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    16/42

    Sistem Bekalan Air ke kota lama Jerusalem

    Semasa Nabi Sulaiman memutuskan untuk membuat pembesaran keatas kota Jerusalem, perkara

    yang utama yang beliau fikirkan ialah bagaimana hendak mempastikan bekalan air yang mencukupi

    bagi kegunaan harian penduduk kota besar itu. Walaupun ada terdapat anak sungai berhampiran

    dan juga mata air Gihon diluar tembok kota, tetapi ia tidak mencukupi. Lagi pun punca-punca air itu

    berada ditempat yang rendah daripada paras kota menyebabkan ia tidak boleh dialirkan kebahagian

    kota yang tinggi (the Upper City) termasuk ke kawasan Haikal (Masjid) baru yang akan dibina.

    Dengan pertolongan dari Allah, yang telah mengurniakan Nabi Sulaiman ilmu pengetahuan dan

    kuasa berfikir yang amat tinggi dan mendalam, maka Nabi Sulaiman dikatakan telah berjaya

    membangunkan sistem bekalan air untuk bandar Jerusalem dimana punca bekalan air itu adalah

    dari bandar Hebron, 12km ke selatan dari bandar Jerusalem. Air akan disalurkan dari kolam-kolam

    takongan yang terletak pada kedudukan 21 meter lebih tinggi daripada paras Haikal Sulaiman di

    Jerusalem, melalui paip air (aquaduct) yang direkabentuk khas dan dimasukkan kedalam lobangyang ditebuk terus kedalam batu dilereng-lereng bukit disepanjang laluan ke Jerusalem. Dengan

    sebab itu Jerusalem akan sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dengan tekanan air yang

    sentiasa tinggi.

    Pengkaji sejarah merumuskan kemungkinan besar sistem bekalan air itu memang wujud pada

    zaman pemerintahan Nabi Sulaiman berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang dikurniakan Allah

    kepada baginda, manakala tiada masaalah kepada baginda untuk membinanya dengan bantuan

    Allah dan tenaga pekerja dari golongan Jin yang sentiasa patuh kepada apa saja arahan Nabi

    Sulaiman. Wallahu alam.

    Dari Al-Quran surah 34 Ayat (12-13);

    [34:12] dan kepada Sulaiman (Kami kurniakan) kuasa (menggunakan) angin untuk perjalanannya

    sepagi adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan perjalanannya sepetang adalah menyamai

    perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan cairan tembaga baginya; dan sebahagian dari jin bekerja

    (untuknya) dihadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa yang menyimpang dari perintah Kami,

    Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka yang menyala-nyala.

    [34:13] Golongan jin itu membuatkan untuk Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-

    bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan besen-besen yang (besarnya) seperti kolam, serta

    16 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    17/42

    kawah-kawah besar yang tetap (berada di atas tungkunya). Allah perintahkan: "Beramallah kamu

    wahai keluarga Daud, dan bersyukur!"; dan sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

    Nota: Bahan-bahan aquaduct dalam gambar diatas dikatakan adalah hasil usaha penyenggaraan (baik-pulih) sistem

    itu oleh pihak Roman yang menjajah Palestin 900 tahun selepas era Nabi Sulaiman. Bahan-bahan aquaduct yang asal

    kemungkinan telah dimusnahkan oleh gempa bumi yang menyebabkan perubahan struktur lereng-lereng bukit

    disepanjang laluan aquaduct itu.

    Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis

    Dari Al-Quran Surah 27, Ayat 20-44;

    27:20] dan dia (Sulaiman) memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu

    berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung hud-hud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?

    [27:21] "Sesungguhnya aku akan menyeksanya dengan seksaan yang seberat-beratnya, atau aku

    akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata".

    [27:22] Maka ia (burung hud-hud itu) tiba tidak lama selepas itu, lalu ia berkata: "Aku dapat

    mengetahui (meliputi) apa yang engkau tidak mengetahuinya, dan aku bawakan kepadamu dari

    negeri Saba' (Yaman) satu berita yang diyakini (kebenarannya).

    17 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    18/42

    [27:23] "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan yang memerintah mereka dan dia telah

    diberikan kepadanya tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan dia pula mempunyai singgahsana yang

    besar.

    [27:24] "Aku dapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain dari Allah, dan Syaitan pula

    memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, maka (syaitan itu)

    menghalangi mereka dari jalan (Allah); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk

    [27:25] "Supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang tersembunyi di

    langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan serta apa yang kamuzahirkan.

    [27:26] "Allah! Tiada Tuhan selain Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar .

    [27:27] Dia (Sulaiman) berkata: Kami akan lihat (fikirkan), apakah engkau benar, ataupun engkau

    (termasuk) dari golongan yang berdusta.

    [27:28] "Pergilah dengan (membawa) suratku ini, serta lemparkan (sampaikan) kepada mereka,

    kemudian berpalinglah dari mereka; lalu perhatikanlah apa yang mereka kembalikan".

    [27:29] Dia (Balqis) berkata: "Wahai pembesar-pembesar ku! Sesungguhnya telah disampaikan

    kepadaku sepucuk surat yang mulia.

    [27:30] Sesungguhnya (surat itu) dari Sulaiman, dan sesungguhnya (kandungannya ialah): Dengan

    nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

    18 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    19/42

    [27:31] Bahawa janganlah kamu berlaku sombong terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku

    sebagai orang yang berserah diri (kepada Allah).

    [27:32] Dia (Balqis) berkata: "Wahai pembesar-pembesar ku! Berilah fatwa (pendapat) kepadaku

    pada urusanku ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sehingga kamu (hadir bersama)

    menyaksikan".

    [27:33] Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang memiliki kekuatan dan gagah berani (dalam

    peperangan); dan urusan (keputusan) itu terserahlah kepadamu; oleh itu lihatlah (fikirkanlah) apa

    yang engkau hendak perintahkan.

    [27:34] Dia (Balqis) berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila memasuki suatu negeri, mereka

    membinasakan nya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia dihina; dan begitulah mereka

    akan lakukan.

    [27:35] "Dan sesungguhnya aku hendak mengirimkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan

    menunggu, dengan apakah balasan yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan kita"

    [27:36] Maka apabila ia (utusan pembawa hadiah itu) datang kepada Sulaiman, berkatalah dia

    (Sulaiman): "Apakah patut kamu memberikan kepadaku harta-benda? Maka apa yang telah

    diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; bahkan kamu

    bergembira (merasa bangga) dengan hadiahmu.

    [27:37] "Kembalilah kepada mereka, maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka

    dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami pasti akan keluarkan

    mereka daripadanya (negeri Saba') dengan keadaan hina, (sebagai) orang-orang tawanan."

    [27:38] Dia (Sulaiman) berkata lagi: "Wahai pembesar-pembesar ku, siapakah di antara kamu yang

    dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang kepadaku dalam keadaan

    berserah diri (Islam)?"

    19 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    20/42

    [27:39] Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau

    bangun berdiri dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat untuk membawanya,

    lagi dapat dipercayai".

