pembangunan ekopelancongan di cameron highlands : satu kajian ...
Banjir Lumpur Cameron Highland
-
Upload
danilamaron -
Category
Documents
-
view
225 -
download
6
description
Transcript of Banjir Lumpur Cameron Highland
Banjir Lumpur Cameron HighlandOleh : Nuratikah Binti Rodi (A145657)
Tragedi banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highland, Pahang 5 November 2014
yang lalu bagaikan mimpi ngeri kepada penduduk setempat. Menurut akhbar Berita Harian
yang bertarikh 6 November 2014, seorang budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan lemas
dihanyutkan air manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut ditimbus tanah
runtuh. Dari akhbar yang sama, turut dinyatakan kira-kira 150 orang daripada 37 keluarga di
Pekan Baru Ringlet dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet berikutan keadaan banjir
yang semakin buruk pada hari tersebut. Manakala akhbar Utusan pula melaporkan bahawa 3
nyawa telah terkorban dan lebih 20 kediaman telah musnah dihanyutkan air. Kejadian ini
bukanlah baharu pertama kali berlaku kerana kejadian yang sama pernah berlaku di Lembah
Bertam pada 23 Oktober tahun lalu yang mana telah mengorbankan seramai empat nyawa.
Berikutan dengan kejadian ini, pelbagai faktor dikenalpasti telah menyumbang kepada
berlakunya banjir lumpur ini. Antaranya adalah pembangunan yang tidak terkawal oleh para
pemaju. Jika dilihat, pembangunan kawasan perumahan dan komersial langsung tidak
mengambil kira kesan dan impaknya ke atas alam sekitar. Contohnya, lumpur – lumpur yang
terhasil dari kawasan binaan dibiar memasuki sungai tanpa disekat menyebabkan sungai
berdekatan menjadi kotor manakala bukit – bukit yang ditarah pula langsung tidak ditutupi
dengan rumput mahupun plastik. Seterusnya adalah berpunca daripada penerokaan kawasan
untuk pertanian secara tidak terkawal oleh pengusaha – pengusaha ladang dan kebun sayur
yang terdiri daripada penduduk setempat dan juga para pendatang asing terutamanya.
Jelasnya, terlalu banyak tanah baru yang diteroka dan diceroboh untuk dijadikan kawasan
pertanian. Kawasan pertanian ini pula dilakukan tanpa mengikut peraturan yang tersedia oleh
pihak berkuasa. Kawasan bukit telah ditarah tanpa mengikut spesifikasi dan panduan yang
telah ditetapkan. Isu pendatang asing di Cameron Highland juga turut menjadi perkara yang
tidak boleh dipandang enteng kerana mereka telah mencatatkan jumlah populasi yang
semakin meningkat saban tahun. Di samping itu, hujan lebat yang berterusan turut dikatakan
menyebabkan kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur dalam
kejadian sekitar jam 7 petang itu. Lantaran itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat
Cameron Highlands meminta penduduk di sekitar Lembah Bertam agar sentiasa peka dan
waspada dengan loceng amaran pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan
Bertam.
Justeru itu, pelbagai langkah persediaan dan pelan pengurusan bagi menghadapi
bencana banjir perlu dititikberatkan agar pisang tidak berbuah dua kali. Prof Dr Mohd
Ekhwan Toriman, Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dalam
Analisis Awani berkata, untuk memastikan kelestarian pengurusan banjir, penerokaan hutan
secara haram perlu dikawal dan penguatkuasaan oleh pihak terlibat perlu diperketatkan lagi.
"Saya yakin masalah sebenarnya adalah ketirisan, sebenarnya kita ada pelbagai garis
panduan pengawalan banjir, pengurusan pasir, tanah tinggi, akta, 43 akta pengurusan
sekeliling. Tapi sejauh mana akta ini dilaksanakan? Ini yang sebenarnya menjadi isu di
Cameron Highlands”.
"Saya yakin kalau semua pihak berkuasa dan agensi kerajaan mengurangkan ketirisan ini,
punca utama impak banjir kepada masyarakat dapat diminimakan," ujar Mohd Ekhwan.
Tambahnya lagi, bagi menghadapi musim tengkujuh, agensi kerajaan terlibat termasuk Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam
(JPAM), polis, pejabat daerah, dan Jabatan Pengairan Dan Saliran perlu bersedia berganding
bahu menghadapi dan bekerjasama menghadapi musim banjir. Selain itu, tindakan pasca
banjir perlu dilaksanakan secara konsisten seperti merencanakan semula pelan pembangunan
komprehensif dengan mengambil kira pelan penampan banjir termasuk pengurusan
empangan dan saliran yang lebih baik. Akhir sekali, penduduk setempat perlu dididik tentang
pentingnya pemuliharaan alam semulajadi dan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi
situasi cemas seperti banjir lumpur dan juga tanah runtuh.
(571 patah perkataan)