Banjir di Malaysia - Punca, Keburukan dan Pencegahan

2
Bencana banjir di Malaysia berlaku apabila limpahan air hujan yang melebihi kemampuan tanah atau kawasan takungan air seperti sungai, atau tasik untuk menyerap air hujan, memenuhi kawasan daratan. Bencana banjir di Malaysia selalunya terjadi pada akhir tahun di mana monsoon timur laut sedang berlaku dari November hingga Mac. Pada lewat disember 2012, sebanyak 17000 mangsa di pantai timur (Terengganu, Pahang dan Kelantan) telah dipindahkan dan sesi persekolahan untuk tahun hadapan telah terganggu. Selain daripada monsoon, antara punca bencana banjir di Malaysia adalah sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik. Saiz longkang atau parit yang kecil dan tersumbat dengan sampah sarap mengurangkan jumlah air hujan yang mampu ditampung dan seterusnya melimpah ke kawasan berhampiran. Aktiviti pembukaan tanah juga menyumbang kepada bencana banjir di Malaysia apabila pokok-pokok yang menapis titisan hujan daripada jatuh ke tanah telah tiada dan menyebabkan lebih banyak air hujan jatuh ke bumi. Aktiviti pembukaan tanah yang berhampiran dengan sungai juga menyebabkan tanah dan pasir akan masuk ke dalam sungai, dan menjadikan sungai semakin cetek dan menyebabkan bencana banjir di Malaysia. Fenomena Urban Heat Island (UHI) juga menyebabkan bencana banjir di Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Melaka, dan Johor Bahru. Ini kerana bandar-bandar yang mengalami UHI mempunyai suhu yang tinggi pada waktu tengahari, justeru meningkatkan kadar penyejatan dan hujan. Keadaan ini juga diburukkan lagi dengan sistem perparitan yang tersumbat di bandar-bandar. Kesan daripada bencana banjir di Malaysia ialah kehilangan harta dan nyawa akan dirasai oleh mangsa. Kesukaran mencari sumber air bersih dan merebaknya penyakit bawaan air seperti taun, kencing tikus juga adalah kesan bencana banjir di Malaysia. Banjir juga menyebabkan tanah runtuh akibat kelemahan struktur tanah. Struktur - struktur bangunan seperti rumah dan kedai menjadi lemah dan lebih terdedah untuk runtuh akibat daripada impak banjir. Bencana banjir di malaysia merosakkan tanaman dan mengganggu musim penanaman semula yang memberi kesan kepada ekonomi dan makanan. Persediaan menghadapi bencana banjir di Malaysia telah bermula pada tahun 1925 di mana pihak polis tempatan akan membaca aras sungai dari semasa ke semasa sewaktu musim hujan. Namun, dengan kemajuan zaman sekarang, penggunaan EWARNS yang mampu merekod jumlah hujan dan menghantar data ke jabatan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah digunakan untuk persediaan yang lebih efektif. EWARNS juga dikuasakan melalui tenaga solar ,tidak memerlukan selenggaraan yang kerap dan mampu dipasang di tempat-tempat yang sukar seperti hutan, dan kawasan yang bercuram, menjadi pilihan untuk sistem amaran awal bencana banjir di malaysia. Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk menghadapi bencana banjir di Malaysia dengan pembinaan terowong SMART, yang berfungsi sebagai takungan air ketika hujan dan melancarkan lalu lintas di Kuala Lumpur. Namun begitu, untuk mengurangkan bencana banjir di malaysia, lesen untuk pembukaan tanah haruslah diketatkan dan pihak berkuasa tempatan haruslah menyelenggara sistem perparitan dengan lebih baik. Kesedaran orang ramai tentang banjir melalui media massa, dan cara persediaan dan mencegah bencana banjir di malaysia melalui kesedaran alam sekitar melalui pendidikan dapat mencegah bencana banjir di malaysia daripada berlaku.

description

Mempelajari tentang punca banjir di Malaysia, keburukannya dan pencegahan melalui kesedaran umum