    [27:40] Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya

    kembali kepadamu dalam sekelip mata!". Maka apabila dia (Sulaiman) melihatnya (singgahsana itu)

    terletak di sisinya, berkatalah dia: "Ini ialah limpah kurnia dari Tuhanku, untuk mengujiku apakahaku bersyukur atau aku mengingkari (nikmat pemberianNya). Dan bahawasanya, sesiapa yang

    bersyukur maka dia bersyukur hanyalah untuk kebaikan dirinya sendiri, dan sesiapa yang ingkar,

    sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Mulia".

    [27:41] Dia (Sulaiman) berkata: "Ubahlah (ubah-suai) singgahsananya itu, supaya kita akan melihat

    apakah dia (Balqis) diberi pertunjuk (untuk mengenalnya) ataukah dia dari golongan yang tidak

    diberi pertunjuk (untuk mengenalnya)".

    [27:42] Maka ketika dia (Balqis) datang kepadanya, ditanyakanlah (Sulaiman) kepadanya: Serupa

    inikah singahsanamu?" Dia (Balqis) menjawab: "Ia seakan-akan singgasanaku; dan kami telah

    diberikan pengetahuan sebelum itu (mengenai perubahan ini), dan kami adalah orang yang

    berserah diri (kepada Allah)".

    [27:43] Dan (tetapi) dia (Balqis) dihalangi (daripada memeluk Islam); apa yang ia pernah sembah

    (adalah) yang lain dari Allah. Sesungguhnya adalah dia (dahulunya) dari kaum yang kafir.

    20 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    21/42

    [27:44] Dikatakan (Sulaiman) kepada (Balqis): "Masuklah kedalam istana ini". Maka ketika dia

    melihatnya (lantai istana itu), disangkanya ia sebuah kolam air, lalu disingkapkannya kain (yang

    menutup) dua betisnya. Dia (Sulaiman) berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang

    diperbuat daripada lantai yang berkilat daripada kaca". Dia (Balqis) lalu berdoa: "Ya Tuhanku,

    sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, dan aku berserah diri bersama Sulaiman,

    kepada Allah Tuhan sekalian alam".

    Kebanyakan ahli sejarah mengatakan bahawa Nabi Sulaiman akhirnya mengahwini Ratu Balqis dan

    telah mendapat seorang anak. Wallahu aalam.

    Nabi Sulaiman Kembali ke Rahmatullah

    Pemerintahan Nabi Sulaiman berlangsung selama 40 tahun. Al-Quran mencatatkan kematian Nabi

    Sulaiman dalam keadaan tidak disedari oleh sesiapa termasuk pekerjanya dari golongan Jin yang

    sedang diawasinya ketika sedang membina sesuatu bangunan.

    [34:14] Maka Kami telah tetapkan baginya (Sulaiman) kematian; tidak ada yang menunjukkan

    kepada mereka (tentang) kematiannya itu melainkan (adanya) semut putih (anai-anai) yang telah

    memakan tongkatnya. Maka apabila dia jatuh (tertiarap), tahulah jin itu bahawa kalaulah mereka

    mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab(kerja berat) yang menghina.

    Israel Selepas Nabi Sulaiman

    Dibawah pemerintahan Nabi Daud, hanya wilayah Israel dan Judah sahaja yang dikuasai

    sepenuhnya oleh Bani Israail, manakala dibawah pemerintahan Nabi Sulaiman, baginda telah

    meluaskan pengaruhnya ke utara sehingga kesempadan dengan Assyria (Iraq) dan Syria hingga

    kesempadan Mesir dekat Gaza.

    21 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    22/42

    Wilayah Israel Berpecah Dua

    Selepas Nabi Sulaiman wafat, takhta kerajaan Israel telah berpindah ketangan anaknya Rehoboam.

    Bagaimana pun 10 puak Bani Israel yang menduduki wilayah bahagian utara tidak bersetuju dengan

    pemerintahan Rehoboam lalu memutuskan untuk mentadbir sendiri wilayah mereka denganmelantik Jeroboam (931-910 SM) sebagai raja mereka. Jeroboam mengistiharkan Israel (atau

    Ephraim) sebagai nama resmi wilayah mereka dan memilih Shechem sebagai ibukota Israel.

    Dengan itu, Rehoboam (931-913 SM) cuma mendapat pengiktirafan puak Yehuda (Judah dan

    Bunyamin) sebagai raja bagi wilayah bahagian selatan yang mereka namakan Judah (Judea)

    dengan Jerusalem sebagai ibukotanya.

    Maka berpecahlah kerajaan yang dirintis oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Perpecahan ini adalah

    pertanda kepada bermulanya era yang tidak menentu bagi Bani Israail yang berlarutan sehingga

    membawa kepada terhapusnya samasekali kuasa pemerintahan Israel keatas Jerusalem dan juga

    bumi Palestin kira-kira 1,000 tahun selepas Nabi Sulaiman meninggal dunia.

    22 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    23/42

    Keluasan wilayah yang dikuasai Israel dan Judah telah kembali seperti dimasa pemerintahan Nabi

    Daud apabila kaum-kaum yang merupakan penduduk asal bumi Kanaan (Palestina) terutama Edom

    (Edomites), Moab (Moabites), Ammon (Ammorites), Kanaan (Cannanites), Hivites, Hitites dan

    Bashan yang berada disekeliling Israel telah bangkit menuntut kemerdekaan dan berjaya

    membebaskan wilayah mereka dari penjajahan Israel. Kaum-kaum lain seperti Philistin danPhoenician yang terletak ditepi laut Mediterranean memang tidak pernah dapat dikuasai oleh Israel

    sepenuhnya.

    Israel dalam sejarah

    Diantara negeri yang berpecah dua itu, Israel adalah lebih kuat, lebih besar dan lebih kaya. Ia

    memiliki akses ke laut, jumlah penduduknya adalah lebih besar, tenteranya lebih kuat dan sumber

    kekayaannya lebih melimpah ruah. Namun selama tempoh pemerintahan selama 2 abad, kerajaan

    Israel telah melalui keadaan tidak menentu apabila kerajaannya berpindah tangan sebanyak 19 kali

    melibatkan 9 dinasti (kelompok keluarga). Bahkan ada seorang raja yang bertahan hanya 7 hari

    sahaja. Boleh dikatakan kesemua raja-raja itu telah meninggalkan agama Tauhid dan memilih untuk

    membenarkan amalan pagan (penyembahan pelbagai berhala) sebagai agama resmi negara.

    Mereka tidak putus-putus bersengketa sesama sendiri, membunuh raja-raja mereka untuk

    merampas kerajaan, bahkan mereka turut menganiaya dan cuba membunuh pemimpin-pemimpin

    agama (rabi) yang ada dikalangan mereka.

    Jeroboam I memulakan kerajaan mungkarnya dengan mewajibkan semula penyembahan binatang

    (lembu) seperti yang diamalkan oleh kaum Firaun. Sebabnya ialah, beliau pernah menderhaka

    23 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    24/42

    kepada Nabi Sulaiman dan telah melarikan diri ke Mesir. Beliau kembali ke Israel setelah mendengar

    berita kematian Nabi Sulaiman, lalu dingkat menjadi raja oleh orang-orang Israel. Beliau telah

    membina kuil-kuil besar di Bethel (berhampiran sempadan Judah) dan Dan (jauh diutara Israel) dan

    mengarahkan Bani Israail tidak lagi ke Jerusalem dan sebaliknya pergi ke Bethel atau Dan untuk

    upacara-upacara keagamaan mereka. Para rabi atau alim ulama (dari puak Levi) yang masih

    bertauhidkan Allah, telah melarikan diri ke Jerusalem ibunegeri Judah. Seorang Nabi dari Judah

    (tidak diketahui namanya) telah pergi ke kuil Bethel dan memberi amaran kepada Jeroboam bahawa

    kuil-kuil binaannya akan dihancurkan oleh Allah apabila sampai masanya, tetapi Jeroboam tidak

    menghiraukan amaran atau ancaman tersebut.

    Seorang lagi Nabi yang telah lanjut usia meramalkan bahawa kaum keluarga Jeroboam akan

    dibinasakan oleh Allah sekiranya Jeroboam terus menidakkan ke esaan Allah dan sebaliknya

    menggalakkan penduduk Israel mengamalkan penyembahan berhala. Kali in balasan dari Allah tidak

    dilengahkan lalu Jeroboam telah mati dibunuh oleh Baasha (panglima tenteranya sendiri) dan

    seluruh kaum keluarga Jeroboam turut dihapuskannya. Kesesatan mereka itu dirakamkan didalam

    al-Quran melalui Surah al-Baqarah Ayat 2:

    [2:102] Dan mereka mengikuti (ajaran-ajaran sihir) yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan pada

    masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak kafir (tidak mengamalkan sihir),

    akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang

    mengajarkan ilmu sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri

    Babil (Babylonia) Harut dan Marut, sedang mereka berdua tidak mengajarkan (sesuatu) kepada

    seseorang sebelum berkata (menasihatkan): "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk

    mengujimu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (setelah mempelajarinya)". Maka mereka

    mempelajari dari kedua malaikat itu ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami

    dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau

    membahayakan) dengan sihir itu seorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka

    mempelajari sesuatu yang hanya memudaratkan mereka dan tidak memberi manfaat kepada

    mereka. Demi sesungguhnya, mereka telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang menukarnya

    (menukar kitab Allah) dengan ilmu sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat. Dan amat

    jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya (jiwanya) dengan ilmu sihir itu, kalaulah mereka

    mengetahui.

    24 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    25/42

    Nota: Harut dan Marut adalah nama dua orang saintis yang soleh, yang dianggap malaikat disebabkan mereka adalah

    orang-orang yang baik, yang mempunyai ilmu sains, hikmah dan kuasa-kuasa tertentu.

    Sebagai raja ke-2 Israel, Baasha meneruskan dasar memusuhi negeri Judah dan mengancam

    keselamatan penduduknya yang beragama Tauhid. Lalu Allah mengutuskan kepadanya Nabi Jehu

    untuk memberikan peringatan dan amaran bahawa perkara yang sama akan menimpa beliau dan

    kaum keluarganya sepertimana keluarga Jeroboam, tetapi tidak dihiraukan oleh raja Baasha.

    Balasan dari Allah tetap berlaku apabila semasa pemerintahan anaknya raja Elah, beliau telah mati

    dibunuh oleh Zimri (seorang kepten tentera Israel) dan seluruh kaum keluarga Baasha telah

    dibinasakan. Bagaimana pun pemerintahan raja Zimri cuma bertahan 7 hari sahaja apabila Omri

    (seorang lagi kepten tentera Israel) membunuhnya dan mengistiharkan dirinya raja Israel yang ke-6,

    iaitu hanya 46 tahun selepas Nabi Sulaiman.

    Begitulah keadaannya pemerintahan raja-raja Israel yang berterusan mengamalkan amalan agama

    pagan yang menyembah berhala. Semasa pemerintahan raja Ahab (raja ke-7) kira-kira 57 tahun

    selepas Nabi Sulaiman, Allah telah mendatangkan pula Nabi Elijah (Ilyas) untuk menyelamatkan

    penduduk Israel dan menyeru mereka supaya kembali ke Jalan Allah. Nabi Ilyas telah memberiamaran kepada raja Ahab akan musibah yang akan menimpa Israel sekiranya beliau tidak bertaubat

    dan kembali kejalan Allah. Raja Ahab tidak menghiraukan amaran Nabi Ilyas itu lalu negeri Israel

    telah dilanda kemarau selama 3 tahun. Bagaimana pun, kemarau panjang itu tidak merubah

    pendirian raja Ahab, sebaliknya menuduh Nabi Ilyas sebagai penyebabnya. Nabi Ilyas tidak ada

    pilihan melainkan lari menyembunyikan diri disebuah gua di gunung Thur Sina. Esoknya, Allah telah

    mengarahkan Nabi Ilyas supaya kembali meneruskan tugas beliau berdakwah kepada Bani Israail

    dan seterusnya mencari seorang yang bernama Elisha (al-Yasa) untuk diambil sebagai murid yang

    bakal menggantikan beliau sebagai Nabi.

    Dalam pada itu, raja Ahab merancang untuk menghapuskan musuh ketatnya Syria dan menjemput

    raja Judah menyertainya. Judah telah meminta pendapat daripada Nabi mereka iaitu Nabi Mikaiah

    yang telah meramalkan bahawa kedua-dua pasukan Israel dan Judah akan mengalami kekalahan

    yang teruk dan saki-baki tentera Israel dan Judah akan lari bertaburan meninggalkan medan

    perang. Sebelum itu Nabi Ilyas telah juga menasihatkan raja Ahab supaya jangan memerangi jiran

    mereka Syria, yang lebih kuat. Raja Ahab dan raja Judah (Jehoshaphat) tidak menghiraukan nasihat

    Nabi Mikaiah dan Nabi Ilyas itu, lalu ternyata pasukan tentera Israel dan Judah telah berjaya

    dikalahkan oleh Syria. Sebagai tindak balas, Syria telah menyerang Israel dan menawan kira-kira

    sebilangan besar penduduknya dan membawa mereka ke Syria. Syria kemudian telah menjadikan

    Israel tanah jajahan mereka dan berkuasa sepenuhnya keatas perlantikan raja-raja Israel selepasitu.

    Al-Yasa (Elisha) telah disahkan sebagai Nabi kepada kaum Israel 78 tahun selepas Nabi Sulaiman

    iaitu semasa Israel dibawah pemerintahan raja Ahaziah (raja ke-8). Al-Yasa telah berjaya

    mengembalikan kepercayaan penduduk Israel kepada Allah dengan bantuan beberapa mukjizat

    yang dikurniakan Allah kepadanya. Namun dakwah yang diserukan oleh Nabi al-Yasa tidak mencapai

    hasil yang diinginkan dan kaum Israel terus juga membelakangi ajaran agama Tauhid yang

    dipelopori oleh moyang mereka Nabi Musa a.s.

    25 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    26/42

    Seterusnya, Nabi Hosea telah didatangkan sebagai Nabi kepada kaum Israel semasa pemerintahan

    raja Jeroboam II (raja ke-13; 782 SM) yang memerintah Israel 149 tahun selepas Nabi Sulaiman.