Transcript of Banjir di Malaysia - Punca, Keburukan dan Pencegahan

Page 1: Banjir di Malaysia - Punca, Keburukan dan Pencegahan

Bencana banjir di Malaysia berlaku apabila limpahan air hujan yang melebihi kemampuan tanah ataukawasan takungan air seperti sungai, atau tasik untuk menyerap air hujan, memenuhi kawasan daratan.Bencana banjir di Malaysia selalunya terjadi pada akhir tahun di mana monsoon timur laut sedangberlaku dari November hingga Mac. Pada lewat disember 2012, sebanyak 17000 mangsa di pantai timur(Terengganu, Pahang dan Kelantan) telah dipindahkan dan sesi persekolahan untuk tahun hadapan telahterganggu.

Selain daripada monsoon, antara punca bencana banjir di Malaysia adalah sistem perparitan yang tidakdiselenggara dengan baik. Saiz longkang atau parit yang kecil dan tersumbat dengan sampah sarapmengurangkan jumlah air hujan yang mampu ditampung dan seterusnya melimpah ke kawasanberhampiran. Aktiviti pembukaan tanah juga menyumbang kepada bencana banjir di Malaysia apabilapokok-pokok yang menapis titisan hujan daripada jatuh ke tanah telah tiada dan menyebabkan lebihbanyak air hujan jatuh ke bumi. Aktiviti pembukaan tanah yang berhampiran dengan sungai jugamenyebabkan tanah dan pasir akan masuk ke dalam sungai, dan menjadikan sungai semakin cetek danmenyebabkan bencana banjir di Malaysia. Fenomena Urban Heat Island (UHI) juga menyebabkanbencana banjir di Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Melaka, dan JohorBahru. Ini kerana bandar-bandar yang mengalami UHI mempunyai suhu yang tinggi pada waktutengahari, justeru meningkatkan kadar penyejatan dan hujan. Keadaan ini juga diburukkan lagi dengansistem perparitan yang tersumbat di bandar-bandar.

Kesan daripada bencana banjir di Malaysia ialah kehilangan harta dan nyawa akan dirasai oleh mangsa.Kesukaran mencari sumber air bersih dan merebaknya penyakit bawaan air seperti taun, kencing tikusjuga adalah kesan bencana banjir di Malaysia. Banjir juga menyebabkan tanah runtuh akibat kelemahanstruktur tanah. Struktur - struktur bangunan seperti rumah dan kedai menjadi lemah dan lebih terdedahuntuk runtuh akibat daripada impak banjir. Bencana banjir di malaysia merosakkan tanaman danmengganggu musim penanaman semula yang memberi kesan kepada ekonomi dan makanan.

Persediaan menghadapi bencana banjir di Malaysia telah bermula pada tahun 1925 di mana pihak polistempatan akan membaca aras sungai dari semasa ke semasa sewaktu musim hujan. Namun, dengankemajuan zaman sekarang, penggunaan EWARNS yang mampu merekod jumlah hujan dan menghantardata ke jabatan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah digunakanuntuk persediaan yang lebih efektif. EWARNS juga dikuasakan melalui tenaga solar ,tidak memerlukanselenggaraan yang kerap dan mampu dipasang di tempat-tempat yang sukar seperti hutan, dankawasan yang bercuram, menjadi pilihan untuk sistem amaran awal bencana banjir di malaysia.

Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk menghadapi bencana banjir di Malaysia denganpembinaan terowong SMART, yang berfungsi sebagai takungan air ketika hujan dan melancarkan lalulintas di Kuala Lumpur. Namun begitu, untuk mengurangkan bencana banjir di malaysia, lesen untukpembukaan tanah haruslah diketatkan dan pihak berkuasa tempatan haruslah menyelenggara sistemperparitan dengan lebih baik. Kesedaran orang ramai tentang banjir melalui media massa, dan carapersediaan dan mencegah bencana banjir di malaysia melalui kesedaran alam sekitar melalui pendidikandapat mencegah bencana banjir di malaysia daripada berlaku.

Page 2: Banjir di Malaysia - Punca, Keburukan dan Pencegahan

Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungialamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.