    Nabi Hosea juga telah memberi amaran kepada Jeroboam II mengenai malapetaka yang akan

    menimpa bumi Israel sekiranya beliau dan kaum Israel tidak meninggalkan amalan syirik mereka

    dan kembali ke jalan Allah. Turut memberi amaran yang sama ialah Nabi Amos yang mengutuk

    kemungkaran yang dilakukan oleh raja-raja Israel dan juga oleh beberapa orang raja kepada

    kaum-kaum yang berjiran dengan Israel. Namun peringatan dan amaran (ramalan) para nabi telah

    tidak dihiraukan sehingga pemerintahan Israel berpindah kepada rajanya yang ke-19 iaitu raja

    Hoshea (732 SM) yang terus melakukan kemungkaran dan menolak agama Tauhid dan kitab

    perjanjian mereka dengan Allah, iaitu Kitab Taurat.

    Negeri Israel Musnah dan Terhapus (727 SM)

    Israel sebenarnya masih lagi dibawah jajahan Syria. Pada tahun 732 SM, kerajaan Assyria (Iraq)

    telah berjaya menguasai Syria dan seluruh wilayah yang berjiran dengan Israel. Raja Hoshea cuba

    memberontak dan tidak mahu tunduk kepada Assyria. Akibatnya, pada tahun 727 SM, Assyriameneruskan kemaraan mereka dan menyerang Israel secara habis-habisan. Ibukota Samaria telah

    musnah samasekali, begitu juga penduduknya yang terdiri dari 10 puak keturunan Nabi Yaakub.

    Saki-baki penduduknya (yang dipanggil Samaritan) telah lari menyelamatkan diri kemerata tempat

    dan sebahagiannya telah memohon suaka politik di Jerusalem, ibu negeri Judah. Dengan itu

    musnahlah kerajaan Israel dan sebahagian besar kaum Bani Israail, buat selamanya. Peristiwa ini

    berlaku kira-kira 200 tahun selepas Nabi Sulaiman.

    Judah selepas Nabi Sulaiman

    Kerajaan Judah, walaupun kecil, tetapi ternyata lebih stabil walaupun pemerintahannya berpindah

    tangan lebih 20 kali, tetapi semua raja-raja itu adalah dari puak (dinasti) yang sama. Keadaan stabil

    itu adalah kerana kebanyakan penduduk Judah termasuk raja-rajanya masih tetap dengan agama

    Tauhid, iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Namun begitu

    Allah telah mendatangkan kepada mereka ramai para nabi secara silih berganti untuk memimpin

    mereka dan memberi peringatan dan amaran.

    Raja Jehoshaphat (raja ke-4), yang memerintah Judah 61 tahun selepas Nabi Sulaiman, adalah

    diantara raja-raja negeri Judah (Yehuda) yang paling berjaya baik dari segi politik, agama atauekonomi. Namun Judah mulai mengalami kemorosotan apabila kerajaannya berpindah kepada

    anaknya Jehoram (raja ke-5) yang tidak tegas pendirian hingga membenarkan isterinya Athaliah

    berkuasa dalam segala aspek pemerintahannya. Athaliah telah menceroboh kesucian rumah ibadat

    yang dibina oleh Nabi Sulaiman(Haikal atau Masjid Sulaiman) dengan membawa masuk patung-

    patung berhala sebagai sembahan. Athaliah sendiri telah berjaya menduduki takhta kerajaan selama

    6 tahun sebagai raja ke-7.

    Dibawah pemerintahan raja Ahaz (raja ke-12), sempadan kerajaan Assyria yang telah

    26 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    27/42

    menghancurkan Israel, terletak hanya kira-kira 48km dari Jerusalem. Judah telah kehilangan banyak

    wilayahnya setelah dirampas oleh Assyria. Hasil cukai telah berkurangan dan kehadiran pelarian dari

    Israel menambah lagi masaalah yang dihadapi oleh rakyat Judah. Tetapi mereka tidak sedar

    semuanya itu adalah akibat keengganan mereka kembali ke Jalan Allah dan ajaran RasulNya. Nabi

    Isaiah (Isyaiah) yang ada bersama mereka telah menyampaikan perutusan dari Allah yang

    bermaksud:-

    Tuhan kamu bertanya: "Binatang-binatang korban kamu tidak bermakna bagiKu? Aku telah muak

    dengan korban yang dibakar, daripada bebiri jantan dan lemak haiwan yang digemukkan; Aku

    sangat tidak berkenan akan darah lembu dan bebiri dan kambing yang kamu sembelih. Siapa yang

    menyuruh kamu mengotori rumah suciKu dan merosakkan persekitarannya? Jangan lagi kamu bawa

    binatang-binatang korban kedalamnya. Asap kemenyan kamu menjijikkan Aku. Aku tidak tahan

    dengan majlis-majlis keagamaan kamu yang menyeleweng. Semuanya itu telah menjadi beban

    bagiku. Ketika kamu menadah tangan untuk berdoa, Aku akan berpaling daripada kamu, bahkan

    jika kamu berdoa sebanyak mana pun, Aku tidak akan mendengarkannya. Tanganmu penuh darah;

    basuhlah dan sucikan dirimu. Berhenti melakukan kesalahan dan kerosakan, belajar untuk kembali

    kepada kebenaran! Cari keadilan dan beri galakkan kepada yang tertindas. Beri perlindungankepada anak-anak yatim dan pertahankan ibu-ibu tunggal. Ayuh! Bertaubatlah kamu semua.

    Sekalipun sebanyak mana dosamu nescaya Aku akan ampunkan semuanya".

    Raja Ahaz tidak menghiraukan perutusan Allah yang disampaikan oleh Nabi Isyaiah itu dan terus

    memerintah diatas dasar yang diputuskannya sendiri. Selepas kematiannya pada tahun 715 SM, iaitu

    215 tahun selepas Nabi Sulaiman, kerajaan Judah telah diambil alih oleh anaknya Hezekiah yang

    baru berumur 25 tahun.

    Dalam pada itu, mengambil kesempatan ketas pengaruh Assyria yang semakin lemah, puak Philistin

    dan raja Mesir berusaha mengadakan pakatan dengan Judah untuk menyertai mereka menyerang

    dan menghapuskan pengaruh Assyria buat selamanya. Nabi Isyaiah menasihatkan supaya Judah

    tidak turut serta, bahkan beliau turut meramalkan bahawa pasukan tentera Assyria akan datang dari

    utara dan memusnahkan segalanya. Raja Hezekiah telah menerima nasihat Nabi Isyaiah dan

    berkecuali daripada peperangan itu. Tentera Assyria telah bertindak menyerang dan akhirnya

    berjaya menguasai wilayah Philistin dan Mesir dekat Gaza.

    Diatas nasihat Nabi Isyaiah dan juga Nabi Mikah, raja Hezekiah bertindak untuk menyelamatkan

    keadaan dengan usaha-usaha membetulkan aqidah penduduk Judah yang telah dicemari amalan

    penyembahan berhala termasuk mendewakan sebilangan pemimpin agama yang mereka anggapTuhan. Usaha raja Hezekiah telah berjaya mensucikan semula Haikal (Masjid) Sulaiman dengan

    memusnahkan semua patung-patung berhala yang ada didalamnya, serta mengembalikan upacara

    keagamaan supaya selari dengan ajaran Tauhid dan kitab Taurat. Beliau telah menjemput semua

    jiran tetangga negeri Judah supaya datang ke Jerusalem untuk beramal ibadat. Semua usaha raja

    Hezekiah itu tidak dibantah oleh raja Sargon II, pemerintah Assyria pada masa itu.

    Selepas kematian raja Sargon II, Mesir sekali lagi memujuk pihak Phillistin dan Judah supaya

    menyertainya menentang penjajahan Assyria dan menuntut kemerdekaan daripadanya. Walaupun

    27 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    28/42

    Nabi Isyaiah menasihatkan supaya rancangan itu tidak diteruskan, namun raja Hezekiah tidak

    menghiraukannya, maka terjadilah malapetaka yang diramalkan oleh Nabi Isyaiah dimana selepas

    menguasai Philistin dan Mesir, raja Sennacharib yang memerintah Assyria telah mengadakan

    kepungan keatas semua kota-kota diwilayah Philistin dan Judah dan menuntut mereka supaya

    tunduk kepada pemerintahan Assyria dan seterusnya membayar cukai kepadanya. Jerusalem telah

    terselamat daripada dikepung setelah raja Hezekiah bersetuju membayar cukai yang dituntut

    kerajaan Assyria dengan mengorbankan hartabenda bernilai yang tersimpan dalam Haikal (Masjid)

    Sulaiman.

    Raja Hezekiah sebenarnya tidak rela dijajah oleh Assyria, lalu dia telah berusaha mempertingkatkan

    kekuatan tenteranya dan sistem pertahanan kota Jerusalem. Beliau telah menambah keluasan kota

    Jerusalem dengan membina tembok baru dan mengarahkan pembinaan sebuah terowong

    sepanjang 530 meter untuk membawa air dari mata air Gihon yang berada diluar kota ke sebuah

    kolam takungan air didalam kawasan bertembok yang lebih selamat. Beliau telah melantik para alim

    ulama (rabi) untuk bertugas di Haikal (Masjid) Sulaiman bagi mempastikan penduduk kota itu terus

    menerus mendapat bimbingan yang betul dan mengikut peraturan agama Tauhid yang dianuti Bani

    Israail sejak zaman berzaman. Bagaimana pun, raja Hezekiah telah meninggal dunia pada tahun686 SM setelah memerintah Judah selama 50 tahun.

    Selepas kematiannya, Judah telah kembali semula mengamalkan amalan penyembahan berhala,

    termasuk menganggap sebilangan rabi mereka sebagai Tuhan.

    Pada tahun 612 SM, Assyria telah dikalahkan oleh Babylonia kuasa besar yang muncul dari selatan

    Syria. Pada tahun 609 SM, raja Josiah (raja ke-16 Judah) telah terbunuh dalam peperangan dengan

    tentera Mesir yang cuba mengambil kesempatan diatas kejatuhan Assyria. Bagaimana pun,

    Babylonia dibawah pimpinan Nebuchadnezzar, telah menyerang balas dan berjaya mengalahkan

    tentera Mesir itu. Dari situ Nebuchadnezzar terus bergerak dan berjaya menguasai kesemua wilayah

    Palestina termasuk Judah.

    Diakhir pemerintahannya, Raja Jehoiakim (raja Judah ke-18) tidak menghiraukan nasihat Nabi

    Jeremiah yang ada bersama Bani Israail pada masa itu, lalu melakukan pemberontakan terhadap

    Babylonia dan mengistiharkan tidak lagi mahu bekerjasama dengan penjajah dari Babylonia itu. Lalu

    pada tahun 597 SM, Babylonia menghantar tenteranya menyerang Judah dan merampas

    hartabenda bernilai dari kota Jerusalem dan raja bersama dengan Nabi Jeremiah serta sebilangan

    besar penduduk Judah dan Jerusalem, telah dibawa ke Babylonia sebagai tawanan perang.

    Kemusnahan Kota Jerusalem (587 SM)

    9 tahun kemudian, raja Judah ke-20 iaitu Raja Zedekiah (Syidkia bin Yawaqem) yang memerintah

    334 tahun selepas Nabi Sulaiman, turut memberontak melawan kuasa penjajah, lalu pada tahun 587

    SM, Nebuchadnezzar sekali lagi memimpin tentera Babylonia menyerang Judah dan menjadikan

    wilayah itu umpama padang jarak padang tekukur, tanpa penghuni.

    28 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    29/42

    Seterusnya Nebuchadnezzar telah mengepung dan memusnahkan samasekali tembok kota

    Jerusalem dan membakar keseluruhan kawasan bertembok, termasuk istana raja dan MasjidSulaiman yang sudah berusia lebih 320 tahun. Raja Zedekiah telah terbunuh, manakala sebahagian

    besar penduduk Jurusalem termasuk yang ditawan dari daerah-daerah diluar kota telah dibawa ke

    Babylonia sebagai tawanan perang.

    Bagaimana pun, Bani Israel dari keluarga Yehuda dan Bunyamin, agak bernasib baik kerana semasa

    berada di Babylonia, mereka tidak dianiaya, bahkan mereka hidup bebas seperti penduduk lain,

    hingga ada yang hidup selesa sebagai peniaga dan peladang, manakala bilangan mereka pula

    semakin bertambah ramai.

    Bani Israail kembali ke Jerusalem (538 SM)

    29 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    30/42

    Nabi Jeremiah yang masih bersama Bani Israail, meramalkan mereka akan berada didalam buangan

    selama 72 tahun, tetapi tempoh itu berakhir selepas 48 tahun apabila pada tahun 539 SM, Babylonia

    telah jatuh ketangan pemerintah Empayar Parsi yang dipimpin oleh Cyrus the Great (Cyrus II atau

    Kourosh dalam bahasa Parsi), seorang yang baik hati dan penganut agama Tauhid yang diajarkan

    oleh nabi kepada kaum Parsi pada masa itu iaitu Nabi Zaratushtra. Beliau telah membenarkan

    penduduk Judah kembali ketanah air mereka dan membina semula kota Jerusalem dan rumah

    ibadat mereka (Masjid Sulaiman) yang telah musnah.

    Bani Israail dari puak Yehuda dan Bunyamin itu, telah kembali ke Jerusalem dalam 4 peringkat.

    Kumpulan yang pertama dipimpin oleh Zerubbabel. Pembinaan semula rumah ibadat mereka hanya

    bermula apabila kumpulan kedua dibawah pimpinan Nabi Haggai dan Zakaria tiba diJerusalem 2

    tahun kemudian (536 SM), dengan pembiayaannya disediakan dengan ihsan raja Parsi Darius I.

    Rumah ibadat mereka yang baru itu (Haikal 2) hanya siap dibina 20 tahun kemudian (516 SM). Ada

    yang bersorak gembira tetapi ramai juga yang menangis kerana Haikal yang baru itu tidak sehebat

    Haikal (Masjid) Sulaiman yang telah musnah itu. Tambahan pula Haikal 2 itu ketiadaan Peti Tabut

    yang mengandungi Taurat dan Skrol pesanan terakhir Nabi Musa, yang telah hilang buat selamanya(atau kemungkinan disembunyikan sebelum Jerusalem dimusnahkan).

    Kumpulan ketiga dibawah pimpinan Ezra tiba di Jerusalem pada tahun 458 SM bersama dengan

    pemimpin-pemimpin agama (rabi) dari kaum Levi yang diperlukan untuk mengaktifkan semula

    acara-acara keagamaan di Haikal mereka. Kumpulan terakhir dibawah pimpinan Nehemiah, tiba di

    Jerusalem 12 tahun kemudian. Pemimpin-pemimpin generasi lama Bani Israail yang kembali ke

    Palestin itu membawa bersama mereka generasi baru Bani Israail yang lahir di Babylonia. Mereka

    telah berjaya memulakan hidup baru dan membina semula perkampungan mereka.

    Yahudi = bangsa dan agama Bani Israail

    Pemimpin-pemimpin agama Judah telah menjalankan pelbagai pembaharuan termasuk mengkaji

    semula ajaran agama Tauhid mereka dengan tujuan untuk mengembalikan keasliannya setelah

    ajaran kitab Taurah diselewengkan, manakala kitab asalnya telah hilang bersama kehilangan peti

    Tabut. Ezra (Arabnya Uzair) telah mengarang Taurat Baru dengan menyemak dan menyunting

    semula ajaran kitab lama rujukan mereka iaitu Taurat Nabi Musa, bertujuan menetapkan

    perlembagaan dan peraturan-peraturan tertentu bagi agama mereka, iaitu dengan merujuk kepada

    sumber-sumber yang lebih tua (asli). Selepas itu, buat pertama kali mereka telah mengistiharkanYAHUDI sebagai nama resmi kepada bangsa dan agama baru yang mereka amalkan.

    Selanjutnya, Ezra dan seorang lagi rabi bernama Nehemiah kononnya telah mendapat inspirasi dari

    Tuhan untuk menyampaikan ajaran baru secara lisan yang mulanya dipanggil "Taurat Lisan" yang

    kononnya bersumberkan ajaran-ajaran Nabi Musa (a.s.) yang tidak bertulis (secara lisan). Apabila

    kemudiannya ditulis dan dibukukan, kitab-kitab baru Yahudi itu telah diberi nama Talmud.

    Dari Al-Quran (2:78-79);

    30 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    31/42

    [2:78] Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui (isi)

    Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka

    hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

    [2:79] Maka kelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka

    (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah

    dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit.

    Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan

    kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

    Kitab Talmud itu sebenarnya adalah sebuah kitab rasis (asabiyyah) yang mahu mempopularkan satu

    doktrin yang dinamakan Zionis dimana doktrin ini menekankan bahawa bangsa Yahudi adalah

    bangsa pilihan Tuhan dan Palestina adalah bumi yang dijanjikan oleh Tuhan untuk mereka dan

    bangsa Yahudi hanya akan berjaya dengan bersatu semula dibumi Palestina dan bernostalgia akan

    mendapat kejayaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman dengan membina kuil atau Haikal yang baru di

    kota Jerusalem sehebat Haikal Sulaiman yang telah musnah.

    Palestina terus dijajah kuasa asing

    Palestina (termasuk Judah) masih merupakan tanah jajahan dibawah penguasaan kerajaan Parsi

    dan wilayah itu telah bergolak semula apabila kuasa penjajahannya silih berganti bermula daripada

    kejatuhan empayar Parsi kepada kuasa Greek Yunani (Hellenistic) dibawah pimpinan Alexander the

    Great (Raja Iskandar) pada tahun 333 SM.

    Berikut dibentangkan rentetan sejarah bumi Kanaan (Palestina) seterusnya:-

    Era Babylonia (587 SM)

    Jerusalem dan Haikal (Masjid) Sulaiman dimusnahkan oleh Nebuchadnezzar.

    Era Parsi (538-333 SM)

    Parsi dibawah Raja Kourosh II (Cyrus II) menguasai Babylonia (Syria). Bani Israail (puak Yehuda

    dan Bunyamin) dibenarkan kembali ke Jerusalem selepas hidup dalam buangan di Babylonia selama

    48 tahun. Pembinaan rumah ibadat kedua (520-515 SM), menggantikan Haikal 1 (Masjid) Sulaiman

    yang telah musnah.

    31 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    32/42

    Era Hellenistic (Yunani) (333-63 SM)

    Alexander (Iskandar) the Great menguasai seluruh wilayah timur tengah. Kerajaan Israel dibenarkan

    berfungsi secara otonomi, tetapi semasa dibawah pemerintahan raja Antichus IV, kesucian rumah

    ibadat (Haikal 2) Yahudi telah dicemari dan upacara keagamaan dibenarkan secara terhad.

    Kumpulan Maccabees (Hasmonian) telah memberontak dan mengistiharkan kemerdekaan (Cuti

    Hanukah).

    Era Romawi (63SM 313 M)

    [70 SM] Sebagai tindak balas kepada pemberontakan kaum Yahudi, tentera Rom dibawah Maharaja

    Pompey menawan Jerusalem dan mengarahkan supaya kesemua penduduk dibunuh atau dibuang

    negeri dan rumah ibadat (Haikal 2) mereka dimusnahkan.

    [40 SM - 4 M] Raja Herod dilantik sebagai raja boneka Rom dan telah melaksanakan pembinaan

    semula dan pembesaran kota Jerusalem dan temboknya bersekali dengan menara-menara yangtinggi, pintu-pintu gerbang dan istana raja yang besar. Kawasan seluas 3 ekar disekitar bukit Moriah

    telah ditambak dan diratakan setinggi 16-20 meter dan diberi nama Most Holy Place atau Tempat

    Paling diBerkati dan diwartakan sebagai kawasan suci tempat beribadat. Raja Herod mengambil

    masa lebih 30 tahun untuk membina kuil baru (Haikal 3) disatu kawasan diantara Kubah al-Sakhra

    dan Masjid al-Aqsa sekarang.

    32 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    33/42

    Keluasan bandar Jerusalem pada zaman raja Herod ialah 230 ekar dan mempunyai 40,000

    penduduk.

    [4 M] Raja Herod meninggal dunia 4 tahun sebelum Nabi Isa dilahirkan. Kerajaannya diambil alih

    anaknya Herod Antipas.

    [28] Nabi Yahya bin Zakariyya (John the Baptist) dilantik sebagai Nabi kepada bangsa Yahudi.

    Dakwahnya berpusat diwilayah Ariha (Jericho).

    [30 M] Nabi Isa a.s. dilantik sebagai Nabi dan Rasul Allah dan menerima Kitab Injil yang

    menggantikan Taurat ajaran Nabi Musa a.s. Nabi Isa cuma sempat mengajarkan agama Nasrani

    yang berasaskan Kitab Injil itu selama 2-3 tahun sahaja. Para pemimpin agama (rabi) Yahudi yang

    menguasai kuil Herod, menolak kerasulan Nabi Isa lalu ketua mereka Judah telah berkomplot untuk

    menyeksa dan membunuh Nabi Isa dipalang salib.

    [32 M] Herod Antipas bertanggungjawab diatas pembunuhan Nabi Yahya. Beliau jugalah yang

    menghukumkan supaya Nabi Isa a.s. dibunuh dengan disiksa dipalang salib.

    [70 M] Tentera Rom dibawah pimpinan Titus (sebelum dia menjadi Emperor Rom pada 79 M)

    menyerang kota Jerusalem selepas kaum Yahudi memberontak dan menolak penjajahan Rom.

    Semua bangunan termasuk istana raja dan Haikal 3 yang dibina oleh Herod telah musnah

    samasekali selepas dibakar, kecuali beberapa menara besar istana dan sebahagian tembok sebelah

    barat Jerusalem dibiarkan berdiri sebagai tanda kota itu sebenarnya wujud dimasa silam. Sejak itu,

    Jerusalaem telah hilang dari peta dunia selama 40 tahun.

    Nota: Kemusnahan kota Jerusalem kali kedua ini adalah balasan malapetaka yang dijanjikan oleh Allah setelah Bani

    Israail berterusan mempamirkan kesombongan dan keangkuhan mereka untuk kesekian kalinya terhadap ajaran dan

    arahan Nabi yang didatangkan kepada mereka iaitu Nabi Musa (a.s.) dan kali ini menolak pula kerasulan Nabi Isa

    (a.s.) dan Kitab Injil yang diwahyukan kepadanya. Malapetaka ini juga ada kaitannya dengan pembunuhan Nabi Yahya

    dan Nabi Isa (walaupun Nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah)

    33 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    34/42

    Dari Al-Quran (17:5-7);

    [17:5] Maka apabila sampai masa perjanjian (pembalasan akibat kejahatan) yang pertama darikedua (perjanjian) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan

    yang besar, lalu mereka bermaharajalela di merata tempat kediaman kamu (mengganas); dan itulah

    perjanjian (ketetapan) yang pasti terlaksana.

    [17:6] Kemudian Kami berikan kepadamu giliran (kekuatan) untuk bertahan dan mengalahkan

    mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan

    kamu kelompok yang lebih besar.

    [17:7] Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu

    berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri. Oleh itu, apabila sampai masa perjanjian

    (balasan bagi kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk memuramkan

    muka-muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan mereka masuk ke dalam rumah

    ibadat kamu (Haikal Sulaiman), sebagaimana musuh-musuh kamu memasukinya pada kali pertama

    dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.

    [130 M] Emperor Hadrian membangunkan semula Jerusalem yang telah musnah dan

    menamakannya Aelia Capitolina manakala wilayah Kanaan termasuk Judah pula dinamakan

    Palestina. Beliau telah membina sebuah gereja diatas tapak dimana terletaknya Masjid al-Aqsa

    sekarang. Gereja Jupiter yang berunsur agama pagan itu (penyembahan bintang-bintang atau

    planet) sangat luas hingga pekarangan dipintu masuknya (forecourt) yang berbentuk hexagon

    (6-sisi) terletak diatas kawasan batu as-Sakhra dipuncak bukit Moriah.

    34 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    35/42

    [132-135 M] Bar Kokhba (pemimpinYahudi dari Judah) melancarkan pemberontakan menolak

    pemerintahan Romawi. Sebagai pengajaran dan contoh kepada kaum-kaum lain diPalestina, Rom

    telah bertindak menyerang wilayah Judah bertujuan menghapuskan saki-baki kaum Yahudi dinegeri

    itu. Maka terhapuslah bangsa Yahudi sebagai satu bangsa yang mempunyai entiti dan kerajaan di

    bumi Palestin. Peristiwa ini terjadi 1000 tahun selepas era Nabi Sulaiman. Jerusalem tidak terlibat

    dengan serangan Rom itu, tetapi orang-orang Yahudi telah diharamkan memasukinya. Sebahagiandaripada mereka bertindak membawa diri ke negeri-negeri lain seperti Mesir dan Afrika sementara

    sebahagian lain telah pergi kenegeri-negeri sebelah utara (Syria) dan timur seperti Babylonia (Iraq)

    dimana terdapat komuniti Yahudi yang telah lama hidup dalam buangan.

    Era Byzantine (Rom Timur) (313-636 M)

    Emperor Constantine I menamakan semula bandar Aelia Capitolina kepada nama asalnya Jerusalem.

    Constantine adalah seorang raja beragama Kristian yang sangat anti-pagan. Semua gereja-gereja

    berhala yang dibina oleh Hadrian didalam kota Jerusalem telah dimusnahkannya dan digantikan

    dengan beberapa buah gereja Kristian. Constantine terkenal dengan kegemarannya membina gereja

    berbentuk oktagon (8-sisi) berasaskan senibina Byzantine. Beliau telah memilih lokasi batu al-Sakhra

    (lokasi Kubah Al-Sakhra sekarang) untuk membina sebuah gereja bernama Church of the Holy

    Wisdom yang bersisi 8.Lokasi itu adalah bekas tapak Temple to Jupiter binaan emperor Hadrian.

    Gambar 1: Sebuah gereja kecil yang bersisi 8 yang terletak diatas Mount Olives sebelah timur Jerusalem. Mengikut

    kepercayaan orang-orang Kristian, gereja ini dikatakan lokasi dimana Nabi Isa telah dimikrajkan oleh Allah setelah

    diselamatkan daripada di salib oleh ketua-ketua agama Yahudi.

    35 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    36/42

    Gambar 2: Contoh bangunan berasaskan senibina Byzantine.

    [361 M] Kerajaan Rom diperintah oleh Emperor Julian, seorang raja yang menolak agama Kristian.

    Beliau telah memansuhkan undang-undang yang menghalang orang-orang Yahudi daripada

    memasuki kota Jerusalem. Emperor Julian juga membenarkan masyarakat Yahudi yang mula

    kembali semula ke Jerusalem untuk membina sebuah rumah ibadat menggantikan Haikal (Masjid)

    Sulaiman atau Haikal (kuil) Raja Herod yang telah musnah. Bagaimana pun hajat mereka tidak

    kesampaian apabila Emperor Julian mati terbunuh pada tahun 363M, manakala raja-raja yang

    menduduki takhta kerajaan Rom selepas itu semuanya beragama Kristian.

    36 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    37/42

    (614 M) Raja Parsi Chosroes II menyerang Palestina dan memusnahkan kesemua gereja-gereja

    Kristian yang telah dibina di Palestina sejak 3 abad sebelum itu, termasuk gereja-gereja Kristian

    yang ada dikawasan kota Jerusalem. Gereja Nativity di Bethlehem telah dikecualikan kerana

    menghormati tempat kelahiran Nabi Isa a.s.

    (629) Rom dibawah Emperor Heraclius merampas semula Palestina dan Jerusalem dari penjajahan

    Parsi. Kawasan paling suci dikota Jerusalem, yang pernah diwartakan oleh Raja Herod, telah

    diabaikan, bahkan bekas runtuhan gereja Constantine I (yang terbina diatas runtuhan Haikal bagi

    kaum Yahudi) telah dijadikan tempat pembuangan sampah.

    Era Islam (636-1099 M)

    [634] Islam berjaya menguasai Syria dan Palestina dibawah kepimpinan Khalid ibn Walid.

    [636] Umar bin Al Khattab r.a. berkunjung ke Jerusalem dan menamakan kota itu Bait al-Muqaddis

    (kini dikenali juga dengan nama al-Quds). Kawasan paling suci yang diwartakan oleh Raja Herod,

    telah diberikan nama Arabnya iaitu Haram ash-Shariff (dalam bahasa Inggeris The NobleSanctuary).

    Satu perjanjian yang menjamin keamanan dan keselamatan seluruh penduduk Jerusalem, baik jiwa,

    harta maupun kebebasan beragama mereka, telah ditandatangani oleh Khalifah Umar dan ketua

    padri kristian Sophronius, sebagai wakil penduduk. Perjanjian tersebut dikenali dengan nama

    Perjanjian Illyaa atau Perjanjian Umar yang ditanda tangani pada 20 Rabiul Awal 15H (5-2-636 M).

    Isi kandungan perjanjian tersebut adalah seperti berikut:

    Perjanjian Illyaa (al-Quds)

    37 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    38/42

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Ini adalah apa yang hamba Allah, Umar ibn

    Al-Khattab, Amir al-Mukminin, telah menjanjikan kepada penduduk Illyaa' dengan menjamin keselamatan jiwa dan

    harta mereka, gereja-gereja mereka, anak-anak mereka, mereka yang miskin dan mereka yang tidak bersalah, dan

    saki-baki kaum mereka. Gereja-gereja mereka tidak akan diambil, atau dirobohkan dan mereka juga tidak akan dihina

    atau diremehkan, begitu juga dengan salib-salib mereka ataupun wang kepunyaan gereja mereka, dan mereka tidak

    boleh dipaksa untuk menukar agama mereka, dan tidak pula seorang pun diantara mereka yang akan dianiaya.

    Orang-orang Yahudi tidak dibenarkan tinggal bersama mereka di Illyaa'. Dan penduduk Illyaa' diwajibkan membayar

    jizyah, sama seperti penduduk dari bandar-bandar lain (diPalestina dan Syria).

    Penduduk Illyaa' juga dikehendaki mengeluarkan orang-orang Romawi dari tanah mereka; dan sesiapa pun di antara

    penduduk Illyaa yang ingin meninggalkan Illyaa' dengan wang mereka bersama orang-orang Romawi itu dengan

    meninggalkan perniagaan mereka dan salib-salib mereka, maka keselamatan diri mereka, barang dagangan mereka dan

    anak-anak mereka terjamin sehingga mereka sampai ke destinasi yang dituju. Diatas apa yang tertulis dalam buku ini

    adalah janji Allah, perjanjian Rasul-Nya, perlindungan para Khalifah dan orang-orang beriman, jika mereka (penduduk

    Illyaa') memberikan apa yang diperlukan daripada mereka iaitu membayar Jizyah.

    Para saksi atas perjanjian ini adalah Khalid ibn Al-Walid, 'Amr ibn Al-Ash, Abdur Rahman ibn Auf dan Mu'awiyah ibn Abi

    Sufyan.

    Ditulis dan disahkan pada tahun ke-15 (selepas Hijrah)

    Khalifah Umar telah membersihkan pekarangan Haram ash-Shariff dan membina sebuah masjid

    diperbuat daripada kayu ditapak Masjid al-Aqsa yang ada sekarang.

    [687] Khalifah Abd Malik ibn Marwan membina masjid Kubah al-Sakhra diatas tapak bekas gereja

    binaan raja Constantine yang bersisi 8. Bangunan Kubah al-Sakhra dibina berasaskan senibina

    Byzantine.

    [705] Masjid al-Aqsa dibina oleh Khalifah al-Walid ibn Abd Malik diselatan Haram ash-Shariff, diatas

    runtuhan kuil Jupiter. Bahan binaannya diambil daripada runtuhan bangunan-bangunan lama

    disekeliling kawasan itu. Masjid al-Aqsa yang asal telah runtuh dan tertimbus 16 meter dibawah

    masjid yang ada sekarang.

    38 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    39/42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    40/42

    pelbagai agama yang menziarahi rumah-rumah ibadat mereka disekitar kota Jerusalem.

    [1909] Tel Aviv adalah bandar pertama dibangunkan khusus untuk penempatan Yahudi diluar kota

    Jerusalem.

    Era Penjajahan British (1917-1948 M)

    Pemerintahan empayar Uthmaniah Turki berakhir selepas 400 tahun.

    [1922] Kerajaan Inggeris diberi mandat oleh Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mentadbir Palestin.

    Peningkatan perpindahan kaum Yahudi dari negara luar terutama Rusia, Poland dan Germany ke

    Palestin menyebabkan terjadinya beberapa insiden rusuhan kaum yang akhirnya menyaksikan

    Palestin berpecah dua dengan Transjordan mengambil 3/4 daripadanya dan 1/4 diserahkan kepada

    pihak Yahudi dengan Tel Aviv sebagai pusat pentadbirannya.

    [1948] Israel mengistiharkan wilayahnya sebagai sebuah negara Yahudi yang merdeka; 1800 tahun

    selepas kehadirannya di bumi Palestin terhapus.

    Kedudukan Kota Baitulmuqaddis (al-Quds)

    40 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    41/42

    Tetapi Israel masih tidak berpuas hati setelah berjaya merampas tanah milik orang-orang Palestin

    dengan ihsan UK dan BBB. Mereka terus merampas dan terus merampas lagi hingga situasi terkini

    bagi orang-orang Palestin amatlah menyedihkan. Lihat saja peta berikut:-

    Nota: Sebenarnya bilangan orang-orang Yahudi dari keturunan Bani Israel (dari puak Yehudah dan Bunyamin) sudah

    banyak berkurangan sedangkan 10 puak yang lain boleh dikatakan telah hilang entah kemana (The Lost Tribes) akibat

    dua insiden penghapusan kaum yang telah dikenakan oleh Allah keatas mereka. Oleh itu timbul persoalan sama ada

    41 / 42

  • 7/27/2019 Bani Israail Selepas Nabi Musa

    42/42

    orang-orang Yahudi yang berpindah ke Palestin/Israel beramai-ramai dari Eropah (terutamanya dari Rusia, Poland dan

    Germany) itu benar-benar dari bangsa Yahudi.

    Ada kajian yang menunjukkan kemungkinan ramai diantara yang pindah ke Israel itu adalah dari keturunan Khazars

    (berkulit putih dan bukan suku kaum Semetic) yang nenek moyang mereka berasal dari Asia Tengah iaitu Khazaria,

    satu Empayar yang pernah wujud diutara Pergunungan Caucasus. Empayar Khazaria telah berpecah tidak lama

    selepas tentera Islam dibawah pimpinan Marwan II (Khalifah ke 14 744-750M) berjaya mengalahkannya pada tahun

    737M selepas persengketaan yang berlarutan hingga 100 tahun. Sebelum memutuskan untuk meninggalkan wilayah

    Caucasia dan berpindah kenegeri-negeri lain di Eropah terutama Rusia, Poland dan Germany, pemimpin mereka telah

    menasihatkan semua bangsa Khazaria meninggalkan agama asal mereka dan menganut agama Yahudi yang dilihat

    sebagai agama yang neutral diantara kuasa-kuasa besar Kristian dan Islam ketika itu. Ada juga pengkaji sejarah

    menamakan sukukaum Khazaria ini sebagai puak Yahudi yang ke-13 (The Thirteenth Tribe)